bab 48

Romance Completed 10363

hari terakhir mereka di jepun.
sebelum bertolak balik mereka singgah dulu ke osaka!
semuanya best-best dekat sana.
bolehlah beli lagi!
sampai penuh bagasi dibuatnya.

wiya memang bukan kaki shopping!
tapi itu di KL!
kalau di negara orang memang wajiblah shopping sebab...bukan senang nak datang lagi!
kalau KL hari-hari boleh beli.cakap je nak apa semua ada!

mereka bertolak dari lapangan terbang di Osaka.
jangkaan mereka akan tiba di Malaysia tepat pada pukul lima petang.
wiya mengsandarkan badannya ke dada izhar di sebelah.
keadaan sunyi dan tenang dia tempat duduk class bisness.

wiya menutup mata berharap dapat lelapkan mata yang keletihan buat seketika.
izhar tersenyum bahagia apabila mata terpandang si isteri yang nyenyak tidur.
dengan kesempatan yang ada dahi wiya diciumnya.

akhirnya izhar juga terlelap.
..............
lapangan terbang Kuala Lumpur menjadi sasaran kapal terbang yang dinaiki oleh wiya dan izhar.
kapal terbang dari jepun itu mendarat dengan sempurna di landasannya.

wiya tersenyum lebar apabila dapat menikmati udara Malaysia semula.
terasa rindu dengan Malaysia!
dulu..kalau ada dekat Malaysia teringin nak pergi ke luar negara!
sekarang..bila dah ke luar negara rindu pulak dengan Malaysia.

"apa senyum-senyum ni? tak nak balik? nak patah balik ke jepun?"soal izhar di sebelah.

wiya tersenyum.terus lengan sasa izhar dipeluknya erat.
mereka beriringan masuk ke dalam KLIA yang dibanjiri dengan orang awam.

bagasi yang berat ditolak oleh izhar memasuki kawasan ketibaan.
dari jauh mereka sudah dapat melihat wajah tan sri erdy long dan puan sri akma sedang melambai tangan pada mereka.

wiya berbalas senyum dengan izhar.dengan langkah yang dilajukan mereka semakin menghampiri kedua-duanya.

wiya berlari pantas ke dalam pelukan mamanya.

"mama...wiya rindu sangat-sangat"kata wiya di dalam pelukan puan sri akma.

izhar hanya tersenyum sambil mencium tangan tan sri erdy long dengan teragak-agak apabila wajah itu sentiasa serius.

"mama pun...semakin tembam wiya.padahal baru dua minggu dekat sana?"

pelukan mereka dileraikan.

"mana adalah ma...mama ni suka kata macam tu dekat wiya"kata wiya dengan nada merajuk.

"aikk..dah pandai merajuk rupanya anak mama ni"

wiya termalu sendiri bila diketawa.

"papa..."wiya menyalami tangan tan sri erdy long.
tubuh itu dipeluknya seketika.

"assalammualaikum.."

mereka semua menoleh ke sebelah.
dilihat wajah ceria puan sri shasha di sebelah tan sri akram yang serius setelah terlihat wajah musuh ketatnya.

"waalalaikumsalam.."jawab mereka serentak.
wiya dan izhar menyalami kedua-duanya pulak.
amri dan aishah hanya tersenyum lebar.

"mummy kenapa datang tak bagitahu along? kan mama dan papa dah datang jemput kami?"soal izhar kepada mummynya.

puan sri shasha tersenyum.
"sajalah...rindu dengan anak dan menantu mummylah"

izhar dan wiya tersenyum.

"kak dah lama sampai?"soal puan sri shasha beramah mesra dengan puan sri akma.

"lama jugaklah...tapi tak sabar punya pasal.sebab tu datang awal"jawab puan sri akma.
mereka berdua sama-sama tergelak.
mereka meneruskan perbualan.

tan sri akram dan tan sri erdy long pulak hanya buat haluan masing-masing.
sorang pandang ke kiri,sorang lagi pandang ke kanan.

wiya dan izhar yang menyedari kejadian itu hanya berpandangan sebelum kedua-duanya menggeleng kepala.

"kak...ada hadiah tak?"soal aishah tiba-tiba.disebelahnya amri sudah tersengih-sengih.

wiya tersenyum.
"of course lah ada..."

"betul ke kak? tak tipu?"soal amri

"betullah...tak percaya tanya along"kata wiya sambil meluruskan jari telunjuk ke arah izhar.

izhar yang tak tahu apa-apa pulak diserang.
wiya hanya tahan gelak dalam hati.takut melantun keluar terus viral!

"along...jom bawak wiya balik rumah!"suara yang tiba-tiba melantun membuatkan semuanya tercengang.

wiya dan izhar berpandangan.

"tak payah...wiya bawak izhar balik rumah kita"kata tan sri erdy long pulak.melawan kata-kata tan sri akram.

"tapi pa...."

"papa cakap bawak suami wiya tu ke rumah kita..."

kata-kata wiya terhenti di situ.

"along..did you hear me?"soal tan sri akram.

wiya dan izhar berada di dalam zon serba salah.

"tak apalah bang...biarlah along dan wiya balik rumah sana pulak...janganlah berebut-rebut macam ni..dia orang ni kan letih lagi.."kata puan sri shasha mahu menjernihkan keadaan.

"betul tu bang....kita ikut keputusan dia orang sendiri ye?"soal puan sri akma kepada suaminya di sebelah.

"mana boleh!! selepas mereka menikah.dia orang terus tidur sana.sehari saja di rumah kita! mana adil!"sangkal tan sri erdy long.

"along...along dah janji sebelum bertolak ke jepun kan?"kata tan sri akram pada izhar.

wiya dan izhar sama-sama risau dan tidak tentu arah.
mana patut mereka pilih supaya hati kedua-duanya dapat dijaga?

"err....ermm...err..."tak ada kata-kata yang mampu keluar dari mulutnya ketika ini.
wajah wiya di sebelah dipandang.

wiya menghampiri papa dan mamanya.
"mama..papa,wiya dan izhar balik rumah sana ye? wiya janji..wiya akan balik ke rumah jugak nanti"

puan sri akma tersenyum.
"mama faham sayang...."

tan sri erdy long melihat ke arah wajah muram dan sedih anaknya.
perasaan kasihan terbit di hatinya.

"abang...bolehlah ye?"soal puan sri akma pada suaminya.

tan sri erdy long melihat wajah di depannya.
wajah wiya jelas kelihatan keletihan.
"baiklah...tapi ingat,nanti balik rumah sini pulak,apa..ingat kita tak ada rumah? asyik nak duduk sana saja..?"

wiya tersenyum.
"terima kasih papa...wiya sayang papa"tubuh papanya dipeluk seketika.

izhar di sana menarik nafas lega.
bukannya dia tidak mahu balik ke rumah wiya.dia tak kisah di mana-mana pun tapi keadaan di sini terlalu tak mengizinkan.ada dua tiga orang awam sudah menjeling-jeling melihat sinetron yang terjadi di sini.
mujur juga papa akhirnya mengalah!

usai mereka bersalaman puan sri akma dan tan sri erdy long berlalu.
hanya wajah puan sri akma yang tampak bersahaja kecuali tan sri erdy long yang masam mencuka kerana ketidakpuasan hatinya.

wiya beriringan dengan izhar mengikut langkah mummy dan daddy izhar yang berjalan di depan.

"first day kita balik Malaysia dah ada masalah macam ni"bisik wiya dengan mengeluh.

izhar mengusap kepala wiya.
"its okay...kita harungi segalanya bersama"balas izhar.

wiya membalas dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience