Do vote and comment ya.
?
AYDEN??AISYH
AKU dan Salwa menunduk saat mata helang Ayden menikam tajam kami berdua. Dia bersandar pada BMW milik Raeef sambil memeluk tubuh. Keningnya dijongket meminta penjelasan kami berdua.
Kedengaran Salwa tarik nafas dalam-dalam sambil dia pegang tangan aku. Aku pandang wajahnya yang kini sudah menentang pandangan Ayden. "Ini bukan salah Aisyh, saya yang paksa dia jalankan plan ni sebab saya nak pulihkan ingatan awak. Saya..."
"Dengan?" Ayden memintas membuatkan Salwa terkebil-kebil, mungkin tidak faham dengan apa yang Ayden katakan.
"Dengan? Dengan apa?"
"You cakap nak pulihkan ingatan I. Dengan cara apa?"
Serta-merta Salwa telan liur, sama dengan aku. Rancangan ni memang tak masuk akal, jadi, aku tak tahu apa nasib kami berdua lepas ni.
Salwa toleh aku sekilas, terasa tanganku digenggamnya erat. "Se-sebenarnya, plan mula tu, saya terfikir kot-kot awak terkejut kena sergah dengan hantu. Bila dah terkejut, otak awak pun berfungsi dengan selayaknya. Saya perhatikan gerak-geri korang berdua dari jauh, yang terlebih berhubung sel otak nampaknya Aisyh. Awak pulak macam takde hormon takut, jadi, saya gunakan plan terakhir. Iaitu......" kelihatan wajahnya memerah, mungkin baru tersedar yang plan yang dirancang sememangnya tak masuk akal.
"Ketuk kepala I dengan tukul tu?" tanpa menunggu Salwa menghabiskan kata-katanya, Ayden pun membuat tekaan sambil tersenyum sinis. Sangat sinis, umpama joker dah aku tengok. Jahat naw!
"You guys expect yang I akan ingat balik dengan cara tu? Look, I tak terfikir orang yang umur dah 25 tahun boleh fikir plan budak-budak..... macam ni? Hmm? Aisyh?" tanpa aku sedari, pantas sahaja jemari besar itu menjentik dahiku.
Tak sakit, tapi berbunyi jugak dibuatnya membuatkan aku mengusap perlahan dahiku. Dah biasa sangat dah kena jentik dahi macam ni. Nasib baik dia tak jentik kuat. Kalau tak, aku yakin dahiku berlekuk agaknya.
"Eee, atleast kitorang usaha kot," omelku kecil sambil memandang bawah. Tak sanggup aku tengok muka ketat Ayden sekarang. Mesti mukanya jauh lebih seram daripada hantu-hantu dekat sana kot.
Ayden kedengarannya mendengus geram. "I dah cakap I tak nak ingat balik. I nak terus jadi macam ni! I tak nak lupakan Hazel, takkan tak faham lagi?" kedengaran suaranya sangat keras sambil memandang aku dan Salwa silih ganti. Tanpa menunggu kata balas daripada aku dan Salwa, dia pun terus masuk ke dalam kereta meninggalkan aku dan Salwa di luar.
"Wa, sorry tau. Sebabkan aku, kau kena marah jugak," tangan Salwa aku pegang dengan wajah serba salah.
"Ish, rilekslah. Ini salah aku, plan apa entah aku buat. Tapi, walau apapun yang aku buat, kau kena tahu aku buat semua ni demi kau," dia genggam tanganku sambil lemparkan senyuman.
Aku balas senyumannya dengan senyuman nipis. "Hmm, kau nak balik sekali dengan aku ke?"
Salwa geleng. "Tak payahlah, aku tumpang kawan aku je sebab aku dah bagitau dia yang aku nak balik sekali dengan dia. Kau baliklah, pakai seksi-seksi. Mana tahu dia tiba-tiba ingat balik lepas tengok kau pakai macam tu," bisik Salwa nakal.
Terus saja pipiku terasa panas dan aku tampar lengannya. "Mulut kau ni kan?! Dahlah, aku balik dulu. Bye, assalamualaikum".
Salwa tergelak sambil menjawab salamku. Tangan Salwa dilambai sebaik kereta mula meninggalkannya dan dibalas olehku.
Setelah kereta meninggalkan kawasan ini, aku pun bersandar pada kerusi. Sesekali aku menoleh ke arah Ayden yang lemparkan pandangannya ke luar tingkap. Merajuk betul ni.
"Awak marahkan saya lagi ke?" walaupun dengan nada berbisik, aku yakin Pak Man dengar apa yang aku cakapkan sekarang. Sebab tulah dia mula curi pandang kami berdua melalui cermin pandang belakang tersebut.
Ayden tidak menjawab, sebaliknya hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Sedikitpun dia tidak membalas pandanganku.
"Ayden..." lengannya aku pegang, tapi ditepis kuat oleh Ayden sambil wajahnya garang memandang aku membuatkan aku terus tertelan air liur.
"Apa masalah you? You ingat, bila you peluk I dekat dalam rumah hantu tadi, I dah boleh terima you? Sorry Aisyh, you silap kalau fikir macam tu. Untuk pengetahuan you, I buat semua tu sebab I tak nak nama I tercemar sebab layan isteri sambil lewa je. I cuma nak jaga nama baik I je. Jadi, jangan nak over sangat. Lagipun I takkan terima you sebab dalam hati I, hanya ada nama Hazel je. I yakin dia masih hidup. I promise dekat diri I sendiri, I akan cari dia," dengan urat timbul di dahi, nampaknya Ayden benar-benar marah. Suaranya tidaklah kuat, tapi butir bicaranya cukup keras untuk melukakan hati aku.
"Okay, saya takkan kacau awak". Balasku lemah. Aku tak nak balas panjang lebar, risau kalau-kalau kata itu nanti akan diseli adegan air mata. Aisyh, Ayden kan amnesia. Faham keadaan dia.
Aku tak tahu kenapa dengan Ayden sekarang, aku jadi lemah? Kenapa dengan Ayden sekarang, aku tak kuat melawan macam dulu? Macam aku lawan orang lain? Kenapa? Sebab dia amnesia? Kalau amnesia, dia ada tiket ke untuk sakitkan hati aku?
Lama kami diam dan aku dengar Ayden tak habis-habis mencarut. Aku tak suka dengar perkataan carutan itu sebab aku tahu dia memang benar-benar marah. Tapi, aku pun tak kuat dah nak tegur dia buat masa sekarang.
Perjalanan menuju ke rumah hanya diselangi bunyi radio yang Pak Man pasang. Bahkan, sampai ke garaj pun kami masih berdiam diri.
Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, tiba-tiba kedengaran Pak Man bersuara, membantutkan tindakan kami berdua yang masing-masing sedang menunggu masa untuk membukakan pintu.
"Tuan Ayden, saya tahu saya tak berhak campur tangan dalam urusan rumahtangga tuan dan Puan Aisyh. Tapi, saya saja nak bagitau, sepanjang Tuan Ayden koma, Puan Aisyh yang jaga, yang sengkang mata, korban tenaga nak jaga tuan. Lepas habis kelas, mesti dia akan jenguk tuan. Kalau cuti, puan akan ambil masa lagi lama temankan tuan..."
"Pak Man!" aku halang dia untuk meneruskan bicaranya, tapi kelihatannya Pak Man hanya memandang aku sekilas dan kembali menyambung ayatnya.
"Siang malam dia menangis rindukan tuan. Saya saksi, tuan besar saksi, semua ahli keluarga tuan boleh jadi saksi siapa yang paling banyak menangis untuk tuan. Saya tak minta tuan ingat semula, tapi, janganlah layan Puan Aisyh macam ni. Dia pun berhak untuk rasakan kasih sayang tuan. Lagipun, Cik Hazel dah takde. Terima hakikat yang tuan sekarang dah kahwin dengan perempuan yang Allah dah gantikan yang mungkin jauh lebih baik daripada yang Allah dah tarik sebelum ni.
Jangan lawan takdir Allah, terima hakikat sekarang. Tuan dah 27, bukan lagi 22. Malah dah jadi suami, bukan lagi bujang macam dulu. Pak Man kalau diberi peluang, Pak Man nak bawa arwah isteri Pak Man keliling dunia. Tapi, Pak Man tahu Pak Man orang biasa-biasa. Jadi, apa Pak Man buat? Pak Man hargai detik-detik yang Allah pinjamkan dekat Pak Man sampailah tiba masanya Allah tarik balik isteri yang Allah pinjamkan dekat Pak Man. Pak Man sedih tak? Memang sedih, tapi dalam masa yang sama Pak Man gembira sebab sepanjang hidupnya, Pak Man gunakan masa dengan sebaiknya sampai-sampai Pak Man tak rasa ralat pun masa dia pergi," panjang nasihat Pak Man membuatkan wajah Ayden kelihatan kelat.
"Thanks Pak Man. But please, give me time. It's hard for me to accept the truth. Please understand me," ujar Ayden dingin lalu keluar daripada kereta tanpa menunggu kata balas daripada Pak Man.
Aku dan Pak Man berpandangan. Kelihatan wajah itu sayu melihatku. Aku tak suka pandangan itu, aku tak suka orang kasihankan aku. Aku tahu aku kuat, lagipun, ini bahagian aku. Semua orang ada bahagian sendiri. Jadi, tak payah kasihankan aku.
"Dia takut cintakan puan, sebab tu dia layan puan macam tu. Kalau betul dia bencikan puan, dia pasti akan malukan puan dekat depan orang ramai. Tapi, macam yang dia sendiri cakap tadi, dia biarkan puan peluk dia sebab kononnya dia tak nak cemarkan nama dia. Sebenarnya, dia tengah berperang dengan perasaan sendiri. Sebab tu dia cakap nama Hazel berulang kali supaya dia dapat tetapkan hati dia cintakan Cik Hazel walaupun hakikat sebenarnya, dia tengah cuba terokai perasaan dia sendiri. Jangan patah semangat, puan. Tuan Ayden milik puan," Pak Man berikan semangat buatku. Dialah antara orang yang sentiasa menjadikan aku orang yang sangat positif.
Aku senyum. "Terima kasih, Pak Man sebab selalu nasihatkan Aisyh. Bagi semangat dekat Aisyh. Aisyh tak tahu nak balas jasa Pak Man macam mana".
Pak Man balas senyumanku. "Cukup jaga Tuan Ayden baik-baik. Saya dah anggap dia macam anak sendiri, jadi, saya nak yang terbaik untuk dia mahupun puan".
Terharu aku dengan sikap positif Pak Man. Tak lama kemudian, kedengaran Ayden memanggil nama aku di hadapan lif dengan wajah masamnya.
"Tengok? Boleh je dia tinggalkan puan. Tapi apa dia buat, dia tunggu puan," Pak Man mengusik dan hanya dibalas dengan tawa kecil olehku sambil aku melangkah keluar daripada kereta.
"Kutuk I ke lama-lama dalam kereta?"
Aku tidak menjawab, sebaliknya terus saja aku masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka.
"I bercakap dengan you ni kan?" kedengaran dia marah sambil menekan butang lif.
Aku memicit pelipis, rasa pening aku kembali. Entah kenapalah aku sejak dua menjak ni asyik pening. Kadang-kadang nak termuntah sebab pening sangat. Aku rasa aku tertekan sangat dengan perangai Ayden agaknya.
Tapi mungkin juga sebab aku pening sebab dalam lif. Aku ada gayat teruk pada lif dan temapt-tempat tinggi. Sebab tu kot aku pening-pening.
"Dahlah Ayden, saya malas nak bertekak dengan awak. Saya dah cakap tadi kan saya takkan kacau awak dan awak sendiri yang tak nak saya kacau. Kenapa sekarang awak pulak yang beria-ia nak kacau saya?"
Aku tahu aku tak patut bercakap dengan nada begini, tapi, aku sangat terkilan dengan apa yang dia cakap dalam kereta tadi. Hati aku dah cukup terguris dengan kata-katanya dan untuk diganggu masa sekarang, aku tak rasa ini masa yang sesuai.
Aku faham kondisinya macam mana. Tapi, aku pun ada perasaan. Dahlah penat menjerit dekat rumah hantu tadi belum reda, ditambah pula dengan kerenah Ayden yang sukar dijangka, lagilah aku penat. Suara pun dah kedengaran serak dah sekarang.
Sebaik pintu lif terbuka, terus aku tinggalkan Ayden di belakang. Aku nak tenangkan diri!
***
Tiga hari berlalu, aku dan Ayden masih seperti malam yang lepas. Ego masing-masing menjulang tinggi. Ayden tak nak tegur aku, aku pun sama. Bercakap bila perlu sahaja seperti solat, makan dan memaklumkan kalau mana-mana antara kami berdua keluar.
Nak buat macam mana, Ayden sendiri yang minta begitu. Bertemu si lawannya Aisyh yang dah serupa sebaya dengan Ayden 22. Aku cuba untuk matang, tapi keadaan yang memaksa aku jadi seperti sekarang.
Ayden bersama Rheo di luar sebab kata doktor, dia nak cakap secara peribadi denganku.
Dr. Alan berdehem. "Okay, puan. Saya tidak mahu berdalih apa-apa dan mahu berterus-terang".
Pembuka kata Dr. Alan benar-benar mendebarkan aku. Apatah lagi apabila melihat doktor pakar yang berusia awal 40-an itu kelihatan agak serius. Jangan cakap Ayden ada kecederaan serius pada otak? Sebab apabila kami buat pemeriksaan, mereka katakan kesihatan Ayden dah semakin pulih. Cuma memori dia sahaja yang belum pulih.
"Setelah saya berbual dengan dia selama saya merawat dia, nampaknya susah untuk kembalikan ingatan dia sebab dia sendiri tidak mahu tolong diri dia sendiri. Dia cakap yang sebenarnya dia tak perlukan semua ini, dia nak terus hidup dalam dunia dia sekarang. Jadi, berdasarkan pengalaman saya, kalau pesakit bersikap begini, memang sukar untuk disembuhkan bahkan ada yang langsung tidak ingat sampai sekarang sebab tidak mahu berusaha sendiri.
Masalah ingatan ini kita tak boleh ambil ubat terus ingat. Selain menunggu keajaiban, mesti berusaha juga. Sepatutnya dia sudah boleh ingat sedikit demi sedikit sebab kecederaan pada otaknya tidak serius. Memang hentakan dulu agak kuat, tapi kondisi otaknya masih lagi stabil dan memang sepatutnya dia boleh ingat sedikit demi sedikit dan biasanya pesakit begini, mereka amnesia untuk jangka pendek saja". Dr. Alan jedakan lagi ayatnya manakala aku sudah terasa semput di dada. Aku faham apa yang Dr. Alan nak sampaikan sebab dia tak gunakan ayat berbelit pun.
"Tapi, dia tak nak tolong diri dia sendiri, jadi, itulah masalah besar dia. Kalau dibiarkan, saya risau kalau sampai bila-bila Tuan Ayden akan jadi macam sekarang," sambung Dr. Alan lagi.
Perlahan-lahan aku anggukkan kepala, memahami apa yang dia sampaikan walaupun agak lucu kedengaran bahasa Melayunya yang pelat Cina.
"Apa yang saya boleh buat, doktor?"
Dr. Alan lepaskan keluhan kecil. "Buat saja seperti yang saya beritahu sebelum ini sebab tiada ubat khusus untuk pesakit ini. Kita cuma mampu tolong apa yang termampu sebab selebihnya, itu usaha dia sendiri".
Kalau dah macam tu memang susahlah. Kalau doktor pun dia dah boleh layan begitu, inikan pula aku yang memang dia langsung tak ngam. Hmm.
Agak lama aku dan Dr. Alan berbual tentang kesihatan Ayden sehingga akhirnya aku pun meminta diri untuk keluar seraya berterima kasih kepadanya.
Sebaik tiba di tempat Ayden dan Rheo menunggu, terus Rheo bangun mendapatkan aku. "Macam mana?" soalnya.
Kami mula melangkah dengan Ayden di hadapan meninggalkan aku dan Rheo di belakang.
Aku mengeluh berat. "Doktor cakap, susah Ayden nak sembuh kalau perangai dia macam ni". Jawabku dengan nada pasrah.
Rheo kerut dahi. "Perangai macam mana?"
"Doktor cakap, Ayden yang tak nak ingat apa-apa. Dia nak jadi macam sekarang je".
Kalau tadi aku mengeluh, kali ini keluhan Rheo pun akhirnya terlepas sambil dia raup rambut perang aslinya ke belakang. Mata coklat itu memandang tepat ke arah Ayden yang selamba berjalan di hadapan, seolah-olah dia langsung tak sakit.
Walaupun hakikatnya sekarang, dia tengah sakit otak!
"Jadi, memang takde ubatlah?"
Aku gelengkan kepala sebagai jawapan. "Ubatnya ada dua. Masa dan usaha Ayden sendiri. Ayden boleh singkatkan masa tu kalau dia berusaha. Tapi, awak pun tengok sendiri keadaan dia macam mana. Dia lebih suka tinggal dalam masa lalu dia berbanding menerima kenyataan yang dia dah lima tahun ke hadapan".
Rheo mengeluh lagi dan lagi sambil geleng kepala, tak percaya dengan perangai sepupunya itu. "Satu benda yang Ayden tak pernah berubah dari dulu, kalau dia dah cakap A, memang dia akan buat A. Jangan mimpi nak suruh dia tukar B. Dia buatkan I risau sangat dengan keadaan dia sekarang".
Aku tergelak tanpa perasaan. "Kalau awak dah risau, inikan pulak saya yang kena hadap perangai budak-budak dia 24 jam".
Rheo menoleh ke arah aku. "Kalau you perlukan pertolongan, call I. Kalau you putus asa dengan perangai Ayden, bagitau I. Tahulah I nak buat apa".
"Maksud awak?"
"Believe me, Aisyh. I akan buat apa je untuk you.... Dan Ayden". Dia lorekkan senyuman nipis sambil membukakan pintu bahagian penumpang belakang untukku. Kelihatan Ayden yang berada di tempat duduk penumpang depan menjeling aku...
... tajam!
***
Riuh suasana di ruang tamu banglo ini dengan suara beradik Ayden yang bergabung. Kelibat mama tidak kelihatan sejak petang tadi, mungkin dia tahu yang sekarang aku berada di rumahnya.
Sekarang aku dan Ayden berada di banglo papa dan mama atas permintaan papa sebab nak tengok perkembangan kesihatan Ayden. Nak tengok perkembangan macam mana kalau anak dia sendiri malas nak berusaha.
Ayden sedang bermain dengan Leo membuatkan aku tersenyum sendiri. Dah macam bapak dengan anak pula lagaknya sekarang. Baby Abang Raehan di tangannya sambil dia bermain dengan Leo. Kadang-kadang baby tu menangis sebab diusik oleh dia dan Leo. Tapi, pandai pula dia pujuk membuatkan baby itu kembali tertawa.
Kak Ruhaila yang berada di sebelahku terus menepuk pahaku. "You tengok tu. Actually, dia tak sabar nak jadi daddy, tapi ego dia tinggi," bisik Kak Ruhaila. Automatik kulit wajahku terasa tebal dan panas.
Ayden nak ada anak? Berangan! Aku sentuh dia sikit pun dia dah merungut bagai nak rak. Macam aku ni bagi asid dekat kulit dia!
Aku tayangkan senyum kelat sambil garu kepala yang berbalut tudung. Lepas makan tadi, terus kami lepak di sini sebelum masuk bilik kata papa.
"Ayden, macam mana keadaan kamu sekarang? Dah okay?" Ayden yang sedang bermain dengan Leo dan baby Abang Raehan terus berhenti sambil memandang wajah papa.
Wajah itu tenang menyoal, sebab dia juga tahu keadaan Ayden macam mana.
"I'm okay, pa. Don't worry," jawabnya lemah sambil kembali menggomol pipi baby Abang Raehan. Aku tak tahu nama dia apa, jadi aku panggil dia baby sajalah.
"Are you sure? Papa dengar dari doctor yang Ayden tak nak usaha ingat balik. Betul?" lembut dala tegas papa menyoal Ayden. Dah macam menyoal budak-budak pun ada nada suara papa sekarang.
Lama Ayden diam, seolah-olah malas mahu melayan soalan papanya. Sebaliknya dia hanya terus bermain dengan anak buahnya.
"Ayden, papa tengah bercakap dengan Ayden ni". Tegur papa lagi.
Ayden mendengus kecil, terkejut juga aku melihat perangainya. Biasa sebelum ini, dia sangat hormat pada papanya. Kenapa sekarang dia berubah? Kuat sangat ke cinta dia pada Hazel sampai-sampai papa pun dia layan macam ni?
"I need timelah, pa. Can we just stop talking about this? Lama-lama Ayden ingatlah balik," balasnya dengan nada kurang senang.
Papa merungut perlahan melihat perangai anak ketiganya itu. Degil dan ikut cakap dia saja. "Dah, masuk bilik. Tidur. Rehat, especially you Ayden Raeqal," papa berdiri sambil jari telunjuknya diarahkan pada Ayden yang sedang duduk bersila di atas permaidani di kawasan ruang tamu ini.
Semua orang bangun dan mula melangkah menuju ke bilik masing-masing. Baby dengan mak dia manakala Leo bersama ayah dia. Yang tinggal sekarang hanyalah aku, Ayden dan Kak Ruhaila.
"Kak, you ada pil tak?"
Aku yang ingin melangkah, terus menoleh ke belakang semula.
"Pil? Pil apa?"
"Panadol ke, mana-mana pil sakit kepala. Peninglah dengar papa bebel tadi," terus Kak Ruhaila tumbuk lengannya.
"Tak baik cakap macam tu. Papa bebel pun sebab you sendiri yang cari pasal. Siapa suruh malas usaha nak ingat?"
Ayden jeling Kak Ruhaila dengan jelingan tak puas hati. "Daripada you join the club, baik you bagi I pil. I nak tidur lepas ni".
Kak Ruhaila julingkan matanya ke atas. "Aisyh, you masuk bilik dulu sebab akak nak bagi pil kejap dekat Ayden".
Mendengar sahaja itu, terus aku angguk dan panjat tangga.
Setibanya di dalam bilik, aku pun terus berbaring di sofa. Tahu sangat yang Ayden memang akan suruh aku tidur asing dengannya. Bukan sebab aku mengalah dengannya, tapi sebab aku dah penat sangat nak bergaduh mulut dengan Ayden.
Gambar lama aku gesek, gambar bersama dengan Ayden. Sungguh hati aku rindu setiap kali memandang gambar kami berdua. Walaupun tak banyak gambar senyum Ayden, gambar dia mencium ubun-ubunku setiap kali ambil gambar pun sudah cukup membahagiakan aku.
Ada kalanya dia akan lingkarkan tangannya pada leherku sambil dia labuhkan dagunya pada bahuku. Ya, tanpa senyuman pun aku dah rasa bahagia melihat momen itu.
Rindu.
Sesekali aku jenguk pintu, lama juga Ayden di bawah. Ni makan pil ke dah khayal dengan pil?
Tidak lama kemudian, pintu pun terkuak dan Ayden melangkah masuk. Panjang umur. Sebaik pintu ditutup, aku perasan ada perubahan pada Ayden. Kenapa aku nampak dia macam lemah semacam?
Pintu dikunci sambil dia bersandar pada pintu dengan tangan mencengkam rambut. "Awak, awak okay ke tu?" aku bangun dari pembaringan. Aku tidak terus mendekatinya, sebaliknya hanya melihat sahaja dia yang dah macam apa entah aku tengok.
Aku letakkan telefonku pada sofa sambil perlahan-lahan aku bangun dan menapak menuju ke arahnya. "Awak okay ke ni?" soalku, risau dan takut. Risau sebab tengok keadaan Ayden sekarang, takut sebab tengok Ayden macam kena sampuk.
Apabila jarak sudah didekati, aku tolak bahu dia dengan hujung jariku. Bahagian atas bajunya lencun dengan peluh, dia ni exercise dekat tangga ke apa?
Melihat reaksi dia tidak menakutkan, aku pun mula sentuh bahunya.
Terus Ayden tutup mata sambil memegang tangan aku. "Don't ... touch... m-me!" ujarnya.
Tapi kata yang keluar daripada mulut itu berlawanan dengan apa yang dia buat sekarang. Aku dah tak sentuh dia, sebaliknya dia yang pegang erat tanganku.
"Damn! Apa yang aku makan ni?" bisiknya keras.
"Kenapa awak ni Ayden?" aku bertambah risau melihat keadaannya sekarang. Sudahlah nafasnya tidak teratur awal tadi, setelah memegang tanganku, nafasnya menjadi semakin laju. Apa dah jadi?
"I... I ... rasa panas. I... want... something". Ucapnya tersekat-sekat, diselang-selikan dengan aturan nafas yang berterabur itu.
Memandangkan sebelah tanganku berada di dalam genggaman tangan Ayden, aku gunakan sebelah lagi untuk menarik wajahnya agar memandang aku. Matanya tertutup rapat membuatkan aku semakin gelisah melihat dia.
"Ayden..." panggilku.
Cepat-cepat Ayden rentap tanganku yang baru sahaja menyentuh kulit pipinya.
"Shit! Fucking shit! I want you, Aisyh!" bisiknya dengan suara yang sangat keras. Tanganku dilepaskan sambil tangannya memegang kedua-dua belah pipiku. Kali ini aku dapat melihat anak matanya yang menggelap menandakan Ayden....!
Dia dekatkan wajahnya dengan wajahku dan sekelip mata, bibirku menjadi santapan bibirnya. Rakus dia mengurut bibirku sehingga aku rasakan yang sekarang ini adalah bukan Ayden.
Aku cuba lepaskan tekapan tangannya pada pipiku, tapi tak mampu sebab dia memegang pipiku erat. "Ayden! Awak makan pil khayal ke apa ni?" jeritku cemas apabila ciuman terlerai seketika sambil kakiku mula melangkah ke belakang sebab Ayden dah melangkah ke depan dengan tangannya masih melekap pada pipiku.
"I don't know apa dah jadi dekat I. Tapi, yang I tahu, I nak you sekarang". Bisiknya serius. Jawabnya sambil menyambung ciuman yang tergendala beberapa saat.
Aku yang belum sedia, terus terbaring di atas katil sebaik kakiku terlanggar birai katil. Kelihatan halkum Ayden bergerak-gerak dengan pandangan matanya rakus memandang seluruh tubuhku yang berbalut baju tidur tebal. Ayden dah nampak macam perogol bersiri dah sekarang!
Aku duduk dari pembaringan sambil gelengkan kepala. "Ayden, saya tahu ni bukan diri awak yang sebenar. Awak bagitau saya kenapa awak jadi macam ni?" rambut kusutku akibat ramasan jemari kasar Ayden aku biarkan.
Ayden pun gelengkan kepalanya. Baju dicabut dari badan sambil dia bergerak mendekati aku. Peluh jantannya merenik di tepi dahi dan seluruh tubuhnya. Sesekali dia genggam tangannya kuat sambil memejam mata.
"I try to stop this feeling, but... I can't! Please Aisyh, I really, really need and want you right now".
"Ayden!" jeritku cemas apabila tubuhku ditarik mengejut ke arahnya.
Menyesal aku prihatin tak bertempat!
#Semoga terhibur. Next update belum tahu bila. Cuma cukup doakan supaya sis tak terkena virus writers' block hehe.
Sabar. Ada 50 bab semua, so, chill. Kita ada 12 bab sahaja lagi tinggal. So, lek lek lu. Hehe. Bye, selamat malam and assalamualaikum
Share this novel