Sumpah sis dah biol habis untuk chapter ni. Korang baca jelah. Haha. Kalau ada salah, tolong betulkan ??
Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
NIATKU nak serang je Kak Ana. Tapi Ayden tak bagi sebab dia ada ramai kuncu. Silap hari bulan, nyawa aku akan terkorban.
Tapi, dia masih rahsiakan tentang siapa yang terlibat dalam kemalangan aku dan dia. Apa sebabnya, aku tak pasti.
Yang pasti, dua perkara sudah diselesaikan hari ini. Pertama, buat pemeriksaan seperti yang dirancang dan ya, Allah kurniakan kami rezeki sebab aku disahkan mengandung.
"Tahniah, Puan Aisyh mengandung. Tapi, kandungan dia masih kecil lagi iaitu dua minggu. Jadi, dalam tempoh ini, Puan Aisyh kena jaga pemakanan. Ambil makanan seimbang. Jangan berlapar dan jangan juga terlalu kenyang". Manis doktor yang aku rasa usianya antara 40 tahun ke 50 tahun itu memberitahu tentang kehamilanku.
Dan semestinya kami berdua sambut berita itu dengan sangat gembira. Ayden malah tak segannya dia memeluk aku di depan Doktor Hana membuatkan aku menolak perlahan tubuhnya. Tidak selesa aku dia berbuat begitu di hadapan orang.
Ayden garu kepala sambil tertunduk meminta maaf. "Takpe. It's normal untuk raikan baby. Lagi-lagi baby sulung macam ni". Wajah keibuan Doktor Hana jelas terpancar membuatkan aku dan Ayden tersenyum.
Tapi, kegembiraan berita pertama tadi Ayden kuburkan sebentar sebaik sahaja dia mengadakan sidang media untuk mengumumkan tentang perkahwinan kami dan pasti untuk beri amaran terakhir kepada semua jurnalis, reporter dan media yang pernah menyebarkan kisah aku.
Ini kerana masih ada pihak media yang belum memadam kenyataan malah menambah kenyataan palsu berkaitan aku. Antaranya ialah, aku telah guna-gunakan Ayden untuk dapatkan harta lelaki itu. Jadi, Ayden kumpul semua yang pernah dan sedang membuat kenyataan berbaur fitnah itu pada hari ini. Habis satu dewan itu senyap setelah dimarahi oleh Ayden.
Aku tak selesa dia berbuat begini, tapi dalam masa yang sama aku takut nak tegur sebab dia memang sangat marah.
"She's more educated than all of you. She's a teacher while you guys just a brainless, use your shitty fingers to write the stupid arse statements about her. Then, you wanna talk about our level? She's my wife. Tuan Neil Ayden Raeqal is a very well-known billionaire and Nureen Raisyha is his wife. Her level, her ranks and her words are all the same as me. You are the one who need the mirror to look up at yourself. You are just a reporter, a journalist and media. The stupidest people ever live in the world. Using my wife's name for your own benefits.
This is my last warning. Stop bad-mouthing about anyone, especially my wife. Or, your medium will be shut down immediately and say goodbye to your job.
Don't mess with me if you don't wanna meet me in your nightmare".
Dan apa dah jadi sekarang, semua media tempatan dan luar negara dah keluarkan kenyataan minta maaf kepada kami. Memang aku akui aku sakit hati dan tertekan dulu, tapi, bila Ayden dah buat begini, aku jadi serba salah pula. Lagipun, aku dah lama maafkan mereka.
Banyak lagi yang Ayden cakap tadi sebenarnya malah dia paksa semua orang tulis apa yang dia cakap. Tadi ada wartawan yang mula lemparkan kata-kata buruk dekat dia sebab berlagak katanya, Ayden pun cakap yang mengatakan isteri dia malang, tak patut kahwin dengan orang kaya, itu tak berlagak?
Kata-kata yang paling pedih wartawan tempatan tu terima ialah, "Belum kaya dah berlagak. Patutlah Allah tak bagi kamu kaya". Terus wartawan itu terdiam dan tertunduk. Tiada daya hendak melawan Ayden.
Semua orang tahu bahawa, Ayden is the man with his words. Sebab sudah tiga buah syarikat lingkup begitu sahaja setelah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap keluarganya. Itu pun masa dia belum terkenal dulu. Lagi-lagi bila dah terkenal begini, 'kuasa' dia semakin terserlah.
Ayden tak main-main bila bercakap, sebab itu apabila dikumpul begini, semua orang memilih untuk senyap.
Dan urusan ketiga sekarang adalah berkumpul di dalam bilik mesyuarat keluarga. Biasanya papa yang menjadi ketua mesyuarat, tetapi hari ini Ayden pula. Berkali-kali dia minta maaf dekat aku sebab terpaksa sibukkan aku hari ini.
"Abang nak semua selesai dengan cepat". Itulah kata-katanya masa kami berdua pulang dari sidang media dan satu keajaiban, tiada wartawan yang berani menyerang kami berdua dan perjalanan menuju ke kereta di hadapan pintu keluar berjalan dengan tenang.
Pak Man pun pelik tengok, yang ada di sekeliling karpet merah itu hanyalah security dan bodyguard sahaja. Tiada orang yang berebut-rebut seperti selalu.
Senyap. Diam. Bisu. Semua ternanti apa yang bakal Ayden perkatakan setelah ini. Lagi-lagi apabila melihat wajah itu tegang, memang pasti apa yang diperkatakan itu adalah sesuatu yang buruk. Lagi-lagi semua ahli keluarga Neil dah tengok berita yang terpapar di semua media, aku yakin semuanya semakin resah.
"Hazel Ryanna. Ada yang you nak ulas, Melissa?" semua pandang wajah Ayden, termasuk aku. Dia pula bersandar sambil memandang pen yang dipusing-pusingnya dengan jari.
Reaksi Melissa semestinya pucat tak berdarah. Jangan cakap yang dia adalah dalang di sebalik kemalangan aku? Dan, aku baru perasan, nenda tiada di sini.
Tapi aku tak dapat nak tanya sebab kepala aku terasa berdenyut tiba-tiba. Dan semestinya, bayangan lalu mula bermain di layar minda. Tapi aku tak boleh nak tangkap sebab bayangan itu terasa laju dan semestinya sangat menyakitkan. Kali ini, bukan otak aku sahaja yang sakit, malah hati aku tiba-tiba rasa pedih.
"K-kenapa you nak tanya pasal orang yang dah mati?"
"Tarikh 23 Ogos 4 tahun lalu, jam 12.00 malam. You ada call nenda. Dan sejam kemudian, you call satu lagi nombor tak dikenali. RM 2 juta nenda keluarkan dari account pada 25 Ogos dan diberikan dekat someone sebagai bayaran untuk stalk Hazel dan langgar dia masa dia tengah belajar bawak kereta.
Family dia call family kita, cakap yang Hazel dah meninggal tapi sebenarnya belum. Sebab family dia risau kalau orang tu tahu, nyawa Hazel akan berada dalam bahaya. So, diorang terpaksa palsukan kematian demi keselamatan Hazel". Ayden masih belum pandang orang lain. Matanya masih tertancap pada pen di jari meski urat di dahi sudah mulai timbul.
Aku pula sudah terasa berdenyut sangat-sangat kepala, tapi, dengan keadaan yang tegang seperti sekarang, aku tak mampu untuk suarakannya.
"Apa maksud you palsukan kematian? Maksudnya, dia masih belum mati?" suara Melissa tiba-tiba kuat dan apabila dia tersedar bicaranya lain macam, terus dia senyap.
"Ayden, Ayden nak cakap yang Melissa yang buat Hazel meninggal? Tapi, Ayden kan dah ada Aisyh. Buat apa nak bincang lagi pasal Hazel?" papa mencelah walaupun jelas wajahnya turut tertanya-tanya.
Ayden masih diam. Lagaknya sekarang seperti seorang psiko. Wajah tegang sambil memusingkan pen. Melissa pula memang seperti tercekik tulang. Apatah lagi apabila pusat pandangan semua orang kini memang padanya.
"Yup. Dia belum mati. Bila dihantar ke hospital, dia koma dan hentakan pada kepala dia sangat kuat membuatkan dia hilang ingatan sampai sekarang. Umur dia masa tu 21 tahun, tapi, dia ingat umur dia 17. Jadi, ingatan dia berputar 4 tahun ke belakang". Jawab Ayden pula.
"Macam mana Ayden tahu? Ayden masih keep in touch dengan dia?" giliran mama yang bertanya. Nadanya jelas marah.
Ayden angguk dan semestinya orang lain pandang sayu dekat aku. Nasib baik aku dah tahu, kalau tak, mesti aku tengok cermin sambil pandang sayu dekat pantulan aku sendiri.
"What? Habis Aisyh you nak buat apa, Ayden?" Abang Raehan pula memarahi Ayden manakala aku tak mampu nak bersuara, sebaliknya hanya mencengkam skirt labuh yang dipakai sebab semakin lama, kepala aku semakin sakit.
"You tak nak mengaku yang you try nak bunuh Hazel, Melissa?" tanpa mempedulikan kata-kata Abang Raehan, Ayden semakin mengasak Melissa.
Melissa sudah berdiri sambil hentak meja. "You nak tuduh I? You ada bukti ke? Walaupun I bencikan Hazel, tu tak bermakna I akan bunuh dia. Banyak lagilah yang boleh jadi suspek. Macam nenda, mama you sendiri. Kenapa tak syak diorang? Diorang pun bencikan Hazel".
Tiba-tiba aku menjerit sekejap sambil memegang kepala. Yang lain sudah cuak melihatku. Nak cakap tak apa, memang menipu sebab kepala aku memang rasa sakit dan jeritan yang keluar adalah spontan.
"Aisyh, kenapa ni?" aku terasa seperti dikerumuni. Tetapi Ayden larang sebab boleh menyebabkan aku pengsan dihimpit begitu.
Tanpa pedulikan yang lain, aku sedaya-upaya pandang wajah Melissa. Dan sekarang, apa yang kabur selama ini, bermain dengan jelas dalam minda dan tiba-tiba mulutku rasa ringan untuk bersuara.
"Petang tu, Aisyh jalan-jalan pusing kampung guna kereta abah. Lepastu, Aisyh masuk satu simp-pang". Aku jedakan ayat sambil cengkam kepalaku.
"Kenapa ni Aisyh? Ayden, apa yang Aisyh cakapkan ni?" itu suara papa dan mama pula memicit tanganku dan kemudiannya mengusap belakangku.
Ayden pula melutut di sebelah kerusi yang aku duduk sekarang. Wajahnya sangat risau. "Sayang, jangan paksa".
Aku gelengkan kepala. Aku risau kalau aku tak luahkan sekarang, semuanya akan hilang semula. "Masuk sahaja simpang tu, Aisyh nampak ada sebuah kereta parking depan sebuah rumah usang. Aisyh kenal rumah tu. Rumah tu adalah milik bomoh hujung kampung yang dah lama meninggal.."
"What? Are you kidding me?" sekali lagi Melissa tersasul dan semestinya semua orang semakin syak dekat dia.
"Was that you, Melissa?" tanya Kak Ruhaila dan Melissa cepat-cepat gelengkan kepala.
"Nonsense! Takkanlah I nak pergi kampung semata-mata nak jumpa bomoh? I cuma terkejut dengar bomoh tu dah meninggal," heh, teruskan menipu Melissa walaupun muka dah cuak habis.
"Baru je Aisyh toleh dekat situ, Aisyh nampak ada Cik Melissa keluar dari rumah tu.."
"Nonsense! You nak fitnah I kan?" marah Melissa.
Namun, dia kembali terdiam apabila papa tiba-tiba marahkan dia. "Shut up, Melissa! Dengar dulu apa yang Aisyh nak bagitau!".
"Aisyh nampak Cik Melissa bercakap seorang diri sambil hulurkan sampul. Tak tahu macam mana, Cik Melissa sedar yang Aisyh ada dekat situ dan terus dia keluarkan handphone.
Dan Aisyh syak, orang suruhan dia memang ada dekat kampung sebab masa Aisyh keluar je dari simpang tu, kereta Aisyh kena langgar dari belakang sampai-sampai Aisyh tercampak atas jalan raya. Benda last yang Aisyh nampak, muka lelaki tu sebab kereta dia tak pakai tinted gelap. Dia reverse dan terus pecut". Jeda lagi sambil kepala dicengkam kuat. Bayangan mimpi sudah kelihatan jelas. Mimpi itu bukan mainan tidur, tetapi peristiwa yang memang jadi masa aku kemalangan dahulu. Cuma yang aku ingat bahagian kereta yang dilanggar sahaja.
Dan hari ini, semuanya kelihatan sangat jelas di dalam minda.
"Mungkin Aisyh banyak sangat dosa, Allah bagi Aisyh peluang k-kedua untuk hidup. Allah campakkan Aisyh keluar d-dari kereta s-sebab kereta tu meletup. Aisyh koma dan mungkin takde peluang hidup. Tapi Allah berikan nyawa walaupun dah empat tahun A-Aisyh amnesia. K-kalau bukan sebab Ayden, Aisyh takkan tahu yang Aisyh pernah hidup teruk s-sebelum ni.
Aisyh pernah ingat sekali. Tapi tak lama sebab Aisyh trauma. Lepas trauma tu, A-Aisyh terus tak ingat lagi".
"W-wait, Aisyh adalah Hazel ke?" tanya Kak Ruhaila sambil dia pusingkan badanku yang lemah ini menghadapnya.
"Yes, she is". Jawab Ayden, serentak dengan anggukan kepalaku.
"I rasa I takde kepentingan dekat sini. Ini urusan family you, kenapa I kena ada kat sini? And you, stop fitnah I kalau you takde bukti". Dia sudah mula ingin melangkah sebelum namanya dijerit lantang oleh Ayden membuatkan bahu kami semua terhinjut sebab terkejut.
"Ni last I nak suruh you mengaku yang you try nak bunuh Hazel aka Aisyh! Atau, you akan meringkuk dalam penjara!"
Melissa senyum sinis. "Kalau I mengaku sekalipun, you nak buat apa? Ayden, you takde bukti. Jangan sembang kosong please. Lagipun, kalau you tuduh I dan I meringkuk dalam penjara, nenda you pun akan masuk jugak sebab macam yang you cakap, I ada call nenda dan nenda yang keluarkan duit RM 2 juta dari akaun bank dia. So, mestilah dia terlibat jugak dalam kes cubaan bunuh Hazel you tu, kan?"
Dalam kabur begini aku dah boleh tengok Ayden merenung Melissa dengan pandangan yang sangat tajam. Rahangnya bergerak-gerak dan seperti dia ingin bunuh gadis itu.
"Jadi, you tak nak mengaku?"
Melissa tayang senyum bangga sambil geleng. "No sebab you...."
"Bawak dia masuk".
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar dan seorang lelaki dicampak di atas lantai oleh orang-orang Ayden. Dan semestinya, Melissa tergamam melihat lelaki itu.
Laki tu yang langgar aku.Tapi, tak sempat aku bagitau, terus pandanganku menggelap. Drama sangat, tapi inilah realitinya.
×××
Bangun sahaja aku, benda pertama yang aku rasa adalah bibir Ayden pada dahiku. Wajahnya kepenatan dengan penampilan yang agak selekeh.
Tak perlu ditanyakan aku di mana sebab ini adalah bilik kami berdua dan dapatku lihat ada orang lain di sini selain kami berdua iaitu keluarga Ayden dan keluargaku. Mak duduk di atas katil bersama Air, menangis.
"Abang minta maaf buat sayang macam ni". Pinta Ayden sambil ciumannya kini dialihkan pada jemariku.
"Kenapa dengan Aisyh?"
"Aisyh pengsan, sayang. Kalau bukan sebab abang bawak semua orang yang terlibat dalam masa lalu sayang, sayang takkan sakit macam ni. Tapi Alhamdulillah, kesihatan Aisyh dah makin stabil".
Aku hela nafas sambil tersenyum. "Dah tu, kenapa nak risau? Mak dengan Air dah kenapa nangis? Padahal tadi Aisyh cuma pengsan sebab paksa otak tanpa sengaja. Melissa macam mana?"
Mak pukul lenganku. "Mak nangis sebab risau dengan kandungan kamu. Kenapa tak bagitau mak yang kamu mengandung?"
Lah, mak ni ada-ada saja. "Aisyh baru cek pagi tadilah mak. Ha, Air pulak?" dengan badan yang rasa sedikit lemah, aku pandang wajahnya yang sudah sembab dengan airmata.
Lama dia diam sebelum dia mencebik. Tanpa mengambil banyak masa, dia terus peluk aku. "Ash nangis sebab orang yang buat akak dulu dah kena tangkap".
Memang keluarga aku kalau buat sesuatu benda, memang mesti diselit dengan alasan yang pelikkah? Macam tak sesuai pula alasan dia dengan mak. Ni spesies tak nak bagitau hal sebenar ni. "Ke, mak dengan Air rindukan Aisyh?"
"Perasan. Baru jumpa semalam, takkanlah nak rindukan kamu. Mak risaukan kamu. Tengah hari tadi kan tensen dengan media, sekarang, pengsan pulak bila tengok muka orang yang langgar kamu tu. Mak mana yang tak risau?" jawab mak sambil seka airmata dengan hujung lengan bajunya.
Aku hanya tergelak kecil mendengar kata-kata mak.
Setelah keadaanku sedikit lega lepas Ayden berikan segelas air, bilik ini mulai kecoh dengan kes tadi. Awalnya mereka nak berbual dekat luar, tapi aku halang sebab aku pun nak tahu jugak apa yang dah jadi.
Pertama, Melissa sudah ditahan sejam yang lalu bersama lelaki tadi. Lelaki itu memang bukan orang yang dikenali dan dengar cerita, Melissa kenal lelaki itu di kelab malam. Antara pengunjung kelab malam yang memegang title pembunuh upahan.
Lama sudah dia terlibat dalam kes ini, cuma sebelum ini dia berjaya bebaskan diri. Tapi sayangnya, kali ini dia tidak terlepas sebab dia sudah bertemu buku dengan ruas. Masa dia ditolak masuk ke dalam bilik tadi pun, tangan kanannya kudung manakala kakinya patah sebelah.
Dengar kata, salah seorang bodyguard Ayden tawarkan diri untuk dibicarakan di mahkamah dengan kesalahan cubaan membunuh. Kesalahan dia adalah, dia potong tangan orang suruhan Melissa dan bengkokkan kakinya sehingga patah.
Ayden pada awalnya tidak tahu menahu pun tentang itu. Sebenarnya dia hanya ingin serahkan sahaja penjahat tersebut kepada pihak polis, tetapi, bila sampai gudang, lelaki itu tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Malah, bodyguard Ayden sendiri relakan dirinya untuk ditumbuk Ayden atas kesalahannya ingkar akan arahan bossnya sebelum dia pergi ke balai polis, mengaku yang dia telah cederakan mangsa.
Aku tak tahu apa yang Ayden dah buat sampai-sampai bodyguard dia sangatlah setia dengan dia sampai macam ini sekali.
Yang kedua, nenda tidak bersalah. Nenda hanya terlibat dalam membayar lelaki itu, tapi untuk kes langgar apa semua, bukan salah nenda. Dia keluarkan wang tersebut pun di bawah pengaruh sedar sebab Melissa dah sihirkan nenda.
Tujuan Melissa pergi jumpa bomoh tersebut adalah untuk bodoh-bodohkan nenda. Dengan kuasa sihir itu, nenda ikut sahaja kata-kata Melissa macam lembu dicucuk hidung. Selama ini mereka tidak perasan akan keadaan nenda sebab normal lah, mereka orang bandar dan tak terfikir pun yang nenda akan disihir begini. Apatah lagi nenda tidur seorang diri di villa, lagilah banyak masa untuk Melissa lakukan perkara terkutuk itu.
Nenda tidak berkumpul sekali tadi sebab Ayden hantar dia ke pusat rawatan Ruqyah malah sepanjang aku pengsan di sini, mereka semua sudah bergilir-gilir jenguk nenda. Aku tak diizinkan ke sana memandangkan aku sekarang tengah mengandung.
Dan yang ketiga, baru hari ini semua ahli keluarga Ayden tahu bahawa aku dan Hazel adalah orang yang sama. Dan baru hari ini juga mereka tahu bahawa Ayden berpura-pura amnesia sebab nak cari bukti untuk selesaikan masalah. Jelasnya lagi, dia terpaksa berlakon amnesia dan meminta papa untuk gantikan kedudukannya buat seketika agar siasatannya berjalan dengan lancar.
Bahkan, sepanjang tempoh dia berpura-pura amnesia ini, dia sudah berjaya kumpulkan semua bukti tentang kes kemalangan aku dan sekarang, sedikit maklumat sahaja lagi diperlukan untuk menangkap orang yang terlibat dalam kes kemalangan dia dan Haq.
Kenapa lama sangat? Sebab orang yang terlibat adalah lebih daripada seorang. Dan yang agak menyusahkan ialah apabila orang tersebut masih tidak memberi kerjasama kepada Ayden padahal Ayden sudah tahu rakan sekongkolnya siapa.
"Boleh mama bercakap dengan Aisyh berdua?" pinta mama membuatkan yang lainnya serba-salah untuk meninggalkan kami. Aku tahu, mesti mereka risaukan aku sebab mama pernah nyatakan yang dia tidak sukakan aku malah dia juga antara ahli kelab pembenci Aisyh dan Hazel. Haha.
Memandangkan mereka masih was-was, aku pun meminta mereka untuk tidak risaukan kami berdua. Dan semestinya, Aydenlah orang yang paling berat meninggalkan aku sendirian di sini. Adeh, memang bahaya kalau sekali buat kejahatan, sampai bila-bila orang akan ingat apa yang pernah terjadi.
Termasuk aku sendiri.
"Aisyh. Mama nak minta maaf".
×××
"Laa, sini rupanya isteri abang. Buat abang risau je cari dalam bilik tak jumpa-jumpa. Ingatkan lari dari rumah lagi". Tegur Ayden sambil berjalan tenang menuju ke arahku.
Aku yang sedang membancuh minuman di kaunter dapur ini hanya tersenyum membalas kata-katanya. "Aisyh tak boleh nak lari dah sebab jauh sikit dengan abang, tiba-tiba rasa rindu". Jujur. Ayden keluar belikan susu tadi pun aku dah ulang-alik dekat ruang tamu sebab tunggu dia sampai-sampai maids semua tergelak tengok aku yang macam baru kahwin sahaja lagaknya.
Padahal, sembilan bulan lagi jika dikurniakan rezeki, sudah pasti aku dah jadi mak budak. Tapi normal lah tu, emosi ibu mengandung.
Ayden tergelak mendengar bicaraku. Biasanya, Ayden yang selalu ungkapkan kata rindu. Tapi, sejak aku dah mula berisi begini, mulutku jadi ringan untuk mengungkapkan kata itu.
"Kenapa tak mintak abang je yang bancuh air? Aisyh lebih elok rehat kat atas". Tegur Ayden sambil dia berdiri betul-betul di belakangku membuatkan aku rasa berdebar tiba-tiba. Dah jadi suami isteri, tapi aku tetap segan dengannya.
"Takpelah. Bancuh air je pun. Bukannya perah susu lembu, angkat air dari perigi apa semua tu. Lagipun Aisyh masih larat lagilah. Nanti, bila perut Aisyh dah besar, masa tu jangan abang merungut pulak bila Aisyh mengada-ngada," usikku. Tapi memang melalui bacaanku, dalam usia kandungan yang masih kecil begini, tahap mengadanya masih dikira okay lagi. Tunggulah bila dah dapat scan jantina dia apa, ha, nak tengok bapak dia larat ke tidak layan kerenah aku.
Dan aku sangat harap masa tu Ayden akan tahan dengan perangai aku.
Ayden tidak terus menjawab, sebaliknya dia alihkan rambutku yang tidak diikat itu ke atas bahu kananku dan sekali lagi aku bagaikan terasa renjatan elektrik apabila dia melabuhkan hidung mancungnya pada leher kiriku.
Tangannya pula naik mengusap perutku yang masih kempis membuatkan nafas aku bergerak tak seirama. Apatah lagi dengan kedudukannya yang begitu rapat di belakangku, benar-benar menambahkan bilangan liur yang ditelan.
"Mana boleh abang merungut sebab dalam perut ni adalah anak abang. Mommy nak buat perangai manja lebih-lebih, lagi daddy suka. Kan sayang?" ucapnya sambil terus mengusap perutku.
Aku pula berdiri tegak apabila suara garau macho itu berbisik betul-betul di cuping telingaku. "Tapi, Aisyh tak nak anak panggil mommy".
"Aisyh nak anak panggil apa?"
"Aisyh nak anak kita nanti panggil Aisyh ibu. Entah kenapa Aisyh rasa tenang je kalau panggil ibu. Kan?"
Ayden gelak kecil sambil hidung mancung itu terus mengurut leherku membuatkan aku menggeliat kegelian. "Abang, gelilah". Aku cuba menolak wajahnya sebab daripada tadi air di dalam gelas tak terkacau sebaik sahaja ulat bulu dah naik daun.
"Aisyh". Panggilnya sambil menjauhkan wajah dari leherku dan lepaskan pelukan daripada tubuhku. Huh, akhirnya aku boleh menghela nafas dengan tenang.
"Hmm..." tanganku mulai mengacau susu di dalam gelas lutsinar tersebut.
"Lepas minum ni, ikut abang".
"Buat apa?"
"Abang nak tunjukkan sesuatu dekat Aisyh. Dah, jangan banyak tanya. Habiskan air tu".
"Nak habiskan macam mana kalau abang dah menempel macam kena gam dekat belakang Aisyh".
Mendengar rungutanku, terus Ayden tergelak sambil memusingkan tubuhku menghadapnya. Dan sebaik sahaja kami berdiri bertentangan begini, terus Ayden angkat tubuhku dan diletakkan di atas kaunter dapur tersebut.
Senyuman diukir sambil matanya memandang segenap sudut wajahku. "Dah, habiskan air tu". Arahnya sambil menghulurkan gelas yang berisi air susu itu kepadaku.
Aku hela nafas sambil turuti sahaja kehendaknya. Habis sahaja air yang kuminum, Ayden letakkan semula aku di bawah lalu dia pergi ke sinki untuk membasuh gelas. "Tak payahlah, abang. Biar Aisyh yang buat".
Dia abaikan sambil tangannya ligat membasuh gelas tersebut dan diletakkan pada tempatnya. Haila, rajinnya lahai suami aku.
"Dah habis basuh dah. Jom ikut abang". Tanganku ditarik dan kaki kami melangkah menuju ke arah lif.
Setelah pintu lif terbuka dan kami pula sudah berada di tingkat dua, aku memandang wajah Ayden dengan perasaan pelik.
"Kita buat apa dekat sini?" soalku aneh apabila kami berdiri di depan sebuah bilik.
Sekali lagi soalanku tidak dihiraukan oleh Ayden, sebaliknya dia buka pintu tersebut hanya dengan mengimbas cap jarinya sahaja. Kenapa aku tak perasan dalam rumah ini ada bilik secanggih begini?
Sebaik terbuka pintu tersebut, mulutku melopong dan seperti dipukau, aku pun melangkah masuk ke dalamnya. Dalam bilik ini ada bilik lagi. Ada empat buah pintu kesemuanya. Dua di sebelah kanan. Dua di sebelah kiri, facing each other dan di tepi setiap pintu itu terdapat lampu dinding bercahaya kuning.
Sangat cantik.
"Bilik apa ni, bang?"
"Bilik ni abang gunakan untuk kumpul semua apa yang abang perlukan. The first room, untuk abang dan 'Hazel'. The second room, bila abang dah kahwin. Bilik ketiga dan keempat, untuk abang kumpulkan semua bukti kes kemalangan Aisyh dan abang.
Jom, abang bawak Aisyh pergi bilik yang kedua. Senang abang cerita apa yang Aisyh nak tahu sepanjang kita kahwin ni".
Dan sekali lagi, hanya dengan imbasan cap jari, pintu bilik itu telah pun terbuka dan sebaik sahaja kakiku melangkah masuk, mulutku ternganga luas. Terasa seperti masuk ke dalam bilik seorang psiko yang romantis.
Mana tidaknya, gambar aku tergantung di segenap ruangan bilik ini. Dan apabila diamati, gambar ini masih lagi baru.
"Ingat lagi tak muka abang macam mana masa mula-mula kita jumpa tu?" aku angguk sambil tergelak. Muka dia masa tu macam tersampuk jin sebab terkejut.
"Masa tu sumpah abang terkejut sangat tengok muka Aisyh sama macam Hazel. Dan takdir macam nak bagi kita rapat, Aisyh masa tu terlupa beg duit dalam kereta abang. Sebelum abang pulangkan, abang sempat cek IC dan nombor telefon Aisyh. IC sebab nak tahu nama sebenar dan tengok alamat kampung dan nombor telefon sebab memang abang nak kenal dengan Aisyh sebab tiba-tiba abang terfikir yang Hazel belum meninggal," dia mula bercerita dan aku mendengar sahaja sambil membelek gambar saiz polaroid yang digantung mengikut tarikh.
"Sampai rumah Aisyh nak pulangkan dompet, lagilah abang terkejut tengok muka mak dan abah. Tapi, abang tak boleh nak confirmkan Aisyh adalah Hazel sebab Aisyh pun masa tu macam tak kenal abang. Jadi abang fikir, mungkin pelanduk dua rupa dan kebetulan lagi mak abah sama muka dengan mak abah Hazel.
Tapi, abang tak puas hati. Abang bawak Aisyh breakfast pagi tu sebab abang memang nak tahu yang Aisyh ni betul-betul Hazel ataupun tak. Tapi memang sah, Aisyh macam baru kenal abang. But then, abang tetap tak puas hati. Mana tahu Aisyh adalah kakak Hazel? So, abang ambil keputusan untuk pergi ke kampung Aisyh. Ingat tak masa seminggu abang tak jumpa Aisyh lepas kita jumpa tu?" Ayden jedakan ayat membuatkan aku berfikir dan apabila ingat, terus aku angguk. Siapa je tak ingat sebab masa tu Aira dan Kak Ana buat deal, kalau esok Ayden datang, maksudnya Ayden sukakan aku.
Masa tu aku ingatkan semua tu mengarut, tapi, bila dah kahwin begini, aku tahu semuanya tak mengarut sebab Allah memang sudah jodohkan kami berdua.
"Ha, masa tu abang pergi kampung Aisyh, siasat semuanya tentang Aisyh melalui mak dan abah. Seminggu abang tinggal kat kampung sebab nak dengar penjelasan mak dan abah. Masa tulah abang tahu yang mak dan abah terpaksa palsukan kematian Aisyh sebab mak dan abah dapat rasa kemalangan Aisyh adalah punca daripada ahli keluarga abang. Dan bila abang cakap abang nak mulakan balik apa yang dah terputus dulu, mulanya mak dan abah tak bagi dan masa seminggu tu abang pujuk dan yakinkan diorang yang abang memang nekad nak jadikan Aisyh sebagai isteri".
"Kejap! Jadi, mak dan abah dah tahu dari awal lagi dah?"
Ayden angguk sambil mengusap lenganku di bahunya. "Tapi sayang jangan marahkan mak dan abah. Diorang buat semua tu sebab abang dah janji, kalau abang kahwin dengan Aisyh, abang akan cari siapa dalang di sebalik kemalangan Aisyh. Dulu mak dan abah nak tuntut bela susah sebab nak masukkan pesalah tu dalam penjara, mesti ada bukti sedangkan pihak polis dah sahkan yang Aisyh kemalangan sebab langgar lari. Apatah lagi masa tu Aisyh tak ingat nombor plat, jadi memang tak boleh nak mulakan siasatanlah".
Tak, aku tak marahkan mak dan abah. Malah aku bersyukur sebab mak dan abahlah aku dan Ayden dipertemukan semula seperti sekarang. Cuma tulah, tahan mereka berdua simpan rahsia. "Banyaknya mak abah tahu. Abang pura-pura amnesia mak abah tahu. Sebab abang kahwin dengan Aisyh pun diorang tahu? Aisyh keliru sekarang, mana anak kandung ni? Aisyh ke abang?"
Ayden tergelak macho sambil usap kepala aku. "Aisyh anak kandung, abang menantu kesayangan. Disayang lebih daripada anak sendiri". Usik Ayden membuatkan aku cubit lengannya.
"Eii. Dah, sambung cerita".
"Okay. Masa abang bawak Aisyh jumpa family abang, of course diorang terkejut sebab orang yang abang bawak sama macam orang yang dah meninggal. Tapi, abang dah nekad, abang nak kahwin dengan Aisyh tak kira ada yang bantah ataupun tak. Mama antara yang bantah, padahal awalnya mama setuju. Dia bantah lepas nenda dan Melissa yang hasut.
Apa yang diorang berdua hasut, abang tak yakin. Tapi, mama terpaksa setuju jumpa dan berbaik dengan family Aisyh sebab abang yang paksa. Well, abang anak tunggal mama. Nak tak nak, kena ikut. Papa dah warning, kalau kahwin dengan Aisyh sebab nak lepaskan rindu dekat Hazel, baik tak payah. Tapi abang cakap, abang ada sebab sendiri. Dan ya, semua family abang tak tahu pun Hazel dan Aisyh orang yang sama.
Dan, yang tahu sebab abang kahwin dengan Aisyh, mak dan abah je yang tahu. Sepanjang kita kahwin, abang terpaksa rahsiakan abang kesian tengok isteri abang yang memang curiga dekat abang. Tapi sebab abang risau yang Aisyh akan trauma balik, risau kalau Melissa dan nenda tahu sampai jejaskan siasatan abang, jadi, nak tak nak kenalah rahsiakan daripada sayang. Sayang tak rasa pelik ke bila mula-mula jumpa tu, abang terkejut tengok sayang, family abang pun terkejut tengok sayang. Lepastu Melissa selalu hasut yang bukan-bukan dekat sayang, sayang tak rasa pelik ke?" sambil dia bercerita itu, sambil itu dia tunjukkan gambar-gambarku yang digantung mengikut tarikh tersebut.
Awalnya aku tak faham kenapa dia gantungkan semua gambar aku ikut tarikh. Tapi, bila dah baca penjelasan di polaroid tersebut, rupanya bilik ini adalah diari Ayden. Selalunya orang buat diari dalam buku. Diari dia pula di dalam bilik dengan gambar-gambar aku.
Aneh kan? Kalau orang lain mesti dah pening dengan Ayden, tapi aku pula anggap ini sebagai satu perkara yang luar biasa. Jarang orang buat diari di dalam bilik. Kreatif dia lain macam. Haha.
"Memanglah Aisyh rasa pelik. Tapi, kalau Aisyh tanya pun, bukannya abang nak jawab. Jadi, baik Aisyh tak payah tanya". Jawabku jujur.
Ayden tergelak kecil sambil usap kepalaku. "Rasa macam diplan pulak kita kahwin". Ulasku lagi.
"Memanglah plan. Tapi, satu benda je yang Aisyh kena tahu. Abang kahwin dengan Aisyh adalah ikhlas, bukan sebab nak tebus rasa bersalah sebab tak dapat lindungi Aisyh dulu. No, tapi sebab abang memang cintakan Aisyh sangat-sangat. Ha, by the way, mama buat apa jumpa Aisyh petang tadi? Dia ada buat apa-apa ke dekat Aisyh?" wajahnya cemas, namun tetap dia menggenggam jemariku sebelum dibawa ke bibir.
Masa Ayden tahu yang mama pernah sakitkan aku, dia bawa mama bincang elok-elok. Dia tak pernah tengking mama sebab bagi dia, sejahat mana pun seorang ibu, dia tetap orang yang lahirkan dia.
Tapi, dia tetap bertegas supaya jangan libatkan perasaan peribadi untuk hancurkan rumahtangganya. Sebab dia risau kalau tindakan mamanya itu akan menjejaskan syarikat.
"Mama minta maaf sebab banyak sangat salah dekat Aisyh katanya. Tapi, Aisyh dah lama maafkan mama sebab Aisyh tahu, mama sebenarnya baik. Cuma dia terlalu sayangkan abang sampai-sampai dia terhasut kata Melissa. Hebat kan Melissa tu, dia boleh hasut semua orang".
"Tak perlu cakap pasal Melissalah, sayang. Abang muak. Ha, mama minta maaf je? Dia tak buat benda lain?"
"Ada". Aku buat muka serius, padahal hati rasa digeletek apabila melihat wajah Ayden yang sudah mula risau.
"Apa?"
"Mama peluk Aisyh, lepastu nangis dan dia cakap, dia malu sebenarnya nak minta maaf dekat Aisyh sebab tuduh Aisyh yang bukan-bukan". Ayden hela nafas lega sambil tarik puncak hidungku.
"Aisyh buatkan abang risau!" marahnya membuatkan aku hanya tergelak.
"Tapi mama memang macam tu. Cara dia luahkan rasa sayang dia lain. Tapi abang tahu, sebenarnya lama dah mama sayangkan Aisyh macam anak sendiri. Cara dia layan Aisyh pun abang dah boleh agak. Kalau betul dia benci, dia takkan ambil berat pun pasal Aisyh. Abang harap Aisyh ikhlas maafkan dia".
"Apa abang merepek ni? Aisyh memang ikhlaslah maafkan mama. Aisyh tahu dia orang baik. Cuma dia mudah terpengaruh dengan hasutan. Kalau Aisyh pun, mungkin jadi macam mama sebab Aisyh sayangkan sangat dekat anak. Macam abang cakap, abang anak tunggal dia". Tersenyum lebar Ayden mendengar kataku.
"Beruntung abang dapat isteri macam sayang. Dahlah cantik, baik hati pulak tu".
"Tahu. Tak payah bagitau pun Aisyh dah tahu".
"Hm, berlagak pulak. Dah, jom kita pergi bilik 4," ujarnya sambil menarik tanganku keluar dari bilik ini dan mula menuju ke bilik yang dimaksudkan.
Masuk sahaja ke bilik ini, terus suasananya terasa agak seram. Kalau tadi psiko romantis, yang ni pula terasa seperti dalam bilik siasatan. Ada papan putih dan di papan putih itu terdapat gambar-gambar berukuran passport dengan tulisan di atas gambar tersebut. SUSPEK.
Aku pandang Ayden yang sedang berpeluk tubuh itu.
"Abang". Namanya aku seru dengan nada tak percaya.
Ayden angguk, menjawab persoalanku.
Semua suspek itu adalah orang yang memang aku kenali. Tapi, yang seorang itu adalah yang paling aku tak sangka.
#Ekceli nak dabel update. Tp belum siap lagi. Insya Allah esoklah sis akan update next chapter ?? Kalau nk dabel update, trpksa tunggu esok ?? Tapi xpelah. Sis belanjalah satu malam ni. Lagipun xlama lagi nk tamat.
50 bab sahaja. Tapi x trmasuk Epilog dan mungkin ada special chapter. So, stay brsama cerita ni ya. ??
Maaf di atas kekurangan chapter ni. Maaf kalau ada yang bengong?? dan tanya kalau xfhm. Nnti sis akn try explain (in case kalau sis sendiri paham apa yg sis taip hahahaj)
Thanks semua. C u tomorrow insya Allah ?? Assalamualaikum n selamat malam (dah malam ke? Haha)
Share this novel