AKU menilik tubuhku yang bersarung dress labuh ini di hadapan cermin. “Masya-Allah sister, you are so beautiful”. Aku tergelak sendiri dengar ayat perah santan aku ni. Hanta punya Aisyh.
Macam tak percaya, dengan ketinggian aku yang terbatas ni, cantik jugak dress labuh berwarna turquoise ini melekap di badanku. Bukanlah melekap sehingga menampakkan bentuk badan, melekap maksud aku terpakai di tubuh aku. Adalah ramping sikit aku pakai. Tak sangka Ayden tahu saiz aku.
Ya, mak dan abah izinkan aku pergi ke rumah keluarga Ayden. Entah jampi serapah dan mantera apa entah yang lelaki tu pakai sampai-sampai mak dan abah izinkan aku pergi ikut lelaki tu. Siap mereka sendiri yang telefon aku suruh aku setuju dengan ajakan Ayden.
Dulu, masa bercinta dengan Ammar Faiz, memang pantang mak dan abah biarkan aku jalan dengan dia. Kalau nak jumpa depan rumah pun, mesti ada Air yang temankan. Air tu adik aku. Kan nama dia Nuwair Rashdan? Siapa suruh panggil aku Ais? Kecik-kecik dah pandai nak main-mainkan nama orang. Dasar adik durhaka!
Nak tahu tak apa sejarah dress labuh ni? Haa, macam ni kisah dia. Teringat petang tadi, masa aku bersiap-siap nak solat maghrib. Dengan bertelekung bagai, tiba-tiba ketukan pada pintu kedengaran. Mulanya aku risau kot-kot ada perompak nak masuk, jadi, aku pun periksa di sebalik tingkap. Terkejutlah jugak aku tengok Ayden yang sedang berdiri di luar sambil menanti aku untuk membukakan pintu untuknya.
Jadi, aku dengan telekung yang kemas terpakai, terus membukakan pintu. Aku nampaklah yang dia sedikit terkejut apabila melihat aku. Ke, aku nampak comel pakai telekung ni? Ala Ayden, tak payah puji dalam hatilah. Aku tahu. Kihkih.
“Kenapa awak datang petang-petang macam ni?” tanya aku pelik. Yelah, dah nak dekat maghrib ni dia datang, buang tabiat ke? Ke, dia ni hantu yang tengah menyamar? Tapi, aku tengok kaki dia jejak lantai.
Ayden kelihatan sedikit tersentak apabila aku tegur dia. Tahu sangat yang dia tengah terpukau tengok aku sekarang. Hehe. Takdelah, I gurau je Melissa.
“Oh, I ada belikan you dress and shawl. You pakailah malam ni”. Sedikit berkerut muka aku tengok dia. Dah kenapa nak belikan aku dress? Pakai baju t-shirt dan seluar sukan tak boleh ke? Shawl? Shawl aku berlambak dalam almari, buat apa nak beli shawl lagi?
“Buat apa? Saya ada baju sendirilah”. Sambil aku tanya tu, sambil tu jugak aku sambut huluran dia.
“Saja nak bagi hadiah dekat you. Tak boleh ke?” dia angkat kening. Ish, main angkat-angkat kening pulak. Kang aku tergoda kang susah, tunang orang. Tak tergoda pun susah, selalu je pergi jumpa aku. Ish!
Aku senyum. “Terima kasih”. Aku tahu suara aku dah macam kucing jantan jumpa betina dia. Erkk, macam mana bunyi kucing jantan jumpa kucing betina ek?
“Most welcome. Jangan lupa pukul 9 malam ni okay? Bye. Assalamualaikum”.
Dia pun berlalu tanpa sempat aku jawab salam. Kebetulan azan maghrib pun mulai kedengaran. Aku pun tutup pintu sambil jawab salamnya.
Bila teringat tentang petang tadi, boleh pulak aku tersengih macam kerang busuk depan cermin ni. Korang belum rasa penangan bertemu Ayden depan mata. Kalau korang kat tempat aku, aku yakin tahap senyuman korang sama dengan aku. Mengalahkan joker!
Dress ini adalah plain dress, berkain kapas. Aku syak, mesti harga dia mahal sebab walaupun tebal, tapi aku tak rasa panas pun. Lagipun, seorang Ayden, mana mungkin dia nak beli baju murah-murah? Sedangkan aku ni, asal ada baju je, aku pakai. Janji tutup aurat dan tak ketat membalut badan.
Shawl pun punyalah lembut kain dia. Walaupun jenis chiffon, tapi, tak perlu pakai inner neck pun, memang tak jarang. Ish, pertama kali tau dalam kehidupan aku pakai benda-benda mahal macam ni.
Setelah bersiap, aku pun pandang sekali lagi penampilanku di hadapan cermin. Alahai, mak, abah, anak siapalah yang cantik sangat ni? Tak sangka, cantik jugak aku ni rupanya. Haha.
Sedang asyik aku berangan nak jadi Cinderella, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Alahai, kacau betullah, baru sahaja tadi aku nak feeling-feeling Cinderella yang bakal dijemput oleh puteranya menggunakan kereta labu.
Aku angkat telefon bimbit tanpa melihat nama yang tertera. Dah namapun tengah berangan, mana nak perasan semua tu.
“Assalamualaikum, Aisyh di sini. Siapa di sana?”
“Waalaikumussalam. I dah ada kat depan rumah you. Sorry awal lima minit, tak sabar pulak nak tengok you jadi princess malam ni”. Dia tergelak kecil. Sah, suara Ayden. Siapa lagi kalau bukan dia?
Terbuntang biji mata aku dengar ayat dia. Taik betul, awal betul dia sampai. Dahlah tudung aku masih belum kemas lagi ni.
Cepat-cepat aku pergi ke tingkap bilik dan melihat ke bahagian depan rumah. Pffft, memang betul apa yang dia cakap. Ada sebuah kereta dengan lampu yang masih menyala berada tepat di hadapan rumah aku sekarang.
Aku pun berlari semula ke arah cermin sambil mematikan panggilan. Ingatkan nak pakai shawl dengan style lain, tup-tup lilit dengan cara yang biasa aku gunakan je. Ish, hampeh betul punya Ayden.
Setelah bersiap ala kadar, aku pun mencapai telefon bimbit dan cepat-cepat menyarungkan wedges di kaki. Wedges je yang aku reti pakai sikit. Kalau heels, memang aku lebih sanggup jalan kaki daripada pakai benda tu.
Sesampai aku di bawah, Haq telah bersedia di sebelah pintu yang terbuka. Perghh, kacak jugak muka mamat ni. Dengan rambut pacaknya, suit hitam yang terpakai di tubuh tegapnya tidak menampakkan dia sebagai seorang bodyguard. Walaupun mukanya lebih beku daripada Ayden, namun, dia juga punya aura tersendiri. Kalau berminat, boleh pm tepi.
Aku senyum ke arah Haq yang masih menanti aku untuk masuk ke dalam kereta. Dan, pertama kali dah hidup aku tengok dia tersenyum membalas senyuman aku. Pergh, boleh tahan jugak dia punya senyuman tu. Mampu mencairkan hati.
Masuk sahaja aku ke dalam, sekali lagi mata aku bersih dicuci. Ini lagi seorang lelaki kacak. Dengan suit warna turquoise, rambut Preppy Hairstyle yang biasa dikenakan dan kali ini kacaknya lain macam.
“Hye,” ujar aku kekok apabila dia memandang tepat ke arah aku.
“Hye, you look so beautiful tonight,” aku tak tahu dia ikhlas ke tak puji aku, yang pasti aku yang menerima pujian tu rasa nak terbang macam penguin. Eh, penguin boleh terbang ke? Ah, lantaklah. Yang pasti rasa macam kembang setaman pulak hidung aku dengar dia puji.
“Thanks. Baru perasan ke?” Ucapku dalam nada yang bergetar.
Dia senyum dan kemudian pandang ke depan apabila kereta sudah mulai bergerak meninggalkan kawasan rumah aku.
***
“Jomlah masuk,” pelawa Ayden sambil membetulkan suit di tubuhnya. Aku pulak, pandang dia dengan pandangan was-was.
Gila ke apa? Ini bukan rumah ni, dah macam dalam istana kaca dalam cerita Barbie tu pulak aku tengok. Besar dan design yang sangat cantik.
“Tak apa ke saya masuk?” ceh, soalan aku masa tu. Tapi aku memang segan nak masuk, rasa macam terserlah kekampungan aku untuk berada di sini. Dah macam rusa masuk kampung pulak rasanya.
Ayden pandang aku semacam, mungkin sebab aku yang macam nak lari balik pergi rumah kot buatkan dia pandang aku macam nak telan aku. Kalau ikutkan hati, memang menyesal aku pergi sini. Sini bukan tempat aku. Rasa macam jauh sangat perbezaan darjat antara aku dan Ayden. Aku tak layak kat sini.
“Aisyh, come on sebelum I angkat you naik atas”. Dengar sahaja ugutan dia, terus aku berlari di sebelahnya. Aku jeling dia tak puas hati. Tak aci main kekuatan untuk kalahkan aku.
Eh, kejap! Aku perasan baju aku dan Ayden sama warna. Persis tiada beza. Aku pandang sisi muka Ayden yang tegak sahaja memandang ke hadapan, dah macam anak raja jalan pulak dia ni.
Sebaik kaki aku melangkah masuk ke dalam, terbuntang luas mata aku pandang ke dalam rumah ini. Uiii, ni betul-betul rumah atau hotel lima bintang? Ni, kalau aku jalan sorang-sorang ni, memang sumpah aku sesat. Tadi pun, nak masuk ke kawasan rumah dah jauh dari pagar utama. Kali ni, dalam rumah pun dah luas macam padang bola.
Di pintu masuk, ada beberapa orang wanita berpakaian sama sedang berbaris sambil tersenyum ke arah kami. Apabila kami melangkah, seorang demi seorang menundukkan sedikit badan mereka dengan hormat.
“Welcome to my house, Aisyh. Jom, I nak bawak you pergi ruangan makan”.
Setibanya di sana, semua mata terarah ke arah kami atau lebih tepat, ke arah aku. Mereka tengok aku macam tak pernah tengok manusia. Tahulah maid mereka pun cun mengalahkan aku, tapi, tak payahlah tengok aku sampai macam tu sekali.
“Okay guys, this is Nureen Raisyha, the girl that I told you before. Aisyh, this is my family”. Aku pandang Ayden sekejap sebelum aku pandang ke arah mereka yang dia katakan sebagai keluarganya tadi. Eh, bukan ke Ayden anak tunggal? Kenapa ada ramai sangat orang kat meja makan ni?
Melihat aku yang seperti terkial-kial, mereka semua pun menjemputku duduk. Ramah sangat mereka sehingga aku naik segan.
“So, nilah Aisyh yang Ayden selalu cerita tu?” soal seorang wanita yang aku yakini bahawa dia adalah ibu kepada Ayden. Cerita? Yang Ayden selalu cerita? Apeni? Dia ceritakan tentang aku dekat keluarga dia kah?
"Yes, she is". Jawab Ayden tenang.
Aku pula hanya mampu tersenyum sambil melabuhkan punggunh di atas kerusi sebelah Ayden. Sungguh aku kekok berada di meja makan yang besar dan panjang ini. Dengan pelbagai jenis juadah kat depan mata, habis ke ni nanti? Mana tidaknya, makanan yang terhidang dari hujung meja sana sampai pulak hujung meja sini. Dah macam buat persembahan makanan pulak.
“Hello Aisyh, nice to meet you. You ni girlfriend Ayden ke?” tanya seorang wanita pula. Yang ni nampak muda dan cantik. Dah macam ada kacukan orang putih, tetapi, kalau diperhatikan jugak, adalah iras Ayden sikit.
Aku yang mendengar soalan yang diajukan, rasa macam nak tercekik anak tekak sendiri. Namun, cepat-cepat aku geleng. “Bukan. Kami kawan je”. Yeke kawan? Entah-entah Ayden hanya anggap kau orang asing yang pelik je.
“No sis, she’s more special than a friend and girlfriend. Maybe, she’ll be your sister-in-law soon”. Selamba badak mamat ni cakap, macamlah benda tu benda betul. Hari ni, entah berapa kali kepala aku tertoleh ke arah dia. Rasa nak tercabut skru leher aku asyik pandang dia kat sebelah. Dia pulak hanya jeling aku sambil sengih. Cis, sengih-sengih pun handsome!
“Oh wow! Leo! You’ll get a new auntie!” ucap wanita itu buat budak kecil yang aku anggar masih dua atau tiga tahun itu. Budak tu pulak dah bertepuk tangan gembira sambil pandang aku. Hanat punya Ayden!
Aku senyum terpaksa, aku yakin senyuman aku ni nampak sangat plastik sekarang. Sambil-sambil tu, aku sepak kaki Ayden membuatkan lelaki tu jeling aku sekejap.
"What?" Dia berbisik.
Tapi, aku jeling saja sebab yang lain masih memfokuskan pandangan ke arah kami.
“Okay, lepas ni kita bincang lagi pasal bakal menantu papa ni. Jom, kita makan! Aisyh, makanlah. Jangan malu-malu. Actually, malam ni adalah special dinner for Neil Ayden. Sebab tu papa suruh Ayden jemput the girl yang dia selalu ceritakan. And, tak sangka, Aisyh tu lebih cantik daripada apa yang papa fikirkan. Ayden, cedokkan makanan your girl tu. Kalau boleh suap, suap sekali”. Giliran bapak Si Ayden ni pulak melalut tak tentu fasal. Dah macam stadium bola sepak bunyi kedengaran meja ini dengan suara mereka semua terhibur dengan kata-kata ayah mereka. Aku pulak dah macam duduk atas kerusi urut, sakit punggung sebab nak cepat-cepat berlalu dari sini.
Aku sengih lagi. Dah berapa kali entah aku jadi kerang busuk sekarang. Ini semua Ayden punya angkara. Kalaulah dia tak kutuk aku depan keluarga dia, tak adalah aku dalam rumah keluarga pelik ni.
Aku angguk dan kemudian menerima pinggan yang dihulurkan oleh Ayden.
Apabila makan, boleh pulak mereka diam. Kalau aku kat kampung, masa makan macam nilah aku bising sebab bergaduh dengan Air. Budak tu derhaka, asal aku makan je, mesti makanan aku kena curi padahal lauk berlambak atas meja. Eh, apahal aku tiba-tiba terfikir pasal Air pulak ni? Ni mesti kes budak tu rindu kat aku. Aku? Aku rindu kat dia? Memang taklah!
"Kalau nak apa-apa, bagitau I". Bisik Ayden betul-betul di telingaku. Aku pulak jauhkan sikit kepala aku daripada wajah dia. Nanti, tak pasal-pasal keluarga dia ingat aku ni senang-senang je kena cium oleh Ayden. Padahal, ilusi optik semata-mata.
Aku angguk faham. Kebetulan perut aku lapar, memang akan hilang rasa malu nak mintak macam-macam sekarang ni.
Selesai makan, aku dibawa ke ruang tamu. Sedap makanan tadi. Tak malu aku mintak tambah, Haha.
Jam dah 9.50 malam, mata aku pun dah mula kuyu lepas makan. Memang kebiasaan aku, kalau kenyang, mesti mengantuk lepas tu. Tak tahulah kenapa aku boleh jadi ular sawa ni.
“Aisyh, macam mana motor Aisyh? Okay dah?” soal Puan Besar Ratna. Aku tahu nama dia Puan Besar Ratna sebab dalam majalah, nama dia antara nama yang sering disebut. Kalau ayah Ayden pulak Tuan Besar Neil Ayden Khalil. Tapi, orang lain biasa panggil dia Tuan Besar Neil Khalil.
“Dah,” jawab aku dengan suara yang macam dah tertelan kumbang. Serius aku kekok dengan keluarga ni, lagi-lagi mereka semua pandang aku semacam. Macam tengah nak cam muka aku. Nak cakap muka aku macam Melissa Rose, memang butalah mereka kalau tengok macam tu. Ah, entahlah. Yang pasti, lepas ni aku nak balik.
“Ayden ada bagitau hari tu, yang Aisyh terlanggar kereta dia. Nasib baik Aisyh tak apa-apa. Ada calar tak hari tu?” Puan Besar Ratna masih bersoal bimbang. Aku nampak pada raut wajahnya yang jelas-jelas risau sambil pegang tangan aku. Puan Besar Ratna duduk kat sebelah aku manakala Ayden pulak berada di sofa tunggal.
“Tak, lagipun, salah saya sendiri jugak hari tu tak bagi signal masa membelok,” cerita aku sambil suhu muka aku dah naik 100 darjah celcius tahan malu sekarang. Ayden ni dah pahal nak cerita pasal benda ni dekat keluarga dia? Yang nayanya aku sekarang ni.
“It’s okay. Asalkan Aisyh tak apa-apa, Ayden tak apa-apa. This is just a small matter”. Small metter dia cakap? Nasib baik aku kena dekat Ayden, kalau dekat orang lain? Small metter ni boleh bincang kat balai polis tau! Allah, terima kasihlah KAU pertemukan aku dengan keluarga ni.
Aku senyum sambil jeling ke arah Ayden yang tenang membalas pandangan aku.
“Patutlah Ayden suka sangat cerita pasal Aisyh, rupa-rupanya, orangnya secantik bidadari,” tegur seorang lelaki yang memakai kerusi roda. Yang ni, wajah dia hampirlah sama dengan Ayden, cuma, nampak sedikit berusia. Kalau nak tengok yang paling sama dengan Ayden adalah budak lelaki yang sedang memandang aku pelik sejak aku masuk ke rumah ni daripada tadi.
“Amboi hubby, bini kat sebelah pun sempat puji perempuan lain?” tegur seorang wanita yang wajahnya juga kelihatan macam ada kacukan orang Putih. Rambutnya blonde dan kulitnya putih kemerahan. Di tangannya ada seorang bayi yang sedang nyenyak tidur. Comel! Nak saja aku pergi ke arah budak tu dan gigit pipi dia. Tapi sayangnya, aku ni pendatang asing, jadi aku kena BEHAVE.
Yang lain sudah mulai tersenyum simpul, termasuk aku. Nampak comel sahaja pasangan itu. “What’s wrong, wife? I puji bakal adik ipar I je. Don’t worry, you’re the most beautiful girl for me”. Oloooo, so sweet. Aku pulak yang rasa berbunga dengar ayat lelaki tu.
“Hmm, macam mana I tak rasa tercabar bila you puji Aisyh? Dia tu cantik sangat, okay?” kali ini, aku ketap bibir. Entah mana entah mata mereka ni semua cakap aku cantik? Ke, nak jaga hati aku je sebab aku yakin aku yang paling hodoh kat rumah ni.
“Well, Aisyh is mine, right? Sesuailah dengan I yang handsome ni”. Pertama kali, serius, pertama kali aku dengar Ayden puji diri dia sendiri. Macam bernanah telinga aku dengar sebab Ayden bercakap macam tu dengan riak selamba dia. Ceh, Aisyh is mine konon. Kau jangan Ayden, kalau terdengar dek Melissa ni, mahunya Aisyh ni bukan sapa-sapa I. Haaa.
“Eleh, poyo! Aisyh kot yang buta sebab pilih you!” gurauan Ayden disambut oleh wanita yang menegur aku di meja makan tadi. Alaa, yang tanya aku ni girlfriend Ayden ke tak tu tadi.
Aku tergelak kecil, tenggelam gelak aku disebabkan gabungan suara mereka yang riuh tergelak melihat reaksi Ayden yang nampak menyampah.
“Aisyh, you nak tahu tak, muka Ayden ni entahlah I nak cakap macam mana. Kosong, macam takde perasaan. Kalau dia senyum tu, memang heavenlah sebab dari kecik, dia tak reti nak senyum. Asyik gitu je muka dia,” sambung wanita itu lagi.
Kali ini, Ayden baling wanita itu menggunakan bantal kecil. Tepat dekat muka wanita tu balingan yang dikenakan oleh Ayden.
“Uncle, don’t do like this to my mom!” marah budak lelaki yang dipanggil Leo tadi. Pelik betul nama dia.
“Hey, are you mad at me? Okay, I’ll not buy you an ice cream anymore,” ugut Ayden. Namun, cepat-cepat Leo berlari ke arah Ayden sambil duduk di riba lelaki itu.
“Okay, I’m sorry. I’ll help you to throw the things to mummy. But please, keep this as our secret and don’t tell her,” bisiknya, namun dapat didengar oleh semua orang di ruang tamu.
Tertawa besar kami mendengar ayat Leo. Wanita tadi buat-buat geram lalu mengangkat tubuh Leo sambil geletek budak itu. Dah nak menangis, barulah dia berhenti geletek. Memang kejam sikit penderaan tu. Haha.
“Hah Rafeeqah, kenapa tengok Aisyh je dari tadi?” tegur Puan Besar Ratna. Rafeeqah yang ditegur terus tersentak.
“Ma, boleh tak malam ni Rafeeqah nak tidur dengan Aisyh?” melopong mulut aku mendengar permintaan daripada remaja itu. Semua orang macam sepakat, tengok aku serentak. Menanti sahaja aku untuk bersetuju ataupun tidak. Tetapi, kalau dari segi reaksi muka, nampak macam semua nak aku setuju. Ah, persetankan perasaan aku sekarang.
Aku tarik bibir ke tepi, tayang senyum plastik lagi dan lagi.
“Hah, macam mana Aisyh? Nak tak tidur sini?” Puan Besar Ratna menyoal tak sabar.
“Err, bukan tak nak, cumanya saya tak bawak baju lebih”. Aku bagi alasan yang aku rasa paling logik sekarang. Mana tidaknya, yang lain aku tengok semua badan besar-besar. Even Rafeeqah tu sendiri badan dia pun tinggi, dah macam model dah.
Mereka angguk faham. “Kalau macam tu Aisyh, esok, Ayden jemput you lagilah. You tidur sini malam esok. Boleh kan?”
Aku yakin, kalau dalam sinetron ni, berkali-kali muka aku kena zoom. Mereka ni dah kenapa sebenarnya? Dahlah tak kenal aku sangat, lepas tu ajak aku bermalam dekat rumah mereka yang besar gedabak ni. Macam mana kalau aku ni penjahat pengikis harta macam bibik Dato’ Aliff? Tak ke naya barang mereka aku curi?
“Aisyh okay je and I pun tersangatlah okay nak jemput dia esok. Dahlah, I tengok mata Aisyh dah bengkak dan tak habis-habis menguap daripada tadi. Jom balik sayang,” aku dapat rasa mata aku membulat pandang muka Ayden. Muka dia selamba mengalahkan badak panggil aku sayang. Depan keluarga dia pulak tu!
Aku pandang muka keluarga dia, masing-masing tayang muka gatal macam Aira dan Kak Ana selalu buat. Aku gigit bibir dan terus berdiri.
“Saya balik dulu,” aku mencapai tangan ibu dan adik-beradik perempuan Ayden termasuk ipar dia sekali. Aku main redah je cakap mereka semua ni adik-beradik dan ipar Ayden. Siapa suruh muka nak sama dah.
Terkejut jugak mereka apabila aku salam cium tangan. Mungkin sebelum ni, mereka hanya berpelukan sahaja kot.
Setelah itu, mereka pun menghantar aku di muka pintu. Aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang. Tapi yang pasti, baru hari ini aku jumpa, namun layanan mereka seolah-olah dah kenal aku lama. Rindu mak dengan abah di kampung. Hmmm.
×××
Di dalam kereta, aku diam sambil bermain dengan jari-jemariku. Sebenarnya aku ada benda nak tanya Ayden, tapi tulah, aku tak tahu nak mulakan macam mana.
“Why, Aisyh? Ada something yang ganggu you ke?” see, Ayden dengan sikap prihatin dia. Macam tahu-tahu je yang aku sekarang tengah nak tanya sesuatu dekat dia.
“Err, semua tu tadi adik-beradik awak ke?” gituh, apabila diberi peluang, terus aku grab takut-takut lepas ni tak dapat nak tanya dah.
“Oh, yup. Diorang semua tu adik-beradik I. Why?”
“Saya ingatkan awak anak tunggal,” jawabku jujur. Tergelak Ayden dengar aku jawab macam tu. Apa yang lawaknya? Rasanya, tu ayat penyata yang tiada punchline aku sertakan bersama.
“Okay, I bagitau youlah sikit pasal family I. Actually, papa I ada tiga orang isteri,” kali ini, aku terkejut homo sapiens. Tiga orang isteri?
“First wife, dia dah meninggal. Dia adalah mama kepada Neil Ayden Raehan dan Neila Ayda Ruhaila. Neila Ayda Ruhaila adalah mummy kepada Leo, the boy yang bisik dengan I tadi. Husband dia takde kat sini, ada kerja. Manakala Neil Ayden Raehan pulak yang pakai wheelchair tu tadi, yang isteri dia macam muka orang putih. My papa’s first wife, dia orang Malaysia kacukan Australia. That’s why you tengok muka Raehan dan Ruhaila macam ada orang putih sikit.
And, mungkin bagi orang, cerita ni a little bit funny. And, I pun first time dengar dulu pun gelak. Actually, my father’s first wife meninggal sebab dia sakit jantung lepas dapat tahu papa kahwin dengan mama I. Apa sebab mereka kahwin, I tak berapa pasti.
Puan Besar Ratna adalah the second wife. Yes, I memang anak tunggal, cuma, anak tunggal untuk Puan Besar Ratna je. Tapi, bukan untuk Tuan Besar Neil Khalil.
Then, the girl yang ajak you tidur dekat rumah I tu tadi adalah anak kepada my father’s third wife. Papa dan mama I sempat bercerai lepas I dilahirkan because of the third wife. Actually, papa I masa tu kena guna-guna dengan perempuan tu. So, dalam tempoh dua tahun tulah, mama dan nenda cuba sedaya upaya cari penawar untuk papa. Sebab tulah jugak, jarak usia Neil Ayden Raeef dan Neila Ayda Rafeeqah, hanya setahun je.
Lepas dua tahun setengah tempoh perkahwinan papa and the third wife, mereka bercerai and that woman gave Neila Ayda Rafeeqah and Neil Ayden Raeef dekat papa. Dia orang susah, that’s why she's really wanted my papa. Bila temberang dia dah pecah, dia pun bagi dekat papa anak-anak dia sebab tak mampu nak jaga”. Panjang lebar Ayden ceritakan tentang keluarga dia dekat aku.
Aku angguk faham. Tak sangka sejarah keluarga dia macam ni. Pening jugak aku dengar, tapi, aku nampaklah afford Ayden nak bagi aku faham.
"Kenapa awak yang jadi pewaris tunggal Neil A? Kenapa bukan abang awak?" Eh aku ni, aku dah cakap, aku memang suka menyibuk sikit. Bukan sikitlah, tapi banyak sebab sikap penasaran aku memang melangit dalam diri.
"Yah, you sendiri yang tengok keadaan dia macam mana tadi kan? Dia takde kaki sejak lahir lagi. Tambah-tambah lagi, dia memang risau kalau dia tak dapat nak handle syarikat tu disebabkan kekurangan dia. Jadi, nenda pun tetapkan I sebagai pewaris tunggal syarikat kami". Ceritanya lagi.
Aku angguk lagi. Tetapi, kalau tengok keluarga mereka tu, macam keluarga yang seibu sebapa. Padahal, mereka hanya sebapa, tetapi berbeza ibu.
“Actually, this is a secret. Tapi, untuk you, I cakap jelah because I know, Aisyh seorang yang dipercayai. By the way, walaupun kitorang berbeza ibu, tapi, I lobe them equally. Because I know, hanya I seorang yang ada mama dan papa. Sedangkan yang lain? Diorang hanya ada papa, mama takde. Sebab tu mama I dari dulu cakap dekat diorang, jangan rasa diri tu orang asing sebab darah yang mengalir dalam diri kitorang adalah darah yang sama”. Dia sambung bercakap. Aku pandang sisi wajahnya, terukir senyuman nipis di bibir itu.
Aku yang mendengar ayat Ayden, rasa macam ada habuk dalam mata. Mereka yang berbeza mak ni boleh pulak hidup bahagia, sedangkan aku dengan Air? Pantang jumpa mesti macam air yang disimbah dalam minyak masak. Tapiiii, Air tu yang cari pasal dengan aku.
Kerja aku, lepas tanya, aku tak bercakap lagi. Risau andai kata aku termenangis pulak. Bukan menangis sedih, tapi, menangis terharu dengan sikap positif Ayden.
Lepas sahaja dia bercakap, terus kami diam macam biasa. Haq di depan kejap-kejap pandang belakang, risau aku tertidur atas bahu Ayden lettew. Jangan risau, tak adanya aku nak guna taktik tu buat masa ni. Aku masih dihurung rasa terharu oleh cerita Ayden tadi.
Akhirnya, aku pun sampai di rumah sewa. Telan liur aku tengok suasana di luar yang gelap gelita. Cahaya ada pun hanya cahaya daripada lampu jalan. Sunyi-sepi, tiada seorang pun ke yang sudi buang sampah malam-malam? Ee, apa aku merepek ni?
Ahh, kenapalah aku tak setuju je tidur kat rumah Ayden tadi? Kalau tak, dah selesa aku tidur sekarang. Tak adanya aku nak fikir pasal jembalang apa semua ni.
Aku yakin, nak melintas jalan seciput ni pun dah rasa berkurun lamanya. Belum lagi nak panjat tangga! Aku yakin, mesti ada mata-mata yang memerhati. Aisyh! Apa kau merepek ni?!
“Jomlah I temankan you naik atas,” tiba-tiba Ayden bersuara. Aku pandang belakang, dia sudah pun keluar dari kereta. Awwww, dia ni kan, memang suka bagi aku bergaduh dengan Melissa.
Cepat-cepat aku buka pintu. Sempat aku tengok Haq yang tersengih pandang aku melalui cermin pandang belakang. Ceh, ejek aku dalam hatilah tu!
Aku berjalan di sebelah Ayden, tak nak terlalu ke depan, tak nak jugak terlalu ke belakang. Selari aku berjalan dengan dia sebab risau sangat. Haha.
Apabila sampai di tangga, cepat-cepat aku berlari ke atas dan buka pintu yang awalnya tadi berkunci. Ayden pula sampai tak lama lepas tu.
Aku masuk, ready nak tutup pintu. Tapi, sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasihlah dekat dia. “Awak, thanks sebab ajak saya dinner kat rumah family awak dan… sudi temankan saya pergi sini”. Aku senyum semanis yang aku mampu.
Ayden angguk dan balas senyumanku dengan senyuman nipis dia tu. “Most welcome. Dah, I nak balik. Jangan lupa kunci pintu dan jangan bagi orang sembarangan masuk. Jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk malam-malam. Dekat sini, hanya I je yang akan ketuk pintu you. I akan inform you kalau I nak datang. So, be careful and I wish you good night and sweetdream. Bye”. Dia kenyitkan mata dan kemudiannya berlalu.
Perlahan-lahan aku tutup pintu sehingga dia hilang dari pandangan. Tertutupnya pintu, aku terus bersandar pada pintu sambil tersenyum lebar. Aduhaiiii. Kenapalah kau dah bertunang Ayden oiiii?! Kenapa kau layan aku macam ni?
Ting!
Telefon aku berbunyi tanda ada mesej masuk.
Ayden
Td, masa I prgi dr rumah u, I nmpak ada something belakang you
Baru sahaja aku nak hanyut dengan layanan dia, boleh pulak dia WhatsApp aku benda buduuu macam ni!
Me
Hoii. Apeni?!! Awk jangan mulut clupar sngat!!!
Serius aku marah sekarang ni. Dia ingat kelakar ke cakap pasal benda tu malam-malam macam ni? Dahlah aku sorang je dalam rumah. Taik punya Ayden! Esok kalau aku jumpa, memang aku cekik leher dia sampai biru muka!
Ayden
Haha. Kalau u nak halau dia, u msti cakap, I love Ayden so much.
I swear, dia akn lari. Haha.
Good night. Sweet dream, sweety.
Sweety palehotak hang. Aku sekarang ni dah bergetar kaki nak masuk bilik disebabkan dia. Melilau mata aku pandang ruang tamu sebelum aku pecut masuk bilik.
Esok aku nak mogok dengan NEIL AYDEN RAEQAL!
#Do comment something if you wanna read the next chapt. ;)
#Semoga terhibur
#Sorry cerita I bosan dan melalut
#Tang mana yang melalut, silahkan komen ya temeb2. Hahaha.
Share this novel
sy suka Sgt baca cerita ni xtau berapa kali ulang dah