Agak2 siapa yang serang Aisyh tu? Tekaan korang betul x? Hehe, selamat membaca. ??
?
AYDEN??AISYH
"JANGAN apa-apakan aku! Kalau kau nak duit aku, kau ambik! Tapi jangan maruah aku! Aku untuk suami aku. Bukannya untuk kau, bodoh! Sial!" haa, dalam keadaan macam tu pun aku masih boleh mencarut.
"No, aku taknak duit kau. Aku.... nak.... Kau, Nureen Raisyha". Semakin menjadi tangisku mendengar bisikan durjana itu. Merontalah banyak mana sekalipun, aku tetap tak mampu lawan dia. Dia sangat kuat!
"Lepas!" jeritanku semakin kuat, tetapi sedikitpun tubuhku tidak mampu aku gerakkan. Ayden, tolong..... Sedu tangis semakin kedengaran, tapi langsung tidak mendapat tempat di hati lelaki itu. Dia semakin galak mencium seluruh wajahku.
"Takkan nak lepas macam tu je. You're mine, my dear.." bisiknya lagi.
"Lepas. Jangan rogol aku! Aku taknak anak aku sengau macam kau! Aku tak nak anak haram daripada kau! Lepaslah!" aku jerit lagi. Entah macam mana manusia seperti ini boleh lepas begitu saja. Padahal kawalan rumah ini sangat ketat. Jangan cakap yang pekerja-pekerja Ayden sendiri yang buat khianat. Atau penjahat ni guna pagar belakang, tempat aku selalu keluar kerja.
Ah Aisyh! Ini bukan masa kau nak fikir pasal tu. Fikirlah macam mana nak lepaskan diri. Menangis melalak macam ni, bukan boleh buat apa.
Tapi, aku tak mampu nak lepaskan diri. Lelaki ini sangat kuat. Aku syak badan dia sebesar Ayden, Haq mahupun Rheo.
"Lepaslah. Ayden, tolong saya....." suara aku mengendur, namun tangisan masih lagi kuat seperti tadi. Muka aku dah lencun dengan air mata. Tetapi lelaki ini tiada rasa jijik sedikitpun mencium segenap inci muka aku.
"Lepas. Aku jaga maruah diri aku untuk laki aku je. Bukan untuk kau. Tolong, lepaskan aku...." Aku merayu. Ayden, tolonglah datang. Sumpah aku takut sangat sekarang walaupun dia masih belum ada tanda untuk pergi ke peringkat seterusnya.
Dan, tiba-tiba pegangan pada tanganku dilepaskan dan terasa dia mula turun dari tubuhku. Aku masih kaku, risau kalau-kalau sebenarnya dia sedang mengambil pisau. Bilik sangat gelap, tiada apa yang aku dapat lihat. Tak sangka, bahaya juga berlangsirkan kain tebal begini.
Perlahan-lahan aku duduk dan memeluk lutut. Rambut kuyakini sudah serabai. Tudung aku tak tahu dekat mana. Nak lari? Pintu pun aku tak tahu di mana. Kalau dia bunuh aku, aku sanggup. Asalkan jangan dia biarkan aku hidup, tapi aku sudah dirogol. Aku taknak menahan trauma seumur hidup.
"You punya self-defense sangat teruk".
Kejap, ini kan suara.....
Lampu bilik terpasang. Kelihatan wajah Ayden yang tenang berjalan menuju ke arah aku. Dia kelihatan berpeluh. Jangan cakap lelaki tadi adalah dia?
"A-apa semua ni?" rasa terkilan dan lega bercampur menjadi satu. Lega sebab orang tu adalah Ayden, terkilan pun sebab aku tahu dia adalah Ayden. Apa motif dia nak buat kerja bodoh macam ni?
"Hari tu I ada tanya you kan, you nak belajar pertahankan diri ke tak? Apa yang you jawab, you tak nak sebab you pernah belajar silat. Tapi, apa yang jadi hari ni, tak sama macam apa yang you bagitau. Nasib baik I terfikir nak buat macam ni, kalau tak, sampai bila-bila you akan rahsiakan daripada I benda-benda macam ni," ujarnya dan terus melabuhkan punggung di sebelah aku yang tengah kehairanan.
Entah kenapa laju sahaja tangan aku menampar pipinya. Aku syak agak kuat sebab berbunyi kulit kami sebaik tangan aku menampar pipi itu. "Ada banyak lagi cara awak boleh uji saya. Tapi bukan macam ni!"
Ayden memegang pipinya sekejap sebelum mata helang itu menjeling tajam ke dalam mata aku. "So, bagitau I cara apa yang you nak? Sebab dulu, apa yang mak you bagitau, masa you belajar silat dengan arwah atuk you, you lari. Bila I nak ajak you belajar untuk defend yourself hari tu, you tolak. So, bagitau I, you nak belajar macam mana lagi?" suaranya sedikit menaik membuatkan aku rasa semakin marah.
"Ada banyak cara, fikirlah. Takkan tu pun saya nak ajar. Awak ingat, dengan cubaan merogol ni, saya nak ke belajar dengan awak? Macam mana kalau saya rasa trauma seumur hidup? Apa awak buat ni bahaya tau untuk jiwa-jiwa suci macam saya ni. Buatnya saya takut dekat semua lelaki dalam dunia ni termasuk awak, awak nak?" sedikitpun amarah Ayden tidak menggusarkan aku.
Sudahlah rasa takut aku masih belum hilang, sekarang dia tambah lagi dengan kutukan-kutukan yang langsung tak membina itu. Lagilah aku rasa menyirap. Dia ingat aku ni tikus makmal ke sampai-sampai dia nak uji dengan cara bodoh macam ni?
Aku menekup wajahku pada lutut yang dipeluk. Aku kembali menangis. Rasa takut masih terasa walaupun sekarang terasa sedikit lega.
Kedengaran Ayden menghela nafas. Aku tak nak dah pandang muka dia, rasa sakit hati, takut, gusar, kecewa semuanya menjadi satu. Tangisan yang sedikit reda tadi kembali menjadi sekarang. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa aku nak menangis puas-puas.
"Sorry," terasa tubuhku ditarik ke dada Ayden. Belakang aku ditepuk lembut, mungkin dia ingin meredakan tangisanku. Tapi sayangnya, tangisanku semakin kuat.
"Saya takut sangat... Kalau... Kalau orang tu bukan awak...." Aku cuba bercakap meski ayatku terputus-putus.
Semakin erat tubuhku dipeluk dan terasa ubun-ubunku dicium berkali-kali. "I'm so sorry, okay? Tapi, I buat semua ni untuk you," lembut dia memujuk.
Kejadahnya buat semua ni untuk aku? Silap hari bulan, aku boleh jadi gila tau! Omelku dalam hati, tidak mampu diluahkan lagi kerana esakan tangis tidak mengizinkan aku bersuara. Aku masih geram, sangat geram! Tapi agak lega, kerana orang itu adalah Ayden.
"I selalu nampak ex you follow you dari belakang. Dia pakai silver Honda Civic, right? I'm not sure samada you sedar ataupun tak, tapi, I selalu perhatikan dia," cerita Ayden ringkas, membuatkan aku mendongak memandangnya. Kemudian, aku pun meleraikan pelukan kami berdua.
"Aw-awak, pantau saya ke?" bukan tergagap, tapi masih tersedu.
Ayden kesat air mata aku dengan belakang tangannya. "Of course I am. I selalu akan keluar masa you balik kerja, to make sure you're safely home. Kalau I ada banyak kerja, I akan suruh Haq dan yang lain pantau you. Dan, apa yang I buat hari ni sebab I nak tahu sejauh mana my wife pertahankan diri dia. Tapi, setakat yang I tengok, memang merisaukan".
Aku mencebik. "Pan-pantau jelah, suruh bodyguard pantau ke. Tak payahlah nak buat amali macam ni". Aku kembali sakit hati. Rambut yang serabai, aku ikat kembali.
Ayden mengeluh kecil. "Ikutkan hati I, I will do that. Tapi you pun tahu, kita kerja bukan dekat satu tempat je. Lepas ni you mungkin pergi kursus dekat tempat lain, I pergi tempat lain. Tak sama, sayang. You pun bukannya nak bodyguard ikut 24 hours. Lainlah kalau you dah ready to inform semua yang you adalah my wife, I don't care sebab masa tu, semua orang takkan kisah kalau I selalu sebelah you. But now, you're not even fucking ready yet. So, salahke kalau I risau pasal your safety when I'm not around?"
Aku telan liur. Betul jugak. Aku memang rimas kalau bodyguard dia yang berlambak tu ikut aku je. Mereka pergi ikut aku setiap pagi pun aku selalu rimas, inikan pulak kalau 24 jam jadi ekor aku.
Tapi, ni bukan cara nak uji aku! Salah tetap salah!
"Tapi, awak tak patut buat macam ni. S- saya takut sangat tadi, k-kalau orang tu b-bukan awak," aku seka air mata yang masih setia mengalir. Jantungku agak kuat berdegup, cuma tidak sekencang tadi.
Dia tarik semula aku ke dalam pelukannya. Riak wajahnya kelihatan sangat serba salah. Antara riak wajah yang tidak pernah Ayden pamerkan kepada sesiapa pun. Aku pula jadi serba salah.
"I'm proud of you sebab berusaha jaga diri you untuk I. Tapi, please, lepasni ikut I pergi berlatih. I sendiri yang akan latih you. At least, you boleh defend diri you sendiri kalau I takde," suaranya masih lembut memujuk, membuatkan aku rasa terharu.
"You sebenarnya kuat. Masa I tahan you tadi, kekuatan you ada. Cuma you tak tahu nak buat apa sebab you have zero knowledge untuk pertahankan diri sendiri".
Aku pukul dadanya. "Tak payahlah kutuk macam tu. Puji jelah".
Ayden tergelak kecil. Akhirnya, dapat jugak aku dengar dia tergelak lepas dia tayang muka ketat daripada tadi. "Kalau puji je, nanti you selesa sangat. Tapi kan sayang...."
Dia jedakan ayatnya.
"Apa dia?" soalku pula. Aku masih lagi berada dalam pelukan Ayden. Rasa selamat sangat.
"Macam mana you tak boleh cam tu suara I?"
Aku mengeluh. Ni saja-saja tanya ke memang berniat nak tanya? "Dah saya kelam kabut, takut semua tu, awak ingat saya ada masa nak scan suara? Lagipun, suara awak tadi tu sengau. Manalah saya tahu tu suara awak. Ingatkan Dato' Yusuf Haslam ke yang tengah buat prank," jawabku jujur. Jujur okay, itu antara apa yang aku fikir. Semuanya sebab suara dia ada iras-iras Dato' Yusuf Haslam. Aku tahu aku bodoh sikit. Tapi, kalau dah kelam kabut, bodoh tak bodoh belakang cerita.
Ayden tergelak lagi. Kali ini lebih kuat sambil dia meleraikan pelukan kami. Hidung aku dicuit manja. "Your imagination sangat tinggi walaupun dalam keadaan takut macam tu. You buatkan I makin risau nak biar you sorang-sorang".
"Buat apa nak risau. 25 tahun saya hidup macam ni, selamat je," kedengaran seperti takabbur, tapi itulah realitinya.
"Sebelum ni diorang tak pandang Aisyh. Sekarang, jangankan orang lain, ex you pun pandang you balik," haaa, dah kedengaran dingin suara itu. Tapi, aku ketawa geli hati. Ayden kalau dalam keadaan cemburu macam ni, entah kenapa aku rasa comel. Mungkin sebab dia tak pernah bertukar jadi Hulk lagi kot.
"Saya okay lagi tau. Dua tiga orang je orang suka kat saya. Awak tu, berlambak yang suka. Belum lagi kalau saya sebut spesies-spesies Sepia tu haaaa. Dengan Oggy pun saya kena berebutkan kasih sayang awak tau". Ayden tersenyum mendengar kata-kataku sambil dia mula mengusap kepala aku.
"Tapi I setia dekat you".
"Habis, awak nak cakap saya ni tak setialah?"
Ayden mengangguk. "Yes. Sebab dari mula kenal lagi dah tengok you macam gatal. Jarang jumpa perempuan yang gatal". Ejeknya selamba. Dia tersengih dan kemudian tertawa bila aku tayang muka menyampah.
"Gatal, gatal ni isteri awak tau! Dah tahu saya ni gatal, buat apa nak kahwin dengan saya?"
Okay, terus termati senyum Ayden. Aku tiba-tiba rasa cuak. Aku ada salah cakap ke?
"Dah boleh solat?" see? Kebiasaan seorang Ayden kalau aku sengaja ataupun tidak apabila menyoal tentang sebab dia kahwin dengan aku. Lepas dia diam, mesti dia akan tukar topik.
Tipulah kalau aku cakap aku tak curiga. Bahkan masa mula-mula dia perkenalkan aku dengan keluarga dia tu lagi dah aku curiga. Seolah-olah mereka kenal aku lama. Aku taknak ambil pusing sebab aku risau andai andaian aku selama ni betul. Kalau betul, aku tak tahu apa akan aku rasa nanti. Biarlah masa yang tentukan dan aku harap aku bersedia andai andaian aku tu benar belaka.
Aku geleng kepala. "Belum lagi. Awak?" kenapa macam pelik pulak aku rasa lepas aku mengemukakan soalan tersebut.
Ayden tersengih, menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik. Gigi aku pun dah cantik dah lepas aku bukak braces minggu lepas. Sebab itulah aku semakin kuat melahap makanan.
"Takde sebab I tak boleh solat, sayang".
Memerah muka aku dengar jawapan balas Ayden. Kan dah cakap, soalan aku tadi tu pelik!
"No! Maksud saya, awak dah asar ke belum? Eee, takkanlah saya nak tanya awak period lagi ke tak," walaupun soalan aku salah, tapi, dia kenalah fikir logik. Takkanlah aku nak tanya dia period ke tak kalau dah sah-sah berhalkum macam ni.
"Dah". Jawabnya sambil meraup rambut ke belakang. Kemudian, dia berbaring di atas katil sambil menarik aku sekali.
"Seronok pulak dapat kiss you puas-puas tadi," Ayden buka cerita pasal tadi dan kedengaran dia tergelak kecil.
Aku cubit dadanya membuatkan dia mengaduh kesakitan. Ceh, mengada! Padahal cubitan aku ni mana setanding dengan tumbukan yang dia terima dekat pusat latihan dia tu.
"Cakap je yang awak sebenarnya nak ambil kesempatan tadi kan?"
Ayden mula memusingkan badannya menghadap aku yang sedari tadi terbaring menghadapnya dan berbantalkan lengan sado itu. "Sebenarnya I nak tahan you je. Tapi, aura you kuat sangat sampai-sampai I tak dapat nak control myself untuk kiss you dekat sini... Dekat sini.... Dekat sini..." jarinya menari di wajahku.
"Especially here... and here. My favourite taste," sambungnya lagi. Kini jari itu menunjuk pada bibir dan leherku.
Aku sengetkan bibir. "Gatal tak habis-habis, kan?"
Mendengar kutukan aku, dia mula tarik aku supaya rapat dengannya. Mulalah tangan itu tak reti nak diam. Ada sahaja yang mahu disentuhnya. "Mestilah. Kalau perempuan tu Aisyh, gatal tu susah nak hilang, apatah lagi habis. And you know what, I love it when you called my name, asking for my help. Rasa masa tu, I'm your Knight in Shining Armor," bisiknya sambil mempertemukan dahi dan hidung kami.
Aku kaku, hatiku berdebar-debar. Melihat wajah Ayden yang begitu dekat, membuatkan aku tidak keruan. Padahal selalu sahaja aku melihat wajahnya daripada jarak sedekat ini, tetapi rasa gugup masih lagi tinggi.
Tangannya naik menyentuh pipiku. "I'm sorry sebab buat you takut, and thanks sebab berusaha jaga diri dan maruah you untuk I," dia terus bersuara sambil matanya tidak lepas daripada terus memandang mataku. Aku yang mendengar, menjadi semakin gugup dan segan. Mengunci segala ayat yang aku mahu luahkan.
"Tapi, I tetap nak you berlatih. Okay?" cetttt, potong stim betul!
"Yelah, yelah". Ayden tersenyum dan menukar posisi daripada baring kepada duduk.
Kemudian, tiba-tiba dia angkat aku dan mula berdiri. "Dah kenapa ni? Let me go!"
"Mandilah. Dah nak masuk maghrib dah kan?"
"Saya uzur okay, uzur!"
"Siapa cakap nak mandikan you? I nak suruh you mandikan I". Dia sengih sambil kenyitkan mata.
"Eeee, takde maknanya saya nak mandikan awak. Awak bukan budak kecik lagi nak suruh saya mandikan! Ayden, lepaslah," aku tak mampu meronta lebih, risau kalau-kalau aku jatuh menghempas lantai. Kang menangis tak berlagu pulak lepas ni.
Dia hanya membalas kata-kata aku dengan senyuman sambil dia melagakan hidung kami. Pintu bilik air dibuka dengan aku yang masih dalam gendongannya.
"Ayden!"
×××
"Waalaikumussalam. Baik-baik je dekat sini". Semakin teruja aku apabila melihat abah pun ada sekali bervideo call dengan aku. Kamera di sebelah sana tidak bergerak, agaknya Air letak atas meja kot.
"Oloooo, rindu. Mak, abah. Bila nak datang sini? Rindulah!" aku rasa dalam bilik office Ayden ini hanya bergema dengan suara aku. Ayden dari tadi fokus dengan laptop dan kertas di atas mejanya. Aku pula hanya duduk di sebelah sambil buat bising. Nak tidur awal lagi. Jadi, temankan dia buat kerja. Lagipun, bilik tidur besar sangat. I is very the takut nak tidur sorang-sorang.
"Nantilah. Tunggulah kalau Ash ada cuti," giliran Air bersuara. Sudahlah muka dia yang terpampang besar dekat skrin.
"Eh, kau siapa? Kau anak pungut je. Sibuk je nak pergi sini. Habiskan belajar tu dulu," sebaik aku cakap macam tu, terus Ayden tepuk paha aku dari sebelah. Kami sekarang tengah duduk di kawasan meja kopi di dalam bilik pejabat Ayden.
Home office yang bertemakan kelabu dan putih. Nampak sangat elegan dengan hiasan-hiasan bilik yang sangat cantik. Dah macam dekat pejabat sebenar Ayden pula. Cumanya dekat pejabat dia lagi besar dan mewah.
Aku pandang sebelah dan Ayden buat muka tak senang. Okay, aku faham yang dia nak tegur cara aku bercakap dengan Air. Tapi, nak buat macam mana. Memang aku bergurau dengan adik lelaki tunggal pengarang jantung aku macam tu.
"Jahatkan mulut Kak Ais. Kak Ais tu anak pungut. Tengok dekat cermin, muka akak macam muka siapa? Tak sama langsung dengan muka mak dan abah okay," eh, eh. Celupar bebenor mulut adik bujang aku seorang ni. Kalaulah tangan aku boleh tembus dalam telefon ni, memang aku ketuk sekali kepala budak jambu ni.
"Ah sudah. Inilah yang mak malas ni. Bergaduh je kamu berdua. Dah, dua-dua anak pungut. Menyesal mak pungut dekat sungai dulu," ternganga mulut aku dengar balasan padu daripada mak. Abah sudah tergelak, termasuk Ayden di sebelah. Ceh, sambil dia menaip tu, sempat dia curi dengar perbualan kami.
Curi dengar? Dah volume sekampung boleh dengar, ada hati cakap curi dengar.
"Mak!" serentak aku dan Air bersuara. Mak dan abah semakin galak ketawa.
"Haa. Bergaduh lagi. Dua-dua abah hantar balik pergi sungai. Dasar siluman sungai," abah sambut gurauan mak membuatkan aku dan Air menayang muka tak puas hati. Sekali tengok macam ni, macam muka aku pulak Si Air ni.
"Jahatlah abah," omel Air manakala aku sekarang tengah jeling Ayden yang terhinjut-hinjut bahunya. Tawa dia tak kedengaran, tapi kalau dah Parkinson macam tu, ingat orang tak tahu ke yang dia tu tengah gelak.
"What?" soalnya innocent dan aku hanya membalas dengan cebikan di bibir.
"Ayden mana?" soal mak pula. Terus aku halakan telefon bimbit aku ke muka Ayden. Dia berhenti menaip dan mula labuhkan pipinya di atas kepala aku sebab sekarang aku tengah bersandar pada lengannya.
"Ada je ni mak, tak habis-habis buat kerja. Aisyh yang rimas tengok," aduku lalu tergelak.
"Eloklah tu buat kerja. Boss pun buat kerja. Aisyh? Jangan cakap dekat mak kamu masuk kelas dan bagi student buat kerja sendiri," eleyyyyy, anak orang mak puji. Aku yang baru lepas hadam topik esok mak tak puji!
Aku mencebik. "Aisyh dah buat homeworklah mak untuk esok. Sekarang tengah temankan Ayden buat kerja. Eeee, ingat Aisyh makan gaji buta ke?"
Mereka tergelak mendengar ayat tak puas hati aku.
"Sadonya Abang Ayden. Cuti ni nak belatih gym dengan abanglah, boleh?" teruja budak ni bercakap dan membuatkan aku menoleh sedikit ke belakang. Hampeh, macam mana aku boleh lupa yang dia tak berbaju. Nasib baik dia ada pakai seluar panjang di bawah. Kalau pakai pakaian lazim dia, buat malu aku je tayang bodi anak bujang orang dekat keluarga aku.
"Boleh je. Why not?" balas Ayden.
Sekarang dia dah mula tak fokus dengan kerjanya, sebaliknya berbual dengan keluarga aku. Tak, masalahnya sekarang aku anak kandung tau. Tapi keadaan sekarang macam aku yang menantu terpinggir tengok ahli keluarganya berbual bergelak sakan. Habis aku ni apa? Pemerhati?
Sudahlah tangan aku lenguh pegang telefon, mereka boleh pula abaikan aku yang berjuang nak bagi muka aku dan Ayden nampak pada skrin. Agaknya aku kena tukar job lepas ni, jadi cameraman. Tak adalah aku terasa sangat kalau aku tak dilayan macam ni.
"Ehem, saja nak bagitau yang Aisyh ada lagi dekat sini," setelah puas aku memendam rasa perih dan derita akibat dipinggirkan, akhirnya aku bersuara. Ayden semakin galak tertawa dan mengambil alih tugas memegang telefon bimbit.
Kini, aku tidak lagi bersandar pada lengan sado itu. Sebaliknya menghadap telefon bimbit yang Ayden letakkan atas meja.
"Ingatkan patung hiasan tadi. Tak perasan pulak tu anak dara abah," ujar abah.
"Dara lagi ke?" okay, mulut cabul budak tak cukup umur ni memang tak boleh bawak bincang!
Ayden pandang aku sambil tersengih.
"Ash nak anak buahlah tu," bisiknya pula.
Sudahlah aku malu lepas dengar soalan Air, sekarang ditambah pula dengan kata-kata Ayden. Lagilah aku malu yakmat!
Aku cubit pahanya dan mula fokuskan kembali pada telefon bimbit. Sudahlah aku sememangnya belum pernah dirasmi oleh Ayden, memanglah aku masih dara lagi. Bongok punya adik, banyak-banyak benda yang boleh dia soal, kenapa mesti benda gitu jugak dia tanya.
"Ash, kamu tu lelaki. Mulut jangan jadi macam mulut perempuan," tegur mak membuatkan aku rasa kemenangan berpihak kepada aku. Terasa macam baru lepas julang trofi pendebat terhebat antarabangsa pulak!
"Tak malu kena marah," aku jelirkan lidah manakala Air pula acah-acah nak tampar aku.
"Tamparlah, tak takut," aku menguji lagi. Tamparlah telefon tu kalau nak kena bebel dengan mak. Sudahlah telefon tu telefon kesayangannya. Telefon yang aku bagi masa aku mula-mula kerja dulu. See? Betapa sayangnya mak dekat aku.
"Dah, dah. Ash, masuk tidur. Aisyh, kami letak dulu. Penat telinga mak dengar kamu berdua bergaduh".
"Alaaaa, baru kejap mak abah berbual dengan Aisyh".
"Nantilah berbual lagi. Pergi masuk tidur. Nanti kalau ada masa, mak dan abah pergi jenguk kamu dekat Kolumpo tu". ujar abah pula. Aku dah melonjak gembira manakala Air tayang muka sedih.
"Macam mana dengan Ash? Takkanlah tinggal dekat sini sorang-sorang?"
"Eh, nantilah kita pergi sekali," pujuk abah, mematikan rasa gembira aku. Giliran Air pula melompat dan menjelirkan lidahnya dekat aku.
Bila aku nak balas, cepat-cepat mak dan abah lambaikan tangan mereka. "Assalamualaikum. Jaga diri, jaga suami elok-elok," pesan mereka dan kemudian mematikan panggilan.
"Waalaikumussalam," jawabku lambat-lambat sambil menghela nafas. Sudahlah masa belajar dulu jarang balik, sekarang, kerja pun aku jarang nak jumpa keluarga.
Rindu? Of course. Apatah lagi dulu aku tak sempat tengok wajah terakhir arwah opah sebab masa tu final exam untuk semester 2. Apa yang aku boleh buat bila balik kampung hanyalah pandang tanah menggunung dan nama arwah opah pada batu nisan.
"Miss them?" Ayden bersuara di sebelah.
Aku angguk.
"Tak nak balik kampung?"
Aku pandang wajah dia sekilas. "Tipulah saya cakap taknak balik. Tapi dekat sekolah, event banyak sangat. Tak boleh nak skip. Lagilah hari tu saya selalu ambik cuti," rungutku sambil membelek gambar-gambar keluarga yang ada dalam telefon bimbit aku sekarang.
Ayden usap kepala dan kemudiannya peluk bahu aku. "Kalau you nak balik kampung, bagitau I. I akan temankan you pergi sana. Okay?"
"Okay. Thanks awak," lemah aku menjawab. Terharu aku dapat suami macam ni, dalam masa yang sama aku tetap rindukan keluarga aku yang gila-gila tu. Sebab tu jangan pelik kenapa aku boleh jadi macam ni. Pokok pangkalnya mak dan abah. Haha.
"Most welcome," ujarnya lagi sambil membaringkan kepala aku di atas ribanya dan sambung buat kerja. Aku tak faham sangat benda-benda yang dia buat. Yang aku tahu, dia pemilik NA Hotel yang sekarang tengah hot dekat seluruh dunia.
Layanan kelas pertama, makanan lima bintang. Sesuai untuk semua negara. Itulah yang aku selalu dengar kalau mereka bercerita tentang NA Hotel. Tapi mereka tak tahu, pemilik NA Hotel tu sekarang dah jadi suami aku.
Aku gesek sahaja skrin telefon bimbit sambil stalk Instagram Ayden. Gambar majoritinya hitam putih, tanpa senyuman dengan kapsyen pendek-pendek. Ruangan komen dibanjiri oleh komen-komen manusia yang berbeza bahasa dan majoritinya adalah kaum Hawa.
•Will you marry me?
•You're too handsome to handle
•Kalaulah jadi suami aku, siang malam x tidur tengok muka dia
•I like your cool face. You look so manly my love
•Bel home
•Mein zukunftiger ehemann
Dan banyak lagi komen-komen mengarut yang aku baca. Amboi-amboi, nasib baik korang tak tahu lagi handsome man with money ni adalah suami aku. Kalau tak, memang aku tarik rambut sorang-sorang.
"Awak taknak delete ke gambar-gambar tak senonoh awak ni?" soalku terus terang sambil membaca komen-komen yang tertera.
Kedengaran Ayden berhenti menaip. "Gambar tak senonoh?"
"Yelah. Gambar-gambar yang pakai seluar pendek, lepastu tak berbaju ni. Awak tengok ni, ramai betul perempuan-perempuan cuci mata tengok bodi awak," aku suakan telefon bimbitku kepadanya sambil aku menggesek komen mereka.
Ayden tergelak mendengar bebelanku. "Sayanglah, banyak likers".
Pfffft, aku tak salah dengar ke? "Awak lagi sayang likers ke, sayang aurat awak? Ni, tengok ni, semua orang dah terbayang benda pelik bila tengok bahagian pusat dan ke bawah. Saya pulak yang malu baca". Aku mengomel lagi membuatkan Ayden semakin galak ketawa.
"You tak terbayang apa-apa ke bila tengok I pakai boxer tiap malam?"
Ah, ke situ pulak dia! Mesti ada sahaja benda yang dia nak kaitkan dengan aku. "Saya terbayang lain pun takde hal, awak suami saya. Diorang ni? Diorang bukan isteri awak, tau? Awak dah share dosa dengan diorang. Nilah masalah lelaki, kalau pasal aurat perempuan, mesti tegang urat diorang cakap perempuan tak reti jaga aurat. Padahal, aurat lelaki yang setakat dari pusat sampai ke lutut pun tak reti nak jaga," haaaa, mula dah aku jadi guru Sejarah yang ajar Pendidikan Islam. Haha.
Ayden menunduk dan mencium hujung hidungku sekilas. "Okay, okay. Lepas ni I delete semua gambar tak senonoh tu." Suara Ayden kedengaran pasrah dan aku senyum kemenangan.
"Good boy".
"Good boy? Are you sure? Anytime I boleh jadi bad boy tau," aku pandang ke atas, dia kenyitkan matanya.
"Jangan macam-macam eh?" awal aku beri amaran.
Dia sengih sambil angkat keningnya. "Tengoklah sampai bila I boleh tahan". Dia tergelak manakala muka aku pula terasa panas.
Aku bangun daripada ribanya dan memicingkan mata memandang Ayden yang beriak selamba itu.
"You are very the dangerous!" aku mula cipta bahasa sendiri.
"So get ready because I'll have you begging for mercy," bisiknya dengan wajah yang seribu kali ganda menakutkan yang pernah aku tengok.
Aku telan liur, lagi-lagi apabila melihat Ayden serius lain macam. Jangan apa-apakan Aisyh!
Kemudian, dia menarik bibirnya ke tepi, menayang senyum sinis. "Don't worry sayang. I try my best to control myself walaupun kadang-kadang susah nak kawal. Tapi, I akan ikut cara Islam, datangi isteri dengan lembut. So don't worry, I takkan paksa you kalau you belum sedia. I'll give you time," pujuknya dan mempamerkan senyum lucu.
Aku masih terkebil-kebil, terasa macam berkhayal pula aku seketika.
Ayden hentikan jarinya daripada terus menaip dan pandang aku pelik. "Why? Nak ke?"
"No! Saya nak tidur. Goodnight," cepat-cepat aku bangkit dan ingin berlalu dari sini.
"Berani ke tidur sorang-sorang? Tak takut you terpeluk benda lain?"
"Ayden!" marahku sambil menghentakkan kaki sambil berjalan semula ke arahnya. Dia bukannya nak tolong temankan, sebaliknya hanya tergelak mengejek! Kuasam!
×××
"Okay hari ni, I akan ajar you how to prevent rape".
Kau pernah dengar pepatah China pernah berkata. "Sek sek sek shhi shhi sek". Kalau nak tahu maksud, googlelah sendiri.
Haha. Gurau! Aku rasa sejak hujung minggu aku diganggu ni, aku rasa otak aku dah beralih ke lutut. Ayden ni memang jenis man of his words. Bak kata quote omputeh, "If he says he's going to do it, he gets it done".
And here I am. Dalam pusat latihan MMAnya. Budak-budak lain ada di gelanggang bersama Rheo dan Haq. Manakala aku pula berlatih seorang diri bersama Ayden di ruangan tertutup, bertingkapkan cermin gelap dari atas ke bawah dan terdapat beberapa punching bag yang tergantung di dalam ruangan ini.
Ish, ingatkan dulu masa berlatih dengan arwah Tok, aku boleh larikan diri selamanya. Rupanya tak! Aku lari dulu pun sebab sakit badan kena hempas atas tanah. Lepastu aku serik, taknak berlatih. Kena bebel dengan mak, abah dan arwah Tok pun aku sanggup. Asalkan tak berlatih silat.
Tapi hari ni, di hari minggu yang indah, Ayden pula yang cipta rekod bawa aku ke sini. Apalah malangnya nasib aku. Badan kecik, tapi dipaksa berlatih macam ni.
"First, you kena tahu kelemahan orang yang nak serang you. In case kalau you kena serang lelaki, you kena tahu you nak aim mana. Tangan dan kaki kena aim tempat yang berbeza. Kalau bahagian tangan, aimkan dekat mata, hidung, tengkuk, dan celah kelangkang..."
"Awak nak cakap yang saya kenaaa....... Celah kelangkang dia?" okay, aku dah mula tunjuk bodoh. Punyalah banyak Ayden cakap, bahagian tu juga aku nak fokus.
"In case, sayang sebab lelaki memang lemah dekat situ. Tapi jangan suka-suka try dekat luar. Mati pucuk kang".
Tanpa dipinta, aku tergelak mendengar kata-kata Ayden.
"Hey, serious please. Focus," tegur Ayden membuatkan tawa aku mati serta merta. Jangan kau jangan nak bergurau masa dia tengah serius macam ni.
"So, in case kalau tengah jalan-jalan dekat luar then kena tahan dari belakang, you sikukan dia mana-mana part of his body yang you dapat. Kalau kena dekat mata, hidung dan leher macam yang I cakapkan tadi, lagi elok. So, boleh try?"
Dia mula tahan aku dari belakang dan meminta aku untuk menyiku dia dari depan. Aku mengikut apa yang dia suruh. Tapi taklah kuat mana pun. Sekadar untuk demonstrasi sahaja.
"Okay good. You sikukan je sampai dia lepaskan. Tak kira tinggi atau rendah, dia mesti akan suakan muka dia dekat belakang you sebab dia membongkok untuk peluk you dari belakang. Then, kalau nak serang guna area kaki, you need to aim his groin, knee, and instep. You boleh gunakan lutut you untuk tendang perut and groin dia. Masa dia tengah tahan sakit dekat perut, you tolak kepala dia ke bawah dan tendang muka dia. And then, you kena lari laju so that dia takkan dapat kejar you".
Seperti tadi, setelah dia menjelaskan apa yang perlu aku buat, dia pun minta aku untuk lakukan. Dan seperti yang diminta, aku pun ikut apa yang disuruh. "Very good!" pujinya apabila berpuas hati dengan cara aku.
Entah kenapa rasa semangat pula nak belajar bila dah kena puji macam ni. Huhu.
"Okay now, I nak ajar you macam mana nak defend yourself kalau you kena macam yang I buat hari tu," kali ini aku disuruh berbaring pula dan aku ikutkan sahaja.
Dia mula menindih aku dengan kedua-dua belah tangannya ditegakkan di sisi kepala aku bagi menyokong dirinya agar tidak menindih aku sepenuhnya. Sesekali aku pandang ke pintu, risau kalau-kalau ada yang melihat kami di sini.
"Don't worry. Kita boleh tengok orang luar, orang dekat luar tak boleh tengok kita. Dan I dah kuncikan pintu," seperti memahami apa yang aku fikir, Ayden bersuara sambil dia memandang aku dengan senyum nipisnya.
Aku berdehem, ingin mengusir rasa kekok dengan kedudukan kami sekarang. Ini kalau orang tengok, memang fikir lain macam. Dan nasib baik dia adalah suami aku.
"So, benda yang you kena buat macam tadi. Aim titik kelemahan dia. Lepastu, kalau dekat sebelah you ada benda berat macam batu besar ke, pasu ke, you hempas je atas kepala dia. Dan bila you dah kena tindih macam ni, make sure jangan bagi tangan tu diam je sebab tu akan mudahkan dia tahan tangan you. Macam hari tu. So, what you need to do is, tangan you tumbuk bahagian-bahagian yang I bagitau tadi.
Tapi, kalau dia dah tahan tangan you, gunakan lutut you untuk tendang dia dari belakang dengan kuat. Then, bila tangan you dah terlepas, buat macam tadi. Bila dia dah lemah, kick his balls and run away".
Kali ini aku cuba tahan gelak lagi. Dia cakap aku kena fokus, tapi benda-benda yang keluar dari mulut dia buatkan aku hilang fokus.
"Sayang....." dia memanggil aku dan cepat-cepat aku kemam mulutku. Nampak sangat ke aku nak tergelak?
"Nanti menangis macam hari tu". Ceh, dia mengungkit lagi.
"Saya tengah fokuslah ni".
"So, try".
Dengar sahaja perkataan try, terus aku tumbuk mata, hidung dan gunakan sisi tanganku untuk pukul leher dia. Apabila Ayden dah jatuh dari atas badan aku, aku pun mula berdiri dan ingin menendang celah kelangkangnya tapi cepat-cepat Ayden halang.
"Hey, hey! Yang tu jangan buat betul-betul!" cemas kedengaran suara Ayden membuatkan aku terasa kembali ke dunia nyata. Tak sangka aku yang aku tertumbuk dia betul-betul. Patutlah dia cemas sangat bila aku nak serang dia punya tuuuut tu.
Ayden pegang mata kanannya yang berair. Aku yang berasa cemas, terus meluru ke arahnya. "Awak okay ke?"
Lelaki itu angguk sambil menekapkan tuala pada matanya. "I'm okay. Tolong ambilkan box tu," aku cepat-cepat mengambil bekas yang disuruh dan memberinya kepada Ayden yang sudah duduk bersila di atas lantai itu.
Ayden letakkan ketulan air pada tuala putih itu sambil menekapkan tuala itu dekat matanya yang masih berair. Aku pula rasa sangat risau tengok dia dalam keadaan begitu. Patutlah Ayden cakap hari tu, kekuatan aku ada, cuma aku tiada ilmu dalam pertahankan diri.
Bila dah ada ilmu ni, Ayden orang pertama yang tercedera disebabkan aku.
"Betul ke awak okay ni?" soalku risau sambil aku mengambil tuala itu daripada Ayden. Giliran aku pula menekapkan tuala itu pada matanya.
Dia mengelus lembut tanganku yang masih setia menekapkan tuala berisi ais itu ke matanya. "Kenapa pulak tak okay? I pernah kena lagi teruk daripada ni," aku tak tahu sama ada dia nak legakan aku ataupun apa benda, yang pasti, sedikitpun aku tak rasa lega sebab aku risau kalau-kalau mata itu terjojol keluar disebabkan oleh diri aku yang terlampau fokus tadi.
Aku trauma sebenarnya sebab dulu aku pernah tersepak mata Air sampai merah mata budak tu. Semuanya kerana aku terikut-ikut rancangan gusti yang selalu mak dan abah pasang.
"Betul ke ni? Tapi sebelah mata awak tak henti-henti menangis," suara aku memang jelas kedengaran cemas. Aku lepaskan tekapan tuala itu dan kemudiannya meniup bahagian mata Ayden yang tertutup dan masih mengeluarkan cecair jernih. Aduduh, mesti rasa sakit sangat ni!
Kedengaran Ayden tergelak kecil sambil dia mengusap kepala aku yang berlapikkan tudung sarung ini. "My baby is so cute".
"Eee, bukan masa nak menggatal. Tengok mata awak ni. Sorry, saya tak sengaja".
"I'm okaylah sayang. Dah namapun berlatih. Tapi kan sayang, you pun boleh tahan kuat. I'm so proud of you," satu kucupan ringkas dia hulurkan dekat dahi aku.
Aku diam, tidak terusik sedikitpun hati aku sekarang dengan pujiannya. Apa yang aku rasa hanyalah risau. Aku risau sebab aku penyebab mata Ayden jadi macam ni. Kalau orang lain buat, tak adalah aku risau sangat macam sekarang. Hehe.
Aku meminta dia supaya berbaring di atas ribaku, memudahkan aku untuk meneruskan aktivitiku tadi. Sesekali aku mengesat air mata dia yang mengalir daripada matanya yang tertutup itu.
"Janganlah risau macam tu sangat. Rileks. Dah, kita start balik." Dia kerdipkan mata kanannya berkali-kali. Merah dan berair. Ya Allah, jin mana yang rasuk aku tadi?
"Tapi, awak okay ke ni?"
Dia senyum dan mengangguk. Okay, kalau okay takpelah. Jangan mengadu sakit pulak malam nanti. Omelku sendiri.
Apabila dia ingin memulakan bicara, telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. "Tunggu kejap". Ujarnya lalu mengangkat telefon.
Kedengaran suara dia dingin menjawab panggilan. Ayat terakhir dia sebelum dia letakkan panggilan, "Don't call me kalau nak bagitau berita buruk. I cuma nak tahu projek tu jadi je. Tak jadi, jangan ceritakan dekat I. I tak nak dengar something yang boleh rosakkan my weekend, "aku syak orang dekat sebelah sana tu belum sempat cakap apa-apa dah Ayden letakkan panggilan.
Gila garang bapak singa ni. Janganlah dia buat benda sama dekat aku.
Telefon diletakkan semula di atas lantai. Apabila bertentangan mata dengan aku, dia tayang muka pelik. "Kenapa muka pucat?"
Pffft, kantoi sangat ke muka aku takut dekat Ayden?
Aku gelengkan kepala. "Takdelah. Jom, sambung berlatih". Ujarku cepat-cepat.
Dia mencebik. "Okay".
Sumpah jangan main-main kalau dia tengah serius. Masa berbual dengan Rheo tadi pun, dia cakap jangan main-main masa dia melatih kalau taknak tengok sisi lain Ayden.
Katanya lagi, macam dekat pejabat, semua orang takut dekat dia dan hormat dekat dia. Takut sebab kalau dia sound, dia akan soundkan terus. Hormat sebab dia akan bagi peluang dan tunjuk ajar. Dia takkan buang pekerja dia sembarangan melainkan pekerja tu memang teruk dan banyak komplen.
Fuh, beza betul dengan aku. Aku ni, dekat mana-manapun aku tetap sama. Ini ke yang orang selalu cakap, kalau jodoh perangai tak sama? Sebab perbezaan ini yang melengkapi antara satu sama lain. Cia cia cia. Hmmm. Hambar.
"Aisyh, fokus!"
"O-okay".
#Semoga terhibur semua. Maafkan segala kekurangan. Masih noob lagi. Apa2pun, do vote n comment kalau x kberatan. ??
Share this novel