bab 38

Romance Completed 10363

"ada apalah izhar...?"soal wiya malas.

dia tengah sedap-sedap menonton tv gambar disney cindarella kegemarannya bersama-sama yang lain diganggu oleh kehadiran izhar yang tiba-tiba mengajak dia masuk ke bilik.

telinga dia habis disumbat dengan kata-kata usikan dari mereka yang lain.
salah izharlah ni!

wiya hanya buat muka selamba badak berendam je...izhar pulak bukannya nak tahu malu.siap tersenyum-senyum sambil angkat kening lagi!

"ikut je lah..."jawab izhar masih memegang tangan wiya supaya mengekornya.

wiya terus-terusan mengeluh.
"awak tahu tak gambar tu hanya ada malam ni je...!"

"just cartoon okay! don't be serious..."

"my favourite cartoon! what's your problem?"

"kartun yang penuh berimaginasi!"kutuk izhar

"ehh...saya..,zarra..,juita..,qilah..,dan sepupu-sepupu awak yang lain minat tau!"marah wiya

izhar tersenyum.
mereka melabuhkan punggung di beranda bilik mereka.
melihat pemandangan malam yang ceria dihiasi bulan dan bintang di dada langit.
ahli keluarga yang lain masih lagi bersembang dengan rancak di bawah sana!
tajuk pun pasti hangat di pasaran!

"memanglah semua perempuan minat! tapi...perkara macam tu tak wujud!"
bantah izhar tiba-tiba.

wiya mencebir bibir.
"wujudlah...cinta sejati!"kata wiya dengan bangganya.

"putera yang menyelamatkan puteri? berjumpa,bercinta,kahwin and they happy ending! macam tu wujud ke...? awak ingat masa putera raja datang selamatkan puteri tu tak ada halangan? hujan ke panas ke,binatang buas ke...tiba-tiba dah ada depan mata si puteri dengan kudanya!"kutuk izhar dengan senang hatinya!

dia tak tahu ke hati wiya macam dah dirobek-robek?

"lagi?"soal wiya mahukan kata-kata seterusnya yang seperti mahu diluahkan macam lahar gunung berapi itu!

"and then masa dia orang dah berkahwin! awak ingat...dia orang tak ada masalah langsung ke? masalah nak balik rumah siapa lepas ini,masalah nak jaga anak-anak..kencing,berak semua tu..awak ingat macam tu senang ke? its fantasy not reality!"

wiya diam.
"what ever you said...saya dan sepupu-sepupu awak tu sukakan gambar tu.awak lelaki...awak mana reti nak tahu semua tu!"

"wiya sayang...itu semua akan menyebabkan otak kau orang semua tak berfikir panjang tahu tak? mana wujud cinta macam tu! mengarutlah..nonsense!"kutuk izhar sambil membuat muka selamba badak.

wiya menjelingnya tajam.
"awak tak suka novel! awak tak faham! melur jelita pun cakap ada cinta macam tu!"

"melur jelita? siapa tu? nenek awak erk?"soal izhar

wiya semakin meradang.pipi izhar dicubit dan ditarik sekuat hati!

"aarrgghh!!!"

wiya memeluk tubuh setelah izhar mengaduh kuat.
geram betullah!

"aduhhh...awak ni,kenapalah dera suami macam tu! berdosa tahu tak?"kata izhar sambil mengusap pipinya yang terasa sakit!

"padan muka!"kutuk wiya geram.

izhar tersenyum semula.sebenarnya tak lah sakit sangat pun..cuma nak bermanja! hehhehe..

"cakaplah...siapa melur jelita tu?"soal izhar lagi.

"dia tu..penulis berbakat besar tahu tak? hasil tulisan dia macam betul-betul di dunia reality! tapi..memang saya percaya apa yang dia ceritakan tu ada!"kata wiya dengan senyuman.

"dia tulis cerita apa?"soal izhar

"dia tulis novellah...awak kan tak suka novel.yang awak tahu hanyalah buku-buku lain dari novel!"wiya menjeling geram!

"awak suka hero dan heroin yang si melur jelita tu buat?"soal izhar

wiya tersenyum semula.
"mestilah...saya suka hero yang dia karangkan,seorang yang gagah perkasa! lelaki yang benar-benar luar biasa! walau diberi berapa banyak ujian..dia orang tetap kuat dan yang penting iman mereka tak tergugat! saya suka dengar nama hero-hero yang dia buat..nampak klasik dan moden digabungkan dalam satu watak manusia..."wiya berhenti sekejap kerana berangan.

izhar di sebelah sudah diam mengeras menadah telinga mendengar lelaki lain dipuji oleh si isteri!
dia hanya buat muka sepuluh sen!

"hello...mrs wiya...suami awak ada di sebelah tau!"kata izhar.

wiya melirik ke sebelah.dia tersengih!
"tahulah....tak kan merajuk kot? itu nama hero novel je..."

"walaupun dalam novel...ia tetap lelaki kan? of couselah saya cemburu!"kata izhar seakan merajuk.

wiya tergelak perlahan.
"okaylah...sorry wahai encik izhar...saya tak buat lagi!"
tangan kanannya diangkat ke atas di tepi telinga.

izhar tersenyum.
"ulang seratus kali..."

ternganga wiya mendengar arahan itu.

"this in an order....!"kata izhar lagi.

"awak ni...tak betul ke apa? mau sampai esok tak habis saya nak ulang cakap macam tu! panjang tahu tak ayatnya?"wiya pula yang merajuk.
bibirnya dimuncung ke depan tanda protes!

"bibir tu kenapa? nak kena kiss?"soal izhar

wiya mengembalikan bibirnya ke asal semula bila mendengar ayat itu.
izhar yang sedang tersenyum dijelingnya menyampah!

"sekarang ni...apa sebab awak ajak saya masuk bilik?"soal wiya kembali ke topik asal.

izhar tersenyum.
dia mencapai satu sampul surat berwarna putih di sisinya.
dia menghulurkan sampul itu pada wiya.

kening wiya bercantum apabila sampul itu sudah ditangannya.
"apa ni?"soal dia

"open!"kata izhar masih lagi senyum lebar

wiya mengoyak sedikit hujung sampul itu dengan hati-hati.
dengan perlahan dia mengeluarkan isi sampul itu.

dia melihat dua kad yang ada di dalam sampul putih itu.

wiya membaca ayat yang tertulis di atas kad itu satu persatu.
mulutnya serta-merta terbuka luas apabila ayat yang tertulis di situ habis di baca.

"izhar...are you serious?"soal wiya dengan senyuman lebar.
dia melihat izhar di sebelah.

izhar angkat kedua keningnya.
"its real!"kata izhar beserta anggukan.

wiya tutup mulutnya dengan tapak tangan kerana tak percaya.
"izhar...kenapa?"soal wiya masih lagi dengan keterujaan.

"its our honeymoon! kita akan pergi jepun selama dua minggu"kata izhar.

wiya tersenyum.dia melihat izhar yang tersenyum di sebelahnya.
dua kad itu diletak ke sisi.

"izhar...sayang awak sangat-sangat!"
tubuh kurus izhar dipeluknya dengan erat.

izhar membalas pelukan itu.
kepala wiya diusap dan diciumnya.
"this is for you...awak cakap awak suka jepun kan?"

wiya yang bersandar di dada izhar hanya mengangguk.tiada kata-kata untuk dilafazkan untuk mewakili keterujaannya kini!

jepun...we're coming!

"bila kita pergi?"soal wiya kembali ke posisinya semula.

"lusa...esok kita beli persiapan"kata izhar

wiya angguk kepala dengan bersemangat!
mereka berbalas senyuman kegembiraan.
.......................

"betul ke?"soal puan sri shasha dengan senyuman melebar.

wiya dan izhar yang duduk bersebelahan di meja makan itu tersenyum dan mengangguk.
meja makan itu hanya dipenuhi dengan mereka berenam memandangkan semua adik-adik mummy sudah pulang ke rumah masing-masing.
semuanya ada hal bisnes yang memerlukam tumpuan mereka.
jadi...sebab itulah mak lang dan mak su sekeluarga pulang awal!

"betul mummy...along ingat dalam dua minggu jugak dekat sana"kata izhar.dia menyuap sesudu lagi nasi goreng.

"wahh..mesti best kan? boleh adik ikut tak?"soal aishah dengan teruja.

"adik...mana boleh ikut,inikan trip untuk along dan kak long je..."jawab puan sri shasha dengan gelaknya yang perlahan.

"ala...tak boleh ke?"soal aishah dengan riak kecewa.

"adik ni...poyolah,along kan pergi honeymoon,kalau adik ada kacaulah!"kata amri pulak

meja makan itu riuh dengan gelak tawa penghuninya.kecuali tan sri akram yang hanya tersenyum.

"angah pun sama je kan? bukan ke jepun tu tempat yang angah teringin nak pergi sangat?"soal aishah tak puas hati.

"memanglah...tapi waktu sekarang tak sesuai,nantilah angah pergi..angah nak sambung belajar dekat sana"kata amri menanam impiannya.

aishah mencebir bibir.

"dah...tak baik gaduh-gaduh depan rezeki ni..angah,adik habiskan makan"kata tan sri akram dengan riak bersahaja.

amri dan aishah akur.mereka kembali menumpu perhatian pada makanan.

"barang-barang dah beli ke?"soal puan sri shasha

"along ingat..petang nanti nak keluar cari barang"jawab izhar

puan sri shasha angguk kepala.

wiya melirik mata melihat izhar disebelah.
dia merasakan serba salahnya semakin menebal dalam hati.
antara takut dan teruja!

izhar angguk kepala pada wiya disebelah.

"mummy...daddy..bo..bo..boleh tak malam nanti wiya dan abang tidur rumah mama?"soal wiya walaupun tergagap tapi dia mampu habiskan ayatnya yang telah dikarang semalaman!

izhar menyimpul senyuman.
bila depan mummy dan daddy baru panggil abang ye?

"kenapa tak pergi airport dari sini je?"soal suara tegas dari tan sri akram.

wiya melihat izhar supaya membantunya.

"err..macam ni daddy,wiya ni...rindu dengan mama dia...along kesian dengan dia.yelah...dah dua malam dia tinggal sini,jadi...malam esok bolehlah kami ke sana pulak.betul tak mummy?"

"huhh? betul jugak tu....apa salahnya balik rumah wiya pulak"kata puan sri shasha apabila ditanya secara tiba-tiba.matanya melirik melihat wajah serius di sebelahnya.

tan sri akram meletak garfu dan sudu yang dipegang ke dalam pinggang.
dia bangun berdiri.

semua mata tertumpu padanya.
wiya menahan debar dalam hati.
izhar juga merasa yang sama.

"boleh...tapi lepas balik dari jepun terus ke sini dulu"kata tan sri akram sebelum melangkah meninggalkan ruangan makan dan menuju ke tingkat atas.

di meja makan keadaan sunyi sekali.

"err..maafkan daddy ye wiya...daddy emosi sikit"kata puan sri shasha

wiya tersenyum.dia bertentang mata dengan ibu mertuanya itu.
"tak apa mummy...wiya faham..."

izhar mengeluh dalam hati.wajahnya mencuka kerana perangai yang ditunjuk oleh daddy.
dia melirik mata melihat ke tingkat atas yang kosong.
sudah buntu akalnya mahu membaiki hubungan kedua keluarga ini!

dah berbesan pun nak gaduh-gaduh lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience