SPECIAL CHAPTER [II]

Romance Series 129218

AYDEN??AISYH

MEMANDANGKAN hari ini hari terakhir dekat kampung, memang meragam habislah budak kembar tiga tu. Terutama sekali Rifqie yang sememangnya dari tadi sudah menangis sebab tak nak balik.

"Adik nak tidur dengan nenek, dengan atuk, dengan paksu. Adik tak nak balik," marah Rifqie sambil duduk dan hamburkan tangis sepuasnya. Dia duduk tu sebenarnya dah penat berlari pusing satu rumah sebab tak nak kena paksa balik.

Aydeera pula bersembunyi di sebalik langsir sambil tersedu-sedan menangis di situ membuatkan aku rasa nak gelak kuat-kuat. Dia sembunyi macam tu, dia ingat takde orang nampak dia.

Ayder pula mula angkat beg pakaiannya sambil sesekali dia kesat air mata. Dia nak berdegil macam dua orang adiknya, tapi, bila dipujuk Ayden tadi membuatkan dia akur dalam sedih.

Air akhirnya angkat badan gemuk milik Rifqie sebelum dia melangkah menuju ke arah Aydeera dan tarik budak kecil itu daripada terus bersembunyi di sebalik langsir. Mak dan abah dari tadi tergelak tengok telatah cucu mereka yang enggan pulang ke bandar.

Ayden pula hanya mampu perhatikan sambil sandarkan bahunya pada pintu sebab agak penat pujuk mereka bertiga. Sesekali dia tersenyum nipis melihat gelagat anak-anaknya.

"Kenapa tak nak balik?" soal Air pada Aydeera dan Rifqie yang sudah digendongnya serentak.

Budak berdua itu cuba hentikan tangis mereka sambil gosok-gosok mata. "Dee tak nak balik bandar. Dekat bandar sunyi, takde kawan". Jawab Aydeera dengan sedu sedannya, mengundang senyum lucu Air.

"Adik pulak? Kenapa tak nak balik?" giliran Rifqie disoal.

Rifqie menggeleng. "Nanti ayam atuk rindu dekat adik," jawabnya lalu tekapkan wajahnya pada leher Air. Kami yang mendengar jawapan mereka berdua, terus tergelak.

"Kalau kakak dengan adik tinggal sini, abang sorang balik bandar, siapa nak main dengan abang? Siapa nak temankan ibu dengan daddy?" pujuk Air membuatkan mereka berdua mula pandang wajah kami bertiga.

Ayder yang dengar pun, mula pandang wajah aku dan Ayden sebelum dia duduk di atas pangkuanku.

Lama mereka diamkan diri sebelum mereka minta diturunkan. Dan apabila sudah diturunkan oleh Air, cepat-cepat mereka mencapai beg masing-masing.

Aku dan Ayden hanya perhatikan gelagat mereka. Ayder sudah turun dari pangkuanku dan mula bersalaman dengan mak, abah dan Air diikuti oleh dua orang adiknya.

"Nak balik dah?" soal mak sambil mencium pipi mereka bertiga.

Mereka angguk. "Nanti ibu dengan daddy sunyi dekat rumah," jawab Ayder dan diiakan oleh adik-adiknya.

Aku yang mendengar, terus tersenyum. Lalu, kami berdua Ayden pun bersalaman dengan mak, abah dan Air dan meminta diri untuk balik.

Memang dah biasa sangat mereka meragam begini kalau nak balik. Bila ditinggal betul-betul, mulalah menangis malam-malam cari aku dan Ayden.

Yang buatkan mereka semakin meragam adalah bila Air ada dekat rumah. Air sejak dia sambung belajar, memang hampir setiap kali balik kampung budak-budak tu takde kawan. Kalau ada pun masa Saiful datang. Kalau waktu malam, memang mereka asyik cari Air sebab selalunya mereka akan tidur dengan Air.

Aku dah cakap Air ni memang pandai layan budak-budak. Sebab tulah anak-anak aku semua suka dekat dia. Dan kebetulan balik kali ini, Air cuti, makinlah mereka tak nak lepaskan peluang untuk bersama Air.

Apakan daya, cuti aku hanya berapa hari saja. Jadi, nak tak nak, kenalah balik walaupun jauh di sudut hati aku, aku sendiri pun masih mahu tinggal di sini lebih lama. Pernah aku ajak mereka supaya tinggal sekali dengan aku, tapi semuanya enggan.

Kata mereka, rumah ini satu-satunya kenangan yang tinggal. Kalau mereka pindah, semestinya kenangan kami semua akan musnah begitu saja. Alaa, mereka buatkan aku rasa sebak sangat!

Sebaik sahaja kami sudah berada di dalam kereta, budak bertiga itupun bukakan tingkap sambil melambai tangan dekat mak, abah dan Air dan dibalas oleh mereka. Sebak dan rindu, itulah emosi yang aku boleh tangkap dari riak wajah mereka.

Dan, aku rasakan benda yang sama.

×××

Rheo, Aira dan Salwa temankan aku dan anak-anak beli barang untuk keperluan majlis sambutan hari perkahwinan aku dan Ayden. Awalnya aku tanya tentang idea dekorasi rooftop, sekali mereka cakap mereka yang temankan aku beli barang, nak tak nak aku pun terpaksa relakan.

Aku tak nak susahkan mereka. Tapi kata Rheo, kebetulan dia dan Aira pun sedang uruskan majlis perkahwinan mereka, jadi, dia pun ajak aku dan anak-anak sekali untuk cari bahan dekorasi itu.

Berkenaan dengan Salwa, rasanya gadis itu lebih senang menyendiri sebab dia pernah tolak lamaran ustaz beberapa tahun lalu. Bahkan bukan ustaz sahaja yang dia tolak, ada juga beberapa lamaran lain dia terpaksa tolak dengan alasan, dia tak nak jadikan semua lelaki itu sekadar pengisi sunyinya, sedangkan dalam hatinya dia masih sematkan nama Haq.

Aku tak boleh nak salahkan dia. Itu pilihan dia. Malah dia sendiri cakap yang dia bukan tolak sembarangan lamaran-lamaran itu, sebaliknya dia minta petunjuk daripada Allah melalui istikharah terlebih dahulu dan segala jawapan yang dia berikan, adalah berdasarkan petunjuk yang dia dapat.

Betul ataupun tidak tafsirannya, dia tidak pasti. Yang pasti, tiada ragu setiap kali dia buat keputusan itu katanya. Dan sebagai kawan, aku sokong sahaja sebab aku tahu, pemergian Haq dahulu bukanlah satu benda yang mudah untuk orang yang terniat nak mendirikan rumahtangga seperti Salwa.

Masuk sahaja ke dalam kedai barang ini, yang terlebih teruja adalah budak kembar itu. Masing-masing macam tahu je apa yang aku nak pilih. Padahal, semuanya fokus pada permainan.

Lazim budak lelaki, Ayder dan Rifqie masing-masing dah pegang robot di tangan manakala Aydeera dah pegang Barbie membuatkan aku hela nafas perlahan. Belum diizinkan, masing-masing dah tayang muka sayu dekat aku.

"Hmm, yelah. Tu je tau. Tak boleh lebih-lebih," haila anak. Ikut jelah. Lagipun mereka jarang meminta. Kalau dah meminta, maksudnya mereka sangat berkenan.

"Lepas ni, tolong carikan ibu barang-barang. Abang Ed, tolong carikan ibu pembalut meja yang paling cantik. Kak Dee tolong carikan ibu lampu kelip-kelip dan Adik Iqi tolong carikan ibu belon bentuk love. Kalau dah jumpa nanti, jangan letak dekat kaunter lagi. Tunjuk dekat ibu dulu. Faham?" mendengar arahanku, mereka pun angguk faham dan tanpa buang masa, mereka pun mula jalankan misi mereka.

"Reti ke diorang, Aisyh?" soal Aira sambil tersenyum melihat gelagat mereka bertiga.

Aku gelak. "Tengoklah apa jadi nanti. Biasanya, Ayder seorang je yang betul. Dee dengan Iqi selalunya beli benda lain," jawabku tenang. Ya, Ayder selayaknya anak sulung, dia sangat teliti.

Dia bukannya jenis macam adik-adik dia. Cari ala kadar dan cakap tak jumpa. Kalau jumpa pun, benda lain yang mereka ambil. Ayder tak. Dia sangat teliti, perangai itu yang dia warisi daripada Ayden. Dia tak kisah ambil masa yang lama dan tak kelam-kabut kalau aku tergesa-gesa.

Tersangatlah cool sampai-sampai aku bagitau Ayden, walaupun dia tak ikut sekali jalan, tetap aku rasa Ayden ada sekali dengan kehadiran Ayder. Bahkan kalau adik-adik dia tak jumpa, dia yang akan tolong carikan.

Aydeera dan Rifqie memang perangai sebijik aku. Cakap lepas dan perangai sesuai dengan usia. Sebab tulah ramai orang geram dengan mereka berdua.

"Kak Dee, Kak Dee dah jumpa ke?" itu suara Rifqie dan dari tempat kami berdiri sekarang dah nampak yang dia dah putus asa nak cari. Apa yang dia buat hanyalah sentuh-sentuh rak sambil garu wajah.

Salwa dah tergelak tengok gelagat Rifqie sebelum gelaknya terhambur apabila melihat Aydeera yang berlari menuju ke arah aku dengan sesuatu di tangan. "Ibu. Kakak dah jumpa".

Rheo dan Aira pun dah tutup mulut tahan ketawa manakala aku rasa nak terjatuh rahang tengok benda di tangannya. "Kak Dee ambil apa ni?" soalku dengan dahi berkerut.

"Yang ibu suruhlah. Kelip," ya, kelip. Kelip rambut. Aku tak tahulah apa yang princess aku ni makan sampai-sampai kecik lagi dah pekak.

"Sayang. Ibu suruh lampu kelip-kelip. Bukan kelip rambut. Dah, pergi letak balik kelip ni". Mendengar kata-kataku, Rifqie tiba-tiba jengukkan kepalanya dari rak sambil gelak dan tunjuk-tunjuk kakaknya.

Dek geram dengan Rifqie yang gelakkannya, Aydeera pun hanya jelirkan lidah sambil julingkan mata ke atas. "At least kakak ada cari. Adik tu? Satu benda pun tak jumpa". Marahnya namun hanya dibalas dengan tawa sahaja oleh Rifqie.

"Makin kuat menyakatlah I tengok Iqi," ujar Rheo sambil tergelak diikuti kami bertiga.

Ayder tak payah tanya. Dia daripada tadi fokus jalankan tugas dia.

"Which one is better?" soalnya sambil angkat kedua-dua pembalut meja di hadapan pekerja membuatkan pekerja itu tersenyum sambil cuit pipinya.

Aku sengaja suruh mereka pilih barang di kawasan yang sama, senang sikit nak pantau dan tengok gelagat mereka. Cuma tulah, Aydeera dan Rifqie kadang-kadang hilang dari radar membuatkan aku terpaksa cari mereka buat seketika.

"This one," tunjuk pekerja itu dan tanpa buang masa, Ayder pilih pembalut meja pilihan pekerja tersebut dan simpan pembalut meja yang tidak dipilih ke tempat asal.

"Thanks miss. Enjoy your day," ucapnya dengan lembut sebelum dia berlari menuju ke arahku dengan pembalut meja yang sudah dilipat di tangan. Pekerja itu memandang ke arah kami sambil tepuk tangan dengan wajah bangga.

That's my boy. Haha.

"Betul ke ni, ibu?" tanyanya sambil tunjukkan pembalut meja kepadaku. Aku senyum sambil anggukkan kepala. Pipinya aku cium sebelum aku suruh dia letakkan pembalut itu di kaunter bayaran.

Aira, Rheo dan Salwa turut terkejut dengan perangai Ayder.

"Wei Aisyh. Kau bagi Ayder makan apa? Gentlemannya!" puji Salwa dengan bangga.

Aku hanya lepaskan tawa. Aku sendiri pun tiada jawapan untuk itu sebab makanan yang aku bagi dekat mereka semuanya sama. Jangankan makanan, mereka lahir pun sama.

Cuma wajah dan perwatakan mereka sangat berbeza. Mungkin itu agaknya lumrah anak kembar? Memang mereka lahir pada masa yang sama. Tapi, mereka tetap orang yang berbeza sebab bagi aku, masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

Rifqie dan Aydeera yang melihat abang mereka dah selesaikan tugas, mula kelam-kabut untuk cari barang yang ditugaskan untuk mereka. Padahal tadi masing-masing sibuk termenung dan buat kerja lain.

Hmm.

×××

Aku tepuk-tepuk pipi. Rasa berdebar dan gugup membuatkan tanganku sejuk. Dengan suasana malam di rooftop ini menurunkan lagi suhu badanku. Pertama kali dalam hidup aku buat kejutan begini. Pertama kali dalam hidup aku hias sendiri tempat makan di sini dengan bantuan anak-anak.

Yang buatkan aku risau kalau budak-budak kantoikan. Sebab mereka aku tugaskan sebagai pelayan yang akan bawak Ayden ke atas ini.

Sesekali aku tilik jam di tangan. Sepatutnya jam begini Ayden pasti sudah datang. Dan seperti yang dijangka, beberapa saat berlalu, kedengaran loceng rumah ditekan membuatkan aku berlari anak menuju ke arah skrin yang Rheo pasangkan tengah hari tadi.

Skrin ini akan memaparkan rakaman CCTV yang aku letakkan di beberapa kawasan yang akan dilewati oleh Ayden nanti. Dari sini aku dah boleh tengok anak-anak yang berusaha jalankan tugas masing-masing dengan baik.

Good job!

Kelihatan Ayden sedang menanyakan sesuatu kepada mereka, namun hanya dibalas mereka dengan bongkokkan badan sambil tangan mempersilakan Ayden untuk melangkah membuatkan bibir Ayden mengukir senyuman lucu.

Tanpa membuang masa, mereka pun mula melangkah di atas karpet yang menghala ke lif. Ayder ketuai perjalanan mereka dengan Aydeera dan Rifqie yang berdiri di sebelah Ayden. Lagaknya seperti bodyguard Ayden dengan pakaian masing-masing menggunakan kot. Rasa kelakar pula aku gayakan mereka dengan pakaian begitu.

Masuk sahaja mereka ke dalam lif, terus aku menuju ke arah pintu keluar sebab mereka dalam perjalanan ke atas ini. Aku letakkan Ayder di depan sebab dia ingat punat mana nak tekan pada lif. Kalau harapkan Aydeera dan Rifqie, silap hari bulan mereka hanya main tekan saja.

"Dipersilakan masuk, daddy," ujar mereka bertiga sambil persilakan Ayden untuk melangkah ke kawasan ini. Wajahnya jelas terkejut apabila melihat kawasan atas ini dan semakin terkejut apabila melihat aku yang tunjukkan diri di hadapannya.

Sebelum dia menuju ke arah aku, sempat dia kucup pipi ketiga-tiga orang anaknya. Kaki kemudiannya melangkah menuju ke arahku lantas memeluk pinggangku dengan matanya melilau memandang keseluruhan kawasan ini yang dipenuhi dengan dekorasi ini.

"Sayang ke buat semua ni?" soalnya lantas melabuhkan bibirnya di atas dahiku.

"Yup. Tapi bukan Aisyh seorang. Anak-anak pun tolong sekali," jawabku membuatkan Ayden ukirkan senyuman dan meminta supaya anak-anak pun masuk sekali.

"Abang tahu ke hari ni hari apa?" dugaku. Tak perlu pun aku tanya sebenarnya sebab Ayden memang tahu hari bersejarah ini. Setiap tahun Ayden yang buat kejutan, tapi tahun ni aku nak buat kelainan apatah lagi bila dengar Ayden sangat sibuk hari ni.

Jadi, aku pun ambil kesempatan ni untuk buat kejutan padanya. Memanglah tidak seromantis yang dia buat, tapi, cukup aku tengok wajah terharu dalam penat itu, cukup membuatkan aku rasa usahaku dihargai.

Jari telunjuk Ayden mencuit puncak hidungku sambil bibirnya mengukir senyuman. "Mestilah abang tahu. Anniversary kita," jawabnya bangga, membuatkan aku turut tersenyum.

"Ibu, daddy. Makanlah cepat," tak lain tak bukan, itu suara Rifqie membuatkan adegan romantis aku dan Ayden tamat begitu saja.

Tanpa buang masa, aku pun pimpin tangan Ayden menuju ke meja makan yang sudah terhias cantik itu. Terima kasih dekat Ayder sebab teliti pilih pembalut meja ini. Dan tak lupa dekat budak Aydeera dan Rifqie yang selesaikan tugas mereka walaupun ambil masa yang agak lama sampai-sampai Salwa dan Aira akhirnya yang tolong mereka berdua sebab penat tunggu.

Haha.

Sampai sahaja di meja makan, Ayden pun ketuai bacaan doa makan manakala Aydeera dan Rifqie pula aminkan dengan suara kuat. Dan cepat-cepat mereka berdua hulurkan pinggan masing-masing. Ayder seperti biasa, selaku anak sulung, memang dia perhatikan sahaja gelagat adik-adiknya.

"Lain kali, suruh ibu dengan daddy dulu," tegurnya membuatkan Aydeera dan Rifqie berpandangan sesama sendiri. Aku dan Ayden pun begitu, terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut anak sulung kami.

"That's my boy," puji Ayden sambil usap kepala Ayder yang duduk di sebelahnya membuatkan budak itu tersenyum nipis sambil menunduk. Dia memang begitu, sangat segan bila dipuji oleh aku mahupun Ayden. Kalau orang lain puji, baginya biasa saja. Tapi kalau kami berdua puji, ayat tu macam anugerah terindah bagi dia.

Bangga, sampai-sampai aku yakin yang dia mampu jaga adik-adik dia besar nanti.

×××

Dek mengantuk, budak bertiga itu minta didodoikan awal dari kebiasaan. Semuanya sebab mereka agak penat temankan aku jalan dan hias rooftop ini. Walaupun sebenarnya mereka lebih banyak bermain daripada menghias.

Nasib baik para maid, Aira, Rheo dan Salwa sudi tolong. Dan aku ada ajak mereka untuk ikut serta dalam majlis malam ini. Tapi mereka menolak sebab kata mereka ini majlis privasi keluarga kecil aku. Jadi mereka tak nak ganggu walaupun hakikatnya aku tak kisah pun.

Memandangkan anak-anak dah tidur, solat isyak dah ditunai, Ayden kembali mengajak aku naik semula ke rooftop ini. Kalau tadi aku yang pimpin dia, sekarang giliran dia pula tarik tangan aku untuk kembali melangkah ke kawasan berhias ini.

"Abang masih tak puas tengok hiasan dekat sini. Pandai Aisyh abang hias. Tak sangka ada bakat tersembunyi," pujinya dengan mata memandang ke sekeliling sambil bibir terukir senyuman.

"Mestilah! Ingat abang seorang je ke yang reti buat banyak benda? Aisyh pun tahulah," gurauku mengundang tawa kecil Ayden.

Pipiku dicubit manja sambil dia laga hidung kami seketika. "Dengan suami sendiri pun nak bersaing ke? Tak patut," ujarnya pula.

"Takdelah. Aisyh gurau je. Tapi jujur tau, Aisyh memang pernah terfikir nak kalahkan abang yang serba boleh. Cuma tulah. Aisyh tak mampu sebab abang terlampau perfect, tinggalkan Aisyh jauh ke belakang," balasku dengan reaksi sekali membuatkan Ayden tarik hidung aku dengan geram.

"Eee, apeni? Sakitlah!" marahku sambil gosok-gosok hidung.

"Tak payah nak bandingkan diri macam tu. Aisyh dah cukup sempurna untuk abang," tegurnya membuatkan aku mencebik.

"Aisyh gurau je," balasku perlahan, mengundang jelingan Ayden.

"Dekat mulut mungkin bergurau. Tapi dalam hati Aisyh, abang tak tahu. Mungkin Aisyh betul-betul rasa rendah diri dengan abang? Abang tak nak Aisyh ada perasaan macam tu sebab bagi abang, Aisyh ada keistimewaan tersendiri yang semua orang takde," balasnya dengan nada serius membuatkan aku serba salah tiba-tiba.

Padahal niat aku memang nak bergurau. Tapi aku malas nak dengar Ayden bagi ayat-ayat sentap dia, jadi, aku pun hanya angguk-angguk faham.

"Abang serius tau sayang".

"Yaaaa. Aisyh tahu dan Aisyh terima kasih sangat dekat abang sebab abang terima Aisyh. Tapi Aisyh jujur cakap, Aisyh tak pernah rasa rendah diri dengan abang malah Aisyh bangga sebab anak-anak kita ada ayah macam abang yang perfect. So, don't worry okay? Oh by the way, Aisyh ada satu hadiah untuk abang sempena anniversary kita hari ni".

Terus kening Ayden bertaut dan dia mula tayang muka pelik dengar kata-kataku. "Hadiah? Hadiah apa?" soalnya tenang sambil merangkul pinggangku. Tapi sekejap saja sebab aku minta diri untuk ambil hadiah.

Setelah kotak kecil aku ambil, aku pun kembali menuju ke arah Ayden yang masih setia berdiri di tempatnya.

Kemudian, aku pun melangkah menuju ke arahnya sambil aku hulurkan kotak tersebut. "Sayang bagi apa ni? Hmm?" dia terus menyoal dan aku terus diamkan diri sambil tersenyum memandangnya.

Sebaik sahaja dia buka kotak tersebut dan tengok apa isinya, terus dia pandang aku dan isi kotak itu silih berganti dengan wajah yang sangat terkejut. "S-sayang?"

Aku anggukkan kepala sebagai jawapan. Ayden yang semestinya terkejut, terus ukir senyuman sambil tutup mulut. Nampak kelakar pula reaksinya kali ini.

Sekelip mata, tubuh kecilku tenggelam dalam pelukannya. Hampir terangkat sedikit badanku sebab pelukan Ayden yang sangat erat membuatkan aku rasa agak semput. Tapi aku biarkan sahaja, bagi Ayden luahkan segala rasa gembiranya.

"Bila dah?" soalnya gugup setelah pelukan dileraikan. Wajahnya nampak sebak dan terharu, lagaknya seperti ini kali pertama aku mengandung. Dan ya, aku mengandung. Sebab tulah Ayden gembira macam tak ingat dunia.

"Maksud abang? Kalau abang tanya usia kandungan, baru dua bulan," jawabku tenang lantas balas senyumannya.

Mendengar sahaja jawapanku, terus bibir Ayden mendarat pada dahi dan pipiku bertalu-talu. Aku hanya letakkan tanganku pada bahunya sahaja bagi menstabilkan diri sebab dari tadi wajahku ditarik supaya bertemu dengan bibirnya.

"Alhamdulillah. Abang jadi daddy. Again. Yes! Thanks sayang," ucapnya lagi dan lagi sebelum aku sekali lagi dipeluknya kuat, memaksa aku untuk membalas pelukannya.

"I love you forever and ever. Thanks sebab sekali lagi sudi pinjamkan diri sayang untuk tumpangkan anak kita selama sembilan bulan. Abang janji abang akan jaga sayang betul-betul dan untuk sesi mengidam kali ni, abang nak abang seorang je yang penuhi kehendak sayang dan baby. Jangan lari dari abang lagi dah tau. Abang nak jaga sayang dari awal kandungan sampailah sayang lahirkan baby.

Dan, abang akan sentiasa lindungi keluarga kita sampai akhir hayat abang. Itu janji abang. Ingat tu," ucapnya sambil lepaskan pelukan. Wajahku ditenung dengan senyuman bahagia tersungging di bibirnya.

Tanganku naik memegang kedua-dua belah pipinya sambil aku balas senyuman itu. "Thanks abang. I love you more. Aisyh nak minta maaf awal-awal kalau sepanjang sembilan bulan akan datang, Aisyh mungkin akan banyak susahkan abang. Tapi Aisyh harap, abang sabar dan jangan tinggal..." belum habis ayat aku ucapkan, terus jari telunjuk Ayden menyentuh bibirku sambil dia menggeleng.

"Please jangan cakap macam tu. Percayakan abang, hati abang, jiwa abang dan cinta abang hanya untuk Aisyh dan anak-anak kita. Takde apa yang susahkan abang, malah abang hargai detik yang Allah sentiasa pinjamkan untuk abang. So, don't worry," balasnya lagi, sekaligus membuatkan aku terus berasa lega.

Lega sebab aku tahu, Ayden bukanlah seorang lelaki yang hanya pandai cakap. Tapi, apa yang dia cakap, dia akan buat. Dari dulu sampailah sekarang, sampai ingatan aku pulih seperti sekarang.

Aku hanya mampu tersenyum membalas setiap kata Ayden sebab aku sudah kehilangan kata untuk ucapkan terima kasih tahap infiniti untuknya.

"Memandangkan isteri abang tengah pregnant sekarang, jom kita masuk. Dah lewat dah ni. Nanti masuk angin pulak," pelawanya.

Belum sempat aku melangkah, tiba-tiba badanku terasa terapung dek digendong oleh Ayden. "Sebab ibu pregnant, daddy tak bagi ibu penat-penat. Biar daddy yang tolong angkat ibu untuk baby okay?"

"Eee. Tak payahlah. Aisyh larat lagilah nak jalan," bebelku lemah.

Tanpa mempedulikan kata-kataku, Ayden terus melangkah membuatkan aku hela nafas. Tanganku merangkul leher Ayden bagi menstabilkan kedudukan aku sendiri. Kemudian, aku pun dekatkan bibirku pada telinga Ayden sambil bisikkan kata-kata buatnya. "I love you, abang".

Bisikanku ternyata mengundang senyum bangganya. Dia menjelingku manja sambil kucup pipiku sekilas. "Love you more, Nureen Raisyha. You're mine before, today and forever". Balasnya, turut dengan bisikan dan semestinya bisikan milik Ayden kedengaran sangat romantis pada telingaku.

Aku diam sambil labuhkan kepalaku di dada kirinya. Jelas terasa degupan jantungnya yang tak teratur membuatkan tanganku naik memegang dan mengusap lembut dada bidangnya.

"Degupan jantung abang sentiasa tak teratur kalau dengan Aisyh," jawabnya tanpa aku soal.

Aku tidak membalas, sebaliknya sembunyikan wajah di lehernya yang wangi ini. Ayden dengan ayat romantis bukanlah asing lagi bagi aku. Tapi tulah, aku sentiasa cair dengan kata-katanya.

Rasa bertuah dan syukur sentiasa hadir dalam diri sebab aku dikurniakan seorang suami sesempurna Ayden. Sempurna yang menyempurnakan aku membuatkan kami saling menyempurna antara satu sama lain. Haha.

Dan terima kasih Allah sebab kurniakan aku keluarga kecil yang bahagia ini. Ayden yang sempurna, Ayder yang matang, Aydeera yang cantik dan Rifqie yang comel. Dan bayi akan datang yang akan menceriakan lagi kehidupan keluarga kecil kami.

Sekian kisahku, Nureen Raisyha dalam Dia.... Aydenku. Tirai kulabuhkan dan terima kasih kepada semua yang sudi membaca kisah hidupku yang serba biasa.

Terima kasih. Sayang semuanya.

#Fuhh. Lama bebeno ye.
Btw thanks kepada semua yang ikuti cerita ni dari awal sampai habis. Baca lelaju tau. Takut sis unpublish balik atas alasan tertentu.

Tapi, buat masa sekarang, sis bagi masa panjang sikit untuk korang baca.

Ada apa2 persoalan boleh tanya sahaja di ruangan komen. Apa2 bentuk kritikan membina pun sis terima. Janji jangan kutuk haha.

This is my first novel yg sis mampu siapkan. Maybe lepas ni sis akan publish balik Saya Akan Tackle Awak? Siapa setuju komen okay! Kalau tak tahu novel tu, saja sis nak cakap, tu first novel yang sis publish dalam /Novel+ ni.

Jangan lupa follow, vote and comment. Jumpa di novel2 lain inshaa Allah. ????

Share this novel

Zai Zai
2023-10-22 09:05:30 

sambung lagi

Zailena Marshid
2021-11-06 14:22:19 

tak sabar tunggu "Saya Akan Tackle Awak" di publish balik, suka baca novel "Dia Aydenku"


NovelPlus Premium

The best ads free experience