BAB 10

Romance Series 128902

FINALLY, sampai juga aku ke kelas. Hari pertama mengajar aku dah terfikir nak skip tugas sebabnya tadi aku dah putus asa cari kelas 4 Sains 1 ni. Masa aku dah nak putus asa tulah aku boleh terjumpa akhirnya kelas ini.
Setelah memastikan kelas ini adalah destinasi aku, maka, aku pun masuk ke dalam dengan muka selamba walaupun hakikatnya aku dah lambat lima belas minit. Tapi aku yakin pelajar mesti suka sebabnya mereka boleh manfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin untuk lepak dengan kawan. Alaa, aku dulu pun pernah jadi pelajar. Mestilah aku tahu.
“Bangun!” ketua kelas memberi arahan apabila aku sudah berdiri di meja guru.
Mereka pun bangun serentak. Fuyoo, berdisiplinnya!
“Salam sejahtera, cikgu”.
“Salam sejahtera. Duduk”. Eceh, ini je ke rasanya jadi cikgu? Wahh, seronoknya! Hahanats.
Aku masih lagi berdiri sambil memerhati keadaan sekeliling kelas. Senyap dan mata mereka tertumpu ke arah aku. Apani? Segan pulak aku bertentangan mata dengan mereka ni semua.
“Okay, nama saya Nureen Raisyha Binti Dahlan. Awak semua boleh panggil saya Cikgu Aisyh. Umur 25 tahun dan saya akan gantikan cikgu awak yang berpindah tu untuk ajar subjek Sejarah. Tak perlua rasanya untuk adakan sesi perkenalan sebab lambat-laun saya akan kenal awak jugak. Ada pertanyaan?”
Aku buka kaunter pertanyaan dan ada seorang pelajar angkat tangan dan berdiri.
“Cikgu dah kahwin?” dengar sahaja soalan yang diajukan oleh budak lelaki yang duduk di barisan kedua dari depan itu membuatkan aku rasa macam nak bergimrama depan kelas. Ini je rupanya perasaan cikgu-cikgu sebelum ini apabila aku tanya mereka dah kahwin atau belum. Dahlah aku merupakan pelajar yang paling selalu soal macam tu dekat cikgu baru.
And now Aisyh, kau sendiri yang terima soalan macam tu.
Aku geleng. “Belum ada rezeki”. Cis, belum ada rezeki konon, Si Ayden tu yang sampai sekarang tunggu aku bagi keputusan, aku masih lagi berlagak tak tahu. Takpe, minggu ni aku dah cek kalendar, ada cuti tiga hari untuk minggu ini. Jadi, untuk tiga hari itu aku akan balik kampung dan bincang dengan keluarga atau dengan kata lain, aku akan hasut keluarga aku untuk tolak lamaran Ayden.
Aku sebenarnya bukannya jenis memilih, cumanya, aku takut aku tak setia. Aku risau aku suka dekat orang lain masa dah jadi cikgu ni, lagi-lagi pagi tadi ramai cikgu-cikgu handsome. Bergetaq tulang rusuk. Ehhh?
Aisyh, sebab tu dalam Islam ada memerintahkan penganutnya untuk tundukkan pandangan. Untuk elakkan manusia spesies kau nilah. Menggatal tak bertempat!
“Ada lagi? Kalau takda, kita mulakan kelas”.
Giliran mereka pula menggeleng. Jadi, inilah peluang aku untuk refresh balik apa yang aku dah belajar selama ini. Haraplah aku tak bagi ajaran sesat dekat budak-budak ni sudah.
“Awak semua dah belajar sampai bab berapa?” soal aku sambil berpeluk tubuh. Aku ni pendek, jadinya aku lebih selesa berdiri. Nampak semua muka pelajar aku ni.
“Bab 3, cikgu”.
“Bab 3? Dah habis ke belum?”
“Dah”.
“Okay, good. Kalau macam tu, kita masuk bab 4. Kalau tak silap, bab 4 ni bab kemunculan tamadun Islam tu kan? Cikgu tak bawak buku. Lupa kat rumah sebab pagi tadi cikgu terlajak tidur”. Dengar saja aku cakap macam tu, semua pelajar berusaha tahan gelak. Muka-masing-masing berkerut sebab tahan gelak. Aku tak tahu mana kelakarnya sampai-sampai masing-masing dah macam orang tengah sembelit muka mereka.
“Memandangkan dalam bab ni awak mulakan dengan zaman jahiliah, boleh tak awak bagitau saya apa yang awak semua faham tentang jahiliah?”
Diam, mungkin mereka segan nak jawab walaupun sebenarnya mereka ada jawapan. Tapi, aku okaykan sahaja sebab dulu pun aku macam ni. Malu tak bertempat.
“Okay takpe. Awak dengar saya bercerita jelah hari ni. Tapi, kelas kita yang seterusnya saya tak nak awak diam macam ni. Saya akan tanya sesiapa saja yang saya nak dan saya nak mesti ada jawapan. Tak kisahlah jawapan tu salah atau betul, yang pasti, saya tak nak awak pasif. Sebabnya saya tak nak awak semua tertidur dalam kelas. Lagipun, saya faham, student ramai anggap subjek Sejarah adalah subjek bantal tidur. Jadi, saya nak hapuskan pemikiran macam tu dalam kelas awak. So, dalam kelas saya, takde siapa yang boleh tidur dan saya akan jamin awak takkan mengantuk duduk kelas ni”.
Aku nampak muka mereka dah cuak sambil berpandangan antara satu sama lain. Aku senyum nipis kerana aku sudah ada rancangan khas untuk mereka.
“Kita mulakan. Saya tak mengajar sangat hari ni, saya hanya bagi gambaran sedikit tentang bab ni.
Sebelum kemunculan tamadun Islam, masyarakat Arab hidup pada zaman Jahiliah. Kalau awak selalu dengar perkataan jahil, mesti awak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan jahiliah ni. Jahiliah berasal daripada bahasa Arab itu sendiri, iaitu jahala yang membawa maksud jahil dan tak ada ilmu pengetahuan. Atau bahasa kasarnya, bodoh. Bahasa orang putihnya, stupid.
Dalam Islam, zaman jahiliah dianggap zaman kegelapan, zaman blackout orang eropah kata, sebabnya masyarakat Arab Jahiliah tak sembah Allah dan percaya animism. Mereka percaya Allah itu wujud, tetapi, mereka tak sembah Allah. Ada yang sembah Allah, tapi dalam masa yang sama mereka sembah benda lain seperti batu, pokok, matahari dan lain-lain. Sebab tu mereka dipanggil jahil, mereka tahu Allah tu ada, tapi mereka tak tahu yang Allah itu esa, tak boleh menyembah yang lain selain DIA. Mereka tak terima ajaran rasul dan nabi sebelumnya bahkan dalam masyarakat ini, mereka tidak ada nabi, rasul dan kitab. Dah nama pun jahil kan? Kalau dah jahil, akhlak mereka pun semestinya rendah. Kenapa saya katakan rendah?” aku jedakan ayat. Susah betul kalau buku tak ada bersama. Risau aku kalau terbagi tunjuk ajar yang salah.
Tapi, apa yang aku ceritakan dekat pelajar ni adalah sahih, benda umum yang semua orang tahu. Benda yang selalu aku ceritakan dekat orang lain sebab aku memang suka bab ni. Best. Dan nasib baik jugak aku ada buat sedikit persiapan semalam untuk kelas hari ini.
“Sebabnya, mereka ni sangat kejam. Mereka amalkan benda-benda maksiat seperti judi, zina dan arak. Kalau yang pemabuk tu, mereka dianggap sebagai lelaki sejati, lelaki macho orang zaman ni kata. Kalau kita tengok zaman sekarang pun, rasanya kita macam dah balik ke zaman jahiliah. Bezanya, kita hidup di zaman moden je. Kalau dari segi akhlak, tak perlu pergi negara orang putih, dekat KL ni pun berlambak parti sana-sini yang tak membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ada jugak sampai teguk arak dan bila dah mabuk, mestilah berzina tu akan dibuat sekali.
Selain tu, martabat kaum wanita dianggap rendah. Zaman tu, asal jadi perempuan je, mesti dianggap hina dan memalukan maruah keluarga. Sebab tu, kalau awak pernah dengar atau terbaca artikel, bayi perempuan akan ditanam hidup-hidup. Asal dapat bayi perempuan, mesti akan dibunuh. Cuba bandingkan dengan zaman sekarang? Zaman sekarang ni, lelaki ke perempuan, mesti akan jadi mangsa buangan. Sebab apa? Sebab cinta Februari”.
“Cinta Februari? Maksud cikgu?” salah seorang pelajar mencelah sambil menayangkan wajah kelirunya.
Aku sengih. “Yelah, cinta Februari. Hari Valentine jatuh pada bulan apa?”
Mereka turut tersenyum, memahami apa yang aku cuba sampaikan. Bahkan ada yang jawab dengan suara macam berbisik dalam kelambu.
“Sebab tu dalam Islam dilarang malah diharamkan kita sambut hari kekasih ni. Sedangkan bertunang pun masih ada batasnya, kenapa tiba-tiba couple pulak terhegeh-hegeh nak adakan hari kekasih? Bercinta boleh, tapi, pastikan bercinta dengan yang sudah halal. Ah sudah, kenapa kita masuk bab bercinta ni? Dah, kita balik kepada topik.
Dalam kalangan masyarakat jahiliah jugak, lelaki boleh kahwin dengan seberapa banyak perempuan pun yang mereka nak. Seronok? Seronok memang seronok ada bini ramai-ramai keliling pinggang, tapi, seronok jugak kalau dipanggang dalam api neraka sebab tak ikut perintah Allah SWT”. Belum habis ayat aku, tiba-tiba ada seorang pelajar angkat tangan.
“Cikgu, nama saya Mei Lee. Saya nak tanya satu soalan dekat cikgu boleh?” sopan sungguh budi bahasa pelajar aku yang seorang ni. Sebenarnya aku agak terkejut tengok ada salah seorang pelajar aku yang non-muslim. Aku tak sedar yang ada pelajar non-muslim di dalam kelas ni. Haraplah aku takde tersasul sentuh isu agama lain.
Aku anggukkan kepala, memberi isyarat bahawa aku memberikan kebenaran untuknya menyoal.
“Cikgu, saya ada terbaca dalam artikel. Dia cakap, selain orang Islam, semuanya akan ditempatkan di dalam neraka buat selamanya. Adakah dalam Islam, yang buat baik sepanjang hidup dia tetap jugak tak dapat masuk syurga? Kalau ya, kenapa? Jangan salah faham cikgu, saya tanya sebab saya sekadar nak tahu,” Mei Lee menyoal dengan wajah bersalahnya. Entah kenapa sejuk pula hati aku tengok budak ni. Walaupun pelat cinanya sedikit pekat, namun, ayat dia sangat sopan sahaja dituturkan.
Aku diam sekejap. Tengah fikir jawapan apa yang paling sesuai untuk mereka yang sedang belajar tentang agama kita secara tak langsung.
“Terlebih dahulu, cikgu nak minta maaflah kalau ada tersilap kata atau apa. Ini adalah pandangan cikgu berdasarkan agama cikgu dan agama kawan-kawan awak. Sebenarnya macam ni, saya jawab soalan awak berdasarkan analogi. Kalau awak pergi sekolah, awak belajar siang dan malam. Semua kelas awak ikut, tak ada satu kelas pun awak skip. Lepas tu, awak sambung belajar di rumah dan bila peperiksaan, markah awak semuanya elok. Tetapi, adakah markah awak ni dikira sedangkan awak tak daftarkan nama dekat sekolah tu?
Macam tu jugak dengan situasi sekarang. Dalam agama kami, apa-apa kebaikan yang dilakukan, pokok pangkalnya adalah lafaz kalimah syahidah, lafaz di mana kami bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kami dan tiada lagi Tuhan selain DIA. Sebab tu, kalau awak pernah dengar, orang bukan Islam yang memeluk agama Islam, mereka diumpamakan bayi yang baru lahir, segala dosa yang mereka lakukan pada zaman mereka beragama lain, dihapuskan begitu saja. Tapi, tu tak bermakna mereka bebas daripada dosa seumur hidup. Maksudnya di sini, sebaik mereka ucap kalimah syahadah, dosa mereka diampunkan dan apa-apa amalan mereka lakukan setelah itu akan dicatit seperti biasa.
WAllahualam, segala kesalahan yang cikgu bagitau, harap dimaafkan dan kalau ada yang cikgu tersentuh sensitiviti keagamaan, cikgu minta maaf. Al-maklumlah, apa yang cikgu cakap ni spontan, tak dirancang. Keluar gitu je. So Mei Lee, is it clear?”
Mei Lee angguk sambil tersenyum. Entah kenapa aku nampak ada sinar ketenangan dekat wajah tu? Perasaan aku je kot.
“So class, ada soalan lain sebelum kita sambung pembelajaran tadi?”
“Takde cikgu”.

“Okay, kita sambung balik”.

***

Habis pun kelas. Hari ni, aku ada lima kelas. Tiga kelas untuk tingkatan empat dan dua lagi untuk tingkatan lima. So, aku pun kembali dekat meja dan kemaskan apa yang patut. Letih jugak mengajar sebabnya aku lupa buku. Terpaksa tebalkan muka pinjam buku pelajar..
Sedang elok aku kemaskan meja, tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki datang jumpa aku.
“Cikgu Aisyh kan?” soal budak tu. Aku tak pasti dia ni student aku atau tak sebab banyak sangat muka yang aku jumpa hari ni.
“Ya saya. Kenapa eh?”
Budak lelaki tu ambil sesuatu daripada poket seluarnya dan hulurkan kepada aku. Sekeping kertas? Belum sempat aku tanya siapa yang bagi, budak tu pun berlalu. Cis, kliche sangat kalau kisah aku ni ada dalam drama.
Aku pun buka lipatan kertas tersebut. Dan, korang nak tahu apa yang tertulis dekat kertas tu?

Nice to meet you again, my dear
Aku genggam kertas tersebut. Nasib baik bilik guru dah sunyi, jadinya, mereka tak nampak muka aku dah macam zombie dahagakan otak. Pucat semacam.
Entah kenapa hati aku cakap ni semua angkara Ammar Faiz? Tapi, rasanya aku tak nampak pun dia dari pagi tadi dalam bilik guru? Atau aku yang terlepas pandang? Ya Allah, harap-harap aku tak sama tempat kerja dengan mamat otak kat lutut tu. Naya aku. Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan Ayden.
Eh, apa kaitan?!

×××

Aku packing barang. Takdelah banyak mana pun barang nak kena bawak balik kampung. Saja buat ayat drama packing bagai, Padahal aku bawak badan je. Sebabnya majoriti pakaian aku masih ada dekat kampung. Yang ada kat sini pun baju kerja dan baju tidur. Baju untuk hari biasa tu termasuk dalam baju tidurlah. Ala, faham-faham jelah. Perempuan.
Aku termangu depan katil. Fikir ayat nak cakap dekat mak lebih susah daripada mengajar dekat sekolah. Buka tutup buka tutup mata, tak sangka dah empat hari aku masuk mengajar. Nampak macam pelajar dah mulai ngam dengan aku dan macam apa yang aku jaminkan hari tu, mereka memang tak tidur masa kelas aku.
Banyak soalan yang mereka ajukan. Lepas kes Mei Lee tanya hari tu, yang lain pun mula tanya benda di luar bidang aku iaitu Sejarah. Haha. Nasib baiklah soalan tu tak susah sangat dan aku pernah tanya sebelum ni dekat cikgu.
Antara soalannya ialah, “Cikgu, kan kami ada belajar pasal perempuan tak boleh kahwin kalau dia mengandung. Tapi, kenapa ramai je yang kahwin masa mengandung sekarang ni? Atau, itu semua berdasarkan niat kita?” budak ni kalau tak silap aku nama dia Haefa. Budak perempuan, cantik dan muka dia sangat matang. Macam aku pulak budak sekolah kalau nak dibandingkan dengan budak tu.
“Okay macam ni. Saya jawab apa yang saya faham. Menurut Mazhab Syafiee, perempuan yang dimaksudkan adalah dua jenis. Maksudnya, sama ada perempuan yang sudah berkahwin ataupun yang belum berkahwin. Berkenaan dengan soalan awak tadi, awak cuba maksudkan perempuan yang belum pernah berkahwin, lepas tu mengandung and nak kahwin untuk tutup aib keluarga? Macam tu ke?”
Dia angguk.
“Kalau macam tu, dalam Mazhab Syafiee, wanita itu sah akad nikahnya sebab dia tak ada iddah. Maksudnya, dia boleh berkahwin. Berbeza dengan perempuan yang mengandung dan diceraikan oleh suami, dia haram berkahwin sampailah dia bersalin. Kalau awak cek balik dalam buku pendidikan Islam awak, saya rasa ada tempoh iddah bagi wanita mengandung yang diceraikan. Kalau tak silap, tempoh iddah dia sampai dia bersalin. Nanti awak cek balik.
Jadi, kesimpulan dalam Mazhab Syafiee ni, yang membezakannya adalah tempoh iddah sahaja. Kalau dia mengandung anak di luar nikah dan dia bercadang nak berkahwin, maka boleh mereka berkahwin. Tetapi, kalau dia bercerai masa mengandung, kena tunggu dia bersalin dulu baru boleh kahwin dan perempuan inilah yang dikatakan haram dikahwini. Itu kalau menurut mazhab Syafiee. Kalau mazhab lain, rasanya semua cakap haram berkahwin dengan wanita mengandung sama ada wanita tu dah kahwin atau belum. Cuma, kita sekarang di Malaysia, kita ikut mazhab Syafiee. Faham tak?”
Lama dia diam sehingga akhirnya dia membuka mulut. “Maksudnyalah kan cikgu, perempuan single boleh kahwin walaupun dia mengandung? Yang tak boleh kahwin sebab mengandung adalah perempuan yang bercerai. Macam tu ke?”
Aku angguk dan kelihatannya dia membalas anggukan aku tanda dia faham tentang penjelasan aku. Fuh, lega. Sekali lagi soalan di luar bidang. Tapi, bagus jugak soalan dia ni. Maksudnya, dia faham apa yang dia belajar dekat sekolah. Cuma nak kaitkan je dia belum tahu.
Sedang elok aku refresh balik pengalaman empat hari aku mengajar, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Tertera nama Ayden. Hmm Aisyh, kalau kes ni macam mana pulak? Bukan ke dah macam kes mendekati zina ke korang berdua ni?
Maksudnya Aisyh, kau mesti terima lamaran dia supaya lepas ni, dia boleh call kau bila-bila masa. Kau dengar suara dia pun pahala, kau gembirakan hati dia pun dah pahala. Nikmatnya berkahwin kan?
Ah pulak, apa benda aku merepek ni?
“Assalamualaikum”. Aku mulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. Macam mana, sweety? Dah ada keputusan?” kedengaran setelah itu dia tertawa kecil. Mungkin dia tahu aku sedang blushing bila dia asyik sweety-swweetykan aku. Ehem.
“Belum ada lagi. Awak jangan nak yakin sangat eh yang saya akan terima awak. Saya bukannya macam peminat-peminat awak yang lain tu. Awak kena tahu, dekat sini ada ramai cikgu handsome, boleh jadi ada yang kat sini jadi jodoh saya”. Cis, macamlah cikgu-cikgu tu semua nak dekat kau. Haha.
Ayden tiba-tiba terdiam. Entah kenapa aku rasa serba-salah pulak lepas cakap macam tu. Macam mana kalau dia merajuk? Nak pujuk macam mana? Beli iphone? Huh, tak mampu. Beli hati dia? Lagilah tak mampu!
“Okay. Saja nak dengar suara you. Bye”.
Dia putuskan panggilan. Alamak, betul ke dia ni merajuk? Ish, buruklah lelaki merajuk! Perlu ke aku pujuk? Buat apa? Aku bukan bini dia pun. Ah, pandai-pandailah dia sejuk sendiri nanti.
Aku cuba untuk hiraukan perasaan Ayden, tetapi entahlah kenapa aku boleh rasa bersalah pulak. Mungkin aku risau kalau-kalau dia bagitau dekat mak dan abah dekat kampung kot?
Hmm, tak boleh jadi. Sebelum dia bertindak untuk mengadu dekat mak dan abah, baik aku bertindak cepat-cepat. Aisyh, kau boleh. Alahh, cakap sorry je pun. Tak adanya jatuh gugur tersungkur ego kau tu.

Me
Awk, sy minta maaf

Mesej masuk. Amboi, cepat pulak dia balas mesej aku.

Ayden
Maaf? Maaf utk apa?

Me
Apa2 je yg sy buat selama ni?

Cis, ayat aku dah serupa ayat orang bagi petanda nak mati je. Tapi, lantaklah. Janji dia tak adu dekat mak dan abah. Dahlah kalau dia bukak mulut, terus lesap status aku sebagai anak untuk mak dan abah.
Lebih kurang sepuluh minit jugaklah Ayden bluetickkan chat aku dan selama tempoh itu, melongo je aku di depan telefon bimbit tu tunggu mesej balas daripada dia. Bila aku dah mula putus asa, barulah nama dia terhias cantik di ruangan notification aku.

Ayden
Ok. Tp ada syarat

Apeni, maafkan orang memang bersyarat ke? Ke mamat ni jenis banyak tengok drama. Ayat drama tak sudah.

Me
Hmm. Apedia?

Layankan jelah. Dah nama pun kita mintak, mestilah ikut peraturan tuan punya badan. Tapi, kalau ikutkan hati aku, nak aje aku lompat masuk handphone ni dan keluar melalui telefon bimbit Ayden. Bagi satu ketukan pada kepala dia, biar otak tu berfungsi sikit. Nak maafkan tu tak perlu bersyarat. Cukup keikhlasan hati. Gituh, sejak jadi cikgu di luar bidang, nampaklah sikit ciri-ciri ustajah aku ni. Ehh, tak malu cakap diri sendiri ustazah. Jauh lagi Aisyh oi!

Ayden
Simple. Be my wife and I’ll forgive you from head to toe

Di hujung ayatnya, dia letak emoji yang pakai cermin mata. Hanetss. Jangan sampai aku jadi kanibal ni kang dan dialah mangsa pertama yang aku jamah sebagai makanan!

Me
Xnk maafkn xpayahlah! Berkira sangat. Dhlah. Sy nk tidur. Bye, assalamualaikum

Data aku tutup. Geram aku dengan mamat ni. Semua benda mesti ikut cakap dia. Apa? Dia ingat aku ni lahir-lahir dah jadi bini dia sampai-sampai aku perlu patuh semua arahan dia? Kamon, dis is Aisyhlah. Jangan buat gila kalau tak nak aku menggila.
Menyesal aku minta maaf dekat dia. Kalau tak, tak adalah aku sakit hati macam sekarang. Tapi entah kenapa tiba-tiba hati aku cakap terima je lamaran Ayden. Kenapa eh?
Adakah mungkin sebab aku risau kalau Ammar memang satu tempat kerja dengan aku walaupun hakikatnya sampai ke hari ni aku tak nampak batang hidung dia, ataupun ini semua jawapan kepada istikharah aku selama ni?
Ahhhhh, buntu!

#Do comment something if you wanna read the next chapt. :)
#Cerita biasa, sorry x menarik
#Harap terhibur
#Kahwin? Tengah usaha satukan diorang
#Tunggu Aisyh setuju. Haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience