AKU duduk sambil tangan mengemaskan jambangan bunga di dalam pasu. Tiba-tiba aku teringat pulak perbualan antara aku dan Ayden pagi tadi.
"Nureen Raisyha." Dia memulakan perbualan antara kami di meja ini dengan memanggil nama aku. Aku angkat kepala, membalas pandangan redupnya. Wajah dia memang bebas daripada sebarang senyuman, tapi entahlah, dia masih lagi kacak dengan riak begitu.
"Nureen? Raisyha?" Aku tak tahu apa maksud dia mengasingkan nama aku dengan tanda soal, tetapi, aku agak mungkin dia nak tanya apa yang patut dia panggil aku.
"Aisyh". Jawabku sambil menikmati sarapan ini.
Dia angguk faham. "Why, Aisyh? Kenapa bukan Nureen? Raisyha? Or Aisyha?" Aku pandang dia pelik. Nama aku pun boleh jadi isu ke? Rasanya, nama aku takdelah pelik mana pun sampai-sampai dia soal macamlah nama aku ni tersenarai dalam senarai nama-nama pelik di dunia.
Aku angkat bahu. "Entah. Dari kecik orang panggil saya macam tu," jawabku jujur, tiakde niat nak berloyar buruk. Lagipun, kalau aku dah makan, memang pantang aku kalau orang kacau.
Pandai dia pilih tempat. Takde orang. Seorang pun tak ada. Aku pun tak tahu kenapa.
"This is my family's restaurant. Semalam, I bagitau dekat diorang untuk tutup restoran ni sebab hari ni I nak pakai. Sebab I tahu, you mesti risau kalau-kalau ada orang jumpa kita," terangnya seolah-olah faham apa yang aku tengah fikirkan.
Aku hentikan kunyahan dan terus menelan makanan di dalam mulut. Aku pandang wajahnya yang tenang menghirup kopi di dalam cawan putih. "Tuan, saya ada satu soalan".
Dia balas pandangan aku. "Before that, stop call me Tuan. Alergik telinga I dengar you asyik tuan-tuankan I. Just call me Ayden," dia berkata yang lebih berupa arahan. Kena panggil Tuan pun alergik? Apalah reaksi dia baca cerita tentang dirinya di dalam majalah-majalah? Ada gatal-gatal satu badan tak? Yelah, dalam majalah berlambak perkataan tuan di hadapan namanya. Tuan Ayden. Tuan Neil. Tuan Raeqal. Sampai-sampai aku sendiri pun tak tahu nak panggil dia apa.
Tapi, lepas dengar dia suruh aku panggil dia Ayden, rasanya, masalah aku dah selesai.
"Sebenarnya, saya ada satu soalan. Tapi, lepas awak suruh saya panggil awak Ayden, jadi, saya ada dua soalan. Boleh?" Sejak bila seorang Aisyh bertukar jadi wartawan ni?
"No prob. Lagipun, I sendiri yang cakap tadi, sarapan ni adalah masa untuk sesi suai kenal kita". Dia menjawab tenang. Dah nama pun sudah terbiasa bersoal jawab dengan wartawan sebelum ini, jadinya, setakat soalan aku apalah sangat.
Sesi suai kenal kita? Awwws, so sweet of him! Kenapa aku rasa teruja ni?
Aku ketuk dagu, fikirkan ayat yang sesuai untuk meluahkan persoalan aku. "Haa, macam ni. Awak ada belajar ilmu baca fikiran orang ke? Bukan apa, hampir semua yang saya fikir, awak boleh teka. Tu yang saya curious, mungkin awak boleh baca minda orang ke apa," aku lemparkan soalan pertama. Risau aku kalau dia dapat baca fikiran aku, yelah, aku asyik puji je muka dia. Terbayang-bayang nak kahwin pun ada. Gatal? Inilah Aisyh.
Dia angguk, aku tak pasti atas sebab apa. Sama ada menjawab soalan aku ataupun dia nak hadam soalan aku. "Next question?" Tanpa menjawab soalan pertama aku, terus dia meminta soalan kedua. Apeni? Soalan aku ni bodoh sangat ke? Memang pun bodoh, Aisyh. Sejak bila kau pandai bagi soalan yang bernas? Aduh, buat malu je.
Aku ketap bibir. Soalan aku yang kedua ni lagilah bodoh. Jangankan jawab, dengar pun tak rasanya. Eh, kejap. Rasanya soalan kedua aku ni lebih kurang macam soalan dia tadi. Hah, kalau dia rasa bodoh, maknanya, soalan dia tadi pun bodoh jugak. Tak sangka, bijak jugak aku ni.
"Hurmm. Kenapa Ayden? Kenapa bukan Raeqal?" Ringkas, sebab aku taknak bertambah malu mendengar soalan-soalan aku sendiri. Aku menyoal ni pun sebab dah terlanjur beritahu yang aku ada dua soalan. Kan bagus kalau aku tak bagitau dari tadi?
Dia senyum, tiada lagi sinis macam yang selalu dia bagi kat aku. Kali ni, tampak ikhlas walaupun taklah lebar sangat. Senyuman cukup syarat sahaja dia lemparkan buatku.
"Okay, for the first question, rasanya, I adalah manusia yang paling bertuah kalau dapat baca minda orang. Tapi my dear Aisyh, sayangnya, I tak ada bakat macam tu. I dapat teka segala persoalan you pun sebab reaksi muka you yang senang dibaca.
And, for the second question, why Ayden? Why not Neil or Raeqal?" Dia jedakan ayat. Dia senyum nipis, tetapi entahlah kenapa aku dapat tengok riak terkilan pada wajah kacak tu. Perasaan aku je kot.
Tapi kan Ayden, aku tak tanya kenapa bukan Neil, yang aku tanya tang Raeqal tu je. Kalau Neil, aku dah tahu apa sebab dia. Pelik aku dengan dia ni.
Tapi tak sangka, nak jugak rupanya dia jawab soalan pertama aku. Ingatkan tak nak. Kaulah ni, Aisyh, suka sangat sangka buruk kat orang. Kan dah mengena sekali. Betul ke riak muka aku senang dibaca? Yalah kot sebab mak dan Aira pun antara orang yang faham dengan apa yang aku fikirkan. Mungkin teori Ayden betul agaknya.
"Because of someone". Jawabnya ringkas dan otakku mula membuat kesimpulan, Melissa Rose kot.
"Melissa Rose?" Apa yang aku fikirkan, terus aku luahkan. Tiada niat sebenarnya aku nak menyibuk, tetapi entahlah mulut aku ni dah kenapa bertindak sesuka hati dia.
Kali ini, tiada senyuman lagi pada wajahnya. Tidak juga marah. Pendek kata, muka dia kosong tanpa perasaan. Memanglah sebelum ini dia jenis tak pandai senyum, tapi, apabila melihat dia macam ni sekarang, entah kenapa aku rasa soalan aku tadi menyinggung perasaan dia. Kaulah ni, Aisyh! Suka betul menyibuk.
Tapi, dia sendiri yang cakap tadi kan yang sekarang adalah sesi suai-kenal. Apa pulak salah aku?
"Nope". Ayden menggeleng kecil membuatkan kening aku hampir bertaut. Pelik dengan jawapannya. Kalau bukan Melissa Rose, maksudnya ada orang lain lagilah. Ex dia kot?
"Maksudnya, awak dah ada someone yang lebih special sebelum Melissa tulah?" Sekali lagi mulut ini derhaka pada tuannya. Dah tengok tadi reaksi dia macam mana, masih jugak nak tanya soalan privasi macam ni. Kau ni dah kenapa, Aisyh? Apa masalah kau ni?
Dia pandang aku, macam dia tengah beritahu sesuatu. Tetapi sayang oh Aydenku, aku ni tak hebat baca minda orang. Awak cakaplah muka saya buruk sekalipun, tak adanya saya nak terasa sebab saya memang tak tahu apa maksud renungan mata awak tu.
"Okay, lupakan yang saya pernah tanya soalan tu. Anggap je soalan tu tak wujud," aku sengih, ingin memberitahunya bahawa aku tak kisah pun kalau dia tak nak jawab soalan aku walaupun perasaan aku dah penasaran macam apa entah sekarang.
Dia juga kelihatannya lega apabila aku tarik balik soalan aku. Jadi, aku sambung balik makan. Ayden pun tengah habiskan makanan dia. Sopan betul dia makan, macam akulah jantan dialah awek melayu terakhir.
Tak lama lepas tu, aku dengar dia bergumam sendirian. Aku ni, kalau dah makan, orang depan mata bercakap pun aku tak perasan. Jadinya, aku angkat muka dan pandang dia. Guess what, masa aku pandang dia, dia pun tengah tenung aku. Naik kelam-kabut aku betulkan kedudukan kepala. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap menunduk. Sesungguhnya dia ada aura yang membuatkan aku nak pandang dia berterusan, dan juga aura yang membuatkan mata aku segan nak berbalas pandangan dengannya.
"Kenapa kelam-kabut semacam? Ada apa-apa ke yang ganggu you?" soal dia dengan suara seksi dia tu. Entahkan dia pura-pura tak tahu, ataupun betul-betul tak tahu yang aku sekarang tak senang duduk asyik diperhatikan oleh matanya.
Aku ketap bibir. "Err, taklah. Cuma tadi saya dengar awak macam ada cakap something. Tu yang saya tengok awak," aku senyum senget, ingin menyembunyikan rasa malu yang menebal di dalam diri.
Ayden pula kelihatannya hanya senyum tipis dan angguk faham. Hampeh, sebenarnya aku nak suruh dia ulang balik apa yang dia cakap. Ini, angguk dan senyum je dia bagi kat aku. Nasib baik senyuman dia tu senyuman versi pencair hati, tak adalah aku kecewa sangat soalan aku tak berjawab.
"AISYH!!!!!" kedengaran Kak Ana menjerit sambil berlari ke arah aku. Aku yang tengah mengelamun tadi, cepat-cepat dihantar semula ke dunia nyata. Macam dah lama pulak aku pegang bunga plasti ini daripada tadi.
Aku yang sedikit tersentak, terus pandang Kak Ana yang semakin mendekati aku. Tanpa sempat aku jawab panggilan Kak Ana, terus Kak Ana tarik tangan aku. Kelam-kabut aku berdiri sebab ditarik mengejut oleh kakak kepada Aira ni. Sudahlah wajah dia teruja semacam. Persis macam dia jumpa Ayden semalam.
"Kenapa, kak?" sambil ikut langkah kaki Kak Ana yang pantas berjalan menuju ke pintu, sambil itu aku menyoal. Kenapa pergi pintu ni? Dia nak halau aku ke apa? Apa salah aku? Takkanlah aku duduk termenung sekejap tadi membuatkan Kak Ana terus nak pecat aku? Kot ya pun nak pecat, janganlah halau macam ni!
Setibanya di luar kedai bunga, terus Kak Ana lepaskan pegangan tangannya sambil menunjuk ke arah Aira yang sedang bersembang dengan seorang lelaki yang berhoodie. Siapa pulak tu? Persis watak jahat dalam cerita-cerita thriller pulak pakaian dia. Huhu.
"Kau tengok tak laki tu? Laki tu cari kau!" kedengaran suara Kak Ana teruja semacam. Dah kenapa pulak Kak Ana teruja dan dah kenapa jugak laki tu nak jumpa aku? Padahal dia tengah bersembang dengan Aira.
Mungkin menyedari kehadiran aku, Aira pun terus menggamit aku. Kak Ana pulak membuntuti langkah aku.
Setibanya aku di sebelah Aira, aku pun pandang wajah lelaki yang sedang berpakaian pelik ni. Jangan cakap dia Ammar Faiz sudah.
Sebaik sahaja aku memandang wajahnya, rasa nak jatuh rahangku ke tanah. "Ayden?" Seperti biasa, apa yang ada kat otak, aku luahkan terus dengan kata-kata. Memang aku tak pandai nak berselindung.
Dia menggariskan senyuman tipis di bibir. "Ya, this is me. I nak bagitau you yang motor you dah dihantar pergi rumah you. You balik pukul berapa?" tanpa mempedulikan pandangan teruja Kak Ana dan orang yang cuba mencuri pandang wajahnya sebab dia tutup kepalanya menggunakan penutup kepala tersebut, Ayden meneruskan kata-katanya.
"Kenapa tak hantar pergi sini je? Kan awak cakap bengkel tu dekat dengan kedai ni je".
"Dan, I pun ada cakap yang motor tu akan dihantar ke rumah you." Dia menjawab. Jawapan dia membuatkan otak aku sedikit keliru, bila masa pulak dia cakap eh? Aku tak tahu pun?
"I told you last night. Tapi, I rasa you tak fokus dengan kata-kata I sebab you nak I cepat-cepat keluar dari rumah you semalam, kan? It's okay. Janji I dah bagitau, rasanya I tak tipu you." Mula dah perangai ahli nujum dia tu.
Aku angguk-angguk je kepala. Ada benda sebenarnya aku nak bagitau dia, tetapi aku segan sebab Aira dan Kak Ana ada sekali. Dahlah asal aku pandang mereka, dua-dua buat muka nakal. Apalah yang ada dalam kepala otak mereka sekarang agaknya?
"Okay," banyak-banyak ayat yang aku rangka, itu je yang keluar. Tak mampu aku kalau lama-lama berdiri depan Ayden bersama-sama dua orang minah ni. Lagipun, aku sedia nak masuk ke dalam kedai balik.
Dia angkat kedua-dua belah keningnya, seolah-olah meminta sesuatu. Aku pulak, balas dengan muka pelik. Kenapa?
"Pukul berapa you balik?" dia mengulang balik soalan dia yang telah aku tenggelamkan sebentar tadi. Dia ni dah kenapa tanya aku bila balik? Nak jemput aku ke? Haha! Perasannya kau, Aisyh!
"Pukul 6 petang". Dia angguk lepas aku jawab.
"Okay, nanti I jemput. I balik dulu. Bye.." Seperti biasa, seorang Ayden tak akan tunggu perkataan ya ataupun tidak daripada mulut aku. Yang dia tahu, lepas dia cakap, dia akan blah macam tu aje. Dan aku, dah terbiasa dengan perangai dia, hanya mampu jadi burung belatuk jelah. Angguk-angguk faham.
Aku pandang sahaja keretanya yang laju meluncur meninggalkan kawasan ini. Nasib baik hari hujan, jadi, tak adalah pelik sangat dia pakai macam tu.
Niat aku nak masuk ke dalam kedai terbantut apabila Kak Ana dan Aira halang langkahku dengan mendepakan tangan mereka di hadapan aku. Dah kenapa pulak dua orang ni? Dahlah muka dua-dua macam perogol bersiri tengah tunggu mangsa.
"Wow! Aisyh, dah ada buah hati tak bagitau aku pun! Siapa dia tu?" Aira mula menyoalsiasat aku.
Kak Ana yang turut sama berkongsi perasaan dengan aku apabila mendengar soalan Aira, terus memandang wajah Aira dengan geram. Lantas, lengan Aira ditampar dengan kuat. "Akak tak fahamlah dengan kau ni. Kalau pasal pelajaran, buku tebal boleh pulak kau ingat. Yang lelaki handsome macam tu kau tak ingat pulak?"
Mendengar sahaja kata-kata Kak Ana, Aira pasang muka tak puas hati. "Apa kau ni, kak? Manalah aku tahu laki tu siapa. Dah Aisyh tak bagitau aku, mana aku tahu." Aira bela diri. Aku dan Kak Ana saling berpandangan. Tak faham dengan perangai Aira sebenarnya.
"Tu, lelaki tu tadi, lelaki yang sama dengan akak bergambar semalam. Takkanlah kau dah lupa? Baru semalam kot akak tunjukkan gambar dia." Ah sudah, dua beradik ni bergaduh pulak dah.
Dengar sahaja kata-kata Kak Ana, terus Aira menekup mulut dan membulatkan mata. Dah kenapa pulak dia kali ni? "Aisyh, kau bercinta dengan orang kaya tak bagitau aku pun! Sejak bila kau bercinta dengan dia? Bila masa korang kenal? Dia baik tak? Wah, lepas ni, famouslah kawan baik aku ni!" amboi dia punya soalan, dah macam bertih jagung keluar dari mulut.
Aku jongket kening. Kak Ana pun macam tengah tunggu jawapan daripada aku. Perghh, ni baru dua orang yang terjumpa aku dan Ayden. Kalau orang lain yang nampak? Aku tak tahulah nak jawab apa.
"Okay, macam ni. Sebenarnya, dia tu bukan boyfriend aku dan kitorang tak ada apa-apa hubungan pun. Dia kenal dengan aku sebab semalam, aku langgar kereta dia. Habis kemek bahagian depan motor aku sebab terlanggar kereta dia. Sebab tu, dia tolong aku baiki motor dekat bengkel dan dia hantar aku pun sebab motor aku masih dekat bengkel. Ada ngerti?" aku haraplah penjelasan aku ni jelas kat telinga dua orang ni. Al-maklumlah, mereka ni kalau bab nak mengusik, benda yang senang pun mereka akan pura-pura tak faham. Naik menyampah aku kadang-kadang. Menyampah main-main jelah, takdelah menyampah betul-betul.
Dua beradik ni masih lagi dengan pandangan semacam mereka. Aku dah cakap, mereka ni jenis yang tak nak tahu pun alasan aku selagi aku tak mengaku benda yang tak betul. Aneh? Memang spesies begini kot.
"Okay, rasanya, aku kena masuk dalam. Tengok, ada customer datang," cepat-cepat aku berlalu. Selagi dilayan, selagi itulah kerja aku tak terbuat. Namun, sempat aku dengar dua beradik ni mengusik aku.
"Tak sangka, penangan Neil Ayden Raeqal, Aisyh boleh nampak orang bunian. Terus terbukak hijab dia." Tu suara Kak Ana. Nak cakap yang aku ni sengaja bagi alasan customer datang untuk melarikan diri, padahal, tiada seorang pun yang masuk ke kedai ini sekarang.
Aku hanya sengih. Malas nak melayan. Penat dengan perangai Ayden pun masih bersisa, inikan pulak nak layan gossip dua beradik ni.
×××
"Awak". Aku panggil Ayden yang sedang sabar menunggu lampu isyarat bertukar warna.
Dia pandang aku. Entah kenapa aku tengok muka dia penat semacam. "Yes?" dia menjawab.
Aku garu kening sambil gigit bibir. Rasa segan pulak nak tanya, tapi, kalau tak tanya, macam mana aku nak bayar. "Errr, berapa kos baikpulih motor saya?" Fuh, skema habis soalan aku bagi. Macam orang nak pergi interview pulak.
"Oh, pasal tu, I dah bayarkan. Jadi, you tak payah risau pasal bayaran tu," balasnya sambil tersenyum nipis.
Aku pintal hujung bajuku. Seronoklah jugak tak perlu bayar, tapi, segan pun ada. Tu motor aku, dan, motor aku kemek disebabkan kecuaian aku sendiri. Tapi, orang lain pulak yang bertanggungjawab. "Tapi, saya dah banyak susahkan awak. Takpelah, awak cakap je berapa jumlah, nanti saya bayar." Bersungguh-sungguh aku bercakap sekarang ni, macam dalam bank, duit berkepuk-kepuk.
Ayden tak terus menjawab, sebaliknya memusingkan stereng kereta apabila lampu merah mula bertukar kuning dan akhirnya berubah kepada hijau. Aku pun sekejap-sekejap pandang dia, menanti jawapan yang bakal dia berikan selepas ni.
"One million". Ringkas jawapannya namun mampu membuatkan aku tercengang. Biar betul satu juta? Harga motor aku pun takdelah mahal macam tu, tapi kenapa kos bayaran dia melebihi takat lebur dan takat didih? Eh, apa aku merepek ni?
"Bi.. Biar betul satu juta?" aku telan liur. Rasa menyesal pulak tanya berapa bayaran. Kalau aku tak tanya, tak adalah aku rasa macam tercekik tulang ayam sekarang ni.
Kedengaran dia di sebelah tertawa kecil. Dah kenapa mamat ni gelak? Takkanlah gelak sebab tengok aku tak mampu nak bayar sebanyak tu walaupun hakikatnya memang aku tak dapat bayar pun.
"Yup, one million".
"Err, bayar ansur-ansur, boleh tak?" aku mulakan sesi tawar-menawar. Kalau setakat Ayden, rasanya takde masalah kot.
"Ansur-ansur? Mana boleh. I tak nak you bayar, anggaplah tu hadiah daripada I." Dia memberi tawaran. Aku memanglah nak terima, tapi, aku dilatih dari kecil untuk tidak terlalu mudah terpedaya dengan tawaran orang lain sebabnya risau kena bayar di masa depan. Tapi, kalau dah satu juta, mana aku nak korek duit?
Aku mula resah. Tiba-tiba gatal pulaklah dagu aku sekarang. Macam-macam hal. Perut pun tiba-tiba berbunyi, bukan sebab lapar, tapi, sebab sakit perut dengar jumlah yang Ayden cakapkan tadi.
"Aisyh, It's okay. I bayarkan untuk you. Jangan risau, I takkan tagih apa yang I dah beri kat you. I ikhlas nak tolong you. Okay?" Lembut nadanya memujuk aku. Aku ni dahlah jenis mudah cair, dia bercakap guna suara macho tu pulak. Makinlah cair. Tambah-tambah lagi, aku memang ada masalah kewangan sekarang. Maka, makin mudahlah aku termakan dengan pujuk rayu dia ni.
Lama aku diamkan diri. Kejap aku pandang dia kat sebelah, kejap aku pandang keluar tingkap. Memang betul-betul resah aku kalau dengan dia ni. Aku pun tak tahu nak bagi keputusan apa. Nak terima, macam melampau sangat. Tak nak terima, dia suruh aku bayar terus satu juta tu kalau aku nak sangat bayar.
"So, Aisyh? Okay?"
Rupanya dia masih menanti jawapan aku. Aku pandang je dia, dan lambat-lambat aku angguk.
Dia senyum, merasa menang mungkin sebab berjaya pujuk aku.
"Tapi, awak memang takde niat jahat ke? Saya risau kalau-kalau awak buat semua ni sebab awak ada niat lain," aku ni memang jenis jujur sikit bab-bab macam ni. Aku tak nak benda macam ni akan memberi padah buatku di masa depan. Cukuplah dulu Ammar menagih semua benda yang dia pernah bagi kat aku sebab kami putus. Cis, macamlah aku yang mintak putus. Palehotak laki tu. Disebabkan dialah aku serik terima semua benda daripada orang lain.
"Aisyh, you ingat I kejam sangat ke nak tagih-tagih semua benda yang I pernah bagi? Kalaupun I nak tagih, I akan tagih hati you je," di hujung bicara, sempat lagi dia bergurau. Aku yang mendengar, hanya tergelak kecil. Cis, menyampah pulak aku dengan diri aku yang sekarang. Hipokrit gila. Aydenlah buat aku jadi macam ni, kan?
Keadaan senyap serta-merta. Masing-masing layan perasaan. Hanya radio je yang berbunyi.
×××
Aku peluk bantal. Kejap-kejap aku baring, kejap-kejap aku duduk. Entah kenapalah aku boleh jadi wanita paling bahagia ni?
Teringat petang tadi, masa dia hantar aku balik rumah.
"Aisyh," panggilnya sebelum sempat aku tutup pintu kereta mewah tu. Aku tunduk untuk memandang dia yang berada di dalam kereta.
Sebaik aku tunduk, dia pun hulurkan plastik yang berisi sesuatu di dalamnya. Aku peliklah tengok dia hulurkan benda tu, terus aku tanya. Yelah, mana tahu dia nak suruh aku buang sampah ke apa.
"Nah, ambik ni."
"Apeni?" aku sambut huluran dia. Kalau nak diikutkan tahap penasaran aku sekarang ni, nak aje aku bukak plastik-plastik ni semua depan mata dia. Tapi apakan daya, boleh pulak akal aku suruh aku beradab sikit masa tu.
"I belikan you makan malam dan sikit barang mentah," dia menjawab ringkas, namun mampu membuatkan keningku bertaut. Bila masa pulak aku suruh dia beli semua ni.
"Tapi, saya takde pun suruh awak belikan. Lagipun, Maggie ada lagi kat atas," jawapan kau Aisyh, menampakkan betul dompet ada sarang labah-labah.
"Ambik je. I belikan khas untuk you. Jangan amalkan sangat makan Maggie. Tak baik untuk kesihatan". Alolo, caringnya dia ni aihhh. Rasa semput nafas aku dengar ayat dia ni.
"Awak tak letak ubat pengasih ke apa ke kat dalam ni kan?" Perghh, bila soalan tu dah terlanjur aku tanya, baru aku perasan betapa hanatnya soalan yang aku bagi. Dalam banyak-banyak soalan, soalan tu jugak kau rajin nak tanya? Kau ingat dia suka kat kau ke sampai-sampai dia nak guna-gunakan kau? Aisyh!
Nasib baik dia tak marah dengar soalan aku dan nasib baik dia bagi senyuman macho dia untuk menutupi kesalahan aku dalam menyoal. Aisyh, Aisyh. Lepas ni, otak jangan taruh kat lutut. Kan dah payah dah kau sekarang?
"Kalau I nak dapatkan you pun, I akan buat dengan cara yang betul," fuh, pandai jugak dia ni melawak. Hampir nak cair jugak aku dengar. Tapi tulah, dengar betul-betul ayat dia. Dia cakap, KALAU. Maksudnya, belum confirm lagi. Jangan nak perasan sangat, okay?
Baru sahaja aku hendak melanjutkan throwback indah aku tadi, tiba-tiba perut aku berbunyi pulak. Haih, kacau betullah. Sebenarnya aku rasa macam tak nak makan je makanan yang dia beli. Bukan apa, aku rasa macam sayang nak makan. Buat kenangan kononnya. Hampeh!
Haila. Nak tak nak, makan jugaklah. Bukan selalu makan makanan mahal macam ni. Aku capai makanan tersebut. Tertulis dekat bekas dia, Neil A's Restaurant. Pergh, dia nak promote restoran keluarga dia ke ni? Ah lantaklah, perut aku dah lapar sangat ni.
Sambil aku makan, sambil-sambil tu aku scroll laman Instagram milik Ayden. Aduhai, kenapalah aku tiba-tiba rasa sedih ni? Mungkin sebab hari ni last jumpa dia kot? Hmm, masa nilah aku menggatal nak bagi motor rosak balik. Tadi, kemain cakap tak nak jumpa Ayden. Bila dah jadi macam ni, entah kenapa rasa berat hati pulak.
Come on, Aisyh. Dia tu dah ada tunanglah wei! Tapi, aku minat je dekat dia kan? Lagipun, bukan aku seorang yang minat kat dia. Ni, berlambak dalam IG ni, rata-rata wanita yang beri komen. Rasanya, Melissa Rose tu jenis memahami kot. Kalau tak, takkanlah dia biarkan Ayden keluar dengan mana-mana perempuan? Tak sangka, Ayden ni jenis setia. Mesti ramai dah dia tolong macam ni. Sebab tu Melissa tak hairan. Lagipun, takkan tergugatnya kedudukan Melissa kat hati Ayden tu. Yelah, dia tu dahlah cantik, kaya pulak tu. Memang sesuai dengan Ayden yang jugak kaya dan kacak tu.
Tak adanya aku nak cemburu. Aku kan cakap, aku minat je. Lainlah kalau aku dah mula jatuh cinta. Hahaha.
Sedang seronok aku stalk Instagram Ayden, tiba-tiba aku dapat mesej daripada Whatsapp. Tanpa buang masa, aku pun bukak sebab tadi ada gambar seorang lelaki dengan nombor dia sekali. Siapa ni? Ammar Faiz ke? Nak return back dengan aku? Ehh, mimpilah kau.
Bukak sahaja mesej tersebut, terbuntang biji mata aku apabila melihat mesej tersebut dihantar oleh orang yang aku tak sangka.
Ya, Ayden!
Ayden
Miss me, huh?
Pergh, kalau aku tak ingat yang dia dah ada tunang, dah lama aku jawab, Of course! Miss you 200%. Hahaha. Alaa korang, jangan risaulah. Gatal-gatal aku, aku tak pernah terfikir nak rampas hak orang. Aku faham hati sesama perempuan ni macam mana. Aku pun dulu pernah dikhianati.
Me
Awk dapat nombor sy dr mana ni?
Ececeh, jual mahal pulak! Haha. Tapi tulah, baru aku perasan, dari mana dia dapat nombor aku? Pagi tadi pun dia ada call aku guna nombor yang sama.
Tak sampai seminit, mesej dari dia masuk balik. Cepat pulak dia ni reply chat aku.
Ayden
From your pouch
Me
Oh. Hahahaha. Ermm, ada hal apa awk chat saya malam-malam ni?
Ceh, dah serupa gangster pulak aku tanya dia. Ah, lantaklah!
Ayden
Cuz I know, you miss me
Sebaik baca mesej dia tu, terus aku selubung dalam selimut. Aku tampar muka aku berkali-kali, aku tak mimpi kan? Gosh! Kenapalah awak dah bertunang?
Me
Heh, perasan. Dahlah, saya nk tidur. Nite. Assalamualaikum.
Sent! Apa aku buat ni? Aku nak bersembang lagi dengan dia. Tapi, kenapa aku hantar macam tu? Hmm. Takpe Aisyh, kau buat demi kebaikan kau sendiri. Kang tak pasal-pasal kau kena serang dengan Melissa tu kang. Tahulah dia tu spoting, tapi janganlah ambil kesempatan.
Ayden
Gdnt. Sweet dream. Mimpikan I okay? Haha, kidding. Wslm.
Aku seenkan mesej dia. Sebenarnya, ada banyak benda aku nak cakap. Tapi, setiap kali mesej dia masuk, tangan aku menggeletar sebab teruja sangat. Sumpah, aku takkan delete mesej ni. Buat kenang-kenangan. Hekhek.
Tak sangka, betullah orang cakap. Terlepas peluang pertama, bukan bermakna takde peluang langsung lepas ni. Tetapi, ada peluang yang lebih baik menanti. Buktinya, walaupun aku tak dapat bergambar sekali dengan Ayden semalam, tapi, untuk hari ini, dia luangkan banyak masa dia untuk aku. Untuk peminat tegar macam aku ni, luangkan masa macam tu sangatlah bermakna bagi aku.
Muehehe.
Share this novel