EPILOG

Romance Series 128902

Do vote and comment guys. ?? Segala kesalahan harap ditegur. ????

?

AYDEN??AISYH

PAK Man letakkan kereta di halaman rumah.

"Kita dah samp...." Belum habis pun ayat Pak Man, tiba-tiba Ayden sudah pun keluar dengan pantas membuatkan Pak Man gelengkan kepala sambil tersengih lucu. Rindu sangat dah ni.

"Assalamualaikum," laung Ayden sambil lepaskan selipar di kaki. Mendengar suara itu, kepala keluarga Aisyh, nenda, papa dan mama Ayden segera ditoleh ke arah pintu sambil mulut masing-masing menjawab salam.

"Waalaikumussalam. Aih, bila sampai? Tak dengar pun kereta?" Puan Norlaila bangun sambil menghulurkan tangannya untuk disalami Ayden.

"Baru je sampai. Aisyh mana?" soalnya sambil mata melilau mencari kelibat sang isteri. Beg sandang di bahu dikemaskan.

"Ada dalam bilik tengah jaga anak kamu. Kejap lagi kamu masuk, minum air ni ha," pelawa Puan Norlaila.

Ayden hanya peluk mentuanya sambil tersengih. "Lepas ni Ayden minum. Nak jumpa Aisyh". Dia kenyitkan mata pada semua orang di ruang tamu lalu berlari menuju ke bilik.

"Bertuah punya anak. Maafkan Ayden, Laila," pinta Puan Besar Ratna dengan rasa serba-salah.

"Eh, takpelah. Takde masalah. Dah namapun bapak rindu dekat anak-anak". Jawab Puan Norlaila tenang sambil tergelak lucu melihat tingkah menantunya yang tergesa-gesa nak jumpa Si Aisyh.

Ayden hanya mendengar sahaja perbualan di ruang tamu itu sambil dia membuka perlahan-lahan daun pintu. Terus senyumannya melebar apabila melihat Aisyh yang sedang leka menyusukan bayinya.

"Assalamualaikum sayang". Ucap Ayden dengan nada berbisik. Setelah melangkah masuk, dia pun menutup daun pintu dengan perlahan supaya bayi mereka tidak tersedar.

Aisyh yang melihat kehadiran Ayden, terus terbuntang biji mata sambil menjawab perlahan salam yang diberi. "Bila abang sampai?" soalnya pelik lantas mencium tangan sang suami.

Setelah bersalaman dengan Aisyh, Ayden pun letakkan beg di dalam almari dan kemudiannya menuju ke arah Aisyh lalu melutut di hadapan wanita itu. Bayinya yang masih menyusu itu dicium dari tepi. Bau syurga, sangat harum dan mampu membuatnya ketagih untuk terus menciumnya.

"Baru sampai," jawabnya sambil melepaskan ciumannya pada pipi gebu si baby.

Aisyh anggukkan sahaja kepala sambil tepuk punggung anaknya apabila anaknya sedikit terganggu dengan perbuatan si ayah tadi. "Sayang, abang rindu babylah". Katanya sambil bangun dan terus dicium dahi Aisyh.

Setelah dahi, giliran pipi dan puncak hidung gadis itu pula menjadi sasaran bibir merah jambunya sehingga Aisyh akhirnya berdehem. "Baby tengah menyusu, yang abang cium mak baby kenapa?" soalnya geram.

Ayden hanya tersengih sambil kemam pipi Aisyh yang sudah kembali ke keadaan yang asal setelah sembilan bulan mengembung seperti belon.

Mana tidaknya, sepanjang tempoh sembilan bulan itu, banyak betul makanan yang dilahap. Lagi-lagi apabila kandungannya mencecah lima bulan, macam-macam yang diidam. Contohnya macam nak makan kari ayam tengah malam. Dah tu nak santan asli, tak nak santan segera. Kadang-kadang nak makan kuih koci, tapi tak nak dibeli. Nak Ayden juga yang buatkan.

Ada tahap yang agak teruk, dia merajuk seminggu dekat Ayden hanya kerana Ayden tak belikan dia buah manggis. Masa tu Ayden agak terkejut sebab Aisyh minta manggis pukul 3 pagi. Ayden suruh tunggu esok sebab mana nak cari manggis pagi-pagi buta?

Tapi disebabkan Aisyh akhirnya menangis dan mengganas sehingga Ayden digigitnya malam itu, terus Ayden terpaksa bangun dan cari manggis. Lagi parah Ayden cari sampai ke subuh, langsung tidak ada manggis dijumpainya.

Dan disebabkan itulah, seminggu Aisyh merajuk dekat dia. Bahkan siap pergi tidur dekat bilik lain. Nasib baik Ayden ada kunci pendua, jadi, setiap malam dia akan temankan sang isteri di mana-mana bilik yang ditidurinya. Dan sampai tempoh seminggu merajuk, tiba-tiba Aisyh sendiri yang datang tidur dengan Ayden sebab rindu katanya, seolah-olah seminggu merajuk itu tidak pernah terjadi.

Ayden pun hanya layankan sahaja. Dah nama pun mengandung, mestilah banyak kerenahnya. Tapi sepanjang tempoh meragamnya Aisyh sepanjang sembilan bulan itu, sedikit pun Ayden tak pernah merungut bahkan dia gunakan tempoh itu dengan sangat baik demi membuktikan bahawa dia benar-benar hargai pengorbanan sang isteri yang sanggup berkorban nyawa demi melahirkan anaknya.

"Prince and princess daddy mana?" tanya Ayden sambil menggendong bayinya setelah selesai menyusu. Baru sahaja soalan itu diaju, kedengaran dua lagi suara bayi tiba-tiba menangis dari katil mereka.

"Ha, tu diorang," jawab Aisyh lantas meminta tolong Ayden untuk mendapatkan anak-anaknya. Ya, Allah kurniakan mereka rezeki dapat anak kembar tiga. Dua lelaki dan seorang perempuan. Seminggu Aisyh dan anak-anak ditahan di hospital sebab bayi mereka kurang berat badan. Tapi Alhamdulillah, seminggu selepas itu mereka pun dibenarkan keluar.

Mama dan nenda Ayden meminta supaya Aisyh berpantang di kampung sebab lagi mudah untuk mengurusnya memandangkan dekat kampung lagi banyak herba-herba yang boleh diperoleh. Apatah lagi Ayden terpaksa buat lawatan bisnes di Brunei selama seminggu membuatkan dia terpaksa benarkan Aisyh berpantang di kampung.

Sebab itulah dia punya teruja nak jumpa Aisyh dah macam sebulan tak jumpa. Padahal baru seminggu sahaja berjauhan.

Ayden letakkan bayi lelaki dan perempuannya di sebelah bayi bongsu. Bayi yang sulung namanya Neil Ayder Raeqal. Bayi yang kedua adalah Si Princess iaitu Neila Aydeera Raisyha dan Si Bongsu pula ialah Neil Ayder Rifqie. Allah dah susun sangat cantik kedudukan mereka bertiga. Dua lelaki yang bakal melindungi Si Princess.

Dalam usia ini, sangat sukar untuk mengetahui muka mereka ikut siapa. Yang pasti, hidung mancung itu semestinya diperoleh daripada daddy. Bibir kedua-dua Si Putera nipis macam bibir daddy manakala Si Princess mungil seperti ibu. Rambut mereka sememangnya hitam sebab daddy dan ibu memang berambut hitam pekat.

"Anak-anak daddy apa khabar? Hmm? I miss you guys so much," bisiknya. Dia meniarap sambil mencium satu-persatu pipi merah mereka bertiga membuatkan mereka bergumam sambil genggam tangan.

Sangat comel!

Lama dia perhatikan wajah ketiga-tiga itu dengan pandangan teruja. Sangat dia tak sangka pada awalnya apabila doktor sahkan mereka dapat bayi kembar tiga. Bila fikir-fikir balik, keturunan Aisyh memang ada yang kembar tiga iaitu arwah opahnya. Dan Aisyhlah yang mewarisi gene kembar tiga itu.

Aisyh pula hanya tersengih sahaja melihat suaminya yang tak puas-puas mencium anak-anaknya. Dari muka sampai ke tapak kaki menjadi sasaran bibir itu. Bayi-bayi itu pula kelihatan seronok sahaja dilayan daddy mereka begitu.

"Sayang tahu tak, seminggu abang dekat Brunei, abang rasa macam sebulan dekat sana. Tiap malam abang mimpikan sayang dengan anak-anak. Dahlah mama tak bagi kita tidur sama sebelum abang berangkat Brunei. Lagilah sengsara hidup abang. Tapi, bila dah balik sini, abang rasa abang tak pernah duduk jauh-jauh daripada Aisyh dan anak-anak lepas tengok semuanya sihat-sihat, comel-comel, cantik-cantik. Aisyh rindu abang tak?" Ayden berbaring di hujung kaki bayi sambil matanya melirik ke arah Aisyh yang kini sudah pun berbaring di sebelah anak sulungnya.

Aisyh tahan senyum. "Tak. Aisyh dah ada anak-anak. Buat apa nak rindu dekat abang?" usiknya sambil mengiring ke arah anak-anaknya yang sedang tertidur pulas.

Ayden terus duduk dan dekatkan diri dengan Aisyh. Betis isterinya yang berlapik kain batik ditepuk lembut dengan wajah serius. "Abang serius ni sayang".

Aisyh masih dalam mood mengusiknya. Entah kenapa seronok sahaja tengok muka sakit hati Ayden. Dah tua pun nak merajuk bagai. "Buruknya buat muka macam tu. Kalau Aisyh bagi abang free dekat orang pun, rasanya takde siapa yang nak," semakin galak Aisyh mengusik suaminya.

Ayden picingkan matanya lalu bergerak menuju ke belakang Aisyh. Tanpa buang masa, terus tubuh kecil yang sedang mengiring itu dipeluk dari belakang dan dagunya dilabuhkan pada lengan si isteri. "Abang beria-ia rindukan Aisyh, ini yang Aisyh balas dekat abang? Hmm?" bisiknya sambil menggeselkan jambang nipisnya pada leher Aisyh.

Aisyh tahan geli lalu segera memusingkan badan menghadap Ayden. Badan suaminya ditolak sekuat hati, tapi sedikit pun kedudukan lelaki itu tidak berganjak.

"Abang! Nanti anak-anak bangun!" bisik Aisyh sambil menahan tubuh Ayden yang semakin merapat.

Ayden panjangkan leher memandang ke arah bayinya yang masih tertidur sebelum memandang Aisyh yang sedang berusaha selamatkan diri daripada pelukan erat Ayden. Keningnya diangkat dengan riak wajah mencabar ditayang pada isterinya. "Rindu abang tak?" desaknya lagi dengan kedua-dua belah tangan Aisyh ditahan dengan sebelah tangan sahaja. Sebelah tangan Ayden lagi menarik tubuh Aisyh supaya menjauh daripada triplets itu.

Aisyh masih degil. Bibirnya menahan senyum sambil menentang pandangan Ayden. "No".

Membulat mata Ayden mendengar balasan Aisyh. "Okaylah kalau Aisyh tak rindukan abang. Lepas ni tak nak bagi Aisyh coklat yang abang beli. Ada Toblerone, Kinder Bueno..." belum habis ayat Ayden, terus Aisyh segera memotongnya.

"Aisyh rindu abang!"

Tapi kata-kata Aisyh diabaikan Ayden sahaja. Dia lepaskan pegangan tangannya dan gilirannya pula membalas perbuatan Aisyh. Ha, biar giliran gadis itu pula yang memujuknya.

"Abang..." panggilnya manja sambil gilirannya pula yang memeluk Ayden dari belakang. Bezanya sekarang, Ayden sudah duduk di birai katil sambil berpeluk tubuh.

"Tak nak. Aisyh tak ikhlas. Aisyh rindukan coklat je kan?" gasak Ayden lagi.

Aisyh pandang ke belakang, risau kalau-kalau bayi mereka terganggu. Tapi nampaknya mereka masih tertidur lena. Sangat comel!

"Abang, Aisyh gurau jelah. Sejak bila abang tak boleh bawak bergurau ni?"

"Sejak Aisyh tak rindukan abang".

"Alaa. Aisyh gurau jelah. Sorry eh. Anak-anak ibu, tengok daddy ni. Sampai hati daddy tak bagi ibu makan".

Terletus juga tawa kecil Ayden mendengarnya lalu dia menoleh ke sisi, isterinya sudah memeluk lengannya dengan mata terkebil-kebil meminta simpati. Hm, ini tak adil sebab hanya dia sahaja yang cair. Aisyh pula buat tak tahu sahaja dengannya.

Jari telunjuk Ayden cuit hidung Aisyh. "Ambik dekat dalam beg abang. Tapi jangan makan semua. Bagi dekat yang lain jugak. Abang dah asingkan plastik. Yang paling banyak bagi dekat yang lain. Aisyh jangan makan banyak sangat," Ayden beri amaran dan Aisyh hanya mencebik.

"Ya, tahu". Balasnya lemah. Dia tahu Ayden belikan ini pun sekadar cukup syarat sebab daripada hari tu dah dia teringin nak makan coklat. Jadi, merasa sikit pun dah okay.

"Abang nak mandi kejap. Jangan makan banyak tau," sempat Ayden berikan amaran kepada Aisyh sebelum pipi gadis itu dicium sekilas. Aisyh hanya angguk faham. Lagipun, dia takkan merisikokan diri semata-mata nak ikut nafsu makan.

Ayden senyum dan usap kepala isterinya lalu menuju ke arah AydenXAisyh junior itu. Senyuman terukir di bibir sebelum bibirnya dilabuhkan pada pipi gebu itu. Setelah itu, dia lagakan hidung mereka dengan geram. Ikutkan hati, memang dia mahu gomol seorang demi seorang mereka bertiga ini. Comel sangat!

Tapi, dia juga tahu usaha Aisyh untuk tidurkan mereka. Walaupun kurang meragam, tapi kalau seorang menangis, yang dua orang lagi akan ikut menangis. Itu pengalamannya menjaga triplets sebelum dia berangkat ke Brunei hari itu.

"Daddy nak mandi dulu," bisiknya dan kemudian mencapai tuala seraya menuju ke bilik air.

Aisyh hanya tersenyum melihat suaminya. Nampak sangat yang dia terlampau rindukan mereka semua. "Abang dah makan ke tadi?" soal Aisyh.

"Belum lagi. Lepas ni abang makan," laung Ayden dari dalam. See? Dia punya rindu tu tak boleh bawa bincang. Mesti keluar dari kereta tadi Ayden terus masuk bilik ini agaknya.

Ayden semenjak jadi ayah, perangai over protectivenya semakin tinggi. Walaupun kesemua suspek masih menjalani hukuman masing-masing, kata Ayden, dia takkan percaya kalau mereka keluar nanti, mereka akan terus insaf. Jadi, dia akan sentiasa jaga keselamatan keluarganya walau apapun yang jadi.

Lagi-lagi lepas kes dia dikhianat bodyguard sendiri, memang dia semakin sukar untuk percaya dekat orang bahkan dia tak terima lagi mana-mana orang yang mahu kerja dengannya. Dia hanya berikan fokus pada yang sudah lama berkhidmat sahaja.

×××

Kecoh ruang tamu ini apabila menerima pasangan yang sudah lama bertunang tapi belum kahwin lagi iaitu Rheo dan Aira. Salwa juga datang sekali. Datang sahaja dia tadi, terus digomolnya bayi bertiga itu membuatkan mereka menangis serentak.

Dari perlakuan Aira dan Rheo, kelihatan mereka macam bergaduh. Yelah, biasanya kalau berjumpa mesti mereka suka berbual sesama sendiri. Tiba-tiba kali ini, jangankan berbual, nak tengok muka sesama sendiri pun tak. Kedua-duanya fokus dengan baby.

Ayder bersama Salwa, Rifqie bersama Aira dan Aydeera bersama Rheo. Ketiga-tiga mereka menangis serentak setelah tidur mereka diganggu oleh Salwa. Lepastu, dia kelam kabut dan suruh Aira dan Rheo turut sama memujuk dengan alasan untuk persediaan alam perkahwinan nanti.

"Nenda dapat rasa ada yang tengah gaduh ni. Ha, eloklah Wawa suruh diorang tu jaga anak. Mana tahu pintu hati terbuka untuk cepat-cepat kahwin. Gaduh, gaduh. Anak muda sekarang memang suka bercinta macam ni. Lepas gaduh, minta kena pujuk," tiba-tiba nenda bersuara membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arahnya yang selamba sahaja menatang talam yang berisi gelas.

Aisyh yang tengah bersimpuh sambil memandang mereka bertiga hanya tergelak sebab tahu siapa yang dimaksudkan.

"Mana ada Rheo gaduhlah, nenda". Jawab Rheo sambil menggendong Aydeera.

"Terasa ke? Ada ke nenda cakap dekat kamu?" mendengar sahaja balasan nenda, terus Rheo terbatuk sebab tersedak liur sendiri.

Aira menunduk, buat-buat cium Rifqie, padahal menyembunyikan riak merah wajahnya.

Setelah kesemua berkumpul di ruang tamu, semakin kecohlah keadaannya. Lagi-lagi apabila Ayden munculkan diri. Memang kena kecam teruk oleh nenda, Puan Besar Ratna dan Puan Norlaila.

"Ha, yang ni pulak jenis tak menyabar. Ada ke patut dia merajuk dekat nenda sebab nenda cakap nak bawak Aisyh dengan babies semua balik kampung? Kononnya rindu, padahal nenda buat semua ni sebab nenda risau siapa nak jaga Aisyh kalau Aisyh sorang-sorang dekat rumah diorang tu. kalau dekat kampung ni tennag sikit. Suasana dia sesuai untuk mak-mak mengandung," usik nenda membuatkan telinga Ayden memerah. Nenda lepas dah sembuh sepenuhnya, memang suka menyakat. Inilah rupa-rupanya sikap sebenar nenda yang selama ini disembunyikan oleh sihir Melissa.

"Apeni, nenda?" Ayden hilang kata sambil labuhkan punggung di sebelah Aisyh.

"Ha, tengok tu. Susah betul nak duduk jauh dengan bini. Ayden, lagi baik kalau kamu berbual dengan Rheo, bagi tips dekat dia sebelum kahwin. Nenda tengok, belum apa-apa lagi dah suka bergaduh ni. Nenda warning awal-awal, jangan tak jadi kahwin pulak sebab nenda dah berkenan sangat dah dekat Aira tu," nenda semakin mengasak kedua-dua cucunya membuatkan mereka berdua tak senang duduk.

Suasana semakin hingar-bingar dengan tawa mereka semua. "Aisyh pulak macam mana? Nenda tak berkenan?" Ayden tiba-tiba mencelah membuatkan nenda menjelingnya tajam.

Lama dia diam sebelum Ayden dibaling dengan bantal kecil. "Apa ke bodoh punya soalanlah kamu ni Ayden? Sejak bila dah pandai bagi soalan tak masuk akal ni? Nenda sayang semua cucu nenda. Apa pulak tanya macam tu. Dahlah Aisyh bagi nenda tiga babies sekali gus. Macam mana nenda tak sayang dekat dia? Antara banyak cucu nenda, Aisyh yang paling banyak dugaan dia. Mestilah nenda sayang. Semua kisah kamu semua nenda tahu. Apa sebab pulak nenda nak kena pilih kasih. Dah jadi daddy sepatutnya makin cerdik, Ayden!" panjang bebelan nenda membuatkan Ayden berdekah gelak. Padahal niatnya nak bergurau saja sebab dia tahu nenda dah berkali-kali cakap yang dia sayangkan kesemua cucunya sama rata.

Aisyh pula terharu dengan perubahan mendadak nenda dan mama. Mereka sebenarnya orang yang sangat penyayang. Kerana sifat dengki orang lain, mereka yang jadi mangsa. Padahal sifat mereka memang sangat baik sebab keluarga Neil takkan sekali-kali silap pilih pasangan.

"Ayden gurau jelah, nenda. Nenda tu yang berubah, sejak cicit makin banyak ni, makin banyak jugak nenda membebel," usik Ayden lagi. Semua orang hanya tersenyum sahaja.

"Nenda bebel sebab dulu nenda kurang masa dengan kamu semua," terus terdiam mereka apabila nenda mula mengungkit kisah dulu dan jelas riak wajah nenda sememangnya akan sedih setiap kali teringat akan kisah lampau. Bukan sebulan dua dia disihir, bertahun-tahun lamanya dia hidup di bawah pengaruh ilmu hitam yang dia sendiri tak perasan.

Yang dia tahu, dia bencikan semua orang sahaja.

"Ha, Wa. Macam mana kamu sekarang? Mama dengar ada ustaz nak masuk meminang. Dah terima ke?" membulat mata Salwa mendengar soalan cupemas daripada Puan Besar Ratna. Terus matanya terarah pada Aisyh dan hanya dibalas sengihan bersalah sahaja oleh gadis itu.

"Err, Salwa belum tahu lagilah, ma. Sejujurnya Salwa belum sedia terima orang lain buat masa sekarang. Salwa masih sayangkan Haq. Tapi kalau Allah dah tentukan yang Salwa dan Haq takde jodoh, Salwa redha. Tapi buat masa sekarang, Salwa belum terbuka hati nak terima ustaz tu ataupun mana-mana orang lain," jawabnya lemah. Padahal dalam hati rasa nak potong lidah celupar Aisyh.

Dahlah ustaz yang dimaksudkan adalah Ustaz Hashim, ustaz yang dia dan Aisyh kacau masa sambutan Hari Guru tahun lepas. Dan tanpa disangka, keluarga ustaz tu datang merisik sehari selepas sambutan Hari Guru tahun ini. Rasa macam tercekik biji kurma bila keluarga ustaz tu cakap yang mereka berminat nak jadikan dia menantu.

Tapi tulah, cinta pertama susah nak dilupakan. Memanglah ustaz tu sangat baik, terlampau baik, sungguh baik, santai, santai. Tapi, hatinya masih belum terbuka pun untuk sesiapa. Bayangan Haq sangat sukar untuk dia lupakan. Jadi, dia pilih untuk menanti sahaja keputusan yang Allah berikan. Tapi sampai sekarang dia masih rasa kosong, bahkan bayangan ustaz tu pun tak pernah muncul setelah dia solat istikharah.

Puan Besar Ratna mengeluh. Dia memang bahasakan dirinya sebagai mama dekat Aisyh, Salwa dan Aira. Sebab lebih rapat katanya. Bahkan Rashdan pun diminta untuk panggilnya mama, sebab dia dapat rasa aura keibuan di situ.

"Mama sokong je apa yang kamu rasa. Tapi, kalau dah jumpa jodoh terbaik, jangan lepaskan peluang. Mungkin kamu dan Haq berjodoh dan mungkin tidak. Mama tahu agak melampau kalau mama suruh kamu lupakan Haq, tapi jangan terlalu kenangkan dia sampai-sampai Salwa tak nak berikan peluang dekat orang lain yang ikhlas dengan Salwa. Ingat tu," pesan Puan Besar Ratna dan hanya dibalas dengan anggukan sahaja oleh Salwa.

Ayden berdehem, membuatkan pandangan difokuskan padanya. "Ayden nak pinjam Aisyh kejap". Ujarnya sambil mata melirik ke arah nenda sebab dia tahu mesti nenda nak cakap yang bukan-bukan lepas ni.

"Nak bawak pergi mana Aisyh nenda tu? Ni, babies bertiga ni tak nak bawak sekali?" nenda mencekak pinggang sambil menjegilkan matanya ke arah Ayden.

"Pergi beranda luar tu je. Nak dating. Lama kot tak jumpa Aisyh. Babies takpe, Ayden dah gomol puas-puas tadi," jawab Ayden sambil tarik tangan Aisyh dan gadis itu hanya ikut sahaja.

"Yelah tu gomol babies," nenda bersuara kecil sambil menerima Aydeera yang dihulurkan oleh Rheo.

"Nenda?" Ayden seolah-olah tak percaya dengan apa yang keluar daripada mulut nenda.

Nenda pula tersenyum. "Takdelah, nenda gurau je. Ha, pergilah dating. Kami ada ni nak jaga budak bertiga," jawab nenda. Terus Ayden hela nafas lalu dia dan Aisyh minta diri keluar beranda.

Belum pun sempat mereka berdua keluar, terus bunyi hon kedengaran, menandakan orang yang dinantikan telah tiba. Kelihatan adik beradik dan papa Ayden keluar dari kereta. Leo yang paling pantas berlari dan masuk ke dalam rumah.

"Triplets mana?" jeritnya sebaik sahaja dia memasuki rumah. Dan apabila sudah menjumpai kembar yang dicari, terus dia cium ketiga-tiga bayi itu dengan lembut supaya tidak terjaga.

Setelah kesemuanya sampai, memang semakin kecohlah rumah. Nasib baik budak bertiga itu memang jenis tak meragam, lena sahaja mereka tertidur di pangkuan nenda, Puan Norlaila dan Puan Besar Ratna.

"What? Melissa meninggal?" semua terkejut menerima khabar yang baru sahaja keluar daripada mulut Tuan Besar Khalil.

"Innalillahiwainnailaihirajiun," ucap mereka serentak.

Beradik Ayden hanya menunduk sebab mereka dah tahu berita tersebut lebih awal.

"Ya. Polis tak dapat kesan apa punca dia meninggal. Tapi, organ dalaman dia banyak yang rosak, macam kena makan sesuatu," khabar Tuan Besar Khalil lagi.

Semua terdiam dan tiba-tiba bulu roma terasa menegak. Aisyh dan Rashdan yang semestinya paling penakut, mula duduk rapat-rapat dengan Ayden.

"Kena makan belaan ke?" mulut celupar Rashdan bersuara membuatkan Aisyh menepuk kepalanya.

"WAllahualam. Kita doakan jelah yang baik-baik. Dengar kata, petang tadi dia dah dikebumikan. Semoga segala urusan dia dipermudahkan dan taubat dia diterima," balas Tuan Besar Neil Khalil lagi.

Semua mendiamkan diri buat seketika. Itulah bahayanya jika melakukan syirik dan sebab itulah agama sangat melarang manusia untuk meminta bantuan daripada jin. Sebab semua inilah, bukan sahaja merosakkan akidah, bahkan merosakkan diri.

Apa-apapun, semua berharap semoga taubat Melissa diterima oleh Allah SWT. Tapi sejujurnya, berita ini sangat mengejutkan walaupun sebelum ini dikhabarkan yang Melissa memang selalu jerit dan jumpa benda pelik katanya. Tak habis-habis dia cakap dia minta maaf dekat Aisyh dan Ayden dan berharap dapat jumpa kedua-duanya.

Aisyh dan Ayden sememangnya pernah jenguk Melissa, tapi sekali sahaja sebaik sahaja Melissa tersenyum melihat Aisyh yang sedang sarat mengandung ketika itu. Yang membuatkan Ayden tak bagi jenguk lagi adalah apabila dia cakap, "Kalau boleh bawak Aisyh tiap hari sebab Mell suka wangian Aisyh".

Semestinya ustaz pernah diminta untuk mengubat, tapi kesemuanya menemui jalan buntu sebab jin tersebut agak kuat sehinggalah hari ini, Melissa akhirnya disahkan meninggal dunia.

"Abang, Aisyh takutlah," bisik Aisyh sambil memeluk lengan Ayden. Di sebelah Aisyh pula ada Rashdan yang semakin menghimpit Aisyh.

"It's okaylah sayang. Insya-Allah, Allah jaga kita dan doakan semoga Melissa tenang kat sana". Ayden menenangkan isterinya.

Aisyh terdiam dan sedikit tenang apabila Ayden mengusap tangannya. Melissa, semoga kau tenang kat sana.

×××

Selesai bacaan zikir di telinga bayi mereka, Ayden pun kembali menuju ke katil. Bacaan lazim yang Ayden akan baca untuk mendodoikan bayi mereka adalah zikir dan bacaan 10 ayat surah Yusuf.

Ketiga-tiganya diletakkan di dalam katil sendiri, tetapi tidak terlalu jauh memandangkan mereka masih lagi bayi.

Ayden betulkan selimut sambil mengucup kening Aisyh yang sedari tadi memandang sahaja suaminya mendodoikan anak-anak. Sangat gentleman dan membuatkan dia asyik jatuh cinta pada Ayden setiap saat dan setiap masa.

"Sayang, I miss you".

Aisyh tersenyum sambil memandang sahaja tangannya di dalam genggaman tangan Ayden. "Dari tadi dah Aisyh dengar abang cakap benda sama". Usik Aisyh.

"Jadi Aisyh tak rindukan abanglah ni?"

"Ish, apa pulak tanya macam tu. Mestilah Aisyh rindukan abang. Rindu sangat-sangat," luah Aisyh akhirnya sambil menentang pandangan Ayden. Kelihatan bibir lelaki itu sudah mengukir senyuman bahagia.

"Abang risau kalau perasaan Aisyh dekat abang berkurang. Yelah, dah jadi ibu ni, abang perasan Aisyh makin-makin cantik. Abang risau kalau Aisyh makin kurang sayangkan abang," Ayden berkata jujur. Dia sangat takut kalau perasaan Aisyh padanya semakin kurang.

Aisyh angkat kening sambil tergelak kecil. "Eh? Sepatutnya Aisyh yang kena fikir macam tu. Tak tengok artikel sekarang, semua orang puji abang. Cakap yang abang lepas jadi daddy makin handsomelah, makin macholah. Dan mulalah fans abang taruh harapan dekat abang, konon nak jadi madu. Ingat Aisyh tak rasa tergugat ke?"

Ayden mencebik. "Abang setialah dekat Aisyh. Tengok dalam Ig abang, penuh dengan gambar Aisyh dan anak-anak. Sampai-sampai Ash cakap yang abang macam obsess dekat isteri sendiri walaupun hakikatnya macam tu".

Terus Aisyh tergelak mendengar kata-kata Ayden. Memang betul, di dalam laman sosial Ayden memang penuh gambar Aisyh sahaja. Kalau bukan Aisyh seorang, pasti gambar mereka berdua. Dan dia memang kotakan kata-katanya dulu yang dia memang nak muatnaik semua perkara tentang Aisyh sahaja di laman sosialnya.

Daripada seorang lelaki yang macho dan cool, kepada lelaki tangkap leleh. Dalam televisyen dapatlah semua orang melihat Ayden versi harimau, tapi kalau buka laman sosialnya, mesti Ayden Si Harimau bertukar jadi Ayden Si Anak Kucing.

"Habis, Aisyh ni tak setia? Kalau Aisyh tak setia, tak adanya Aisyh tahan dengan Ayden yang kononnya amnesia dulu," setiap kali Ayden ragu dengan kesetiaannya, pasti Aisyh akan ungkit kisah itu.

Ayden tersenyum sambil kepit kedua-dua belah pipi Aisyh dengan tapak tangannya sehingga bibir gadis itu memuncung. "Yelah, abang kalah. Tapi Aisyh kena ingat, abang akan buat apa je untuk Aisyh dan anak-anak. Takkan ada satu peluru pun boleh tembus dekat jantung sayang dan anak-anak. Nyawa sayang-sayang abang adalah nyawa abang. Ingat tu," kepitan pada pipi Aisyh dilepaskan.

Aisyh mencapai tangan berurat itu dan dicium berkali-kali. Dah ada anak-anak, Ayden semakin jaga badannya. Malah dia semakin fit dan tough. Dah macam bukan bapak budak, sebaliknya seperti lelaki bujang yang tengah cari pasangan hidup sahaja.

"Aisyh sentiasa ingat malah Aisyh syukur sangat-sangat dapat suami macam abang. Aisyh bangga dapat Tuan Ayden sebagai suami. Bukan sebab Aisyh rasa Aisyh menang sebab dalam ribuan orang yang minat dekat abang, Aisyh yang dapat abang. No, bukan sebab tu. Tapi, sebab Aisyh dah tahu siapa sebenarnya ikhlas jaga Aisyh, siapa yang sanggup korbankan nyawa untuk Aisyh dan siapa yang lengkapkan hidup Aisyh. Orang tu adalah..... Tuan Neil Ayden Raeqal. Daddy kepada tiga kembar iaitu Ayder, Aydeera dan Rifqie. I love you, abang," ucap Aisyh lalu memeluk leher suaminya. Suasana petang ini agak lengang, jadi, dia pun tidak segan untuk memeluk suaminya di sini.

Ayden tersenyum lebar sambil membalas pelukan Aisyh dan dia eratkan. "I love you more, sayang," bisiknya betul-betul di telinga Aisyh membuatkan Aisyh menggeliat kegelian. Kemudian, sisi kepala isterinya dicium berkali-kali.

"Thanks abang atas semua yang abang korbankan masa awal perkahwinan dulu sampailah kita dah ada anak. Thanks sebab sentiasa lindungi Aisyh dan thanks sebab pilih Aisyh sebagai isteri abang". luah Aisyh lagi lalu melabuhkan kepala di dada Ayden.

Ayden usap kepala isterinya dengan penuh kasih sayang dan sesekali dikucupnya dahi Aisyh. "Selagi Allah bagi abang kudrat, abang akan sentiasa lindungi Aisyh dan anak-anak. Itu janji abang".

Senyap. Masing-masing melayani perasaan. Tak sangka banyak konflik yang terjadi dalam perkahwinan mereka sebelum ini. Tapi semuanya mematangkan mereka berdua. Mengajar mereka tentang erti menghargai sesama sendiri.

Ya, hidup takkan selalunya indah. Tapi bukan alasan untuk tidak berusaha mengindahkannya. Kehidupan berumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah dan seindah zaman bercinta monyet. Tak, hapuskan pemikiran begitu.

Sebab, alam perkahwinan ini umpama pertaruhkan diri sendiri sebab yang indah takkan kekal selamanya. Tapi jangan pernah menganggap konflik rumahtangga itu sebagai satu kegagalan, sebaliknya anggaplah konflik itu sebagai satu proses mematangkan.

Manusia dicipta berpasangan. Tidak di dunia, di syurga pastinya. Walau apapun yang jadi, Aisyh dan Ayden sentiasa berharap semoga perjalanan cinta mereka bekekalan sehingga ke syurga.

They are meant to be. Forever and ever. Hidup bahagia selamanya mungkin tidak, tapi, hadapi cabaran bersama selamanya, itu pasti. Semoga Allah permudahkan perjalanan cinta suci mereka.

AydenXAisyh selamanya.

°°TAMAT°°

#HAHHAA. I know sis dh gagal nak indahkan ayat penutup sebab mata ngantuk sangat dh haha. Tapi, sis haraplah korang terhibur dan mulai saat ini, sis dah setkan cerita ni sebagai complete walaupun ada special chapter menyusul.

Babai. Assalamualaikum dan selamat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience