BAB 33

Romance Series 128902

Do vote and comment ??

?

AYDEN??AISYH

"HAZEL?" soalku pelik. Segera aku mencapai cermin kecil bulat yang terdapat dalam beg tanganku. Kemudian, aku pun melihat pantulan mataku. Mana tahu dia gelarkan aku sebagai Hazel sebab mataku yang tiba-tiba berwarna hazel sebab luntur akibat banyak menangis untuk dia?

Tapi, anak mataku tetap seperti biasa. Hitam. Celah mana pulak dia nampak anak mata aku ni berwarna hazel?

"Apa benda yang hazelnya, abang?" tanyaku lagi. Ayden cuba untuk duduk, tapi aku larang. Risau jadi apa-apa. Sudahlah doktor belum sampai lagi.

"Hazel buat lawak apeni? Takkan nama sendiri pun tak tahu?" jawab Ayden dengan suara serak, membuatkan hati aku tiba-tiba berdebar. Hazel? Hazel tu nama orang ke? Ke, gelaran yang dia bagi dekat aku sempena bangun dari koma yang agak panjang?

"A-apa abang merepek ni? Ni Aisyhlah, bukan Hazel," tekakku terasa perit apabila air liur mulai melaluinya. Entah kenapa naluri hatiku mengatakan ada sesuatu yang lebih buruk jadi lepas ni? Ya Allah, semoga tanggapanku salah.

Dia tergelak kecil dengan matanya terbuka kecil memandangku. "Aisyh apa pulak ni, sayang? Tak tahu pulak nama Hazel, Aisyhazel," terasa ada satu panahan mengena tepat di hatiku. Sakit, sangat sakit!

"A-Ayden.....".

Suaraku lirih memanggil namanya. Aisyh apa pulak dia tanya? Bersayang pulak tu? Sepatutnya aku yang tanya, Hazel tu daripada ceruk mana dia datang? Dah kenapa dia panggil aku Hazel? Apa semua ni?

Kemudian, doktor dan jururawat pun mula masuk dan meminta aku untuk menunggu di luar. Perlahan-lahan aku heret kakiku untuk meninggalkan ruangan ini.

Rheo! Mesti Rheo tahu!

Sebaik sahaja aku tiba di luar, Rheo masih menelefon seseorang. Apabila dia menyedari kehadiranku, dia pun jeling aku sekilas sebelum mematikan panggilannya.

"Aisyh. I dah call family untuk datang ke hospital sekarang. By the way, Ayden betul-betul dah sedar?" soalnya sambil dia memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluarnya.

Aku terduduk pada kerusi yang tersedia. Nafasku tiba-tiba terasa sempit. Soalan Rheo bagaikan angin lalu kerana hatiku sekarang lebih tertarik untuk mngetahui tentang.... Hazel? Manusiakah itu? Jika manusia, kenapa namanya kedengaran pelik? Atau sepanjang koma, Ayden mengidam nak makan kacang?

Dan, apa yang jadi sebenarnya? Kenapa dia panggil aku Hazel? Dan kenapa pulak dia tak kenal Aisyh tu siapa? Ayden kena sampuk ke?

"Rheo," panggilku tanpa menjawab soalannya.

Rheo pandang aku dengan kening tebalnya dijongket.

"Siapa Hazel?"

Mendengarkan soalan aku, terus wajah Rheo berubah riak dan membuatkan perasaan aku semakin diserbu penasaran. "Kenapa tiba-tiba tanya?"

"Tadi Ayden panggil saya Hazel. Siapa Hazel, Rheo? Kenapa Ayden tak kenal saya? Kenapa dia panggil saya Hazel?" berturut-turut soalan aku berikan kepadanya membuatkan dahi Rheo agak berkerut.

"Rheo jawablah!" suaraku bergema di kawasan ini. Nasib baik tiada sesiapapun di aras ini.

Melihat Rheo yang masih tiada respon, hatiku terasa ingin semakin mengamuk. Adakah Hazel ini separuh daripada kisah silamnya Ayden?

"Rheo!" namanya aku seru lagi. Kali ini kelihatan dia menarik nafas dan menghela perlahan.

"Dia ex Ayden". Jawapan ringkas itu cukup untuk membuatkan aku terpempan. Dugaan apa lagi yang aku kena terima ni? Kenapa hatiku terus-terusan diuji? Dosa manakah yang membuatkan aku dihukum teruk sampai macam ini sekali?

"Hah? Apa kaitannya dengan saya? Kenapa dia panggil saya Hazel?" mataku sudah berkaca. Kenapa dia rahsiakan tentang Hazel daripada pengetahuanku? Kenapa Ayden tak pernah ceritakan padaku?

"Sebab muka you dan Hazel sama. Sangat-sangat sama. I syak, dia ingatkan yang you ni adalah Hazel". Terus aku menekup mulut mendengarnya. Air mata yang sudah lama aku simpan, kini kembali mencurah.

Kali ini, sakit hatiku terasa lain macam. Sakit kali ini disulam benci dalam cinta. Benci dalam sayang. Sakit yang sama seperti aku ditinggalkan oleh Ammar Faiz dulu.

Tak, kali ini lebih sakit. Kalaupun hati aku dihiris belati tajam sekalipun, aku yakin sakitnya tidak sepedih ini. "Dia... Kahwin dengan saya, sebab muka saya sama dengan Hazel?" kali ini suaraku perlahan sambil aku cuba menahan diri agar tangisanku tidak begitu kuat meskipun nafasku sudah terasa sangat sempit.

"Kenapa Ayden tak kenal saya, Rheo?" aku ulang soalan itu, tapi nadaku kini lebih lirih.

"Kita tunggu apa doctor akan bagitau," pujuk Rheo sambil dia melabuhkan punggung di sebelahku.

Tidak lama kemudian, Doktor Hisham bersama-sama jururawatnya mula tampilkan diri.

"Macam mana dengan keadaan Ayden, doktor?" tanya Rheo. Aku hanya mampu mengesat air mata yang membasahi pipi dengan tisu.

"Boleh Tuan Rheo dan Puan Aisyh jumpa saya dekat bilik pejabat saya? Ada benda yang saya nak bagitau".

Rheo berikan isyarat mata kepadaku dan aku ikutkan sahaja.

Setibanya di bilik pejabat Doktor Hisham, dia pun mempersilakan aku dan Rheo untuk duduk dan kami berdua patuh. Dalam hati rasa sangat berdebar. Aku nak tahu tentang Ayden, tapi dalam pada masa yang sama aku sangat takut dan risau.

Kelihatan Doktor Hisham membelek helaian kertas sambil membetulkan kaca mata jernihnya. "Okay, macam ni. Keadaan kesihatan dalaman Tuan Ayden okay. Cumanya, mulai esok, kami akan minta Dr. Alan untuk periksa memori Tuan Ayden".

Dahi aku berkerut. Apa benda doktor ni cakap? Macam mana nak periksa memori orang? "Apa maksud doktor? Saya tak faham".

"Macam ni, tadi, saya ada berbual sedikit dengan Tuan Ayden. Disebabkan hentakan kuat dekat kepala dia, jadi, saya pun ambil keputusan untuk menyoal beberapa perkara sebab saya risau kalau-kalau hentakan kuat tu affect otak beliau. Jadi, saya tanya dekat dia tentang dirinya secara ringkas. Alhamdulillah, dia ingat siapa dia. Cuma...."

"Cuma apa doktor?" tanya aku tak sabar. Ah doktor ni pun, kenapa nak buat dialog drama Melayu pulak!

"Cuma, dia fikir yang umur dia sekarang masih 22 tahun. Jadi, ini bermaksud, dia hanya ingat peristiwa sepanjang 22 tahun dia hidup. Untuk peristiwa selepas usia 22 tahun, lenyap. Dan saya boleh simpulkan sekarang yang Tuan Ayden menghidap Anterograde Amnesia, keadaan di mana seseorang mangsa tak mampu ingat hal-hal yang baru. Tapi, ini untuk kesimpulan awal. Selebihnya saya akan berikan tugasan ini kepada Dr. Alan. Dia yang akan merawat tentukan sama ada betul ataupun tidak tanggapan saya. Tapi secara keseluruhan, kesihatannya stabil cuma dia perlukan rehat yang agak panjang," penjelasan daripada Dr. Hisham membuatkan aku dan Rheo sangat terkejut.

Kalau dia hanya ingat tentang peristiwa lima tahun lepas, maksudnya.... Dia memang tak kenal aku! Jadi betullah dia kahwin dengan aku sebab Hazel?

Aku gelengkan kepala. "Saya nak balik". Putusku. Hidung semakin tersumbat sebab tangisan yang lama aku pendam, aku hamburkan hari ini. Tangisan sempena menyambut hari kesembuhan Ayden, dalam masa yang sama, kebenaran yang disembunyi sekian lama akhirnya terungkai. Menghiris parut hatiku tanpa belas.

Aku sudah berdiri dan meninggalkan ruangan ini tanpa pamitan. Kedengaran Rheo memanggil namaku, tapi aku pekakkan saja telinga. Hati aku dah sakit. Walaupun belum rasmi apa yang Dr. Hisham katakan, tapi, kalau Ayden dah cakap yang umur dia 22 tahun, tak perlukan pakar pun memang dah tahu ingatan dia berputar lima tahun ke belakang. Tahun di mana dia tidak pernah menyedari kehadiran aku.

Dan tahun di mana dia mungkin sedang menyulam kasih bersama Hazel.

Langkah kuhayun pantas dan dari sini sudah aku dapat melihat keluarga Ayden sudah berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Aisyh, macam mana keadaan Ayden?" soal Kak Ruhaila apabila aku melalui mereka.

Aku pandang Kak Ruhaila sekilas. Hati aku sakit melihat keluarganya saat ini. Mereka tahu tentang niat Ayden dari mula, tapi kenapa mereka rahsiakan? Teringat kali pertama mereka jumpa aku dulu, dengan wajah mereka yang sangat terkejut, aku dapat rasa yang mereka pun terkejut tengok muka aku dan Hazel sama.

Tapi kenapa rahsiakan? Kenapa bersekongkol untuk sakitkan hati aku? Apa salah aku?

Tanpa menjawab soalan Kak Ruhaila, aku terus melangkah pergi. Panggilan Rheo aku abaikan. Dapat aku dengar suara Kak Ruhaila menyoal tentang aku terhadap Rheo, dan lelaki itu jawab, "Lepas ni I explain". Ah, explainlah korang semua. Keluarga penipu!

Langkah demi langkah aku atur sehinggalah Rheo berjaya memintasku. "Aisyh!" tegas suara dia memanggil nama aku.

"Apa lagi Rheo?" pandangan tajam itu aku tentang.

"Ikut I," arahnya dengan wajah yang sangat serius.

"Tak nak!" aku berkeras sambil gelengkan kepala. Buat apa aku nak ikut dia? Bukan boleh selesaikan masalah ni.

"Aisyh jangan degil. Ikut I," ulangnya lagi. Kali ini, dia bukan hanya berkata kosong, bahkan dia menarik beg tangan aku. Terkedek-kedek aku mengikut langkahnya. Aku cuba menarik beg tangan aku, tapi dia berkeras malah memegangnya erat. Ah, dia ni sama degilnya dengan Ayden!

"Lepaslah," aku cuba lagi dan lagi untuk menarik beg tanganku daripada genggaman tangan besar itu, tapi sedikitpun dia tidak melepaskannya. Bukannya aku tak nak lepaskan beg tangan tersebut, tapi dalam beg ini sangat banyak barang-barang pemberian Ayden yang aku sangat sayang.

Memang aku sangat cintakan dia! Sampai-sampai barang yang dia bagi pun aku tak sampai hati nak buang. Tapi ini balasan dia kepadaku?

Sampai ke tempat letak kereta aku diheretnya. Banyak mata memandang pelik ke arah kami membuatkan aku rasa sangat malu.

"Masuk," arahnya tegas.

"Hish!" dalam pada aku memberontak, aku tetap masuk ke dalam kereta Lambhorgini itu.

Setelah kedua-dua belah pintu ditutup, Rheo pun mula menghidupkan enjin. Tanpa membuang masa, kereta mewah itu pun mula meninggalkan kawasan hospital ini.

×××

Aku ikut saja langkah Rheo. Daripada tadi aku tanya buat apa pergi tasik ini, apa yang dia jawab, "Ikut jelah".

Bisikan-bisikan 'iblis' aku abaikan. Macamlah aku tak dengar mereka cakap buruk pasal aku?

"Suami sakit, dia dating dengan lelaki lain". Puii, nasib baik aku ni penyabar. Kalau tak, memang aku sumbat mulut sorang-sorang dengan lengan Rheo.

Setibanya di hadapan tasik, kami pun menghentikan langkah. Terkebil-kebil mataku memandang Rheo. Apa motif dia bawa aku ke sini? Nak tolak aku masuk tasik?

"I tahu you stress. I tahu you kecewa. So, I nak you jerit kuat-kuat dekat sini. Lepaskan semua kemarahan, kebencian dan apa-apa perasaan negatif you pada Ayden. Sebab lepas ni, I nak bawak you jumpa Ayden dengan hati yang bersih daripada dendam," sambil memeluk tubuh, sambil itu dia menuturkan setiap katanya.

Aku alihkan pandangan daripada wajah Rheo kepada tasik yang tenang. Sangat berbeza dengan perasaan aku saat ini yang bergelora umpama ditiup taufan.

Sudahlah sampai sekarang dalang di sebalik kemalangan Ayden belum terbongkar, eh, tup-tup benda lain pulak yang terbongkar. Tertekan aku!

"Saya tak nak jumpa dia. Saya nak balik kampung," tanpa berfikir panjang, terus aku luahkan kata-kata itu secara spontan.

"You nak tinggalkan dia dalam keadaan dia macam ni?"

Sinis aku tersenyum. "Kalau saya tunggu dia sampai sembuh, boleh ke nak ubah kenyataan yang dia kahwin dengan saya sebab Hazel?"

"Kenapa entah tak kahwin dengan Hazel? Kenapa kena kahwin dengan aku?" omelku seorang diri.

Kedengaran Rheo melepaskan keluhan beratnya. "Aisyh, semua orang tak tahu apa sebab Ayden kahwin dengan you, malah you sendiri pun tak tahu betul ke dia kahwin dengan you sebab Hazel. I bukannya nak backup Ayden, tapi, kalau betullah dia kahwin dengan you sebab Hazel, sepatutnya sekaranglah masanya you buktikan yang you lebih layak kahwin dengan dia. You ambik hati dia supaya dia sedar, yang kahwin dengan dia adalah Nureen Raisyha, bukannya Hazel Ryanna".

Sebaik sahaja aku mendengar nama sebenar Hazel itu disebut, terus aku menoleh Rheo semula. "Hazel Ryanna? R-Rheo, jangan cakap dekat saya yang Hazel tu orang yang sama dengan Kak Ana?" entah kenapa fikiran aku terus melayang kepada Kak Ana. Wajah kami sama, malah, beradik Ayden pun terkejut melihat kami berdua.

Dan baru aku perasan, dia mula rapat dengan aku sebaik sahaja dia tahu yang aku adalah isteri Ayden. Dan paling ketaranya, dia panggil Ayden sebagai Ayden. Tanpa ada panggilan lazim bagi sesiapa yang tidak rapat dengan Ayden.

"I don't think so".

"Kenapa?"

Rheo pandang aku lagi, kali ini dengan pandangan sayu. "Sebab... Hazel dah takde. Dengar cerita, dia meninggal sebab accident. Tapi I tak nafikan yang muka you dan Ana nampak agak sama".

Sekali lagi aku diserang perasaan terkejut. Jawapan Rheo sekaligus menjawab persoalanku tadi. Patutlah dia tak kahwin je dengan Hazel, rupanya sebab perempuan tu dah takde.

Semakin sakit hati aku sekarang. Memang sah! Memang sah dia kahwin dengan aku semata-mata nak lepaskan rasa rindunya pada Hazel. Tanpa aku sedari, terus aku jatuh terduduk di hadapan tasik. Kakiku cukup lemah untuk menerima kenyataan ini.

Berturut-turut ujian datang kepadaku. Mendengar nama Hazel, bukan setakat hatiku yang sakit. Dengan kepala aku pening dibuatnya. Hebat penangan Hazel walaupun dah takde dalam dunia ni.

"Dia tak ikhlas kahwin dengan saya, Rheo...." Luahku sambil memeluk lutut. Kebiasaanku kalau aku sangat sedih. Aku perlukan sesuatu untuk dipeluk supaya aku dapat hamburkan rasa sedih yang melampau.

"Aisyh, I faham perasaan you. Tapi untuk masa sekarang, you kena berada di samping Ayden. Walau apapun sebabnya dia kahwin dengan you, you tetap isteri dia dan dia tetap suami you. I percaya, lambat-laun mesti dia akan cintakan you".

Aku menggeleng tanda tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Walau apapun ayat yang dia gunakan untuk pujuk aku, hati aku tetap rasa sakit sangat. Aku masih tak dapat nak terima kenyataan yang selama ini aku cuma menumpang nama Hazel demi dicintai oleh suami sendiri.

"Tak Rheo. Awak tak faham. Takkan ada yang faham perasaan saya sekarang. Saya nekad, esok saya nak balik kampung. Dan awak, kenapa awak tak bagitau dekat saya tentang kebenaran selama ni? Kenapa awak diamkan diri? Kenapa awak bersekongkol dengan diorang? Semua orang sama. Semua orang memang hipokrit! Semua orang berpakat nak dera perasaan saya. Saya benci korang semua!" keras suaraku menuturkan setiap kata itu dengan lutut yang masih dipeluk. Air mata diseka lagi. Ya, tiada siapa yang memahami aku. Sejak kebenaran ini terungkai, perasaan percaya aku pada semua orang mulai terhakis. Semua orang menipu aku!

Munafik! Hipokrit!

"Aisyh, I bukan adik beradik ataupun mak ayah Ayden. Walaupun kitorang rapat, tapi dia jarang ceritakan pasal Hazel mahupun you dekat I. Biasanya I dan arwah Haq yang selalu share cerita dengan dia, dia hanya jadi a good listener, tapi dia takkan semudahnya share kisah dia dekat orang lain. Bila Ayden cakap dia nak kahwin dengan you, I setuju sebab I tahu, dia takkan pilih perempuan yang sembarangan," bidas Rheo lagi.

Dalam tangis, aku pamerkan senyuman sinis. "Memanglah tak sebarang, dah muka sama dengan ex".

Terus terdiam seketika Rheo mendengar kata-kataku.

Keadaan sunyi seketika, hembusan angin yang menenangkan, tidak mampu memberikan sebarang ketenangan terhadap gelodak rasa yang menyerang hatiku.

Rheo pun mula melepaskan lagi keluhan, tapi tidak seberat tadi. Kali ini, dia labuhkan punggungnya di sebelahku. Dia pandang aku dengan lututnya yang juga ditarik dan dipeluk, sama seperti aku sekarang. Mungkin dia tahu yang aku tak nak dia pandang aku, jadi, dia pun mula lemparkan pandangannya ke arah tasik. "Aisyh, I paksa you untuk setia dengan Ayden sebab you kena tahu, you adalah isteri dia. Walau apapun sebabnya Ayden kahwin dengan you, you kena set dalam hati you, Hazel tu hanyalah masa lalu dia. Sekarang, nama you yang dia sebut dalam akad dia. Nama you yang ada dalam doa dia malah nama you yang dia ukirkan pada loket yang dia beli dekat Jakarta. Bukan Hazel mahupun perempuan lain.

Jadi, tugas you bukan je pulihkan ingatan dia, tapi, you kena ambil hati dia supaya Hazel terus terkubur dalam kisah silam dia. Sekarang, you kena jadikan diri you sebagai isteri dan cinta terakhir Ayden. Semua orang boleh jadi cinta pertama, Aisyh. Tapi tak semua yang boleh jadi cinta yang terakhir".

Penjelasan yang agak panjang daripada Rheo membuatkan aku yang terdiam kini. 'Semua boleh jadi the first, tapi, tak semua boleh jadi yang the last'. Deep, betul, tepat.

Tapi, aku masih tak mampu untuk menerima kebenaran ni semua. Kebenaran yang sangat perit untuk aku terima. Kebenaran yang sangat sukar untuk aku hadam. Aku tak dapat bayangkan semula, setiap tutur kata Ayden, sikap Ayden, semuanya berlandaskan cinta dia terhadap Hazel, bukan aku.

Andai ada orang yang berada dalam situasi aku sekarang, aku yakin yang mereka juga akan rasa apa yang aku rasakan sekarang. Aku yakin mereka akan terfikir, untuk apa menanti di sisi orang yang tidak cintakan kita seikhlas hatinya? Andai dia ingat semula pun, boleh ke ubah kenyataan yang perkahwinan ini bermula dengan sebuah penipuan?

Aku yakin, tidak ada seorang pun yang mampu kuat. Samalah sepertiku sekarang. Semua orang boleh cakap sabar, tapi tak semua yang boleh lalui. Aku terlalu lemah, hatiku terlalu rapuh. Aku ingatkan Aydenlah penutup kepada segala derita, dan pembuka kepada kebahagiaan buatku.

Rupa-rupanya, dialah yang membahagiakanku dalam helah. Dan membiarkan aku derita tanpa belas.

Pernah sakit

Tapi tak pernah sesakit ini

Kerna pernah cinta

Tapi tak pernah sedalam ini

Aku ingin semua cintamu hanya untukku

Memang kutakrela

Kau bagi untuk hati yang lain...

"Saya cintakan dia, Rheo. Saya sayangkan dia sangat-sangat. Saya nak, dia hanya cintakan saya. Saya taknak dia cintakan orang lain. Tapi... Saya hanya penumpang dalam hati dia. Penumpang kepada sebenar-benar pemilik hati dia..." aku labuhkan dagu pada lututku. Ucapanku sudah kedengaran sengau kerana hidungku sekarang tersumbat teruk.

"Wipe away all of your tears. You bukan penumpang, tapi you sebenar pemilik hati Ayden. You know what, Aisyh. You sepatutnya bersyukur sebab orang yang you cinta, orang yang you sayang, ada depan mata you. You boleh ambil hati dia, you boleh buat apa saja dekat dia sebab you dah sah jadi pemilik dia.." Rheo jedakan ayatnya. Pandangannya terus terlempar ke tasik sana sambil bibirnya terukir secalit senyuman nipis.

"Kalau you jadi Salwa, you akan faham makna sebenar syukur. Dia hanya mampu cinta, tapi, tak mampu nak miliki. Sedangkan you?". Kali ini lebih ringkas, tapi kesannya menusuk terus ke dalam tangkai hatiku.

Aku telan liur. Kata-kata Rheo sangat mendalam. Dia jarang bercakap, tapi, bila dah bercakap begini, dengan jantung aku rasa nak tercabut sebab terasa sangat.

"And, kalau you jadi I, I yakin sangat-sangat yang you akan lebih hargai Ayden. Sebab, I hanya mampu tengok orang yang I cinta. Tapi, nak miliki dia, I takkan mampu".

Kali ini, aku pandang dia dengan dahi berkerut. "Maksud awak, siapa?"

#Sorry x update semalam. Very the busy n penat. And thanks kepada yg sntiasa tunggu cerita ini diupdate. love uolld

Next update belum tahu lagi. Tapi xkan lama sangat tunda. Okay. Semoga terhibur. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience