Chapter x pnjang, so, pejam celik dah habis. Do vote and comment ??
Okay, selamat membaca.
?
AYDEN??AISYH
"TUAN, buat apa tu?" Haq halakan telefon bimbitnya ke arah Ayden.
Ayden memandang ke arah kamera sebelum dia lemparkan senyuman. Kemudian, dia tayangkan skrin telefon bimbitnya yang berhiaskan gambar aku. "I'm missing this girl". Ujarnya sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah gambar aku di telefon bimbitnya.
"Boss, I miss her too". Haq buat-buat muka serius sebelum bahunya ditumbuk oleh Ayden.
Haq kemudiannya tergelak. "Puan, ada orang jealous". Ujarnya lalu menjauhkan diri daripada Ayden. Aku usap air mata dengan jari sambil jedakan video tersebut, video terakhir yang Haq hantar kepadaku. Beberapa jam sebelum dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang melibatkan nyawanya dan menjejaskan diri Ayden.
Daripada riak wajah gembira Haq, kenapalah di sebaliknya aku tak perasan yang wajah itu akan hilang daripada pandanganku buat selama-lamanya? Kenapa aku anggap perubahan sikap Haq hanyalah disebabkan dia sudah bahagia bersama Salwa? Kenapa lambat sangat aku perasan semua ni?
Andai kata Ayden tersedar nanti, apa yang aku akan beritahu dia tentang Haq? Boleh ke dia terima sahabat baik yang sentiasa ada di sisinya, yang sentiasa melindunginya, yang dia anggap sebagai adik beradik sendiri, kini sudah pergi tak kembali?
Baru beberapa jam urusan pengebumian Haq berlalu, aku dapat rasa satu kehilangan yang sangat besar. Kalau aku dah rasa macam ni, aku tak dapat bayangkan perasaan Salwa. Sudahlah dia berkali-kali pengsan sejak semalam, risau pulak aku tengok keadaan dia.
Aku pandang di sekeliling bilik besar yang sunyi ini. Rindunya aku pada Ayden, hanya Allah yang tahu. Sakitnya hati aku apabila melihat wayar berselirat di tubuhnya, hanya Allah jua yang memahami.
Aku capai bantal Ayden, dan aku kucup dengan rasa sayu yang mencengkam di hati. Air mata yang aku cuba tahan, akhirnya tewas jua yang pada awalnya mengalir perlahan dan semakin lama semakin kuat sehingga membasahi bantal yang berada dalam pelukanku saat ini.
"Ayden, s-saya... s-saya rindukan a-awak. K-kenapa awak buatkan saya t-tunggu awak lagi sekali? Awak tahu t-tak yang s-saya dah siapkan makanan kesukaan awak dan Haq? K-kenapa buat saya macam ni?"
Esakan tangis membuatkan kata-kataku tersekat-sekat. Hati aku merintih, rindukan suami yang janji akan pulang ke rumah ini. Tapi kenapa dia mungkiri janji tu? Kenapa dia lebih suka duduk di hospital tu sedangkan aku yang menunggu dia di rumah ini?
Kedengaran pintu bilik diketuk sebelum dibuka. Kelihatan wajah Rafeeqah dan Kak Ruhaila menjengukku dari muka pintu. Tanpa menunggu izin daripadaku, mereka berdua pun masuk. "Aisyh, bersiap cepat sayang. Kita jenguk Ayden". Pujuk Kak Ruhaila sambil kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas katilku.
"Ada apa-apa perkembangan tentang Ayden ke, kak?" soalku sambil menyeka air mata dengan telapak tangan.
"Papa kata, pihak polis ada benda nak diberitahu. Tapi, tunggu Aisyh pergi hospital, barulah papa izinkan pihak polis beritahu hal sebenar".
"Hal sebenar?"
Kak Ruhaila angguk. "Papa nampaknya dah tahu, tapi, dia masih rahsiakan sebab papa nak Aisyh ada sekali dekat sana nanti, dengar sendiri daripada mulut pihak polis. Jadi, bersiaplah Aisyh. Family kita tunggu dekat sana. Malam nanti tidur dekat banglo, jangan tidur sorang-sorang kat sini. Don't let yourself alone. You need someone to express your feeling with. Salwa balik kampung, kan?"
Aku angguk. Salwa ambil cuti untuk pulang ke kampung lepas 'hantar' Haq ke pusaranya. Lepas dia pengsan sekejap tadi, dia pun beritahu aku yang dia pulang ke kampung selama seminggu.
"Tapi, saya rindukan Ayden".
"Yes, I know. Tapi you jangan biarkan diri you meratap macam ni. Tak baik untuk mental dan jiwa you. You need to stay healthy inside and out supaya Ayden tak sedih tengok keadaan Aisyh bila dia dah sedar nanti".
Akankah ada peluang untuk Ayden sedar?
"Betul ke Aisyh pembawa malang dalam family ni, kak? Feeqah?" tanpa memberi respon kepada kata-kata Kak Ruhaila, aku mula mempersoal tentang kata-kata nenda dan mama. Adakah benar disebabkan oleh aku, Ayden dan Haq jadi seperti sekarang?
"Astaghfirullahalazim, mengucap Kak Aisyh. Kak, akak sendiri pun tahu kan semua ni adalah qada' dan qadar. Semua dah tertulis sebaik roh kita ditiup semasa kita dalam kandungan lagi. Mungkin ini cara Haq temui ajal, accident hanya asbab supaya kita tak benci dekat malaikat maut. Kak, ini semua Allah dah tentukan. Jangan cakap benda-benda yang boleh memesongkan akidah dan iman kita," tegur Rafeeqah pula.
Mendengarkan teguran itu, terus aku pandang remaja yang muda beberapa tahun daripadaku ini. Dia masih budak lagi, tapi fikirannya lebih matang daripada aku.
Cepat-cepat aku istighfar, aku sedar tentang keterlanjuran kata-kataku. Aku tak patut mempersoalkan tentang apa yang jadi. Aisyh, kau pun pernah belajar yang semua yang jadi dekat diri kita memang dah ditetapkan oleh Allah.
Ya Allah, kenapa dengan aku ni?
"Yes Aisyh. You tak berhak cakap yang semua ni adalah berpunca daripada you, sedangkan satu-satunya yang berkuasa untuk tentukan ajal maut dan nasib seseorang manusia itu adalah Allah sahaja. Kita manusia, kita takde kaitan pun dalam urusan nasib manusia lain. Dah, Aisyh bersiap, ambil wudhuk, dan kita solat zohor berjemaah sekejap sebelum kita berangkat ke hospital. Dah, cepat Aisyh".
Aku bangkit dari katil lantas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Apabila air jernih itu mula menyentuh setiap inci kulitku, sedikit sebanyak ketenangan di hati mulai terasa.
Sesungguhnya setiap perkara yang Allah perintahkan kepada umat manusia, tidak pernah menemui titik sia-sia. Semuanya bersebab dan mempunyai hikmahnya tersendiri.
×××
"Akak tak fahamlah kenapa ramai sangat wartawan tak boleh nak hormat perasaan kita sekarang. Kalau tanya keadaan Ayden, akak boleh terima. Ini, adakah patut tanya pasal Aisyh? Kakak tak boleh terima soalan yang seorang tu tadi. Biadap sangat soalan tu," dari tadi Kak Ruhaila masih marahkan wartawan tersebut.
Mana tidaknya, soalan mereka bukanlah berkenaan kesihatan Ayden, sebaliknya mempersoalkan tentang kehadiran aku bersama-sama Rafeeqah dan Kak Ruhaila. Nasib baik ada bodyguard yang mengelilingi, kalau tidak, rasanya aku sudah menjadi mangsa yang dihimpit puluhan wartawan yang ingin mendapatkan cerita sensasi bagi syarikat mereka.
Dan hari ini adalah hari bersejarah buatku dan kesemua yang mengenali Ayden. Ya, aku sudah menjelaskan status sebenar tentang perkahwinan aku dan Ayden atas nasihat papa dan ahli keluarga Ayden yang lain. Semuanya adalah bertujuan bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak enak bagi pihak Ayden.
Aku hormat keputusan mereka. Bahkan aku sudah dimaklumkan tentang kehadiran wartawan yang berlambak di perkarangan hospital. Disebabkan itulah, aku terpaksa buat pengakuan tentang status kami kini.
Aku harap aku bersedia menerima sebarang kecaman dalam keadaan aku sekarang. Termasuk kecaman daripada nenda, mama dan Melissa. Mereka bertiga sebenarnya berusaha untuk menghalang aku daripada membuat pengakuan secara tidak rasmi itu kerana risau dengan status dan nama syarikat. Tapi, atas ketegasan papa, mereka bertiga terpaksa menutup mulut.
"Tulah pasal. Ni tengok sekarang, cepat je berita tentang Kak Aisyh tersebar dalam internet," omel Rafeeqah pula sambil jari runcing itu menggesek skrin iphonenya.
Helaan nafasku kedengaran agak berat, seberat perasaanku tika ini. Aku cuba abaikan tentang perkara tadi dan mula beri fokus sepenuhnya untuk Ayden. Biarlah orang nak kecam pun, bukan aku yang beria-ia nak kahwin dengan Ayden. Allah yang dah tetapkan jodoh kami berdua.
"Tuan Ayden sudah berkahwin? Gadis Perampas Sebenarnya Isteri Tuan Ayden Raeqal? Cinta Hati Melissa Rose Kini Milik Orang? Tuan Ayden Pilih Orang Ketiga. Oh my God, apa benda yang diorang tulis ni? Diorang tak belajar tentang etika menulis ke? Sorry Aisyh letakkan you dalam situasi sekarang," ujar Kak Ruhaila lagi.
Rupa-rupanya mereka masih ingat lagi tentang kisah aku dan Melissa Rose dulu rupanya. Ingatkan dah lupa, rupa-rupanya tidak bahkan sekarang sudah menjadi bahan untuk tajuk utama artikel mereka. Tak kurang juga media-media luar yang turut mengeluarkan cerita yang hampir sama sehinggakan berita tentang kemalangan ini tenggelam dek gossip murahan.
"It's okay, kak. Salah Aisyh jugak sebab tak terus terang dari awal. Mungkin nilah balasan untuk Aisyh yang paksa Ayden untuk rahsiakan perkahwinan kami. Jadi, nak tak nak, Aisyh kena hadap jugak," aku ukirkan senyuman, menandakan yang aku okay walaupun hakikatnya adalah tidak sama sekali.
Kak Ruhaila urut belakang aku sebelum dia peluk bahuku. Kemudian, langkah terus diatur menuju ke ward Ayden.
×××
Tangan Ayden aku usap sebelum aku bawa ke bibir. "Bangun, sayang. Saya tunggu awak". Umpama zikir, inilah ayat-ayat yang sentiasa meniti di bibirku saat ini.
Terasa hilang separuh jiwa aku apabila melihat begitu banyak wayar berselirat di tubuh Ayden. Sesekali aku melihat kadar degupan jantung Ayden pada skrin mesin penunjuk degupan jantung membuatkan aku rasa sesak nafas. Sekejap nafasnya laju, sekejap perlahan.
"Ayden, saya tahu awak kuat. Awak kena sihat macam dulu," ucapku lagi. Papa izinkan aku untuk menjaga Ayden malam ini. Di luar pula para bodyguard yang jaga sebab papa risau akan keselamatanku seorang diri di sini.
Teringat aku tentang laporan yang dimaklumkan tadi. Rasa marah, tertanya-tanya, geram dan kecewa bercampur menjadi satu.
"Setelah kami buat pemeriksaan ke atas kenderaan yang digunakan oleh kedua-dua mangsa, kami simpulkan yang kemalangan ni adalah kemalangan terancang. Ada pihak tak bertanggungjawab telah sabotaj kenderaan Tuan Ayden dengan memotong brek kereta tersebut," laporan yang diutarakan oleh Inspektor Mazlan sedikit sebanyak membuatkan kami terkejut.
"Siapa yang aniaya anak saya?" Mama sudah berdiri, pandangan dihalakan pada wajah hitam manis milik Inspektor Mazlan.
"Maaf, untuk perkara tersebut, kami belum ada jawapan sebab pihak kami masih periksa CCTV di ruangan parkir tempat Tuan Ayden meletakkan kenderaan beliau. Jadi, pihak kami masih lagi memeriksa CCTV dari hari pertama Tuan Ayden letakkan kereta sampailah beliau kembali semula ke Malaysia. Untuk setakat ini, suspek masih belum kami jumpa," terang Inspektor Mazlan lagi, membuatkan aku rasa sesak nafas tiba-tiba.
Teringatkan tentang perkara tersebut membuatkan aku sangat penasaran tentang siapa yang sampai hati aniaya Ayden sampai macam ni sekali? Kalaulah aku tahu siapa dalang sebalik semua ni, sumpah aku cakap, aku akan pastikan hidup dia sengsara sebelum dia dihukum gantung. Mandatori!
Dan kenapa Ayden tak suruh bodyguard dia yang lain pergi jemput? Kenapa perlu nak letakkan kereta di kawasan letak kereta peribadi yang jauh dari rumah macam tu?
'Aisyh, semua ni Allah dah rancang baik-baik'. Aku ingatkan diri sendiri.
"Ayden, awak nak tahu tak, awaklah lelaki terbaik selain abah dan Air yang pernah hadir dalam hidup saya. Awak sayangkan saya, buatkan saya rasa darjat kaya miskin ni tak wujud pun dalam dunia. Sebab darjat awak sebagai seorang suami untuk saya dah kaburkan yang lain.
Saya rindu awak. Saya rindu masa awak peluk saya. Saya rasa saya sentiasa selamat bila ada dalam pelukan awak. Saya rindu masa awak usik saya, selagi saya tak merajuk, selagi tulah awak akan usik. Bila saya dah merajuk, mesti awak akan pujuk".
Aku tersenyum sambil airmata aku seka dengan ibu jari. "Kalau awak pujuk, awak pujuk betul-betul sampai-sampai saya rasa saya tak sampai hati nak merajuk lama-lama dekat awak. Saya rindu nak dengar awak nyanyi, jarang jumpa manusia beku macam awak pandai nyanyi".
Aku tergelak kecil, terasa seperti Ayden sedang mendengar kata-kataku. Dadanya kelihatan berombak tenang, berbeza dengan tadi.
"Awak, bangunlah cepat. Saya tak tahan hidup macam sekarang. Mama tak sayangkan saya. Kenapa awak paksa mama sukakan saya, padahal sebaliknya yang jadi? Peminat-peminat awak pulak bencikan saya. Diorang cakap saya yang sebabkan awak jadi macam sekarang. Kalau awak sedar, mesti awak akan tutup mulut diorang semua, kan? Mesti awak yang akan lindungi saya sekarang, kan?" air mata kembali mengalir, tak cukup jari aku untuk menyekanya sebab semakin lama semakin kuat mengalir. Seakan-akan tiada henti.
"Saya rindu awak sangat-sangat, Ayden. Saya rindu nak dengar awak menjerit sebab saya tarik bulu kaki awak. Bangunlah, saya mohon. Dahlah awak tinggalkan saya pergi Jakarta dua minggu, sekarang awak tinggalkan saya sekali lagi. Kali ni saya tak tahu, bila awak akan kembali dekat saya.
Awak kena bangun. Awak kan cakap awak nak jadi daddy untuk anak-anak kita? Please jangan tinggalkan saya Ayden, saya tak nak awak tinggalkan saya kalau satu hari nanti saya pregnant. Saya nak anak-anak kita tengok daddy diorang yang hebat, perfect, handsome, macho, cute, walaupun selalu pakai seluar pendek tunjuk bulu kaki lebat macam hutan belantara".
Masih tiada respon. Aku tak tahu berapa banyak ayat dah aku ucapkan tadi, tapi Ayden masih tak nak bangun. Ayden sengaja nak hukum aku ke? Adakah aku jahat sangat jadi isteri sampai-sampai Ayden tak nak jumpa aku?
Aku hela nafas. Perit tekak aku akibat terlalu banyak menangis dan dalam masa yang sama, 'berbual' dengan Ayden. "Cantik loket yang awak beli ni. Pandai awak pilih. Tak sangka awak ni romantik sangat-sangat walaupun awak selalu marahkan saya. Tapi saya suka dengar awak marah-marah sebab saya tahu awak risaukan saya. Kalau kita ada anak nanti, saya dah tahu daddy diorang ni jenis yang macam mana. Strict, lepastu garang, tapi penyayang".
Loket pemberian Ayden selamat berada di tanganku. Loket yang pihak polis jumpa di dalam genggaman tangan Ayden semasa dia terbaring di atas jalan raya. Sempat aku bersihkan sebab ada sedikit darah yang melekat pada loket tersebut.
"Ayden, Aisyh. Tengok ni, dari nama kita pun Allah dah tunjukkan yang kita ni pasangan serasi. Awak, Neil Ayden Raeqal. Saya, Nureen Rasiyha. Nama kita samalah, sayang. Ada huruf N dan huruf R. Lepastu, nama samaran kita pulak bermula dengan huruf A tau. Tak sangka bukan perangai kita je yang saling melengkapi, nama pun tunjukkan yang kita ni serasi".
Air mata tidak mampu aku tahan, malah semakin lama semakin membasahi pipi. Air mata yang membasahi tangan Ayden cepat-cepat aku lap sebelum tangan kekar itu aku cium lagi dan lagi dan lagi.
"Kalau saya tahu siapa yang buat awak dan Haq macam ni, saya janji saya takkan lepaskan. Dia tak berhak buatkan suami saya macam ni. Dia tak berhak bunuh kawan baik suami saya macam ni. Saya akan pastikan dia dapat hukuman yang setimpal. I promise you, sayang". Janjiku.
Wajah Ayden kelihatan tenang walaupun kepalanya berbalut dengan bandage. Doktor cakap anggota badan yang lain hanya mengalami sedikit calar sahaja. Yang membuatkan dia koma adalah hentakan pada kepalanya yang sangat kuat malah doktor tak jamin bila dia akan sedar.
Bahkan, tiada jaminan daripada pihak doktor untuk Ayden bangun semula. Kalau ada pun, keajaiban daripada Allah. Isteri mana yang tidak terkilan mendengar perkara ini?
"Bangun tau. I'm waiting for you... Abang".
#Kalau ada yg x feel baca bab2 sedih ni, sis fhm. Sis baca balik pun gitu je. xde perasaan. Haha.
Apa2pun, semoga trhibur. Thanks kpd yg dh follow sis punya ig.
Next update belum tahu bila. Tapi sis xkan tunda lama2 ?? Sis sndiri pun x sabar nak habiskan ??
Kepada warga novelplus, kalau nampak tanda soal banyak2 tu, ekceli tu adalah emoji. hehe.
Share this novel