BAB 46

Romance Series 128902

Thanks kepada followers semua. X sangka followers meningkat sedikit demi sedikit. Alhamdulillah ??

Rajin pulak nak menaip hari ni, so, trimalah chapter yang memeningkan kepala. Kalau banyak kesalahan tu, maafkanlah ya sebab sis memang sangat cuai tapi tak sedar diri. Tetap x buat dabelcek. So, ada salah tu tegur2lah. ??

Do vote and comment ya guys ??

By the way, siapa yg pernah kutuk Ayden dan Hazel sebab termakan hasutan Aisyh, angkat ketiak? ??

?

AYDEN??AISYH

RHEO berikan aku dan Ayden masa berdua hari ini manakala yang lainnya sedang uruskan majlis doa selamat untuk aku sekaligus menyambut birthday Aira. Kedua-dua majlis ini Rheo yang taja dan rancang.

Aku tak tahu nak marah ke tidak dekat Rheo, tapi, memang dia yang berikan kunci dekat Ayden lepas Ayden dah dapat tahu aku kat mana. Tak perlu hairan macam mana Ayden tahu kalau semua bodyguardnya menjalankan tugas masing-masing.

Dan dengan masa berdua dengan Ayden inilah dia gunakan sebaik mungkin untuk terangkan segalanya. Suasana petang sangat nyaman. Kata Ayden, dia sengaja pilih masa petang begini sebab suasana tenang seperti sekarang dapat tenangkan minda aku andainya otak aku terpaksa bekerja keras setelah ini.

Ayden capai tanganku. Kami berada di pantai bahagian barat resort dan semestinya terasing daripada pengunjung lain. Hanya kami berdua di sini.

"Sayang dah ready nak dengar apa yang abang akan cakap lepas ni?" kami berhenti melangkah dan berdiri bertentangan. Sempat jemariku menjadi sasaran bibirnya.

Aku angguk perlahan sebab aku masih lagi sakit hati tentang Ayden yang berpura-pura amnesia selama ini. Aku syak dia memang sengaja nak sakitkan hati aku.

Aisyh, dengar dulu. Aku berikan amaran dekat diri sendiri.

"Okay, first of all, abang nak ceritakan macam mana kita mula-mula jumpa. Lepastu barulah abang jelaskan kenapa abang pura-pura amnesia sebab abang tahu, isteri abang marah sebab tu, kan?" dia sengih lucu sambil mencuit puncak hidungku.

Aku diam sahaja sambil turut melabuhkan punggung di atas pasir bersebelahan Ayden. Bunyi desiran pantai kedengaran seperti perasaanku ketika ini, berdebar-debar dan tertanya-tanya.

"Mula-mula kita kenal, umur Aisyh masa tu 19 tahun. Pelajar STPM penggal ketiga sebelum Aisyh sambung ke Universiti Sains Malaysia. Abang pulak 21 tahun. Masa tu, Aisyh masuk pertandingan bahas Ketua Menteri. Abang ingat lagi masa tu Aisyh pakai blazer hitam besar dari badan. Nampak kelakar. Masa tu, papa ajak abang tengok pertandingan tu memandangkan family abang yang taja pertandingan peringkat kebangsaan tu. Abang tak sempat tahu nama Aisyh sebab abang lambat masuk dewan. Masuk-masuk je, terus tengok Aisyh berdebat.

Abang tertarik tengok Aisyh masa tu sebab susunan ayat, tutur kata, idea, semuanya kedengaran sangat matang. Suara sayang pun merdu je abang dengar. Tapi abang tak ambil apa-apa langkah masa tu sebab abang risau yang Aisyh tengah bercinta dengan seseorang. So, abang pendam dan masa nama sayang diumumkan tu jugaklah mama call tanya bila balik. Last-last, abang pasrah jelah minat dekat Aisyh tapi tak tahu nama sebenar.

Sampailah satu masa, syarikat sekali lagi jadi penaja. Kali ni, untuk pertandingan forum. Sayang ada jugak masa tu. Sekali lagi abang terlepas untuk tahu nama sayang sebab abang tak expect pun sayang ada. Abang perasan sayang ada pun masa dah habis persembahan. Sayang siap promote sayang punya fac dekat orang. Sampai rumah, abang terus stalk sayang. Ada satu post sayang tu, sayang cakap yang sayang tak percayakan lelaki. So, I buat kesimpulan yang you masa tu masih single. So why not abang try, kan?"

"Nama fac saya, Hazel Ryanna ke?"

Ayden tergelak sebelum menjawab soalanku. "No. Fac Aisyh masa tu Snow White. Bila baca description tu, sayang buat, Seorang Dayang Senandung yang berangan nak jadi Snow White". Habis saja dia cakap macam tu, dia tergelak besar manakala aku pula tutup muka dengan tangan.

"H-habis, nama Hazel Ryanna tu apa jadah pulak?" dengan wajah yang berbahang, dengan Ayden yang masih tergelak, aku segera menukar topik. Malunya! Rasanya lepas SPM aku takde natang nama fac. Kenapa bila meningkat umur baru terhegeh nak ada fac? Snow White pulak tu! Jadahnya Aisyh!

"Ha, nama Hazel Ryanna tu sayang bagi masa abang tanya siapa nama Aisyh. Biasalah remaja bercinta. Tanya siapa awak, tengah buat apa. Dan abang cakap, betul ke nama awak Hazel Ryanna? Aisyh cakap tak. Untuk orang yang baru kenal dengan Aisyh, Aisyh bagi nama Hazel Ryanna. Lepastu abang tanya, kenapa Hazel Ryanna? Kenapa tak pakai nama sendiri?

Tahu tak sayang jawab apa? Sayang cakap, Hazel tu kan kacang. Kacang tu warna coklat mewakili warna kulit sayang. Ryanna tu pulak sebab sayang minat sangat dekat Rihanna masa tu. Rihanna satu-satunya artis yang mewakili kulit gelap yang cantik. So, dengan gabungan dua sebab tu, sayang pun pilihlah Hazel Ryanna. Sampailah finally abang pun terbiasa panggil Aisyh sebagai Hazel". Dia pandang aku dengan sengihan di bibir manakala aku pula dah mengipas-ngipas wajah sebab rasa panas. Malu woi.

Dengan Snow Whitenya, lepastu Hazel Ryanna. Eee, bak kata orang Sarawak, 'Gai Li jak". Hahaha.

"Mengarutnya. Mak dan abah elok-elok bagi nama Nureen Raisyha, saya boleh pulak bagi nama Hazel Ryanna. Awak pun satu, melayan saya guna nama tu kenapa? Tiba-tiba saya rasa saya nak jumpa Aisyh 19, ketuk kepala dia dan suruh dia jangan nak merepek sangat". Itu komenku dan terus Ayden peluk aku dari tepi sambil sambung ketawa. Kepalanya di bahuku membuatkan aku rasa sakit hati sangat dengar dia gelakkan aku dengan jarak yang dekat begitu.

Dan patutlah aku tak tahu menahu tentang nama Hazel Ryanna sebab aku bagi nama tu masa berkenalan dengan Ayden. Aku tak boleh hadam dengar penjelasan nama Hazel tu. Ya Allah, Aisyh. Apa yang kau dah buat dulu?

"Eee, dahlah! Jangan gelakkan saya sampai macam ni sekali! Malulah!" marahku sambil aku tepuk-tepuk pahanya geram. Ayden jauhkan wajahnya dan lepaskan pelukan, tapi sisa tawa masih kedengaran. Cuma tidak seteruk tadi.

"Okay, abang sambung cerita. Kita kenal masa umur Aisyh 19 tahun abang pulak 21 tahun. Lepastu, kita bercinta setahun kemudian dan dengan bangganya kita bercinta sebab masing-masing dapat terima kekurangan. Sayang tahu tak, sayang cakap rambut abang macam penyapu dulu dan mulut sayang memang celupar sangat. Nasib baik pasangan Aisyh adalah Ayden tau. Dengan Aisyh je abang boleh sabar. Kalau orang lain, memang abang tumbuk sebab hina abang".

Kali ini aku pula ketawa. Teringat aku mimpi pagi tadi. Banyak kutukan yang aku lemparkan dekat Ayden dan rambut penyapu itu adalah salah satunya. "Kenapa awak tahan dengan mulut saya?"

Ayden pandang aku sambil kenyitkan matanya. Ah sudah, aku tanya je kenapa tahan. Dia boleh pulak kenyitkan mata begitu. "Sebab abang sayang sangat dekat Aisyh. Abang tak kisah pun Aisyh nak kutuk abang apa sebab lagi Aisyh kutuk, lagi abang nampak yang Aisyh memang ikhlas sayangkan abang. Dan Aisyh pernah cakap jangan belikan apa-apa hadiah untuk Aisyh sebab Aisyh tak nak abang ingat yang sayang ni mata duitan. See? Atas alasan apa lagi abang tak boleh nak setia dekat Aisyh?

Abang pernah bercinta dengan banyak perempuan sebelum Aisyh. Tapi, tak seorang pun melekat sebab semuanya nakkan duit abang je sampailah abang jumpa Aisyh yang bukan je tak pandang duit abang, rupa paras abang pun Aisyh tak kisah. So, abang memang janji dekat diri sendiri yang abang takkan lepaskan Aisyh.

Aisyh pernah bawak abang jumpa family Aisyh sekali dan abang pun pernah bawak Aisyh bawak jumpa family abang sekali. Family Aisyh baik sangat dekat abang tapi family abang, nenda dan Melissa tulah yang tak sukakan Aisyh sampai-sampai paksa abang putuskan Aisyh. Tapi, abang ambil keputusan untuk rahsiakan hubungan kita lepastu dan janji akan kahwin dengan Aisyh tahun seterusnya.

Tapi, abang terima khabar yang Aisyh dah takde. Abang nak pergi jenguk, tapi masa tu masih dekat kem. Mama yang minta izin nak jumpa sekejap nak bagitau pasal Aisyh dah takde. Sebab abang selalu sangat keluar tanpa pengetahuan, akhirnya abang pun kantoi dan tak boleh jumpa Aisyh untuk 'kali yang terakhir'." Di akhir ayat Ayden, wajahnya sedikit kesal membuatkan aku termenangis tanpa sedar.

Aku menangis dengan kisah cinta kami. Tak sangka, begitu complicated percintaan antara kami. Ingatkan dalam televisyen je cinta berbeza taraf ni wujud, rupanya realiti pun ada dan akulah salah seorangnya.

"Abang ada banyak lagi nak ceritakan dekat Aisyh, tapi, kita tunda dulu sampai lusa. Masa tu, abang akan reveal satu-persatu apa yang dah jadi. So, kita proceed kepada kisah abang amnesia. Nak dengar tak?" laju-laju aku angguk dan sekarang, aku semakin berdebar nak tahu kisah sebenarnya.

"Okay. Masa abang balik Malaysia, abang ada bincang dengan arwah Haq macam mana cara nak tahu isteri tu sayangkan kita ataupun tak. Lepastu, Haq cakaplah, try buat-buat hilang ingatan dalam masa seminggu. Nak tengok apa reaksi Aisyh. Tapi, kitorang cancel plan tu sebab abang tak sampai hati nak lupakan Aisyh walaupun tipu. Sembang punya sembang, tak lama lepastu, Haq cakap ada kereta tengah ikut dari belakang dan bila abang toleh belakang, memang betul yang kereta tu nampak lain macam. Nombor plat dia pun abang pandang sekali imbas abang dah tahu, tu plat palsu.

Haq cakap, kalau jadi apa-apa lepas ni, dia nak abang selamat dan lepas dia cakap macam tu, ada tembakan yang orang tu lepaskan. Tapi terkena dekat belakang kereta je. Masa tu agak sunyi, memang takde orang dapat tolong. Then, Haq terpaksa pandu laju sikit since dekat depan dah nampak ada kenderaan lain dan kereta tadi terus buat u-turn dan hilangkan diri. Haq tiba-tiba suruh abang keluar dari kereta dan abang pun tanya kenapa? Rupa-rupanya dia cakap, brek kereta kena potong.

Abang nak dia keluar sama, tapi dia cakap yang dia janji akan selamatkan diri dengan syarat, abang mesti keluar dulu. Abang masa tu memang risaukan dia, tapi dalam masa yang sama, abang terfikirkan Aisyh. Lepas kena paksa, abang pun terpaksa lompat keluar dan kepala abang terhantuk atas jalan raya. Sebelum abang pengsan, abang sempat dengar ada bunyi letupan kuat tapi abang tak larat nak bukak mata. Bila sedar je abang dengar, Haq dah takde".

Ayden jedakan katanya sambil dia peluk lutut dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi dia tarik tanganku dan diletakkan tanganku di atas lututnya yang dilipat. Cincin di jariku dia usap-usap dengan lembut. Dan aku semestinya sangat terharu mendengar persahabatan dia dengan Haq. Memang terasa panas sudah mataku, tapi cepat-cepat aku kerlipkan agar air mata tidak tumpah sebab masih ada banyak benda yang Ayden akan ceritakan.

"Masa Aisyh tahu yang abang dah sedar tu, sebenarnya abang dah sedar tiga hari sebelum Aisyh perasan abang dah sedar. Abang macam dah dapat rasa siapa dalang tu, so, abang pun ambil keputusan untuk berlakon amnesia supaya pesalah tu rasa selamat dan tak ancam abang untuk kali kedua.

Dalam tempoh pura-pura amnesia tu, abang gunakan masa sebaik mungkin untuk lengkapkan bukti orang yang terlibat dalam kes kemalangan Aisyh sekaligus abang nak siasat tentang kemalangan abang dan Haq. Abang memang nekad nak tuntut bela kematian Haq.

Abang dah bagitau dekat mak dan abah pasal plan ni supaya diorang tak rasa kekok bila tengok abang layan Aisyh dingin semacam. Tapi tulah, Aisyh selalu cuba nak gagalkan abang sampai-sampai mak dan abah cakap nampak sangat abang try hard nak berlakon amnesia".

"What? Kenapa awak tak terus-terang je dekat saya? Kenapa perlu berlakon amnesia? Awak tahu tak, hampir tiap malam saya nangis sebab orang yang saya sayang, dahlah lupakan saya! Lepastu asyik sebut-sebut pasal nama perempuan lain walaupun hakikatnya perempuan lain tu saya sendiri!" menaik suaraku memarahkan Ayden dan dia hanya balas dengan senyuman tenang.

"Tak boleh. Masa tu tak sesuai untuk abang bagitau hal sebenar. Lagipun, abang nak ambil kesempatan tu jugak untuk pulihkan ingatan Aisyh sebab abang perasan Aisyh mesti pening kepala kalau abang sebut nama Hazel. So, abang selalu sebut nama tu dengan harapan supaya Aisyh dapat ingat balik".

Aku tak tahulah aku nak marah, geram ataupun terharu. Melampaunya! Tapi kalau aku marah pun, tiada alasan sebab motif utama Ayden terpaksa berpura-pura adalah untuk mengelirukan orang yang serang dia dan Haq.

"Tapi tak perlulah sampai pisahkan tempat tidur! Punyalah saya rindu nak peluk awak, awak boleh pulak suruh saya tidur atas sofa. Sakit badan tahu tak?" okay, aku tetap mencari alasan untuk luahkan kemarahan yang sememangnya akan ada jawapan daripada Ayden lepas ni.

Ayden hela nafas sambil betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi. "Sayang kena tahu, abang sentiasa bernafsu dengan Nureen Raisyha. Kalau abang suruh Aisyh tidur dekat katil, nampak sangat yang abang masih kasihankan sayang. Kalau biarkan kita tidur sekatil, tak pasal-pasal plan abang rosak macam tu je. Nasib baik abang dapat control diri abang daripada terbagitau dekat Aisyh tentang plan abang masa abang mabuk pil sampai terbuat baby dengan Aisyh tu. Kalau tak, abang tak tahulah apa nasib abang.

Sebab tu abang dah mula izinkan sayang tidur dengan abang sebab abang perasan, abang dah boleh simpan rahsia dengan elok. Bila abang nak terus-terang dengan Aisyh, eh, tup-tup Aisyh larikan diri dengan Rheo. Nasib baik abang penyabar, kalau tak, memang lunyai Rheo abang kerjakan sebab suka hati dia je culik isteri abang". Dia tak bergurau bila dia cakap dia nak lunyaikan Rheo sebab dia kedengaran serius.

Tapi rasa nak cekik je Ayden ni. Kalau bahasanya tak direct, memang tak sah. Nasib baik hanya kami berdua sahaja di sini. Takdelah malu sangat.

"Err, awak makan pil tu tipu jugak ke?" aku tahu soalan ini agak memalukan. Tapi nak tak nak, aku kena tanya jugak sebab masa tu macam bukan berlakon je.

Ayden geleng. "Abang memang salah ambil pil masa tu sebab pening sangat. Mungkin kesan hentakan tu yang buatkan abang pening sikit sampai-sampai tak dengar Kak Ila cakap jangan makan lagi sebab dia tengah cari panadol. Tapi abang dah termakan dua pil tak patut tu. Tapi, seronok jugak kan?" dia jeling aku dengan kening diangkat sekali sambil tersenyum nakal.

Aku buat muka menyampah sambil tolak tubuhnya. "Gatal!"

Ayden hanya tergelak sambil tarik kepalaku dan dilabuhkan satu ciuman di dahi. "Ada apa lagi yang Aisyh nak tahu?"

"Aisyh nak abang jelaskan tentang sebab abang kahwin dengan Aisyh. Aisyh nak tahu siapa yang buat Aisyh accident, siapa yang buat abang dan Haq accident. Dan, yang paling penting, apa abang buat dekat rumah Kak Ana?"

"Seronok sangat ni sampai-sampai terus berabang dengan abang". Tanpa menjawab soalanku, Ayden sempat mengusik dan baru aku perasan, aku tiba-tiba menukar gelaran kami.

"Eee, abang nak Aisyh bersaya-awak? Kalau nak, Aisyh tak kisah".

"Eh, jangan. Kekal macam ni je. Dan, untuk soalan Aisyh, abang akan jawab soalan yang last tu je. Soalan-soalan yang sebelum tu, abang akan jawab nanti sebab dia ada kisah dia sendiri".

Terlopong mulutku mendengar. "Abang patut buat buku! Ceritakan dari A sampai Z apa yang jadi".

Tawa kecilnya terlepas lagi sambil dia mengusap kepalaku. "Abang nak mudahkan sayang faham. Sebenarnya, abang jumpa Ana sebab abang dah jumpa maklumat diri dia. Dia pernah jumpa abang dekat Jakarta dulu, masa abang buat business trip. Masa sayang abang nangis-nangis nak ikut, tapi sebab ego dia, dia terpaksa pendam rindu.."

Terus aku tumbuk lengan sadonya. "Sempat nak kutuk kan?"

"Taklah, mana ada kutuk. Abang suka sangat masa sayang manja-manja macam tu. Ikutkan hati abang, abang nak cakap padan muka sebab tak nak ikut. Tapi bila orang tu beria menangis, jadi tak sampai hati". Usiknya lagi membuatkan aku tayang muka geram dan dibalasnya dengan menarik muncungku saja.

"Sambunglah cerita!"

"Okay, okay. Masa dekat Jakarta tu, dia jumpa abang. Dia cakap yang dia tu Hazel Ryanna. Abang rasa peliklah macam mana dia tahu pasal kita berdua, pasal nama rahsia Aisyh dan yang paling penting, kenapa muka dia sebijik macam Aisyh. Abang kan dah tahu Hazel tu siapa, jadi abang cakaplah apa motif dia nak tipu.

Dia cakap, dia sayangkan abang. Cintakan abang. Dah lama pendam perasaan dekat abang, sebelum abang jumpa Aisyh lagi. Jadi, dia bagitau abang yang dia sanggup jadi isteri kedua asalkan abang dapat kahwin dengan dia. Tapia bang tolak cara baik sebab abang sayangkan Aisyh je. Abang tak tahu dari mana dia dapat nombor telefon abang, tapi abang terpaksa tutup handphone selama tiga hari sebab dia asyik kacau abang. Abang on handphone yang lagi satu, untuk bisnes je. Sampailah hari last abang dekat Jakarta, abang tak tahan lagi dah rindu dekat Aisyh, abang terpaksa on handphone dan belum sempat abang nak call, dia dah mula call. Abang dah block nombor dia, tapi dia sanggup beli nombor lain semata-mata nak call abang".

"Double triple what? Kak Ana macam tu? Abang biar betul ni?! Abang ada bukti ke cakap macam tu?"

Ayden keluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Telefon bimbitnya diberikan kepadaku dan ruangan mesej itu dia perlihatkan. Banyak nombor berbeza yang mesej dan buat panggilan. Semua di dalam telefon itu dia sendiri yang bagitau nama dia Ana. Satu mesej itu menarik minatku lalu aku buka.

Ana akan buat apa je untuk dapatkan Ayden.

Tapi, kalau Ana tak dapat Ayden, isteri Ayden pun takkan dapat. Just wait n c

Terus aku menekup mulut melihat mesej itu. Ada beribu lagi mesej yang dia hantar dekat Ayden. Ya, memang banyak! Lagi banyak daripada Ammar Faiz hantar dekat aku. "A-abang". Wajah kosong Ayden aku pandang dan dia hanya angguk mengiakan.

"Dia memang psiko. Abang jumpa dia hari tu sebab dah jumpa maklumat diri dia. Beria-ia dia cakap yang dia tu Hazel Ryanna, so, abang pergi hantar maklumat tentang diri dia. Nama sebenar dia memang Ryana. Tapi, muka dia lain. Abang siap dapatkan detail dia pergi Thailand nak buat pembedahan semata-mata nak sama muka dengan Aisyh".

Terus bengong aku jadinya. Tak, cantik sangat ke aku ni sampai-sampai ada yang sanggup buat pembedahan semata-mata nak sama muka dengan aku?

"Abang, pinjam handphone". Pintaku. Ayden pandang aku pelik, tapi tetap dia hulurkan telefon kepadaku.

Aku tilik muka sendiri. Hm, boleh tahan cun muka aku sekarang. Patutlah beria nak buat muka sama dengan aku.

Pipiku dicubit oleh Ayden. "Ha, mulalah nak riak tu. Ya, isteri abang memang cantik". Malu aku apabila perangai aku kantoi dek Ayden dan aku hanya balas dengan sengihan saja.

"Tapi, abang peluk dia!"

"Ha, tu pasal lah lari? Tengok macam tu, terus buat kesimpulan abang curang? Aisyh, dia masa tu tersadung batu dan abang terpeluk tu sebab tu tindakan refleks. Mesti sayang tengok part tu je kan? Mesti tak tengok masa abang tolak dia sampai dia terbaring dan abang tinggalkan dia lepastu?"

Aku buat scream face. Jadi aku dah salah faham! 100% salah! Bodohnya aku!

"Betul ke?"

"Abang tak dapat apa-apa manfaat pun kalau abang tipu Aisyh".

Bibirku mencebik secara automatik. Baru sahaja Ayden ingin menyambung kata, aku pula dah emosional pergi peluk dia dengan tangisan yang ditahan sedari tadi mengalir laju membasahi pipi. "Abang, Aisyh berdosa dengan abang. Semua yang Aisyh sangka, semuanya salah. Tapi tetap salah abang jugak sebab rahsiakan dekat Aisyh," luahku sambil menangis di antara bahu dan leher Ayden.

Wangi. Hmm.

"Hey, public sayang". Tegur Ayden lembut, tetapi tangannya tetap naik mengusap belakangku.

Walaupun agak terasing dari orang, tapi tetap kami boleh nampak pengunjung yang jauh nun di sana. Tapi, publik tak publik, aku rasa berdosa sangat jadi aku pun eratkan pelukan di leher Ayden sambil gelengkan kepala.

Lama kami berpelukan begini sehingga aku sendiri yang meleraikannya. Terlerainya pelukan, Ayden tersenyum sambil jemari kasar itu menyeka air mataku. "This baby nampak comel menangis".

Usikannya itu bukannya meredakan tangisanku, malah semakin menjadi. Dahlah aku memang sejenis hati tisu semenjak dua menjak ini. "Abang maafkan sayang. Sayang isteri yang baik, biasalah tu salah faham. Abang memang dah letakkan perkara ni sebagai risiko dan abang memang tak anggap apa yang sayang rasa, sayang buat itu satu benda yang salah. Tapi, sebagai tanda isteri abang sayangkan abang. Jadi, jangan nangis. Isteri abang kan baik?" lembut Ayden memujuk sambil dia mengelus bahuku. Tapi, tangisanku seolah-olah tidak menemui titik noktahnya sebab aku masih berterusan menangis.

"Nanti abang belikan Kinder Bueno". Mendengar sahaja perkataan Kinder Bueno, terus aku hentikan tangis sambil memandang wajah lembut itu. Kacaknya Ayden ni! Rasa nak cium puas-puas tapi tulah, kawasan ini tetap kawasan awam.

Ayden ukirkan senyuman segaris sambil usap kepalaku. "Good girl".

Aku diam sambil menunduk memandang pasir. "Abang..." panggilku lemah.

"Hmm?"

"Hug me please. Kejap je. Aisyh rindu". Permintaanku sememangnya mengundang gelak Ayden. Dia menarikku supaya berdiri dan apabila sudah berdiri, tubuh kecilku terus tenggelam dalam pelukannya.

Agak lama sampai-sampai aku rasa macam aku yang bagi warning yang di sini adalah kawasan awam.

Akhirnya, pelukan dileraikan. "Jom kita tolong apa yang patut dekat sana. Nanti kita sambung cerita. Okay?"

Aku angguk sambil tarik lengannya dan kupeluk erat. Ayden tunduk sambil cium sekilas ubun-ubunku. Hmm, Ayden buatkan aku rasa semakin berdosa!

×××

Majlis dilakukan dengan meriah. Lagi meriah masa Aira sarungkan cincin di jarinya. Tapi dalam masa yang sama, kami tidak begitu bergembira sebab jaga perasaan Salwa. Salwa memang nampak tenang dan gembira, tapi mesti jauh di hati dia, dia mesti rindukan Haq sangat-sangat. Impian untuk bersama-sama terlerai begitu sahaja.

Aku peluk bahu Salwa manakala dia tersenyum sahaja. "I'm okaylah". Aku senyum memberi semangat dan aku lentokkan kepala di bahunya. Ayden di sebelah kananku manakala Salwa di sebelah kiri.

Makan malam di café ini sememangnya sangat seronok. Lagi-lagi banyak pengunjung yang datang memeriahkan majlis. Dan semestinya pengunjung kegemaran aku adalah pasangan pemandu dan anak orang kaya itu.

Tadi mereka bergaduh lagi sebab si lelaki tu curi makanan si gadis itu. Sempat aku bersembang dengan lelaki tu tadi.

"Buah hati ke?" dengar saja aku tanya macam tu, terus dia buat muka terkejut.

"Kejap, ni isteri Tuan Ayden kan?" aku angguk mengiakan.

Dia tersenyum bangga. "Selalu tengok dalam artikel gossip, muka puan nampak pelik. Tapi, bila dah tengok depan-depan, saya percaya bidadari itu wujud". Seusai sahaja dia bercakap begitu, kedengaran ada seseorang berdehem dan semestinya deheman itu milik Ayden.

"Eh, Tuan Ayden! Saya puji je. Jangan risau, saya takkan penggal kepala rampas isteri tuan". Ayden tergelak kecil mendengar jawapannya. Orangnya nampak ceria dengan wajah yang tampan. Tapi, sebab perangai dia yang mungkin suka menyakat itu membuatkan Lyne tu selalu marah dekat dia.

Ayden hulurkan tangan dan dia terkejut melihatnya. Tapi sebab dia faham, dia pun segera mengelap tangannya dan menyambut huluran itu. Kelihatan badannya sedikit tunduk, mungkin sangat menghormati Ayden. "Tak payah tunduklah. Kita sama-sama manusia. By the way, macam yang isteri I cakap, you dengan perempuan tu bercinta ke? Dari tadi I perhati yang you suka usik dia". Ayden senyum tipis, kembali kepada Ayden yang orang kenal. Ayden yang beku dan beraura.

"Eh, takdelah. Dia tu anak majikan saya. Mental orangnya. Bagitau dekat keluarga tuan dan puan, kalau nak cari menantu, jangan perempuan tu," dia buat-buat bisik manakala aku dan Ayden dah tahan gelak.

"Kau kutuk aku depan orang? Kau ingat kau siapa?"

"Cik! Mana ada saya kutuk. Saya promote ciklah. Saya cakap cik ni dahlah cantik, pandai pulak tu. Kutuk ke macam tu? Kutuk ke, tuan? Puan?" dia pandang aku dan Ayden. Kami berdua hanya angkat bahu.

"Kau ingat aku pekak ke?"

Dia lemparkan pandang ke arah kedua-dua belah sisi wajah wanita cantik itu. "Oh, dengar rupanya. Ingatkan buat gaya rambut macam tu, pendengaran tersumbat". Dia sengih lalu lengannya ditampar oleh wanita itu.

"Eee anak orang kaya ni, tak malu marah-marah dekat orang ramai. Dah, shuh-shuh. Saya tengah berbual ni".

"Zharif! Papa yang suruh aku panggil kau. Kalau bukan sebab papa, aku pun tak teringinlah nak panggil kau!" perempuan tu macam tak sedar yang dia dah jadi tontonan ramai, terutama aku dan Ayden.

Aku dan Ayden hanya mampu berpandangan sesama sendiri.

"Oh, cakaplah Dato' yang panggil. Baiklah tuan, puan. Maafkan sikit anak majikan saya ni. Nama je orang kaya, tapi miskin adab. Sorry eh? Minta diri dulu". Dia sekali lagi berjabat tangan dengan Ayden dan terus meninggalkan kami berdua.

Nampak comel pula apabila dia bersabar sahaja melayan kerenah wanita itu manakala wanita itu memang tahu hal dia sahaja.

×××

Sampai sahaja bilik, terus Ayden terbaring membentuk bintang di atas katil. Aku pula masih menanggalkan tudung sebelum melabuhkan punggung di birai katil.

Sebelum balik tadi, Rheo ada sampaikan ucapan tentang dia yang mahu melangsungkan perkahwinan dengan Aira dan mengharapkan doa kami semua agar majlis perkahwinan itu kelak berjalan seperti yang dirancangkan.

Sempat juga dia ceritakan detik pertemuan dia dengan Aira dan tak sangka, wanita yang dia maksudkan dalam buku yang dia tulis sehingga menarik perhatian luar negara itu, wanita itu adalah Aira dan Aira sendiri terkejut sebab Rheo masih ingat lagi dekat dia. Apa yang mempertemukan mereka, buku itu yang menjadi jawapan dan aku belum terbaca buku itu. Menyesalnya!

Salwa seperti biasa, dia tetap tenang walaupun aku dapat tengok riak sedih di wajah itu. Mak dan abah pula aku peluk kuat-kuat dan sekali lagi buat drama airmata lepaskan rindu. Dengan Air pun aku beria menangis tadi sebab dia cakap dia rindukan aku.

Padahal seminggu je pun, tapi lamanya rasa, bagaikan masa itu terhenti seketika. Mereka tidur di rumah sebelah. Percuma sahaja kata Rheo.

"Aisyh". Panggil Ayden sambil betulkan kedudukannya iaitu berbaring di belakangku.

Aku berpusing dan duduk bersila menghadapnya. "Aisyh dah sedia ada baby kalau nanti disahkan yang Aisyh pregnant?" matanya tertancap pada perutku sebelum tangannya juga menyusul di situ.

Aku turut memandang perutku yang masih kempis diusap Ayden. Tanganku juga naik mengusap tangan berurat yang masih setia menyentuh perutku itu. "Kenapa tanya macam tu? Mestilah Aisyh sedia dan Aisyhlah yang paling bersyukur kalau betul Aisyh pregnant".

Ayden ukirkan senyuman lebar dan sangat manis. "Abang harap dan sentiasa berdoa supaya kita dikurniakan zuriat. Dan, bila tengok isteri abang yang tembam lain macam ni, abang yakin Allah dah makbulkan doa abang".

Nak belikan pregnancy test, kawasan ini agak jauh daripada tempat untuk jual benda tu. Nak suruh Aira periksa pagi tadi, dia cakap peralatan dekat klinik mini tu tak lengkap. Jadi, Ayden ambil keputusan untuk jumpa terus dengan doktor lusa.

Aku pegang pipiku. "Besar sangat ke?"

Ayden tarik tubuhku supaya berbaring di atas bantalnya. Dia cuit-cuit pipiku yang membelon sekarang. "Macam pau". Jawabnya sambil kembungkan pipinya sendiri. Hmm, sangat comel.

"Jealouslah dekat Rheo sebab dia yang bagi makanan dekat Aisyh sampai-sampai comel macam ni. Rheo bagi Aisyh apa sampai-sampai sayang boleh jadi macam ni?" nadanya jelas cemburu. Mana tidaknya, sepanjang aku dengan dia, pipiku cengkung tapi seminggu dengan Rheo, aku dah boleh berisi macam ni.

"Rheo bagi........."

"Bagi....." ajuknya dan aku tergelak kecil.

"Rheo bagi anjing laut panggang". Terus dia jentik puncak hidungku.

"Main-main pulak". Omelnya. Rasa rindu pula dengan Ayden 'amnesia' tu. Rindu masa dia jentik dahi aku. Haha.

"Banyak yang Rheo bagi sebab seminggu ni Aisyh memang teringin nak makan. Kononnya stress layan perasaan".

Kali ini, wajah ketat itu kembali tersenyum. "Macam mana sekarang? Masih stress?"

Aku tahu dia hanya mengusik, tapi aku tetap gelengkan kepala dan nasib baik petang tadi kepalaku tak sakit masa sikit-sikit bayangan kisah lalu mula bermain-main di minda.

"Tak. Sebab Aisyh dah tahu semua yang abang buat adalah untuk Aisyh. Sorry abang sebab Aisyh asyik buat benda ikut perasaan".

Ayden dekatkan wajah kami sambil dia kemam pipi aku tak lama sebab aku tolak dia. Geli pipiku dia kemam begitu. "It's okay my Aisyh, my sweetie, my sweetheart, my baby, my pou, my everything. Abang tahu Aisyh buat semua ni sebab Aisyh sayangkan abang. Tapi, ingat, apa yang abang nasihat, Aisyh kena ikut. Okay?"

Aku angguk macam burung belatuk. "Abang. Abang perasan tak yang gossip pasal Aisyh dah takde sekarang?"

"Perasan. Sebab abang yang call dan jumpa media yang pernah keluarkan kenyataan fitnah tentang Aisyh".

Aku pandang dia dengan pandangan terkejut. "Bila?"

"Masa abang jumpa Rheo setiap pagi tu. Sebenarnya lepas abang jumpa Rheo, abang gerak ke syarikat-syarikat penerbitan majalah dan kalau jauh sangat, abang call semua pihak media yang pernah keluarkan kenyataan buruk tentang Aisyh, media tempatan dan luar negara untuk padam balik tentang semua tu sebelum abang kenakan tindakan. Dan Alhamdulillah, diorang semua dengar cakap sebab diorang tahu Tuan Ayden boleh buatkan syarikat diorang rugi serta-merta".

Membulat mataku memandang Ayden. "B-biar betul? Abang ni makhluk apa sebenarnya? Semua benda abang tahu? Bisnes abang tahu, kerja menyiasat abang tahu, jadi spy pun abang tahu, nak lingkupkan bisnes orang pun abang tahu? Abang ni samseng ke apa?" terus Ayden tergelak mendengar kataku.

"Abang belajar banyak bendalah sayang lepas 'Hazel' kononnya meninggal. Sebab abang rasa abang macam useless sangat masa Hazel 'hidup'. Lepastulah abang bangkit, tak nak nampak lemah lagi dah".

Aku angguk-angguk faham. Sungguh aku kagum dengan dia. Dia memang benar-benar Aydenku! "Aisyh makin sayang abang. I love you so much!"

"I love you more".

"No. Aisyh cintakan abang lagi banyak". Ayden tersengih sahaja sebelum dia mencium ubun-ubunku.

"Tak nak mengalah pulak. Okaylah, okaylah. We love each other, sama banyak. Okay?"

Aku senyum sambil peluk leher Ayden dan sembunyikan wajah di situ. Dan kawasan itulah semestinya kawasan kegemaranku. Wangi yang membuatkan aku sentiasa rasa jatuh cinta padanya.

Terasa selimut dibetulkan sebelum Ayden meminta aku lepaskan sekejap pelukan. Rupanya dia nak pakai 'pakaian' lazim dia dan aku redha sahaja. Selesai dengan pakaian selesanya itu, dia kembali berbaring di sebelahku dengan kepalaku di lengannya.

Tapi, aku kembali peluk leher Ayden dan tekapkan wajah di situ. "Good night, sayang. I love you". Bisiknya betul-betul di telingaku membuatkan aku tersenyum lebar.

"Love you too". Jawabku dengan wajah yang masih di lehernya. Lampu dipadam dan malam ini membuatkan memoriku masa awal kahwin dulu kembali bermain.

Rasa sakitku terbayar dan penantianku membuahkan hasil. Terima kasih kepada Ayden sebab selalu utamakan aku dalam segala hal dia.

Ya. Dia... Aydenku.

Dan Aydenku dah kembali. Yeay!

#Tiada dabel cek. Sis main hembus je dalam ni. So minta maaf kalau x mmuaskan hati korang dan ada beberapa kesilapan tu mohon tegur.

Semoga terhibur dan jangan bengong ya. Banyak lagi yang nak kena reveal ni ??

Babai. Assalamualaikum. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience