Do comment and vote ya? ?? Semoga terhibur. Kepada pembaca baru, cerita ini mengarut, jadi, sediakan panadol di sebelah sebab sis yakin korang takkan ada masa untuk sakit kepala ??
?
AYDEN??AISYH
"AWAK bergurau, kan Haq?" aku tunjuk dia sambil tersengih, berharap sangat yang dia akan cakap dekat aku dia bergurau. Kenapalah sejak dua menjak ni aku asyik kena dengan gurauan tak kelakar daripada makhluk Adam ini.
Dia hanya gelengkan kepala dengan wajah serius. "Saya memang sukakan puan".
"Haq...." Nama itu aku panggil dengan nada tak percaya. Sungguh aku tak percaya dengan apa yang aku dengar sekarang. Takkanlah Haq nak tikam belakang boss sendiri.
"Tapi tu dululah. Masa tuan belum kahwin dengan puan. Saya tahu tuan pun sukakan puan, jadi, saya pun try terima kenyataan. Tak pernah terlintas dalam hati saya untuk rampas puan daripada tuan sebab tuan dah anggap saya adik-beradik dia sendiri". Ceritanya tanpa dipinta.
Aku masih lagi pelik. "Habistu, kenapa tiba-tiba bagitau?"
Dia jongket bahu. "Saja nak bagitau? Tapi jangan risaulah, puan. Saya dah move on. Saya pun sekarang tengah kenal-kenal dengan someone".
Rajin pula budak Haq ni bercerita dengan aku. Tapi dia memang selalu tegur aku sebelum ni. Tak sangka pula yang sebenarnya dia pernah ada hati dekat aku. Nasib baiklah dia tak simpan perasaan tu lama-lama dan tak buat benda yang bukan-bukan untuk dapatkan aku.
Ahh Aisyh, kau dengan drama kau tak habis-habis, kan?
"Siapa?"
Haq tersengih dan pandang semula ke gelanggang perlawanan. "Adalah".
×××
Aku terbongkang di dalam rumah sewa Salwa. Jam sudah menunjukkan pukul 12.55 tengah hari. Ada beberapa minit lagi akan masuk waktu zohor. Salwa hidangkan makanan dekat aku tadi, habis separuh daripada makanannya aku lahap. Sudahlah pukul 2 nanti makan tengah hari dengan penaja, perut aku sekarang pula terasa sudah penuh sangat-sangat.
"Aisyh, siku kau dah elok ke?" tegur Salwa sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan dengan aku.
"Okay je". jawabku sambil menahan senyum.
Aku belek siku yang tercalar, kesan yang ditinggalkan oleh Melissa. Tak sangka dalam lembutnya wajah dia, boleh berpusing seperti gasing aku selepas dilanggar oleh gadis itu. Sampai-sampai luka lutut dan siku aku dibuatnya.
Tapi aku rasa gembira juga dengan adanya calar-calar di badanku. Tak pasal-pasal Ayden tergesa-gesa turun gelanggang bola jaring semata-mata nak selamatkan aku. Bulat mata Melissa tengok Ayden selamba belek siku aku, sebulat mata aku dan yang lain pandang dia. Nasib baiklah semua orang kenal yang Neil Ayden Raeqal ni sejenis yang sememangnya spesies yang suka bantu orang, jadinya, mereka tak pelik sangat melihat perangai Ayden yang sebegitu.
"Tapi tak sangka eh, pendek-pendek kau boleh jadi penjaring terbanyak," kata Salwa sambil memeluk bantal kecil.
Aku tersengih. "Kau tahu tak, minggu lepas kumpulan Melissa tu buat latihan tiap petang. Sampai rumah, lepas solat makan tu semua, aku tertidur". Aduku. Memang benar, minggu lepas adalah minggu paling penat aku. Habis sahaja kelas tambahan bersama pelajar Tingkatan 5, balik rumah sekejap nak ganti baju dan kemudiannya berlatih.
Kenapa beria sangat berlatih? Sebab hadiah berbaloi kata mereka. Tapi memang berbaloi pun. Tempat pertama RM5000, tempat kedua RM3000 dan tempat ketiga RM1500. Sagu hati dapat Tupperware. Untuk mak-mak memang bahagialah dapat hadiah walaupun saguhati.
Memandangkan tadi aku adalah penjaring terbanyak, dapatlah RM1000 untuk hadiah individu. Rasa berbaloilah juga atas usaha aku minggu lepas.
"Haah, aku pun perasan group korang minggu lepas bukan main lagi berlatih. Apa-apapun, kau nak buat apa dengan duit seribu tu?"
Aku jeling dia sambil tersengih. "Temankan aku shopping Sabtu ni. Aku nak beli hadiah untuk Ayden sebab minggu depan birthday dia. Lepastu, kita berjoli".
Salwa tertawa. "Berjoli kepala hotak kau! Kau ingat kau single nak berjoli? Buatnya Ayden tak lepaskan kau, padan muka". Dia sambung ketawa.
"Aku dah bagitau dialah yang aku nak bagi dia hadiah". Aku mula bangun dan pakai tudung. Malas nak berhias sangat. Lunch je pon. Kau ingat orang nak tengok kau ke masa makan? Takde maknanya!
"Kau dah bagitau dia? Tak surpriselah kau ni". Rungutnya.
Aku pandang dia sambil pinkan tudung sarung. Kuasa wanita, kalau rajin, memang rajinnya tahap semesta. Kalau dah masuk mood malas, kalau boleh, aku nak je pakai anak tudung je pergi sekolah. Tapi tulah, aurat kena jaga. Sebab aku tahu aku tak dapat nak jaga mulut, jaga aurat pun dah okay.
"Aku dah ada surprise sendirilah. Datang tau minggu depan. Dekat rumah mama papa Ayden," terkemam-kemam mulut aku bercakap dengan Salwa sebab masih kemaskan calitan liptint pada bibir.
Dan, keluarga Ayden memang dah tahu tentang surprise yang akan dibuat. Tinggal Ayden seorang yang belum tahu. Yang dia tahu, pada malam 8 Ogos minggu depan, kami akan adakan majlis sambutan Hari Lahirnya yang ke 27 tahun. Nenda dan Melissa memang takkan datang, bahkan mereka berdua siap buat party sendiri di pejabat bersama media keesokan harinya. Ah, lantak koranglah. Ingat aku kisah sangat?
"Hmm, aku tak tahulah kat mana rumah family dia. Kang tak pasal-pasal aku sesat. Dahlah aku baru lagi dekat KL. Pusing-pusing kang tiba-tiba dekat Siam, haa, kau nak jemput aku ke? Lagipun aku seganlah wei, rumah orang kaya kot". Mendengar sahaja kata-kata Salwa, terus aku baling dia dengan menggunakan bantal kecil.
"Bongok! Kau ingat kau pakai pintu ke mana saja ke, dari KL tiba-tiba pergi Siam! Nanti aku mintak tolong Haq yang ambik kau. Dahlah Wa, aku pun segan do! Tapi makanan dekat sana sedap-sedap woo!"
Salwa masih berkira-kira. "Eee, macam tak kenalah aku dekat sana. Aku ni cikgu je".
Satu lagi balingan padu aku berikan. Kali ini lebih kuat sehingga membuatkan awning tudung Salwa senget dan bergelembung. Puas hati sistur!
"Aisyh! Rosak tudung aku!" marahnya sambil bukakan kembali pin tudungnya.
"Kalau kau insecure sebab kau cikgu, habis aku ni apa? Anak Sultan Brunei?" eh, eh. Tak habis-habis anak sultan Brunei yang aku cakap. Tapi, spontan eh, spontan.
"Memang kau cikgu, tapi, dalam masa yang sama, kau tu bini Tuan Ayden. Taknaklah. Kau pergilah sorang-sorang. Lagipun tu untuk family dia je, kan?" Salwa masih menolak.
Hmm, nak pancing Salwa taklah susah sangat sebenarnya. Lainlah kalau Aira, hati dia keras sikit. Terima lelaki pun dia susah okay! Aku pun tak faham dengan kawan aku yang seorang itu. Dua tiga hari ni dia jarang masuk group sebab tengah busy katanya. Aku dan Salwa memahami je. Lagipun dia belajar, untuk negara juga. Doktor pakar in the future gituh!
"Kau taknak ke jumpa Haq dan Rheo? Bukan selalu dapat jumpa mamat hawt and spicy tu. Grrrr!" aku tayang muka gatal dan Salwa mula ketawa terbahak-bahak.
"Bodohlah, Aisyh! Okaylah, okay. Aku datang ni sebab kau je tau, bukan sebab dua orang makhluk penggoda tu".
Elehhh, sembang!
"Hmm, yelah tu. By the way, jangan lupa tau Sabtu ni".
"Okay. Dah, jom pergi sekolah. Rasanya kejap lagi nak start dah".
×××
Sebaik aku masuk ke dalam dewan yang dihias cantik dan mewah itu, terus Ammar Faiz berlari ke arah aku. "You look so beautiful, Aisyh".
"Ehem, ehem. Mimo, mimo. Tepi sikit, jangan lupa eh, aku masih ada dekat sini," ujar Salwa sambil menyelit antara kami berdua. Aku tersengih, baru terfikir nak bagi backhand dekat Ammar Faiz tadi. Nasib baik Salwa cepat-cepat potong line.
Sedang kami mengatur langkah menuju ke meja makan, telefon bimbit di dalam genggaman aku terasa bergetar. Aku pandang sekeliling yang sudah dipenuhi para guru sebelum mula memusatkan pandangan ke skrin telefon bimbit.
Ayden
I'm watching you
Melihat mesej itu, terus aku pandang sekeliling. Tak nampak pun kelibat Ayden. Dan, aku mula toleh ke arah tingkap. Cet, dia tengah tenung aku, tak layan pun guru-guru pengiring yang sedang berbual dengannya.
Aku mula menyentuh papan skrin, untuk membalas mesejnya.
Me
Me too, ingat sweet ke jalan sebelah Melissa pakai baju wrna sama. :P
Kemudian, aku offkan telefon bimbit sebab mata lintah Ammar Faiz tengah cuba skodeng aku punya mesej. Cucuk kang!
Setelah kesemua guru dan tetamu hadir, majlis pun dimulakan. Kali ini, guru sendiri yang kendalikan kesemua majlis makan tengah hari ini.
Bacaan doa dan ucapan daripada pengetua dan nenda membuatkan aku rasa mengantuk yakmat. Perut dah kenyang macam ni, ingatkan nak tidur sahaja. Apatah lagi hadiah tadi diberikan secara tunai, lagilah perasaan nak balik rumah bermandikan wang ringgit tu tinggi.
Makan tengah hari dimulakan. Punyalah aku melantak makanan sampai-sampai Cikgu Jali tegur aku. "Belum makan ke penjaring terbanyak ni?"
Kami duduk dalam kumpulan. Aku kini diapit oleh Cikgu Siti dan Cikgu Amyr. Tak tahulah nak bersyukur ataupun tidak.
Aku tayang sengih. "Dah makan nasi tadi dekat rumah. Tapi lapar balik bila tengok makanan yang ada atas meja ni".
Cikgu Jali tersenyum mendengar. "Tak sangka, badan kecik ni ada banyak kelebihan. Penjaring terbanyak dia. Makan banyak pun dia jugak. Rasanya lepas ni Cikgu Aisyh boleh masuk dalam Book of Record, kecik-kecik cili padi," ujarnya. Tenggelam sedikit suara Cikgu Jali dengan persembahan nyanyian oleh Cikgu Talib.
Aku hanya mampu tergelak. Tak pasti aku, aku kena bahagia ataupun duka. Kelebihan yang tak padan dengan badan, itulah bahasa kasarnya.
Kami kembali fokus makan. Selesai makanan dan persembahan, detik yang dinantikan pun telah tiba iaitu anugerah-anugerah para guru yang diundi oleh pelajar. Ini pun hasil idea pengerusi projek dan para pelajar. Pelik sikit sekolah ni. Tapi seronok, rasa macam retis-retis pula ada anugerah macam ni.
"Baiklah, detik yang dinantikan telah pun tiba. Kita akan bacakan senarai anugerah yang menjadi rebutan para guru. Nama yang tercalon adalah hasil daripada pilihan pelajar. Yang hitung undi pun adalah pelajar. Jadi, tiada unsur penipuan dalam anugerah hari ini. Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Guru Penyayang, Anugerah Guru Handsome With Brain, Anugerah Guru Beauty With Brain, Anugerah Guru Sporting, Anugerah Guru Kelakar, Anugerah Guru Paling Aktif, Anugerah Guru Cool, Anugerah Guru Beraura dan terdapat anugerah terbaru untuk tahun ini...."
Pengerusi majlis menjedakan kata-katanya. Tak, aku tak kisah dengan anugerah terbaru tu. Tetapi biar betul ada anugerah macam ni? Pelik sungguh sekolah ni. Tak sangka aku, disebabkan perangai aku yang pelik, aku pun dihantar ke sekolah yang pelik. Ke, sekolah korang pun ada anugerah macam ni?
"Dan anugerah terbaru ialah Anugerah Pasangan Guru Paling Romantis. Untuk pengetahuan, anugerah ini diadakan sebab tahun ini pasangan guru di sekolah ini agak banyak, jadi, ajk projek cadangkan untuk letak juga anugerah ini dan Alhamdulillah, diluluskan oleh pengerusi dan pengetua. Okay, tanpa membuang masa, kita beralih ke penyampaian anugerah yang pertama, iaitu anugerah Guru Penyayang. Calon-calonnya ialah...."
Gambar dipaparkan pada layar putih di pentas. Ada lima orang guru, dan seorang tu aku rasa nak gelak guling-guling sahaja. Salwa! HAHAHA. Macam mana entah dia boleh tersenarai Top 5 Guru Penyayang wei? Budak mana yang kena sampuk sampai-sampai calonkan Salwa?
Aku tahan ketawa sambil tersengih pandang Salwa. Dia pun tayang muka yang sama dengan aku. Serius keras perut aku tahan gelak. Salwa? Tercalon Guru Penyayang? Ya Allah, lawak apeni?
"Guru yang berjaya mendapat Anugerah Guru Penyayang ialah, Pengetua! Dipersilakan naik ke pentas untuk mendapatkan hadiah," pengetua kelihatan terkejut, namun cepat-cepat dia berdiri. Di atas pentas ada nenda yang diiringi oleh papa dan Ayden.
"Sedikit ucapan, pengetua".
"Rasa tak sangka budak-budak undi saya sebagai guru penyayang. Tak sangka mereka nampak kenapa saya selalu tegur dan marahkan mereka. Saya tak nak berucap lama sangat sebab tadi dah berucap. Jadi, saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru yang tercalon," pengetua menunduk sebelum turun dari pentas.
Dipendekkan kisah, sekarang adalah giliran Anugerah Guru Kelakar. Lagi kelakar, aku pun tersenarai. Bongok, kalau aku tahu siapa yang calonkan nama aku, memang aku sikukan kepala mereka. Untuk Anugerah Guru Handsome dan Beauty With Brain dimenangi oleh Ammar Faiz dan Cikgu Izzati. Kedua-duanya guru mata pelajaran Kimia. Manakala Anugerah Guru Sporting dimenangi oleh Cikgu Amyr.
"Pemenang bagi Anugerah Guru Kelakar tahun ni pecah rekod gayanya sebab sebelum ini selalunya Cikgu Wong yang dapat. Tahun ni, cikgu baru masuk, terus sambar anugerah ini. Cikgu yang juga pecahkan rekod untuk jaringan terbanyak. Dan undian untuk cikgu ni adalah paling tinggi, meninggalkan guru lain dan anugerah-anugerah lain. Pemenang untuk anugerah ini ialah Cikgu Nureen Raisyha!"
Ternganga aku mendengar nama aku disebut. Woi, sapa undi aku ni? Tak boleh bagi anugerah yang lebih senonoh ka? Muka aku ni macam badut ke sampai-sampai aku dapat anugerah begini?
Sambil garu kepala, aku pun naik ke pentas untuk mendapatkan hadiah. Kalau aku tahu pelajar yang undi aku, memang aku potong dia punya markah. Eeee!
Sampai di pentas, Ayden tersengih tengok aku. Sempat aku dengar dia bagitau aku, "Takde anugerah lebih elok ke?"
Cis, spesies tak sayangkan mulut punya suami! Sabar, Aisyh. Sabar.
Aku pandang dia sekilas sahaja sebab dekat pentas sekarang ada Penolong Kanan Pentadbiran, risau kalau-kalau aku mencarut, cikgu itu rasa pelik pula. Sudahlah aku lupa tanggalkan cincin di jari, Ayden pun selamba sahaja mukanya dengan cincin di jarinya. Padahal cincin kami sangat persis, sekali tengok pun orang tahu cincin kami ni adalah cincin yang sama.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, tapi, mereka tepis perasaan itu kerana sangat mustahil orang sekaya Ayden kahwin dengan aku. Padahal, sebaliknya yang berlaku.
"Cikgu Aisyh ada ucapan?"
Ha ha. Jangan buat kelakar boleh tak? Kau tak tahu ke yang aku sekarang tengah tertanya-tanya sama ada aku perlu gembira ataupun bersedih dengan anugerah yang aku dapat ni.
"Ucapan saya? Hmm, saya tak tahulah macam mana students boleh terfikir nak undi saya bagi anugerah ni. Tak tahu pula saya ada bakat lain selain mengajar. Tapi takpelah, kelakar pun kelakarlah. Suami saya pun tergelak tengok say......."
Belum habis ayat aku, cepat-cepat aku tertelan liur. Woi Aisyh, kau dah kenapa?
Semua pandang aku pelik. Jangankan mereka, aku pun sekarang tengah tayang muka pelik. Kenapalah mulut aku ni celupar sangat?
Cepat-cepat aku buat-buat ketawa. "Alaa, tak payahlah serius sangat. Saya bergurau je. Dah namapun cikgu kelakar kan? Ha... Ha.... Haa....." aku sengih malu. Rasa tebal kulit muka aku sekarang. Apatah lagi melihat muka Rheo dan Abdul Haq yang sedang menahan senyum. Aku tak nak menoleh belakang, lagi malu rasanya sebab dari tempat aku berdiri ini pun aku dapat dengar mereka dekat belakang tergelak.
Hampeh!
Mereka semua tergelak mendengar ucapan merapu aku. Cepat-cepat aku turun dari pentas, lagi lama aku berucap, lagi banyak rahsia yang akan aku bongkarkan. Dasar Aisyh!
Sampai sahaja aku di tempat duduk, kesemua ahli kumpulan aku galak gelakkan aku kecuali Amyr dan Ammar Faiz. Terkebil-kebil mata mereka berdua pandang aku.
"Amboi, dah kahwin tak bagitau ye?" tegur Cikgu Jali lalu tergelak diikuti dengan yang lain, termasuk meja sebelah. Cis!
Aku tersengih, "Of course!" aku cuba berlagak selamba walaupun kulit muka rasa tebal sangat. Ya Allah, kenapalah mulut aku ni cabul sangat! Nasib baik aku tak sebut nama Ayden!
Tapi, percayakah mereka? Ah, lantaklah percaya ke tidak. Sekarang ni aku malu sangat-sangat!
Berikut adalah senarai penuh pemenang :
Anugerah Guru Penyayang : Pengetua
Anugerah Guru Handsome with Brain : Ammar Faiz
Anugerah Guru Beauty with Brain : Nourul Izzati
Anugerah Guru Sporting : Amyr
Anugerah Guru Kelakar : Nureen Raisyha
Anugerah Guru Paling Aktif : Cikgu Mahmud aka Penolong Kanan Kokurikulum
Anugerah Guru Paling Cool : Ustaz Uthman (Ustaz yang aku dan Salwa gosipkan tadi)
Anugerah Guru Beraura : Cikgu Lily (Chinese bekas pramugari)
Anugerah Pasangan Guru Paling Romantis : Cikgu Nuh dan Cikgu Jennifer (Pengerusi Majlis dan Pengerusi Projek Sambutan Hari Guru)
×××
Salam diberi dan doa dibaca. Seperti biasa, Ayden akan hulurkan tangannya untuk aku cium dan dia akan memberikan ciuman di dahi.
Terus aku terbaring atas ribanya dengan telekung yang masih tersarung pada tubuh.
"Cikgu kelakar penat?" suara sumbang Ayden memaksa aku mencubit pahanya.
"Diamlah," marahku sambil menutup muka dengan lengan. Kedengaran dia tergelak sambil mengusap pinggang aku sebab aku sedang mengiringkan badan.
"Tak nak makan?"
"Lepas ni. Saya nak tidur 10 minit".
"Lepas nilah tidur. Makanlah dulu," pujuknya sambil terus mengusap pinggangku. Aku menggeleng, serius aku rasa sangat mengantuk sekarang.
"Tak lapar?" aku geleng lagi bagi menjawab soalannya.
Kedengaran dia menghela nafas. "Nanti tak dapat tidur sebab lapar".
"Saya takkan lapar. Tengah hari tadi saya makan banyak dekat rumah Salwa, lepastu saya sambung makan dekat dewan. Petang tadi saya singgah McD dengan Salwa, makan nasi dengan ayam. Lepastu, saya tapaukan ayam goreng dan burger sementara tunggu awak balik. Lepastu, saya makan sikit lepas masak tadi. Macam mana nak lapar lagi? Kalau awak lapar, awak makanlah. Nanti saya temankan," aku lepaskan lengan dari muka, lalu memandang wajah kacak itu.
"Duit seribu tu you beli untuk makanan?" dia jongketkan kening. Aku tersengih sambil mengangguk.
"Patutlah banyak sangat Magnum, Toblerone and Kinder Bueno dalam peti ais," Ayden mula tayang muka jengkelnya, jengkel sebab banyak sangat makanan manis yang aku bedal.
"Tapi saya tak gunakan semua sebab saya nak beli baju awak nanti untuk hadiah birthday," aku memang tak rahsiakan tentang hadiah yang akan aku belikan sebab akan ada surprise yang lebih mengejutkannya nanti.
Dia menunduk dan mengucup pipi kananku. "Tak payahlah, baju I pun masih banyak lagi dalam wardrobe. Beli je makanan untuk you sendiri. Nanti kalau gemuk, tak adalah I banyak sangat saingan".
Aku tergelak kuat sambil tepuk tangan. Ni mesti kes pagi tadi, ingatkan dia tak kisah. Rupanya, dia pergi ungkit sekarang. "Jealouslah tu".
Dia gigit bibirnya, menahan senyum. "Of course I am. Ingat I tak jealous ke tengok Ammar Faiz asyik kipaskan you, pakaikan you topi, sediakan tempat duduk untuk you, bagi you lauk, paling semangat tepuk tangan walaupun you cuma dapat anugerah guru kelakar. I perhati semua gerak-geri dia".
Cett, dia punya tajam penglihatan, memang tak boleh bawa bincang. Padahal masa Ammar Faiz pakaikan aku topi, dia berdiri hujuuung sekali. Aku boleh nampak dia, tapi aku tak terfikir pula yang dia boleh nampak aku sebab aku tersembunyi dek ketinggian Cikgu Talib.
"Eleh, awak ingat saya suka ke dia buat semua tu? Masa dia kipaskan saya tadi, saya bagitau dia macam ni, 'Dahlah Ammar Faiz, saya dahlah panas. Awak kipaskan pulak. Awak ingat kalau awak kipaskan saya, saya boleh lupa apa yang awak buat dekat saya dulu? Sorry eh?'. Lepas tu, saya blah. Masa dia pakaikan saya topi tu pulak, saya cakap saya lebih rela kena panas daripada pakai topi dia yang takde beza dengan sampah. Masa tu kitorang je dekat situ, sebab tu saya berani cakap macam tu".
Aku jedakan ayat. Aku tarik nafas dan hela. "Dan awak, awak ingat saya tak panas punggung ke tengok awak bermesraan dengan Melissa tu? Ikutkan hati saya, dua-dua awak dan Melissa saya baling guna selipar. Nasib baik last tu saya injured, kalau tak memang saya baling betul-betul awak guna selipar. Dahlah pakai seluar pendek, ingat seksi ke kaki awak tu? Dahlah berbulu macam hutan". Aku mengungkit kisah semasa main kaki tiga. Puas hati aku dapat baling Melissa pakai selipar. Sengaja aku kutip balik dan baling sekali lagi dengan lebih kuat dengan alasan tak sengaja.
Tajam mata dia pandang aku. Heh, itu balasan untuk orang gatal!
Ayden tarik hidung aku. "Tapi you tahu kan yang I takde hati dekat Melissa. Lainlah you, you pernah bercinta dengan ex you. And pasal seluar tu, tadi dekat office seluar I kotorlah sayang sebab kopi tumpah. Sebab tu I balik rumah kejap, ambik je mana-mana seluar yang I jumpa". Dia masih tak mahu mengalah.
Rasa nak cilikan sahaja mulut dia ni. Ada sahaja jawapannya. "Ex je kot. Awak ingat saya ni gila ke nak buat pusingan u-turn semata-mata nak balik dekat dia? Sorry eh, saya tak nak pancung kepala".
"Maksudnya, you dah terima I lah ni?"
Aku julingkan mataku ke atas. "Kalau saya tak terima awak, tak adalah saya jadi isteri awak sekarang. Dahlah, stop cakap pasal benda ni. Bosanlah. Tukar topik nak?"
"Topik apa?"
Aku ketuk dagu dengan jari telunjuk, sedang memikirkan topik apa yang ingin dibualkan. "Ha!! Saya nak tanya awak, Haq suka dekat siapa eh?"
Wajah Ayden sedikit berubah. Dia tahu ke? "Dia pernah suka dekat you," jawabnya tenang. Melopong mulut aku, macam mana dia tahu?
"Awak dah tahu?"
"Lama dah I tahu. Haq sendiri yang bagitau. Tapi, masa tu I tak dapat nak marahkan dia sebab masa tu pun you belum terima I. I takde hak nak marahkan dia. Lepas kita dah kahwin, dia pun minta maaf sebab pernah sukakan you. I pun maafkan dia and Haq told me yang dia ada sukakan someone sekarang".
Laa, patutlah masa aku puji Haq dulu, rasa nak hancur tangan aku dia genggam. Ghopenyer Haq pernah bagitau dia yang Haq sukakan aku. Haq pun satu, selamba sahaja dia bagitau dekat boss dia yang dia minat dekat perempuan yang sama dengan boss.
Aku petik jari. "Haaa, yang tu sebenarnya saya nak tahu. Awak tahu ke siapa yang Haq suka tu?"
Ayden tayang muka pelik. "Buat apa nak tahu?"
"Saja, Haq suruh saya tanya awak".
"Haq bagitau you yang dia suka dekat you?"
Aku angguk. "Ya, macam yang awak cakap, tu dululah. Masa kita belum kahwin. Sekarang, dia tengah kenal-kenal dengan someone. Lepastu dia suruh saya tanya dekat awak. Siapa perempuan tu?"
Kedengaran dia berdehem. "Awak tak payahlah marahkan Haq. Bukan salah dia pun sukakan saya dulu. Lagipun, awak kena terima hakikat yang isteri awak ni comel, cantik, ayu, lemah lembut. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Tak menarik hati?" mendengar nyanyian sumbangku, wajah tegang Ayden kembali tersenyum.
"Nak tahu siapa perempuan tu?"
Aku angguk berkali-kali. "Lepas ni bagitau. Kita makan dulu".
"Eeee, potong mood betullah. Apalah salahnya bagitau?"
"Sebab ada special moment tentang diorang ni. Kalau bercerita sekarang, nanti makan malam ditunda macam you tunda tidur 10 minit tu," jawabnya membuatkan aku semakin tertanya-tanya.
Aku bangun dan membuka telekung dan digantungkan pada ampaian. Ayden yang masih lagi duduk mengundang perasaan aneh aku.
"Tadi cakap nak makan, kenapa masih duduk lagi?"
Dia tersengih. "Biasanya I angkat you, sekarang giliran you angkat I," semakin pelik aku dengan dia ni. Aku tak kisah dia nak bermanja, tapi, kalau nak angkat dia, memang taklah. Badan dia tu besar kot. Buatnya aku terhempap, boleh koma seumur hidup aku dibuatnya.
"Awak ingat badan awak tu kecik?"
Ayden tergelak sambil menutup muka. Terhibur sangat tu. "Ya Allah, kenapalah isteri aku macam ni? Sayang, I bukan suruh you gendong I sampai bawah. Kalau tu pun, memang I tak suruh. I suruh you angkat I sampai berdiri je".
Aku dengan wajah blurku, aku angguk faham. "Cakaplah daripada tadi. Ingatkan nak suruh saya gendong pergi bawah". Ujarku sambil berjalan ke arahnya.
Tangan dia dicapai dan aku tarik sehingga dia berdiri. Apabila dia sudah berdiri, tiba-tiba dia tarik badan aku dan pantas sahaja bibir itu dilekapkan pada dahi aku.
"Ambil kesempatan!"
"Sekali-sekala".
"Yelah tu. Lepasni bagitau tau," cepat-cepat aku ingatkan dia. Tapi sebenarnya tak payah ingatkan pun, memang dia akan ingat. Cuma aku jelah yang ada kemungkinan besar untuk lupa.
Alahai Haq, siapalah gadis bertuah tu? Kalau Haq dah ada, Rheo ada jugak ke? Kalau tengok cara dia, macam dah ada. Dia tak kisah langsung pun dekat perempuan lain. Hmm, makhluk badang ini semuanya memang bertuah dimiliki. Kalaulah mereka pilih Aira dan Salwa, ketiga-tiga kami akan bertuah. Wakakanda.
#Haq suka dekat siapa tu? ??
Senoga terhibur semua ?? Jangan risau, kasi happy je dulu. Beberapa chapter lagi, kisah sebenar akan brmula. Truskan brsama Ayden dan Aisyh. ??
Share this novel