BAB 16

Romance Series 128902

AYDEN??AISYH

HIRISAN bawang dah macam apa entah aku hiris daripada tadi. Mana tidaknya, aku sangatlah tak selesa dengan mata helang Ayden yang duduk di meja makan. Dia punya pandangan tu seolah-olah aku main kayu tiga dekat ruangan memasak ni. Mana tidaknya aku sekejap-sekejap tengok ke bahagian bawang, kejap-kejap aku tengok ruangan makan.
Setiap kali aku pandang di situ, pasti mata aku dan Ayden akan bertembung membuatkan aku cepat-cepat larikan pandangan, risau kalau-kalau jari aku terpotong semasa menghiris bawang.
“Wei, kau tengok Ayden tu. Aku rasa, dia bukannya dengar pun apa yang orang lain duk sembang. Tengoklah mata dia pergi mana. Tengoklah reaksi dia macam mana. Orang lain seronok gelak, dia boleh pulak buat muka beku sambil tengok arah sini,” tiba-tiba Aira bersuara di sebelah. Pffft, budak ni punya tahap penasaran, boleh tembus menara KLCC.
Jangan tanya kenapa dia boleh ada kat sini. Dia awal pagi tadi dah mak cakap dah terpacak depan pintu sebab nak jumpa aku. Pukul 7.15 pagi. Sharp. Dan, Salwa semestinya ada sekali sebab Aira dan Salwa bermalam dekat rumah sebelah, merangkap rumah mak cik Salwa.
“Entah. Agak-agak, mesti kau layan sambilewa je dia semalam kan?” giliran Salwa pula berbisik.
Kata-kata Salwa kali ini membuatkan aku rasa terkejut tambah geram sampai-sampai jari yang tadinya lincah menghiris bawang, kini hampir terpotong dek terkejut tahap beruk. Kurang ajar punya Salwa, boleh pulak dia tanya macam tu.
Tapi, aku ni bukan tipikal gadis Melayu yang bilamana terkena pisau, terus menjerit dan menangis. No! Aku siap jeling Si Salwa yang sudah memasang riak kerisauan pada wajah tersebut sambil aku menuju ke arah sinki untuk membasuh darah sebelum mengalir lebih lebat. Risau kalau-kalau darah ni mengalir dalam masakan. Tak pasal-pasal keluarga aku semuanya jadi Raja Bersiong.
Selesai membasuh luka, aku pun ingin menyambung semula tugasku yang tergendala. Namun, sebaik aku memusingkan tubuh, sekali aku dikejutkan dengan kehadiran Ayden yang sudah berdiri hanya beberapa inchi sahaja daripada aku. Ni kalau aku terlanggar, memang kami buat tayangan romantik percuma di hadapan orang semua. Aku hairan betul makhluk-makhluk ni asyik buat aku terkejut je. Mereka ni dah berpakat ke nak bunuh aku dalam diam?

“Jari,” satu perkataan tu saja dia ucapkan dengan wajah serius dan berkerutnya. Tak payah aku nak jelaskan apa maksud jari tu. Memang sah-sah dia mintak aku untuk tunjukkan jari aku yang luka dekat dia.
Aku balas pandangan dia. “Takde apalah. Luka sikit je. Bukan sakit pun,” aku balas dan kemudiannya tersenyum.
Aku ingatkan, senyuman versi pencair yang aku lemparkan dapat tenangkan hati dia, rupa-rupanya aku silap guys! Dia siap tarik kedua-dua belah tangan aku dan periksa satu-persatu jari aku yang tak berapa nak runcing ni.
Setelah dia tahu di mana luka jari aku, terus dia tarik tangan aku keluar daripada ruangan memasak tersebut. Baru beberapa langkah kami meninggalkan kawasan itu, terus aku tarik tangan aku daripada genggaman tangannya.
“Apa ni awak? Awak tak tengok ke orang ramai dekat dapur tu?” bisik aku dengan nada geram. Sapa je tak geram bila suami caring tak bertempat? Sudahlah ramai orang sedang berkumpul, makanan yang sepatutnya aku masak, aku belum masak pun. Ini, dia boleh pulak bawak aku ke mana entah hanya semata-mata untuk ubatkan luka yang sedikit.
“I dah bagitau diorang yang I bawak you nak ubatkan luka you. And, I dah suruh kakak I untuk masakkan makanan yang sepatutnya you masak,” jawabnya dengan nada mendatar dan seolah-olah menjawab segala persoalan aku sebentar tadi.
Aku dah hilang kata, jadi, nak tak nak, aku kena ikut dia jugak.
Setibanya di dalam bilik, Ayden pun terus mengunci pintu. Ceh, macamlah luka aku ni tenat sangat.
Kemudian, dia menarik tanganku menuju ke katil. Kit keselamatan dia ambil dari sisi katil dan kemudiannya kembali melabuhkan punggung di sebelahku. Sekali dia duduk, terus tilam tersebut tenggelam, memaksa aku menuju ke arahnya. Haish, dah macam main jongkang-jongket pulak. Aku ke yang ringan sangat ataupun dia yang berat sangat?
Sambil dia membasuh luka aku, tiba-tiba dia bersuara. “Thanks God jari you luka”.
No, bukan korang je yang pelik. Aku lagilah pelik sebab tadi bukan main dia risau, sekarang boleh pulak dia bersyukur? Ada udang di sebalik mee ke ni?
“Thanks God apa benda? Jari saya ni luka, keluar darah. Bukannya keluar ketulan emas berlian apa semua,” ujarku sambil menahan rasa sengal-sengal apabila Dettol meresap pada kulitku yang terluka.
Dia tergelak kecil sambil jarinya membalut luka aku menggunakan handy-plus. Kapas yang telah digunakan, dia buang ke dalam bakul sampah yang memang sengaja aku sediakan di dalam bilik sebab aku tahu aku punya tahap pemalas nak keluar bilik semata-mata nak buang sampah adalah di tahap yang sangat membahayakan.
Aku lihat sahaja langkah Ayden ke sana ke mari sehingga kemudiannya dia kembali melabuhkan punggung di sisiku. Ayat aku tadi tu tak payah tanya, memang sepi tak berlagu.
Ayden capai tanganku dan elus dengan lembut. “Bersyukurlah sayang sebab I boleh curi masa untuk berdua-duaan dengan you,” jawabnya dengan suara dalam, membuatkan ayat tersebut kedengaran macho di telingaku.
Eh kejap! Jadi, dia culik aku tadi supaya aku skip tugas hanyalah semata-mata untuk alasan ini? Ceh! Apeni?! Tak macho langsung!
“Tak, masalahnya sekarang, orang kat dapur dah berkumpul ramai-ramai. Tapi, kita dua ada kat sini. Tak tolong sikit pun! Nanti apa yang family awak cakap dekat saya? Mak, mesti mak bebel dekat saya sebab lari masuk bilik masa orang ramai-ramai tengah berkumpul. Aira dan Salwa, kesian kot dua budak tu yang nak jumpa dengan saya. Dahlah Aira tak lama je dekat sini. Lepas tu, awak nak halang-halang saya habiskan masa dengan dia pulak. Dahlah, saya nak keluar,” panjang aku membebel. Mana taknya aku membebel, perangai si suami tak semenggah. Langsung tak professional!
Ayden hanya fokus pandang aku dengan pandangan yang sangat dalam. Aku yang melihat pandangan yang dilemparkan itu, mula rasa segan dan terus aku larikan pandangan ke arah jari yang aku yang luka yang kini sedang berada di genggaman Ayden.
Mungkin melihat aku yang kelam-kabut semacam, Ayden pun tergelak kecil. “I dah bagitau diorang dah yang I nak pinjam you. Sebenarnya memang I plan nak culik you kejap lagi. Tapi, since jari you luka tepat pada masanya, so, senang sikit kerja I nak pinjam you. Ala sayang, kejap je pun. I nak mintak tolong you urutkan bahu I kejap. Tak tahu kenapa lenguh semacam,” ujarnya sambil sentuh bahunya.
Aku jongket kening dan kemudiannya lepaskan jariku yang berada di genggaman jemari kasar tersebut. Aku tegakkan jari telunjuk aku yang terluka dan berbalut di hadapannya. “Jari saya masih luka”.
Ayden terdiam sebelum dia kembali mencapai jariku. Dibawa jariku dekat dengan bibirnya dan ditiup lembut. Apabila nafasnya mula bersentuhan dengan jari aku, tiba-tiba aku rasa berdebar. Ceh, ini ke yang orang cakap, bila dah cinta, semua benda nampak menggoda?
“Masih sakit lagi ke?” ujarnya dengan nada risau dan kemudiannya mengucup kejap jariku.
Aku telan liur. Rasa berdebar semakin aku rasa. Berdebar sebab bibir itu mula bersentuhan dengan jemari aku. Berdebar jugak sebab dia asyik-asyik guna suara dalamnya. Dan berdebar untuk semua benda yang Ayden buat. Entah kenapa dalam pada aku suka lawan cakap dia, aku masih rasa segan yang teramat dekat dia. Jauh di sudut hati aku yang dalam, lepas aku cakap kasar dekat dia, mesti aku akan rasa bersalah dan mulalah aku rasa berdebar yakmat.
“Takdelah. Tak sakit pun. Dah, awak meniarap sana. Saya nak ambil minyak panas kejap,” aku tarik semula jariku dan aku tepuk bahunya sebelum aku bangun untuk mendapatkan minyak panas urut.

×××

Terkebil-kebil mata aku pandang kiri kanan. Masa duduk bersila ni pun, keluarga Ayden boleh makan sopan-sopan?
Sedangkan aku sekarang sudah gelisah nak makan pegang pinggan. Mana taknya, makanan yang aku suap daripada tadi asyik terjatuh sahaja dari mulut. Segan tahu tak? Dahlah dalam ramai-ramai dekat sini, aku sorang saja yang makan pakai tangan. Mak, abah dan Air pun guna sudu! Pun bersopan macam yang lain! Aigooo!
Inilah kali pertama dalam hidup aku makan sangat lambat sampai-sampai Aira kuis aku di sebelah. “Kau okay ke ni? Lambat gila kau makan,” bisiknya.
Dan, Salwa pun taknak lepaskan peluang. Dia pun mula menyampuk sebab sekarang aku berada di antara dua budak ni. Ayden di hadapan, sebelah abah. Abah pula duduk di sebelah papa Ayden yang berada di hadapan sekali untuk barisan lelaki.
Kami duduk bertentangan. Lelaki satu baris, perempuan satu baris. Dah macam kenduri pun ada dengan kehadiran ahli keluarga daripada kedua-dua belah keluarga. Leo sahaja yang dari tadi asyik berlari sana sini dengan patung dinosaur di tangan.
Rheo pula duduk di sebelah Ayden. Kalau Ayden masih boleh bercakap dan berbual mesra dengan yang lain, Rheo tidak. Dia hanya angguk dan senyum apabila soalan diajukan buatnya. Macam papa Ayden cakap, “Jangan hairan sangat dengan tiga orang Hulk ni. Nampak saja kera sumbang, tapi sebenarnya mesra”. Dan aku sangat setuju dengan kenyataan tersebut sebab Ayden adalah salah satu bukti yang kukuh. Dekat luar bukan main lagi muka dan sikap beku mengalahkan beruang kutub utara, tapi, bila dah bersama dengan aku, semua itu hilang entah ke mana.
Macam tadi, menyesal seumur hidup aku tawarkan diri untuk bersetuju urut bahu dia. Sekali, aku kena panahan perangai miang daun keladi mamat muka ais batu ni.
Setelah aku jumpa di mana letaknya minyak urut tersebut, terus aku toleh ke belakang. Hampir aku terjerit lepas tengok makhluk yang sedang meniarap di atas katil. Walaupun tak menjerit, itu tak bermakna aku bebas daripada sebarang bunyi. Mana tidaknya, botol minyak urut terjatuh daripada tangan sekaligus menarik perhatian Ayden untuk pandang ke arah aku di mana sebelum ini wajahnya dipalingkan di tempat lain.
Kening diangkat sambil dia pandang aku dengan muka berkerut. Tak, aku tak kisah dengan pandangan dia yang berkerut. Masalahnya sekarang, dia tak rasa apa-apa ke bila aku pandang dia yang sekarang ini jadi model tak berbayar dalam bilik dan atas katil aku?
Haaa, tak payah fikir banyak. Ya, memang dia pakai boxer. S.A.H.A.J.A. Tiada satu pun pakaian lain yang terbalut pada tubuh sasa tu. Yang ada, hanyalah seketul seluar pendek paras paha. Itupun yang ditutup, hanyala satu per empat paha sahaja. Selebihnya, ditayangkan sepenuhnya untuk menjadi santapan mata aku. Ehhh? Lain macam ayat?
Tak, jangan bayangkan! Kalau korang rasa semput baca, inikan pulak aku yang memang tengok depan mata. Perasaannya sangat lain dan berbeza berbanding terbukak majalah Mangga, tengok lelaki-lelaki sado tepi kolam renang. Sangat lain okay! Dan aku tak tahu nak jelaskan macam mana perasaan lain tersebut.
“Aisyh, are you okay?” aku tersentak sedikit dengan suaranya yang menegur.
Segera aku gelengkan kepala lalu mengutip semula botol minyak yang terjatuh. Macam-macam sumpahan yang keluar daripada mulut aku walaupun hakikatnya adalah sedikit rasa suka. Eh?
“Awak ni tak reti ke nak pakai seluar panjang?” bebelku sambil mendekati model yang sedang meniarap sekarang.
“Hmm?” dia menggumam sendirian sambil membetulkan kedudukannya.
“Saya tanya, awak ni tak reti ke nak pakai seluar panjang? Awak ingat awak seksi ke pakai macam ni?” sambung aku pula sambil mula mengurut bahunya.
“Yes”. Dengar sahaja jawapan dia, mahu sahaja aku humban dia keluar tingkap.
Aku diam sambil mengurut bahunya. Daripada tadi aku picit nak bagi dia sakit, tapi hampa, nampaknya kekuatan aku tak cukup kuat untuk menyakitkannya.
“Sayang…” meleret suaranya memanggil aku.
“Hmm..” aku jawab malas.
“You dah ada bakat,” ujarnya tiba-tiba membuatkan aku berhenti mengurut. Kening aku jongket walaupun mukanya tidak menghadap aku dek kedudukannya yang meniarap.
“Apa benda awak merepek ni?”
Dia tergelak kecil. “Bakat mengurut nilah. Nanti bolehlah I sediakan satu bilik khas untuk bilik urut. You tukang urut kat dalam tu. Tukang urut untuk I sorang je,” ujarnya dengan mata tertutup, mungkin menikmati urutan jariku pada bahunya.
Aku sengetkan bibir. “Awak ingat saya takde kerja lain ke nak urut awak? Taknaklah, hujung minggu saya adalah untuk tengok TV, layan anime, layan Kdrama dan banyak lagi”.
Ayden tergelak lagi. Entah apalah yang kelakar, aku pun tak tahu. “Childish”. Kutuknya sambil tergelak mengejek.
“Apa childish, childish. Memang tu aktiviti hujung minggu saya hokay”.
“Tu masa you bujang. Sekarang, hujung minggu you, berkepit dengan I. Kalau nak tengok cerita tu pun, you kena tengok dengan I. Tapi kan, untuk tayangan suami isteri, rasanya tak elok tengok cerita budak-budak macam tu”.
“Kenapa?” aku potong kata-katanya.
Dia tidak terus menjawab, sebaliknya meminta aku untuk menghentikan urutan. Dia kemudiannya duduk dan memakai semula pakaiannya. Fuh, barulah selamat mata aku. Daripada tadi aku asyik pandang rambut dia sahaja sebab kalau pandang ke bawah, hmm. Tak perlu untuk aku jelaskan keadaannya. Korang semua pun tahu kan?
Selesai pakaian disarungkan semula, tiba-tiba dia dekatkan wajahnya di telinga aku. Sebenarnya aku tertunggu jugak ayat dia, tapi, aku faham sangat spesies Ayden yang memang suka bagi ayat tergantung, so, aku layankan telefon bimbit aku sebelum menerima arahan daripada dia untuk keluar.
“Cerita yang sesuai ialah, cerita-cerita 18+. Macam cerita 50 Shades of Grey, 50 Shades Darker ……” belum habis cerita-cerita yang dia senaraikan, cepat-cepat aku tekup mulut dia.
“Ayden! Awak ni gila seks eh? Awak tengok cerita tu ke?!” kedengaran cemas suara aku menyoal sambil aku melepaskan tanganku daripada terus menekup mulut Ayden. Ayden pula berdiri tegak sambil merenggangkan ototnya dengan gelak tawa, kedengaran sangat dia geli hati.
“Tahu ke cerita tu cerita apa? Dah tengok eh?” muka aku yang aku rasa memerah daripada tadi, semakin memerah. Berbahang, panas dan segala mak nenek dia. Kuajo punya soalan.
“Tak ada maknanya saya tengok cerita macam tu”.
“Habis, macam mana tahu?” ya Allah soalan dia tu, memang bagi aku rasa muka aku dah kebas sebab malu sangat.
“Terjumpa artikel hari tu, senarai cerita yang tak lepas ditayangkan dekat Malaysia. And, cerita tu menduduki tempat pertama. Bila saya baca synopsis tu pun saya dah agak kenapa cerita tu tak lepas. Tapi sumpah, saya tak tengok cerita macam tu. Eeee, tak sangka awak ni layan cerita macam tu,” habis saja aku bercakap, Ayden semakin galak menggelakkan aku dan sekarang aku semakin takut dekat Ayden. Muka dia lebih gatal daripada sebelum-sebelum ni. Serius seram!
“Siapa cakap tak lepas? Hari tu elok je ada dekat Astro First”. Dia berhenti gelak, tapi senyuman lucu masih lagi bermain di bibirnya.
“Jadi betullah awak dah tengok?!” kali ni suara aku sedikit tinggi, tapi cepat-cepat aku perlahankan semula sebab risau orang luar fikir benda lain pulak.
“You rasa?” dia jeling aku dengan senyuman yang bagi aku sekarang sangat seram.
“Jangan sentuh saya. Saya nak keluar”. Aku rasa sekarang jantung aku dah berdegup dengan kencang. Entah kenapa aku risau sangat dekat Ayden.
“Tak adalah, belum tengok lagi. Ada je orang suggestkan cerita tu, tapi I busy, tak sempat nak tengok. Jadi, kira belum tengoklah ni”.
Aku hentikan langkah. Kini, aku berdiri di hadapan Ayden dengan pandangan curiga aku lemparkan dekat dia. “Tapi, awak ada niat nak tengok kan?” aku uji dia.
Dia jongket bahu sambil cebikkan bibir.

“Mula tu adalah jugak, tapi, bila dengar synopsis cerita tu macam mana, I tak jadi tengok”.
“Betul ni?” dia angguk sambil cuit hidung aku.
“Jangan tengok cerita macam tu tau”. Ayden angguk lagi.
Aku angkat jari kelingking, meminta dia supaya berjanji untuk tidak menonton cerita sebegitu. Ayden tersenyum lucu, tetapi, dia tetap mengaitkan jari kelingking kami.
“Awak dah janji ni tau. Siap kalau awak mungkir janji”. Aku bagi amaran. Dia mencebik seraya tersengih.
Kemudian, kami pun bergerak keluar daripada bilik. Fuh, entah kenapa aku rasa lega bila dapat tahu dia tak tengok cerita tu.
“Sayang”. Panggilnya lagi membuatkan aku terhenti seketika untuk memutar tombol pintu.
“Hmm?”
“Tadi you tak bagi tengok cerita fifty shades tu sebab aurat terlampau banyak terdedah dalam cerita tu, kan?”
“Haah. Tapi, jangan ingat saya tak tahu eh apa yang ada dekat otak awak tu. Takde, takde. Buat setakat ni, saya belum sedia”. Ceh, macam kita tak tahu niat dia tu.
Dia gelak kecil. “Berdosa tau tak ikut arahan suami”.
Kali ini, aku pusing badan aku sambil pandang dia yang sedang menayang wajah selamba sambil peluk tubuh sasanya. Aku dapat rasa pandangan aku agak tajam untuk dia. “Tak baik tau ugut macam tu. Awak nak ke saya masuk neraka?” aku tentang pandangan dia. Dan hmm, bilalah agaknya kami berdua akan keluar daripada bilik kalau asyik bergaduh untuk perkara-perkara seperti ini.
Dia tarik hidung aku dengan kuat. Serius memang sakit. “Women are always right”. Bebelnya sambil menarik tangan aku untuk keluar. Dan ya, aku senyum sorang-sorang sebab berjaya menang untuk perdebatan kali ini.
“Aisyh, Aisyh wei!” terasa tubuh aku digoncang perlahan. Cepat-cepat aku gelengkan kepala, menghilangkan khayalan aku sebentar tadi. Kepala ditoleh ke sisi, kelihatan wajah Aira dan Salwa yang memandang aku pelik.
Kemudian, aku pandang ke sisi. Tiada lagi manusia lain, yang ada hanya kami bertiga sahaja. Eh, cepat betul mereka habis makan?
“Lambatnya kau makan. Kau mengelamun apa sampai-sampai tak sedar orang lain dah bangun dari sini?” bebel Aira.
“Tengok tu, makanan macam belum disentuh sikitpun daripada tadi. Kau fikir apa do?” giliran Salwa pula menyoal. Aku pun pandang makanan aku. Macam yang Salwa cakap, sikitpun aku tak sentuh makanan. Kalau ada pun, beberapa suapan sahaja.
Pergh, teruk betul aku punya mengelamun ni. Boleh bagi aku penyakit kebulur kalau selalu sangat macam ni.
“Dahlah Aisyh, laki kau takdenya jauh pun kau dah fikir macam ni. Duduk kat seberang je pun. Entah macam manalah kalau korang berjauhan nanti,” pffft, lain sangat kau fikir ni Wa. Aku bukannya fikir pasal tu pun. Tapi, entah kenapa hati aku rasa lain macam bila Salwa cakap macam tu? Hmm, perasaan aku je kot.
Kemudian, kedengaran suara mak pulak tegur aku. “Ya Allah, Aisyh. Belum habis lagi makanan tu?”
“Belum mak. Lek aa mak. Nanti Aisyh basuh pinggan,” jawabku sambil meningkatkan tahap kelajuan kemasukan makanan ke dalam mulut. Kelam-kabut kalau mak dah tegur ni. Silap haribulan, aku boleh kena bebel depan orang semua.
“Lah, cepatlah makan. Kita nak pergi kebun belakang rumah lepas ni. Mama papa Ayden nak tengok tanaman kita kat belakang,” ujar mak lagi. Pulak, kenapalah tak bagitau awal-awal? Dahlah pagi-pagi macam ni nak pergi kebun dengan pakaian cantik-cantik pulak tu. Siskenotbren.
“Eh, tak apalah kalau Aisyh tengah makan. Makan je, takpe. Ayden, temankan Aisyh makan dulu. Lepasni kamu pergi kebun belakang sekali dengan Aisyh,” lembut suara Puan Besar Ratna berkata. Ayden yang sedang mengelap bibirnya menggunakan tisu, mengangguk dan tersenyum.
“Okay ma”. Itu sahaja ayatnya, sangat berbeza dengan ayat carutan aku dalam hati sekarang ni. Aduhai, kenapalah tak biar je aku sorang-sorang makan kat atas ni? Takpe ma, ni rumah Aisyh. Tak perlu temankan pun takpe. Aduhhhh.
Aku pandang Aira dan Salwa, meminta supaya mereka mahu menemani aku di atas ini. Tapi….
“Sorry Aisyh. Kitorang faham sebenarnya apa yang kau nak, tapi, sorry eh. Kau baru je kahwin kan. So, luangkanlah masa dengan laki kau tu dulu. Nanti kang kau mengelamun lagi, naya!” bisik Aira lalu tertawa.
“Ya, Aisyh. Lagipun, aku ni nak cuci mata. Pergh, handsome betul lah sepupu dan bodyguard Ayden tu. Mendapat kat aku sorang, aduh, beruntung aku”. Tanpa sempat aku halang, kedua-duanya pun terus bangun dan meninggalkan aku.
Yang lain pun sama. Sekarang, rumah ini sunyi. Yang ada hanya aku dan Ayden. Leo pula dah berlari lebih cepat daripada yang lain, meninggalkan patung dinosaurnya. Oh dinosaur, Aisyh faham perasan kau. Mesti kau kesepian macam aku sekarang kan.
“Nak I tolong suapkan ke?” Ayden tiba-tiba bersuara lantas duduk di sebelah aku. Aku jeling dia. “Tak payah”.
Jawapanku mengundang senyum di bibir dia. Hmm, sejak dah jadi suami aku semalam, semakin murah senyuman dia. Beruntung? Of course. Bukan senang nak tengok mamat beku ni senyum.
Aku rasa makanan yang aku telan terasa semakin kelat nak masuk tekak. Tangan aku pulak dah menggeletar. Mana tidaknya, mata Ayden tak lepas daripada pandang aku. Ya, kedengaran macam perasan, tapi sebenarnya tidak. Memang mata dia tak lepas pandang aku dengan wajah tanpa perasaannya itu.
Dek tak tahan asyik direnung begitu, akhirnya aku bersuara. “Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada tak kena ke dekat muka saya?”
Ayden senyum tipis. “Tak adalah. Muka you cantik. Makan pun nampak cantik,” ujarnya lembut. Ceh, mimpi apani?

“Tahu,” malas nak panjangkan cerita, aku pun balas macam tu je dan masukkan suapan terakhir ke dalam mulut. Fuh, tak sangka lama jugak masa yang aku ambil untuk habiskan sepinggan makanan ni.
“Dah?” soalnya.
Aku angguk dan bersedia untuk bangun. Belum sempat aku capai pinggan untuk dibawa ke dapur, tiba-tiba Ayden terlebih dahulu mencapainya. “Biar I yang basuh. You cuci tangan cuci muka, kemaskan ruang ni,” arahnya. Dan aku pun hanya turutkan sahaja.
Selesai kemaskan ruang tamu, aku pun hendak bergerak ke dapur untuk bersihkan muka dan tangan. Tapi, kedengaran pulak orang bagi salam. Dan suara ini adalah milik!!!!!
“Assalamualaikum. Mak Uda, oooo, Mak Uda!” suara kepit itu tak lain tak bukan, milik Sepia Si Bawang! Ya Allah, kalau dia nampak aku dan Ayden ni, habislah cerita pasal aku dijaja dan habislah, status aku dan Ayden akan terbongkar!
“Waalaikumussalam,” aku cuba berlari secepat mungkin ke muka pintu, berharap supaya aku dapat halang dia daripada berada di beranda rumah. Tapi sayangnya, kaki panjang itu menyingkatkan perjalanannya untuk naik ke atas ini dan sekarang, dia sudah pun berada betul-betul di muka pintu.
“Ada apa kau datang ni?” ujar aku, cuba kawal suara aku yang mungkin kedengaran takut-takut. Sekarang, aku cuma mampu berharap semoga Ayden tidak munculkan diri.
“Amboi soalan, macam tak suka je aku pergi sini. Hmm, lagipun, kalau bukan sebab ibu, tak adanya aku nak pergi sini okay? Ni ha, ibu aku suruh aku hantar kuih ni dekat Mak Uda. Bukan main banyak lagi. Ada kenduri tak ajak eh?” sambil dia bercakap tu, sambil tu matanya melilau ke sekeliling rumah. Hai wanita berloceng ni. Sekali aku tarik bulu mata palsu kau tu, dengan bulu mata betul kau tercabut tau!
Aku tak membalas kata-katanya dengan harapan supaya dia cepat-cepat angkat kaki dari sini. Aku terima sahaja hulurannya. Kata-kata yang keluarpun hanyalah ucapam terima kasih.

"Sama-sama walaupun nampak kau tak ikhlas ucap terima kasih tu. Oh ya, duit tu Mak Uda dah kasi semalam. So, tak payahlah kau susah-susah tengok aku lama-lama dekat sini. Bye," dan akhirnya, dia pun minta diri. Alhamdulillah.
“Aisyh, you tak bersihkan tangan lagi ke?” pfffft, bala datang! Belum jauh pun perjalanan Si Sepia atau nama sebenarnya Saiful ni, baru sahaja di tangga pertama dari atas, tiba-tiba Ayden bersuara membuatkan Sepia tidak jadi melangkah, sebaliknya berpusing ke belakang.
Dan seperti yang dijangka, reaksi Sepia memang macam baru lepas jumpa hantu!
“OH. MY. GOD! Aisyh! Kau buat maksiat apa ni? Kau duduk dengan lelaki yang bukan mahram dalam satu rumah? Mak Uda tak marah ke?!"

Okayla. Sis hapdetla sikit. N, sis tak tengok pun crita tu eh dan tak dialukan untuk korang tengok ?? Semoga trhibur.

Doakan semoga dipermudahkan urusan. Tinggal 2 minggu je lagi. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience