AYDEN??AISYH
"OKAY, hari ni kita masuk bab 6. Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya. Dalam bab ni, perkara pertama yang kita kena tahu ialah khalifah. Keyword untuk bab ini adalah khalifah sebab dalam bab ini, kita akan kaji sejarah khalifah-khalifah terdahulu yakni pada zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin.
Dengar saja perkataan khalifah, awak mesti tahu apa maksud khalifah itu sendiri. Okay, saya nak salah seorang pelajar, volunteer untuk jawab soalan saya. Apa itu maksud khalifah? Saya tak suka nak panggil nama, lagipun awak semua dah besar. Takkan masih pengecut lagi".
Habis saja aku cakap macam tu, seorang pelajar lelaki yang duduk sebelah tingkap di bahagian kanan aku terus angkat tangan. "Khalifah bermaksud, kumpulan penyanyi yang bawak lagu Cikgu Ayu tu. Betul tak cikgu? Kalau cikgu tak tahu lagu tu macam mana, saya boleh tolong nyanyikan," dia tersengih manakala pelajar lain sudah berdekah ketawa. Aku pun rasa nak tergelak, tapi, cepat-cepat aku tahan sebab budak ni memang kuat merapunya.
"Hah, elok sangatlah jawapan awak tu. Kalau cikgu baca jawapan awak macam tu dalam ujian nanti, jangan salahkan cikgu kalau muka awak biru balik rumah sebab jadi punching bag," aku jawab selamba membuatkan pelajar lain lebih galak ketawa manakala budak yang bernama Aleef itu hanya tersengih sambil garu kepala.
"Ala cikgu, saya gurau je. Okay, okay. Saya jawab betul-betul. Kalau dalam bahasa Arab, khalifah ni maksudnya pengganti. Dalam konteks ni, khalifah membawa maksud pengganti kepada Nabi Muhammad SAW yang akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.
Tapi, dari segi agama pulak, khalifah ni bermaksud makhluk Allah yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan kemurnian dan kesucian Islam". Dia akhiri penjelasan ringkasnya dengan senyuman senget manakala kawan-kawannya tepuk tangan tanda kagum. Mana tidaknya, budak ni adalah pemegang rekod tidur tak bangun-bangun untuk kesemua subjek dan hari ni, dia boleh jawab soalan aku dengan mudah walaupun pada awalnya dia agak berloyar buruk sedikit.
Tapi, walaupun dia kuat tidur, entah kenapa dalam kelas aku, boleh pulak badan dia menegak dan mata dia terbuka segar. Aku dapat tahu dia kuat tidur pun sebab kawan-kawan dia bagitau. Aku sendiri pun pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri. Masa tu aku sit in kelas ni tempoh hari. Dia tak sedar aku masuk kelas, sebab tu dia ralit tidur tanpa pedulikan orang sekeliling. Dia terbangun pun sebab nak pergi tandas dan cepat-cepat dia tayang muka terkejut apabila melihat aku yang duduk di meja guru.
Disebabkan perangai dia yang hanya bangun masa kelas aku membuatkan dia kena gossip dengan aku. Kau bayangkan, aku yang dah tua bangka ni digosip dengan budak tingkatan empat. Mana logik? Ehem, tapi dulu aku pernah minat dekat seorang guru aku ni. Guru Bahasa Melayu. Minat aku dekat dia tu dari aku tingkatan empat sampai habis tingkatan lima. Nak kata kacak sangat tu, taklah. Tapi dia punya tahap soft spoken tu, hati mana tak cair oiii. Tapi, habis je aku SPM, dengar cerita dia dah kahwin. Mana tak patah seribu aku dibuatnya. Tapi, nasib baiklah dia kahwin lepas aku SPM. Kalau dia kahwin sebelum aku SPM, aku tak tahulah macam mana nak ubati hati yang lara. Gituhh.
Sebenarnya, minat dekat cikgu ni adalah salah satu motivasi. Kenapa aku cakap motivasi? Kau bayangkan, aku ni tak berapa sangat dengan subjek Bahasa Melayu masa dekat menengah rendah. Tapi, apabila masuk sahaja menengah atas, dapat cikgu yang gitu, terus semangat aku belajar sampai-sampai semua semester dan percubaan aku dapat A+ termasuklah dalam SPM. Kahkah. Tak sangka aku gatal dari zaman sekolah dulu dah. Wakaka!
"Hmm, not bad jawapan awak. Boleh duduk. Nasib baik awak dapat jawapan yang agak tepat. Kalau tak, awak berdirilah dekat situ sampai habis masa cikgu". Gurauku kepadanya.
"Saya tak kisah berdiri kalau cikgu yang suruh. Jangankan berdiri kat sini, berdiri sebelah cikgu pun saya sanggup," ujarnya sambil tersengih lagi manakala keadaan ini semakin gamat dengan gelak tawa pelajar lain.
Aku tersenyum sambil geleng kepala. Kuat sangat pengaruh Sepahtu Reunion ni rupanya. Sampai-sampai pelajar boleh pikat cikgu guna ayat saja. Kalaulah dulu diperkenalkan dengan ayat-ayat macam ni, agak-agak Cikgu Shaiful terkesan tak? Hahaha.
"Dah. Kita sambung pelajaran kita".
***
Aku kemaskan meja guru, masa balik. Untuk hari ni, aku terpaksa batalkan kelas tambahan untuk kelas tingkatan lima. Tapi, aku mesti gantikan kelas petang ini pada hari Sabtu ni jugak. Bila pelajar dengar sahaja petang ni class cancel, gembiranya bukan main. Tapi, bila aku cakap saja kelas diganti hari Sabtu, semuanya meroyan tak tentu hala. Sampai-sampai aku tembak mereka dengan sedas ayat.
"Come on guys, kalau ikutkan tahap kemalasan cikgu, cikgu pun malas nak datang hari Ahad. Cuti kot. Tapi, cikgu terpaksa buat sebab SPM awak tak lama lagi. Kalau keputusan awak merosot, cikgu yang kena hadap Pengetua tahu tak? Lagipun, takkanlah cikgu nak tengok awak tak dapat sijil SPM hanya disebabkan gagal subjek Sejarah. Cikgu dah janji dekat Pengetua, cikgu nak buat yang terbaik untuk empat kelas yang cikgu ajar. So, bagi kerjasama dekat cikgu. Okay?" semua terdiam. Aku tak pasti sama ada ayat aku kedengaran kasar ataupun ada malaikat maut lalu kelas. Yang tu aku tak pasti.
Aku batalkan kelas petang ni pun disebabkan oleh permintaan keluarga Ayden untuk mencuba pakaian pengantin. Tak sangka, dalam masa dua minggu sahaja pekerja mereka ambil untuk siapkan baju pengantin kami berdua. Kalau dilihat dalam lakaran tempoh hari, rasanya baju itu sangat elegan. Agaknya, macam manalah mereka boleh siapkan baju tu dalam masa yang singkat?
Sedang aku ingin berlalu dari situ, tiba-tiba langkahku terhenti apabila dihalang oleh seorang lelaki. Ya, tak perlu fikir panjang. Memang lelaki itu adalah Ammar Faiz.
Sekali mata kami bersabung, entah kenapa luka semalam kembali berdarah. Rasa sakit dikhianati kembali terasa. Tetapi, rasa sayang dan cinta sudah hilang entah ke mana. Apa yang aku mampu kata, hanya benci sahaja kini yang bermaharajalela.
"Aisyh". Panggilnya dengan senyuman sayu di bibir. Come onlah Ammar Faiz, aku takkan kembali dekat kau. Cukuplah apa yang kau dah buat dekat aku dulu. Kau ingat, dengan tayang muka macam ni, boleh lembutkan hati aku? Heh, mimpilah! Ini Aisyh okay, once kau dah sakitkan hati dia, takkan ada lagi dah kata maaf. Yang tinggal, hanya rasa benci yang meluap-luap.
"Wah, awak kenal saya? Tapi maaf, saya tak kenal awak. Boleh saya tahu awak ni siapa eh? Macam mana boleh kenal saya?" nah, ambil kau setepek. Nak sangat seru nama aku. Kau tak layaklah nak sebut nama aku Aisyh lagi dah. Kau hanya layak panggil aku Nureen Raisyha sebab nama tu hanya disebut oleh mereka yang jauh jurangnya dengan aku.
Aku nampak riak wajah dia berubah. Marah? Lantak dialah. Ada aku kisah? Nak tumbuk aku, aku boleh adu dekat Aydenlah. Badan dia tu sekali ganda besar daripada Ammar Faiz ni. Sekali Ayden penyetkan, rasanya dah boleh ditumis Si Ammar Faiz ni.
"Sampai hati Aisyh lupakan saya. Kenapa Aisyh tolak lamaran saya hari tu?" suara dia agak terkilan. Peduli pulak aku? Memang taklah. Dia ni sama spesies dengan mak dia. Kuat sangat berlakon. Kenapalah tak cuba nasib dekat DFKL hari tu. Kalau cuba nasib, rasanya boleh dah jadi pelakon dua beranak tu agaknya. Kalau boleh, cerita yang okay untuk mereka berdua ialah cerita Tanah Kubur. Tak pun Bila Hati Telah Hitam. Biar bertaubat sikit dengan perangai lahanat mereka berdua tu.
"Oh, jadi awaklah yang lamar saya hari tu? Perempuan tua yang nama dia Mak Ton kalau tak silap saya. Tu mak awaklah ya? Kalau dia yang awak maksudkan, saya minta maaflah. Saya ni susah nak terima lamaran orang yang saya tak kenal. Takpe, saya doakan semoga awak berjodoh dengan yang lebih baik. Mana tahu perangai awak pun boleh jadi baik lepas ni kan? Yelah, saya ni tak baik. Tak cantik pulak tu. Kalau nak jadi isteri awak, rasanya tak sama level. Kan? So, excuse me? Saya nak balik cepat-cepat ni," ujarku sambil cuba untuk berlalu daripada situ.
Tetapi, Ammar Faiz boleh pula halang laluan aku. Dia ingat sweet ke main halang-halang ni? Kalau terjatuh lepas tu tertindih atas badan dia, tak ke malu dibuatnya? Buatnya ada guru lain ataupun pelajar tengok, nak jawab apa?
"Cikgu, saya tak kacau pun awak. Jadi, jangan nak kacau saya. Saya ni nak balik," suaraku kedengaran sedikit keras dan buat kesekian kalinya, bilik guru ini bebas daripada guru-guru.
"Cincin apa dekat jari Aisyh tu? Kalau Aisyh jawab, saya akan lepaskan Aisyh pergi". Cis, nak main ugut-ugut pulak. Dia ingat, jalan ni Mak Ton yang punya? Huh, pleaselah. Nak main-main pun, jangan dengan aku. Kalau tak nak sakit hati, baik main jauh-jauh.
Aku pandang cincin di jari. "Oh, cincin ni. Cincin nilah penyebab utama kenapa saya tolak lamaran awak. Sebab saya dah ada pilihan hati saya sendiri. So, jangan pernah terniat nak lamar saya lagi dah lepas ni sebab saya akan menjadi milik orang. Okay, saya dah jawab dah. So please, jangan halang laluan saya. Saya tak suka cemarkan pandangan saya lama-lama". Habis saja ayat aku, kelihatan wajah Ammar Faiz sedikit terkejut. Tak pasti dia terkejut untuk apa.
"Akan jadi milik orang? Aisyh, awak bercakap dengan Faiz ni okay? Saya kenal Aisyh macam mana. Awak pakai cincin tu semata-mata nak bagi saya cemburu kan? Ya, saya cemburu kalau saya tak tahu Aisyh menipu. Tapi sekarang, saya tahu Aisyh tengah cuba nak balas balik apa yang saya dah buat dulu. Kan?" dia tersenyum. Memang dia punya senyum tu memang manis. Tapi sayangnya, manisnya itu tak dapat mengalahkan senyuman versi pencair hati milik Aydenku.
Aku tersenyum sinis. "Jangan yakin sangat". Amaran aku berikan kepada dia lalu aku terus mengambil kesempatan untuk pergi apabila Amyr Saofian, salah seorang guru di sekolah ini datang masuk ke dalam bilik guru.
Dia pandang kami berdua dengan riak pelik. "Kawan baru". Aku menjawab segala persoalan yang aku yakini sedang berlegar di minda Amyr.
Amyr pula mengangguk faham sambil lemparkan senyuman buat aku. Ni, kalau pelajar perempuan tengok ni, mahunya aku tidak digosipkan dengan lelaki berdua ni. Mana taknya, dua-dua lelaki ini adalah pemegang rekod guru terkacak dan segak di sekolah ini.
Ya, aku tak nafikan. Tapi, aku ada yang lebih istimewa. Dia... Aydenku. Hahahaha.
***
Aku hanya statik sahaja duduk di atas sofa lembut buatan Itali ini. aku statik bukan sebab duduk atas sofa mahal, tapi, disebabkan oleh kedudukan aku dengan Ayden yang agak rapat. Punyalah besar saiz sofa ni dan punyalah aku beria pilih sofa solo ni, boleh pulak dia nak bersempit dengan aku. Ni, kalau aku gerak sikit sahaja, memang kami berdua akan bersentuhan. Ya, memang tak bersentuhan kulit, tapi masalahnya, kami berdua belum kahwin lagi. Tak manis orang tengok duduk rapat-rapat. Nanti, tak pasal-pasal gadis bertudung kena kecam pulak.
"You penat ke?" bisik Ayden sambil menunduk untuk memandang sisi wajah aku. Aku balaslah pandangan dia sambil angguk. Dah memang aku penat, takkanlah aku nak mengada cakap tak penat sedangkan muka aku memang aku yakin nampak sangat kepenatan.
"Sorry kacau waktu rehat you. Malam ni, I jemput you tidur rumah I. Mama cakap dia nak masak something special malam ni kalau Aisyh nak tidur kat rumah family I," ayat mula Ayden tu buatkan aku keberatan. Tapi, pandai dia pancing mood aku dengan ayat terakhir dia. Haha, macam tahu-tahu saja aku ni malas nak masak sampai rumah nanti. Ingatkan nak tapau je makanan. Tapi, kalau dah ada yang sudi masakkan makanan ni, rasanya tak salah kalau aku setuju. Bakal mak mentua sendiri jugak kan? Wakaka!
Ayden angkat kening. "Macam mana? Nak tak? Kalau tak nak, nanti I belikan you makanan". Ololo, caringnya lahai. Rasa macam tak sia-sia terima lamaran dia. Hekhek.
"Mama dah masak ke?" soal aku. Lepas tu, aku kelip-kelipkan mata. Rasa macam aneh pulak dengan soalan aku tu tadi? Ada yang pelik rasanya. Tapi apa dia?
"Mama? Wow, cepatnya future wife I sesuaikan lidah," dia tergelak macho membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Yelah, mesti mereka tertanya-tanya, apalah yang budak berdua tu bualkan sampai-sampai Ayden yang tak pandai nak senyum, boleh tergelak macam tu.
"Ehem, tengah hitung berapa orang Ayden and Aisyh junior ke tu?" Kak Ruhaila bersuara dari jauh sambil memegang sehelai baju pengantin berwarna putih yang sangat cantik.
"Yes, sis. I rancang nak buat banyak sikit. Tapi, Aisyh yang tak nak. Dia cakap, tak larat. But don't worry. I ada bagitau dia ayat you. Belum cuba belum tahu," habis saja dia cakap macam tu, bergema butik mewah ini dengan suara gelak tawa mereka. Semua pekerja termasuklah kakak Si Ayden ni tergelak dengar ayat lucah yang lelaki itu utarakan.
Ayden? Dia hanya senyum senget saja lepas aku jeling sedas. Tak malu betul cakap macam tu depan orang. Dahlah aku ni belum pun jadi bini dia.
"Oh come on. Tak boleh awalkan sikit ke majlis you berdua? I rasa Ayden dah tak sabar sangat dah tu," giliran Kak Ruhaila sambung lawak tak kelakar mereka berdua. Puan Besar Ratna dan Tuan Besar Khalil hanya geleng kepala sambil tersenyum dengar ayat yang diluahkan oleh kedua-dua orang anaknya.
Aku pula hanya mampu berdiam diri. Tak boleh menyampuk sangat dalam situasi macam ni. Silap hari bulan, ada sahaja ayat aku yang akan dijadikan sebagai modal oleh keluarga ini nanti. Nasib baik adik-beradiknya tidak ikut serta. Kalau tak, aku pun tak tahu apa nasib aku.
Dengar cerita, Neil Ayden Raehan bersama isterinya, Suzanne sedang pergi hospital untuk cek keadaan baby girl mereka yang comel yang aku nak gomol hari tu. Manakala, Leo bersama ayahnya di rumah. Yes, ayahnya ada di rumah sebab sekarang dia cuti. Kerja kapal lah katakan, nak dapat cuti tu susah sikit. Kalau Neila Ayda Rafeeqah dan Neil Ayden Raeef pula, mereka berdua dah balik ke Australia. Mereka belajar di sana, sebab tu balik sana. Jangan risau, orang kaya macam tu, memang tentu-tentulah ada bodyguard yang jaga.
"It's okay. I sabar je tunggu bulan depan. Lagipun, pejam celik, pejam celik, last-last, Aisyh will be mine. Kan sayang?" dia bagi aku jelingan nakal dia membuatkan ramai sudah membuat bermacam-macam jenis suara.
Sedang aku memerhati Kak Ruhaila dan Puan Besar Ratna sedang bersembang dengan designer tersebut, aku pun mengambil keputusan untuk tidur sekejap. Lol, perangai tak semenggah tidur depan orang. Tapi, aku peduli apa. Zaman sekolah dulu, inilah yang aku buat. Kalau mengantuk, tidur je terus. Kalau cikgu tanya, nasib asyik menyebelahi aku sebab aku dapat jawab dengan tepat. Yelah, aku buat persiapan semalam sebelum kelas. Bersungguh aku belajar supaya aku dapat tidur dalam kelas. Kahkah.
Aku pun menyandarkan badan di kepala sofa, tapi, belum sampai sesaat aku menyandar, aku terus terduduk tegak semula. Mana tidaknya, aku dapat rasa ada sesuatu yang keras di kepala aku tadi. Nak kata sofa, sofa ni sofa mahal kot. Takkanlah nak keras semacam.
Aku pun toleh ke belakang dan memang sah, tangan Ayden masih berada di situ. Apabila aku pandang wajah dia, dia hanya membalasnya dengan cebikan dan kemudiannya tersenyum. "Kenapa?"
"Tangan awak kacau saya nak bersandar," jawabku jujur. Ayden yang mendengar jawapan aku terus tergelak kecil lalu menarik semula tangannya.
"Sorry," ucapnya sambil tersenyum.
"It's okay. Awak kejutkan saya nanti kalau mama awak dan Kak Ruhaila dah habis bincang. Saya nak tidur kejap," kataku sambil terus bersandar pada kepala sofa dan tutup mata. Terasa berputar dunia ni sebaik aku tutup mata. Aku rasa aku memang tak cukup rehat ni.
"Are you okay?" kedengaran suara Ayden menyoal.
"Hmm, I'm okay. Saya cuma perlu rehat kejap je". Ya Aisyh, nampak sangat kau 'okay'. Suara pun antara kedengaran dan tidak je. Aku pun tak pasti kenapa aku rasa macam hilang kotak suara.
"No, you are not okay. Kalau macam tu, lepas je cuba baju pengantin, kita terus balik rumah. Baju you nanti I ambik. You letak kat mana baju you?" hmm, baik hati sangatlah pulak nak tolong ambilkan pakaian.
Ehhh, kejap! Ambilkan pakaian? No way! Takkan aku nak suruh dia ambil pakaian aku? Takkan aku nak izinkan dia tengok segala benda benda yang tak patut dia tengok? Ee, dia ni kan? Rajin mesti ada makna.
"No! Takpe, biar saya sendiri yang kemaskan," tadinya aku nampak lemah, tapi sekarang tiba-tiba ada tenaga pula. Mana tidaknya, aku tak dapat bayangkan macam mana dia simpan segala pakaian peribadi aku. No!!!!
Ayden kerutkan keningnya. Mungkin masih belum memahami kenapa aku menolak kerajinannya. Takpe Ayden, tak payah nak faham sangat.
"Kamu ni pun satu Ayden, takkanlah Aisyh nak biarkan kamu kemaskan barang dia. Dia tu perempuan, kamu tu lelaki," setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Tuan Besar Khalil bersuara. Tapi, ayat dia tu mampu buat mukaku berbahang di dalam bilik yang berpindingin hawa ini.
Ayden masih tayang muka kelirunya. "Kenapa?"
Aku yang tengok dia yang blur semacam, mula buat kesimpulan. Jangan-jangan dia ni memang selalu kemaskan baju perempuan ni. Tu sebablah dia tak faham kenapa benda tu tampak tak salah. Yelah, belajar pun dekat oversea, tak mustahil dia terpengaruh dengan budaya orang sana walaupun sedikit.
"Takpelah awak. Tak payah faham. Nanti saya sendiri yang kemaskan barang saya," aku senyum sekilas sambil bersandar kembali di kepala sofa. Ayden masih lagi dengan wajahnya manakala muka Tuan Besar Khalil hanya tersengih melihat kami berdua.
"Masih larat ke nak kemaskan barang ni?" Ayden bertanya risau.
Aku angguk. "Kemaskan barang je kut. Bukannya kena angkat almari pergi rumah awak," seloroh aku dengan mata tertutup sambil tersengih.
Terasa Ayden menolak lembut pipiku menggunakan telefon bimbitnya. "I tanya betul-betul," balasnya dengan nada mengeluh dalam berbisik.
Aku buka mata aku sedikit, lalu lemparkan senyuman senget buatnya. Ayden pula membalasnya dengan cebikan kecil sebelum dia mula menayangkan senyuman tipisnya.
***
Beg pakaian Ayden letak di depan katil aku. Aku sendiri yang suruh. Kalau nak biarkan dia mendominasi kehidupan aku, memang dia susun pakaian aku di dalam biliknya. Mamat ni memang gila babeng sikit.
"I nak ambik makanan kat bawah kejap. You tunggu dekat atas ni. Rehat," aku angguk sambil melabuhkan punggung di atas katil empuk ini.
Jap, dia cakap dia nak bawak makanan pergi atas ni? Maksudnya, makan dalam bilik? Eh, gila ke? Semalas-malas aku, tak pernah lagi aku makan dalam bilik. Mak memang bagi larangan keras sebab aku ni kalau makan, bukan makan macam biasa. Tapi melahap dan melantak macam dukun bela saka. Buatnya katil ni nanti kotor, tak ke haru dibuatnya?
Belum sempat aku halang, Ayden sudahpun berada di luar. Hampeh! Gila panjang kaki mamat ni. Baru je dia cakap macam tu tadi, eh, tup-tup dia dah ada kat luar. Siap sempat tutup pintu pulak tu. Apa aku nak buat ni?
Sedang aku berada di dalam dilemma, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Sejak aku bertemu dengan Ayden, makin rajin pula telefon aku berbunyi. Padahal sebelum ini, bunyi cengkerik sahaja menghiasi.
Aku angkat telefon tersebut sebaik nama abah terpapar pada skrin sentuh tersebut. "Assalamualaikum bah?" Tumben abah call. Biasanya mak yang ambil alih tugas ni.
"Waalaikumussalam. Kamu ada kat mana ni?" Soal abah.
"Ada dekat rumah keluarga Ayden ni bah. Kenapa?"
"Eloklah tu. Abah cuma nak bagitau yang Mak Ton kamu tu dah menggila. Dia cakap dia nak pergi rumah sewa kamu dekat KL tu. Abah tak bagi sebab nanti entah apa-apa je dia buat dekat kamu".
Berderau darah aku dengar kata-kata abah. Mak Ton bukan setakat menggila, ni dah tahap makan pil khayal satu papan! Dia ni kan, kalau aku tak kenangkan yang dia tu tua, adalah jugak tapak tangan kecik aku ni hinggap dekat muka dia.
"Buat apa dia nak jumpa Aisyh, bah?"
"Kamu tahulah yang dia tu tak betul sikit. Lepas kamu tolak lamaran anak dia, mulalah dia tu meroyan. Kalau ikutkan hati abah ni, nak je abah heret dia pergi hospital orang gila. Abah rasa dia banyak sangat makan dedak ayam," hah, itu dia abah! Haha, jangan tanya dekat mana aku dapat ayat yang melampau-lampau tahap tak sedar diri sebab aku tahu, korang dah dapat agak darimana darah aku mengalir.
"Huh, melampau betul lah Mak Ton tu. Semua dia nak kita ikut. Dia ingat dia tu siapa?" Geram betul aku dengar cerita abah. Memang orang tu jenis selagi tak dapat, selagi tu dia cuba dapatkan sampai dapat. Pendek kata, kamus hidup dia, apa yang dia nak mesti dapat. Eleh, macamlah orang nak sangat bermentuakan dia. Mulut cabul tak hengat dunia!
"Anak dia jugak yang kamu nakkan dulu," cettttt, abah sempat lagi nak panaskan hati aku yang sedia ada panas. Nasib baik abah dan nasib baik sayang, kalau tak... Hrmm. Tak sampai hati cakap.
"Apeni bah! Tu dululah. Masa Aisyh belum baligh! Sekarang ni Aisyh dah pandai bezakan emas dan suasa. Berlian dan kaca. Gituh!" Aku dengar abah ketawa. Aku tak tahulah tang mana kelakarnya ayat aku.
"Dahlah. Abah nak pergi kebun kejap. Makin layan kamu, dengan abah sekali gila macam Mak Ton".
"Pergi kebun buat apa bah? Senja dah. Duduk je diam-diam dalam rumah. Dia ni kan?" Abah ni memang jenis macam tu, tak renah duduk dalam rumah. Kadangkala aku hairan, mana satu rumah abah? Kebun ke rumah papan peninggalan arwah opah dulu?
"Makin senja nilah orang lepaskan kambing dia makan suka hati dekat kebun. Dahlah. Jangan banyak cakap. Kamu ni selagi abah tak berhenti, tak adanya kamu berhenti. Mulut dari kecik sampai besar macam bertih jagung. Menyesal abah bagi mak kamu makan bertih masa mengandungkan kamu dulu. Jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Jaga maruah. Kamu dan Ayden tu belum kahwin lagi, jaga perangai. Faham?"
"Ye bah. Sampai hati cakap mulut Aisyh macam bertih jagung. Abah ni kan?" Abah ni memang jarang bercakap. Tapi tulah, kalau dia dah bercakap, jarang tak sakitkan hati aku yang senipis tisu ni.
"Dah. Jangan cakap lagi. Habis pulak kredit abah kang. Nanti kalau dekat kebun lama-lama, rindu nak bercakap dengan mak kamu, tak dapat nak call sebab kredit habis. Assalamualaikum". Abah tergelak lagi. Aku yang mendengar turut terhibur. Abah, abah.
"Eleh. Abah yang mengada pergi kebun petang-petang. Jangan balik lewat sangat tau. Waalaikumussalam".
Panggilan dimatikan. Alahai, rindu pulak nak balik kampung. Tapi, bila sampai kampung, aku je selalu kena marah sebab ada je benda yang aku buat salah. Aku pun hairan. Asal dengan keluarga aku je, aku tak pandai berdikari. Semua nak berharap dekat mereka. Tapi bila duduk sorang-sorang, pandai pulak aku hidup di atas kaki sendiri. Hrmm.
Telefon aku letak di sisi katil sambil aku sandarkan badan. Nak tidur, takut Ayden tiba-tiba muncul. Nak tak nak, tahankan jelah biji mata yang kian memaksa untuk tertutup ni.
Tidak lama kemudian, bunyi ketukan pada pintu pun mulai kedengaran. Sejurus kemudian, kelihatan Ayden bersama troli yang berisi makanan dan minuman. Dah macam pelayan di hotel lima bintang pula lagaknya. Cuma bezanya, pakaian yang dipakai oleh Ayden ni jenis memang suka tayang dada. Asal berbaju je, mesti tiga butang di atas akan dibuka. Nasib baiklah dada dia bukan jenis hutan belantara. Tak adalah semak sangat kalau terpandang. Erk, kantoi tengok dada Ayden. Ehhhh, dia yang tayang, bukannya aku yang tengok.
"Awak buat apa dengan makanan ni semua?" Walaupun aku tahu maksud semua ini, tapi, tak salah kalau aku tanya. Nanti nampak macam aku yang beria-ia makan dalam bilik.
Ayden senyum senget lantas duduk di sebelah aku. Makanan di troli diambil dan kemudiannya dia mula memegang pinggan dan sudu.
"Err, tak payahlah makan sini. Biarlah saya makan sekali dengan family awak". Walaupun suara dah mula serak, tapi aku gagahkan juga diri untuk menolak pelawaan melampau ini.
"Mana boleh macam tu. I dah bawak dah makanan ni pergi sini. You tinggal bukak mulut je," suakan sudu yabg berisi makanan itu kepada aku. Aku geleng kepala, tanda menolak pelawaannya.
"Come on, macam mana nak sembuh kalau you tak nak makan? Cepat," dia masih lagi menyuakan sudu itu, namun aku masih juga menolak.
"Jomlah kita makan sekali dekat bawah. Seganlah. Nanti apa yang mama dan papa awak cakap nanti?"
Ayden letakkan kembali sudu di dalam pinggan sambil jongketkan kening yang sedikit tebalnya kepada aku. "Why are you so stubborn, Aisyh?" Kedengaran suara Ayden sedikit sebal. Ee, dia ni kan, suka paksa-paksa orang.
"Tak nak. Kita makan dekat bawah je. Lagipun saya bukannya sakit tenat sampai-sampai perlu disuap apa semua. Dahlah. Kita makan kat bawah je. Jom," aku mahu bangun, tapi Ayden tarik lengan aku membuatkan aku kembali terduduk di atas katil empuk itu.
Belum sempat aku nak marahkan anak kepada tuan rumah, tuan rumah dan puan rumah pun sampai di dalam bilik ini. Nak tak nak, aku kena batalkan niat nak hempuk anak mereka ini guna bantal sampai terkeluar isinya.
Sebenarnya, aku ditempatkan di dalam bilik yang bersebelahan dengan bilik Ayden. Sudahlah di tingkat ini hanya kami berdua sahaja duduki. Gila tak risau, buatnya Ayden kena hasut dek nafsu, tak pasal-pasal.... No, tak sanggup aku bayangkan. Harapnya semoga Allah sentiasa pelihara diri aku daripada benda-benda begitu.
"Why?" soal Tuan Besar Khalil sambil berdiri di belakang Ayden. Manakala Puan Besar Ratna pula duduk di sebelah Ayden. Dah macam ziarah pesakit tenat di hospital pula keluarga ini.
"Aisyh ni. Ayden suruh dia makan kat dalam bilik ni je. Tengok muka dia pun dah pucat semacam. Tapi, dia degil, nak jugak makan dekat bawah," walaupun menggunakan suara jantan, namun nada manjanya mengadu dekat mama dan papanya membuatkan aku rasa geli hati.
Puan Besar Ratna pandang aku dengan riak lembutnya. "Makan jelah dekat sini Aisyh. Aisyh belum sihat lagi kan? Dah makan ubat tak tadi?"
Fuh, lembutnya lahai suara Puan Besar ni bercakap. Tapi entahlah, nada garang mak jugak yang aku suka dengar. Hahaha.
"Tapi Puan Besar, saya tak biasalah makan dalam bilik," aku masih gunakan ayat yang sama untuk tolak pelawaan Ayden tadi.
"See, ma?"
Puan Besar Ratna pandang sekilas wajah Ayden dan kemudian memberi isyarat mata supaya lelaki itu bangun. Ayden tanpa banyak soal, terus sahaja bangun dan Puan Besar Ratna mengambil tempat di sebelahnya.
Belakang tangan Puan Besar Ratna menyentuh dahi aku. Terkebil-kebil sahaja mata aku memandang wajah Puan Besar Ratna yang kerisauan. Kemudian, mata aku beralih pula ke arah Tuan Besar Khalil dan Ayden. Riak wajah yangs sama membuatkan wajah mereka tampak begitu serupa. Mungkin macam Aydenlah wajah Tuan Besar Khalil masa muda-muda dulu dan mungkin macam muka Tuan Besar Khalil lah wajah Ayden untuk beberapa puluh tahun akan datang. Kalau dia ikut muka papa mahupun mama dia, tak kisah sebab dua-dua muka helok.
"Panas badan Aisyh ni. Tak nak minta MC ke? Nanti tak pasal-pasal Aisyh pengsan masa mengajar," jelas raut wajah itu kerisauan. Bezanya dengan mak, mak tak tayang kerisauan melalui wajah, cukup dengan perlakuannya pun aku dah tahu dia risau. Jenis mak kepada tunang aku ni pulak, memang segala jenis emosi, ditunjuk melalui wajahnya.
Aku ukir senyuman buat Puan Besar Ratna. "Saya penat memang macam ni, puan. Jangan risau".
Puan Besar Ratna masih lagi menayang wajah risaunya. "Okay. Tapi, pastikan Aisyh makan. Nanti, mak dan ayah cakap aunty tak pandai jaga menantu," pfft, ayat Puan Besar ni memang hampir buatkan aku tersembur liur. Menantu apeni? Belum lagilah!
Aku jeling Ayden, kelihatan dia sedang menayang senyum nipis dan kemudiannya mengenyitkan matanya kepada aku apabila mata kami bertentangan buat seketika. Ceh, rasa menanglah tu!
"Ya, puan. Lepas ni saya makan. Saya nak rehat kejap," aku bagi alasan namun aku tahu niat suci murniku ini dapat dihidu oleh Ayden.
"No nanti-nanti. Makan terus. Lepas ni rehat. Excuse me, ma. Ayden nak suapkan Aisyh," ujar Ayden membuatkan Puan Besar Ratna bangun dari tempat duduknya. Belum panas punggung orang tua itu, terus diusir Ayden.
"Okay fine. Tapi, saya tak nak awak suapkan. Saya sendiri boleh makan. Jangan layan saya lebih-lebih sebelum kahwin". Ujarku dengan nada rendah sambil mencapai pinggan di tangan Ayden. Aku perasan keluarga itu saling berpandangan dan aku juga perasan yang bibir mereka mengukir senyuman.
"Maksudnya, lepas kahwin nanti, you jangan halang everything yang I akan buat dekat you. Okay?" Ayden jongket kening dengan senyuman nakal terukir di bibirnya. Pfft, ayat aku yang macam tu pun boleh jadi bahan nak kenakan aku. Apeni?
"Mama dan papa keluar kejap. Ayden jaga Aisyh tau," ujar Puan Besar Ratna yang aku dapat rasa ada unsur humor tak jadi di dalam ayat itu.
Aku hanya tersengih. Entah kenapalah setiap kali aku ditinggal berdua bersama Ayden, rasa takutku kepadanya tiada. Bahkan, aku dapat rasa aku selamat bersamanya. Tidak pernah aku rasa aku ni spesies terancam.
Tolonglah Aisyh. Masa ni jugak kau nak mengarut bagai. Kau ingat, kau golongan yang nak pupus ke guna ayat spesies terancam bagai?
"Okay, now we're just living alone here. But don't worry girl, I will not do anything to you. Just continue with your food. Make sure you finish your food or you will sleep with me tonight". Hah, aku tarik balik ayat aku tadi. Sekarang, Ayden dah berbahaya. Bukan aku tak tahu sikap Ayden ni macam mana. Kalau itu yang dia cakap, itulah yang dia buat. Ni mesti satu spesies pemangsa macam Mak Ton.
Ah sudah, merepek lagi. Mesti aky banyak sangat tengok National Geographic. Tu pasal lah asyik guna istilah binatang saja.
"Awak jangan nak apa-apakan saya. Kalau awak buat yang bukan-bukan, saya akan tolak lamaran awak!" Dalam ketar, aku cuba bagi amaran. Tapi tulah, sekarang aku bercakap dengan Ayden. Manusia hati batu dan kalis ugutan. Tak adanya dia tergugat dengan ugutan aku.
Dia mencebik. "Ada hati nak ugut I. Tu, bibir tu pucat. Mesti dah fikir yang I akan buat bukan-bukan dekat you, kan?" Dia tayang sengih nakal, riak wajah yang paling sukar dilihat di kaca TV.
"Diamlah! Saya nak makan," ujar aku mengalah akhirnya. Malaslah nak bertekak dengan mamat ni. Memang di akhirnya, aku jugak yang akan menemui titik kekalahan. Bukan aku sengaja nak kalah, tapi saja hendak bagi peluang dekat dia nak rasa menang. Maklumlah, zaman sekolah dan universiti dulu aku dah puas menang berdebat, bagilah peluang dekat orang lain jugak menang. Ye dok?
Sunyi melanda sebaik aku lontarkan ayat tadi. Yang kedengaran hanya bunyi sudu dan pingganku yang berlaga. Ayden pula masih fokus dengan telefon bimbitnya. Entah apalah yang dia tengok, aku pun tak pasti.
"Aisyh, you tak cemburu ke tengok ramai perempuan komen dekat gambar I?" Ayden menyoal tiba-tiba. Aku pandang dia, manakala dia pula masih menunduk pandang iPhonenya.
"Dah kenapa tanya macam tu?" Soal aku pelik. Yelah, apa masalahnya kalau perempuan komen pun? Bagi aku takde masalah sebab mereka pun mesti sama dengan aku. Berangan nak kahwin dengan Ayden.
Tapi tu dululah. Sekarang, angan aky hampir jadi kenyataan. Adalah sikit rasa tak sabarnya. Huhu.
"Takdelah. Biasanya perempuan cemburu kalau their boys dapat komen daripada perempuan lain. Lagi-lagi kalau komen tu nak flirt the boys. Tu yang I hairan dekat you sebab you macam tak kisah je. Ke, sebab you tak cintakan I?"
Bingo! Memang pun aku tak cintakan dia. Tapi tulah, hari demi hari, adalah sedikit rasa sayang dekat dia ni ha. Dah hampir tiap hari jumpa, mana tak sayangnya.
"Memang pun. Pleaselah Ayden jangan tanya benda yang awak dah tahu," gurauku dalam nada serius. Kali ini, giliran aku pula yang tak pandang wajah dia. Fokus sahaja dengan makananku.
Aku dapat rasa Ayden tenung aku dengan riak geram di sebelah. Aku tahan ketawa. "Kut ye pun tak cinta, janganlah jujur sangat. Tapi takpe, I don't care kalau you tak cintakan I pun masa ni. Sebab lepas kahwin nanti, I yakin yang you tak boleh nak berenggang pun dengan I. Macam kes dua orang artis tu yang tak boleh berenggang walaupun suami pergi tandas," selamba, tapi penuh optimis dia berkata.
Eleh, nak mengata Fattah dan Fazura lettew. Tolonglah. Aku ni antara yang adore dengan pasangan tu. Tak tahu kenapa. Mungkin sikap humble mereka yang layan peminat agaknya.
"Yakin sangat. Please," aku julingkan mataku ke atas. Menyampah betul dengan tahap yakin diri dia tu.
Dia tergelak macho. "Mestilah yakin. I tahu you baca majalah tentang I kan? Hah, I guessed yang you tahu sikap I macam mana kan and mesti dalam diam you iakan kata-kata I. Apa benda yang An Ayden tak boleh buat?"
"Ee, riaknya! Ada je. Awak tak boleh pikat saya. Wekkkk," aku jelirkan lidah ke arah Ayden. Nasib baik kedudukan kami agak jauh, kalau tak, sia-sia muka kacak milik Ayden basah akibat tersembur air liurku.
"Boleh je. I belum guna lagi taktik I. Yang I bagi dekat you selama ni, baru mencapai 3.5 percent of my romance style. Masih ada 96.5% lagi yang I masih simpan untuk bekalan lepas kahwin nanti," dia tergelak lagi. Memang sumpah dia nampak kacak bila tergelak macam tu. Beruntunglah jugak aku dapat calon suami macam ni. Helok pun helok. Tak bosan mata aku jamah tiap hari lepas kahwin nanti. Ehhhh, gatal!
"Hmm. We'll see," balas aku ringkas dan Ayden hentikan tawanya, namun senyuman versi pencair tahap potong kaki masih dia lemparkan buatku.
"Okay". Balasnya ringkas.
Penipu kalau aku cakap aku tak cair dengan dia ni. Dia baru senyum pun dah buat aku terkinja-kinja tak hengat dunia. Apatah lagi apabila dia layan aku macam puteri raja. Lagilah aku tak hengat dunia.
Tolonglah cepat sikit bulan depan! Sis sah taasabar! KAKAKKAKA!
----••••----
Since ramai Novelplus users tanya sis, bila nak update. Ada yang siap kecewa dengan perangai sis. Sob2. Sorry guys. Act, sis memang nak update awal sikit. Lepas je Bab 12 published bulan lepas, sis dah taip dah Bab 13 on the next day. Tapi tak habis sebab masa sis taip tu, sis rasa berdosa sangat sebab tak study. ?? HAHAHAHHA. Just imagine that sis ambik march muet, a few weeks after I published bab 12, muet speaking test. But i never practice yet. So, sis ambil keputusan untuk jedakan dahulu my DA sebab masa depan sis sangatlah bermakna. Sayang guys duit sis RM101.10 nak bayar muet tapi sis tak struggle for it.
Lepas tu, sis bercadang nak update dua minggu lepas since muet dah lepas. Ehh, terlupa pulak yg assignment sis kena hantar minggu lepas. So, sis terpaksalah tunda and today is the day.
So, panjanganya bebelan ini adalah untuk menjelaskan situasi sebenar why I took a very long time to update for a chapt.
So, sis minta maaf sangat2 for those yg tunggu novel ni. Sis hargai sangat kesetiaan uolls tunggu novel sis diupdate. Apa2pun, sis tahu, penantian uolls tak berbaloi dengan chapter yang entah apa2 ni. So, sis minta maaf lagi sekali untuk cerita yang membosankan. Sis baru lagi dalam bidang ni. Masih mentah. Jadi, haraplah dimaafkn yerr.
Bye. Selamat membaca dan semoga terhibur.
#Do comment something if you wanna read the next chapter. :)
#Sorry untuk cerita yg bosan
#Nanti2 lah mereka kahwin. Leklu
Share this novel