BAB 26

Romance Series 128902

Seperti yang dijanjikan. Part membosankan, sis wrning awal2 ?? Sis x buat dabelcek, so, tegur2 kalau ada kesalahan. Do vote and comment ??

?

AYDEN??AISYH

Hari ini hari lahir Ayden. Tapi sampai ke hari ini dia masih tidak menegur aku. Dari hari Isnin hari tu, sampailah hari ini, Jumaat. Aku cuba untuk menegur, tapi dia buat-buat tak dengar.

Ya, sudah melebihi tiga hari kami tidak berteguran. Sedangkan dalam Islam adalah berdosa bagi setiap muslim yang memutuskan tali persaudaraan atau tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut. Bahkan aku dan Ayden, melebihi tiga hari.

Berdosakah aku sekiranya aku ingin menegur, tetapi suami aku yang diamkan diri?

Pedih hati aku apabila dilayan begini. Tak sangka aku beginilah kemarahan seorang Ayden. Sangat menakutkan. Sumpah lepas ni aku cuba untuk tidak cari pasal lagi.

Tidur memang masih seperti biasa, dia masih lagi memeluk aku seperti malam-malam sebelumnya. Solat aku masih lagi berimamkan dia. Aku masih diizinkan untuk mencium tangannya dan dia masih lagi mengucup dahiku.

Makan masih semeja malah sebelum aku berangkat kerja, dia masih seperti biasa. Tapi, bab bercakap, dia langsung tidak mengeluarkan suaranya untuk aku dengar. Aku rindu. Kalau nak dengar dia bersuara pun, hanya apabila dia berbual untuk urusan kerjanya sahaja malah dia hanya berbual dengan keluarga aku apabila mereka membuat panggilan dengan Ayden.

Bercakap dengan aku jauh sekali. Serius sedih dan aku rasa sunyi sangat. Nak bercerita sebelum tidur sudah tiada lagi. Semuanya berlaku selepas petang Isnin tu aku pergi jumpa Ammar Faiz di café untuk bertanyakan tentang siapa yang beritahu dia tentang perkahwinanku dengan Ayden.

"Hai Aisyh," tegur Ammar Faiz sebaik melihat aku berjalan menuju ke arahnya.

Aku tidak memberi apa-apa reaksi, sebaiknya hanya duduk di hadapannya.

"Before that, saya dah orderkan air untuk awak. Your favourite drink," katanya sambil hulurkan segelas Ice Lemon Tea kepada aku. Kalau masa kami bercinta dulu dia buat macam ni, mungkin aku tergoda.

Tapi sebab sekarang, sorry, hati aku dah tawar. Sangat-sangat.

Aku gelengkan kepala. "Saya tak nak ambil risiko minum air yang mungkin awak letakkan something kat dalam. Saya dah order sendiri dah tadi. Kalau awak nak minum, minum. Kalau tak nak, takpe. Nanti saya bayarkan".

Jujur aku risau kalau-kalau dia memang letakkan sesuatu dalam minuman, jadi, mencegah lebih baik bagi aku daripada aku terminum air yang berisi sesuatu di dalamnya.

Terus terdiam Ammar Faiz apabila aku mengatakan begitu. Pelayan datang dan berikan aku segelas minuman yang aku pesan dan kemudiannya berlalu.

"Aisyh dah tak sama macam dulu," perlahan suaranya menuturkan itu. Meminta simpati mungkin? Heh, minta simpati dekat aku memang takkan dapatlah.

"Saya tak nak imbas balik kenangan sampah tu. Saya jumpa awak ni bukan saja-saja tau. Saya datang sini sebab saya nak tahu siapa yang bagitau awak yang saya kahwin dengan dia?" suara aku perlahankan sedikit kerana manusia agak sesak di dalam café ini.

Ammar Faiz tenung aku sambil sandarkan tubuhnya pada kerusi. Kotak rokok dia keluarkan dan aku pandang dia pelik.

"Sejak bila awak pandai merokok?" pelik aku sebab setahu aku Ammar Faiz bukan seorang perokok.

"Sejak saya menyesal tinggalkan Aisyh," jawabnya tenang. Apabila dia ingin mengeluarkan sebatang rokok daripada kotak itu, terus aku halang.

"Kalau nak mati, mati sorang-sorang. Jangan nak bunuh orang lain. Awak tak baca ke amaran dekat café ni tentang larangan merokok?"

Mendengar aku membebel, tiba-tiba lelaki itu ukirkan senyuman. "Sebenarnya Aisyh risaukan saya, kan?"

Aku senyum sinis. "Takde masa. Dahlah Faiz, saya datang sini sebab nak tahu siapa yang bagitau awak pasal perkahwinan saya?" ikutkan hati, mahu sahaja aku angkat meja ini dan hempap atas badan Ammar Faiz, biar dia lumpuh seumur hidup. Dah alang-alang tak nak bercakap.

Dia tarik dan hela nafas. "Adalah. Dia bagitau saya, jangan dedahkan diri dia. Antara kitorang je yang tahu. Lagipun, saya ajak Aisyh pergi sini sebab saya nak kembalikan rasa cinta Aisyh dekat saya. Aisyh tak sepatutnya dengan dia. Dia mungkin kaya, tapi saya jamin, dia lebih teruk daripada saya. Percayalah. Saya akan pastikan yang Aisyh akan jadi milik saya balik".

Mendengar sahaja kata-kata Ammar Faiz, terus aku rasa menyirap. Serta-merta aku bangun dan simbah air yang baru aku teguk sedikit itu pada mukanya. "Kalau aku tahu kau nak jumpa aku semata-mata nak burukkan suami aku, lepas tu nak ungkit cerita sampah tu, tak payahlah Faiz. Sebab selama aku hidup, kau satu-satunya manusia yang paling teruk aku pernah kenal".

Aku tak tahu sama ada suara aku kuat sangat ataupun sebaliknya, yang pasti banyak mata mula memandang kami berdua. Bahkan ada yang sudah mula berbisik antara satu sama lain. Aku hiraukan pandangan sinis mereka dan aku cepat-cepat keluar daripada café selepas aku bayar minuman.

Sesampai sahaja aku di tempat meletak motosikal, tiba-tiba aku terserempak dengan Ayden. Wajahnya yang memang sudah ketat bertambah ketat apabila Ammar Faiz rupa-rupanya mengikut aku dari belakang.

Tanpa banyak soal, terus dia meluru ke arah Ammar Faiz dan melayangkan tumbukan pada pipi kanan lelaki itu. Aku sangat terkejut dan takut, apatah lagi tiada siapa di kawasan ini untuk bantu aku leraikan pergaduhan mereka berdua. Ayden nampak ke aku jumpa Ammar Faiz?

"Apa masalah kau?! Takde perempuan lain lagi ke kau nak kacau?!" lantang suara dia memarahi Ammar Faiz membuatkan bahu aku sedikit terhenjut sebab terkejut.

Ammar Faiz tidak membalas, sebaliknya hanya tersenyum sinis sambil usap bibirnya yang mengalirkan sedikit darah. "Aku cuma nak selamatkan dia daripada manusia tak ikhlas macam kau!" balas Ammar Faiz, tidak kurang lantangnya.

Sekali lagi layangan padu Ayden berikan kepada Ammar Faiz membuatkan aku terjerit, meminta supaya mereka hentikan pergaduhan itu. Aku tak tahu nak minta tolong siapa sebab kawasan ini memang agak lengang.

"This is my last warning. Sekali lagi kau kacau Aisyh, aku janji, kau akan merempat seumur hidup. Itu janji aku," suaranya mengendur, namun jari telunjuk menunjuk tepat ke arah Ammar Faiz yang masih beriak selamba. Psiko!

Dia berpaling ke belakang, matanya tajam memandang aku. "Masuk kereta. Nanti I suruh Haq bawakkan motor you". Senafas sahaja dia memberi arahan kepada aku. Sempat aku menoleh ke belakang memandang Ammar Faiz yang sedang melemparkan pandangan tajam buat kami berdua. Janganlah dia menyimpan dendam sudah.

Aku mengeluh. Disebabkan peristiwa itulah Ayden langsung tak dengar penjelasan aku. Apabila aku memberi penjelasan, dia malah tinggikan suaranya dengan pakej urat tegang di leher dan di dahinya.

"Apa masalah kalau dia tahu yang you isteri I? I tak nampak itu sebagai satu masalah besar, malah I berterima kasih dekat orang yang dah bagitau dia pasal kita, supaya dia tak kacau you. Tapi kenapa you pulak beria-ia nak jumpa dia, kononnya nak tanya siapa yang bagitau dia. Ke, you memang saja nak jumpa dia?" masih terngiang-ngiang di telinga aku akan kata-kata berbauh fitnah yang membuatkan aku tidak menegurnya selama dua hari.

Ingatkan dia akan pujuk aku, tapi sebaliknya yang jadi. Aku pula yang rasa serba-salah tak bercakap dengan dia manakala dia pulak masih buat tak tahu saja apabila aku menegurnya.

"Tapi kita dah janji, selagi awak tak bagitau apa sebab awak kahwin dengan saya, selagi tulah kita rahsiakan perkahwinan ni. Awak sendiri yang setuju. Dan saya tak murah nak saja-saja jumpa dia, saya masih ada maruah," aku membela diri.

Ayden tersenyum sinis. Sangat lain dia hari itu penangan Ammar Faiz. "Sampai you tak minta izin I untuk jumpa dia? Hebat, semua yang I tegur, you buat tak tahu. Hebat, Aisyh. Hebat," itulah ayat terakhirnya sebelum dia benar-benar mengunci mulutnya sehingga ke hari ini.

Mengingat lagi tentang itu membuatkan aku tak henti-henti merungut seorang diri sampai-sampai aku tak sedar yang aku banyak mengeluh daripada hari tu dah.

"Aisyh, Aisyh okay ke?" tegur mama sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah aku.

Lamunan aku pecah serta-merta sebaik terdengar suara mama. Aku tak tahu berapa lama sudah aku termenung di dalam bilik Ayden ini malah aku tak sedar bila masa mama masuk dalam bilik ini.

Cepat-cepat aku lemparkan senyuman yang aku rasakan manis untuk dipandang dan cukup untuk memberitahu yang aku tidak apa-apa. "Aisyh okay".

"Tadi mama panggil Aisyh dari luar. Tapi Aisyh tak menyahut. Pintu terbukak, tu yang mama masuk takut jadi apa-apa dekat Aisyh. Betul ni Aisyh okay?" bahu aku diusap oleh mama dengan lembut. Aku memegang tangan kanannya sambil mengangguk.

"Tipulah. Aisyh bergaduh dengan Ayden ke?" serta-merta aku pandang wajah itu. Benarlah kata orang yang naluri seorang ibu memang kuat.

Aku hanya diam, tidak mengia mahupun menidakkan sebab walau apa yang jadi, ini masalah rumahtangga kami. Yang kena selesaikan adalah kami sendiri.

Mama hanya tersenyum sambil memeluk bahu aku. "Nak pujuk lelaki ni senang je Aisyh. Lagi-lagi kalau lelaki tu spesies Ayden. Aisyh nak tahu tak, Ayden ni ikut sebiji macam perangai papa dia. Jadi mama faham sangat perangai diorang tu yang over protective. Diorang anggap kita ni sebagai makhluk yang lemah dan tugas diorang untuk jaga dan lindungi kita. Kalau tak kenal, memang kita akan cakap yang diorang tu paranoid, tapi sebenarnya itulah cara diorang luahkan perasaan cinta. Manusia alpha ni Aisyh, pantang diorang kalau kita tak ikut cakap diorang". Lembut mama bersuara membuatkan aku memandangnya, kali ini aku yakin pandanganku sedikit menunjukkan yang aku lega.

"Err, Aisyh nak buat macam mana, ma? Macam mana nak pujuk spesies Ayden tu?"

Mama tersenyum, sangat manis untuk dipandang. Dan kemanisan wajah inilah yang melekat pada wajah Ayden, tetapi tidak lagi aku melihatnya dua tiga hari ini.

Rindu.

×××

Kami masih lagi menjalankan plan seperti biasa walaupun kemungkinan untuk aku ditengking di hadapan keluarganya adalah sangat besar.

Aku hantar mesej kepada Ayden yang aku on the way ke rumah family dia walaupun hakikatnya aku memang di sini sejak balik kerja tadi.

Me
Saya otw gi rumah family awak

Balasan yang aku dapat hanyalah bluetick. Sebelum ini mesti ada sahaja yang dia akan balas, tak pernah dia akan bluetickkan aku. Aku tahu ini hal remeh, tapi, untuk situasi kami berdua sekarang, ini adalah kes serius.

Yang lain sudah pun berada di ruang tamu untuk membuat kejutan pertama manakala aku pula bersembunyi di tangga, menunggu kedatangan Ayden untuk memberikannya kejutan.

15 minit kemudian, kedengaran Ayden sudah mulai membuka pintu. Serentak pintu terbuka, mereka sama-sama melaungkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Ayden dan kemudiannya nyanyian Allah Selamatkan Kamu. Lagu ini adalah permintaan aku sebab aku lebih suka dengar lirik berunsur doa berbanding hanya mengucapkan selamat hari lahir semata-mata.

"I dah agak, dari luar gelap, memang korang nak buat surprise," ujarnya dan kemudian tertawa.

Tak lama kemudian, ayat yang aku nanti-nantikan pun telah tiba. "Aisyh mana?" soalnya membuatkan aku mengintip sedikit dari tempat aku sembunyi. Kelihatanlah yang dia tercari-cari. Hmm, sayang jugak rupanya dia dekat aku.

"Aisyh? Bukan dia dengan kamu ke?" good papa, good. Papa sudah mula memainkan peranan dia.

"Mana ada. Salwa, Aisyh mana?" giliran Salwa pula disoal oleh Ayden. Kali ini suaranya lebih cemas. Rasa nak tergelak aku tahan sebab aku tahu lepas ni mesti aku akan kena marah teruk.

"Ayden, awak jangan bergurau boleh tak? Aisyh balik awal lah tadi, dia cakap nak prepare birthday party awak. Dekat rumah korang takde ke?" Salwa pun boleh tahan hebat berlakon.

Dari sini aku dapat dengar Ayden mendengus, sangat kuat. Dah macam lembu jantan. "Dia bagitau I yang dia on the way pergi sini 30 minit tadi. Sepatutnya dia dah datang sekarang. Cancel the party, I nak cari Aisyh!" tegas nau suara dia.

Sebelum dia melangkah keluar daripada pintu rumah, cepat-cepat aku munculkan diri daripada tangga sambil giliran aku pula menyanyikan lagu untuknya. Entah kenapa aku rasa takut-takut pula sehingga kedengaran jelas suara aku yang bergetar.

Ayden toleh belakang, bulat matanya pandang aku. Dari tempat aku berdiri, aku dapat lihat mata dan telinganya yang kemerahan.

"Selamat ulang tahun yang ke-27 Neil Ayden Raeqal. Thanks sebab jadi suami yang baik dan maafkan saya sebab sentiasa gagal jadi isteri terbaik untuk awak," ucapku setelah selesai menyanyikan lagu. Sejurus itu, tiba-tiba air mata aku mengalir.

Baru beberapa hari tak bercakap, aku sudah gila begini. Yang tahu tentang masalah kami sekarang hanyalah mama. Salwa pun aku tak bagitahu sebab ini masalah rumahtangga kami. Sebab tu mereka hanya anggap ini sebahagian daripada gimik padahal ayat aku sebenarnya adalah ikhlas daripada hati, bertepatan dengan situasi.

"Aisyh!" itu sahaja yang disebut olehnya sebelum dia meluru ke arahku dan tanpa menghiraukan orang sekeliling, dia terus memeluk aku. Terasa sangat erat sehingga memaksa aku untuk membalas pelukannya.

Kemudian, dia pun meleraikan pelukan itu. "Apa yang you cuba buat ni? You tahu tak yang I risau sangat," marahnya sebelum dahiku dicium bertalu-talu.

Aku tahu yang dia masih belum maafkan aku tapi dalam masa yang sama dia risau akan aku. Tak tahu sama ada aku perlu gembira atau kembali bersedih.

"Tolong jangan buat prank macam ni," dia merayu sambil mata itu memandang tepat ke dalam mataku. Pipiku dipegang kedua-duanya sebelum dia kembali mencium dahiku lama.

"Ehem, ehem. Macam dah lupa je dekat kami dekat sini," suara Kak Ruhaila memecahkan suasana romantic yang baru sekejap aku rasakan. Cepat-cepat aku jauhkan wajah daripada bibir Ayden dan lelaki itu kelihatan tenang melepaskan kucupannya pada dahi aku.

"Kalau nak wujudkan Ayden Junior, lepas ni. Kita makan dulu. Okay?" Kak Ruhaila masih lagi menyakat membuatkan aku semakin rasa malu!

Ayden tidak membalas kata-kata kakaknya, sebaliknya menarik tanganku supaya menuju ke meja makan.

Aku masih dapat rasa yang Ayden belum maafkan aku.

×××

Selesai party ringkas sambutan hari lahir Ayden. Sempat kami bergambar sebelum pulang. Salwa tak habis-habis blushing sebab kena sakat Kak Ruhaila. Rafeeqah pun boleh tahan menyakat. Haq pula hanya tenang mendengar usikan itu.

Rheo seperti biasa, hanya diam. Tergelak pun ada masanya saja. Leo pula tak habis-habis ajak aku untuk tidur di sini. Bila aku pandang Ayden, Ayden gelengkan kepala, tidak memberi izin. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan, kalau balik rumah pun aku yakin kami masih tidak bertegur.

Salwa sudah dihantar pulang oleh Haq yang ditemani oleh Rafeeqah. Walaupun dia tahu yang Haq ni baik, tapi, dia tetap paksa Feeqah untuk temankan dia. Itu aku sangat salute dekat Salwa.

"Ayden, awak masih marahkan saya ke?" soalku, setelah kami selamat sampai di rumah kami sendiri.

Ayden hiraukan persoalanku, sebaliknya dia hanya tenang menutup pintu bilik dan membuka bajunya. Tuala dicapai dan dililit pada pinggang sebelum seluar pun ditanggalkan.

Aku dah cakap, tadi dia hanya risaukan aku. Tengoklah sekarang, dia tunjuk balik perangai diam dia tu. Rasa nak cabut sahaja kotak suara dia, biar dia tahu yang aku rindu dekat dia sangat-sangat!

"Ayden, kenapa awak tak bagitau saya yang awak nak pergi Jakarta Isnin depan?" aku masih cuba untuk berkomunikasi dengannya dan hanya diam sahaja yang menjadi respon Ayden, seolah-olah aku tidak wujud dalam bilik ini.

Dan berkaitan dengan lawatan dia ke Jakarta, Indonesia itu, kalau bukan sebab papa, sampai dia menghilang ke negara itu pun aku takkan tahu. Sudahlah dia pergi lawatan itu selama dua minggu. Lawatan apa entah lama sangat.

Dengan situasi kami sekarang, aku yakin sepanjang dua minggu itu nanti dia tidak akan menghubungi aku. Beberapa hari tak bercakap pun aku dah macam orang tak waras, inikan pula ditinggalkan dua minggu. Aku yakin Ayden akan jumpa aku dekat Tanjung Rambutan sesudah dia balik dari sana nanti.

Aku menarik nafas dan kuhembus kuat. Bercakap dengan Ayden macam bercakap dengan kucing dia kat bawah tu, langsung tiada respon. Dia masih buat tak dengar. Jangan sampai dia pekak betul-betul kang!

"Sampai bila kita nak macam ni, Ayden? Awak memang nak hukum saya sebagai isteri yang nusyuz ke? Awak memang tak nak berbual lagi dah dengan saya? Kalau macam tu, ceraikanlah saya. Buat apa awak nak simpan saya sebagai isteri kalau last-last, awak dapat dosa sebagai suami yang dayus sebab dapat isteri macam saya.

Saya dah cuba berbaik dengan awak, tapi hati awak keras sangat. Jangan buat saya fikir yang saya salah buat keputusan, Ayden. Kalau awak tak nak dekat saya, ceraikan saya," entah angin apa yang meniup mood sedih ke dalam diri aku, serta-merta aku menangis.

Aku penat, penat dengan kehendak hati yang inginkan perhatian. Aku tahu aku salah, tapi, wajarkah aku dihukum sampai macam ni sekali? Sedangkan aku tak pernah nilai dia walaupun sampai sekarang dia tak bukak mulut pasal sebab dia kahwin dengan aku.

Nusyuz, pedih hati aku apabila aku mengenang perkataan itu. Aku nusyuz apabila aku keluar jumpa Ammar Faiz tanpa pengetahuan Ayden dan antara hukuman kepada isteri yang nusyuz, suami berhak menasihati, mendiamkan diri, asingkan tempat tidur sehingga isteri sedar akan kesilapan mereka.

Tapi aku dah sedar daripada hari tu, tapi Ayden hukum aku sampai ke hari ini.

Kelihatan Ayden sedikitpun tidak terusik dengan kata-kata aku. Sebaik aku habis meluah, dia terus masuk ke bilik air tanpa memandang aku walau sedikitpun.

Tanpa dipinta, air mata aku mengalir deras. "Ayden, tolong jangan buat saya macam ni". Bisik aku seorang diri, hanya memerhati sahaja dia pintu bilik air itu terkatup.

Nak tak nak, aku kena ikut kata mama. Mungkin Ayden mahu aku bertindak daripada membuang air liur bercakap, tetapi tidak memberi apa-apa kesan di hatinya.

Serius lelaki ini sangat degil!

×××

Pintu automatik walk in wardrobe terbuka dan Ayden pun masuk. Melihat sahaja dia melangkah masuk ke dalam ruangan ini, cepat-cepat aku tarik dan hela nafas. Disebabkan ada penghadang yang memisahkan almari dia dan almari aku, jadinya dia tak nampak aku berdiri di sini.

"Go Aisyh, you can do it," aku berbisik sendiri dan cuba kuatkan kaki untuk melangkah menuju ke arah Ayden yang sedang berdiri di hadapan laci boxernya.

Aku ikut plan mama. Kata mama, lelaki memang degil. Tapi percayalah, sedegil-degil mereka, mereka tetap kalah dengan nafsu. Jadi, mama sarankan aku supaya pancing nafsu Ayden sebab lepastu barulah boleh bincang elok-elok.

Dengan kekuatan tipis yang tinggal, aku pun tak teragak-agak peluk tubuh sasa itu dari belakang. Terasa Ayden sedikit terkejut sebelum dia menarik tangan aku supaya menghadapnya.

Dia pandang aku pelik dari atas sampai bawah. Kelihatan halkumnya turut bergerak sebaik dia melihat aku dalam keadaan sekarang.

"What are you trying to do?" wajahnya kelihatan agak cemas dan peluh jantan mula mengalir di dahinya.

Aku kemam bibir, serius aku sendiri pun rasa malu dengan diri aku sekarang. Tak sanggup aku nak pandang diri aku sendiri yang sekarang hanya memakai gaun malam yang sangat jarang sehingga menampakkan apa-apa jenis pakaian yang aku pakai di dalam. Tapi, nak dapatkan semula perhatian Ayden punya pasal, nak tak nak kena tebalkan kulit muka.

Aku cuba berlagak selamba, dadanya aku usap sebelum menarik tangannya keluar dari ruangan ini. "Aisyh!"

Nama aku terus diseru, tapi aku pekakkan telinga. Biar dia tahu perasaannya bercakap dengan orang yang ada telinga, tapi buat-buat tak dengar.

Aku memimpinnya menuju ke katil kami berdua dan setibanya di situ, aku tarik tangannya supaya melabuhkan punggung di situ manakala kini aku berdiri di hadapannya. Ayden yang melihat aku sekarang tak habis-habis menelan liur. Uwaaa, malunya.

"Kalau belum sedia, jangan buat hal". Nada Ayden berbentuk amaran. Kedengaran macam tak mahu, tapi kalau dari pandangan itu, dia inginkan sesuatu.

"Sebab saya dah sedialah saya pakai ni," aku senyum semanis mungkin membuatkan Ayden kelihatan semakin tidak keruan.

Bahunya aku usap sebelum aku mencium dahi dan pipinya. Bibir nipis itu aku biarkan meskipun aku tahu dalaman dia meronta meminta aku supaya menciumnya di situ juga. Tapi, aku nak dengar dia meminta.

Dia terdiam lagi, nampaklah yang dia struggle untuk larikan pandangan daripada aku, tetapi, tanpa paksaan, dia akan kembali memandang aku.

Tiba-tiba dia berdiri, kali ini, aku pula yang terkejut apabila wajah serius itu memandang tepat ke wajahku. Sedang aku leka, tiba-tiba dia mengangkat tubuhku dan diletakkan di atas katil dengan lembut.

Belum sempat aku bergerak ke mana-mana, Ayden terlebih dahulu menindih tubuhku. Kedua-dua belah tangan ditegakkan di sisi kepala aku bagi menyokong dirinya supaya tidak terhempap tubuh kecilku.

"Err, Ayden. A-apa awak buat ni?" Giliran aku pula cemas. Mana tak cemasnya, niat asal aku nak pancing saja, tak sangka sekarang Ayden ambil serius. Sudahlah aku belum sedia. Tadi aku cakap sedia pun sebab itu spontan keluar daripada mulutku.

Ayden tersenyum, kali ini kelihatan ikhlas. Tidak lagi sinis seperti yang dia selalu lemparkan kepada aku. "Mama ajar you buat semua ni?"

Pffft, macam mana dia tahu? Mendengar sahaja telahan yang keluar daripada bibir Ayden, terus mataku membulat memandangnya. Sebab terlalu malu, aku gigit bibir dengan kuat. Aku yakin muka aku dah memerah tahap tomato dah!

Ayden tergelak kecil dan mula dekatkan wajahnya di telingaku. "Jangan gigit bibir tu. You nampak sexy dan buatkan I semakin tergoda," bisiknya dan kemudian menggigit lembut cuping telingaku. Terus aku menggeliat kegelian.

Cepat-cepat aku lepaskan gigitan pada bibir dan cuba menolak dadanya. "Macam mana awak tahu?" Terketar-ketar kotak suara aku menyoal.

"She's my mom. Mestilah I tahu. You nak tahu satu fakta? Mama pernah buat benda sama macam yang you buat sekarang. Hasilnya, wujudlah I dalam perut mama beberapa bulan lepas tu. And now, you praktiskan cara yang sama". Dia terus berbisik membuatkan bulu romaku tak henti-henti meremang.

"Tapi, saya tak berniat buat betul-betul. Mama cakap goda je, bukan sampai buat betul-betul," jantung tak payah cakap, memang rasa nak melompat keluar dah sebab aku cuak sangat sekarang. Serius aku menyesal pancing nafsu orang macam Ayden! Aku tak sangka akan jadi macam ni!

Senyuman senget Ayden gariskan pada bibirnya. "Kancil serah diri. Takkan harimau nak lepas peluang?"

Shit! Mendalam! Apatah lagi apabila dia berbisik begitu, membuatkan aku rasa ayat itu sangat seram!

"T-tapi, awak masih marahkan saya". Masa nilah tiba-tiba aku rasa yang kami patut bergaduh balik. Sistur takut nyah! Takkan malam ni malamnya? Malam yang aku sentiasa cuba elakkan walaupun Ayden berkali-kali beri hint untuk bersama.

"Shhhhh, we'll discuss about that later. Please sayang, jangan seksa I?" Kali ini pandangannya berubah sayu. Ish, aku ni dahlah cepat kesiankan orang. Dia buat muka macam tu pulak!

"Please?" Rayunya lagi membuatkan pendirianku semakin goyah. Buat seketika mata kami bertembung tanpa kata yang terkeluar daripada bibir masing-masing.

"Tapi, awak masih marahkan saya". Itu jelah modalku untuk selamatkan diri walaupun sedikit demi sedikit egoku terhakis dek mendengar rayuan Ayden.

"I akan jelaskan semua lepas ni". Bisiknya lagi dan lagi dan lagi.

Agak lama masa aku ambil untuk mendiamkan diri. Sekejap aku pandang dia, sekejap aku pandang ke sekeliling. Ayden pula masih setia menanti sampai-sampai aku tertanya-tanya tangan dia tak lenguh ke menyokong badan dia daripada tadi.

Dengan lafaz bismillah, lambat-lambat aku angguk. Terbalik, sepatutnya aku yang merayu daripada dia. Tapi sekarang? Argh, malunya. Apa aku dah buat ni?

Tiba-tiba hati aku terdetik, mungkin ini caranya untuk aku tebus kesalahan aku hari tu. Andai kata Ayden masih marahkan aku lagi lepas ni, aku redha. Yang penting, aku janji aku akan pertahankan rumahtangga kami.

Melihat sahaja anggukan kepalaku, terus Ayden ukirkan senyuman lebar seolah-olah dia dah berjaya dapat trofi piala dunia.

Dahi aku dikucup lembut dan kemudiannya dia dekatkan lagi wajahnya di telinga aku. "You isteri yang baik. Nureen Raisyha bukan isteri nusyuz. She is Ayden's wife".

Dia jedakan ayatnya. Kali ini, pandangannya beralih pada bibir aku. Dalam masa sekejap sahaja, sebelah tangannya naik memegang pipi aku dan sekelip mata bibir kami bercantum, tetapi tidak lama.

Apabila dilepaskan ciuman itu, tiba-tiba air mata jernih Ayden jatuh di pipiku. Cepat-cepat dia lap air mata itu sebelum dia menyambung kata-katanya.

"And please, jangan minta I ceraikan you sebab I takkan mampu buat tu. Your heart is mine, and mine is yours. I'm sorry for hurting you. Tapi percayalah, I lebih sakit bila I lukakan hati you. I nak bercakap dengan you, tapi I tak kuat.

I miss you fucking much".

Dia jedakan lagi. Kali ini, kelihatan dia cuba tersenyum walaupun air matanya masih deras mengalir. Tanpa dipaksa, aku pun tiba-tiba menangis. Pantang betul aku tengok orang menangis, mesti aku akan terikut sama.

Ringan tanganku mengusap air mata yang mengalir itu. Aku tepuk kedua-dua belah pipinya dan aku kucup sekali di situ. "Stop crying. You always be mine, and I'm all yours".

"Let's celebrate our love tonight." Bisikku nakal membuatkan Ayden mula tertawa.

"Naughty," ejeknya sambil melagakan hidung kami.

"Are you sure you're ready enough?" Sengihan nakal itu membuatkan aku kembali rasa malu. Tak perlu rasanya nak tanya kalau tak nak aku tarik balik tawaran ini. Haha.

Tanpa menunggu jawapan aku, tangannya mula menutup suis lampu di sisi katil membuatkan keseluruhan bilik ini gelap-gelita.

Dan malam itu menjadi saksi bahawa aku sememangnya hak mutlak Ayden. Aku adalah kepunyaan Ayden dan dia.... Aydenku.

#Kekejaman akan berlaku sekejap sahaja lagi. So, kena siapkan mental. Kepada adik2 yg bersekolah, selamat bersekolah. Cuti anda sudah tamat??

Kenapa lama sangat nk tahu psl hazel? Sbb rhsia trbesar kena buat dekat belakang. Biasa baca depan2 dah ada konflik kan? So, sis nk buat kelainan. Kita kasi happy mula2. Konflik nnti2. Jangan siksa pengantin baru pls. Haha.

Semoga terhibur. Next update belum tahu. Ikut mood sis sebab sis dah pening baca cerita sndiri. Sorry atas kkurangan, cerita ini ditulis ikut kepala dan mood ?? Tapi, chapt lepas ni ikut emosi smpai2 sis tercarut sendiri bila baca draf. Dah, babai. C u next chap??

Happy new year. Semoga tahun 2019 amalan kita lebih banyak drpd thn2 sblmnya????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience