Sejak aku bersetuju untuk tidur bermalam di rumah Ayden tempoh hari, akhirnya aku menyesal dengan keputusanku sendiri. Mana tidaknya, rumah keluarga Ayden dah serupa rumah kedua aku setelah rumah sewa.
Asal aku balik kerja, pasti aku akan diajak ke sana. Malah, dalam seminggu, tiga ke empat hari, pasti aku akan bermalam di rumah mewah itu. Bukan aku tak nak, tapi aku segan dengan layanan keluarga itu. Mereka melayan aku macam aku ni menantu mereka pulak. Ayden pun boleh tahan dalam bab mengusik sampai-sampai ahli keluarga dia ada yang tanya aku secara peribadi, apa sebenarnya hubungan kami?
Setiap kali soalan itu diajukan, aku hanya jawab yang kami hanya berkawan. Segan jugak sebenarnya nak cakap yang kami berkawan sebab aku pun tak tahu apa pandangan Ayden terhadapku. Entah-entah, bagi dia aku ni hanyalah peminat dia yang obses sampai-sampai dia bersimpati lalu mengajak aku ke rumahnya.
Selama ini aku ingat aku kenal sangat dengan seorang Ayden. Rupa-rupanya, masih banyak benda aku belum tahu tentangnya dan setelah dia banyak mengajak aku ke rumah keluarga dia, barulah sedikit demi sedikit perihal Ayden aku mula tahu.
Antaranya, dia seorang pencinta haiwan. Kalau dalam laman sosial Instagramnya, dia selalu ambil gambar dengan kucing. Tapi, tak sangka yang dia juga suka burung. Dekat villa mereka, terlampau banyak jenis burung yang dikumpulkan di dalam sangkar berbeza mengikut jenis burung.
Kalau kucing, dia ada bela lima belas ekor kucing jenis Parsi, Scottish Fold, Russian Blue, British Shorthair dan Manx. Dan, kesemua kucing ini juga memiliki ruangan mereka sendiri, siap ada pendingin hawa pulak tu! Ada penjaga sendiri, siap ada doktor peribadi. Cis, aku yang manusia ni rasa terhina pulak!
Dia juga ada membela beberapa ekor kuda. Tak lain tak bukan, semestinya kuda itu dibela bukan sahaja kerana minat terhadap haiwan, bahkan minatnya terhadap sukan Polo atau ramai yang kenal sebagai Sukan Para Raja. Dan, apa yang aku tahu, pasukan Ayden pernah mewakili Malaysia ke England dalam sukan ini beberapa tahun lepas dan berjaya peroleh juara. Disebabkan itulah Ayden terkenal sebagai HSA, singkatan bagi handsome, smart, and active. Mohon KJ tak tercabar. Haha.
Aku kurang ingat siapa kesemua ahli kumpulan dia. Cuma, aku ingat satu nama, iaitu Rheo. Aku tak kenal Rheo, aku ingat nama dia pun sebab antara banyak nama, nama itu yang kedengaran unik di telingaku.
Selain tu, kalau dalam majalah, Ayden ni dikatakan sememangnya aktif bersukan. Selain sukan Polo, dia jugak antara anak elit yang hebat dalam sukan tenis malah dulu, masa dia belajar di luar negara, dia dah berkali-kali menang untuk pertandingan itu.
Ayden juga seorang MMA Fighter, sampai-sampai dia ada buka pusat latihannya sendiri. Namanya, AR MMA. Aku ada tanya kenapa bagi AR, kenapa tak bagi je terus NAR? Rupa-rupanya, dia buka tempat latihan itu bersama Rheo, lelaki bernama unik itu. Jadi, AR itu adalah gabungan nama mereka, AydenRheo.
Masa dia cerita dekat aku pasal nama pusat latihan MMAnya itu, aku gelak kuat-kuat sampai sakit perut. Aku tak sangka pulak yang muka aisberg Ayden ni pandai pulak main gabung-gabung nama. Teringat pulak aku dekat kawan-kawan masa sekolah dulu yang gabung nama mereka dengan makwe dan pakwe.
Jadi, bila aku cakap macam tu dekat Ayden, serta-merta dia bagi jelingan maut dekat aku. Terus hilang gelak aku yang dah serupa angsa nak terberanak bila tengok mata dia tajam menikam mata aku. Perkataan daripada mulut dia memang takde apa-apa, tapi, aku yakin, ketajaman lidah itu dihantar sekali dengan ketajaman pandangan seorang Ayden. Sejak tu, aku cuba tahan tawaku bila dia ajak aku pergi ke pusat latihan itu.
"Aisyh!" Suara itu tiba-tiba sahaja melanggar gegendang telinga aku. Nasib baik berlapik shawl, kalau tak, aku rasa aku dah boleh pakai alat bantuan pendengaran disebabkan jeritan padu daripada Aira.
"Your mother is green!" Latahku. Cis, sempat pulak lidah aku nak melatah sambil translate bulat-bulat carutan budak-budak yang pernah viral suatu ketika dahulu.
Aira yang mendengar latahku, terus tergelak berdekah-dekah. Ceh, macamlah kelakar sangat tengok orang melatah.
Aku jeling dia. Ni mesti ada gosip terbaru ni. Aira ni, tengok dari muka, macam tak tahu nak sibuk hal orang, tetapi, kalau dia dah bukak mulut, kalah mak cik bawang kat kampung. Tapi jangan risau, biasanya gosip Aira ni melibatkan hati dan perasaan. Jarang aku tengok dia menyentuh pasal aib orang. Bak kata dia, "Aku jadi spy cinta je. Tapi, kalau pasal aib, aku masih boleh fikir waras. Belum sedia aku aib aku Allah bukak depan orang kat Mahsyar nanti". Dan, inilah sikap positif dia yang aku ikut sampai ke hari ini.
"Gilalah kau. Mother is green konon. Ceh, sejak rapat dengan Ayden tu, dah pandai dah kau termenung eh?" See? I told you. Dia mesti akan bawak gosip-gosip murahan macam ni.
Dengar sahaja kata-kata Aira, rasa macam nak sumbat je mulut minah ni guna bunga dia. Kalau tak pun, vase yang ada di dalam kedai ni aku letak atas kepala dia. Biar dia tahu, bergosip pasal aku adalah benda yang paling aku larang untuk dibualbiacarakan.
"Kau ni tak habis-habis nak kaitkan aku dengan Ayden. Aku takde apa-apa hubunganlah dengan dia," aku bersuara malas. Nanti, kalau aku marah-marah, lagilah minah ni suka usik-usik aku. Jadinya, hantar muka seposen dengan suara malas layan, rasanya aku dapat selamatkan diri.
Aira mencebik. "Aku yakin dia tu suka kau. Kau tu je yang buat-buat tak tahu, padahal hati dah berbunga mengalahkan bunga dalam kedai ni kan? Kan? Kan? Kan?". Aira masih lagi mencuba, siap laga-lagakan bahu kami. Dia tinggi, jadi, dia perlu menunduk sedikit untuk mempertemukan bahu kami.
Aku jeling je awek cantik ni. Kau jangan Aira, kalau aku bagi penampar sebiji, herot sebelah bibir kau aku kerjakan. Fuh, nasib baik kau kawan baik aku walaupun mulut tak reti nak diam, asyik nak mengusik aku aje kerjanya.
"Aisyh". Aira memanggil lagi. Kali ini, dia tidak lagi menjerit macam tadi. Hanya nada biasa sahaja dia gunakan.
Aku toleh dia sambil angkat kening, meminta dia untuk teruskan kata-katanya.
Aira tayang muka sedih. Pulak, tadi bukan main gelak macam tak ingat dunia, sekarang sedih? Dah kenapa minah ni?
"Kau ni dah kenapa?"
Aira mencebik lagi. Kali ini, cebikannya menandakan dia sedih, bukan meluat. "Minggu depan kau dah nak mengajar dah. Aku pulak, tiga minggu lagi nak sambung belajar. Mesti kau lupa kat aku kan? Yelah, kau dah kerja. Aku ni, masih belajar lagi". Mendengar sahaja kata-kata dia, terus aku tepuk lengan perempuan tinggi lampai mengalahkan tiang lampu tepi jalan ni. Mengaduh kesakitan jugak dia aku kerjakan dengan tangan kecil aku ni.
"Haa. Lain kali kalau bercakap guna otak. Jangan guna lutut. Apa kejadahnya aku nak lupa kat kau, sepatutnya ayat tu aku yang bagi. Kau tu belajar luar negara, aku ni dekat KL ni je. Ada hati nak buat drama free pulak". Bebel aku sambil meneruskan kerja aku. Aira yang mendengar, terus tayang muka menyampah.
"Ceh, bagi chancelah kat aku nak merasa jadi pelakon. Kau takpelah, lepas ni mesti kau famous sebab akan kahwin dengan Ayden kau tu. Aku ni? Nak famous pun perlu jadi pelakon dulu".
Aku dengar ayat budak ni rasa nak siku je bibir dia. Ayat drama sangat!
"Diamlah kau. Aku buat kerja pun tak senang". Aku malas betul kalau dia ni dah bukak isu Ayden. Mahunya sampai esok dia takkan berhenti bercakap pasal isu yang sama, ayat yang sama dan situasi yang sama. Silap hari bulan, aku pulak yang kena asma.
Aira julingkan matanya ke atas manakala aku jelirkan lidah kepadanya. Baru sahaja aku dan Aira ingin menunjukkan kebolehan otot muka masing-masing, tiba-tiba Kak Ana bersuara.
"Weh, weh!" Kali ini, Kak Ana yang berada di kaunter mula memanggil aku dan Aira.
Aku dan Aira berpandangan sebelum kaki melangkah ke arah Kak Ana yang begitu fokus memandang skrin iPhonenya. Entah apalah yang menarik sangat dengan telefon bimbitnya itu, aku tak pasti.
Setelah kami berdua berada di hadapannya, terus Kak Ana tunjukkan apa yang dipaparkan di skrin tersebut kepada aku dan Aira.
NEIL AYDEN RAEQAL SECARA RASMI MENJADI PENGURUS SYARIKAT BESAR NEIL A. CORPORATION
Itulah apa yang aku baca. Setakat ni, aku takde masalah membaca. Jadinya, apa yang aku bagitau ni, inilah kenyataannya. Hari ini, Ayden dah jadi pengurus baru syarikat gah itu dan sudah pasti berita mengenainya sudah tersebar ke seluruh dunia.
"Tak sangka, orang yang famous gini dapat kenal rapat dengan kau, Aisyh". Aku tak pasti Kak Ana nak puji atau nak sakat. Tapi, kalau tengok muka miang tu, rasanya, aku dah dapat cium nawaitu dia tu tahap apa.
"Dah mula. Inilah saya malas ni. Dahlah, saya nak sambung bersihkan bahagian belakang," sebelum aku teruk kena dengan budak berdua ni, lebih baik aku cepat-cepat angkat kaki.
Baru beberapa langkah aku tinggalkan mereka berdua, sempat aku tangkap ayat mereka yang berbaur Melodi. "Nanti, kalau dah kahwin, jangan lupa jemput". Ini ayat Kak Ana.
Kalau ayat Aira pulak, dia ni jenis bagi ayat novel. "Dan, jangan rahsiakan perkahwinan korang. Nak jugak merasa ada kawan ipar kaya-raya. Mana tahu kalau dia ada family yang handsome, merasalah jugak aku nak berlaki orang kaya macam kau, Aisyh". Aku pusing belakang, ikutkan hati aku sekarang, nak sahaja aku lagakan kepala dua beradik ni. Biar mereka kembali ke alam yang nyata. Banyak sangat baca cerita dongeng, tu pasallah bercakap pun pelik-pelik saja. Asyik nak bayangkan benda yang mustahil nak jadi.
Tapi kan, aku pun kadang-kadang macam tu. Tapi, tahap aku tak seteruk budak berdua tu. Sekurang-kurangnya aku ni masih di tahap berangan je, tak tercapai dek akal kalau betul benda tu berlaku. Biarlah Cinderella saja yang merasakan keindahan percintaan dengan putera raja.
Dan kau Aisyh, jangan nak berangan sangat ye! Teruskan je kerjaya kau jadi cikgu. Ada jodoh, terima. Takde jodoh, nak buat macam mana? Tunggulah bidadara syurga nanti temankan kau. Huhu.
Ă—Ă—Ă—
Hari ini balik awal lagi. Yeay. Lepas ni, aku nak beli aiskrim Milo dekat 7 Eleven. Entah kenapa tekak aku nak merasa aiskrim di situ, padahal kedai lain berlambak sahaja aiskrim itu dijual.
Setelah mengambil hasratku dan membuat pembayaran di kaunter, aku pun berjalan keluar meninggalkan 7 Eleven ini dengan aiskrim Milo di tangan. Lama dah mengidam nak makan, tapi selalunya tak terbeli sebab sibuk. Jadi, memandangkan hari ini aku sedikit lapang, jadinya aku pun cepat-cepat pecut pergi sini untuk memuaskan nafsu makanku yang membuak-buak.
Orang tua kata, kalau makanan yang kita idam tapi tak dimakan, nanti dapat malapetaka. Contohnya, macam jatuh tersadung kaki kat celah ketiak orang gitu. Itu contoh, jangan korang cakap aku ni gila pulak nanti.
Aku ni bukanlah nak percaya sangat benda tu, tapi kau tahulah, benda tu dah diset dalam otak sejak kecil, kadang-kadang aku terikut tanpa sedar.
Baru beberapa langkah aku keluar dari kedai ini, tiba-tiba aku terlanggar seseorang sehingga hampir berpusing macam gasing badan aku dibuatnya. Angkara perlanggaran itu juga, aiskrim aku yang sudah terbuka plastiknya telah dirasmikan oleh lantai berjubin ini. Terbuntang mata aku melihat kesayangan aku 'baring terlentang' di atas lantai.
Aku terus melutut, ingin menangis, orang cakap jangan diratapi mereka yang telah pergi. Jadi, aku cuba tahan sebak dan apabila aku sedar semula bahawa aiskrim aku sekarang pergi meninggalkan aku disebabkan oleh rempuhan seseorang, terus aku memandang ke atas untuk melihat siapalah yang letak mata kat tapak kaki!
Aku yakin, muka aku dah memerah dan hidung aku dah berasap. Jadinya, aku terus berdiri sambil menentang pandangan seorang lelaki di hadapan aku. Patutlah aku rasa hampir terpelanting tadi, rupa-rupanya Ayden 2.0 yang langgar aku. Dah rasa macam kena langgar dengan lori besar pun ada perasaan aku dibuatnya. Kenapa aku cakap yang dia ni Ayden 2.0? Kejap, nanti aku bagitau. Aku nak sound dia ni dulu!
"Awak tak nampak orang ke? Saya tahu badan saya kecik, tapi tak payahlah nak rempuh saya. Awak ingat saya ni apa? Mata? Mata letak kat mana? Mata letak kat muka, bukan kat tangan ke, tapak kaki ke. Ingat sikit!" Aku cuba kawal suaraku agar kami tidak menjadi perhatian orang yang lalu-lalang sambil-sambil aku tertiru budak darjah lima itu bercakap tanpa sengaja.
Lelaki itu jongket kening lalu membuka kaca matanya. Pffft, rasa hilang terus semangat aku nak marah. Mana tidaknya, mata dia ni seksi bak ang! Kalau nak dibandingkan dengan Ayden, rasanya mereka berada di tahap yang sama!
Aku telan liur. Cis, mulalah pendirian aku tergugat kalau tengok bidadara dunia ni.
"I'm sorry. Tunggu sini, I belikan you yang baru. Yang tu, tolong buang. Kita rakyat Malaysia, tak elok orang luar tengok kita suka buang sampah merata-rata". Suara dia beku sebeku muka dia. Pffft, walaupun beku, tapi ayat dia tu mahunya macam rasa nak cabut tangkai hati aku. Sentap walaupun aku sedar yang aiskrim ni jatuh bukan salah aku, tapi salah dia yang pakai cermin mata di tempat yang tak sepatutnya!
Aku tunggu di luar seperti yang dia katakan. Jangan cakap dia tipu sudah. Ada yang aku cucuk guna pin tudung kang, biar kempis semua otot di tubuhnya.
Oh ya, tadi aku cakap yang dia Ayden 2.0 kan? Hah, macam ni. Bukan, bukan muka dia yang sama. Tapi, aura mereka itu yang sama. Muka mereka sama beku, macam takde perasaan. Sayang saja muka kacak, tapi, senyuman tiada. Dan, yang paling membuatkan dia macam Ayden adalah saiz badan mereka yang sama berkotak-kotak, dah serupa Incredible Hulk dah aku tengok. Tapi tulah, dia Incredible Hulk versi handsome. Hikshiks.
Apa kau merepek ni, Aisyh? Jangan cakap kau minat dekat dia pulak? Eh kejap, kalau aku minat pun, apa salahnya kan? Aku mana ada pakwe mahupun tunang. Suami jauh sekali. Jadinya, takde sebab kenapa aku tak boleh minat kat laki ni.
Aisyh, ada je sebabnya. Dia tu dah jatuhkan aiskrim kau tadi, kan?
Haah, tapi, dia ganti balik. Kira settle lah?
Sedang asyik bahagian hati aku membuka pentas perdebatan, lelaki tadi pun datang kembali bersama aiskrim milo di tangan. Kalau tadi muka aku masam mencuka, kali ini sudah melebar senyuman aku tayangkan.
"Sorry". Ucapnya lagi sambil menghulurkan aiskrim itu kepada aku.
Aku terima huluran itu dengan rasa malu yang menebal dalam diri. "Err, saya minta maaf jugak sebab marahkan awak tadi". Aku menunduk, cis, masa ni pandai pulak menikus. Tadi bukan main lagi meroyan marahkan dia. Ohmai, serius aku malu dengan perangai aku tadi. Hanya disebabkan aiskrim, aku hilang rasa hormat terhadap orang lain.
Kemudian, lelaki itu berdehem membuatkan aku mengangkat wajahku untuk membalas pandangan dia. Membulat mata aku apabila melihat wajah beku itu melemparkan senyuman. Walaupun nipis, dia tampak macho. Ah sudah, Aisyh, kau dah kenapa ni.
"It's okay. Alright, I need to go. Bye". Dia memasang kembali kacamatanya dan melangkah yakin meninggalkan aku yang terkial-kial memandang susuk tubuh tegap itu yang semakin lama semakin jauh meninggalkan aku.
Aku pegang dada aku. Tak adalah pulak rasa berdebar sangat. Kalau dengan Ayden, bukan main lagi rancak berzumba hati aku ni. Padahal, mereka punya personaliti yang hampir sama.
Rezeki akulah kot jumpa lelaki handsome belakangan ini. Ah sudah, merepek lagi. Dahlah Aisyh, baik kau balik sekarang. Lagi lama kau kat sini, lagi ramai yang akan berniat untuk hantar kau pergi Tanjung Rambutan.
Baru sahaja aku ingin melangkah, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.
Ting!
Aku buka, semestinya mesej dari WhatsApp. Aku pun buka mesej itu dan ternyata, mesej itu datangnya daripada Ayden. Apa pulak halnya lelaki ni nak mesej aku? Tak habis-habis.
Ayden
Malam ni ada dinner dekat rumah nenda I.
So, you need to go with me.
I already buy you the dress for tonight
So, meet you girl. At 9 pm.
Terbuntang mengejut mata aku melihat mesej ini. Apa pula rancangan malam ini? Ah sudah, baru aku merancang nak baca novel yang baru aku beli. Dia ni rosakkan plan betullah! Eeeee!
Nak tolak? Aku sangat tak yakin. Korang belum kenal Ayden ni macam mana. Kalau hitam katanya, maka hitamlah. Kalau putih dia kata, maka putihlah. Dia takkan campurkan dua warna itu, jauh sekali kalau nak tukar warna yang telah dia pilih.
Jadinya, kalaupun aku bagi beribu alasan dekat dia nanti, aku yakin, mesej aku akan dibluetick dan tepat pukul 9 malam, dia akan terpacak depan rumah aku.
Ă—Ă—Ă—
Seperti yang dijanjikan, Ayden dah terpacak depan rumah tepat pada pukul 9 malam. Aku kali ini memakai dress yang dua kali ganda lebih cantik daripada malam yang lepas. Dress labuh kain lace yang berwarna kelabu ini membuatkan aku tampil begitu elegan. Hiasan pada dress ini tidaklah terlalu melampau, dan tidak terlalu kosong. Kalau orang pandang, akan membuatkan mereka rasa tak puas sekali pandang pakaian aku ini.
Riak? Buat apa nak riak? Baju ni pun Ayden yang spon, atas sebab apa pulak aku nak kena riak, kan?
Ayden seperti biasa, kalau aku pakai baju pemberian dia, semestinya bibirnya menguntum senyuman. Walaupun tak lebar, tapi cukuplah untuk aku rasa diriku cantik pada pandangan dia. Kahkah.
Dan malam ini, aku sekali lagi perasan, warna baju kami sama. Persis, tiada sedikitpun kelihatan seperti bajunya yang berwarna kelabu itu terlebih gelap ataupun cerah daripada aku. Sama sangat-sangat. Dia ni dah kenapa suka beli baju warna sama dengan aku?
Kami masuk ke dalam kereta. Malam ini, bukan lagi Haq yang memandu, sebaliknya Pak Mat, pemandu yang aku jumpa masa mula-mula dulu. Peristiwa yang mempertemukan aku dengan Ayden.
Seperti biasa, kami diam. Kalau dalam TV ni, mesti penonton cakap cerita ni cerita bisu. Yelah, kerja asyik nak diam saja. Tapi apakan daya, aku lebih selesa duduk di dalam kereta bersama Ayden tanpa dialog. Lagipula, aku tak tahu nak bualkan apa dengan dia.
"Aisyh". Nah, baru seru dia dah sampai dengan suara macho dia tu. Aku toleh sebelah, pandang dia yang sekarang sedang merenung lembut ke arah aku.
"Hmm?" Aku angkat kening, menandakan aku ingin tahu kata-kata selanjutnya yang bakal keluar daripada bibir itu.
Ayden pandang aku lama sehingga membuatkan aku tidak selesa. Dia pandang macam mahu memberitahu sesuatu, tetapi, kau tahu jelah Aisyh ni macam mana. Kau bagilah reaksi macam mana sekalipun, kalau tak bagitau apa sebenarnya yang berlaku, tak adanya aku akan faham. Sebab tulah aku pernah juara main catur masa sekolah menengah dulu, sebab tak paham reaksi muka orang.
Mana tidaknya, orang duk senyum sinis dekat aku, aku balas dengan muka blur. Sebab aku tak faham, kenapa perlu senyum sinis padahal dia tengah buka jalan untuk aku jalankan misi checkmate? Pelik? Bukan aku yang pelik, lawan aku tu yang pelik.
Ayden kemudian menggeleng. Lepas panggil aku, dia taknak bercakap pulak. Pelik betul!
Diam lagi. Masing-masing lemparkan pandangan ke luar tingkap.
Tiba-tiba, aku dengar Ayden bergumam sendirian. Dan, antara gumamannya yang aku dengar ialah tak habis-habis dengan perkataan 'Damn!'nya. Aku tak tahulah dia tengah marah dekat siapa, yang pasti, aku nampak rahang dia bergerak-gerak dan urat di tangannya mulai timbul kerana menggenggam terlalu kuat. Dia ni marahkan aku ke?
"Awak?" Giliran aku memecahkan kesunyian antara kami. Risau betul aku kalau dia marah dekat aku. Mahunya aku dibaling keluar sampai melekat atas menara KLCC nanti, tak ke niaya aku dibuatnya?
Ayden kelihatan hela nafas perlahan sebelum dia menoleh ke arah aku. Apabila mata kami bersabung, Ayden lemparkan senyuman nipis, ingin menyembunyikan amarah dia sebentar tadi. "Yes?" Kening tebalnya diangkat membuatkan wajahnya kelihatan begitu seksi sekali malam ini. Ah sudah, dah kenapa kau ni Aisyh? Lepas jumpa mamat petang tadi, makin merepek kau eh?
"Awak okay ke? Saya nampak awak macam ada masalah je?" Tanya aku.
Ayden diam seketika. Aku tak pasti, dia diam tu adalah sebagai jawapan atau apa. Yelah, orang cakap diam tu tandanya mengiakan. Manalah tahu kot-kot Ayden jawab soalan aku dengan hanya mendiamkan diri?
"I have no problem when you're beside me". Dia senyum senget dan kemudian pandang semula ke depan. Aku yang mendengar, mulalah rasa hati ni bergimrama.
'Dia tunang orang tu, Aisyh. Dia cakap macam tu sebab nak bergurau je. Kau jangan nak perasan sangat eh?'
Aku dah mula bagi amaran buat diri sendiri. Ayden ni pun satu, dah tahu aku ni jemis manusia yang miangnya mengalahkan kucing jantan cari awek, masih jugak dia nak bergurau begitu dengan aku. Pening aa macam ni!
Ă—Ă—Ă—
Perjalanan dari pagar utama rumah nenda Ayden menuju ke perkarangan mahunya mengambil masa lebih kurang lima minit jugak. Jauhnya! Mereka ni buat rumah atau istana sebenarnya ni? Duduk dalam kereta pun ambil masa yang sedikit lama, inikan pulak kalau aku tiba-tiba jadi Cinderella keluar daripada rumah nendanya Ayden, mahunya ambil masa sepuluh minit jugak!
Seperti biasa, Ayden pasti akan membukakan pintu kereta buatku. Entah apalah seronok sangat buka pintu dari luar, aku pun tak tahu. Yang pastinya, aku hanya akan menunggu dan keluar apabila pintu sudah terbuka.
Sebaik jasad aku sudah keluar daripada pusat pacuan empat roda itu, serta-merta mata aku hampir terkeluar daripada soketnya. Kali ini, aku dah betul-betul yakin yang sekarang aku bukan berada di hadapan sebuah rumah, tetapi seperti berada di hotel lima bintang! Sangat mewah! Masya-Allah.
"Come, Aisyh. Kita naik atas." Seperti lembu dicucuk hidung, aku mengikut sahaja apa yang Ayden katakan. Apabila aku pandang ke bawah, sekali lagi aku tergamam. Rupanya, di bawah lantai ini adalah kolam air dan kami pula sedang melangkah di atas kaca yang menghalang kami daripada berenang masuk ke dalam kolam di bawah.
Rupa-rupanya, malam ini mereka tidak meraikan makan malam di ruangan dapur, sebaliknya di rooftop villa ini. Sebab itulah aku dah macam orang yang sangat jakun, tidak habis-habis ternganga memandang sekeliling rumah ini daripada tadi. Betul ke aku sekarang dekat Malaysia? Ah sudah, rupanya selama ini aku pandang rendah terhadap negara sendiri!
Setibanya di rooftop, sekali lagi aku dikejutkan dengan hiasan di sini. Dan, seperti biasa, aku dan Ayden menjadi peserta terakhir tiba di sini.
Seperti yang lepas, buat kesekian kalinya, aku menjadi perhatian keluarga Ayden. Aku tak pastilah kenapa, yang jelas sekarang, seorang wanita tua dan seorang gadis cantik memandang aku dengan riak begitu terkejut. Keluarga Ayden sendiri pun sedikit kelihatan kaget melihat aku, mungkin tidak menyangka yang aku akan datang malam ini di dalam majlis besarnya.
Dan.. seorang lagi yang terkejut melihat aku dan aku sendiri pun terkejut melihat dia. Ayden 2.0? apa hubungannya dengan Ayden? Kawan?
Aku pandang Ayden di sebelah. "Awak, saya dijemput ke ni? Seganlah saya family awak tengok saya macam saya ni tetamu yang tak diundang." Aku meluahkan rasa risauku. Aku yakin, nendanya Ayden dan perempuan cantik yang semestinya tunang Ayden ini rasa kurang senang melihat kedatangan aku di sini.
"Kenapa pulak tak dijemput? Ini majlis I, hak I nak jemput sesiapa." Kedengarannya agak angkuh, tetapi itulah kenyataannya. Dia ada bagitahu aku bahawa majlis malam ini adalah untuk meraikan dia yang secara rasminya mengambil alih kedudukan papanya dalam syarikat gah itu. Tapi, apabila aku melihat wajah-wajah asing itu, semestinya di sini bukan untukku. Yang aku kenal pun hanya keluarga kecil Ayden, manakala nenda dan Melissa, aku cuma sekadar kenal nama dan Hulk tu pula aku sekadar kenal muka. Ada seorang lelaki dan wanita yang aku yakini usia mereka dalam lingkungan empat puluh ke lima puluh tahun yang aku tak kenal langsung.
Apabila Ayden meminta aku untuk melangkah, aku tarik sedikit lengan bajunya. "Tak payahlah, kita balik. Saya seganlah." Bisik aku kepadanya.
Ayden jongket kening sambil jelling aku di sebelahnya. Walaupun aku pakai wedges, namun, ketinggian Ayden masih lagi mendominasi ketinggian aku. Pendek tu, buatlah cara pendek Aisyh oi!
"Please don't be crazy, sweety. I takkan biarkan you balik sebelum I suruh you balik. I dah ajak you pergi sini, so, you kena juga tunggu sini sampai majlis tamat." Dia berkata selamba lalu melangkah ke hadapan. Sempat dia menggerakkan kepalanya, memberi isyarat supaya aku mengikutnya.
Aku teragak-agak, serius aku rasa canggung sekarang ini. Lagi-lagi apabila nendanya Ayden dan Melissa mencerlung tajam pandang aku. Aduh, rasa malu semakin meluap-luap. Mahunya aku dihalau di hadapan keluarganya nanti,macam mana?
"Aisyh!" panggil Ayden sedikit tegas apabila melihat aku masih tidak berganjak daripada tempat aku berdiri tadi. Terkedek-kedek aku mengikut langkahnya.
Apabila kami berada di meja makan, Ayden menarik kerusi, memberi ruang untukku menyelinap di celah meja dan kerusi itu dan menyorongkannya apabila aku hendak melabuhkan punggung. Guess what, aku berada di tempat duduk ketiga dari depan, berhadapan Hulk. Di sebelah Hulk, Melissa manakala di sebelah Melissa pula Nenda Marissa. Masing-masing memandang aku dengan riak kurang senang.
Aku pandang Ayden di sebelah, wajahnya selamba, seolah-olah dia tidak perasan akan riak wajah kedua-duanya itu. Kalau aku jadi Melissa pun, memang aku akan marah apabila tengok tunang sendiri berjalan bersama wanita lain. Tapi, takkanlah tergugat tengok aku kot? Aku bukannya cantik macam dia.
Kami makan. Sunyi tanpa suara. Sesekali aku pandang wajah Ayden yang tenang menyumbatkan makanan ke dalam mulut. Selepas itu, aku melihat pula Melissa dan tiba-tiba mata kami bersabung. Dapat aku rasa ada perasaan marah di sebalik wajah tenang itu kerana renungannya sangat tajam. Dah kenapa ni? Adakah dia tidak tahu tentang Ayden yang sering heret aku ke sana ke mari?
"Why are you still here? Who ask you to come here?" walaupun wajah Nenda Marissa tidak memandang ke arah aku, tetapi aku tahu bahawa soalan itu ditujukan kepada aku. Rasa payau pula makanan nak lalu esofagus sekarang ini!
Belum sempat aku menjawab, Ayden terlebih dahulu bersuara. "I ask her to come with me. Well, this is my party right? I can ask anyone come to join me." Seperti Nenda Marissa, tenang sahaja suara itu berkata. Kalau orang tidak mendengar butir bicara mereka, sudah pasti mereka mengagak bahawa mereka sedang berbincang hal dengan tenang sekali. Tetapi, apabila berada semeja dengan mereka, barulah tahu bahawa ada aura kurang senang dalam kata-kata mereka.
"Ayden, mana you kutip dia?" kini, giliran Melissa pula bersuara. Ewah, ewah. Aku je selama ini anggap dia cantik dan baik, rupa-rupanya jauh panggang dari api! Boleh pulak dia cakap macam tu dekat aku? Dia ingat aku ni barang terbuang ke apa sampai-sampai perlu dikutip?
Aku berdehem, bersedia untuk melontarkan hujah. Tetapi sayang, Ayden halang balik nawaitu suciku itu!
"You ingat dia apa sampai-sampai I perlu kutip? Kalau you yang orang cakap macam tu, I tak hairan." Rasa nak terjatuh rahang aku dengar jawapan Ayden, lagi-lagi dia bersuara dengan selamba, seselamba wajahnya. Dalam masa yang sama, aku rasa nak bertepuk tangan kemenangan apabila melihat wajah kelat Melissa.
Melissa hentak meja. Matanya tajam pandang aku dan Ayden silih berganti. Aku pula rasa seram tengok mata yang berwarna kelabu itu memandang aku. Dah serupa mata kucing pun ada.
Baru sahaja Melissa hendak buka mulut, Nenda Marissa menghalang. Seolah-olah apa yang bakal dikatakan itu adalah sesuatu yang boleh menggelapkan masa depan mereka.
"Stop! Depan makanan pun nak gaduh ke? Melissa? Aisyh daripada tadi diam, yang Melissa pulak nak marah-marah ni kenapa?" Walaupun tidak lantang, namun nada tegasnya cukup membuatkan kami semua terdiam. Uhuk, sempat jugak bapak Si Ayden ni back-up aku.
Sebenarnya, kalau ikutkan hati aku tadi, memang spagetti ni hinggap dekat muka Si Melissa Rose. Biar dia tahu macam mana cara make up yang sebetulnya.
Tapi, lepas dipuji Tuan Besar Neil Khalil, terus aku jadi wanita yang paling ayu. Cis! Hipokrit sangat, Aisyh.
"Macam mana dia boleh hi..." Belum habis ayat Melissa, terus nenda menekup mulut gadis itu membuatkan ayat itu tergantung begitu saja. Aku yang mendengar, rasa tertanya-tanya pula.
Aku pandang keluarga Ayden, masing-masing tayang muka cuak. Lelaki Hulk petang tadi pula tidak habis-habis pandang aku daripada tadi dengan pandangan sejuk beku dia tu. Selepas itu, aku pandang pula wajah Ayden. Dari sisi wajah pun sudah nampak kemerahan wajah itu. Urat-urat di dahi mula timbul dan dadanya naik turun dengan pantas.
"Ayden, tell me, kenapa Ayden bawak dia? Dia siapa dengan Ayden? Ayden jangan lupa yang Ayden dah bertunang". Giliran Nenda Marissa berkata. Dia juga kelihatan marah, namun, nada suara masih dikawal.
Semuanya terdiam, menanti jawapan Ayden. Aku pun terdiam, bukan kerana menanti jawapannya, sebaliknya hanya menunggu sahaja Ayden akan isytiharkan aku sebagai peminat yang obses terhadap dia dan aku yakin, pergaduhan di meja makan ini bakal tamat setelah ini dan semuanya pasti akan menghela nafas lega.
Aku? Aku semestinya berasa malu. Di sini tempatnya keluarga Ayden, aku pula sibuk-sibuk berada di sini sehingga aku menjadi isu pergaduhan mereka.
Sesaat.. Dua saat.. Tiga saat.. Em...
"She's my future wife". Jawab Ayden tenang, seolah-olah kata-katanya tadi bukanlah masalah besar untuk diguraukan.
Semua terlopong, begitu juga aku. Dia ni nak kelentong pun, agak-agaklah! Mesti Melissa yang paling terkejut, mana tidaknya, tunang tercinta sesuka hati sahaja buat pengakuan bodoh macam tu. Dia ni memang cari nahas. Nak bergurau pun berpada-padalah.
"Sorry?" Melissa bersuara.
Nenda Marissa pula dah macam kena strok muka dia sebab terkejut. Alahai nenda, janganlah risau. Cucumu ini bergurau saja tu.
"Nureen Raisyha is my future wife. Is it clear enough now?" Kali ini, suara Ayden lebih jelas dan aku rasa macam nak terjatuh dari kerusi disebabkan kata-katanya itu.
"No!!" Jerit nenda dan Melissa serentak. Aku pandang Hulk, dia pun kelihatan sedikit terkejut manakala keluarga Ayden kelihatannya seperti sedang menahan senyum. Mungkin mereka tahu bahawa perkataan Ayden selepas ini adalah, "Aprilfool!"
Tapi, sangkaanku meleset apabila Ayden pandang wajah aku. "I'm serious".
Mata aku membulat sebelum aku pandang kesemua ahli keluarga ini. Ada yang terkejut, dan sudah pasti ada yang marah.
Aku buat-buat ketawa. "Awak ni, tak kelakarlah. Sorry semua, Ayden bergurau je". Aku sambung gelak plastikku itu sambil tutup mulut.
"No Aisyh. I'm serious". Aku balas pandangan Ayden, untuk mencari kot-kot ada perkataan 'AkuTipuJe'. Tetapi sayang, aku memang tak pandai baca fikiran orang. Bagi aku sekarang, Ayden benar-benar serius.
"How about me? Ayden, kita dah bertunang!" Melissa memberontak. Apabila dia cuba bangun, Hulk itu lebih cepat menarik lengannya supaya duduk kembali. Dia meronta, namun apabila melihat pandangan beku Hulk itu, terus dia akur.
"Sejak bila kita bertunang? You yang terhegeh-hegeh bagitau dekat satu dunia yang you adalah tunang I. Sedangkan, kita takde hubungan apa-apapun. So? What's the problem?" Ayden jongket keningnya. Aku pula dah rasa kering bibir dengar keluarga ini bergaduh.
Terkejut juga aku dengar pengakuan Ayden itu. Jadi, selama ini mereka tiada hubunganlah? Patutlah aku tengok hanya Melissa sahaja yang rajin muatnaik gambar Ayden dengan caption, MY FIANCÉ.
Manakala Ayden pula, langsung sekalipun tidak pernah memuatnaik gambar Melissa. Gambar yang Melissa muatnaik itu pun gambar candid dari jauh. Tak pernah aku tengok mereka berdua ambil gambar bersama. Pfft, jadi selama ini aku cuba jaga hati untuk hubungan yang tak wujudlah maknanya?
"Ayden! Jangan ingkar cakap nenda! If I tell no, it means no! You need to marry Melissa, not her!" Nenda Marissa tunjuk tepat ke arah aku. Eh orang tua ni, ada yang aku sekeh kepala ni kang.
"Kalau Ayden still nak ingkar, nenda nak buat apa? Sekarang, Ayden uruskan syarikat Neil A. Corporation. So, kalau nenda nak tengok syarikat tu tersenarai sebagai syarikat muflis, silakan halang perkahwinan kami". Tegas, namun tidak ada sedikitpun nada marah dia gunakan.
Aku perasan hujung bibir Ayden tersenyum sinis setelah memandang wajah pucat lesi Nenda Marissa dan juga Melissa Rose. Aku pandang wajah Tuan Besar Neil Khalil dan keluarganya juga kelihatan tergamam. Hulk pula kelihatan tenang manakala wanita yang berada di sisi Hulk dan lelaki yang duduk di hujung meja berhadapan dengan papa Ayden kelihatan keliru.
Sama macam aku.
Aku pun tengah keliru dengan drama keluarga ini. Haraplah mereka hanya buat prank.
"I bagi amaran. Sesiapa yang halang perkahwinan I dengan Aisyh, you'll be sorry". Ayat itu aku rasa hanya dilemparkan untuk nenda dan Melissa kerana anak mata seksinya tertumpu buat dua orang itu.
"Come, sweety. Let's go. I hantar you balik". Tanpa amaran, dia terus capai lengan dan tarik aku untuk meninggalkan tempat ini. Aku pula terkedek-kedek mengikut langkah besarnya dan cepat-cepat lepaskan lengan aku daripada genggamannya apabila aku tersedar bahawa tangan berurat itu elok menggenggam lengan aku sebentar tadi.
Betulke apa yang jadi ni? Aku harap ini mimpi!
"You owe me an explanation, Ayden!"
#Do comment something if you wanna read the next chapt :) ??
#Sorry for being late, i have a lot of assignments to do. Hehe??
#Semoga terhibur
#Sorry cerita sis tak hebat macam yg lain
#Sis cuma harap uolls trhibur. ;)
#AydenXAisyh
Share this novel