Okay, line agak okay, so, sis pun updatelah malam ini. Do vote and comment guys. And special thanks kepada yang nantikan cerita ini. ??
Sis tak cek balik chapter ni. So, kalau ada apa-apa kesilapan maklumat, boleh komen. Nanti sis edit. Selamat membaca ??
?
AYDEN??AISYH
TETAMU beransur pulang. Alhamdulillah, berkat bantuan orang kampung, kerja rumah ini dapat diselesaikan dengan segera. Masing-masing pun sempat minta maaf atas keterlanjuran kata-kata mereka tempoh hari.
Aku maafkan sebab bagi aku, salah aku sendiri yang mulakan perkahwinan rahsia ini. Memang banyak negatif daripada positifnya. Positifnya hanya satu, iaitu aku dapat rasakan ketenangan hidup walaupun sudah berkahwin dengan Ayden.
Dan negatifnya ialah setelah berita tentang perkahwinan itu tular. Kesemuanya serba-serbi tak kena, malah hidup aku sendiri pun sengsara. Patutlah orang cakap kalau buat sesuatu tu mesti fikir masak-masak. Aku ni pulak, fikir rentung-rentung. Tu pasal lah jadi macam ni.
Tugas yang terakhir hanyalah mengemaskan sedikit-sedikit kawasan ruang tamu dan dapur ini serta mengeringkan pinggan mangkuk ini sahaja lagi iaitu dengan menyusun kesemuanya di atas hamparan surat khabar. Masih ada mak cik yang nak bantu, tapi aku tolak sahaja sebab kerja ini aku masih mampu lakukan. Lagipula ada Ayden, Air, Rheo dan Raeef yang akan membantu.
“Kami pulang dulu, Laila, Aisyh,” seorang demi seorang mula meninggalkan rumah kami dengan menggunakan pintu belakang sambil mereka bersalaman dengan aku dan mak.
Apabila mereka sudah pulang, aku pun menutup pintu belakang.
“Eh, Faiz! Belum balik lagi?” mendengar suara mak menyebut sebaris nama itu membuatkan aku kaku di tempat aku berdiri sekarang.
Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang dan memang sah! Memang sah itu adalah Ammar Faiz. Ish, dia buat apa pula dekat sini? Sudahlah semua orang dah balik, dia pula terhegeh-hegeh nak tunggu dekat sini dah kenapa?
“Tolong Mak Uda kemaskan semua”. Jawabnya seraya tersenyum dan matanya memandang aku.
“Tak payahlah, Faiz. Dah lewat dah kan? Baliklah, nanti mak kamu risau pulak,” kata mak. Pembetulan mak, bukannya risau,tetapi kelak nanti mak dia cakap buruk pula dekat orang kampung pasal keluarga kita. Huh!
“Apa pulak nak risaunya, Mak Uda? Faiz dah besar”. Jawabnya sambil tergelak kecil dengan matanya masih difokuskan pada aku.
Mak angguk. “Hmm, ikut kamulah Faiz. Aisyh, mak pergi ruang tamu kejap. Nak kemaskan ruang tamu. Kamu kalau penat, masuk bilik”. Arah mak seraya kakinya melangkah menuju ke ruang tamu setelah aku menganggukkan kepala.
Ikutkan ego, mahu sahaja aku meninggalkan dapur ini. Tapi apakan daya, kasihan tengok mak sorang-sorang nak kemaskan rumah, jadi, aku pun buat keputusan untuk mengemaskan ruangan dapur ini.
“Aisyh,” suara Ammar Faiz yang kedengaran dekat memaksa aku angkat wajah semasa aku tengah lap lantai yang kebasahan. Kelihatan Ammar Faiz sudah duduk mencangkung di hadapanku sekarang.
“Awak dah siapkan kerja ke? Kalau dah, baik awak balik sekarang. Nanti Mak Ton cakap keluarga saya sengaja paksa awak tolong kitorang,” ujarku lalu ditundukkan semula wajah memandang tangan sendiri yang sedang lincah mengelap lantai.
“Saya cintakan Aisyh, saya nak Aisyh jadi isteri saya. Tak boleh ke bukakan hati Aisyh untuk saya? Saya janji saya akan jaga Aisyh lagi elok daripada sebelum ni. Saya janji saya akan jaga Aisyh lebih baik daripada Ayden jaga Aisyh. Please give me a second chance. Kalau Aisyh bagi peluang kedua, I promise you I’ll spend my whole life with you as a proof that you have made the right decision,” nada Ammar Faiz kedengaran merayu membuatkan kali ini aku hentikan tanganku daripada terus mengelap lantai.
Pandangan matanya aku sabung. Pandangan sayu vs pandangan geram. “Are you insane, Faiz? Dah gila? Otak letak kat mana? Orang letak otak kat kepala, bukan letak kat lutut. Ni…” aku jedakan ayat sambil tunjuk jari manis yang bersarung cincin perkahwinan aku dan Ayden.
“Ni namanya cincin kahwin, maksudnya saya dah kahwin. Dah jadi isteri orang dah. Kalau awak gatal sangat nak kahwin, pergi kahwin dengan orang lain. Jangan kacau saya!” walaupun suaraku agak perlahan, tapi nadaku cukup tegas untuk memberi amaran dekat dia.
Aku bangun. “Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar nak susahkan orang,” aku sambung membebel. Very the crazy this guy. I is very cannot the brain!
Kemudian, tanganku tiba-tiba direntap dari belakang dan apabila aku menoleh sedikit ke belakang, kelihatann Ammar Faiz sedang memandang tangannya yang kini sedang memegang erat lenganku.
“Lepaslah! Tak reti ke nak jaga adab dekat rumah orang? Awak dah gila ke hah?” kali ini suaraku sudah meninggi sambil aku menarik lenganku daripada terus digenggam Ammar Faiz. Ikutkan hati, mahu sahaja aku terajang mamat ni sampai lunyai.
Dan masa begini, terus terbayang saat-saat Ammar Faiz mahu merogolku dulu. Entah kenapa aku rasa kaku sangat. Aku nak larikan diri dan menjerit minta tolong dekat mana-mana ahli keluargaku, tapi dek trauma, aku tak mampu gerakkan badanku.
Sekejap-sekejap aku pandang ke arah pintu dapur. Tiada seorang pun ke yang sudi datang sekarang? Dan, kenapa aku tak boleh nak minta tolong ni?
“Aisyh, dengar sini. I love you! Kenapa susah sangat Aisyh nak terima saya?” Ammar Faiz merayu lagi. Kali ini tindakannya lebih berani. Dia cuba memegang bahuku namun cepat-cepat aku tepis.
“Kau buat apa dekat isteri aku?” suara Ayden kedengaran keras sambil dia meletakkan bakul berisi pinggan mangkuk di atas lantai. Laju langkahnya menuju ke arah kami sambil tanganku ditarik supaya berdiri di belakangnya.
Sekelip mata, leher Ammar Faiz dicekak dan tubuh lelaki itu ditolak pada dinding. Dari belakang aku dapat lihat telinganya yang kemerahan dan tangan pada leher Ammar Faiz berurat tegang. Jangan cakap dia nak bunuh Ammar Faiz?
“Ayden! Janganlah sampai macam ni sekali!” aku takut nak datang dekat, nak melangkah ke pintu pun aku rasa takut sangat sekarang. Kali terakhir aku tengok Ayden mengganas begini masa aku cari pasal dekat dia dulu. Jumpa Ammar Faiz senyap-senyap.
Dan hari ini, dia mengganas lagi. Kenapa dia nak marah sedangkan dia tak suka aku? Ah, abaikan! Yang penting sekarang, aku tak nak Ayden kotorkan tangan dia semata-mata nak bunuh Ammar Faiz.
Ammar Faiz meronta, tangan Ayden dia cuba rungkaikan tapi sedikitpun tangan itu tidak berganjak daripada terus mencekik leher Ammar Faiz. Wajah Faiz pula sudah memerah membuatkan aku sangat cemas.
“Ayden! Stop!” aku masih lagi menjerit di belakang ini, kaki aku kaku untuk terus melangkah pergi.
“Shut up, Aisyh!” mata helang itu menjeling sedikit ke belakang. Matanya merah, sangat seram untuk aku terus bertatapan dengannya.
Dia palingkan semula wajahnya memandang Faiz. “Kau dah kenapa nak kacau bini aku? Kau siapa berani-berani sentuh dia? Hah!” suara Ayden bergema di kawasan dapur ini manakala aku sudah menjerit ketakutan.
"Apa kecoh-kecoh ni?" Tanya papa.
Mungkin mendengar suasana kecoh di dapur, kelihatan Rheo dan abah terlebih dahulu sampai di dapur sebelum diikuti oleh yang lainnya. Mereka yang ternampak apa yang Ayden buat, terus meluru ke arah Ayden sambil menarik tubuh sasa itu menjauhi Ammar Faiz. Tapi, tangan dia malah semakin kejap mencekik leher Ammar Faiz membuatkan Ammar Faiz perlahan-lahan tutup mata dengan tangannya yang semakin lemah melawan kudrat Ayden.
“Ayden. Ayden nak bunuh orang ke?” suara papa juga kedengaran meninggi sambil membantu Rheo untuk melepaskan tangan Ayden pada leher Faiz.
“Ayden, bawak mengucap,” tegur mak yang berada di sebelahku pula sambil tangannya memeluk dan mengusap bahuku.
Akhirnya, Ayden pun melepaskan juga tangannya yang mencekik leher Ammar Faiz. Sebaik sahaja terlerai tangan Ayden di lehernya, terus Faiz terbatuk-batuk kuat sambil terbaring dengan tangan memegang lehernya.
“Kalau aku nampak sekali lagi kau kacau isteri aku, lebih daripada ni aku boleh buat!” amaran yang sangat tegas membuatkan semua mata memandang risau ke arahnya. Risau kalau-kalau Ayden berniat mahu membunuh Ammar Faiz.
Matanya melilau memandang semua orang sebelum dia menuju ke arah aku. Tanpa sebarang kata, terus dia menarik tangan aku keluar dari sini.
Aku yang masih cemas, ikut sahaja ke mana dia bawa aku. Rupa-rupanya dia memimpin aku menuju ke bilik kami.
Setibanya di dalam bilik, Ayden mengunci pintu dan kemudiannya dia pimpin aku menuju ke arah katil. Aku masih takut sebenarnya, takut dengan tindakan berani Ammar Faiz yang menyentuhku dan takut juga melihat Ayden yang tadi. Sangat menggerunkan, seolah-olah seperti seorang ketua gangster.
“Awak dah gila ke?” soalku sebaik sahaja masing-masing sudah duduk di birai katil dengan tangan kami yang masih berpegangan.
Ayden jeling aku tajam. “Kenapa? I ganggu you berdua nak buat something?”
Soalan daripada Ayden membuatkan hati aku rasa sakit. Sudahlah rasa takut sebentar tadi masih belum reda, dia pergi tambah perasaan sakit hati pula pada aku dengan mengajukan soalan tersebut.
“Awak nak tuduh saya buat yang bukan-bukan dekat dia? Ayden, dengar sini. Apa yang awak buat tu tadi bahaya. Macam mana kalau dia mati? Awak boleh dihukum gantung tau. Sekalipun saya tak nak jadi saksi, tapi, cap jari awak dekat leher dia dah boleh jadi bukti awak bunuh dia!” suaraku meninggi marahkan dia.
Aku marah sebab aku sayang. “Saya tak nak kehilangan awak”. Bisikku perlahan, tapi aku syak Ayden dengar sebab sebaik aku cakap macam tu, terus dia menoleh pandang aku.
Senyap. Dua-dua kami senyap. Yang kedengaran hanyalah deruan nafas masing-masing. Nafasku kedengaran cemas manakala Ayden kedengaran seperti melepaskan amarah.
“Okay, sorry”. akhirnya Ayden pun bersuara sambil dia menarik aku ke dalam pelukannya. Automatik memori lalu bermain di minda aku. Seorang Ayden yang selalu akan tenangkan aku lepas dia termarahkan aku.
Dia dah pulih dari ingatan dia ke?
“Are you okay?” soal Ayden sambil mengusap belakang aku.
Aku angguk sahaja di dalam pelukannya sebagai jawapan.
“You tak kisah ke I peluk ni?” soalan daripada Ayden membuatkan aku tergelak kecil. Tapi, jauh di sudut hati aku yang paling dalam, aku dapat rasa yang dia mahu melepaskan rasa rindunya pada Hazel.
“Peluk jelah. Saya tahu awak tengah bayangkan saya ni Hazel yang kena ganggu dengan Faiz tadi, kan?” secara automatik bibirku meluahkan kata-kata itu. Dan sebaik sahaja kata-kata itu selamat mendarat ke dalam telinga Ayden dan dihadam oleh otak dia yang tak berapa nak elok memori tu, tiba-tiba aku rasa terkejut.
Weh, biar betul aku tanya soalan yang buatkan aku sendiri sakit hati?
Ayden lepaskan pelukan dan kemudiannya jari besar itu menjentik dahiku. Serta-merta aku mengusap dahiku sebab jentikan kali ini terasa agak sakit. Kurang asam!
“I nak tenangkan you. Lagipun, tak pernah terlintas dekat otak I nak samakan you dengan Hazel. You dan Hazel are totally different. Jangan perasan”.
Entah kenapa aku rasa gembira setelah mendengar jawapan Ayden yang ini? Jadi, masa dia baik-baik tu, dia memang bayangkan yang aku ni Aisyh ke?
Aku mencebik. “Takdelah, tiba-tiba je awak caring semacam. Macam something sangat,” kataku jujur.
“Old lady, salah ke I nak tenangkan isteri sendiri? Kalau tak nak, jawab jelah tak. Nak bersimpang-siur buat apa?” geram kedengaran nada Ayden meluahkan kata-kata itu.
“Betul ni tak nak? Jarang I bukak tawaran nak peluk you”.
Mendengar sahaja kata-kata Ayden, terus bibirku mengukir senyuman lucu. Tawaran? Makin lama Ayden makin suka merepek nampaknya.
Tapi serta-merta sisi seram Ayden yang tadi pudar begitu sahaja.
“Siapa cakap tak nak?” terus badan sasa itu aku peluk erat, melepaskan segala rindu pada Ayden yang dulu.
Tangan Ayden terasa naik membalas pelukanku. Belakang badanku diusap lembut sambil sebelah tangan lagi mengusap belakang kepalaku. Wajahku kini tersembam pada dada bidangnya itu. Ayden memang wangi, aku suka hidu wangian tubuhnya. Maskulin. Wangian yang bersesuaian dengan warna kulitnya yang tanned.
“Who’s that arse?” tanya Ayden tiba-tiba membuatkan aku melepaskan pelukan dan berbalas pandangan dengannya.
“Ha?”
“Laki tadi tu siapa?” Ayden mengulang soalan, kali ini nadanya kedengaran sangat kurang senang dan pegangan tangannya pada lenganku terasa erat.
“Ammar Faiz”.
Ayden menggeleng. Pulak, apa salah dekat soalan aku?
“I don’t wanna know his name. Apa yang I nak tahu, apa hubungan you dengan dia?” dek mendengar soalan itu terpacul dari bibir nipis Ayden, terus aku tertelan liur. Kalau dulu dia tahu yang Ammar Faiz tu ialah ex aku. Tapi sekarang dia tak tahu.
Ah, kalau dia tahu pun, bukannya dia reti cemburu. Kan?
“He’s my ex,” jawabku lemah lalu cuba untuk melepaskan tangan Ayden daripada terus menahan lenganku. Tapi, Ayden malah mengeratkan pegangannya.
“Kenapa dia masih kacau you? Selalu ke dia kacau you?” raut wajah itu jelas kerisauan, tapi, aku faham, walaupun dia menafikan, tapi jauh di sudut hati dia, dia memang anggap aku sebagai Hazel. Walaupun dia katakan yang kami berbeza, cukuplah wajah aku dan Hazel yang sama menjadi alasan untuk dia terus risaukan aku.
“Selalu. Saya pun tak tahu kenapa dia masih kacau saya. Padahal dulu, dia yang tinggalkan saya”.
“Dulu?”
Aku angguk. “Dua tahun lepas kitorang bercinta. Dan awal tahun lepas dia putuskan hubungan kitorang sebab dia suka dekat Aira. Tapi Aira tak layan dia. Tahun ni pulak, bila dia tahu yang saya dah kerja, dia kacau saya balik. Memang keluarga dia jenis yang macam ni. Dulu dia berani putuskan saya sebab bagi dia saya ni takde masa depan. Keputusan setiap sem pun cukup-cukup makan. Tapi, bila dia dah tengok saya dapat kerja, mulalah dia kacau balik. Kalau awak tak faham dia macam mana, saya pun tak faham. Apa yang saya tahu, keluarga dia tipikal masyarakat zaman now. Suka jodohkan anak dengan orang yang dah ada kerja tetap”.
Ayden mengangguk faham dengan wajah serius. “Okay, last question sebelum you tidur. Kenapa you tak jerit minta tolong tadi? Kalau I tak pergi dapur, dia boleh buat apa je dekat you tahu tak?” kali ini Ayden agak marah. Matanya tajam memandang aku, seolah-olah kesal dengan sikapku tadi.
Aku hela nafas. “Saya kan dah cakap Faiz pernah kacau saya dulu. Jadi, saya.. saya.. err..” macam tercalar maruah kalau aku sebut pasal peristiwa cubaan merogol itu.
Ayden angkat mukaku sambil dia jongket kening. “What?”
Pandangan itu membuatkan aku telan liur. Jadi, aku pun kumpul semangat untuk beritahu hal sebenar. “Saya hampir kena rogol dengan Faiz. Tadi, saya trauma sampai saya tak dapat nak jerit. Apatah lagi nak lepaskan diri,” jawabku jujur membuatkan dadaku kembali berombak cemas.
Wajah yang tadinya tenang, kini kembali tegang. Tapi, cepat-cepat aku sambung ayat aku sebelum Ayden serang Si Ammar Faiz balik. “Tapi dia tak berjaya sebab dulu awak pernah ajar saya cara nak pertahankan diri. Saya praktikkan apa yang awak ajar, sebab tu saya dapat lepaskan diri. Cuma sebab lama sangat saya tak belajar, saya dah mula lupa sikit-sikit”.
Ayden raup wajahnya dengan urat tersembul di dahi dan tangan. Dia marahkan aku ke ni?
“Pergi tidur,” tanpa mengulas apa-apa, dia pun menolak perlahan badanku, memaksa aku untuk berbaring.
Aku turutkan sahaja arahannya. Lagipun, otak aku sekarang dah rasa berserabut sangat dah, dan aku memang perlukan rehat. Aku rasa belakangan ni makin banyak yang jadi. Serabut aku!
Tudung dilepaskan dari kepala dan Ayden pula meminta supaya dia yang akan gantungkan tudung itu nanti. Sebaik sahaja tubuhku terbaring di atas katil, dia pun mencapai selimut dan selimutkan aku dari paras dada sehingga ke bawah sambil dia duduk bersimpuh di sebelahku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya. “Awak tak nak tidur sekali ke?”
Dia gelengkan kepala. “Belum mengantuk. Nanti kalau mengantuk, pandai-pandailah I tidur”. Jawabnya perlahan sambil menutup suis lampu di sebelah katil. Yang bercahaya pun hanyalah lampu tidur saja.
“Hmm. Okaylah kalau macam tu. Tapi, tidur sebelah saya boleh tak?” aku kerdipkan mata berkali-kali sambil menepuk bantal di sebelah. Aku yakin aku nampak comel sekarang ni. Haha.
Ayden julingkan matanya ke atas. “Buat apa? You tahu kan..”
“Alaa. Bolehlah. Lagipun, saya masih takut-takut tau,”aku potong percakapan Ayden sambil menarik-narik seluar Melayunya. Ya, aku sedikit mengada malam ni. Tapi mana tahu ini boleh jadi permulaan kepada segala kebahagiaan?
Ayden lepaskan keluhan sambil dia jentik dahi aku. “Hmm. Okay fine. Tapi, I nak gantungkan tudung you ni kejap”.
“Okay!” aku angkat ibu jari sambil sebelah tangan menampar pipi sendiri.
Aku tak mimpi, kan?
×××
Sejak kejadian malam tu, hubungan aku dengan Ayden bolehlah dianggap baik. Cuma perangai annoying dia tu memang tak dapat nak buang. Dan trademark dia sekarang, ‘Jangan nak perasan’. Hmm. Okay, aku sedar diri.
“Yeay! Dah habis SPM! Mak, abah! Boleh tak kalau kita pergi rumah Kak Aisyh lepas ni?” sampai sahaja di rumah, terus budak Air tu meluru dekat mak di sofa berhadapan aku dan Ayden. Last paper dia hari ini adalah Kimia. Subjek kesayangan dia cakap.
Aku rasa macam ‘hmm’ je dengar sebab subjek tulah subjek yang aku paling pening zaman sekolah dulu. Kalau diberi pilihan, aku lebih rela hafal jadual waktu persekolahan dari aku Tingkatan 1 sampailah Tingkatan 5 daripada hafal jadual berkala unsur tu.
“Macam mana? Okay?” tanya Ayden di sebelah. Air angkat ibu jari dan angguk bangga. Nasib baik Ayden layan aku baik dekat sini. Kalau dia layan aku macam dekat rumah kami berdua, rasanya memang kena dengan budak Air ni.
Nampak je badan dia tu jambu-jambu, tapi, kalau dah bertumbuk, memang boleh tahan.
Al-maklumlah dia tu murid silat kesayangan arwah atok.
“Okay je. Abang Ayden, boleh tak nanti abang ajar Ash macam mana nak jadi sado macam abang?” tanya budak Air tu lagi. Aku tengok saja wajah dia yang teruja tengok Ayden dan aku pandang juga Ayden yang tersenyum di sebelah.
Pandai berlakon.
“Memang boleh. Tapi, abang tak tahu apa yang abang buat masa workout. Ash sendiri pun tahu kan yang abang amnesia? Abang sedar dulu pun terkejut tengok badan abang macam ni sebab sepatutnya abang kurus,” jawab Ayden lagi, sama seperti apa yang dia ceritakan dekat aku.
Air angguk kepala. “Kalau macam tu, nak belajar dengan Abang Rheolah”.
Rheo, papa, Pak Man dan Raeef sudah pulang ke KL beberapa hari lepas. Raeef sebenarnya nak duduk lagi lama dekat sini, tapi, sebab buku dia tertinggal dekat KL, jadinya dia terpaksa balik juga.
Macam yang selalu dia rungutkan, ‘Cuti pun ada homework’. Haha. Normal lah tu sebab tahun depan dah SPM.
Macam yang aku selalu buat dekat pelajar aku. Masa cuti ini, memang malanglah pelajar Tingkatan 4 yang aku ajar tahun ini sebab aku bagi kerja banyak-banyak. Aku buat semua ni sebab aku akan ambil alih kelas yang sama tahun depan. Jadi, aku tak nak ambil risiko kalau-kalau mereka lupa apa yang mereka dah belajar tahun ni. Banyak ragam pula nak kena ulang balik silibus tahun ni untuk tahun depan. Kalau macam tu, elok belajar tahun depan semua.
“Ha, kamu buat apa lagi? Ganti baju, solat Asar kalau belum. Ni basah ni, mesti tadi main hujan kan?”. Tegur mak.
Air garu kepala sambil tersengih. “Main sikit je mak. Lagipun dah habis SPM kan?” sengih lagi.
Tadi ada hujan sikit-sikit. Mesti budak-budak ni ambil gambar dalam hujan, kononnya dah freedom. Sebab tu balik sejam selepas habis masa sebenar peperiksaan.
Heh, kalaulah korang tahu kehidupan lepas SPM tu lagi payah daripada SPM, aku yakin korang lebih rela nak hadap exam daripada hadap dunia sekarang.
“Pergi ganti sana”. Mak tolak Air dan aku jelirkan lidah bila dia pandang aku.
Pergh, dia balas balik guys! Dia jelirkan lidahnya balik dekat aku! “Haa, jelirkan lidah dekat akak. Dasar budak jambu tak sedar diri! Siapa punya adik ni, tolong pungut balik. Adik tak sedar diuntung.”
Dek mendengar kata-kataku, terus Air tayang muka geram. “Akak tu anak pungut!”
“Dah mula dah anak pungut lawan anak pungut”. Suara redha abah membuatkan kepala aku dan Air menoleh ke arahnya serentak.
“Abah!”
Mak, abah dan Ayden tergelak mendengar suara aku dan Air merungut. Kemudian, tangan Ayden aku tarik. Dah alang-alang dah bertudung berstokin segala ni, niat tadi nak jalan-jalan. Sekali hujan daa.
Jadi, mak pun ajaklah melepak makan petang sementara tunggu hujan reda.
Dan memandangkan hujan pun dah berhenti sekarang, aku pun mengajak Ayden sekali lagi untuk jalan-jalan pusing kampung memandangkan dia dari hari tu dah nak pusing kampung katanya.
“Bah, pinjam motor tau,” beritahu aku sekali lagi dekat abah selepas kami berdua bersalaman dengan mak dan abah. Kemudian, kami berdua pun menuruni anak tangga.
Aku keluarkan motor dari bahagian bawah rumah sambil Ayden berdiri di anak tangga terkahir.
“Elok-elok sikit bawak anak orang,” pesan abah.
“Okay, bah. Rileks, Aisyh kan bekas juara mat rempit,” jawabku sambil menghidupkan motor cabuk abah. Sekali start dah bising kawasan ni dengan bunyi enjin motor abah.
Pinjam motor ni tadi ada konflik sikit sebab mak dan abah terkejut bila dengar aku yang akan bawak motor manakala Ayden yang akan jadi pembonceng. Ayden mula pun tak percayakan aku, tapi lepas aku tunjuk lesen aku dekat dia, terus dia yakin dekat aku.
Mak dan abah pula memang dari awal risau sebab dia tahu aku ni jenis yang macam mana. Dulu pun pernah accident teruk sebab bawak motor laju sangat. Seminggu dekat hospital dan berbulan tangan berbalut sebab hilang kawalan.
Belum lagi kisah aku kena banned terus daripada belajar bawak kereta sebab baru belajar aku dah cuba pandu dengan laju. Aku tak berapa ingat tentang tu sebab trauma teruk aku lepas accident sampaikan hampir setahun aku fobia tengok kereta. Hmm, Aisyhlah katakan. Kalau tiada parut dekat badan, jangan panggil diri sendiri legendlah. Kahkah.
“Bekas juara mat rempit lutut kamu. Jangan bawak laju sangat, Aisyh! Ayden, ketuk kepala dia nanti kalau dia bawak laju-laju”. Cett, amanat daripada mak memang tak boleh bawa bincang!
“Beres, mak,” Ayden angkat ibu jarinya sambil tersenyum lebar. Ceh, bahagialah tu sebab dapat keizinan daripada mak untuk ketuk kepala anak kesayangan dia ni!
“Aisyh, tolong,” dia hulurkan topi keledarnya dekat aku. Nasib baik bukaan mulut aku tak besar sangat, kalau tak, memang aku yakin rahang aku dah jatuh menyentuh tanah sekarang.
“Pakailah sendiri!”
Ayden angkat keningnya, seolah-olah ingin mengugut aku. Walaupun aku tahu yang aku tiada salah pun dekat dia, tapi kenapalah aku tiba-tiba rasa takut pula kalau dia mengada-adakan cerita. Dahlah mak dan abah lebih percayakan Ayden daripada aku. Hampeh!
Topi keledar di tangannya aku ambil dan kemudiannya aku pakaikan dekat kepala dia. “Pendek sangat you ni sampai-sampai I kena bongkokkan badan,” ejeknya membuatkan pantas sahaja tangan aku memukul bahunya. Dia hanya membalas dengan gelak kecil sahaja.
“Jalan dulu mak, abah. Assalamualaikum,” belum sempat mak dan abah jawab salam, aku dah pulas pemegang motor dan sekelip mata motor kami meninggalkan kawasan rumah.
“Awak nak pergi mana?” soalku sambil memperlahankan kelajuan motor. Pandangan mata orang kampung aku balas dengan senyuman. Aku malas dah nak bergaduh pasal ni. Aku maafkan semua. Gituh.
“Pusing-pusing je kampung. Lepas ni pergi mana-mana kedai makan. Ada tak yang bukak petang-petang macam ni?” rasa segan aku apabila Ayden labuhkan dagunya di atas bahuku. Aku tahu dia nak mudahkan kami berbual, tapi depan khalayak macam ni rasa macam kurang manis.
“Okay. Ada, Warung Pak Tam”. Jawabku sambil aku tolak wajahnya daripada terus melekat di atas bahu aku.
Dan apabila tiba di kawasan yang lengang, aku rasa sikit legalah sebab orang kampung tak pandang aku semacam. Kedengaranlah juga si anak dara yang nak ambil gambar dengan Ayden. Tapi, cepat-cepat aku tingkatkan kelajuan.
Teruk betul aku punya tahap paranoid ni. Aku paranoid macam ni sebab hari tu, bersusun mereka depan rumah semata-mata nak bergambar dengan Ayden dan Ayden memang jenis yang layankan saja. Lepas tu, mengadu sakit pinggang dan minta diurut.
Memang agak terkejutlah kali ini lepas sahaja orang dapat tahu tentang hubungan kami. Sebab kalau dulu hanya Ayden seorang yang ada peminat. Sekarang, aku pun terkena tempiasnya. Cuma tiadalah seramai Ayden. Lagipun, cerita buruk tentang aku pun masih terpahat dalam internet, sebab tulah masih ramai yang dengki dekat aku.
“Besar jugak kampung ni,” Ayden bersuara tiba-tiba setelah agak lama kami mendiamkan diri.
“Haah, kawasan ni belum ada ramai orang sebab line takde dekat sini”. Ringan mulutku menjelaskan dekat dia tentang kampung ini. Dari cermin sisi, aku nampak dia anggukkan kepala sambil matanya melilau memandang sekeliling.
Senyap lagi. Hanya cengkerik petang dan burung berkicauan yang menemani perjalanan kami berdua di sepanjang jalan yang agak sunyi ini. Ada pun rumah, kedudukannya agak ke dalam sikit.
Hampir aku terbrek mengejut apabila tangan Ayden selamba sahaja memeluk pinggangku dari belakang. “Ayden!” jeritku geram sambil memukul tangan besar yang selamba sahaja memeluk pinggangku itu.
“Apa?” soalnya senada, seolah-olah tak tahu apa-apa tentang benda yang dia buat sekarang.
“Apa, apa. Tangan awak!” jeritku dari depan.
“So?” melopong mulutku mendengarjawapan balas daripadanya. Dia boleh pula tanya, ‘so?’
“Apa so, so? Tangan!” marahku lagi, tapi amarahku hanya mengundang bala sahaja apabila dia dekatkan jarak kami berdua sambil dia eratkan lagi pelukannya pada pinggang kecilku.
Jantung sudah berdegup kencang dan motor dah macam orang mabuk aku bawak. “I kan selalu sakitkan hati you. I pun bosan asyik sakitkan hati you. Sekali-sekala kita jadi suami isteri sebenar, takpe kan?” bisiknya betul-betul di telinga kananku.
Argh, Ayden dah gila! Janganlah dia nak buat yang bukan-bukan sekarang. Atas motor kot. Dahlah kawasan ni sunyi, buatnya kami kemalangan, tiada siapa yang sedar.
“Tak payah risau. Bawak je motor tu. I janji takkan buat apa-apa. Takkanlah I nak buat benda bukan-bukan dekat old lady. Takde tastelah kalau macam tu,” ujar Ayden lagi.
Okay, sumpah aku terguris sekarang. Dia punya mulut memang longkang gila. Jadi, aku pun hanya senyap saja sepanjang perjalanan menuju ke Warung Pak Tam. Sebenarnya takdelah jauh sangat, kami berdua je yang sengaja guna jalan jauh.
Setibanya di warung Pak Tam, kami pun terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Semua mata teruja sebaik sahaja melihat figura Ayden. Serta-merta, lelaki itu dikelilingi ramai orang.
Aku pun seperti biasa, mengalah sahaja. Jadi, aku pun ingin melangkah menjauhi kawasan ini tetapi Ayden malah menahan tanganku, menghalangku daripada terus melangkah jauh dari sini.
“Em, hari ni I ada date dengan Aisyh. So, lepas ni kita ambil gambar sekali,” Ayden bersuara sambil tersenyum dan mengangguk kepada yang lainnya. Kemudian, dia pun menarik tanganku ke tempat duduk di warung ini.
Sebaik sahaja masing-masing melabuhkan punggung, isteri Pak Tam pun datang ambil order. “Pengantin baru jenguk warung. Ha, nak minum apa?” ramah isteri Pak Tam menegur kami berdua. Memang dia jenis begitu dengan pelanggannya.
“Aisyh macam biasa”. Terus tertawa kecil Mak Tam dengar sebab dia tahu sangat minuman kesukaan aku dekat sini. Tak lain tak bukan, ABC Banjir.
“Tuan pulak, nak minum air apa?” soalan dituju pula kepada Ayden. Kelihatan suamiku itu sedang garu kening sambil tersengih.
“Coffee ada tak? Hot coffee. Kalau boleh, nak mocha,” terus terlopong mulut aku dan Mak Tam dengar apa yang mamat ni order. Dia ingat dekat sini Starbuck ke nak order air mahal macam tu? Kalau nak sangat minum kopi, beli jelah air tin dekat kedai tu.
Mak Tam pandang aku dengan wajah serba salahnya. Aku faham, dia nak suruh aku bagitau Ayden yang air macam tu tiada dekat sini. Warung ni memang bebas daripada kopi. Kalau ada pun, kopi biasa saja. Tapi aku tahu, dia ni memang memilih sikit bab kopi. Yelah, dah lidah tiap hari jamah kopi mahal, mana tak memilihnya. Makanan dia okay lagi, cuma dia tak nak terlampau berlemak ataupun terlebih karbohidrat katanya. Hmm.
“Awak, dekat sini takde kopilah. Tengok dekat menu tu”.
Serta-merta Ayden pandang ke arah menu yang terpampang besar itu. Matanya memandang menu itu dari atas sampai bawah, sekali imbas. “Hmm, air suam jelah”.
Okay, kali ni aku rasa macam nak flip table! “Kalau macam tu, lagi elok bawak bekal dari rumah!” geram betul aku. Punyalah aku beria nak promot dekat dia yang minuman dekat sini sedap-sedap, sekali dia pergi order air suam je?
Ayden garu kepala. “Semua air manislah”. Rungutnya.
“Trylah segelas je. Lagipun, bila lagi awak nak merasa minum dekat warung macam ni?”
Ayden pandang aku tajam, nak beri amaran apa entah, aku pun tak tahu. Yang pasti, Mak Tam asyik tergelak melihat kami berdua.
“Okay fine. Saya nak Jus Naga. Jus buah naga, kan?”
Mak Tam angguk sebagai jawapan.
“Okay, makan?”
“Aisyh nak bakso. Ada bakso tak?”
“Ada, Aisyh”. Jawab Mak Tam sambil menulis order aku.
“Tomyam?” giliran Ayden menyoal.
“Pun ada, tuan”.
“Okay, tomyam”. Ayden buat keputusan.
“Jadi maksudnya, ABC Banjir satu, Jus Naga satu, Bakso satu dan Tomyam satu. Betul?”
“Ya,” jawab aku dan Ayden serentak.
“Oh, by the way, just call me Ayden. Tak payah panggil tuan”. Ayden bersuara tiba-tiba apabila Mak Tam kelihatan ingin berlalu dari sini.
Mak Tam memandang Ayden dengan riak tidak percaya. “Betul lah orang cakap, keluarga Neil memang orang yang sangat rendah diri. Lepas ni Mak Tam nak ambil gambar, boleh?”
Ayden senyum. “Yes. No problem”.
Mak Tam balas senyuman itu lalu menuju ke bahagian dapur mereka. Sementara menunggu order sampai, aku pun minta diri untuk menuju ke tandas yang memang disediakan buat pelanggan.
Rasa nak terkucil aku sebab sejuk-sejuk begini aku bawak motor, lepas tu jalan jauh-jauh pula.
Selesai hajat dibuang dan tangan dibasuh, aku pun kembali ke meja makan. Ayden kelihatannya mengelamun, jadi, aku pun tolak sikit lengan Ayden. Dia yang sedang memandang ke luar, terus terkejut memandang aku.
“Kenapa?”
Ayden pandang aku lama. “Aisyh, I.. I rasa I dah jumpa Hazel”.
Terus terlopong mulut dan terjegil mataku memandangnya. “A-apa maksud awak?”
“I tak yakin apa yang I nampak tadi betul ke tak. Tapi, I rasa macam perempuan yang lalu dekat sini tadi memang Hazel”.
Okay, kali ini aku diam. Baru sahaja nak rasakan detik bahagia dengan Ayden, dia pergi kutip nama Hazel pulak. Dan, entah macam mana dia boleh terfikir nak nampak Hazel sedangkan perempuan tu dah takde?
“Tadi awak cakap yang sekarang kita tengah date kan? Boleh tak kalau sekarang kita stop cakap pasal Hazel. Kalau nak cakap, dekat rumah nanti. Boleh?”
Ayden balas pandangan aku dengan riak was-wasnya. Dan, perlahan-lahan dia anggukkan kepalanya.
Aku pula hela nafas. Rasa seram pun ada sebenarnya sebab mana mungkin Hazel yang dah meninggal boleh munculkan diri. Rasa sakit hati pun ada jugak sebab masa-masa aku nak lepaskan rindu dekat Ayden 27 inilah dia pergi sebut nama Hazel.
Tapi, betul ke apa yang dia nampak tu? Atau jangan-jangan, Hazel yang dia cakapkan tu..?
#Sorry guys for being late. Aura malas mula meresap beberapa hari ni. Idea pulak pandai2 dia je hilang. Hehe. Sebenarnya nak update semalam, tp belum habis taip. Nak update esok, kebetulan line dah ada sekarang.
Jadi, bacalah cerita DA yg semakin memeningkan kepala. Author sendiri dh pening kepala buat. Inikan pulak korang yg baca, kan?
Sorry utk segala kekurangan. Insya Allah sis akan prbaiki lagi. See u next chapter DAians semua ??
Selamat malam dan assalamualaikum. Selamat Bercuti kepada yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. ??
Share this novel