Sebelum tu, sis nak bagitau. Sebenarnya watak Akil dari awal dah ada. Cuma nama dia disebut sekali je kalau tak silap. ?? Dalam chapter 12.
Anyway, maximum votes and comments please ???? Last chapter sebelum kita merangkak ke Epilog dan Special Chapter(s) ??
?
KELIHATAN Ammar Faiz dan Akil sudah pasrah. Mereka sekarang hanya duduk berjauhan sambil menyandarkan diri pada dinding. Ryana pula terbaring sambil memegang bahunya yang tanpa henti mengalirkan darah. Terasa seperti Malaikat Izrail sudah tiba di sini, ingin menjalankan tugasnya.
Air mataku sudah kering sebab terlalu pasrah. Ayden pula sudah mematikan panggilan. Berapa minit berlalu pun kami sudah tidak pasti. Yang pasti, bom sudah diaktifkan dan bila-bila masa akan letupkan bangunan ini.
"Aisyh, aku nak minta maaf". Faiz tiba-tiba bersuara. Aku masih diam, menanti katanya. Pandanganku sudah semakin meredup dan kabur.
"Aku tahu aku banyak buat jahat dekat kau. Aku banyak sakitkan hati kau. Dan sebabkan aku, bodyguard laki kau mati. Kalau diberi peluang kedua untuk hidup, aku sanggup melutut depan kau dan Ayden untuk maafkan aku. Aku sanggup kena bunuh Ayden, asalkan korang maafkan aku". Jeda, dia tarik dan hela nafas.
"Aku tahu kau takkan percayakan aku. Tapi, satu benda je aku harap dekat kau dan Ayden. Maafkan aku, dan bagitau mak aku yang aku minta maaf sebab dah malukan dia. Aku tahu yang aku terlalu lewat nak sedar. Aku tahu yang aku bodoh sangat bila disogok dengan wang. Tapi tak salah, kan kalau kau maafkan aku? Korang tak bagi aku peluang kedua pun aku tak kisah. Korang tak lepaskan aku dan kenakan hukuman gantung pun aku tak kisah. Asalkan korang berdua maafkan aku, supaya aku dapat mati dengan tenang". Kedengaran dia sedut hingusnya, menangis mungkin?
Aku masih terdiam dan aku yakin wajahku tidak beriak sekarang. Ryana pula tersenyum sinis mendengar bicara Ammar Faiz.
"Aisyh, kau dengar tak apa aku cakap dekat kau?"
Nafas berat aku hela. "Dah terlambat, Faiz. Kalau saya maafkan awak pun, Ayden belum tentu. Dan untuk sampaikan amanat awak ni pun saya tak pasti. Sebab mungkin kita akan meletup sama-sama lepas ni".
Terus dia terdiam mendengar bicaraku. Ikutkan hati aku, memang aku tak nak maafkan dia. Tapi sampai bila aku nak junjung ego sedangkan nyawa di hujung tanduk? Aku tak maafkan dia sekarang memang sahlah akan susahkan aku sendiri di alam seterusnya.
"L-luahlah semua benda yang k-korang nak luah. Tapi jangan lupa, masa semakin s-singkat". Ryana mencelah membuatkan Akil tiba-tiba berdiri dan melangkah menuju ke arah Ryana.
"Kau memang perempuan sial! Kau pergunakan aku, kau pergunakan nama daddy aku untuk kepentingan kau sendiri! Lepas kau dah dapat apa yang kau nak, kau bunuh kitorang. Sial!" marah Akil lalu menyepak kuat perut Ryana membuatkan perempuan itu menjerit sekejap.
Ya, sekejap sahaja dia menjerit sebab setelah itu dia tergelak bangga. Sumpah dia sangat seram! Lagi seram daripada bomoh Si Melissa.
"Sepaklah l-lagi. S-sampai aku mati, s-sekurang-kurangnya aku tak merasa m-macam mana mati dalam l-letupan bom," ujarnya lagi dengan darah yang membuak keluar dari mulut kesan sepakan Akil.
Akil ramas rambutnya dan menyepak angin sambil menjerit. "Sial! Kenapa aku boleh terpengaruh dengan kau, hah bodoh? Bodoh! Bodoh!"
Dan tiba-tiba satu letupan berbunyi dan terasa bangunan ini bergegar dengan letupan itu.
"Satu bahagian dah meletup. Tandanya, tinggal satu minit yang tinggal". Matanya meredup, tapi bibir masih gagah bersuara.
Ammar Faiz dan Akil kembali kelam kabut. Pistol di tangan dicampak, mungkin sudah kehabisan peluru. Aku pula hanya terbaring kaku di sini, nak buat apa-apa pun aku tak mampu sebab aku dah terikat habis.
Sememangnya aku sangat takut, tapi takut-takut pun nak buat apa dah sekarang? Sebab memang tak mampu berbuat apa-apa.
"Sial!" jerit Akil lagi sambil cuba apa sahaja untuk pecahkan tingkap, tapi sayang, kesemua usahanya gagal begitu sahaja.
Bangunan bergegar lagi dan letupan dari arah yang lain pula kedengaran. Yang aku perasan, kedua-dua letupan bukan dari bangunan ini dan aku syak dari bangunan lain. Tapi kesan gegarannya terasa sampai ke bangunan ini.
"30 seconds left".
Bibir pucat dan berdarah itu sudah mula membuat hitungan masa. Ammar Faiz dan Akil sudah semakin kelam kabut, berusaha mencari dan mematikan bom di saat terakhir begini. Tapi, sayangnya usaha mereka tak menampakkan hasil sebab satu bom pun tidak dijumpai sejak tadi. Bahkan aku yakin kawasan ini tiada bom. Aku tahu sebab masa sunyi tadi, tiada apa-apa bunyi pun di ruangan ini.
"10... 9... 8... 7... 6... 5... 4... 3... 2..."
Aku tutup mata dengan lafaz kalimah LailahaillAllah yang sedari tadi bermain di bibir.
"Satu".
Sunyi, semua menanti bangunan ini akan pecah berderai. Akil dan ammar Faiz pun tidak bergerak lagi, turut menanti ajal datang menjemput.
Tiba-tiba, satu bunyi yang mendesingkan telinga kedengaran membuatkan aku kembali bukakan mata. Dan serentak dengan itu, pintu utama terbuka dan kelihatan Ayden tercungap-cungap sambil membongkok dengan pistol di tangan.
Membulat mataku melihatnya. "Abang buat apa dekat sini? Bahayalah!" marahku sambil cuba meronta untuk lepaskan diri. Kenapa gila sangat nak datang bangunan yang sudah dipasang bom ini?
Di belakangnya ada orang lain, iaitu Salwa, Aira dan Rheo. Aira dan Salwa berlari dapatkan aku membuatkan aku semakin risau. "Korang buat apa ni? Korang dah gila ke hah?" geram dan risau bercampur-baur. Aku tak nak nyawa mereka tergadai begitu sahaja hanya disebabkan aku.
Setibanya di hadapanku, terus kedua-dua mereka lepaskan ikatan di tubuhku dan apabila terlerai, tubuh kecilku tenggelam dalam pelukan mereka berdua. "Kau yang gila, apa kau buat dekat sini?" ujar Salwa sambil tepuk belakang aku.
"Lepaslah! Ni bukan masa nak buat drama air mata". Gumamku dalam tangisan.
Tiba-tiba kedengaran seperti ada orang bergaduh membuatkan pelukan kami bertiga terlerai.
"Ayden, enough!"
Tanpa mempedulikan kata-kata Rheo, Ayden belasah Faiz dan Akil. Rambut kedua-duanya dicengkam sebelum kepala mereka dihantuk antara satu sama lain sehingga hidung mereka berdarah.
"Jangan halang aku!" Jeritnya lantang membuatkan kawasan dalam ini bergema dengan suaranya. Kami yang mendengar automatik terhinjut bahu akibat terkejut.
Kesemua bodyguard di belakang termasuk Rheo sendiri takut untuk dekati Ayden yang kelihatan seperti hilang akal sekarang. "Ayden. Biar pihak polis yang settlekan". Tegur Rheo lagi.
Namun Ayden masih dengan aksi ngerinya malah sekarang, leher kedua-duanya dicekak dan badan mereka ditolak ke dinding. Mereka berdua berusaha untuk lepaskan diri. Tangan Ayden dipukul-pukul tapi sedikitpun tidak menjejaskan tangan berurat itu daripada terus mencengkam leher mereka.
"Abang, dah! Jangan bunuh diorang! Aisyh masih perlukan abang. Jangan sebab diorang mati, Aisyh kehilangan abang". Jeritku akhirnya. Sebenarnya tenagaku semakin habis, aku tak larat nak jerit. Tapi bila melihat Ayden yang semakin mengganas, aku terpaksa jugak.
Serta-merta cengkaman Ayden melonggar dan semestinya kedua-duanya terbatuk-batuk sambil tersandar lemah di dinding. "A-Ayden, aku minta m-maaf sebab buat Aisyh m-macam ni. Hantarlah aku dalam penjara, aku lebih rela d-daripada aku terus k-kena tipu dengan Ana". Ujar Ammar Faiz sambil mengurut lehernya.
"Ya, boss. Aku tahu aku tak layak p-panggil kau boss. Tapi, sebelum k-kau sumbat aku dalam penjara, aku n-nak minta maaf d-dan terima kasih sebab k-kau sedarkan aku yang A-Ana tu sebenarnya b-bahaya". Giliran Akil pula bersuara.
Ayden ramas rambut lalu menyepak dinding. "Ikutkan hati aku, aku nak bunuh korang dengan tangan aku sendiri! Aku dah cakap, jangan kacau bini aku! Korang degil, nak jugak cari pasal dengan aku! kalau Aisyh takde dekat sini, memang korang akan kehilangan korang takkan ada siapa yang tahu!" jerit Ayden seperti hilang akal.
Rheo datang beranikan diri, tenangkan Ayden. "Dah, Ayden. Baik kau bawak Aisyh keluar dari sini sebelum bom meletup".
Ayden tarik nafas dan leraikan pelukan Rheo di bahunya. Kakinya melangkah menuju ke arahku. "Bom takkan meletup". Ujarnya selamba sambil mata helang menjeling ke arah Ryana yang masih terbaring dengan kain pemberian Aira ditekap pada luka.
Aku pun tak tahu kenapa aku baik sangat tolong dia. Padahal tudung aku dah melayang tak tahu ke mana sebab dia. Muka aku kena terajang dengan dia, tapi masih aku tak sanggup tengok dia mati. Tapi aku rasa bukan sebab aku baik, tapi sebab aku tak nak tengok dia mati senang macam tu saja kot.
"A-apa maksud kau, A-Ayden?" soal Ryana dengan nada yang jelas kaget.
Ayden tidak terus menjawab, sebaliknya dia mengangkat tubuhku dan capai tudung yang rupanya berada di belakang kerusi dan pakaikan di kepala. Matanya jelas berkaca apabila mata kami bertentangan membuatkan aku rasa sayu tiba-tiba.
"Aku dah matikan bom dengan pihak polis". Jawabnya selamba sambil mengucup dahiku.
"Sial!" itu sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Ryana dan wajahnya sangat marah.
Ayden melangkah ke arahnya dan kedengaran Ryana menjerit tiba-tiba. "A-Ayden, s-sakit. Tolong jangan buat m-macam ni. K-kau dah tembak aku, apa lagi yang kau nak?"
"Apa yang aku nak? Aku nak siksa kau sebelum polis datang tangkap kau".
"Abang..." panggilku tak sangka.
Ayden pandang aku sekilas sebelum pandangannya dialihkan pada wajah Ryana dan kedengaran gadis itu menjerit lagi.
"Dan ini balasan sebab kau sakitkan isteri aku!" bunyi sepakan dan jeritan kedengaran serentak. Rupa-rupanya dia sudah memijak tangan wanita itu dan menyepak tubuhnya kuat membuatkan Ryana menjerit sakit.
Segera aku peluk lehernya dan bacakan zikir di telinga. "Abang sayangkan Aisyh, kan?" ucapku diselangi dengan zikir dan usapan di lehernya.
Ryana terbatuk-batuk dan mulutnya keluar darah. Jangan dia mati, sudah.
Ayden jeling sahaja aku. "Abang tak boleh terima bila ada orang sakitkan Aisyh, apatah lagi sampai sentuh Aisyh macam ni".
"Ayden, dahlah tu!" marah Rheo. Salwa dan Aira sememangnya sudah tergamam sedari tadi. Bodyguard dia pun tak berani datang dekat
Namun Ayden masih enggan mendengar. Kakinya pun sudah sedia untuk dilayangkan sekali lagi pada Ryana.
Dan nasib baik, pihak polis segera sampai dan tarik tubuh Ayden supaya menjauh daripada Ryana. "Tuan Ayden, jangan bertindak begini. Biar kami yang selesaikan semuanya. Semua orang boleh bergerak keluar dari sini sekarang".
Serentak itu, Ammar Faiz, Akil dan Ryana dibawa oleh pihak polis dan Ryanalah yang paling lemah. Sudahlah ditembak, kena sepak pula oleh Ayden. Amarah lelaki ini jangan dibawa main, aku tegur pun dia tak dengar langsung.
Nasib baik pihak polis datang. Kalau tak, aku yakin Ryana mati dalam bangunan ini dan Aydenlah yang akan menjadi suspek pembunuhannya.
Setibanya di luar kawasan bangunan ini, dapatlah aku tengok di mana sebenarnya aku. Rupa-rupanya aku ditahan di kawasan bangunan yang terbengkalai. Dan yang gilanya, bangunan ini bukan di kawasan terpencil pun. Kedudukannya agak dekat dengan kawasan ramai orang.
Dan sekarang, ramai yang berkerumun di sini. mungkin mendengar bunyi letupan bom tadi agaknya. Apatah lagi apabila melihat kereta polis yang berkumpul di sini, lagilah ramai yang tertanya-tanya apa yang jadi.
Aku sudah berada di dalam kereta. Macam tak sangka yang nyawa aku akan terselamat dan bangunan terakhir itu tidak meletup pun. Entah macam mana mereka sempat matikan bom, itu aku tak pasti.
"Aisyh, kau okay tak?" tanya Aira sambil sandarkan kepalaku di atas bahunya.
Aku yang sememangnya lemah hanya angguk kepala. Kepala aku pening dan rasa takut tadi sememangnya meragut tenagaku. Jadi sekarang, aku hanya perlukan rehat sahaja.
Tapi, dalam lemah, aku rasa lega sebab segalanya sudah selesai.
×××
Semua ahli keluarga aku dan Ayden sudah pulang setelah melawatku. Mak dan Airlah yang paling banyak menangis untuk aku. Dalam pada mak menangis, habis aku kena carut sebab tak jaga keselamatan dirilah, tak ajak Pak Man sekalilah dan yang paling tak masuk akal bila mak cakap, "Kenapa tak potong tali tu? Tengok dalam sinetron, senang je diorang lepaskan diri".
Aku nak marah, mak sendiri. Nak gelak, tak sampai hati. Yang lain pun dengar, semuanya tahan gelak. Punyalah menangis beria awalnya, sekali mak buka mulut tanya soalan macam tu, hilang mood sedih dibuatnya.
Ayden labuhkan punggung di sebelahku. Kepalaku diangkat dan dibaringkan atas ribanya. "Sayang dah okay?" soalnya lembut sambil membelai rambutku.
Aku anggukkan kepala sebagai jawapan.
Dia agak terkilan katanya sebab Ryana dah nampakkan rambut aku pada pandangan lelaki lain. Malah aku sendiri pun rasa terkilan sebenarnya. Siapa je tak terkilan, aurat yang aku jaga selama ini sekelip mata dipandang oleh orang lain disebabkan oleh perempuan durjana itu.
"Lengan abang pulak? Dah okay?" giliran aku menyoal sambil memegang lengannya.
Ayden pusingkan lengan yang masih berbalut itu. "Okay". Jawabnya ringkas. Lengan yang terluka itu adalah bukti yang dia dah banyak korbankan nyawanya untuk aku hari ini. Dan aku sangat kagum dengannya, walaupun masa singkat, dia boleh aturkan rancangan dengan sangat teliti.
Pertama, dia buat panggilan dekat Ryana sebab nak track lokasi kami. Lepas dah berjaya kenalpasti lokasi kami, dia pun pergi bersama Rheo, Salwa, Aira dan bodyguard. Dari rooftop mall, dia sasarkan peluru ke arah Ryana dengan menggunakan senapang angin. Sepanjang dia hubungi kami, dia tengah berlari ke rooftop. Sebab tulah dia tercungap-cungap.
Sampai rooftop, dia arahkan Rheo untuk bersamanya menembak kesemua kuncu terlebih dahulu sebelum tembak Ryana. Dan apabila kuncu yang tinggal itu diarahkan keluar oleh Ryana, giliran mereka pula yang ditembak dan setelah itu, giliran bodyguard pula yang bertugas untuk kumpulkan mereka di satu kawasan.
Polis dihubungi setelah mendengar yang Ryana aktifkan bom. Dia suruh pihak polis untuk cari bom di bangunan kami sahaja. Kalau bangunan lain meletup dia tak kisah sangat sebab tiada satu nyawa pun di situ. Sebenarnya bom diletakkan di tiga bangunan sebab Ryana nak bunuh kesemua kuncunya. Tapi sayang, Ayden bertindak lebih cepat untuk selamatkan mereka daripada terkena letupan bom.
Tembakan itu pun hanya tembakan pada anggota badan seperti tangan dan kaki sahaja. Sebab itu, setelah mereka dirawat nanti, mereka tetap akan dihantar ke balai polis.
Bom terakhir tidak meletup sebab bom itu sudah dijumpai, iaitu terletak di tingkat kedua bangunan. Ayden terus terang cakap dia tak pandai nak cari lokasi bom, tapi nak matikan bom dia tahu.
Awalnya dia risau sebab katanya pihak polis anggarkan yang bom itu berjaya dimatikan paling sekejap 30 minit sedangkan apabila mereka sampai di kawasan bom itu, masa hanya tinggal 15 minit sahaja lagi. Jadi, dengan kepakaran sedia ada yang dia belajar daripada kawannya di kem tentera dahulu, akhirnya bom pun berjaya dimatikan.
Lengannya tercedera sebab letupan bom kedua, masa tu cermin bangunan pecah dan terkena di lengannya. Nasib baik dia mengelak awal, kalau tak, memang dia akan dihempap pecahan bangunan itu.
Aku yang dengar dia cerita tadi tak tahu nak rasa apa. Yang pasti, apabila melihat dia yang sudah selamat begini, aku rasa sangat lega.
"Sayang, tidur jom. Mesti sayang penatkan? Esok dah mula dah majlis kita. Kesian Aisyh, sebab abang, Aisyh terjebak dalam masalah ni".
Aku gelengkan kepala sambil pegang tangannya yang mengusap kepalaku. "Allah takkan uji kalau hamba Dia tak mampu. Allah Maha Tahu, Dia tahu kita dapat lalui semua ni, sebab tu Allah bagi kita ujian ni".
Tersenyum Ayden mendengar jawapanku dan dia pun mengangguk sebelum dahiku dikucupnya mesra. Esok adalah harinya. Nak lalui hari esok pun kena lalui benda bahaya seperti hari ini. Haha.
×××
Rasa seperti mimpi sahaja. Hari ini, setelah segala keperitan luaran dan dalaman dilalui, malam ini akan menjadi malam yang paling bahagia sepanjang aku bergelar isteri kepada Tuan Ayden.
"Cantik anak mama". Puji mama sambil peluk tubuhku dari belakang. Wajah keibuannya jelas terpancar di cermin tinggi di dalam ruangan ini. Mak di sebelahku hanya tersenyum melihat keakraban kami sekarang.
Semenjak kes aku ditangkap dan hampir dibunuh Ryana semalam, mama dah tak malu untuk luahkan maaf dan sayang buatku. Malah kini giliran Ayden pula yang cemburu melihat mama yang lebih rapat denganku berbanding dengannya.
Tapi aku bagitau dia, serilah sebab mak dan abah sayangkan dia lebih daripada aku dan giliran akulah nak disayang lebih oleh mama dan papa. Aku mengandung, mama yang terlebih teruja. Siap sanggup bermalam di rumahku kerana risau kalau Ayden tak mampu penuhi kehendak nafsu makanku.
Bak katanya, "Mama tahu mungkin Aisyh masih belum percayakan mama seratus peratus dan mama tak paksa pun Aisyh untuk percaya mama. Cukuplah Aisyh berikan ruang untuk mama perbetulkan kesilapan mama pun mama dah bersyukur sangat".
Dan teringatku saat Ayden kena marah papa sebab hampir bunuh Ryana. Katanya, nasib baik Ryana selamat selepas peluru dikeluarkan dari bahunya. Cuma dia terpaksa direhatkan di hospital di bawah pengawasan pihak polis dan bodyguard Ayden sendiri sebab kehilangan banyak darah. Tapi dengar berita bahawa sekarang, keadaannya stabil. Cuma masih belum sedarkan diri.
"Aisyh nervouslah. Tiba-tiba pulak nervous, dah macam baru nak kahwin pulak," luahku sambil genggam tangan mak dan mama.
"Sejuknya! Tak payah nervouslah, majlis walimatulurus je. Lagipun, pengantin lelaki masih orang yang sama. Takkan dah berbulan kahwin dan nak jadi ibu ni masih nak nervous dengan suami?" ujar mama sambil membalas genggaman tanganku.
Aku hela nafas sambil memandang wajah cantik milikku. Kahkah, sangat cantik muka aku sekarang. Dahlah solekan yang Aira dan Salwa kenakan cantik, ditambah lagi dengan aku yang sememangnya cantik, memang bertambah cantiklah aku malam ini.
"Aisyh seganlah". Debaran di hati usah ditanya, dah macam berlari satu dewan hotel ini pula rasanya.
"Eleh, nak segan apanya. Dah dapat hasil yang dalam perut tu, takkan nak segan lagi". Terus aku pandang mak dengan pandangan tak puas hati. Mama di sebelah sudah tergelak.
"Mak apeni? Sejak bila mulut mak macam mulut Ayden?" segan aku dengar, dahlah bukan kami bertiga sahaja di ruangan ini. Ada pembantu yang lain juga yang sedari tadi tersenyum-senyum memandang kami.
Kemudian, kedengaran ketukan di pintu membuatkan salah seorang pembantu majlis ini membukakan pintu. Sebaik pintu terbuka, Ayden pun melangkah masuk walaupun dihalang oleh yang lainnya. "Gelojohnya lahai. Padahal bukannya baru kahwin malam ni". Rungut Kak Ruhaila di pintu apabila gagal menghalang langkah Ayden.
"Lah, kenapa tak tunggu Aisyh keluar?" bebel mama sambil dia betulkan kot yang tersarung di tubuh anak bujangnya itu. Ayden hanya tersengih sebagai jawapan, tetapi matanya terarah padaku.
"Ayden nak berbual dengan Aisyh kejap. Berdua. Boleh tak?" terus lengannya ditampar oleh mama membuatkan bilik ini gamat dengan bunyi tawa.
"Alaa ma. Bukannya haram pun, dah jadi isteri dah. Bolehlah. Kalau tak, Ayden bawak Aisyh lari balik rumah," ugut Ayden sambil betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.
Terjegil mata mama mendengar bicara anaknya itu. "Okay, jangan lama sangat! Jangan nak buat yang bukan-bukan. Orang dah nak sampai dah ni". Ayden angkat ibu jari sambil senyum senget dengar arahan mama. Amaran mama pun alahai, bukan calang-calang, panas wajahku dibuatnya.
Mereka semua pun keluar dari bilik, meninggalkan aku dan Ayden sendirian di sini.
Ayden tarik kerusi dan dia labuhkan punggung di hadapanku. Aku sekarang sedang berdiri menghadapnya. Dia pula terdiam dengan senyuman bahagia tersungging di bibir dan mata menilik setiap inci wajahku.
"Tadi cakap nak berbual. Kalau nak tenung Aisyh, dekat rumah pun bolehlah. Ha, abang nak borak pasal apa?"
Ayden pegang tanganku sebelum dibawanya ke bibir. "Kenapa Aisyh cantik sangat? Abang rasa abang dah ketagih dekat Aisyh". Mula dah dia nak jadi ulat bulu.
Aku julingkan mata ke atas. "Kliche".
Dia hanya tergelak mendengar komenku. "Takdelah, dekat pelamin nanti, mana sempat nak berbual macam ni. Dahlah kita memang kurang masa sejak dua menjak ni. Jadi, abang pinjam masa ni untuk berdua-duaan dengan Aisyh. Abang nak tengok puas-puas muka orang yang berjaya tambat hati abang. Perempuan yang buatkan abang hampir jadi pembunuh sebab nak pertahankan dia. Dan, abang nak tengok puas-puas muka ibu kepada anak-anak abang," dia tarik tanganku supaya menunduk sedikit.
Apabila aku sudah menunduk, bahuku dipeluk dan pipiku diciumnya sekejap.
Aku hanya balas pelukannya sambil tersenyum.
"Abang lelaki paling bertuah sebab dapat Aisyh," bisiknya dengan keadaan kami yang masih berpelukan begini. Aku yang mendengar semakin lebar senyuman di bibir.
"Aisyh lagi bertuah sebab jadi Tuan Ayden yang hebat, berani, bijak. Pendek kata, abang perfectlah bagi Aisyh. Ee dahlah, dekat rumah boleh sambung borak".
Ya, bagiku dia sudah cukup sempurna untukku.
Ayden kemudiannya berdiri dan wajahku didongakkan supaya membalas pandangannya. Kedua-dua belah pipiku dipegang. "Allah dah ciptakan kita untuk lengkapi kekurangan masing-masing. Janji dengan abang yang Aisyh akan selalu dengan abang sampai bila-bila?"
Entah kenapa mataku rasa panas mendengar bicara Ayden. Dek risau airmata akan merosakkan make up aku, jadi aku pun hanya tersenyum sambil anggukkan kepala.
Ayden tayang wajah bangga setelah menerima anggukan daripadaku. Dan kelihatan halkumnya mula bergerak dan anak matanya terarah pada bibirku. "A-abang, nanti rosak lipstik".
"Sekejap je". Ujarnya. Aku faham apa yang dia mahukan, malah aku cuba untuk menolak. Tapi aura Ayden melumpuhkan segala anggota badanku saat ini.
Perlahan-lahan dia rapatkan wajah kami dan apabila hampir-hampir sahaja bertembung, pintu diketuk dari luar. "Ayden, Aisyh. Dah, nanti sambung borak tu. Orang dah sampai dah ni ha".
Terus Ayden buat wajah tak puas hati. "Okay, okay. Nak keluarlah ni". Laungnya dari dalam membuatkan aku hela nafas lega. Fuh, terima kasih mama sebab selamatkan Aisyh daripada kena terkam ulat bulu besar ni.
Aku pun melangkah, tapi lenganku ditahan dan pipiku dipegang. Malah sekelip mata bibir aku menjadi santapan bibir Ayden sebelum dia lepaskan tautan bibir kami berdua. "Mana boleh pergi macam tu je". Ujarnya selamba sambil memimpin tanganku menuju ke arah pintu.
Aku terkejut sebab berlaku terlalu cepat. Bila otak dah mula berfungsi, aku pun pukul lengannya.
"Menyempat, kan?"
Ayden hanya balas dengan gelak jahat. Dasar ikan tuna.
×××
Majlis walimatulurus yang dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat-sahabat dan sidang media sememangnya sangat meriah. Selesai segala persembahan, entah berapa kali kami menjadi model tak berbayar. Ada tetamu yang nak bergambar dengan Ayden, ada yang nak bergambar dengan aku.
Kalau beza jantina bergambar dengan Ayden, dia akan sengaja tarik aku sekali dan kalau ada lelaki nak bergambar dengan aku, dia akan menyelit bahkan dengan sengajanya dia akan interframe.
Dan sekarang adalah sesi ucapan daripada ahli keluarga masing-masing. Giliran mak, abah, papa, mama, Air, beradik Ayden, Rheo, Aira dan Salwa sudah selesai. Dan sekarang adalah giliran...
"Saya tak nak berucap dekat sini. Saya nak luahkan terus dekat mereka berdua".
Nenda melangkah menuju ke arah kai. Ya, nenda. Wajahnya tampak agak pucat, tapi serinya jelas terpancar sekarang.
Setibanya di hadapan aku dan Ayden, nenda terus peluk aku. "Maafkan nenda sebab banyak sakitkan Aisyh selama ni. Nenda sedar apa yang nenda buat, tapi nenda tak dapat nak kawal diri nenda. Nenda banyak dosa dekat Aisyh. Nenda hampir bunuh Aisyh. Nenda..." segera aku potong percakapannya sambil mengusap belakang nenda.
"Nenda, Aisyh dah lama maafkan nenda. Bukan salah nenda, nenda kena sihir". Bisikku sambil mengeratkan pelukan kami berdua.
Setelah agak lama berpelukan, akhirnya nenda pun meleraikannya sambil mengesat air mata. Giliran Ayden pula dipandang sambil bahu cucu kesayangannya dipegang. "Ayden buat nenda bangga. Betul kata Tok Besar kamu, darah berani Neil Amar takkan pernah pupus dan sikap tegakkan kebenaran Tengku Sakinah takkan pernah pudar. Nenda bangga sebab kamu mewarisi sikap kedua-dua mereka. Maafkan nenda banyak salah dekat kamu dan isteri kamu selama ni".
Tangan nenda di bahunya dicapai dan dibawa ke bibir. "Nenda takde salah pun dekat Ayden. nenda buat semua ni di luar kawalan nenda sendiri. Lagipun, bila nenda dah sedar macam ni, nenda dapat terima Aisyh dengan baik. Ayden minta maaf sebab kurang ajar dekat nenda selama ni dan Ayden tak cari pun punca kenapa nenda jadi macam ni. Padahal Ayden tahu, Tok Besar takkan pilih perempuan yang sebarang untuk jadi isteri dia. Ayden minta maaf," Ayden menunduk sambil memeluk pinggang nenda.
Aku yang melihat, terus lebarkan senyuman dan tahan air mata yang ingin gugur. Rasa terharu apabila melihat ikatan kekeluargaan yang sebenar terjalin setelah dikaburi dengan sihir dan segala kejahatan selama ini.
"Nenda tak pernah marahkan kamu mahupun Aisyh. Dan Aisyh, nenda tahu nenda terlambat nak ucap ni. Tapi, nenda nak ucap jugak, welcome to Neil's Family. Jaga cicit nenda dengan baik". Tangannya melebar lalu memeluk aku dan Ayden sekaligus.
Kemudian, dahi aku dan Ayden dicium berselang-seli serta kemudiannya bunyi tepukan gemuruh dari tetamu membuatkan aku rasa semakin terharu. Sumpah aku tak percaya yang aku akan rasa detik bahagia sebegini.
"Jom, kita ambil gambar sekali". Jerit Raeef membuatkan semua pandang pelik dekat dia. Yelah, sebelum ni beku semacam. Eh, tiba-tiba boleh pula dia teruja malam ini. Mana tak peliknya orang tengok dia.
"What?" soalnya pelik apabila orang serta-merta berhenti tepuk tangan dan fokuskan pandangan padanya.
Kemudian, sekali lagi gamat dewan ini apabila mereka semua tergelak dan berpusu-pusu menuju ke kawasan pelamin. "Ahli keluarga terlebih dahulu. Selepas itu, kawan-kawan rapat dan selebihnya, kalau ada tetamu nak ambil gambar sekali lagi, giliran tetamu pula. Raja sehari mesti layankan hari ni. Bila lagi nak bagi orang bergambar dengan korang". Usik Si Pengerusi Majlis. Ayden hanya tergelak sahaja sebelum ahli keluarga kami mengambil tempat masing-masing.
Sepanjang sesi bergambar ini, aku tahankan sahaja diriku untuk menangis. Dahlah aku mengandung, emosi aku sememangnya kurang stabil sebenarnya. rasa nak menangis sahaja. Tapi aku tahankan sebab aku yakin emosi ini bukan sahaja disebabkan pembawakan budak, bahkan perasaan ini adalah perasaan sebenar aku sekarang.
Setelah banyak perkara yang aku dan Ayden lalui, mala mini akhirnya kami berdua dapat bersanding dengan bahagia bersama ahli keluarga masing-masing. Kehadiran nendalah yang paling membuatkan aku rasa terharu sangat-sangat.
Tak sangka, orang yang dulunya benci sangat dekat aku, hari ini menjadi sebahagian daripada hidupku.
Aku pandang Ayden dan lelaki itu lebarkan senyumannya sambil tarik aku supaya semakin dekat dengannya. Dan tanpa aku sedari, pantas sahaja bibirnya mengucup puncak hidungku.
"Lahai, menyempat pulak korang berdua! Jangan nak buat aksi mat salleh eh, DILARANG. Kalau nak buat, dekat rumah sendiri. Ya tahu, lepas ni korang bergambar berdua. Bagilah chance dekat orang lain nak dapat seri pengantin tu," bebel Kak Ruhaila sambil mencekak pinggang.
Aku labuhkan dahi di bahu Ayden sambil tergelak sakan. Dia punya tahap membebel tu, hilang terus aura mat salleh. Memang nampak aura Melayu dia di situ. Haha.
Ayden curi pandang aku lagi lalu dekatkan bibirnya di telingaku. Aku hanya duduk kaku sambil tersenyum pada kamera yang tak henti-henti keluarkan cahaya daripada tadi. Naik sakit mataku dibuatnya.
"I love you, My Nureen Hazel". Bisiknya membuatkan aku tahan senyum.
Tangannya kurangkul dan kulentokkan kepalaku di bahunya. "I love you more, more, my Ayden". Balasku turut berbisik. Sesekali aku jeling dia yang kini matanya pada kamera. Tetapi bibirnya menguntum senyuman bangga dan bahagia.
Rasa penat dan sakit semalam lenyap begitu sahaja. Benar kata orang, setiap sakit pasti ada penawarnya. Dan sekarang, sakit yang aku rasa selama ini diubati dengan kasih sayang kesemua ahli keluarga kami berdua.
Terima kasih ya Allah sebab kurniakan dia untukku. Mungkin suamiku tidak sesempurna suami orang lain. Tapi bagi aku, dia dah cukup sempurna dan lengkapi hidupku. Dan selamanya dia akan menjadi milikku.
Awas! Dia... Aydenku.
#Okay done. Chapter ni sis pungpangkan sahaja. Sorry x mmuaskan hati korang ??
Epilog, nanti sis buat k. Jangan anggap ni endingnya. Ini hanya chapter terakhir. Tapi bukan penamat sebab penamatnya adalah pada epilog nanti.
Semoga korang berpuas hati dan minta maaf atas segala kekurangan sepanjang novel ini diupdate ??
Semoga terhibur dan jumpa lagi di chapter Epilog nanti. Terima kasih semua yang sudi baca. Assalamualaikum dan selamat malam semua ??
Share this novel