Do vote and comment guys ??
?
AYDEN??AISYH
APA yang berlaku beberapa hari ini membuatkan aku sedikit penat. Tapi, penatku terbayar. Akhirnya, pesalah dapat ditangkap. Mak ayah Melissa datang merayu supaya Ayden bebaskan Melissa. Tapi apakan daya, mereka berurusan dengan orang yang salah. Kata Ayden, dia tak dapat nak ikut kehendak mak ayah perempuan tu sebab mereka selama ini tahu gerak-geri anaknya, tetapi terpaksa tutup mulut apabila disogokkan dengan wang yang diperoleh daripada nenda.
Yang buatkan mereka mengalah adalah apabila Ayden cakap, "Kalau tak nak ikut Melissa dalam penjara, baik batalkan niat untuk paksa I lepaskan dia sebab I takkan berundur daripada apa yang I buat selagi benda tu tak salah".
Aku belum jumpa nenda lagi sebab dia masih dalam sesi rawatan dan Melissa seolah-olah hilang akal apabila dia tahu bahawa bomoh tersebut sememangya sudah lama meninggal dunia. Siapa yang berurusan selama ini? Faham-faham sahajalah.
Ustaz pernah nasihatkan dia untuk berubat, tapi dia tak nak sebab takut sangat katanya. Dan hari tu, adalah dengar kisah yang Melissa menjerit histeria dalam penjara sebab diganggu peliharaan bomoh tersebut. Hmm, buat benda syirik tak takut pulak?
Okay faham, lumrah manusia.
Minggu depan dah mula kerja. Tiga hari akan datang pula, keluarga Ayden, abah dan mak bersetuju untuk mengadakan majlis walimatulurus kami berdua di dewan Neil A. Hotel. Dan siapa sangka, mama dah tempah gaun yang sangat cantik untuk aku sebulan lepas. Temanya ialah Snow White. Kenapa Snow White?
Sebab katanya kisahku hampir seperti Snow White. Snow White tersedar daripada tidur yang lama setelah dicium oleh putera manakala aku pula sudah semakin pulih dari amnesia setelah berkahwin dengan Tuan Ayden.
Snow White pun Snow Whitelah. Janji mama dah terima aku, aku sangat bersyukur. Aku tiada hak nak simpan dendam lama-lama dekat dia sebab tanpa mama, Ayden takkan wujud hari ini dan aku mungkin tak kahwin pun dengan lelaki itu.
Ya, jodoh itu rahsia Allah. Tapi, kita kena hargai juga ibu mentua seperti ibu sendiri. Aku akui aku memang seorang yang pendendam. Tapi apabila melibatkan ibu bapa, aku kena kikis perasaan itu. Kalaupun bukan untuk mentua, untuk suami pun dah cukup.
Ayden terlampau hormatkan mak dan abah, jadi, aku kena buat benda yang sama dekat mama dan papa.
Aku hela nafas, emosi aku kembali tidak stabil sekarang. Rasa nak marah sahaja, tapi tak tahu nak lepas dekat mana.
Kemudian, tiba-tiba pintu diketuk dari luar dan kelihatan Ayden melangkah masuk dengan wajah kepenatan. Apabila mata kami bertentang, dia ukirkan senyuman manis. Sangat manis!
"Sayang dah bangun?" soalnya sambil mengelap wajahnya yang masih berpeluh itu.
Aku yang sedang memeluk bantal hanya mengangguk. "Kenapa lambat sangat balik?" marahku. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba rasa nak marah ni.
Kening Ayden berkerut. "Abang balik macam biasalah, sayang. Kenapa ni?" langkah diatur menuju ke arah katil lalu punggungnya dilabuhkan di sisi aku.
"Kenapa ni?" ulangnya sambil mengusap lenganku. Tapi, aku tepis sebab mood aku rasa macam diterbalikkan sahaja sebaik aku bangun tidur.
"Tanya pulak. Abanglah yang salah. Dahlah tinggalkan Aisyh sorang-sorang dalam rumah. Lepastu balik lambat. Gym tu penting sangat ke?" wajah Ayden yang keliru itu aku pandang dengan riak marah.
"Kan sayang sendiri cakap yang sayang tak nak ikut abang tadi kan? Abang dah ajak sayang ikut sekali, sayang yang tak nak. Dan abang balik macam biasalah". Dia merungut, tapi dengan nada lembut sambil menyelitkan rambutku yang terjuntai di wajah pada telinga.
"Jadi abang nak marahkan Aisyhlah ni?" tanpa dipinta, aku tiba-tiba menangis. Woi, dah kenapa aku ni? Emo lebih apahal?
Ayden hela nafas sambil menggariskan senyuman lucu di bibir. "Baby buat apa dekat ibu ni? Tiba-tiba marah, tiba-tiba nangis? Hmm?" tangan Ayden naik mengusap perutku sambil dia menjeling aku manja. Ah sudah, main jeling-jeling pulak!
Aku masih layan emosi. Semakin menjadi tangisan apabila Ayden berbual dengan perut, bukannya dengan aku.
Ayden yang melihatku yang seolah-olah tiada tanda untuk berhenti menangis, dia pun berbaring dan menghadap aku. Tangannya naik mengusap pipi yang kebasahan sambil tergelak lucu. "Ibu kenapa ni? Ni mesti nak manja-manja dengan daddy, kan?" usik Ayden.
Aku hentikan tangisan. Cis, mengadanya! Rasa menyampah dekat diri sendiri pula. Haila, kenapalah aku terlebih emosi sekarang. Kejap tu, kejap ni. Ada masanya aku akan gembira, betul-betul gembira. Kalau sedih, betul-betul sedih. Kalau marah, betul-betul marah.
Dan yang paling peliknya, kesemua emosi aku ni adalah tanpa sebab. Dan Aydenlah yang terpaksa layan. Baru beberapa minggu mengandung dah macam ni. Entah macam manalah kalau perut aku memboyot nanti.
"Nak peluk". Uwa, kenapalah aku mengada sangat ni? Boleh tak siapa-siapa ketuk kepala aku sekarang? Sebab tengok Ayden sahaja, mengadanya lain macam! Dengan mak abah takde pula nak manja lebih macam ni.
Tergelak lagi. Ayden memang suka gelakkan aku ke apa ni? "Okay, lepas ni abang hug Aisyh. Abang nak mandi kejap".
Aku gelengkan kepala. "Tadi kan dah mandi? Buat apa mandi banyak kali?" marahku.
"Ni, tengok baju abang. Abang berpeluhlah sayang. Takkan Aisyh nak peluk badan abang yang berpeluh ni?" jelas Ayden pula.
"Tak kisahlah. Peluh je pun. Kalau abang tak nak peluk Aisyh, biar Aisyh jelah yang peluk abang!" tanpa buang masa, terus aku rangkul lehernya.
"Lahai, dah nak jadi ibu pun, masih manja lagi," usik Ayden sambil membalas pelukanku. Badannya yang tadinya mengiring, kini menelentang membuatkan tubuhku berada di atas badan sasanya.
Rasa sangat selesa, apatah lagi apabila tangan Ayden mengusap belakangku dan aku dapat sembamkan pipi di dada bidangnya. Kali ini, aku semakin ketagih dengan bau badan Ayden. Berpeluh begini membuatkan dia semakin seksi dan wangian tubuhnya semakin menusuk ke rongga hidung.
Ketagihan!
"Sayang.." panggilnya lembut.
"Apa?"
"Dah breakfast?"
"Dah".
Senyap. Aku lebih suka melayan perasaan begini. Menikmati degupan jantung Ayden yang berdegup tak selari. Penat dekat gym belum hilang, sekarang dia penat pula layan perangai aku yang entah apa-apa. Kasihan, tapi aku tak boleh nak kawal perasaan.
Salahkan baby.
"Sayang". Panggilnya lagi apabila agak lama kami terbuai dengan perasaan sendiri.
"Hmm?" jawabku malas sambil memandang sahaja jemariku menari di atas dada Ayden.
"Malam ni pakai baju yang abang belikan, okay? Abang nak bawak Aisyh keluar dinner malam ni".
Terus aku angkat wajah dan tayang riak teruja. "Wah! Pergi mana?"
"Adalah, mana boleh bagitau," terus aku mencebik menyampah mendengar jawapan Ayden.
"Takkanlah nak berahsia? Dinner je pun," gumamku sambil aku labuhkan dagu pada dadanya. Ayden pula menunduk untuk memandangku dengan senyuman di bibir sambil tangannya tak henti-henti mengusap belakangku.
"Malam nanti Aisyh akan tahu jugak. Come, kiss me," tubuhku ditarik sedikit ke atas membuatkan wajah kami menjadi begitu dekat, namun aku cepat-cepat jarakkan. Segan.
"Eee, tak naklah. Abang busuk".
Ayden angkat kening, tayang wajah tak percaya. Kemudian, terus dia baringkan aku sambil sikunya menyokong tubuhnya yang kini sedang mengiring menghadapku. "Oh, ibu hug daddy takpe. Daddy nak ibu kiss, tak boleh pulak? Mana adil," terus dia kemam pipiku membuatkan aku menjerit kegelian sebaik sahaja bulu nipis wajahnya terasa kasar menyentuh kulit pipiku.
"Abang, gelilah!" jeritku sambil tergelak, apatah lagi apabila kedua-dua belah tangan dan kakiku dikunci olehnya. Memang aku kalahlah dibuatnya.
Kemudian, Ayden jauhkan wajahnya dari pipiku sambil memandang wajahku. "Nak kiss ke tak?"
Aku tahan senyum sambil gelengkan kepala membuatkan Ayden kembali menyerangku. Kini, jambang halusnya dimainkan pula di sekitar leher dan bahuku membuatkan aku semakin kuat tergelak sambil meronta.
"Abang! Gelilah! Dah, pergi mandi sana". Aku tak larat dah nak tergelak. Akhirnya aku terpaksa 'usir' Ayden dengan nafas yang tercungap-cungap.
Kini, giliran Ayden pula tergelak kecil. Kemudian, dia pun lepaskan pelukannya pada tubuh kecilku sambil menukar posisi kepada duduk. Tanpa sebarang kata, dia pun mulai mengesot ke birai katil dan kemudiannya berdiri sambil renggangkan badan.
Aku pula hela nafas lega. Ayden gila, naik semput aku dibuatnya. Dahlah dia peluk bagai nak rak, aku pula tergelak macam tak ingat dunia. Last-last, semput. Berair mata aku sebab banyak sangat gelak. Geli kot dengan jambang halus dia.
Tanpa suara, tiba-tiba sahaja dia angkat aku. "Abang, abang buat apa ni?"
Dia tersengih tanpa menayangkan giginya. Nampak seram! Apatah lagi sekarang dia dekatkan wajahnya pada telingaku. "Mandi dengan abang".
Membutang mataku mendengar bisikannya itu. Terus aku pukul dada sasa itu dengan wajah yang kuyakini sangat merah sekarang sebab aku dapat rasa wajahku kepanasan. "Aisyh dah mandilah. Apa abang ni? Lepas!" aku jegilkan mata, tapi dia malah lagakan sahaja hidung kami.
"Mandi bersama pasangan dapat eratkan hubungan suami isteri tau. Romantis dengan pasangan pun dikira ibadah. Dapat pahala. Aisyh tak nak?" Ayden mula pancing aku.
Aku terdiam. Memang betul pun. Bahagiakan pasangan dapat pahala. Tapi pasangan suami isteri sahaja tau. Bukan pasangan yang belum berkahwin. Jangan mengada nak mandi sama kalau belum kahwin. Ingat tu!
Aku ketap bibir mendengar kata-kata Ayden dan semestinya dia tayang wajah bangga melihat aku kalah dengannya. Hmm, takpelah. Bagi peluang untuk dia rasa macam mana perasaannya menang.
Yelah, selalu kalah je kan?
×××
Aku tercongok depan pintu lif yang dihubungkan kepada garaj, tunggu Pak Man datang jemput. Ayden ni pun satu, beria ajak aku dinner, eh, dia berangkat terlebih dahulu. Lepas sahaja solat isyak jemaah tadi, terus dia cakap dia nak pergi tanpa aku. Nanti Pak Man yang akan jemput katanya.
Ceh, baik tak payah jemput macam tu. Okay Aisyh, dah mula emosi tak bertempat.
"Mana Pak Man ni?" rungutku. Dahlah aku rimas dengan baju yang Ayden belikan ini. Memanglah nampak sangat cantik. Dengan warna putihnya, dihiasi dengan manik-manik berkilat, tapi tidak keterlaluan dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan aku yang aku dapat rasa semakin bertambah lebar. Tapi dengan baju ini, aku masih nampak seperti anak dara. Ahaks.
Sekali tengok, memang terasa auranya walaupun muka aku nampak macam dungu semacam.
Tapi, dengan sentuhan jurumekap yang tiba-tiba datang dalam bilik, muka dungu aku nampak sangat cantik. Dah macam wanita Eropah pula gayanya.Tapi sayang kurang tinggi. Dah macam tumbuhan yang kalah dalam persaingan mendapat cahaya matahari, terbantut tumbesaran.
Mekap yang dikenakan pula tidak terlalu tebal, tapi, kalau aku senyum ikhlas pun, aku masih nampak sombong.
Bitchy face.
Lif terbuka. Panjang umur Pak Man apabila dia mulai melangkah keluar lif dan mempersilakan aku masuk. Beberapa orang maid pula menunduk apabila aku lalu di hadapan mereka. Sumpah aku kekok sangat-sangat.
"Kita nak pergi mana ni, Pak Man?" soalku apabila lif terasa sudah bergerak.
Pak Man hanya tersenyum. "Tuan Ayden suruh rahsiakan".
Aku mengeluh mendengar jawapannya. Haila, kenapalah nak kena rahsia? Dah macam nak kena culik pula aku rasa sekarang.
×××
Dari jauh tadi sudah mulut aku ternganga luas. Tengok dari jauh sudah kelihatan NA Hotel yang sangat tinggi dan cantik.
Apatah lagi sekarang, kereta berhenti betul-betul di hadapan tangga hotel. Aku pandang Pak Man, tapi Pak Man hanya tersenyum sambil keluar untuk bukakan pintu.
Pintu terbuka, aku semakin segan nak keluar. Dah macam apa dah aku sekarang, disambut oleh pekerja hotel yang berbaris di tepi kereta. Beruniform sama, perempuan sebelah kiri, lelaki sebelah kanan.
Melampaunya layanan. Uwa, segan!
Lambat-lambat aku keluar dari kereta dan mataku melilau mencari kelibat Ayden, tetapi hampa, bayang-bayang hidung dia pun aku tak nampak. Apa aku nak buat sekarang ni?
"Follow us, puan," tegur dua orang pekerja yang beruniform agak lain daripada yang lain. aku hanya angguk. I is very the awkward!
Pintu terbuka. Pintunya pun lahai, tinggi, tapi takdelah sampai ke siling. Dan dibuka pula oleh dua pekerja lagi. Tadi, sepanjang aku lalu di atas karpet, kesemua mereka tunduk. Woi! Apeni?
Masuk sahaja di bahagian grand floor lobby, mata aku terbuka luas. Gila! Ini bukan hotel. Ini istana! Dengan chandelier yang sangat cantik, hiasan dinding yang very the mewah. Mozek, marble wall dan kaca bertaburan di ruangan ini. Dengan lampu kuningnya, dan muzik yang dimainkan sejak aku masuk ke kawasan ini lagi, memang aku rasa aku ni macam seorang princess yang balik ke istana. Dan aku perasan, lagu yang dimainkan ialah lagu Westlife "Beautiful in White", tetapi dengan instrumen music box. Aku harus bagitau mak dan abah supaya kembalikan aku kepada keluarga sebenarku nanti sebab aku rasa aku ni tuan puteri yang diculik mak dan abah.
Haha! Berangan sikit takpe kot.
Kaki terus melangkah menuju ke bahagian lif pula dengan muzik yang masih enak dimainkan. Di kawasan ini pula berlantaikan karpet. Tengok pun aku dah tahu karpet ni karpet yang sangat mahal. Haila, boleh tak kalau aku curi bawak balik kampung?
Ting! Lif terbuka. Was-was aku nak masuk, mana tahu kalau aku masuk, terus pergi ke alam kayangan. Yelah, lifnya pun berwarna kuning keemasan dan berlantaikan karpet juga. Terdapat juga ukiran NA Hotel pada marble wall ini.
Senyap, aku hanya diam sahaja di belakang dua orang pekerja ini dan mereka pula berdiri tegak. Dan tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka dan mereka mempersilakan aku untuk melangkah keluar dan kuturuti sahaja. Dahlah dengan wedges ini, langkahku sedikit terbatas. Nasib baik jurumekap tiba-tiba tu tak suruh aku pakai heels. Rasanya dari lobi bawah tadi sudah rasanya aku asyik jadi Cinderella yang tertinggal kasut kaca.
Aku terus mengikut langkah pekerja tersebut sambil di sekeliling aku tak habis-habis pekerja lain tunduk sambil sebut nama aku. Aku hanya tersenyum kekok sebab sepanjang aku kahwin, inilah layanan yang paling lain aku rasa kekok sebab sebelum ni tengok dalam cerita-cerita sahaja.
Kali ini, aku sendiri yang berjalan, aku sendiri yang lalu di hadapan mereka dan aku sendiri yang tengok mereka tunduk dan senyum ke arah aku.
Dan, akhirnya sampai ke satu kawasan. Kawasan ini mempunyai pintu yang besar dan tinggi. Pintunya hanyalah pintu kaca, tapi kenapa aku dibawa ke kawasan yang gelap? Macam tiada apa-apa sahaja di kawasan ini.
Apabila dipandang di papan tanda tadi, kawasan ini NA Hotel Restaurant. Tapi restoran apa ini kalau satu apapun aku tak nampak sebab gelap sangat?
"Puan, dipersilakan masuk". Ujar dua orang pekerja tadi.
Aku pula teragak-agak untuk melangkah. Tadi, aku tetap melangkah dan pintu tersebut automatik terbuka dan lampu terpasang. Tercengang aku buat seketika sebab sebaik aku melangkah masuk, tiada seorang pun di dalam ini. Yang ada pun hanya bunyi piano yang dimainkan.
If you're not the one
Then why does my soul feel glad
Today?
If you're not the one
Then why does my hand fit yours
This way?
If you're not mine
Then why does your heart return my call?
If you're not mine
Would I have the strength to stand at all?
Mataku melilau mencari. Aku tahu ini suara Ayden, tapi aku tak nampak pun dia di sini. Yang ada hanyalah satu meja betul-betul di bahagian bawah chandelier. Dari sini dah boleh nampak bangunan KLCC yang megah berdiri di luar sana sebab kawasan restoran ini berada di tingkat yang ke-30. Berapa banyak tingkat hotel ini aku tak pasti. Yang pasti, angka tiga dan kosong yang ditekan tadi.
I'll never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through and I hope
You are the one I share my life with
I don't wanna run away
But I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you
Then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?
If I don't need you
Then why am I crying on my bed?
If I don't need you
Then why does your name resound in my head?
If you're not for me
Then why does this distance maim my life?
If you're not for me
Then why do I dream of you
As my wife?
I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through and I hope you are
The one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you're the one I build my home with
I hope I love you all my life
Aku berdiri kaku sahaja di sini sambil menikmati nyanyian Ayden. Lagi-lagi bahagian ini, suaranya kedengaran sangat romantis.
I don't wanna run away
But I can't take it I don't understand
If I'm not made for you
Then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay
In your arms?
Cause I miss you
Body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you
Into my heart and pray for the strength
To stand today
Cause I love you
Whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side
Semakin lama, semakin perlahan piano ditekan dan akhirnya berhenti. Aku hanya bertepuk tangan, tapi tak tahu dia di mana.
"Abang, abang kat mana ni?" soalku sambil mula berjalan mencari Ayden. Kawasan yang sangat cantik, lagi-lagi apabila di luar sana begitu meriah lampu bangunan. Tapi, aku tetap nak tahu Ayden di mana.
"Sorry, dah lama dah tunggu? Kenapa tak duduk?" suara Ayden membuatkan aku menoleh ke belakang. Uwaaa, suami siapa ni kacak nau-nau! Tak berkelip mataku melihat dia yang begitu kacak malam ini.
Hanya bersuit, tapi suitnya kali ini kelihatan agak lain. Berwarna biru gelap dan berbelang. Cuma belangnya tidak begitu ketara sebab masing-masing berwarna gelap.
Rambutnya pula dipacak di hadapan dengan senyuman manis dia berikan. Apabila dia melangkah mendekati aku, entah kenapa aku rasa tiba-tiba berdebar. Auranya sangat jelas terasa. Aura memikat, aura kaya, aura berani, aura kuat. Semuanya! Pendek kata, dia lelaki yang lebih beraura daripada biasa.
"You look so beautiful, my princess. Come, let's sit. Dah nampak lapar dah ni," usiknya sambil squishkan pipiku sekejap sebelum dia tarik tanganku menuju ke arah meja makan.
Aku hanya mengikut sahaja langkahnya dan apabila tiba di meja makan, dia pun menarik kerusi dan persilakan aku duduk sebelum dia pun turut melabuhkan punggung di hadapanku.
Aku masih lagi mengamati sekeliling sambil menunggu pelayan hidangkan makanan. Selesai makanan terhidang, kami berdua pun sama-sama ucapkan terima kasih dan disambut mesra oleh pelayan tersebut.
"Abang, kenapa nak perlu makan sampai macam ni? Aisyh rasa macam tak layaklah. Segan tau dari bawah lagi orang duk sambut Aisyh". Aku mula membuka mulut setelah doa makan dibaca.
Ayden pandang aku sambil tersenyum. "You deserve it, sayang". Jawabnya selamba sambil memasukkan makanan ke dalam mulut.
Aku pandang steak yang dimakan oleh Ayden. Nampak sedap sampai-sampai aku tak pandang pun makanan dalam pingganku sendiri.
Ayden angkat wajah sambil tersengih tengok aku. Tanpa banyak soal, dia pun suakan potongan steak itu kepadaku. Tiba-tiba aku rasa malu sebab perhatikan dia makan sampai-sampai Ayden suapkan akhirnya.
"Sayang, makanlah. Lepas ni abang nak bawak Aisyh pergi satu lagi tempat". Ayden bersuara sambil menghabiskan makanannya. Manakala makanan aku pula masih belum bersentuh, entah kenapa aku rasa terharu sampai nak menangis.
"Sedap suara abang nyanyi. Aisyh rasa macam pernah dengar lagu tu. Macam familiar, tapi tak tahu dengar kat mana". Giliran aku pula berkata sambil menyuapkan Aglio Olio ke dalam mulut. Sangat sedap. Memang patut pun hotel ni tersenarai dalam hotel termahal. Sebab bukan sahaja layanannya yang hebat, bahkan makanan pun sangat sedap.
Ayden senyum sambil menilik seluruh wajahku. "Aisyh ingat? Tu lagu yang abang selalu nyanyi dekat Aisyh dulu," jawabnya dengan bangga membuatkan kepalaku tiba-tiba rasa berdenyut dan bayangan lalu mula hadir.
Tapi denyutannya sekejap sahaja, sebaliknya suara Ayden jelas kedengaran di minda dan aku dah boleh nampak yang Ayden nyanyikan lagu ini kepadaku suatu ketika dahulu.
"Sweet," komenku ringkas membuatkan Ayden tergelak.
"Sweet? Aisyh suka tak?"
Aku angguk laju-laju. Gila tak suka kalau dah dilayan seperti permaisuri begini. Bezanya suami aku tak tadbir negara sahaja.
"Aisyh paling suka masa dekat lobi bawah tadi, ada lagu crush Aisyh, Shane Filan tapi dengan instrument music box," ujarku selamba dan terus Ayden cubit pipiku lembut.
"Suami Aisyh lagi handsomelah dari dia. Boleh pulak nak crush dekat orang lain," bebelnya dan aku hanya sambut dengan gelak tawa sahaja.
"Cemburulah tu". Ejekku lagi dan Ayden mencebik.
"Bagitau dekat abang, suami mana tak jealous bila isteri dia ada crush dekat laki lain?" jelas kedengaran suaranya berubah nada, membuatkan perutku terasa keras sebab tahan gelak.
Akhirnya aku lepaskan juga gelak sebab tak tahan. "Abang ni kelakarlah! Ada ke patut cemburu dengan artis. Normal lah tu minat dekat artis. Tapi, Aisyh sorang je tau boleh minat dekat artis. Abang tak boleh. Abang mesti minat dekat Aisyh sorang je," aku pandang dia dengan wajah serius dan kali ini gilirannya pula tergelak kecil.
"Tamaknya," omel Ayden dan tawa kami bergabung.
"Tapi Aisyh suka sangat bila abang nyanyi tadi. Abang nyanyi dekat mana?"
"Abang nyanyi dekat luar tapi speaker dia kat dalam ni," jawabnya sambil menghirup kopi panas tersebut. Aku angguk-angguk faham dan meneruskan makan makananku.
×××
Selesai makan, kami rehatkan perut seketika sebelum Ayden ajak aku untuk naik ke rooftop. Aku tak tahu apa tujuan dia ajak ke rooftop malam-malam begini tapi, apabila dah sampai atas ini, baru aku faham kenapa. Tapi, tetap aku tanya untuk dapatkan kepastian.
"Helikopter? Buat apa ada helikopter dekat sini?" bisikku, sebab di kiri kana nada bodyguard Ayden. Ayden pula tersenyum sambil mengelus tanganku.
"Abang nak bawak Aisyh dan baby jalan-jalan guna heli malam ni. Hari tu kan mengidam nak terbang, jadi abang nak tunaikan malam ni".
Membulat mataku mendengarnya. Aku pandang dia dengan wajah yang kepanasan. Ya, itu antara benda pelik yang aku idamkan. Bongoknya tak boleh bawa bincang. Boleh pula aku cakap aku mengidam nak terbang.
Dan malam ini, Ayden bagaikan ingin memenuhi hajatku. Aku telan liur. Aku ni dahlah gayat, naik lif pun pening, inikan pula naik heli. Buatnya aku tutup mata sahaja sambil terjerit di dalam helikopter, tak ke haru jadinya.
"Tapi Aisyh kan pregnant? Okay ke?" aku beri alasan.
Ayden genggam tanganku sambil dibawa ke bibir. "Abang dah tanya doktor dah. Dan doktor cakap, boleh. Tapi jangan lama sangat. Kenapa pucat ni? Aisyh takut?"
Dia menunduk sedikit dan menoleh ke wajahku. Aku hanya gelengkan kepala. Aku takut, tapi aku nak naik. Impian aku nak terbang akan terlaksana malam ini.
"So, shall we?"
Tak payah tanyalah kalau tanganku sudah ditarik.
Kemudian, pintu dibuka dan bergetar lutut aku apabila naik. "Don't worry. Aisyh ada abang". Ujarnya sebelum pintu ditutup.
Setelah dia juga turut berada di dalam helikopter yang hanya ada dua tempat duduk ini, aku tahu yang Ayden boleh bawa helikopter. Dia pandang aku sebelum tali pinggang keselamatan dipakaikan padaku sebelum dia juga turut memakainya.
Selepas itu, dia berikan aku satu benda untuk tutup telinga. Headphone lah kot dan aku pun pakai tanpa banyak soal.
Isyarat diberikan sebelum helikopter perlahan-lahan terbang dan meninggalkan kawasan rooftop hotel. Dan, tiba-tiba aku rasa sangat teruja apabila dapat melihat suasana malam Kuala Lumpur yang begitu cantik sekali.
Memang aku rasa sedikit gayat, tapi aku juga tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat suasana malam hari ini. Dah macam orang jakun pula aku asyik terwah, wah daripada tadi. Ayden pula hanya pandang dan senyum sahaja sambil memberikan fokusnya pada pemanduan.
"Kenapa abang buat semua ni?" Terasa panas mataku sebab terharu. Macam-macam kejutan yang dia bagi dekat aku. Tapi aku tak pernah buat apa-apa untuk dia.
"Sebagai tanda terima kasih abang sebab jadi isteri yang baik untuk abang. Apa yang abang buat malam ni tak bernilai apa-apa kalau nak banding dengan apa yang Aisyh akan berikan sembilan bulan lagi. Tak terbanding apa yang Aisyh lalui selama sembilan bulan nanti.
Abang janji dengan Aisyh, abang akan jadi suami terbaik untuk Aisyh. Abang akan lindungi Aisyh walau jauh mana kita berpisah. Aisyh adalah pemilik hati abang, dan abang kena hargai orang yang dah jaga dan kunci hati abang.
Sayang, abang takkan jumpa mana-mana perempuan macam sayang dalam dunia ni. Sayang mungkin dapat jumpa laki yang lebih baik daripad abang, tapi abang tak. Sebab bagi abang, sayang terlampau sempurna untuk lengkapkan hidup abang.
Aisyh, janji dengan abang yang Aisyh akan setia dengan abang?" Tanpa memandangku, Ayden terus mengeluarkan kata-kata yang semestinya membuatkan mata aku rasa sangat pedih dan tanpa sengaja mengalirkan airnya.
"Kenapa cakap macam tu? Abang lebih dari cukuplah untuk Aisyh. Takde sebab Aisyh nak cari orang lain kalau laki dah elok macam abang," omelku perlahan sambil seka air mata.
Ayden jeling aku dengan senyuman tersungging di bibir. "Daddy loves ibu. Ingat tu". Tegasnya dan aku angguk sambil tergelak kecil.
"I love you more". Ucapku perlahan, tapi aku yakin Ayden dapat dengar dengan jelas sebab dari sisi wajahnya aku boleh nampak riak terharunya.
Kami sama-sama beruntung sebab Allah dah jodohkan kami berdua. We are meant to be. Dari awal kami bertemu, kemudian berpisah dan akhirnya dipertemukan lagi.
Allah dah atur cantik-cantik kehidupan kita. Syukur, ya Allah.
×××
Hari ini dah semakin sibuk ahli keluarga masong-masing uruskan majlis walimatulurus. Perasaannya seperti aku bakal mendirikan rumahtangga, padahal berbulan sudah aku menjadi isteri Ayden. Sejujurnya aku agak menyesal sebab ambil keputusan rahsiakan perkahwinan dulu. Kalau tak, mesti lagi banyak kenangan yang aku dan Ayden ciptakan.
Hari ini aku nak singgah mall terlebih dahulu. Ayden pula masih di pejabat, jadi dia minta Pak Man untuk temankan aku. Betul kata Ayden, dia semakin sibuk sekarang. Sibuk dengan urusan pejabat sebab dah mula kerja balik, sibuk dengan urusan perkahwinan dan sibuk untuk uruskan kes dia dan Haq.
Kasihan Ayden, dia buat semua itu tapi sedikit pun aku tak pernah dengar dia merungut sebab katanya, semua penatnya hilang lepas tengok aku. Fuh, dia memang pandai berkata-kata dan aku sentiasa cair untuk kesekian kalinya.
Pak Man tunggu di kereta sebab aku nak lepaskan gian tengok barang bayi. Aku ke sini pun nak pergi ke kawasan barangan bayi sahaja sebenarnya. Nak dapatkan aura keibuan gituh.
Setiap kali aku lalu, mesti mereka akan tertoleh-toleh. Mungkin nak kenalpasti sama ada aku ni betul ke Puan Aisyh dalam tv tu. Haha.
Dah puas jalan-jalan tengok barang bayi, aku pun singgah ke tandas sebelum kembali menuju ke kereta. Tak ramai orang di sini, jadi aku pun rasa lega sikit. Takdelah aku rimas dijeling orang lain. Tapi ada juga yang ajak bergambar. Tapi hanya beberapa orang sahaja aku benarkan sebab aku tak nak Pak Man tunggu lama.
Selesai dengan hajatku di tandas, aku pun basuh tangan dan bersiap apa yang patut. Kedengaran ada bunyi tapak kaki menuju ke kawasan ini dan entah kenapa firasatku rasa macam ada seseorang berniat buruk terhadapku. Tapi aku abaikan sebab lagi lama aku di dalam ini, lagi lama Pak Man tunggu nanti.
Baru sahaja beberapa langkah diatur, tiba-tiba kelihatan seseorang melangkah masuk ke dalam tandas ini. Berhoodie.
Pintu utama ditutup sambil dia buka hoodienya. Tergamam aku melihat orang di hadapanku sekarang. Orangnya adalah salah seorang daripada suspek yang terlibat dalam kemalangan Ayden hari tu.
"Hello, Puan Nureen Raisyha".
#Sorry lambat. Masalah rangkaian. Ingatkan nk update esok je terus, tp boleh pula sekarang. Haha.
Stay tune. Tiada dabelcek. So, tolong tegur kalau ada sebarang kesilapan.
2 chapters shj lg tinggal. Semoga trhibur dan selamat tertanya-tanya ??
Bye. Assalamualaikum. Next update insya Allah lusa. ;)
Share this novel