Okay, alhamdulillah sis dah settle exam hari rabu dah sebenarnya. Tapi nak kasi rehat sekejap otak. Soooo, here we go. Awal kasitau, bab ini mungkin membosankan sebab sis tengah terperangkap dalam mood cuti. Haha. Semoga terhibur.
AYDEN??AISYH
OKAY. Tiga hari dekat rumah mak abah, tiga hari dekat rumah mama papa Ayden. Dan hari ini adalah merupakan hari terakhir aku dan Ayden di sini sebab esok Ayden cakap dia nak bawak aku ke rumah dia. Dia kata taknak tinggal dengan keluarga, nak hidup berdikari dan aku selaku isteri yang baik, aku sentiasa hormat dengan keputusan dia.
Hmm, mesti ada apa-apa kenapa aku tiba-tiba setuju, kan? Yelah, yelah. Memang pun. Memang ada beberapa sebab kenapa aku tersangatlah setuju apabila Ayden cakap dia nak tinggal dekat rumah sendiri.
Sebab pertama, aku segan dengan keluarga Ayden. Walaupun mereka layan aku seperti keluarga sendiri, tapi, rasa segan dan malu masih menggunung. Selesa memanglah selesa, tapi tulah, aku memang segan. Nak buat macam mana? Dahlah aku tahu aku ni macam mana. Buatnya aku tergurau kasar dengan Ayden masa depan keluarga dia, hah, tak pasal-pasal keluarga dia hilang percaya dekat aku untuk jaga anak lelaki mereka ini.
Sebab yang kedua, privasi. Aku rasa sebab yang ini adalah yang paling ramai orang pakai, termasuk aku. Sebab aku tahu setiap rumahtangga takkan terlepas daripada dugaan, jadi, aku rasa dengan adanya rumah sendiri akan memudahkan untuk kami perbaiki hubungan tanpa campur tangan orang lain. Bukan tak percaya, cuma risau keadaan akan menjadi lebih buruk. Kalau nasihat bolehlah diterima, buatnya masuk campur terus, naya.
Dan sebab yang ketiga, semestinya disebabkan oleh Melissa dan nenda. Dua orang makhluk perosak itu benar-benar menambahkan rasa setuju aku dengan cadangan Ayden. Semenjak mereka berdua tahu bahawa aku dan Ayden balik ke sini, mulalah mereka berdua menjenguk ke sini sepanjang tiga hari kami di sini. Macam mana aku tahu mereka berdua akan ke sini hari ini? Sebabnya nenda dan Melissa akan makan malam di sini malam nanti. Siap dia suruh Melissa tidur dekat bilik sebelah malam nanti! Sebenarnya ada bantahan daripada kesemua ahli keluarga Ayden, tapi, dah namapun nenda, mana dia nak dengar kata orang. Siap dia bagi alasan yang dekat rumah besar ini hanya ada mama, papa, Ayden, aku dan para maids. Rumah besar, tapi sunyi katanya!
Tapi tulah, kebetulan juga adik-beradik Ayden yang lain sudah balik ke rumah masing-masing manakala Rafeeqah dan Raeef pula sudah pulang ke rumah berdekatan dengan sekolah mereka. Mereka berdua bersekolah di Tuan Neil’s International School, sebab itu mereka jarang berada di dalam rumah. Dan ya, sekolah itu merupakan sekolah milik keluarga mereka. Bagaimana sejarah penubuhan sekolah tu? Entahlah, belum tanya Ayden lagi.
Dan sekarang, aku tengah layan lagu Beautiful in White nyanyian skandal aku, Shane Filan. Malas nak serabutkan otak fikir pasal kehadiran Melissa malam nanti. Lebih baik aku layan skandal aku ni.
Allah, dia punya wajah tu, tak dimamah usia. “39 tolak 25 sama dengan 14.” Fuh, beza umur aku dan dia hanya 14 tahun sahaja. Aku mula hitung jarak usia aku dan Shane. Haha. Buatnya terdengar dek Ayden, memang aku akan kena dengan jelingan maut dia.
Jangan macam-macam kalau Ayden dah jeling, macam nak buat pertandingan jelingan siapa paling tajam. Dah tu, dia boleh tahan jeling kau sampai kau bagitau dia yang kau mengalah dan minta maaf. Aku selalu kena, sebab tu, nakal-nakal aku, aku tetap kalah dengan jelingan Ayden.
Tengah asyik layan Shane Filan nyanyi lagu romantik ni masa dia buat persembahan di Korea, eh, tiba-tiba boleh pulak aku terbayang kalau satu hari nanti Ayden akan nyanyikan lagu ini untuk aku. Dan bila aku dah mula berangan, muka Shane Filan pun aku nampak dah macam muka Ayden. Aduhai, sweetnyalah. Teringat malam tu dia nyanyikan lagu Everytime We Touch nyanyian Cascada tu. Hampir aku tak dapat tidur dibuatnya.
Layan punya layan, aku tak sedar aku dah mula berguling-guling atas katil sambil ulang berkali-kali lagu yang sama, lepas tu tersengih sorang-sorang bila tengok Shane Filan senyum. Alolo, manisnya senyuman dia. Dan tanpa aku sedar, elok aku berguling, rupanya aku sudah berada di hujung katil dan tanpa sempat aku selamatkan diri, badan aku sudah jatuh menghempap lantai berjubin dan telefon tercampak dari tangan. Kuat suara aku mengaduh kesakitan. Cuma nasib aku sedikit baik sebab lantai ini berlapikkan permaidani yang sangat lembut. Kalau takde benda alah ni, aku tak dapat bayangkan badan aku patah-riuk sebab jatuh dari katil.
Belum sempat aku bangun, tiba-tiba kedengaran ada orang ketawa. Cepat-cepat kepala aku menoleh ke arah suara itu dan semestinya tawa itu milik Ayden. "Apa gelak-gelak? Bukannya nak tolong," Bebelku sambil mula bangun. Serius sakit badan aku. Kurang ajar punya katil. Mesti dia saja mengecutkan diri nak bagi aku jatuh kan?
Ayden mengeringkan rambutnya menggunakan tuala sambil mengutip telefon yang terlepas daripada tangan aku sebentar tadi. Bukannya nak tolong, dia pergi sambung gelak lagi. "Tulah lain kali, jangan tengok laki lain. You ingat I tak nampak jari you hitung-hitung tadi? Daripada cara you hitung I dah tahu you hitung jarak umur you dengan Shane, kan?" ejeknya sambil menayang video yang masih terpasang tersebut.
Darah merah menyerbu muka aku bila dapat tahu perangai aku tadi kantoi dek Ayden. Aku berdiri dengan niat untuk mendapatkan semula telefon bimbit aku walaupun badan masih lagi sakit-sakit.
“Eeee, suka hati sayalah”. Okay, aku dah hilang kata.
“Bak sini handphone saya”. Aku cuba untuk ambil, tapi boleh pulak dia larikan telefon tu daripada aku.
“Kiss me first,” dia sengih sambil menunjuk pipinya.
Aku buat muka. “Jangan harap! Tak nak bagi, tak payahlah. Bukannya saya mati pun kalau tak main handphone”. Okay, aku tipu. Walaupun sekarang dah kahwin, tapi, telefon aku tetap satu keperluan. Lagi-lagi bila dah cuti kahwin ni.
Hmm, by the way, hanya pengetua dan Salwa saja yang tahu aku dah kahwin. Cikgu-cikgu lain tak tahu lagi dan aku memang minta betul-betul pengetua rahsiakan pasal perkara ini daripada pengetahuan orang lain. Pada awalnya dia pelik juga dengan permintaan aku, tapi, aku cakaplah yang aku taknak kena kejar dengan reporter kalau mereka tahu aku kahwin dengan keluarga Neil, terus pengetua percaya. Haha.
Aku berjalan menuju ke arah katil dengan wajah yang aku sengaja seriuskan. Aku yakin muka aku nampak marah sekarang. Aku tak berlakon okay, memang aku rasa geram betul dengan Ayden sekarang. Tak habis-habis ugut aku. Dia ingat aku tak pandai memberontak agaknya.
Ayden hanya tergelak dan mula melangkah menuju ke arah aku. Aku buat-buat tak nampak dia, sebaliknya aku mula tekan alat kawalan jauh untuk menonton mana-mana rancangan yang dapat menarik perhatian aku sekarang. Aku memang malas nak berebut dengan Ayden sebab semakin aku nak, semakin itulah dia akan mengugut aku yang bukan-bukan. Jadi, eloklah kalau aku cuma mengalah walaupun berbakul sumpahan dah aku pendam daripada tadi.
Terasa tilam di sebelah terhenyak, menandakan Ayden sudah berada di sebelah aku. Aku masih tak layan, malas! Aku nak merajuk. Dia ingat, dia seorang sajakah boleh permainkan aku? Ini Aisyhlah, Aisyh pun bolehlah!
Sedang aku fokus menonton televisyen, tiba-tiba terasa badan aku diangkat dan sekelip mata aku berada di atas riba Ayden yang duduk bersila di atas katil. “Awak! Apeni! Dahlah masih bertuala, macam daif sangat sampai tak terpakai baju seluar semua. Baik awak pergi pakai sekarang,” aku nak menolak dada Ayden susah sebab tangan aku ditahan kedua-duanya oleh Ayden sambil dia peluk aku dari belakang.
Kedengaran Ayden tergelak. “Merajuk atau marah?”
Aku toleh ke atas, pandang muka Ayden yang sedang menunduk pandang aku yang sudah mula tayang muka tak puas hati. “Atau”. Jawabku dengan nada marah dan kembali menonton televisyen. Ayden tergelak lagi, kali ini lebih kuat. Cis, suara dia gelak pun kedengaran macho sangat!
“Lepaslah!” aku cuba untuk lepaskan diri, tapi, pelukan Ayden semakin erat bahkan sekarang dia sudah melabuhkan hidung mancungnya pada bahu aku. Nasib baik leher baju aku tidak terlampau besar, jadi, hidungnya hanya menindih pada kain, bukan kulit aku. Walaupun begitu, aku masih rasa geli di sekitar leher aku sebab deruan nafasnya yang menyentuh segenap inci kulit leher aku. Dan secara tiba-tiba aku rasa berdebar.
“I miss you. Damn. Much,” dia berbisik dengan sangat perlahan. Aku syak, dia berbisik untuk didengari sendiri, tapi sebab kedudukan kami yang begitu rapat menyebabkan kata-kata itu kedengaran agak jelas pada telinga aku.
Rindu? Biar betul mamat ni? Padahal aku 24/7 di hadapan dia. Dia mengigau ke? Ke, aku yang salah dengar?
“Miss me?” aku tak terniat pun nak tanya, tapi tulah, mulut aku sentiasa berfungsi terlebih dahulu daripada otak. Jangan cakap otak aku tertinggal dekat kampung sudah.
Ayden tidak terus menjawab, sebaliknya mula jauhkan wajahnya daripada bahu aku dan sekilas dia cium pipi aku. “Eeee, tak jawab soalan! Ambil kesempatan!”
Ayden tergelak kecil sambil usap kepala aku. Dah macam budak-budak dah dia layan aku. Tapi seronoklah juga. Terasa aura dia yang melindungi dan aku terlindung selamat setiap kali dia layan aku begitu.
“Of course I am. I miss you for every beat of my heart and for every second of my time. Sebab esok last kita cuti-cuti macam ni. Lusa you dah mula masuk kerja. So, tak salahlah kalau I rindu you, kan?” soalnya sambil mula mengusap lengan aku. Geli, tapi aku biarkan saja sebab aku lebih tertanya-tanya pasal tadi.
Aku angguk faham. Aku rasa aku yang jauh sangat fikir agaknya sampai-sampai tadi aku terfikir yang Ayden rindukan orang lain dan sebab terlalu rindu, jadi dia pun mula lepaskan rasa rindu itu pada aku. Hmm, aku dan drama terpisah tiada, kan? Huhu.
Ayden lepaskan pelukannya dan aku cepat-cepat turun daripada ribanya. Sesak nafas aku dengan wangian tubuh lelaki itu. Lagi-lagi apabila belakang badanku menyentuh dada bidangnya yang tiada lapik, lagilah aku rasa sesak nafas!
“Awak tak reti ke nak pakai baju? Sakit mata saya tengok,” rungutku sambil mula menyandarkan belakang badan pada kepala katil. Kaki aku lunjurkan sebab rasa sedikit kebas akibat duduk kaku dalam pelukan kemas Ayden tadi.
Ayden pandang tubuhnya. “Sakit ke seronok? Tak nak sentuh ke?” usik Ayden sambil cuit paha aku. Aku jeling tak puas hati. Ceh, nak cakap badan dia cantiklah tu.
“Tak kuasalah nak tengok badan awak,” tipu sunat takpe kot. Oi, sapa tak seronok tengok badan ketul-ketul milik Ayden sekarang meh habaq kat aku sekarang. Apa-apa sahaja berkaitan dengan Ayden memang aku akan samakan dengan nikotin. Pandang muka dia sahaja sudah ketagih, inikan pula apabila dia dah tayang badan dia macam ni. Fuh, nasib baik suami. Takdelah berdosa pandang. Muehehe.
Ayden cuit hidung aku. “Ada je nak jawab kan? Oh, lupa bagitau. Papa nak jumpa kejap nanti. Ada benda nak cakap,” ujarnya sambil mula mengesot ke hujung katil.
Belum sempat aku jawab apa-apa, entah macam mana hujung tuala Ayden tersangkut pada ibu jari kaki aku. Sebabkan agak terkejut, aku tarik kaki aku sekali dengan tuala Ayden. Rasa terkejut yang belum reda kini bertambah dua kali ganda membuatkan aku terus terjerit dan menutup mata.
“Saya tak nampak!” aku capai bantal di sebelah lantas menekup muka. Kedengaran Ayden tergelak kuat.
“Apa yang you tak nampak?” ejek Ayden pula sambil dia ambil tualanya yang masih tersangkut pada ibu jari kaki aku. Aku tahulah dia ambil ke tak. Yelah, dah tuala tu melekat dekat ibu jari aku, mestilah aku dapat rasa.
Aku gelengkan kepala sambil terus menekup wajah pada bantal. Rasa tebal berinci kulit muka aku. Tapi sumpah aku tak nampak apa-apa sebab aku cepat tutup mata. Kalau tak, aku tak tahulah apa nasib kesucian mata aku tadi.
“Bukak jelah mata tu. Jangan risau, I ada pakai seluar pendek,” beritahunya pula. Kedengaran pintu almari dibuka, mungkin dia sedang cari baju agaknya.
Jadi, dengan rasa semput aku akibat menekup muka sendiri dengan bantal, aku pun mula angkat muka. Sekali aku pandang ke arah almari, cis!
“Awak tipu!”
“Tipu apanya. Betullah seluar pendek ni”.
Kalau dari segi panjangnya seluar itu, memanglah seluar tu pendek. Tapi, tu seluar pendek jenama Calvin Klein! Bukannya seluar pendek yang memang digelar khas sebagai seluar pendek! Cis, Tipah tertipu!
×××
Adakah ini namanya lifeless? Selepas jumpa papa Ayden tadi, aku tak tahu nak buat apa. Mama dan papa sekarang tengah keluar. Papa Ayden seperti biasa, main golf manakala mama Ayden menghadiri perjumpaan Persatuan Wanita sebab menurut Ayden, ibunya adalah pengerusi persatuan itu.
Banyak benda menarik yang aku dapat tahu lepas perjumpaan dengan papa Ayden di bilik mesyuarat keluarga tadi. Jangan pelik, rumah ni memang macam-macam ruang yang ada. Sebab itulah saiznya father besar. Cuma aku rasa aku lebih selesa duduk dalam sebuah rumah yang kecil sebab kalau besar gedabak macam ni terasa agak sunyi dan kosong walaupun banyak perabot mahal di dalamnya.
Menurut papa Ayden, Ayden ini adalah satu-satunya anak Tuan Besar Neil Khalil yang tidak bersekolah di Tuan Neil’s International School sebab dia lebih tertarik dengan kehidupan pelajar biasa. Sudahlah Ayden siap jadi pelajar asrama di sekolah kerajaan. Aku takdelah maksudkan sekolah kerajaan ni tak bagus, tapi, untuk anak orang kaya yang sudah ada sekolah sendiri, memang tampak aneh apabila mereka pilih untuk bersekolah di sekolah kerajaan. Tapi, memang betul lah. Kalau jadi pelajar asrama, memang pengalaman itu sedikit berlainan. Aku cakap macam tu sebab aku pelajar universiti yang pernah merasai kehidupan asrama.
Dan, baru hari ini aku tahu bahawa keluarga Neil bukanlah keluarga kaya yang sembarangan. Rupa-rupanya moyang perempuan Ayden berasal daripada kerabat diraja, Tengku Sakinah namanya. Tetapi dia dibuang keluarga selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak ada apa-apa iaitu Neil Amar. Neil Amar adalah pemandu peribadi keluarganya, selepas selalu bersama, akhirnya Tengku Sakinah jatuh cinta terhadap Neil Amar dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Setelah mereka didapati bercinta, terus Tengku Sakinah dibuang keluarga manakala Neil Amar dibuang kerja. Siapa keluarga mereka? Entahlah, aku pun tidak ada jawapan untuk itu.
Berbekalkan wang simpanan sedia ada, mereka berdua buat bisnes secara kecil-kecilan. Macam-macam jenis bisnes yang mereka buat tetapi bisnes itu terhenti apabila Neil Amar akhirnya diambil bekerja oleh sebuah syarikat perhotelan terkenal waktu itu. Jadi, apabila sudah cukup dari segi kewangan, Neil Amar pun mula berjinak-jinak dalam ilmu syarikat perhotelan.
Menurut Tuan Besar Khalil juga, syarikat itu ditubuhkan hasil kerjasama dengan syarikat perhotelan yang mengambil Neil Amar bekerja. Sebab itulah nama syarikat mereka Neil A. Corporation kerana sampai sekarang, syarikat besar ini masih bekerjasama dengan syarikat perhotelan tersebut.
Aku tak tahu sangat macam mana syarikat keluarga ini boleh maju sebab papa Ayden banyak gunakan istilah perniagaan. Naik pening juga aku dengar.
Sebab terlalu sibuk, mereka hanya ada seorang anak iaitu datuk kepada Ayden iaitu Neil Adam. Dialah pewaris tunggal syarikat Neil A. Corporation. Dan disebabkan oleh darah diraja yang masih mengalir dalam diri Tengku Sakinah, jadi, beliau tetapkan syarat bahawa setiap ahli keluarganya wajib mendapatkan latihan ketenteraan atas alasan untuk menambah kekuatan dalaman dan luaran.
Dan Ayden tidak terlepas daripada syarat wajib keluarga itu, apatah lagi sekarang syarikat itu di bawah pengurusannya, jadi dia memang kena ikut peraturan itu. Dulu, selepas tamat SPM, Ayden memulakan latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PuLaDa), Kota Tinggi. Sebelum dia menyambung pelajarannya dalam bidang bisnes, dia sempat teruskan latihan itu di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat. Setelah selesai latihan tentera, barulah dia menjinakkan diri dalam bisnes.
Dan jangan tak tahu, Neila Ayda Ruhaila pun tidak terlepas daripada latihan tersebut. Kecuali Neil Ayden Raehan sebab ada kecacatan pada anggota badannya. Tapi, untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia juga tidak terlepas daripada merasai pengalaman itu. Neil Aryan Rheo? Mestilah. Sedangkan Neila Ayda Ruhaila lagikan tidak terlepas, inikan pula dia yang memang lelaki sejati.
Patutlah Ayden tidak hairan langsung untuk buat kerja-kerja kampung seperti panjat pokok semua tu. Sebab katanya, apa yang dia dan Rheo lalui dekat kem tentera adalah lebih teruk daripada panjat pokok. Serius aku tak dapat bayangkan!
Jadi kesimpulannya, nama Neil bukanlah satu nama kerabat diraja mahupun gelaran kehormat yang baru di Malaysia. Sebaliknya hanyalah sebaris nama yang pada awalnya biasa, tetapi menjadi fenomena sehingga ke hari ini.
“Termenung jauh nampak?” aku tersentak apabila kedengaran suara Ayden. Sekarang aku sedang berada di kebun bunga. Macam-macam bunga ada di sini.
Aku toleh ke belakang, kelihatan Ayden sedang meminta maidnya untuk meletakkan dua biji gelas ke atas meja kayu yang terukir seperti sebuah pokok yang ditebang. Sangat cantik, ditambah lagi dengan suasana tenang kebun ini, membuatkan meja itu seperti bukan sebuah meja, tetapi sebenar-benar pokok yang ditebang.
“I cari you daripada tadi. Nasib baik maid 4 ada bagitau yang you ada dekat sini,” ujarnya lalu memeluk bahuku. Aku toleh ke atas, memandang wajah Ayden yang begitu tenang, setenang suasana di kebun ini. By the way, maid rumah Ayden ni dipanggil dengan angka. Ada nombor pada uniform mereka.
Aku sedikit segan hendak panggil maid 1, maid 2, maid 3, maid 4 dan sebagainya, jadi hari itu aku pun bertanyakan tentang nama-nama mereka. Kadang-kadang aku kasihan juga kerana mereka tiada peluang untuk perkenalkan nama mereka. Tapi, itulah peraturan keluarga ini. Peraturan baru sebenarnya sebaik sahaja nenda berkahwin dengan tok besar, Neil Adam.
Aku pusingkan badanku menghadap dia sambil mencapai tangannya. Aku genggam dan mula memimpin dia supaya duduk di kerusi yang disediakan di sini.
"Kucing mana?" Soal aku setelah masing-masing antara kami sudah pun melabuhkan punggung.
"I dah letak dekat rumah yang lagi satu," jawabnya sambil tarik aku dekat supaya duduk dekat dengannya. Tangannya aku genggam. Nampak comel tangan berurat itu apabila cincin perkahwinan kami menghiasi jari manis kirinya.
Aku angguk dan perbualan antara kami terhenti seketika menyebabkan kesunyian mula melanda.
“Saya kagumlah dengan keluarga awak,” ujarku tiba-tiba setelah agak lama kami mendiamkan diri.
Ayden jongket kening sambil pandang aku. “Why?”
Aku lentokkan kepala pada bahu Ayden sambil tangan kami masih berpegangan. Terasa tangan aku mula diramas dan diusap lembut oleh tangan besar Ayden. Padahal awalnya aku yang pegang tangan dia.
“Yelah, walaupun keluarga awak kaya, tapi, keluarga awak lain daripada keluarga kaya yang lain. Maksud saya, biasanya kalau anak orang kaya, tinggal pula dekat bandar KL ni, mestilah diorang paling-paling pun akan pergi pub, merokok. Sosial bebaslah pendek kata. Tapi keluarga awak lain. Sangat lain”. Ya, mereka sangat lain.
Walaupun kehidupan mereka agak kebaratan, dengan mama papa dan adik beradik Ayden yang berpakaian seksi dan berpelukan dengan mana-mana manusia yang bukan mahram mereka, tapi, bahagian rukun Islam, mereka sangat jaga. Solat, on time.
Haji, berkali-kali. Umrah tak payah cakap. Cuma mereka tidak mahu gelaran haji itu diletakkan di hadapan nama mereka kerana menurut mereka, mereka terlampau jahil untuk meletakkan gelaran suci itu pada nama mereka. Betul lah kata orang, jangan pernah kita nilai seseorang itu daripada luaran. Semoga satu hari dibukakan pintu hidayah buat mereka.
Ayden kemudian melepaskan genggaman tangan kami dan mula melingkarkan tangannya pada pinggang aku. Sedikit terkejut aku dibuatnya, tapi, aku biarkan sahaja. Walaupun sudah hampir seminggu kami berkahwin, tapi, rasa segan dan malu masih terasa. Bezanya rasa segan itu ada sedikit kurang daripada awal perkahwinan dulu.
“Tok besar warisi jiwa kerabat diraja Tengku Sakinah dan semangat Neil Amar. Kaya tak semestinya kena pandang rendah dekat orang lain. Kita semua sama. Bezanya cuma pada bilangan rezeki yang Allah bagi. Tapi, tinggi dan rendah darjat kita adalah sama dekat mata DIA. Neil Amar dan Tengku Sakinah berpegang pada satu prinsip. ‘We are the same. Yang kaya, tolong yang miskin dari segi harta. Yang miskin, tolong yang kaya dari segi agama’. That’s why keluarga Neil tak tetapkan yang kaya mesti kahwin dengan yang kaya”. Terasa ubun-ubun aku yang berlapik shawl dicium sekilas oleh Ayden.
Aku terdiam seketika sehingga membuatkan Ayden bertanya. “Kenapa diam ni?”
Dia lepaskan pelukannya pada pinggang aku dan mula angkat dagu aku supaya membalas pandangannya. Kening tebal yang tersusun cantik itu diangkat, menandakan dia mahukan jawapan aku.
“Tapi nenda tak suka saya. Walau apapun peraturan keluarga awak, kita tetap tak setaraf,” sampai sekarang aku rasa aku memang tidak layak untuk Ayden.
“Nenda pun bukan keluarga kaya. You nak tahu sesuatu tak? Setiap ahli keluarga Neil majoritinya kahwin dengan orang biasa. Bahkan Neil Amar sendiri pun berasal daripada keluarga biasa-biasa. Arwah tok besar Neil Adam, dia kahwin dengan Nenda Marissa. Nenda Marissa tu cuma PA dia dulu. Tuan Besar Neil Khalil kahwin dengan first wife dia. First wife dia pembancuh kopi syarikat masa tu. Cuma jodoh dan umur tak panjang. Puan Besar Ratna memang berada sikit. Mama anak Dato’. Sebab tu nenda suka sangat dengan mama. Dan Neil Aryan’s Family memang kahwin sama taraf. Itupun sebab mummy daddy Rheo belajar sama-sama. Mula-mula diorang bukan tahu pun yang pasangan diorang tu kaya. Lepas dah jumpa family, masa tu barulah masing-masing tahu dua-dua diorang tu orang berada.
See, Aisyh? Harta is nothing kalau nak dibandingkan dengan kuasa jodoh yang Allah dah tetapkan. Kesalahan besar kalau you sentiasa persoalkan tentang darjat kita. Sedangkan, you adalah seorang guru. Kalau you bandingkan diri you dengan orang yang I sebutkan tadi, siapa yang paling miskin? Neil Amar, Aisyh. Neil Amar. Dia cuma driver tapi kahwin dengan kerabat diraja. Please sayang. I taknak dengar dah you asyik cakap pasal darjat keturunan. You adalah isteri I. Harta I, adalah harta you dan anak-anak kita nanti,” hujung ayat, kedengaran suara Ayden sedikit terkilan. Aku yang dengar pun mula telan liur. Janganlah Ayden mengamuk dekat aku, sudah.
“Errrr.. s-saya… minta maaf,” aku rasa berdebar. Buatnya Ayden belasah aku dekat sini, mana nak sorok muka. Sudahlah malam ini ada majlis makan malam sebelum kami berdua pergi rumah Ayden esok.
Kedua-dua tangan besar Ayden mula naik pada pipi aku. Jangan risau, dia tak tampar aku pun. Dia hanya pegang kedua-dua belah pipi aku supaya aku memandang muka kacaknya. “I bukan marahkan you, sayang. I cuma nak you tahu, I love you so much. I tak nak you asyik persoalkan tentang benda yang sama. Biarkan apa yang nenda cakap sebab yang jadi suami you adalah I, bukan nenda,” sebaik dia mengungkapkan kata-kata itu, terus aku tergelak.
“Saya bukannya lesbian nak kahwin dengan nenda,” punyalah Ayden cakap panjang lebar, last-last ayat terakhir dia jugak yang aku rembat. Haha.
Ayden tersenyum nipis. Dan tiba-tiba, dia mula dekatkan wajah kami. Jangan cakap dia nak cium aku? Aku selalu tengok drama Korea, selalunya situasi ini adalah permulaan di mana babak itu akan menayangkan babak bibir bertemu bibir. Aku selalu skip bahagian tersebut sebab segan tengok.
Tapi hari ini, bukan setakat tengok. Bahkan dalam beberapa saat nanti, aku sendiri yang akan tengok dan merasa babak itu.
Wajahnya semakin mendekat sambil kepalanya disengetkan sedikit. Mata Ayden terpejam sedangkan mata aku terasa macam nak terkeluar daripada soket. Aku nak tolak, tapi kenapa aku rasa badan aku macam lumpuh?!
Aku syak, beberapa milimeter sahaja lagi akan mempertemukan bibir kami, tapi tiba-tiba kedengaran pintu masuk kebun bunga ini kedengaran dibuka dan ditutup. Serentak itu aku menolak dada Ayden yang berlapik T-shirt berwarna kelabu tersebut.
Membulat mata aku pandang perempuan tersebut, sama bulatnya mata dia pandang kami berdua. Muka Ayden? Biasa saja, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Wow! Tak sangka eh, perempuan bertudung acah-acah suci, sekarang buat aksi mat saleh dekat sini? Hah! Kalaulah I tak datang sini, entah apa yang jadi dekat you berdua kan? Ayden, perempuan murah macam ni yang you buat bini? Tasteless!” siapa lagi kalau bukan Melissa Rose.
Ayden peluk tubuh sambil giliran dia pula melentokkan kepalanya pada bahu aku. “Apa masalahnya? I dan Aisyh dah kahwin. Kalau kitorang buat benda lain pun, tak salah sebab kitorang dah kahwin. Yang salahnya you, datang sini nak tengok tayangan free,” ejek Ayden. Tak, masalahnya sekarang, apa yang dia katakan itu membuatkan aku rasa malu. Sudahlah malu tadi belum reda, sekarang dia pergi tambah pula.
“Hei, I pergi sini sebab maid you cakap you ada dekat sini. I tekan loceng rumah berkali-kali, yang keluar maid you. You tak keluar pun. Padahal beg I berlambak nak kena angkat! Rupanya, you pergi buat maksiat dengan pelacur murahan ni!” ah sudah, kalau minah ni dah bercakap, memang nak mengalahkan tarzan suara dia.
Cis, suka hati dia saja copkan aku pelacur murahan! Padahal baju dia tu yang tak cukup kain.
Ayden tiba-tiba bangun. Melihatkan telinganya merah dan tangan yang dikepal kuat, cepat-cepat aku tahan lengan sasa itu membuatkan dia pandang aku dengan wajahnya yang kelihatan begitu marah.
Aku berdiri. “Dahlah awak. Tak payahlah layan dia. Lagipun, apa yang dia cakap tu bukan benda betul pun,” dada Ayden aku sentuh. Saja nak beramah mesra depan Melissa, bagi mata dia ketumbit sebab tengok pasangan suami isteri yang sedang berbahagia. Wakaka!
Ayden tarik tangan aku dan mula melangkah. Terkedek-kedek aku ikut langkah dia sebelum dia mula berdiri di hadapan Melissa. Jari telunjuk diangkat dan mula diarahkan pada muka Melissa. Kelihatan terkejut muka minah tu. Hmm, buat muka terkejut macam tu pun dia masih kelihatan sangat cantik.
“I tak pernah pukul perempuan. Jangan sampai you orang pertama yang merasa tangan I,” seperti biasa, urat pada dahi Ayden mula timbul. Menandakan dia betul-betul marah.
Ayden kemudiannya menarik tangan aku dan mula melangkah keluar dari sini. Sebelum pintu kebun tertutup, sempat aku toleh belakang sambil jelirkan lidah pada Melissa. Kemudian, aku buat isyarat mulut, “Padan muka kena marah”.
Aku syak Melissa faham dengan pergerakan mulut aku. Mana tidaknya, dia mula membalingkan beg tangannya ke arah pintu dan nasib baik, pintu itu tertutup tepat pada masanya. Jadi, selamatlah muka aku daripada terkena
beg tangan mahal itu.
×××
Geramnya aku dekat Ayden. Sia-sia Rolex melingkar pada pergelangan tangan kanannya, tapi tidak digunakan betul-betul. Selesai sahaja solat isyak, dia tanggalkan pakaiannya dan mula baringkan diri di atas katil.
Siapa je tak geram? Makan malam akan mula sekejap lagi. Tapi dia sekarang tengah jadi model spender tak berbayar atas katil sambil main telefon bimbit aku. Aku marahkan dari tadi, dia balas dengan senyuman senget dia.
“Ayden, cepatlah pakai baju. Mama awak dah panggil dah tu!” lima minit yang lepas, mama ketuk pintu bilik dan cakap yang kejap lagi nenda akan datang. Dan lima minit yang lepas, Ayden sedang seronok main game dalam telefon bimbit aku. Menyesal aku bagitau dia password telefon aku. Sekarang, telefon aku di bawah penguasaannya.
“Sabarlah sayang, alang-alang ni”. Tidak lama kemudian, dia mula menjerit perkataan ‘GOL’.
Kemudiannya, dia mula bangkit dari katil. Manusia spesies ni tak habis-habis nak cemarkan pandangan aku. Tanpa rasa malu dia menuju ke arah aku dengan pakaian yang dia ambil daripada almari sekejap tadi.
Dia hulurkan pakaian tersebut kepada aku. Aku pandang dia pelik. “Kenapa?”
“Tolong pakaikan. Letihlah lari pusing padang main bola tadi,” pffffft, ni kalau aku lempang, memang sampai pluto kepala dia aku kerjakan.
“Setakat main game!”
“Ala, cepatlah. Kalau tak, you sorang-sorang makan dekat bawah. I nak tidur je dekat atas ni,” ugutnya. Cis, dia permainkan kelemahan aku!
“Ish, yelah, yelah,” sambil aku merungut, sambil itu aku pakaikan dia baju. Badan besar macam ni pun nak bermanja dengan kita. Eeee.
Setelah bajunya terpakai kemas pada badan, dia pun mula pakai seluar. Dia kemudiannya berdiri dan gamit aku. “Tolong zip dan butangkan”.
Permintaannya kali ini membuatkan aku malu campur geram! Dia yang mintak memanglah tak malu, tapi masalahnya aku yang disuruh ni, malu berganda-ganda tahu tak? Ayden ni demam kepialu ke apa? Yang bukan-bukan saja dia mintak!
“Tak nak! Buatlah sendiri”.
“Kalau taaaaak…..” meleret suaranya mengugut aku. Eh, kuaja betul!
Aku turutkan walaupun berbakul sumpah-seranah yang menghiasi ruangan hati aku sekarang. Ya Allah, maafkan aku sebab menyumpah suami dalam hati.
Aku pegang hujung zip seluarnya itu menggunakan hujung jari aku sambil aku pandang ke atas. Ceh, senyuman dia meleret! Gila miang laki aku ni!
“Hati-hati, jangan sampai tersepit. Tak pasal-pasal I bersunat kali kedua,” usiknya lantas tergelak sendiri. Aku biarkan sahaja walaupun muka aku dah rasa panas dengan hati yang berdebar-debar semacam baru lepas jumpa hantu. Ayden memang gila!
Setelah selesai, aku menghela nafas lega sambil aku jeling Ayden dengan muka tak puas hati. “Melampau, kan?”
“Belum tahap melampau lagi, sayang. Kalau melampau, adalah dua tiga orang baby dalam perut you,” balasnya selamba sambil menyikat rambutnya yang sedia dipomade sebentar tadi. Kemudian, dia picitkan Bleu de Chanel pada lehernya sambil menilik diri sendiri pada cermin. Baunya sungguh maskulin, buatkan aku khayal seketika.
Dia kemudian berpusing menghadap aku. Pinggang aku dipeluk sambil matanya merenung dalam ke dalam mata aku.
“You dah curi something daripada I,” ujarnya tiba-tiba.
"You dah curi hati I. Kan? Tu kan yang awak nak cakap, kan? Eleh, tahu sangat".
"Nope. You dah curi cinta I. You make me fall for you. So, kita kena guna sistem barter. Since you dah curi cinta I, I akan curi something daripada you pulak".
“Kita sambung apa yang tertunda,” bisiknya sambil mata seksi itu memanah ke dalam mata aku.
Pada awalnya aku dungu, aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Tapi selepas dia mula dekatkan jarak antara muka kami, sel-sel otak aku mula berhubung.
"Jangan cakap awak nak cur.....".
Belum habis pun ayat itu aku ucapkan, tiba-tiba Ayden dekatkan mukanya dan mula mempertemukan bibir kami berdua.
Masa inilah aku rasa kaku, aku nak tolak, tapi aku tak mampu. Tangan aku ditahan oleh kuasa ghaib! Aku yakin mata aku dah terbeliak dan nafas aku sudah mula laju, seolah-olah baru selesai lompat dari ketinggian 10 m.
Sesaat, dua saat, tiga saat, empat saat……
Aku malu, tapi dalam masa yang sama aku mula khayal dengan urutan lembut bibir Ayden. Cis, sekarang dengan aku sekali yang miang!
Dalam pada kami masih khayal melayan perasaan, tiba-tiba sekali lagi pintu dibuka dari luar. Kalau tadi pintu kebun, sekarang pintu bilik.
“Ayden, mama you…..”
Mendengarkan suara tersebut, sekali lagi aku tolak dada Ayden. Yang malangnya, Ayden tidak berganjak pun sebaliknya aku yang terdorong ke belakang.
“Dah hilang adab ke suka hati masuk bilik orang?” suara Ayden kedengaran dingin. Tadi pun dia sempat mendengus. Aku pula entah kenapa rasa bersyukur dengan kehadiran Melissa.
“You tu yang hilang adab, kalau nak buat projek pun, kuncilah pintu!” marah Melissa pula.
“Dengan perempuan macam ni pun bernafsu,” sambungnya lagi. Ewah-ewah mulut dia. Ni kalau aku lastik guna angry bird, memang kembang tanpa pembedahan bibir dia ni.
“Entah-entah Cik Melissa kot yang bernafsu tengok saya. Dari pagi tadi dah skodeng saya dan Ayden,” nah, hambek ko. Kau ingat aku diam tadi, aku tak nak melawan. Dahlah nafas aku masih tersekat-sekat sebab Ayden tadi. Sekarang dia nak ajak gaduh pulak.
Jangan sampai aku tomoykan muka dia sudah.
Melissa mendengus geram sebelum dia sendiri yang keluar dengan pintu dihempas kuat. Hmm, mesti minah ni beridolakan nenek Mr. Bean tu. Nenek ke? Entahlah, aku pun tak tahu siapa watak perempuan tua dalam cerita Mr. Bean itu.
“Dan awak! Awak kenapa cium saya?! Awak tahu tak, saya tak pernah buat benda macam tu!” geram aku sekarang diberikan kepada Ayden pula. Lelaki yang sedang menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya, aku pandang dengan geram. Sesuka usus besar usus kecil dia saja nak cium aku!
“Good then. Samalah kita,” dia cubit pipi aku lembut.
“Bukan masalah sama ke tak! Masalahnya sekarang, kenapa awak cium saya?!”
“Cium pun kena ada sebab ke?”
Aku mendengus geram. Bercakap dengan Ayden boleh bagi aku sakit jiwa! Tapi tulah, soalan aku pun pelik juga. Ahhh, pedulikan semua itu. Aku sebenarnya bukan berniat nak tanya, sebaliknya soalan itu lebih kepada luahan hati aku yang sangat geram!
"Sayang, I kissed my wife. Bukan I kiss orang lain," dia menunduk sambil kepala aku diusap. Sudah menjadi kebiasaannya untuk mengusap kepala aku.
"Tapi saya segan tahu tak? Kita orang Melayu, tak manis tau buat macam tu," ah sudah, apa benda aku melalut ni? Ni mesti kes aku tersampuk jin mamat yang pergi bahagian arak dan jumpa awek Cina sebab jual arak?
Ayden senyum segaris. "Banyak benda lagi yang kita kena buat, sayang. Kiss tu baru permulaan. You kena belajar kikiskan rasa malu dekat suami. Sebab lambat laun, you tetap akan jadi ibu untuk anak-anak kita," lembut dia berkata, seolah-olah sedang memujuk aku.
Dan aku, dah namapun Nureen Raisyha, memang cepatlah termakan pujuk kalau dengar suara begitu.
Tapi.... Anak-anak? Dia ni kalau tak berfikiran jauh, tak sah kan? Tapi aku malas nak suarakan sebab takut semakin lama masa yang kami berdua ambil untuk ke bawah. Kang tak pasal-pasal nenda mengamuk dekat bawah dan tiba-tiba jadi Hulk.
Tiba-tiba perut aku berbunyi. Aku harap Ayden tak dengar!
"Hmm. Ada orang dah lapar. Dah jom, sebelum orang tu makan I," Ayden sentuh perut aku sambil buat muka acah-acah terkejut. Ceh!
Tapi tulah, harapan aku tadi memang tak dilayan. Memang dia dengar perut aku dah berbunyi. Siap dia samakan dengan guruh.
Dia senyum dan mula genggam tangan aku. Kami pun melangkah keluar sambil aku sesekali sentuh bibir yang baru sahaja menerima kejutan budaya sebentar tadi.
Tapi tadi, serius aku rasa macam nak pengsan. Oi Snow White! Macam mana kau boleh terbangun bila ada orang cium kau? Sebab aku sekarang bukan nak terbangun, tapi rasa nak pengsan dah! Adakah ini yang membezakan heroin Melayu dengan heroin Eropah? Ha, siapa ada jawapan, aku bagi dua markah. Okay bye.
Thanks kepada 30K+ readers dan 2K+ voters DA di dan jugak kepada 20K+ viewers n for those yg rate crita DA di Novelplus ??
Thanks kepada yang sudi baca. Jika ada sebarang kekurangan, harap dimaafkan. Kalau ada bercanggah maklumat dengan yang sebelum ini, cepat-cepat bagitau sebab sis malas nak baca balik. So, sis dah lupa tentang beberapa watak. ??
Kepada penulis2 sekalian, tips ringkas, kena buat catatan. Kalau tak, korang akan senasib dengan sis. Lupa dh watak yg sis buat sendiri.
Apa2, semoga trhibur. Dipersilakan untuk mmberi komen dan kritikan mmbina di ruangan bawah okay. Babai. Selamat membaca. ??
Share this novel