Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
"MINTA maaf Aisyh. Kami tak terniat pun nak rahsiakan perkara sebenar ni daripada you. Ayden yang mintak kami untuk rahsiakan sebab dia cakap, dia tak nak kehilangan you. Cukuplah dia pernah kehilangan Hazel, kali ini, dia takkan sesekali kehilangan Aisyh," pelukan di tubuhku semakin erat. Seorang demi seorang beradik perempuan Ayden memeluk aku.
Semuanya jadi lepas Rheo bagitau kenapa aku tinggalkan Ayden semalam. Semalam pun puas Rheo pujuk aku untuk jenguk Ayden. Tapi aku cakap aku belum kuat untuk hadapi dia. Jadi, aku ambil keputusan untuk jenguk hari ini saja.
Dalam kelas tadi pun aku memang hilang betul-betul semangat. Tapi, aku tetap usaha mengajar sebab SPM tak lama lagi. Apabila mesyuarat para guru, aku lebih banyak termenung membuatkan semakin banyak mulut jahat bercakap buruk pasal aku.
Entahlah, aku dah lut dah dengan kata-kata mereka. Sebab mungkin kenyataan sebenar yang keluar daripada mulut Ayden lebih sakit daripada apa yang mereka katakan.
Perlahan-lahan tanganku naik untuk membalas pelukan pada tubuh tinggi lampai Kak Ruhaila. Rafeeqah daripada tadi sudah menangis sebaik sahaja mendengar penjelasan Rheo. Beradik lelaki dia pula hanya terdiam dengan wajah yang serba salah.
Mama dan nenda awal-awal lagi memang tak nak dengar apa-apa. Awalnya mereka gembira mendengar Ayden hilang ingatan, mungkin mereka terniat mahu mendominasi Ayden dengan menguasai minda lelaki itu. Tetapi, niat jahat mereka terbatal sebaik sahaja mereka tahu yang Ayden hanya hilang separuh ingatan sahaja. Selebihnya, dia masih Ayden yang dulu.
Aku pun tak faham, macam mana boleh wujud manusia macam ni?
"Takpelah, kak. Benda dah nak jadi," aku tahu nadaku jelas kedengaran tak ikhlas. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak, aku sekarang memang dah jadi isteri Ayden. Mungkin aku patut ikut apa yang Rheo cakap?
Berkenaan dengan apa yang Rheo katakan petang semalam, dia suruh aku abaikan. Belum masanya untuk beritahu aku katanya. Siap dengan pakej, "Biar I berjuang sendiri". Hmm, aku malas nak serabutkan otak, jadi, aku malas nak tanya banyak-banyak. Apa yang pasti, aku nak selesaikan masalah aku dan Ayden walaupun aku sendiri tak tahu nak selesaikan macam mana.
Selepas sahaja aku dengar jawapan dia, serta-merta aku kekok dengannya. Tak sangka, dia ni sangat misteri orangnya. Sama misteri dengan Ayden. Pilih isteri semata-mata sama muka dengan ex. Heh, nonsense!
Tapi takpelah, aku akan cuba pikat hati dia. Kalau tak boleh, nak buat macam mana. Perceraian mungkin jalan yang terbaik.
'Aisyh. Apa kau merepek ni? Sepatutnya kau perjuangkan hak kau! Ayden tu milik kau! Kau dah tunggu dia bangun daripada koma, senang-senang je nak tinggalkan dia? Merepek!'
Satu sisi hati aku sudah mula membidas apabila aku mula memikirkan jalan penyelesaian yang sangat tak masuk akal. Jalan penyelesaian yang paling Allah benci bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan masjid. Ya Allah, kalau dia jodohku, perkuatkan rumahtangga kami meski banyak badai melanda.
Kak Ruhaila melepaskan pelukan pada tubuh kecilku. Pipiku dipegang, melihat wajah Kak Ruhaila yang ada iras-iras Ayden membuatkan hatiku sedikit dipagut rindu terhadap Ayden. Kalaulah aku tak tahu kebenaran, aku yakin hatiku tidak sesakit sekarang.
"Aisyh, kakak mohon supaya Aisyh setia di sisi Ayden. Tolong jangan tinggalkan Ayden. Dia dah cukup menderita apabila Hazel tinggalkan dia buat selamanya. Kakak tahu kakak macam ego, tapi, kakak minta sangat-sangat supaya Aisyh jangan tinggalkan Ayden. You're his wife. Dia dah pilih you sebagai isteri dia. Betul muka you dan Hazel sama, tapi, status you dengan Hazel adalah berbeza. And I know, you cintakan Ayden sangat-sangat. Takkan you nak dera hati you semata-mata rasa benci you dekat Ayden? Jangan biarkan rasa benci mengatasi rasa cinta you," pujuk Kak Ruhaila pula.
Aku telan liur. "Tapi saya takut Ayden takkan terima saya".
"Dia boleh. Papa kenal anak papa. Dia takkan kahwin dengan perempuan yang tak dapat berikan jaminan apa-apa untuk dia," papa memintas. Kini, pandanganku beralih pula ke wajah ketat papa.
Aku hela nafas sambil melepaskan keluhan berat. "Muka Aisyh sama muka dengan Hazel, pa". Aku tak tahulah berapa banyak kali aku kena ulang ayat yang sama. Selain memberi peringatan kepada orang lain, secara tidak langsungnya aku juga memberi peringatan buat diri sendiri.
Papa gamit aku supaya duduk di sebelah dia. Aku akur dan aku atur langkah menuju ke arahnya, dan kemudian, aku pun labuhkan punggung di sebelah papa. Kepala yang berbalut tudung sarung diusap papa. Sebaik sahaja tangan papa berlabuh di kepalaku, terus aku menitiskan air mata.
Rindu belaian Ayden....
"Aisyh, macam yang Rheo cakap, kita semua tak tahu apa sebab Ayden nak kahwin dengan Aisyh. Dulu papa ada tegur dia, adik-beradik yang lain ada tegur dia. Kalau nak kahwin dengan Aisyh semata-mata sebab nak lepaskan rindu dekat Hazel, lebih baik jangan. Papa dah siap tegur dah.
Tapi dia cakap, dia janji dia takkan kecewakan Aisyh. Biar dia seorang je yang tahu apa sebab dia nak kahwin. Jadi, mungkin, ada sebab lain yang buatkan Ayden terima Aisyh".
Aku mengeluh. "Mungkin". Jawabku lemah membuatkan papa peluk bahuku. Kemudian, kepalaku terus diusap dengan penuh kasih sayang. Samalah dengan belaian Ayden, bezanya belaian Ayden adalah palsu semata-mata.
×××
Aku tarik nafas dan menghela dengan perlahan. Ini kali pertama aku rasa berat sangat nak masuk bilik Ayden. Dia dah dipindahkan ke ward biasa sebab keadaan dia dah stabil. Otak dia je belum normal sebab duk ingatkan aku ni bekas dia. Pui.
Aku kumpul semangat sambil memintal hujung jari. "Bismillahirrahmanirrahim".
Nafas dihembus kuat-kuat bagi menghilangkan rasa debar di hati. Terketar-ketar tanganku memutar tombol pintu dan meloloskan diri ke dalam bilik Ayden.
Rasa nak tercampak badan aku apabila melihat Ayden yang terduduk di atas katil sambil menyilangkan kakinya. Dengan pakaian pesakit yang digunakan dan bandage yang masih terbalut di kepala menampakkan sekarang aku macam jenguk orang kurang waras.
"Assalamualaikum," ucapku perlahan sambil menutup pintu.
Dia menjawab salam dengan nada perlahan sambil menjeling aku sekilas. Wajahnya garang, mungkin dia juga tahu yang aku bukannya Hazel seperti yang dia katakan semalam. "You buat apa dalam ni?" soalnya dingin.
Terus aku meneguk liur sambil dilabuhkan punggungku di atas kerusi. Wajahnya aku pandang, tapi sedikit pun mata helang itu tidak memandangku. Matanya fokus ke kaca televisyen yang kini sedang menayangkan tentang dirinya yang dilaporkan sudah sedar. Tetapi, keadaan Ayden yang amnesia diminta oleh papa supaya dirahsiakan kepada para wartawan. Jadi maksudnya yang tahu Ayden hilang ingatan pun hanya keluarga dan pihak hospital yang mengurus sepanjang Ayden berada dalam hospital ini.
"Abang, abang tak ingat dekat Aisyh ke?" bergetar nadaku menyoal. Rasa debar usah ditanya, memang hebat sangat! Apatah lagi setelah melihat jelingan Ayden.
Ini bukan Ayden yang aku kenal!
"Macam mana kita boleh kahwin?" tanpa menjawab soalanku, Ayden malah menyoal aku kembali.
"Abang yang...." Belum habis kata-kataku, Ayden tiba-tiba memintas.
"Hold on, can you please stop calling me 'abang'? Sebab yang patut panggil I dengan panggilan tu hanya Hazel, not you or anyone else".
Aku tahan geram di hati. Tak habis Hazel, Hazel, Hazel! Perempuan tu dah mati kot!
"Okay fine. Untuk pengetahuan awak, yang nak sangat saya panggil awak abang, adalah awak sendiri. Bukannya saya yang beria-ia nak panggil awak abang! Dan, yang nak sangat kita kahwin adalah awak, bukannya saya! Jadi jangan perasan yang awak tu hot dan saya ni bodoh sangat nak terima awak!" suara aku meninggi, pandangan tajam itu aku tentang.
Aku geram, sakit hati dan kecewa. Ini bukan Aydenku!
Ayden tersenyum sinis, seolah-olah kata-kataku langsung tidak menggugat hatinya. "You tak rasa sedih ke bila dah tahu sebab sebenar kenapa I beria-ia? Tak perlu I beritahu kot kenapa kita kahwin dulu, sebab you sendiri dah boleh agak, kan?" nadanya sinis dengan wajah selambanya.
Terasa kembang kempis hidungku mendengar kata-kata sumbang Ayden. Kenapa perangai Ayden boleh jadi sesinis ini? Tapi, apabila difikirkan lagi 'usia dia sekarang' ini, dia sekarang kononnya 22 tahun. 22 tahun, biasanya orang-orang semua darah muda, darah masih panas kata orang-orang tua. Jadi, memang tak mustahillah dia jadi macam sekarang.
Sabar Aisyh, dia belum matang lagi. Sabar.
"Kalau saya tahu pun, memang saya takkan terima awak. Sekarang kita kahwin pun sebab saya terlanjur terima awak," sangat susah untuk aku berkompromi dengan manusia seperti ini. Alang-alang dia menyindir, aku pun balas dengan sindiran juga. Fair and square.
"Eh? Ke, you terima I sebab I kaya?"
Aku ketap bibirku dan dadaku turun naik mendengar setiap kata yang dibalas oleh Ayden. Dahlah aku punya tahap kesabaran sangatlah nipis, boleh pulak dia cabar macam ni. Ya Allah, tabahkan hatiku. Walau apapun yang dia buat, ingat Aisyh, dia tetap suami kau!
"Kalau saya ni mata duitan, saya sekarang dah kahwin dengan orang yang lebih kaya daripada awak".
Ayden tiba-tiba tergelak, tapi gelak sinis. "Hmm, I seorang je kot yang buta pilih you".
"Haah, macam awak buta sebab pilih Hazel," nadaku selamba tapi hati aku mengamuk ganas.
Terus Ayden lemparkan jelingan tajam kepadaku. "Jangan nak samakan diri you dengan Hazel".
"Bukan saya yang samakan, awak sendiri yang samakan saya dengan Hazel". Terus aku nampak rahang Ayden bergerak dengan telinganya yang memerah.
"You keluar sekarang. I nak rehat," Ayden terus tarik selimut dan menyelubungkan dirinya di dalam selimut.
Helaan nafas aku lepaskan. Kenapa aku kena hadap suami yang sikapnya berubah sangat drastik seperti ini? Kenapa aku perlu hadap Ayden yang masih belum matang? Ingatkan kalau dia sedar, aku boleh manja-manja dengan dia. Sekali dia pulak yang tunjuk perangai kebudak-budakannya.
Sabarlah Aisyh.
Sekujur tubuh Ayden yang berselubung di dalam selimut itu aku pandang. Nampak comel juga dia dalam keadaan sekarang. Tapi, comelnya serta-merta hilang kalau dah buka mulut. Terasa macam akulah Melissa yang terkejar-kejarkan cintanya.
Padahal dulu dia yang paksa aku kahwin dengan dia! Haihlah Hazel, disebabkan kau, aku yang terjebak dalam rumahtangga yang penuh penipuan ini.
×××
Sebaik kakiku melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik mama papa Ayden ini, tiba-tiba mama muncul dari ruang tamu dengan wajahnya yang mencuka. Entah apa pula kali ini, aku pun tak pasti. Yang pasti, aku sudah lali nak hadap dia punya leteran yang tak habis-habisnya menyalahkan aku.
"Aisyh bawak malang betul-betul dalam keluarga ni. Tak habis satu, satu yang jadi dalam diri Ayden. Mama minta tolong sangat, tolong tinggalkan Ayden. Mama nak hidup Ayden macam dulu, yang bebas daripada segala bala macam sekarang". Tanpa salam apa semua, terus dia menyerang aku. Aku yakin mesti sekarang semua orang tiada di rumah, sebab itulah mama berani serang aku seperti sekarang.
Aku pandang sahaja mama dan tanpa menghiraukannya, aku pun mengatur langkah untuk meninggalkannya. Aku malas nak serabutkan otak. Dengan Ayden yang begitu, mama yang begini. Nasib baik nenda dan Melissa tiada di sini. Kalau ada juga, memang aku yakin yang aku akan tertekan habis sekarang.
Namun langkahku terhenti apabila tanganku direntap kasar oleh mama. "Jangan biadap! Mama tengah cakap dengan Aisyh ni kan?"
Satu benda yang aku respect walaupun sedikit dekat mama, dia tetap panggil diri dia mama dan dia tidak beraku-kau dengan aku. Sedikit berbeza dengan nenda dan Melissa.
"Apa lagi, ma? Aisyh dah penatlah dengan semua ni. Kalau mama nak Aisyh sengsara, mama dah lama dah menang sebab lepas je mama cakap mama tak pernah restu dengan hubungan Aisyh dan Ayden, hidup Aisyh memang dah sengsara. Sebab, orang yang Aisyh tabik, orang yang Aisyh sayang macam mak sendiri, rupanya musang yang bertopengkan kucing," lemah nada aku menuturkannya sambil mataku redup membalas pandangan tajam mama.
Tangan yang ditahan, aku lepaskan. Kali ini, mama tidak mengejar langkahku. Sentap lettew!
×××
Selesai solat Isyak dan membaca beberapa helaian naskhah Al-Quran serta menghadam tafsirnya, hatiku sedikit tenang. Aku baca surah An-Nisaa, ayat pertama sudah membuatkan aku rasa sangat sentap.
Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam), dan (Allah) yang menciptakan pasangannya (Hawa), daripada (diri)nya, dan daripada keduanya Allah membiakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertakwalah kepada Allah yang dngan namaNYA kamu selalu meminta, serta (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu. (Surah An-Nisa, ayat pertama)
"Serta peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu". Aku ulang dan baca ayat itu daripada tadi. Aku baca surah ini pun secara rawak sahaja, tapi tak sangka dalam pemilihan surah secara rawak ini, Allah ingatkan aku bahawa DIA sentiasa ada di sisi.
Benarlah tidak pernah wujud istilah kebetulan dalam hidup ini. Semuanya telah diatur kemas oleh Allah. Bahkan pertemuan antara aku dan Ayden dari awal pun sememangnya telah Allah rancang dari dulu.
Malah, Ayden kahwin dengan perempuan yang sama dengan wajah gadis yang pernah dia cintai juga, bukan kebetulan. Semuanya takdir. Takdir memang kejam, tapi, akan menjadi manis jika kita bijak melaluinya.
Hmm, tapi aku belum kuat. Apalah dayanya aku, aku hanya seorang wanita yang lumrahnya berhati lembut. Sensitif, setiap kali Ayden mula ingin bandingkan aku dengan Hazel, automatik aku akan rasa geram, marah dan benci terhadap..... suami sendiri.
Berdosakah aku? Berdosakah aku ya Allah?
Bacaan Al-Quran sedari tadi sudah dihentikan. Sekarang, aku sedang duduk termenung di tikar sejadah. Merindu saat-saat Ayden imamkan solatku, rindu saat-saat aku kucup tangan sasanya dan rindukan belaian kasih daripada Ayden walaupun aku tahu semuanya palsu semata.
"Ayden.. Saya rindukan awak. Kenapa semua benda ni terbongkar masa saya dah mula cintakan awak? Kenapa tak terbongkar masa awak dalam proses melamar saya dulu? Kalau masa tu, saya takkan teragak-agak tolak awak. Tapi kenapa sekarang?" aku berbisik sendirian. Di dalam banglo ini, hanya aku seorang di sini.
Kesemuanya pergi menjenguk Ayden di hospital sana. Memang awalnya aku dipaksa untuk ikut serta, tapi, aku memang tak kuat nak hadapi Ayden sekarang. Apatah lagi apabila mendengar ayatnya sebelum aku keluar daripada biliknya tadi.
"I don't want someone like Hazel. I just want Hazel to be mine. Tapi memandangkan dia dah takde, jadi, semua orang tak layak gantikan tempat dia. Termasuk you".
Reaksi aku? Mestilah aku sedih. Ingat hati aku ni kebal ke tak terasa dengan kata-kata dia? Cuma aku dah tak menangis, air mataku dah kering nak menangis. Aku menangis pun apabila aku rasa aku rindukan dia. Rindu akan kasih sayang palsunya.
Setelah aku rasa agak tenang, aku pun mula meletakkan Al-Quran pada tempatnya dan melepaskan telekung dan digantung pada ampaian dan diletakkan di dalam closet. Bilik ini agak besar, tapi memandangkan di sini tidak begitu banyak kenangan bersama Ayden, jadi, aku tidak terasa rindu sangat.
Aku rasa pening-pening sikit sejak semalam. Aku syak yang otak aku dah sarat sangat-sangat dengan maklumat baru yang perlu aku hadam. Mengandung? Aku yakin tidak. Berapa bulan sudah aku tidak disentuh Ayden, mana mungkin aku boleh mengandung.
Kalau mengandung pun apa salahnya? Lagi elok, adalah pengikat antara aku dan Ayden. Tapi tulah, aku yakin yang sekarang aku perlu ikat Ayden dengan usaha, bukannya mengharapkan kandungan yang belum tentu ada.
Aku sentuh perutku. "Kalau aku mengandung pun, seronok ke dengan keadaan Ayden macam sekarang? Buatnya kalau aku mengidam, dibiarkannya je," rungutku seorang diri.
Langkah kuhayun ke katil sambil aku capai telefon bimbit. Latar belakang telefonku adalah gambar kami berdua Ayden. Aku nak tukar, rasa sayang. Tak tukar, rasa tertipu pula dengan senyuman bahagia yang terukir pada wajah Ayden.
Tiba-tiba, ada panggilan masuk. Tertera nama Kak Ana di situ. Walaupun Rheo cakap yang Hazel dan Kak Ana bukan orang yang sama, tapi entahlah kenapa aku rasa insecure sangat. Mungkin aku risau kalau-kalau Ayden jatuh hati pula dekat Kak Ana.
Aku tak mampu nak benci Kak Ana, dia sangat baik padaku. Kalau dia gunakan aku untuk dekat dengan Ayden pun, aku rasa aku terpaksa mengalah sebab Kak Ana lebih layak. Gadis itu full package, lengkap segalanya. Sedangkan aku?
"Assalamualaikum, kak?" sapaku sebaik panggilan aku jawab.
"Waalaikumussalam. Aisyh macam mana? Keadaan Ayden macam mana?" see? Panjang umur.
"Err, Aisyh okay. Ayden dah sedar semalam". Jawabku lemah. Aku tarik balik kata-kataku. Walau sebaik manapun dia, tiada siapapun berhak ke atas Ayden melainkan aku seorang.
Aku takkan izinkan sesiapapun rampas Ayden daripadaku, walaupun orang itu sebaik Kak Ana.
"Alhamdulillah. Aisyh jangan salah faham. Akak tanya pasal Ayden pun sebab akak risaukan Aisyh. Selagi Ayden tak sedar, selagi tulah Aisyh sengsara. Akak tak nak Aisyh sengsara. Walaupun kita baru kenal tak lama, akak dah anggap Aisyh macam adik sendiri. Tengok Aisyh sedih, akak pun rasa sedih. Akak dapat rasa penderitaan Aisyh, mungkin sebab muka kita yang agak sama," kedengaran lembut Kak Ana memujuk, ingin mengusir rasa curigaku terhadap dia.
Haila, macam mana aku nak benci Kak Ana walaupun dapat aku rasa dia simpan perasaan dekat Ayden dengan perangai dia yang macam ni? Tapi dia sentiasa ambil berat terhadap aku dan Ayden masa Ayden koma lagi sedangkan masa tu dia sendiri tahu yang Ayden tiada peluang untuk hidup. Tetapi, dia setia di sisi aku, memberi semangat kepadaku.
Katakanlah dekat aku, macam mana aku nak bencikan dia? Aku tak sampai hati.
"Takdelah, kak. Aisyh malah bersyukur sebab ada akak yang sentiasa ada masa susah senang Aisyh," ucapku ikhlas. Aku tak nak dia rasa bersalah.
"Tugas akak untuk sentiasa berada di sisi Aisyh. Tapi, kalau Ayden dah sedar, kenapa suara Aisyh macam tak semangat je ni?" hmm, ketara sangat ke sampai-sampai Kak Ana dapat tahu tentang keadaan aku sekarang melalui suaraku?
Aku mengambil beberapa saat untuk bersuara. "Kalau saya bagitau ni, please, akak janji dengan Aisyh yang Kak Ana rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan semua orang".
"Ya, janji. Setakat ni, rahsia mana je yang Kak Ana pernah bongkar dekat orang?" betul jugak. Aku dah anggap dia macam kakak dah. Setiap masalah, pasti aku akan ceritakan pada dia. Aku tak berani nak cerita dekat Aira sebab dia sibuk. Dekat Salwa pula sebab aku tahu emosi dia masih tak stabil.
Jadi, aku pilih untuk berkongsi cerita dengan Kak Ana sebab dia memang jenis bukan mulut tempayan. Rahsiaku selamat bersamanya. Jadi, dapatlah sedikit aku redakan jiwa yang kacau dengan nasihat lembut Kak Ana.
"Sebenarnya, Ayden amnesia". Tanpa membuang masa, aku terus menjawab segala persoalan yang mungkin bermain-main di dalam jiwa Kak Ana.
Kedengaran Kak Ana sedikit terkejut di dalam talian sebelah sana. "Ya Allah, dugaan apa lagi ni? Aisyh, banyakkan bersabar tau. Kalau akak boleh drive dari Singapore pergi KL malam ni, memang malam ni jugak akak peluk Aisyh. Sabar banyak-banyak tau," lirih suara Kak Ana di sebelah sana.
Aku tersenyum nipis. "Aisyh okay jelah. Asalkan Ayden dah sedar pun Aisyh dah rasa bersyukur sangat-sangat. Terima kasih Kak Ana tak pernah biarkan Aisyh lemas dalam emosi".
"Aisyh, kan kakak dah cakap yang akak anggap Aisyh macam adik akak sendiri. Jadi, gembira sedih Aisyh, akak pun rasa. Akak nak Aisyh tahu yang akak janji akan sentiasa hargai Aisyh. Akak tak nak dah kenangan lepas berulang kembali. Biarlah akak hilang adik yang paling akak sayang, akak tak nak kehilangan Aisyh pulak. Akak nak ingatkan dekat Aisyh, kalau ada masalah, call akak. Jangan pendam sorang-sorang. Faham tak ni?" suaranya juga kedengaran sengau, dan sesekali dia sedut hingusnya.
Aku yang mendengar tangisannya, cuba menahan diri daripada turut menitiskan air mata. "Faham, kak. Aisyh janji yang Aisyh akan sentiasa kuat. Doakan Aisyh dapat pulihkan semula ingatan Ayden".
"Aamiin," bersungguh-sungguh kedengaran Kak Ana aamiinkan membuatkan aku tergelak kecil. Dia pula yang terlebih beria daripada aku. Kak Ana, Kak Ana.
Setelah agak lama kami berdua berbual, panggilan pun akhirnya diletak. Kak Ana memang begini. Dia memang sentiasa anggap aku seperti adik dia. Sebab tu kalau dia dengar aku sakit hati atau tertekan, mesti dia akan berusaha untuk memberi nasihat yang terbaik.
Katanya, dia tidak mahu kejadian adiknya dulu berulang kembali. Kerana memendam sakit hati yang mendalam, akhirnya adik yang tersayang terlibat dalam kemalangan yang agak ngeri sehingga mengorbankan nyawanya. Aku tak nak tanya lebih-lebih sebab aku tak nak Kak Ana bertambah sedih.
Dia dah cukup banyak tenangkan aku. Aku tak nak hanya disebabkan soalan yang aku kemukakan adalah salah, aku kembali menggamit memori hitamnya. Cukuplah sekadar aku berikan dia kata nasihat walaupun aku tahu, kata nasihat itu apalah sangat. Tidak membantu pun untuk memulihkan emosinya.
Tapi, tak salah kan kalau mencuba? Sekurang-kurangnya aku tolong.
"Ayden, awak adalah Ayden saya. Saya akan pastikan awak lupakan Hazel macam mana awak lupakan saya sekarang. Saya janji saya akan pertahankan rumahtangga kita walaupun semuanya berlandaskan tipu helah. Sebab, Allah bukan saja-saja nak jodohkan kita".
Ayat terakhir itu aku cedok daripada nasihat Rheo. Lelaki yang buatkan aku pening sedikit dengan perangainya. Kalau diam, dia akan diam betul-betul. Kalau dia dah mula buka mulut, dia akan bercakap banyak-banyak dan setiap kata yang keluar adalah benda-benda penting dan bukannya sia-sia.
Ya, aku akan pastikan Ayden milik aku seorang. Bukan hanya jasad, malah hati dia jugak. Hatinya milik aku. Bukan Hazel atau mana-mana perempuan lain. Sebab dia.... Aydenku. Bukan kau, kau mahupun kau!
#Rajin sikit nak taip, so, here we go. Jangan pening-pening, rileks. Sis tahu apa yg korang fikirkan ??
Semoga terhibur dan selamat menghadam. By the way, kepada pembaca baharu, suka untuk sis ingat kan, kalau nk tahu siapa Hazel, sila cek di bahagian prolog. Sekian. I wanna sleep. Mana tahu jumpa Prince dalam mimpi. Hak9. Kbye.
Share this novel