Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
SEBAIK sahaja kereta selamat diparkir di perkarangan rumah, aku pun ingin membuka pintu kereta. Tetapi, tiba-tiba Ayden mencuit bahuku membuatkan aku menoleh semula ke arahnya.
"Malam nanti kan majlis tu?" tanya Ayden dan aku angguk sahaja sebagai jawapan. Sebenarnya aku masih lagi marah dekat Ayden berkenaan semalam. Tak habis-habis dia nak sebut-sebut nama Hazel dia tu.
Tapi hampeh, jangankan nak pujuk mahupun minta maaf, tanya kenapa aku diam pun tiada. Aku sahaja tunggu permohonan maaf ataupun segala jenis seangkatan dengannya keluar daripada bibir nipis Ayden, tapi kesian, dia anggap benda tu tak salahpun.
Apa dia buat, lepas aku bangun, dia jalani hidup macam biasa, macam tiada apa yang berlaku. Cuma memang dia jaga sepanjang aku pening kepala tulah. Ada jugak dia suruh pergi klinik, tapi aku tolak sebab aku tahu kalau pening macam ni, aku kena tenangkan minda dengan tidur.
"Kalau bangun nanti masih tak sembuh, kita pergi klinik ataupun I call personal doctor datang check". Ini pesannya masa aku berselubung di dalam comforter. Aku balas dengan 'hmm' sahaja sebab hati masih sakit.
Nasib baik lepas tu memang kepala aku tak pening lagi dah sebab aku memang takut nak pergi klinik sebenarnya, seriau tengok jarum-jarum.
Sebaik kaki melangkah keluar, kelihatan abah dan mak berada di tangga paling bawah manakala Air teruja melambaikan tangannya dari beranda. Pak Man kelihatan sedang garu-garu kepala berbual dengan abah.
Kepulangan kali ini sedikit aneh sebab sepanjang perjalanan tadi, banyak kepala menoleh ke arah kereta yang kami naiki, termasuk kereta Alphard yang dinaiki oleh papa, Raeef dan Rheo. Papa yang pandu kereta hari ini sebab lama dah tak memandu katanya.
Mama dekat KL, sibuk dengan persatuan katanya. Abang Raehan dan keluarga kecilnya pergi bercuti ke luar negara sebab masa penerbangan mereka bertembung dengan majlis doa selamat ini sebab mereka dah tempah awal tiket sebelum majlis ini ditetapkan tarikhnya. Kak Ruhaila pula balik ke rumah mentuanya setelah sekian lama mereka tinggal di rumah sendiri. Manakal Rafeeqah masih lagi menghadapi SPM dia.
Aku dan Ayden berjalan seiringan menuju ke tangga yang menjadi lokasi pemujukan abah supaya Pak Man balik masa aku dan Ayden balik nanti.
"Seganlah. Aku tak bawak apa-apa pun pergi sini," jawab Pak Man.
"Alah, pekan tak sampai sepuluh minit dah sampai. Nanti aku belanjalah," pujuk abah pula.
"Kenapa?" suara Ayden mencelah sambil kening tebal itu diangkat setelah dia bersalaman dengan mak dan abah. Tadi dia tanya macam mana muka abah dan aku pun bagitau dia yang dekat rumah aku tiada orang lain selain mak abah dan Air saja. Dia pun angguk faham.
"Ni ha Ayden, Pak Man kamu ni. Segan sangat nak tidur sini. Katanya dia tak bawak pakaian, jadi abah pun ajak dia pergi beli dekat pekan. Tapi dia tak nak jugak," adu abah membuatkan wajah Pak Man semakin bersalah.
"Membazirlah, Lan," jawab Pak Man perlahan.
"Pak Man lupa bawak beg ke? Kalau macam tu, nanti Ayden dengan Aisyhlah pergi pekan. Sebab Pak Man kan ada cakap dekat Ayden hari tu yang Pak Man nak tidur dekat sini". Kali ini wajah Pak Man kelihatan memerah, nampak comel pulak raut wajah tua itu kemerahan membuatkan aku tersenyum sendiri.
"Laa, lupa bawak beg ke? Takpelah, Ayden sendiri pun cakap dia nak pergi beli dengan Aisyh". Ayden angguk-angguk kepala sambil menyangkutkan Ray Bannya pada leher baju tshirtnya.
"Dah, dah. Kita naik dulu. Saya dah siapkan air dah. Jemput naik". Baru sahaja berlalu beberapa saat ayat mak, kedengaran hon dibunyikan. Serta-merta kepala kami menoleh ke arah Alphard yang sedang diparkir di belakang BMW milik Raeef tersebut.
Kami memandang sahaja langkah mereka keluar dan melangkah menuju ke arah kami dengan beg masing-masing di belakang. "Pak Man, beg Pak Man lupa ni," ujar Raeef sambil menunjukkan beg pakaian di tangannya.
Kelihatan wajah Pak Man tersenyum lega sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil beg tersebut. "Takpe, Pak Man. Kita naik. Biar Raeef yang ambilkan," ujar Raeef membuatkan Pak Man kembali serba salah.
Ayden tersenyum kecil melihat wajah Pak Man lalu dia pun menepuk bahu orang tua itu. "Dah, Pak Man. Kami dah anggap Pak Man macam family sendiri. Takkanlah nak segan lagi. Jomlah kita naik," Ayden memimpin tangan orang tua itu membuatkan aku rasa sebak. Sebegitu sekali keluarga ini melayan pekerjanya.
Bak kata maid masa kami berbual, keluarga Neil ini boleh jadi berganda-ganda baik kalau pekerja baik dekat mereka. Dan berganda-ganda jahat kalau ada yang cari pasal. Contohnya, sekali tertangkap tak buat kerja, amaran diberikan. Tapi, kalau buat lagi untuk kali yang kedua, tiada amaran, sebaliknya kena pecat terus. 'Bekerja bukan untuk menipu'. Kata mereka. Kau rasa?
Air meletakkan kesemua beg di dalam bilik tetamu. Pak Man cakap dia nak tidur dekat ruang tamu sebab lagi selesa katanya. Jadi, abah pun buat keputusan untuk tidur di ruang tamu juga malam ini.
Manakala Rheo dan Raeef kata dia nak tidur sekali dengan abah, Pak Man dan papa tidur di ruang tamu malam ini.
"Ha, macam mana Ayden? Dah okay?" tanya abah sambil tolong mak agihkan air kepada mereka semua.
Ayden pandang aku dengan riak serba salahnya. Risaulah tu aku mengadu dekat abah. "Er, okay alhamdulillah, bah". Jawabnya perlahan.
"Okay apanya, Lan. Dia tak nak sembuh sebab masih ingatkan bekas dia. Geram saya kadang-kadang, kasihan Aisyh," sup! Semua diam lepas dengar suara papa. Ayden pula diam dengan pakej menunduk, telinga mula memerah menandakan dia malu. Kalau marah, dahinya berurat. Tapi sekarang, dahinya bebas daripada timbul serbarang urat.
Abah dan mak tergelak, manakala Air dah buat muka geram. Aku faham sangat dengan budak tu. Kalau dia buli aku takpe, jangan orang lain buli aku. Memang nahas orang tu dia kerjakan. Nampaklah dari sini dia tengah genggam penumbuk.
"Biasalah tu. Ayden kan sakit lagi, nanti sembuh, okaylah tu. Dulu masa Ayden sihat, Ayden selalu manjakan Aisyh. Ha, bagi Aisyh rasa pulak macam mana dia layan Ayden dulu," aku tahu abah bergurau, tapi tetap aku rasa sedih. Bah, kalaulah abah tahu yang dulu Ayden layan Aisyh baik sebab dia bayangkan Aisyh ni Hazel.
Aku tak pernah ceritakan masalah rumahtangga aku dan Ayden dekat keluarga aku sebab aku tahu, walaupun mereka nampak tenang di luar, di dalam pasti penuh risau. Lagi-lagi si mak. Macam masa aku putus cinta dengan Ammar Faiz dulu, maklah yang paling banyak nasihatkan aku supaya jangan kembali dekat Ammar Faiz tu sebab mungkin lelaki itu akan ulangi kesilapan dia. Haa, kuasa mak katakan!
"Mana boleh macam tu, Lan. Ayden tetap suami Aisyh. Susah mana pun nak terima kenyataan, tetap dia kena jaga perasaan Aisyh. Dengar tak ni, Ayden?" Ayden diam lagi mendengar kata papa. Kelihatan halkumnya bergerak membuatkan aku rasa kasihan pula melihat wajah itu yang serba-salah.
Aku urut belakangnya. "Takpelah, pa. Aisyh anggap ni semua ujian Allah, mungkin DIA nak tengok macam mana Aisyh jaga suami Aisyh masa suami sakit. Adakah Aisyh tinggalkan dia, ataupun setia dekat sisi dia," selesai aku berkata begitu, terus Ayden pandang aku dengan riak tak percaya.
Aku hanya balas dengan senyuman tipis apabila mata kami bertentangan. Ya benar hati aku sakit, tapi aku tak nafikan yang aku juga mencintai dia setulus hatiku.
×××
"Kenapalah kamu nak sembunyikan perkahwinan kamu ni, Aisyh? Kamu tahu tak, orang kampung duk cerita pasal kamu lepas suami kamu accident hari tu," rungut Mak Long sambil tangannya lincah memasukkan hidangan ke dalam talam.
Aku telan liur sambil tersengih kambing. Tiada jawapan untuk aku jawab soalan itu sebab jawapannya terlalu peribadi. Yang tahu hanyalah keluarga kami berdua serta Aira dan Salwa sahaja. Selebihnya, sifar. Tiada yang tahu.
Orang ramai sudah mula memenuhi ruang tamu sebaik sahaja ahli masjid sudah melabuhkan punggung mereka. Beberapa lelaki muda mula menuju ke dapur untuk mengambil hidangan makanan untuk dihidangkan di ruang tamu.
Sebaik sahaja Ayden dan Rheo melangkah ke dapur, semua kaum wanita sudah mulai berbisik sesama sendiri. Hmm, saja nak cakap, yang sorang tu laki aku.
Tak kurang juga anak gadis memfokuskan pandangan mereka pada Raeef. Mana tidaknya, di usia yang muda itu, wajahnya sudah kelihatan kacak dengan wajah beku sama seperti abangnya. Bezanya, dia tidak berotot sangat saja. Badan pakej-pakej jambu macam Si Air.
Ayden malam ini memakai baju Melayu biru lembut dengan lengan dilipat sehingga ke siku menampakkan urat tangannya. Mana tidaknya dia menjadi tatapan si anak dara.
"Kejap, Abang Ayden. Biar Sepia yang ambilkan untuk Abang Ayden," Sepia berdiri dengan talam berisi hidangan di dalamnya. Damn! Kenapa aku tak perasan dia ada di kawasan perempuan ni? Dasar kodok!
"Saiful, tak payah nak bagi sangat dekat Tuan Ayden. Baik kamu angkat talam tu dan hantar pergi depan sana. Kamu tu laki," suara mak Si Sepia membuatkan semua terdiam dengan senyum lucu tersungging di bibir masing-masing.
Manakala wajah Sepia mulai kelat sambil dia memandang aku dah tersenyum sinis di sini. "Apa gelak-gelak? Perempuan malang! Dahlah dulu menipu cakap dia ni kawan, rupa-rupanya dah jadi laki. Kesian, kahwin dengan orang kaya, tapi tak diumum depan ramai orang," sinis kata-kata Sepia membuatkan telinga aku terasa berasap. Eh, eh! Kurang ajar punya makhluk dua alam!
Baru sahaja aku mahu membalas kata-katanya, kelihatan Ayden terlebih dahulu bersuara setelah dia berdehem kuat. Bergema ruangan dapur ini dibuatnya. "Excuse me, orang yang you cakapkan malang tu adalah my wife. You cakap macam tu dekat dia, sama dengan you cari pasal dengan I. Make sure lepas ni I tak dengar kata-kata macam ni keluar lagi daripada mulut you, ataupun mana-mana orang. Or, you'll be sorry".
Wajahnya serius tanpa riak membuatkan kawasan dapur ini sunyi serta-merta. Kalau tadi agak bising, tapi sekarang sunyi sepi sehinggakan suara abah yang ketuai bacaan doa pun kedengaran dengan jelas sampai sini.
Setelah Ayden berkata begitu, dengan selambanya dia mengangkat talam berisi hidangan lalu melangkah menuju ke ruang tamu. Erk, aku tak salah dengar ke yang tadi dia bela aku?
"I'm sorry, Ayden masih belum sembuh sepenuhnya. Harap tak ada yang ambil hati dengan apa yang dia cakap," pinta Rheo sambil tersenyum kelat. Mungkin dia tidak senang melihat tingkah Ayden yang selamba dia sahaja memarahi Sepia.
"Tak payah nak minta maaf sangatlah. Memang mulut dia suami isteri jenis celupar. Padanlah tu berkahwin. Nasib baik Aisyh ni tak kahwin dengan anak aku. Entah-entah nanti anak aku pun ikut celupar macam mulut perempuan tu," suara sumbang itu milik Mak Ton. Kalau lupa, Mak Ton ini adalah mak si Ammar Faiz itu.
Aku tarik nafas dan hembus perlahan. "Lagi elok mulut celupar daripada gatal nak rampas bini orang. Padanlah Mak Ton beranakkan dia, sama-sama mata duitan. Bila tengok Aisyh dah ada kerja tetap macam sekarang, baru terhegeh-hegeh nakkan balik. Macamlah mati nanti kena kubur dalam duit," aku tahu aku kedengaran agak kurang ajar, tapi, dengan emosi aku yang tak menentu sekarang, entah kenapa ringan sahaja mulutku untuk mengaibkan Mak Ton depan orang ramai.
"Kurang ajar kau, kan? Laila, aku nak balik. Menyesal aku tolong dekat sini tadi, tapi penyudahnya anak kau jadi kurang ajar macam ni," Mak Ton berdiri lalu melangkah ke pintu belakang.
"Eh, Ton! Janganlah macam ni. Makanlah dulu". Pujuk mak. Tetamu yang lainnya sudah terkebil-kebil memandang drama sebabak antara kami.
"Ah, sudah! Aku malaslah nak tunggu sini. Aku nak balik," cepat-cepat Mak Ton menuruni anak tangga. Marah betul dia dengan aku. Aku peduli apa? Kalau bercakap dengan aku jenis tak sayang mulut, beribu kali ganda aku takkan sayangkan mulut aku untuk membalas kata-kata mereka.
Semua orang kampung dah maklum dengan perangaiku yang memang kaki menjawab kelas pertama. Tapi, mereka juga tahu menjawab, menjawab aku, apa yang keluar daripada mulutku adalah perkara benar. Bak kata mereka, "Aisyh ni bukan jenis bawang, tapi, jangan macam-macam. Diam-diam tu sebenarnya dia tahu semua benda".
Ya, aku mengaku itu sebab aku jenis malas nak bergaduh sebab kalau bergaduh, memang akan ada yang terguris hati dengan kata-kataku. Macam Mak Ton dan Sepia.
"Aisyh, kenapa cakap macam tu? Kamu tu dah jadi isteri orang, tak malu ke bergaduh depan orang kampung?" kali ini, amarah mak diberikan kepada aku. Wajahnya ketat menampakkan yang mak betul-betul marahkan aku. Mungkin dia malu sebab dalam majlis begini pun aku masih sempat bergaduh dengan orang yang dah tolong aku.
Tapi, Aisyh adalah Aisyh. Mana mahunya aku mengaku salah sebab bagi aku, kata-kata Mak Ton tu lebih keterlaluan berbanding dengan apa yang aku katakan. Kalau dia tak mulakan tadi, tak adanya aku akan jadi sekurang ajar begini.
"Apa pulak salah Aisyh? Mak dengar sendiri siapa yang start dulu tadikan? Kenapa nak salahkan Aisyh pulak?" nada aku perlahan, tapi jelas kedengaran tidak puas hati membuatkan tetamu di sebelahku tepuk-tepuk bahuku sambil cakap, 'Sabar, Aisyh sabar'.
"Aisyh!" nada mak tegas, tapi agak perlahan. Mungkin sebab malu dengan tetamu, bertekak depan mereka. Aku ni pula jenis sensitif, sudahlah rasa sedih semalam masih lagi tersisa, ditambah pula dengan amarah depan tetamu, lagilah aku rasa nak merajuk.
Macam Mak Ton, aku pun angkat kaki dari situ. Aku abaikan semua pandangan mereka padaku. Yang aku tahu, aku nak pergi masuk bilik saja sekarang ini.
Sampai sahaja bilik, tanpa dipinta aku terus hamburkan tangisan dengan wajah ditekup pada lutut. Ah, kenapa aku sensitif sangat ni? Emosi aku dah makin tak stabil sahaja.
Serta-merta aku pegang kepala yang kembali berdenyut. Aduhai, masa nilah nak migrain bagai. Rasa nak termuntah, aku tahankan sebab perut aku masih lagi kosong sebab belum jamah makan malam tadi sebab sibuk urusan di dapur.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar membuatkan aku angkat sedikit wajah untuk melihat gerangan siapa yang berani-beraninya masuk ke dalam bilik.
Hm, Ayden rupanya.
Terus aku kembali tekup wajahku pada lutut dan kemudiannya, terasa tilam di sebelah terhenyak menandakan Ayden sudah melabuhkan punggung di sebelahku.
"You ni dah kenapa?" tanya Ayden sambil turunkan kedua-dua belah kaki aku dengan kekuatannya. Walaupun aku dah cuba tahan tadi, tapi dia masih berjaya lepaskan kakiku yang menjadi tempat sandaran muka aku.
Aku angkat muka dan berbalas pandangan dengannya. Geram aku, dahlah masuk bilik suka hati, lepastu suka hati dia saja tarik kaki aku.
"Awak yang kenapa? Suka hati je masuk bilik," dengan mata yang masih kebasahan dengan air mata, aku tetap membalas kata-kata Ayden.
Dia jeling aku. "Tak nampak orang masih dekat luar? Kenapa you masuk bilik macam ni?" Marahnya.
Argh, stress aku. Asyik-asyik nak bergaduh! "Awak takkan fahamlah! Kalau saya cakap pun, bukannya awak ingat!" aku baringkan diri sambil tekupkan wajah pada bantal.
"Dahlah tu, kita keluar. Nanti apa orang lain cakap tengok you masuk bilik masa orang lain masih dekat luar," kedengaran seperti dia memujuk aku. Walaupun nadanya mendatar, tapi sudah cukup untuk aku dengar ada pujukan terselit sedikit dalam kata-katanya.
"Tak nak! Awak jangan nak paksa saya, okay? Dahlah Mak Ton malukan saya depan orang, lepastu mak marahkan saya sebab lawan cakap Mak Ton. Kalau awak datang sekarang nak marahkan saya, baik awak keluar. Saya masuk sini sebab saya nak tenangkan perasaan saya," laju sahaja aku membebel dengan hati yang sakit sangat sekarang.
Kalau Ayden datang sini semata-mata nak cari pasal dengan aku, dia salah masa sebab aku takkan dapat ramal apa yang akan aku buat kalau dia cari pasal sekarang.
Tiba-tiba, bantal yang melekap pada wajahku ditarik mengejut oleh Ayden. Baru sahaja aku ingin marahkan dia, terasa jemari kasar itu mengesat air mata aku membuatkan aku terkebil-kebil sendiri. Dah kenapa dia ni? Ingatan dah makin pulih ke apa?
"Jangan perasan, eh? I buat semua ni sebab I malas nak tengok isteri I jadi cengeng macam ni. Dah, kita keluar. Takkan tuan rumah terperuk dalam bilik. Nanti diorang ingat kita tak sabar sangat nak buat baby," wajahnya selamba menuturkan kata-kata itu membuatkan aku pukul lengannya.
"Mulut dari dulu memang suka cakap direct macam ni, kan? Dahlah, kalau awak nak keluar, keluar jelah. Tak payah nak ajak saya," marahku sambil menolak tubuhnya. Tolakanku sebenarnya tidak memberi kesan apa pun dekat dia sebab sedikit pun dia tidak berganjak daripada tempat duduknya.
Ayden memusingkan badannya supaya menghadap aku. Wajahnya serius. "You memang jenis degil macam ni ke? Dahlah degil, tak nak dengar cakap. Macam mana I boleh hadap you dulu, eh?" soalnya sambil menjentik dahi aku.
Aku tepis tangannya walaupun jentikan sudah berjaya dilabuhkan pada dahiku. "Awak tak pernah tahan hadap saya dulu". Bohongku.
Sebab yang hakikat sebenar, Ayden yang dulu sangat sabar hadap perangai aku yang bertukar-tukar angin monsunnya.
Ayden jongketkan keningnya sambil lemparkan pandangan curiga padaku. "Eh? Nanti tanya abah".
Terus aku rasa nak tercekik tudung. Tanya abah, memang sah-sahlah abah akan jawab yang Ayden layan aku elok-elok walaupun realitinya memang begitu. Tapi, mesti nanti Ayden akan jadikan perkara itu sebagai modalnya untuk kenakan aku.
Aku duduk sambil mencerlung tajam ke arahnya. "Eeee, dahlah! Kalau awak nak cari pasal dengan saya, baik awak keluar sekarang! Keluar!" marahku sambil menolak-nolak tubuh besar itu.
Dan kemudian, dia tahan kedua-dua belah tanganku dengan sebelah tangannya sahaja. Pandangan dalam dia berikan kepada aku. "Cepat keluar sebelum I buat yang bukan-bukan dekat you," suara dalam dia gunakan sambil dia dekatkan wajahnya padaku.
Aku telan liur. Peristiwa dua malam lepas kembali bermain di minda membuatkan aku cuba untuk lepaskan pegangan tangannya pada pergelangan tanganku, tapi tidak berjaya. Sebaliknya dia berikan pandangan mencabar kepadaku.
"L-lepaslah," aku cuba lagi, tapi masih aku tak mampu sebab kekuatan Ayden sangat kuat. Aku yakin lepas dia lepaskan genggaman dia ni, memang berbekas tangan aku dibuatnya.
"Boleh, dengan syarat kita keluar," dia masih lagi memaksa aku keluar.
Aku ni pulak jenis dungu, masih juga mahu menggelengkan kepala. Sebenarnya aku gelengkan kepala sebab tak nak Ayden buat apa-apa dekat aku. Tapi nampaknya Ayden salah tafsirkan gelengan aku tu.
Terus dia jegilkan matanya menandakan dia tak percaya aku masih mampu berdegil dalam keadaan sekarang. "You nak tahu satu benda? I tahan diri nak kiss you sebenarnya. Lepas malam tu, I tak sangka you boleh jadi a good kisser. And jujur I cakap.... I ketagih nak rasakan bibir you dan I bercantum macam malam tu," dengar sahaja bisikan seram itu, terus aku telan liur berkali-kali. Apatah lagi apabila Ayden mula dekatkan diri dan wajahnya denganku. Matanya fokus pada bibirku membuatkan aku terus mengemam bibir.
"O-okay! Kita keluar!" aku mengala akhirnya. Ini bukan amnesia lagi namanya. Aku syak masa dia accident hari tu, ada wayar otak dia yang terputus. Tu yang gila semacam! Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Tak faham aku!
Ayden tersengih lalu jauhkan wajahnya daripada aku. Dia kemudiannya berdiri sambil hulurkan tangannya padaku. Aku angkat kening dan tayang muka pelik. "Dah kenapa?"
"Kita keluarlah. Jangan perasan eh, I buat semua ni sebab mak suruh I pujuk you". Okay, tiba-tiba rasa sedih aku bila dengar dia cakap macam ni. Rupanya dia beria nak pujuk aku, sebab mak yang suruh. Patutlah lain macam saja cara dia!
Aku mengesot ke birai katil dan kemudiannya berdiri. Tangan yang dia hulurkan, aku abaikan saja. Tak ikhlas, tak payah nak beria tunjuk yang kami ni pasangan bahagia. Tak payah nak tipu orang sangatlah!
"Tadi dekat luar, banyak perempuan main mata dengan I. Siap ada yang selfie," kata-kata itu membuatkan aku berhenti melangkah. Terus aku memandang semula ke belakang.
Tanpa sebarang kata, aku kembali melangkah menuju ke arahnya dan masih dalam keadaan diam, terus aku capai dan genggam tangannya.
"Dan awak jangan perasan, saya pegang tangan awak sebab saya nak mereka tahu, walau goyah macam mana pun rumahtangga kita, awak tu tetap suami saya".
Mendengar kata-kataku, Ayden terus tertawa kecil dan turut membalas genggaman tanganku. Kami kemudiannya keluar dan sebaik saja beberapa langkah meninggalkan bilik, terus aku ternampak Ammar Faiz duduk terpaku memandangku. Matanya tidak lepas daripada memandangku membuatkan aku menarik tangan Ayden supaya lebih cepat meninggalkan ruangan ini.
Setibanya di ruangan dapur, Ayden memimpinku menuju ke arah mak. Sampai sahaja di sebelah mak, terus mak tepuk pahaku. "Dah besar pun nak merajuk lagi. Dah, mak minta maaf. Makan," sesi 'pemujukan' daripada mak.
Mak macam aku, tak pandai nak pujuk. Cukup masing-masing faham dan terpujuk, maknanya pujukan itu berjaya.
Aku tersengih sambil melabuhkan punggung di sebelahnya. Mak hela nafas, macam pasrah sangat nak layan perangai aku. Rasanya aku ni terkena tempias Ayden sebab perangai aku pun dah sukar dijangka macam dia.
"Aisyh mintak maaf jugak sebab merajuk dekat mak. Mak maafkan Aisyh tak ni?" aku peluk mak dari tepi.
"Hmm, tak maafkan, anak sendiri".
"Maksudnya, mak maafkanlah ni?" aku usik lagi. Tapi mak jeling je aku.
"Dah, makan. Nanti merajuk dekat Ayden pulak sebab lapar". Ejek mak membuatkan aku mencebikkan bibir. Yang lainnya hanya tertawa sahaja melihat gelagat kami.
Ayden membongkok sedikit sambil diusapnya kepala aku. "Old lady jangan degil sangat. You bukan budak dua tahun nak kena pujuk dengan mak". Bisiknya.
Cis! Orang lain tengok memanglah cair. Tapi, aku yang dengar kata-katanya ini memang sumpah sakit hati. Dia minta diri untuk ke ruang tamu dan sempat dia toleh belakang dan tayang senyum sengetnya.
Makanan mak dah hidangkan. Tiba-tiba aku rasa malu dengan perangai aku tadi yang ikut angin aku saja. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh jadi sensitif macam ni sangat.
"Maaflah perangai kami ni buat kamu semua tak selesa," pinta mak dan dibalas dengan senyuman oleh yang lainnya.
"Eh, takpe Laila. Mungkin Aisyh nak berisilah tu. Aku dulu masa mengandungkan anak sulung aku tu pun, memang sebijik macam ni ha perangai. Kita sebenarnya tak nak marah, tapi, pembawakan budak yang buatkan kita jadi macam tu. Tak gitu, Aisyh?". Aku yang tengah makan, terus tersedak nasi mendengar kata-kata Mak Tipah.
Yang lainnya tertawa manakala mak kelam-kabut berikan aku air.
"Aisyh, betul ke kamu dah mengandung?" tanya mak.
Ah sudah!
#Maaf lambat ?? dan semoga terhibur. Next update belum tahu bila, tapi takkan lama. Insya Allah ??
Kalau korang pening dengan watak Aisyh, author lagi pening nak bagi watak tu dekat dia ?? Tapi percayalah, semuanya bersebab. Apa sebabnya? Eheksss. Stay tune.
Selamat malam dan assalamualaikum ??
Share this novel