BAB 44

Romance Series 128902

First of all, thank @syahirahjk sebab reward coin dekat sis. Kalau awak baca, sis nak ucapkan terima kasih ;)

Sorry guys for being late again and again and again dan sorry chapter ini tidak memuaskan hati kalian semua.

Apapun, do vote and comment ??

?

AYDEN??AISYH

"AISYH, abang dan Hazel... Minta izin Aisyh, untuk kahwin".

Mendengar kata-kata itu, terus aku menggelengkan kepala sambil tolak dada Ayden supaya jauh daripadaku. Wajahnya dan Kak Ana aka Hazel aku pandang silih berganti.

"Tak, Aisyh tak izinkan! Kalau abang nak kahwin dengan dia, abang kena lepaskan Aisyh!"

"Aisyh..." meleret namaku disebut oleh Ayden dengan wajahnya sayu memandangku. Dia cuba untuk mencapai lenganku, tapi aku tepis laju-laju.

"Abang cintakan Aisyh, dan, abang cintakan Hazel. Abang cintakan dua-dua dan abang takkan dapat pilih antara Aisyh dan Hazel". Bersungguh-sungguh Ayden memujukku, tapi pantas sahaja tanganku menampar pipinya.

"Tak perlu nak bermain dengan perkataan cintalah, Ayden! Awak masih cintakan Hazel dan awak tak nak lepaskan saya, sebab awak tak nak malu dengan nenda dan Melissa kan?"

Ayden diam, tiada kata yang keluar daripada mulutnya. Sebaliknya dia hanya mampu mengunci mulut dan menunduk.

"Aisyh! Akak janji, akak takkan biarkan Abang Ayden pilih kasih. Abang Ayden akan berlaku adil. Percayalah, Aisyh". Ujar Si Hazel pula membuatkan mataku mencerlung tajam memandangnya.

"Pergi matilah korang punya adil-adil! Kalau korang nak kahwin, kahwin jelah! Tapi, lepaskan aku. AKU. TAK. NAK. BERMADU!" suaraku lantang memarahi mereka berdua. Hati aku sakit sangat apabila diperlakukan begini.

Aku bangun dari katil itu. Aku bukan siapa-siapa antara mereka berdua. Aku hanyalah penumpang cinta Ayden dan sekarang adalah masanya untuk aku berikan semula kepada si pemilik sebenar hatinya.

"Aisyh, jangan macam ni!" Ayden merentap tanganku dan aku tepis daripada terus disentuhnya. Aku jijik dengan penipu seperti mereka.

"Ayden please, lepaskan saya!"

"Lepaskan saya!" terus aku terbangun dari perbaringan selepas aku jerit kata-kata itu. Aku pandang sekeliling, masih di bilik hotel.

Aku raba-raba wajahku yang berpeluh. Aku mimpi ke? Tapi, apabila melihat lokasi aku sekarang, sah, aku hanya mimpi. Tapi entah kenapa sakitnya terasa seperti nyata?

Segera aku meraup wajah dan beristighfar berkali-kali. Aku terlampau memikirkan perkara ini, bahkan sebelum aku tidur semalam pun, aku masih sempat memikirkan kemungkinan ini berlaku. Kemungkinan yang Ayden akan pilih Hazel daripada aku. Dan tak sangka, aku terbawa-bawa sampai ke mimpi.

"Kalau jadi betul-betul, sanggup ke aku biarkan Ayden pilih Kak Hazel? Kalau dia beri pilihan untuk berpoligami, sanggup ke aku berkongsi Ayden dengan orang lain? Ya Allah, semoga mimpi ni tak jadi kenyataan. Sungguh, aku sangat cintakan Ayden".

Aku capai telefon bimbit di sisi katil dan aku tilik jam. Dah dekat nak subuh dan tiba-tiba nama Rheo tertera pada skrin tersebut. Aku pun angkat.

"Assalamualaikum".

Dengan suara serak basah, aku pun menjawab salamnya. Tak sangka mukaku bukan sahaja berpeluh, malah air mata pun ikut serta sekali.

"Are you okay?"

"Okay. Kenapa awak call pagi-pagi ni?"

"Saja nak cakap, kita berangkat awal. Dalam pukul 7.30 macam tu sebab I ada meeting kejap lagi. Okay ke? Kalau masih penat, kita pergi petang nanti".

"Kita pergi awal jelah. Tapi, awak okay ke ulang-alik dari resort pergi KL?"

"I'm okay, Aisyh. Jangan risau pasal I, risaukan diri you sendiri. Tapi, I ada suruh bodyguard tolong tengokkan you nanti sebab mungkin I lewat sikit habis meeting. Kalau nak makan, bagitau bodyguard. Kalau segan, call I. Jangan biarkan perut kosong. Okay?"

"Okay, Tuan Rheo". Gurauku. Dia ni terlampau ambil berat, naik segan aku dibuatnya.

Kedengaran dia tergelak kecil. "Good then. Tapi, I ada dengar, sekarang tengah kecoh orang-orang Ayden cari you".

"Ha? Bukan bodyguard korang berdua sama ke? Boleh percaya ke bodyguard yang jaga nanti?"

"Memanglah sama. Tapi, I bawak yang dah lama kerja dengan I je. Memang bodyguard sama, tapi ada yang rapat dengan Ayden. Ada yang rapat dengan I. Yang jaga you nanti, orang yang rapat dengan I. Jadi, tak payah risau. Yang you perlu risau sekarang, macam mana kalau Ayden jumpa you".

Mengeluh aku mendengarnya. "Takpelah kalau macam tu. Insya- Allah dia takkan jumpa". Aku cuba menyedapkan hati sendiri. Padahal aku sendiri tidak ada jaminan apa-apa terhadap kata-kata aku itu.

Rheo terdiam seketika sebelum dia kembali bersuara. "Hmm. Susah jugak sebenarnya nak culik isteri Tuan Ayden ni". Gurau Rheo lalu ketawa kami bersatu. Entah kenapa hatiku tenang mendengar perkataan isteri Tuan Ayden itu walaupun sekadar isteri atas kertas.

"Dah nak masuk subuh. I nak pergi masjid kejap. Lepastu, you bersiaplah. Kalau dah bersiap, call I. I tak janji yang I akan dapat lindungi you daripada bodyguard Ayden. Tapi, I janji I akan cuba yang terbaik untuk tolong you. Okay?"

Argh! Kenapa mesti Rheo yang bercakap macam ni? Kenapa bukan Ayden?

"Takpelah, Rheo. Apa yang awak buat ni lebih daripada cukup. Oh, by the way, saya nak susahkan awak boleh tak, Rheo?"

Rheo sudah tergelak, mesti dia dah dapat agak apa yang aku nak. Ya Allah, segannya aku sekarang sebab asyik susahkan Rheo. Tapi entahlah, nafsu makan aku semakin menjadi semenjak semalam.

"Anything for you, Aisyh".

Aku tersengih, wajahku berbahang sebab agak malu. Tapi tulah, nafsu makan yang membuak-buak terus menolak rasa malu ke tepi. "Err, tolong belikan saya tiga bungkus aiskrim Oreo".

"Makan aiskrim pagi-pagi? Biar betul? Nanti you sakit perut".

"Saya okaylah, Rheo. Tak tahu kenapa tekak saya rasa nak makan sangat ni. Tolonglah belikan, eh?"

"Hmm. Okay, okay. Anything else?"

"Nope. Nak aiskrim je".

"Okay".

×××

Rasa segar udara tengah hari di resort ini. Bahagian barat resort dikosongkan semenjak semalam oleh Rheo hanya semata-mata untuk tempatkan aku di sini. Bahagian resort yang dibuka hanyalah bahagian timur sahaja.

Beza bahagian timur dan barat ialah, bahagian timur rumahnya terletak agak jauh dari pantai manakala di barat pula rumahnya terletak betul-betul di atas air. Rumah atas air. Hanya jambatan kayu sahaja yang menghubungkan setiap rumah di sini.

Aku sekarang tengah duduk di balkoni. Rumahnya kecil, tapi sangat mewah. Dengan katil bersaiz king dan perabot-perabot yang sememangnya mahal-mahal, membuatkan aku rasa aku dah bukan dekat resort. Tapi dekat hotel luar negara.

Rheo sebenarnya tak nak aku bayar sewa dan katanya, ini adalah tajaan penuh dia untuk aku. Tapi aku tolak, segan sebab aku dah banyak susahkan dia. Jadi, aku pun bayar sewa mengikut harga yang telah ditetapkan.

Di hadapan balkoni ini, ada kolam renang dan airnya adalah air laut itu sendiri. Kolam ini dikelilingi kaca lutsinar supaya tidak hanyut dibawa arus air. Aku tak tahu dari mana air laut ni boleh masuk ke dalam, yang pasti air kolam ini memang air laut kata Rheo tadi. Kalau Rheo menipu, itu maknanya aku pun menipu korang. Haha.

Setelah puas aku berada di balkoni, aku pun kembali masuk ke dalam bilik. Aku labuhkan punggung di atas katil sambil termenung jauh. Sekarang memang kecoh orang-orang Ayden cari aku. Tapi tidak diuar-uarkan di kaca televisyen sebab kata Rheo, Ayden tak nak nama keluarganya tercalar.

Hmm, macam nak cakap aku je yang burukkan nama keluarga dia. Tapi biarlah, ini saat aku tenangkan diri. Aku tak nak fikir lagi pasal Ayden dan Hazel buat masa sekarang. Aku nak bagi ruang dekat diri sendiri, mengubat segala luka sebelum segalanya kembali ditoreh sebaik sahaja aku jumpa dia semula nanti.

Kemudian, kedengaran azan zohor sudah mulai berkumandang. Salah satu faktor tarikan pelancong, dekat resort ini memang ditugaskan bilal bertauliah untuk melaungkan azan dan dengar kata, gajinya cukup lumayan.

Nampak sahaja keluarga mereka hidup seperti orang Barat, tapi, mereka tak pernah abaikan Islam dalam kehidupan mereka. Malah, sebahagian keuntungan resort ini Rheo gunakan untuk taja rakyat Malaysia pergi umrah dan haji. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Ayden.

Bezanya, syarikat Ayden lebih banyak keuntungan jadi bukan hanya menaja umrah dan haji, bahkan dana juga diberikan kepada sekolah-sekolah tahfiz dan anak-anak yatim.

Dan sebab itu, aku tak dapat nak bencikan Ayden sepenuh hati sebab dalam dia mendera jiwa aku, dia juga banyak membantu orang-orang yang kesusahan. Siapa aku nak benci dia?

Salahnya adalah sakitkan hati aku, tapi kebaikan-kebaikan dia yang lain memang tidak dapat dinafikan, terlalu banyak. Malah, segala bantuan itu tular apabila pihak yang ditolong yang membuka cerita, bukan keluarga Ayden yang memberitahu media. Jadi, tiada jalan untuk sesiapa sahaja mengatakan riak kepada keluarga Ayden.

Apabila Ayden ambil alih syarikat, lagi banyak sumbangan yang dia berikan. Jika disenaraikan memang tak cukup kertas daripada satu pokok untuk menyenaraikan segala sumbangan dia. Dan sekali lagi aku persoalkan, apa hak aku untuk benci dia?

Nafas aku hela. Aku rindukan Ayden. Tapi dalam masa yang sama, aku masih lagi rasa sakit lepas tengok dia dengan Hazel tempoh hari. Aku nak balik ke pangkuan dia, tapi, aku juga belum bersedia untuk mendengar bahawasanya dia akan memilih Hazel berbanding aku. Argh, kenapa aku perlu kahwin dengan dia? Kalau tak, sudah pasti hidup aku tak sesukar ini!

Memandangkan azan sudah berhenti, aku pun menuju ke bilik air. Solat adalah penawar segala resah dalam hati aku sekarang. Dan 'kuasa' wudhu pula, aku pasti akan dapat ketenangan.

***

Perut sudah terasa lapar dan kalau tak silap, ada café di tengah-tengah resort. Pemisah antara bahagian timur dan barat. Jadi, seperti biasa, aku akan pakai hoodie dan bersolek sedikit. Bolehlah solekan itu ubah sedikit wajahku.

Sebaik kakiku melangkah keluar, terus aku disapa oleh bodyguard. Mereka tunduk membuatkan aku kekok.

"Puan nak apa-apa?"

"Err, tak. Saya cuma nak pergi café kejap. Nak beli makanan untuk makan malam nanti". Ujarku. Sungguh awkward sebab lama dah aku tidak dilayan seperti ini.

"Nak kami temankan?"

Aku gelengkan kepala. "Takpelah. Lagipun café tu dekat sana je". Aku lemparkan senyuman kelat dan mereka angguk patuh. Dah macam robot.

"Oh ya, kalau boleh jangan tunggu depan pintu. Korang tunggu je dekat rumah sebab saya rasa tak selesa bila korang tunggu macam ni. Lagi rasa tak selamat". Pintaku terus-terang. Aku tak berapa kenal mereka, jadi, tak salah kalau aku letakkan rasa was-was dalam diri.

Mereka berempat berpandangan sesama sendiri. "Tapi Tuan Rheo dah suruh kami jaga puan," kata salah seorang daripada mereka.

"It's okay. Kalau saya perlukan bantuan, saya sendiri yang akan datang minta tolong. Tapi buat masa sekarang, tolong jangan macam ni. Saya lagi risau kalau korang jaga macam ni. Korang lelaki, saya ni pulak perempuan".

Terus mereka tergelak kecil mendengarnya. Kelakar sangat ke?

"Okaylah kalau macam tu, puan. Nanti kalau nak apa-apa, panggil kami".

Aku senyum nipis. "Okay. Korang nak makan sekali ke? Nanti saya tolong belikan. Ke, korang nak join saya cari makanan? Dengar kata, ada banyak khemah dibukak depan sana petang ni".

"Boleh ke? Puan tak kisah? Tapi tadi puan cakap nak makan dekat café?"

"Kalau korang nak join, kita carilah makanan sekali. Jomlah!" bersungguh-sungguh aku ajak mereka dan kelihatannya mereka teruja dengan tawaran aku. Nampak kelakar pula bodyguard Rheo ni. Macam tak pernah diajak berjoli je? Haha.

Tanpa banyak kata, terus mereka angguk. "Ha, kalau macam tu, gantilah baju. Takkanlah korang nak jalan cari makan guna suit ni".

Punyalah mereka teruja sampai-sampai tak sedar pakaian yang terpakai dekat tubuh.

"Ya tak ya jugak. Okay, okay. Tiga puluh minit, okay tak puan?"

Fulamak! Boleh tahan jugak mereka ni minta masa. Tapi, apabila melihat mereka yang very the good looking ni, aku jadi tak hairan kenapa mereka minta tiga puluh minit itu. Sebab aku dah biasa dengan Ayden yang sememangnya mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Argh! Ayden lagi!

"Okay, kalau dah siap, tekan loceng". Arahku sambil aku masuk semula ke dalam rumah.

"Siap, puan!" jawab mereka serentak sambil tabik hormat. Mengundang tawaku.

"Ada-ada jelah korang".

×××

Lepak sekali dengan bodyguard Rheo ni boleh buat aku lupa seketika masalahku. Memang mereka nampak beku dari luaran. Tapi bila dah duduk semeja macam ni, dah jadi member-member. Serius mereka sangat kelakar!

"Orang selalu salah sangka dengan orang sado sebab kaum macam nilah. Pergi gym, mengunyit. Dah macam pupus sangat kaum perempuan," rungut Azlan. Dia nilah yang sentiasa buka topik perbualan. Belum tamat satu topik, dia buka topik yang lain pula.

Kami yang mendengar rungutannya, terus tergelak. "Bongoklah, Lan! Kenapa nak terasa? Awak sado ke?" usikku. Kalau cakap dia ni tak sado, memang butalah sebab lengan berurat-urat. Muka je kureng sikit sebab banyak jeragat. Haha.

"Eh, apa ni puan? Kalau macam ni tak sado, memang saya tak tahulah nak kategorikan diorang bertiga ni apa? Sutun kot," terus yang lainnya tumbuk lengan Azlan sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

Betul kata Rheo, mereka memang rapat. Bahkan dah macam beradik dah aku tengok.

"Amboi, sembang apa ni?" suara Rheo membuatkan mata kami semua memandang ke arahnya. Rheo melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Sekarang kami berada di dalam café. Sebenarnya makanan luar tak boleh bawa masuk. Tapi mungkin pemilik café ni kenal dengan bodyguard, jadi, kami dikecualikan.

Dekat café ni, tidak nampak seorang pelancong tempatan pun di sini. Semuanya pelancong kulit putih. Bahkan kulit gelap pun ada. Bila nampak depan-depan macam ni, sumpah yang berkulit gelap itu, kulit mereka sangat cantik berbanding si kulit putih. Pandai jaga kulit.

Rakyat Korea, Indonesia dan China pun ada. Macam mana aku tahu? Sebab dengar mereka berbual lah.

"Sembang kencang, boss," jawab Uwais pula. Yang ni badannya memang sado, tapi tidak sesasa Azlan dan wajahnya nampak jambu berbanding yang lainnya.

"Patutlah Aisyh terhibur sangat. Makanan apa ni? Nampak macam sedap je? Banyaknya korang beli?"

Keempat-empat mereka menunjuk ke arah aku dan Rheo sudah tersenyum menampakkan lesung pipit kirinya. "Dah agak. Mampu ke habiskan ni?" soal Rheo sambil memeriksa satu-persatu plastik yang terdapat di atas meja.

Aku belum menjawab, biar dia sendiri yang tengok.

"Ya Allah. Dah nak habis dah? Patutlah Ayden selalu jealous dengan you. Makan banyak pun, badan masih kurus macam ni". Mereka tergelak, kecuali aku. haih, baru tadi aku nak lupakan pasal Ayden, dia pergi sebut pula nama lelaki tu.

Menyedari perubahan emosiku, terus mereka terdiam. "Sorry, Aisyh. I tak sengaja".

Aku gelengkan kepala sambil tersenyum. "Takpelah". Takpe dekat mulut, padahal hati dah bergelora dengar nama Ayden.

"You dah okay tak? Takde rasa nak muntah-muntah?" Rheo tukar topik mungkin.

"Hari ni okay sebab semua makanan yang saya nak, saya dapat dekat khemah sana. Memang tiap petang diorang jual dekat sana ke?"

"Tak jugak. Dalam sebulan, I bukak peluang untuk sesiapa yang nak jual makanan diorang dekat sini. Free, tak perlu bayar apa-apa dekat resort sebab I nak bagi peluang untuk bisnes kaum Melayu maju macam kaum lain". jawab Rheo sambil menongkat pipinya.

Aku angguk faham. Seronoknya jadi orang kaya yang baik macam ni. Nak tolong orang, buat gitu je. Mungkin inilah sebab rezeki keluarga mereka tak putus-putus masuk. Suka buat baik dekat orang lain.

"Okay tak rumah tu? Ada yang tak selesa?"

"Okay je. Best dapat dengar air laut. Tadi masa saya sampai, saya pergi balkoni. Segar sangat udara dia. Tak perlukan aircond pun dah sejuk walaupun cuaca panas terik tadi. bila dah petang macam ni, beli makanan tadi pun feeling-feeling tengah berlakon dalam drama". Teruja betul aku cerita dekat Rheo sambil tergelak-gelak diikuti oleh mereka.

"Eloklah tu. Nanti balik kampung, promotelah resort ni dekat orang kampung". Usik Rheo lalu tersenyum manis. Jarang-jarang aku tengok dia senyum macam ni.

Tapi memang itu pun aku nak buat nanti. Memang aku akan promotekan resort ni dekat mereka semua. Harga sangat berpatutan dan tak menyesal bayar mahal-mahal sebab servisnya tip-top.

Sedang kami berlima berborak santai, tiba-tiba kedengaran dari meja belakang ada sedikit kecoh.

"Ni papa punya pasal lah! Kalau papa tak ajak dia datang, takkan jadi macam ni!" jerit seorang wanita membuatkan kesemua mata yang berada di dalam café ini, termasuk kami berlima.

"Lyne! Sit down! Kenapa tak pandai behave ni? Buat malu je". marah seorang lelaki yang agak berusia. Mungkin dialah papa yang gadis tadi panggil.

Ada tiga orang di meja itu. Dua orang lelaki, dan seorang gadis tinggi lampai. Aku rasa orang yang dimaksudkan adalah lelaki yang duduk di sebelah 'papa' tu. tapi riak wajahnya sangat selamba dan aku hampir tergelak apabila melihat dia jelirkan lidah dekat Lyne itu apabila 'papa' fokuskan pandangan dekat dia.

Siapa ni? Adik-beradik ke?

"Oh, Lyne tak pandai behave, papa marah. Ni, habis baju Lyne kotor sebab dia tak pandai potong steak, papa tak marah pulak? Ni siapa sebenarnya anak papa? Lyne ke driver miskin ni?"

Fuhlamak, baru tadi aku bangga dekat orang kaya, sekarang dia dah buat aku meluat pula dekat orang kaya. Begonya natural banget!

Tapi lelaki itu sangat tenang, seolah-olah kata-kata wanita tadi tidak ditujukan kepadanya. Tapi apabila melihat jari telunjuk wanita itu diarahkan ke mana, semua orang tahu drebar miskin yang dikatakan adalah dia.

Tenang si lelaki tu pulak, siap boleh suapkan steak ke dalam mulut dengan tangan.

Kemudian, si 'papa' pun berdiri dengan telefon bimbit di tangan. Mungkin ada panggilan agaknya. "Tunggu sini kejap. Zharif, tolong tengokkan Evelyne ni. Saya nak keluar angkat call".

"Beres, Dato'," nampak wajahnya gembira apabila ditinggalkan berdua begitu. Oh, anak Dato'. Patutlah Si Gadis tu berlagak sangat.

"Sorry". Ucap Dato' itu dengan wajah kemerahan. Yang lain hanya tersenyum, sebab tak faham agaknya. Kemudian, Dato' itu pun berlalu dari café ini dengan telefon dilekapkan pada telinga.

Aku masih menjadi penonton setia 'pasangan' itu. Nampak macam mustahil juga lelaki itu driver sebab wajahnya sangat tampan. Kalau tersenyum, boleh nampak lesung pipit kecil di tepi kedua-dua belah bibirnya. Rambut dipacakkan di bahagian hadapan dengan baju kemeja putih dikenakan. Biar betul dia tu driver?

"Zharif!!!" bergema suara Evelyne tadi memanggil satu nama. Aku baru sahaja fokus dekat makanan, kembali pandang semula dekat pasangan tadi.

"Oh, ingatkan tak nak makan. Dengar tadi Dato' cakap cik nak jaga badan. Tu pasal saya ambik steak ni". Ujar Si Zharif sambil tergelak-gelak membuatkan aku turut tergelak. Aku dapat rasa yang dia dah kenakan anak Dato' tu.

"Kau kalau nak jadi bodoh, jangan sapu habis! Simpan sikit untuk keturunan kau nanti!"

"Aww. Caringnya. So sweetlah cik ni. Nah, saya suapkan". Aku tak dapat tahan, terus aku lepaskan gelak di situ juga apabila melihat wajah nakal lelaki itu cuba menyuapkan si gadis.

Apabila aku hampir tertangkap sebab skodeng mereka, terus aku pandang wajah Rheo. Kononnya aku tengah berbual dengan dia padahal Rheo pun tengah pelik pandang aku sebab tergelak sendiri.

Tapi mengenai dua orang tu, entah kenapa aku tengok mereka sebagai satu pasangan yang sesuai? Walaupun aku tak nampak muka perempuan tu, tapi aku dapat rasakan dia cantik sebab bapak dia tadi pun nampak kacak walaupun sudah berusia.

Haih, kau nak jodohkan orang lain, yang kau lari dari Ayden ni macam mana pulak Aisyh?

×××

Seminggu sudah aku berada di resort ini. Akhirnya aku dapat rasakan ketenangan yang aku cari. Walaupun setiap malam aku mimpi tentang Ayden, tapi kesakitannya agak sedikit berkurangan. Aku banyakkan masa bersembang kosong dengan bodyguard Rheo di café dan apabila masuk ke rumah ini, aku akan baca novel dan buku ilmiah.

Awalnya aku agak sedikit lifeless, tapi apabila aku biasakan rutin ini, aku menjadi terbiasa. Tak lama lagi sekolah nak buka, jadi, aku gunakan masa ini sebaik-baiknya untuk buat persiapan tentang pengajaran aku bagi sesi tahun depan.

Subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Seperti tahun ini juga, dan dengar kata, silibusnya juga masih sama. Tapi tak tahulah kalau kementerian tukar saat akhir tahun depan. Tapi walaupun ada sedikit perbezaan, aku akan cuba tarik minat pelajar supaya belajar untuk tahu. Bukan belajar sebab nak lulus semata.

Kalau nak lulus, akan terbit rasa terpaksa dalam diri. Tapi kalau belajar sebab nak tahu, aku jamin mereka akan lebih ikhlas belajar. Macam kita bayi dulu. Sebab kita nak tahu apa benda di sekeliling kitalah yang membuatkan kita belajar dan akhirnya, kita menjadi seperti sekarang. Pandai bercakap dan meneroka kehidupan sendiri.

Sebab kita nak tahu apa seronoknya berjalan dan berlarilah kita tahan dengan sakitnya jatuh dan cuba lagi untuk kesekian kalinya sehinggalah kita pandai berjalan dan berlari seperti sekarang.

Aku nak pelajar aku begitu. Aku nak layan mereka seperti bayi. Aku biarkan perasaan tertanya-tanya itu membuak di dalam diri supaya apa yang dipelajari akan melekat dalam minda mereka walaupun mereka tamat belajar kelak.

Aku menguap panjang. Selesai solat isyak, aku sempat makan malam di café bersama Rheo dan bodyguardnya. Kasihan juga aku melihat mereka sebab melayan kehendak nafsu makan aku yang semakin teruk sekarang. Baru seminggu, aku dah dapat rasa berat aku naik. Tak pernah-pernah!

Aku tengok pipiku di cermin pun dah mula membelon. Uwa, mesti makin kuat alasan Ayden untuk tinggalkan aku nanti!

Tapi aku semakin tak dapat tahan nafsu makan. Hari ini sahaja aku dah minta buah mangga, jambu batu dan keropok lekor. Air pula, aku nak air kelapa yang dikupas depan mata aku. Demandnya! Aku tak tahu macam mana mereka boleh tahan layan kerenah aku. Ini belum mengandung. Kalau mengandung, aku tak tahulah nasib aku macam mana nanti.

Aku rebahkan diri. Selesai baca doa tidur, aku pun terus terlelap. Badan terasa agak penat membuatkan aku cepat sahaja meneroka ke alam mimpi.

×××

Lenaku sekali lagi terganggu. Kali ini, terasa bibirku dikucup berkali-kali dan pinggangku terasa dipeluk. Perlahan-lahan aku buka mata dan kelihatan samar-samar wajah Ayden. Aku tahu dia Ayden sebab wangian itu sememangnya wangian Ayden.

Ah, mimpi ini lagi! Mesti lepas ni Kak Ana akan datang sekali.

"Sayang.." bisik Ayden. Walaupun sekadar mimpi, aku rasa sangat rindu meski aku tahu lepas ini Kak Ana akan muncul.

"I miss you. Kenapa sayang tinggalkan abang macam ni?" bibirku dikucup lagi, aku tidak membalas, sebaliknya hanya membiarkan.

Terasa panas mataku mendengar suara itu. Suara yang aku sangat rindukan. Ya Allah, tolonglah! Tolong, mimpi ini tanpa Hazel. Aku nak berdua-duaan dengan Ayden macam sekarang. Aku tak nak ada Hazel ganggu. Aku nak lepaskan rindu dekat Ayden walaupun sekadar mimpi macam sekarang.

"Sebab Aisyh nak abang happy". Kalau dirakam, aku yakin orang dah gelak-gelak tengok aku menangis dan bercakap dalam tidur macam sekarang. Tapi, aku terlalu rindu. Kalau ini bukan mimpi dan hanya bayangan aku pun aku tak kisah. Asalkan tiada orang ketiga yang datang.

"Nak abang happy? Dengan tinggalkan abang? Hmm?" walaupun berbisik, tapi nada terkilan Ayden jelas kedengaran. Jemari kasarnya terasa mengusap airmata yang mengalir daripada mataku yang sedang tertutup.

Aku angguk sebagai jawapan. "Sebab Aisyh tahu yang abang akan bahagia dengan Hazel. Tapi.. dalam masa yang sama, Aisyh tak sedia dengar abang lepaskan Aisyh".

Seperti Ayden, aku juga berbisik. Dah macam ASMR pula kami berdua berkomunikasi sekarang. Dan akulah yang gila sebab bercakap seorang diri.

Ayden tidak menjawab. Sebaliknya dia betulkan kedudukannya dan tarik aku ke dalam pelukan. Nampaknya kali ini, doa aku termakbul. Tiada Hazel yang datang mengganggu dan aku boleh katakan, ini adalah mimpi indahku.

Jangan bangunkan aku sebab aku nak bersama Ayden macam sekarang!

"Sayang, abang jealous sangat bila dapat tahu yang sayang lari ikut Rheo. Kenapa Aisyh minta tolong dekat lelaki lain?"

"Sebab Aisyh percayakan Rheo".

"Aisyh tak percayakan abang?"

Aku geleng lemah dalam pelukan Ayden. Kalaulah ini Ayden yang sebenar, memang aku nak marahkan dia. Tapi sebab ini mimpi indah, aku tak nak rosakkannya. Aku nak meluah dengan cara yang bagiku agak romantis. Sebab aku hanya dapat rasakan semua ini di dalam mimpi sahaja sebab sebaik aku bukakan ata esok, aku yakin semuanya akan lenyap.

"Kenapa?" belakang badanku diusap-usap sambil dia mencium ubun-ubunku.

"Sebab abang dah pilih Hazel".

Keluhan berat Ayden lepaskan dan terasa pelukan semakin erat di tubuhku.

"Aisyh mamai lagi ni. Takpelah, bila Aisyh dah bangun esok, abang akan jelaskan semuanya. Aisyh tidur. Sorry ganggu".

Terasa pelukan ingin dileraikan, tapi cepat-cepat aku tahan. "Aisyh tahu Aisyh tengah mimpi sekarang. Tapi tolong, jangan tinggalkan Aisyh. Aisyh rindukan abang sangat-sangat".

Mataku terbuka sedikit memandang wajah kusut itu. Dan apabila dia tersenyum, aku pun ikut mengukir senyuman. Bibirnya terus dilabuhkan pada dahiku bertalu-talu dan badanku dipeluk erat. Sangat erat.

"I love you so much, Hazel. Sorry, I mean, Aisyh".

Mendengar sahaja kata-kata itu, terus kepalaku terasa berdenyut. Tapi aku biarkan sahaja. Dah biasa sangat dah aku disamakan dengan Hazel tu walaupun dalam mimpi. Ah, biarlah. Asalkan Hazel tak muncul untuk mimpi kali ini pun aku dah bersyukur.

"Sleep well, my princess". Bisiknya lagi sambil meletakkan kepalaku di bantal yang sama dengannya. Dahi kami dipertemukan sebelum pipiku terasa diusap.

Tolong biarkan aku terus begini dengan Ayden. Kalau nak bangunkan aku, pastikan aku terbangun di dunia mimpi sebab aku rasa aku dah boleh kontrol mimpi aku sendiri.

Macam sekarang.

Mengapaku terus memimpikanmu

Mengapa aku menangis untukmu

Mengapaku selalu tersakiti

Mengapa aku berharap padamu

Jelas-jelas kau tak memikirkan aku

Jelas-jelas kau tak menginginkan aku

Jelas-jelas kau tak pernah menganggapku ada

Mungkinkah

Ini sudah jalan takdirku

Oh mungkinkah

Ini memang yang terbaik untukku

Namun tak kuasa aku bila terus-terus begini

Aku tak sanggup sungguh aku tak sanggup

#Memang tak terlarat nak balas komen korang sebab demam agak terok sikit dua tiga hari ni. Dan hari ni, dh okay. Tinggal selesema je.

Sorry kurang memuaskan dan tidak didabelcek, so, boleh tegur mana2 kesilapan. Insya Allah nanti sis akan balas komen korang okay ??

Banyak sangat yang marahkan Ayden dan Ana. Sis hanya mampu gelak sambil terbersin. Nk respon, mata masih silau. Harap bertabah ya anak2 ??

Sambung rehat. Next update insya Allah lusa ataupun 4 hari lagi. Kita sudah hampir tamatkan cerita ni. Oyeah. Bye. Assalamualaikum ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience