BAB 42

Romance Series 128902

Sorry for being late sebab laptop dipinjam hari tu. Hehe. Sorry tau.

Seperti biasa, do vote and comment. ??

?

AYDEN??AISYH

LENAKU terganggu apabila telingaku menangkap suara seseorang sedang berbual seorang diri. Mungkin dia berbual di dalam telefon.

Lantas aku pun meraba sebelah, Ayden tiada di sini. Mungkinkah suara itu milik Ayden? Dia berbual dengan siapa tu?

Aku duduk sambil menenangkan diri, cuba menangkap dari mana arah suara itu dan ternyata, suara itu adalah dari bilik air. Sebab bergema dan suasana malam yang sunyi, suaranya jelas kedengaran dari katil sekarang. Apatah lagi bilik ini tidaklah terlalu besar untuk menghalangku menangkap setiap butir bicaranya.

"Yes, I found her. Tapi, I belum jumpa dia depan-depan. Maybe dua tiga hari lagi I akan jumpa dia. Make sure, semua perkara tentang dia you bagi dekat I Isnin depan. 2 pm, sharp. Sebab masa tu I dengan Aisyh akan balik KL".

Berkerut keningku mendengar kata-kata Ayden. Maklumat tentang apa tu? Her? Siapa dia her tu? Hazel ke? Aku yakin Hazel yang dia cakap tu sebenarnya adalah Kak Ana, cuma aku masih tertanya-tanya sama ada Kak Ana dan Hazel adalah orang yang sama ataupun Hazel adalah adik Kak Ana yang dia pernah cakapkan dulu meninggal kemalangan.

"Okay. I nak semua lengkap. Kalau ada yang kurang, I takkan teragak-agak pecat you. Okay? Sebab you pun tahu yang maklumat dia sangat penting untuk buktikan apa yang I rasa selama ni adalah betul. " semakin membuak-buak perasaan ingin tahu aku.

Mungkin perbualan mereka telah ditamatkan sebab aku dengar Ayden dah mula pasang paip sinki. Segera aku tilik jam dinding, pukul 3.30 pagi. Dia ni bangun jam macam ni semata-mata nak berbual pasal hal tu?

Nampak sangat yang perkara tu penting sangat. Kalau tak, takkanlah Ayden sampai sanggup bangun sekarang.

Melihat sahaja bayangan Ayden mulai keluar dari bilik air, terus aku kembali berbaring dan selimutkan diri serta kemudiannya pura-pura tidur. Kemudian, terasa tilam di sebelah terhenyak dan pinggangku ditarik supaya rapat dengan Ayden.

Aku tetap berlakon, risau kalau-kalau nanti Ayden mengamuk kalau dia tahu aku curi dengar perbualan dia.

Tubuhku pula ditarik supaya bertentangan dengannya sebab tadi kedudukan aku adalah membelakanginya. Haruman maskulin tubuh Ayden benar-benar mengkhayalkanku buat seketika, apatah lagi apabila jemari kasar Ayden mengusap sisi perutku yang sedikit terdedah sebab bajuku terselak sedikit ke atas disebabkan Ayden menarikku sebentar tadi.

"You've been eavesdropping, haven't you? Setakat mana dah you dengar?" terus aku telan liur mendengar soalan itu. Ketara sangat ke aku pura-pura tidur ni?

Aku tetap berlakon tidur, pura-pura tak dengar apa yang dia cakap. Tapi apa yang jadi, haruman tubuh Ayden terhidu semakin dekat malah nafasnya dapat aku rasa menyentuh di segenap kulit wajahku menandakan sekarang dia dah betul-betul dekat denganku.

Aku semakin tak keruan. Apatah lagi dahiku berkerut-kerut sebab menahan debaran di hati. Ah, aku dah kantoi!

"Open up your eyes. I tahu you dah bangun dan dengar apa yang I cakap tadi".

Shayt! Alang-alang dia dah tahu, tak perlu rasanya aku nak terus berpura-pura tidur.

Aku sedut nafas dalam-dalam sambil membuka mata perlahan-lahan. Sedikit tersentak aku apabila melihat wajahnya yang begitu rapat dengan wajahku. Kurang dari sejengkal, itulah jaraknya.

Wajahnya serius, macam nak terkam manusia. Tapi aku buat lek buat cool sebab bukan salah aku curi dengar. Salah dia yang tak pandai pilih tempat.

"Siapa suruh you curi dengar?" soalnya dingin.

Aku mendengus kecil. Nak salahkan aku konon. "Dan siapa suruh berbual dalam bilik ni? Pilihlah tempat lain".

"Kalau I pilih tempat lain, you boleh jamin ke you tak cari I? Dan bila dah jumpa, you yakin you tak curi dengar macam tadi?" Eh, eh! Bab menyalahkan orang nombor satu mamat ni!

Aku tolak dadanya sambil melepaskan tangannya yang melekap di pinggangku. "Saya malas nak bertekak dengan awak pagi-pagi macam ni. Apa-apapun, kalau awak jumpa pun Hazel tu, saya takkan lepaskan awak".

Kemudian, terus aku tarik selimut dan berselubung di dalamnya. Entah kenapa hati aku rasa sakit tiba-tiba ni? Rasa macam dicarik-carik setiap kali membayangkan yang Ayden semakin dekat dengan Hazel.

Adakah ini petanda yang Ayden akan tinggalkan aku? Adakah mimpi itu petanda yang sebenarnya Ayden akan tinggalkan aku demi Hazel?

Kalau betul Hazel masih hidup dan Hazel tu sebenarnya Kak Ana, macam mana berita kematian dia sampai ke pihak keluarga Ayden? Atau, Kak Ana aka Hazel terpaksa palsukan kematian demi Ayden?

Ah, serabutnya!

"Are you sure you takkan lepaskan I lepas I jumpa Hazel nanti? You dah sedia ke nak bermadu dengan orang yang sama dengan muka you?"

Aku ketap gigi. Rasa nak menangis aku tahan. Apabila rasa geram menjalar dalam hati, cepat-cepat aku beristighfar. Walau apapun yang dia bagitau, sekarang dia masih suami aku. Kalau dia lepaskan aku selepas ini, memang aku carut dekat dia puas-puas. Masa tu aku tak rasa berdosa sangat sebab dia bukan lagi suamiku. Bukan lagi 'pemegang syurga' aku.

Aku lepaskan selimut dan pandang dia sekilas. "Dan awak yakin ke, dia nak dekat awak? Kalau dia masih hidup, kenapa dia tinggalkan awak dulu? Awak nak tahu sebab apa? Sebab dulu awak tak handsome. Dia datang balik sekarang sebab awak dah handsome, jadi rebutan orang. Jadi, jangan nak perasan sangat kalau dia nak dekat awak sebab dia masih cintakan awak. Paling-paling pun, dia nak harta awak je.

Sebab tu orang cakap, kuman seberang nampak, gajah depan mata tak nampak pulak. Saya yang dah tahan dengan perangai awak, awak anggap saya tak pernah buat baik dekat awak. Tapi Hazel yang dah tinggalkan awak, awak nampak dia baik sangat.

Ingat Ayden, kalau dia masih hidup, maksudnya dah lama dah dia tinggalkan awak. Bertahun-tahun dah. Kenapa dulu dia tak datang perjuangkan kononnya cinta suci korang berdua? Kenapa baru sekarang nak tunjuk diri? Kalau awak pilih dia daripada saya, saya harap awak takkan cari saya lagi dah lepas ni kononnya menyesal sebab salah pilih. Saya tak cakap saya ni baik, tapi sekurangnya saya ada masa awak sakit. Saya ada masa awak koma.

Dan, bukan niat saya nak ungkit. Tapi, cukuplah apa yang saya cakap ni bukak mata awak, mata hati awak supaya nanti awak tak salah pilih". Wajah kelat Ayden aku pandang dengan rasa sedih. Aku tak sangka yang aku akan bagi kata-kata panjang lebar macam ni.

Tanpa menunggu kata-kata balas daripada Ayden, aku pun bangun daripada katil ini lalu melangkah keluar daripada bilik. Aku nak sambung tidur dekat bilik tetamu, nak redakan sakit hati dan sakit otak layan Ayden.

×××

Awal aku bersiap hari ini. Sebenarnya hari ini aku nak rancang untuk jumpa Kak Ana, tapi tak jadi sebab kebetulan Aira cakap dia dah sampai Malaysia dua hari lepas. Dan, dia ajak Salwa tidur dekat rumah dia sebab mama dan papa dia rindukan Salwa katanya.

Nak ajak aku macam tak manis sebab sekarang aku dah jadi isteri Ayden. Jadi, mereka berdua pun mengajak aku untuk lepak sekejap di kedai makan terbuka di pekan.

Hmm, yelah tu isteri. Isteri atas kertas. Ayden sejak dia jumpa 'Hazel' hari tu dan aku curi perbualan dia hari tu, terus dia mogok tak nak bercakap dengan aku sampai-sampai mak dan abah pandang kami berdua pelik.

Mana tak peliknya, sebelum ini Ayden pandai berlakon baik depan mereka berdua. Eh, tiba-tiba dua tiga hari ini dia tak tegur aku langsung pun walaupun depan mak dan abah.

"Nak pergi mana?" tanya Ayden sambil bersandar pada kepala katil. Matanya memandang tepat ke wajahku melalui cermin solek ini.

Aku calitkan liptint berwarna merah jambu pada bibir sambil mengemaskannya agar tidak comot. "Saya nak keluar jumpa Aira dan Salwa. Tadi saya dah masakkan makanan, kalau lapar, awak makanlah".

Dingin suaraku menjawab sambil aku semburkan minyak wangi Givenchy Dahlia Divin pada leher dan pergelangan tanganku. Apabila aku rasa aku sudah terlihat rapi, aku pun ingin berlalu.

"Tak reti dah nak salam suami?" suara sumbang Ayden membuatkan langkahku terhenti. Tali beg Gucci aku kemaskan di atas bahu sambil tarik nafas dan hela perlahan.

Langkah kupusing semula menuju ke arah Ayden yang sedang berpeluk tubuh memandang tajam ke arahku. Kecut juga perut tengok muka garang itu, tapi nak buat macam mana, masing-masing masih dalam mod perang, jadi, buat-buat muka santai sahaja.

Tangan beruratnya itu aku capai lalu kubawa ke bibir. Setelah ciumanku terlepas dari tangannya, segera aku usap untuk hilangkan kesan liptintku di situ.

"Saya pergi dulu," pintaku sambil cuba melepaskan tanganku daripada genggaman tangan Ayden. Tapi lelaki itu malah menggenggam tanganku erat dengan mata helangnya memandang tepat ke dalam mataku.

"Sit down". Arahnya dengan tanganku yang masih berada di dalam genggaman tangan besarnya.

Berkerut dahiku mendengar permintaan itu. "Tapi, saya nak keluarlah. Kalau awak nak bergaduh, lepas ni sebab kejap lagi Aira dengan Salwa nak datang". Jawabku dengan nada kurang senang.

Bercakap dengan Ayden macam bercakap dengan tunggul. Apa yang aku bagitau, dia abaikan sebaliknya dia menarikku supaya duduk di sebelahnya. Apabila aku ingin bangun, dia cepat-cepat lingkarkan tangannya di pinggangku, menahanku daripada terus berlalu dari situ.

"Awak ni dah kenapa hah? Saya nak cepat ni!" marahku dekat dia. Sabar Aisyh, sabar. Dia ni amnesia!

Ayden lepaskan lingkarannya pada pinggangku dan tangannya mula beralih ke pipiku. Terus aku tertelan liur apabila matanya meredup memandangku.

Aku kaku, dah macam strok pun ada sebab aku tak dapat nak buat apa-apa. Hanya mampu perhatikan sahaja wajahnya yang semakin mendekat dengan wajahku.

Semakin dekat, malah deruan nafas Ayden yang laju dapat aku rasakan. Dan sekelip mata, dia mencantumkan bibir kami berdua. Matanya tertutup menikmati urutannya sendiri pada bibirku, manakala mata aku pula sudah terbeliak sebab terkejut dengan apa yang dia buat sekarang!

Ini Ayden 22, bukan 27! Jadi, auranya lain macam!

Tapi, lama kelamaan, aku sendiri pun sudah mulai hanyut dalam nikmat yang Ayden berikan. He's the best kisser. Daripada mood aku ke laut tadi, sekarang aku dah lupa segala-galanya sebaik sahaja bibirnya semakin lembut mencium bibirku.

Tanpa aku sedari, tanganku mulai naik melingkar lehernya dan kuramas rambutnya. Dan ketika tanganku menyentuhnya, Ayden semakin merapatkan kedudukan kami dan tanpa kusedari aku sudah pun terbaring di atas tilam dengan dia yang sudah menindihku.

Jemari Ayden yang ingin melepaskan pin di tudungku membuatkan aku tersedar yang sekarang aku ada janji dengan Aira dan Salwa.

Terus aku sedarkan diri setelah terpukau dengan layanan bibir Ayden dan aku tolak dadanya perlahan. Ayden yang juga kelihatan seperti baru dihantar ke dunia nyata, terus dia kembali duduk di atas katil sambil tangannya membantuku untuk bangun.

"Sorry". Ucapnya sambil mengelap bibirnya dengan ibu jari. Dia menunduk sambil meraup wajahnya.

Aku pula telan liur, tak sangka yang kami akan bertindak sejauh itu dalam keadaan sedar. "It's okay". Jawabku perlahan. Aku yakin wajahku sama warna dengan telinga Ayden saat ini. Merah sebab malu akibat lemas dalam nafsu masing-masing.

Aku bangun sambil membetulkan tudung yang agak senget. Nasib baik senget sedikit, jadinya aku tak perlukan masa yang agak lama untuk membetulkannya.

"Jangan pakai liptint. Pakai je lipgloss". Ayden bersuara tiba-tiba apabila aku kembali ke cermin dengan liptint di tangan.

Aku faham apa yang dia cuba sampaikan, jadinya, aku tarik laci dan capai lipgloss perisa strawberry. Dia suruh aku pakai lipgloss sebab lipgloss tiada warna dan mungkin baginya liptint yang aku pakai tadi agak menyerlahkan warna bibirku.

"Saya pergi dulu". Tangannya sekali lagi aku capai dan cium dan dia anggukkan kepala.

"You tak nak I hantarkan?"

Aku geleng sambil senyum tipis. "Takpelah. Risau nanti saya tak dapat call awak. Lagipun abah dah suruh saya isikan minyak nanti".

Ayden angguk sekali lagi tapi matanya tidak memandangku, sebaliknya telinganya yang kemerahan sekarang.

Aku capai tombol pintu dan sekali lagi langkahku terhenti seketika apabila Ayden bersuara lagi. "Balik nanti, I've something to tell you".

Aku toleh belakang sambil kerutkan dahi. "Pasal?"

"Tak payah tahu. Lepas ni I bagitau. Dah, kawan you mesti dah tunggu sekarang". Mendengar sahaja ayat itu, aku pun was-was anggukkan kepala lalu meninggalkan bilik ini sambil memegang bibirku.

Ayden cium aku?

Dan, apa benda yang dia nak bagitau aku? Ah, lelaki ini sangat misteri! Tak faham aku!

×××

"Ha, Puan Aisyh dah sampai!" perli Si Salwa dan Aira serentak.

Aku sengetkan bibir sambil labuhkan punggung di hadapan mereka berdua. Beg tangan aku letakkan di atas kerusi sebelahku.

"Kak, order". Ujarku sambil angkat tangan.

Pelayan pun datang dengan pen dan kertas di tangannya. "Nak air Lemon Tea dan Teh C Pandan. Makan, mee goreng dengan wantan sup".

Terkebil-kebil muka pelayan tu tengok aku. Aira dan Salwa pula dah geleng-geleng kepala tengok aku. Tak heran dengan makanan yang aku orderkan sekarang.

"Err, dua gelas air dan dua jenis makanan?" pelayan itu meminta kepastian. Aku angguk dan senyum.

Seketika, dia perhatikan wajahku. "Eh, ni bukan Puan Aisyh ke? Isteri Tuan Ayden?"

Aku pandang Salwa dan Aira yang sudah tersengih-sengih sebelum aku kembali pandang pelayan itu. Perlahan-lahan aku anggukkan kepala dengan senyuman kelat tersungging di bibir.

"Ya Allah! Saya nak ambil gambar boleh? Bila tengok depan-depan macam ni, cantiknya luar biasa!" puji pelayan itu, mengundang beberapa pasang kepala memandang ke arahku.

Buat seketika, kawasan ini dikerumuni ramai orang dengan telefon bimbit masing-masing di tangan. Tak sangka jadi bini Ayden pun boleh famous. Haha.

Salwa dan Aira hanya tergelak sahaja melihatku. Dahlah tukang masak masih menunggu giliran nak bergambar denganku. Bilalah agaknya aku nak makan kalau macam ni?

Ambil masa lima minit jugalah untuk mereka bergambar seorang demi seorang denganku. Ada juga yang bergambar satu keluarga. Aku tak tahulah mana pendirian mereka selama ini yang menyatakan aku ni pembawa malang.

Atau mungkin, mereka inilah orang yang sokong aku masa aku jatuh dulu. Mana tahu, kan?

Setelah keadaan agak reda, aku pun dapat bernafas dengan lega. Makanan dan minuman pun datang segera.

"Untuk Puan Aisyh, kami bagi percuma sahaja untuk hari ini," kata Si Tukang Masak.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Aku ni bukannya instafamous yang nak buat review makanan. "Eh, takpe. Saya tetap seorang pelanggan dan tugas saya adalah bayar lepas makan". Segan aku mereka layan aku sebegitu.

"Alaa, sekali-sekala bersedekah, apa salahnya. Kan?"

Aku geleng lagi sambil keluarkan not RM100 dan letakkan di tangannya. "Dan, anggap ni sebagai hadiah daripada saya sebab bagi layanan yang baik untuk saya. terima kasih".

Teruja wajah tukang masak itu memandangku. "Boleh saya peluk puan?"

"Kenapa pulak tak boleh?" jawabku ramah dan sekelip mata tubuh kecilku dipeluk olehnya.

Kemudian, dia pun lepaskan pelukan. "Patutlah Tuan Ayden pilih puan. Dahlah baik, rendah hati pula tu. Tak malu makan dekat tempat-tempat biasa macam ni".

Aku syak dia ni tukang masak dari luar sebabnya orang yang bekerja dekat sini memang kenal dekat aku. Tapi tulah, ada jugak wajah mereka menyelit dalam orang ramai tadi semata-mata nak ambil gambar denganku. Padahal sebelum ni, pandang pun tak hairan.

Haha.

"Eh, takdelah. Biasa-biasa je". Sumpah aku kekok dengan keadaanku sekarang.

Tukang masak itu masih tersenyum dan akhirnya meminta diri apabila pelanggan lain sudah mula datang memesan makanan. Aku hela nafas lega, sekurang-kurangnya aku takdelah kekok macam tadi.

"Ni makan banyak ni, dah pregnant ke?" tanya Aira teruja lalu disambut Salwa dengan gelak tawa. Bahagia juga aku tengok Salwa sekarang. Dah happy macam dulu walaupun kadang-kadang dia call aku cakap yang dia rindukan Haq.

Aku faham perasaan dia. Baru sahaja ingin menjalin cinta, tetapi, orang yang dicintai pergi buat selamanya di kala mereka merancang untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya.

"Mana ada aku pregnant. Lagipun, macam tak biasa tengok aku makan banyak". Bidasku sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut. Aku tak nak sentuh sup wantan lagi sebab masih berasap. Buatnya lidah aku kebas sebab makan panas-panas.

"Hmm, tapi kenapa kau nampak macam cengkung je ni Aisyh? Kau sakit ke?" mendengar kata-kata Aira, terus tanganku naik memegang pipi sendiri.

"Betul ke?"

"Haah, Aisyh. Kau nampak cengkung sikit pipi ni. Kau sakit ke?" giliran Salwa pula menyoal.

Aku jongket bahu. "Entahlah. Belakangan ni aku asyik pening kepala je. Lepas tu, mesti aku muntah. Pening kepala, muntah. Lepastu, nak hilangkan pening kepala aku kena tidur. Dah tidur tu, aku mimpi buruk satu hal pulak". Rungutku membuatkan wajah Aira dan Salwa beriak curiga.

"Kau mimpi pasal apa?" tanya Salwa.

"Aku mimpi pasal accident. Ada kereta accident. Lepastu, beberapa meter dari tempat accident tu, ada satu lagi kereta. Setiap kali aku mimpi, aku nampak muka dia dan aku cakap kat diri sendiri yang aku kenal dia. Tapi bila bangun, aku dah lupa muka dia macam mana. Dan, setiap kali aku mimpi tu, mesti aku akan tersebut nama Ayden".

"Selalu ke kau mimpi macam tu?" Salwa masih lagi menyoal dengan wajah mereka berdua semakin kerisauan.

Aku anggukkan kepala. . "Selalu. Terutama lepas Ayden sedar dari koma tu. Dalam mimpi tu aku macam dejavu. Rasa macam benda dalam mimpi tu betul-betul jadi. Dan, aku mesti akan bangun lepas sebut nama Ayden. Aku risaulah kalau mimpi tu petanda yang Ayden akan...."

"Bodohlah, Aisyh! Jangan cakap macam tu! Kau overthinking sangat dah ni. Cuba kau fikir elok-elok. Bersangka baik dengan Allah. Mana tahu mimpi tu adalah hint yang Allah bagi tentang siapa yang buat Ayden dan arwah Haq macam ni? Kau ni janganlah doa yang bukan-bukan," marah Aira pula.

Keluhan berat dilepaskan. Aku pun tiada idea tentang mimpi ni. Betul ke ini Allah nak tunjukkan siapa dalang kepada kemalangan yang melibatkan Ayden dan Haq ni? Ah, serabutlah.

"Dahlah, boleh tak kalau kita jangan bincang pasal hal ni? Aku serabut sangatlah sekarang. Ayden tu kadang-kadang dia baik, kadang-kadang annoying gila. Dahlah dia masih belum move on lagi dengan Hazel tu. Ada ke patut dia cakap yang dia jumpa Hazel hari tu. Padahal, Hazel kan dah meninggal". Rungutku. Aku berani merungut ni sebab kawasan kami agak terpencil daripada orang lain.

Aira dan Salwa kelihatan terkejut. "Weh, masih jugak ke dia dengan Hazel tu?"

Aku angguk menjawab soalan Aira. Bukan setakat masih, malah sekarang dah nak jumpa Hazel dah. Aku yang tertekan sebab sedikit demi sedikit Ayden mungkin akan kembali dengan Hazel.

"Ke, memang betul Hazel yang dia nampak tu sebenarnya Kak Ana? Yelah, kau dengan Kak Ana kan muka sama. Kau dulu pun dia panggil Hazel jugak, kan?" teka Salwa pula.

Mee yang tinggal sedikit itu aku kacau dengan garfu. Terus terputus selera aku apabila mendengar kata-kata Salwa.

"Atau, Kak Ana dengan Hazel tu sebenarnya orang yang sama?" sambung Aira pula.

"Tulah yang aku tak tahu sekarang ni. Dulu aku pernah tanya dekat Rheo pasal hal ni. Dia cakap, tak mungkin Hazel tu Kak Ana sebab Hazel dah lama meninggal sebab accident". Jawabku perlahan sambil cuba menahan air mata daripada tumpah.

Keadaan sunyi seketika. Masing-masing cuba mencerna apa yang terjadi. Kalaulah aku ni penulis novel, memang aku akan bukukan kisah aku ni dengan tajuk 'Hazel tu Siapa Sebenarnya?'. Aku yakin belum apa-apa, novel aku akan kena bakar depan mata sebab terlalu complicated. Haha.

"Kau kena siasat hal ni Aisyh". Aira memecah kesunyian antara kami.

Kalau dia tak bagitau pun, memang aku akan buat juga. Cuma aku ambil masa agak lama sebab aku nak siapkan mental untuk terima kenyataan kalau apa yang diramalkan tu sebenarnya betul belaka.

"Macam mana kalau tekaan kita ni betul?" aku duga kedua-dua sahabat baik aku ni.

Mereka berpandangan sesama sendiri. "Kalau dia adik Kak Ana, okaylah sikit sebab sekurang-kurangnya kau tak perlu dah nak bersaing dengan Hazel tu. Tapi, kalau Kak Ana tu sebenarnya Hazel, janganlah bagitau dekat Ayden. Bagitau je dekat Kak Ana, jangan kacau hubungan korang sebab sekarang Ayden dah kahwin. Kau sendiri yang cakap, kan Kak Ana tu baik? Jadi, takkanlah dia sampai hati nak rampas Ayden daripada kau.

Dan kalau fikir logik, kalau betul dia jahat, mesti dia dah lama rampas Ayden daripada kau. Tapi apa dia buat? Last dia jumpa Ayden pun masa Ayden koma dulu. Lepas Ayden sedar, dia tak ganggu pun Ayden kan?" dengar kata-kata Aira, aku angguk perlahan. Memang Kak Ana tak pernah kacau hubungan kami berdua.

Sebaliknya, dia hanya menyoal tentang kesihatan Ayden semata-mata.

Tapi, tu tak bermakna yang Kak Ana tiada niat jahat kan? Ah sudah, aku dah mula bersangka buruk dekat orang. Argh! Jadi isteri Ayden menyerabutkan betul!

×××

Lama bersembang, kami pun meminta diri untuk pulang. Mengambil masa dua jam juga untuk bersembang. Daripada topik aku, ke topik Aira dan terakhir Salwa. Aira seperti biasa, katanya dia jomblo happy tapi tak available. Katanya dah jumpa seseorang, tapi masih dalam fasa berkenalan. Bila aku tanya, dia kata nak bagi surprise nanti. Hmm.

Salwa pula katanya dia belum terbuka hati untuk menerima sesiapapun saat ini. Katanya juga Rheo sangat membantu dalam fasa pemulihan jiwanya tapi, untuk menerima Rheo bukanlah sesuatu yang mudah sebab Rheo dan Haq sememangnya mempunyai ciri yang sama.

Lagipun kata Salwa, Rheo dah anggap Salwa sebagai hak mutlak Haq. Jadi, dia takkan sama sekali berani-berani merampas hak orang yang dia sayang.

Motor cabuk abah yang aku dah isikan minyak mula menyusuri jalan kampung. Jalan kampung agak lengang sebab majoriti pergi ke kampung sebelah sebab kampung sebelah adakan kenduri kahwin. Aku pun pernah ditanya bila nak buat majlis walimatulurus dengan Ayden, tapi, aku jawab nanti je sebab banyak benda nak kena urus sekarang.

Tambahan lagi dengan otak Ayden yang tak berapa nak betul sekarang, jadi jangan berangan nak buat majlis begitu. Buatnya dia ceraikan aku kelak, buat malu tujuh keturunan sahaja adakan majlis sebegitu.

Motor dibawa masuk ke dalam simpang rumah Neksu. Aku nak pastikan sama ada Kak Ana betul-betul ada dekat kampung ni ataupun tak. Aku ikut kata-kata Aira dan Salwa tadi supaya berhadapan sahaja denga Kak Ana. Lagipun Ayden macam belum jumpa Kak Ana saja. Jadi, lagi baik kalau aku yang mulakan langkah.

Beberapa meter daripada rumah Neksu, aku terbrek mengejut sebab ternampak kereta Ayden di situ. J-jangan cakap yang....

Kelihatan Ayden menuruni anak tangga tersebut dan di belakangnya ada seseorang yang ikut iaitu.... Kak Ana! Sah! Memang dia! Mereka berdua buat apa dalam rumah, berdua-duaan ke?

Tapi mana ada orang lain dekat rumah Neksu selain Kak Ana. Kalau Kak Ana kerja, rumah itu kosong.

Cepat-cepat aku letak motor di luar simpang sambil berjalan semula menuju ke rimbunan pokok pisang. Dari sini aku dah boleh nampak apa yang mereka berdua buat cuma sayangnya aku tak dapat dengar perbualan mereka.

Kak Ana pandang sekeliling, seolah-olah risau kalau-kalau ada orang nampak dia manakala Ayden sandarkan dirinya pada kereta sambil berpeluk tubuh. Hati aku rasa sakit, sangat-sangat sakit sekarang!

Air mata yang aku tahan selama ini, akhirnya jatuh jua membasahi pipi dan sedu-sedan pun mulai kedengaran. Aku nak serang, tapi aku lemah sangat-sangat! Kaki aku tak kuat, yang kuat terasa sekarang hanyalah rasa sakit yang menjalar di segenap penjuru hati aku sekarang.

Dan, Kak Ana kelihatan menuruni anak tangga menuju ke arah Ayden dan tiba-tiba dia macam tersadung dan terus ditangkap kemas oleh Ayden. Ya Allah, apa benda lagi yang aku tengok ni? Suami aku peluk perempuan lain walaupun sekadar nak tolong?

Aku tak sanggup lagi tengok adegan begini. Wajah aku dah lencun dengan air mata. Aku rasa aku dah tak diperlukan lagi. Ayden dah jumpa kebahagiaan dia.

Aku kembali berlari mendapatkan motor abah dan terus balik ke rumah. Setibanya di rumah, kelihatan mak, abah dan Air masih belum sampai. Legalah sebab sekarang pun aku masih beria-ia menangis untuk lelaki yang cintakan orang lain.

Hazel, awak dah menang! Kak Ana, sampai hati Kak Ana buat Aisyh macam ni!

Telefon bimbit aku keluarkan. "Hello, assalamualaikum Rheo".

  But if there is somebody that makes you feel happy

Tends to your heart in the ways I'd been lacking

Then who am I, who am I, to stand in your way

Stand in your way

Stand in your way

Stand in your way

#Semoga terhibur dan maaf kalau otak korang berserabut. Chapter2 akn dtg nanti akan bertambah berserabut dan korang dah diberi amaran. ???? Kalau korang dah bosan baca cerita ni, sis faham sebab sis pun dh berserabut macam aisyh dh skrg ??

Apa2pun, semoga brpuas hati semua. Till we meet again in the next chapter. Bye and assalammualaikum. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience