MASUK sahaja kaki aku di dalam kedai buku Popular ni, benda pertama yang aku cari adalah novel. Punyalah aku berazam nak beli buku rujukan Sejarah tadi, boleh pulak hati aku melencong ke tempat lain. Sebab tu zaman belajar dulu, mak dengan abah memang tak suka bawak aku pergi kedai buku. Sebabnya, aku akan mula kumpul koleksi novel-novel terhangat di pasaran. Bak kata mak, kalau aku jual novel-novel tu semua, boleh beli banglo sebuah. Ceh, hiperbola sangat! Haha.
Sedang seronok aku pilih buku, tiba-tiba terasa ada tangan yang merentap bahu aku ke belakang dengan kuat. Aku yang sedikit terkejut, hampir terjatuh namun cepat-cepat aku stabilkan diri. Kurang asam, siapa pulak yang tarik aku macam aku ni manusia paling berat dalam dunia?
Baru sahaja aku nak sound orang tu, orang tu terlebih dahulu sound aku. “Thanks God temukan aku dengan kau dekat sini with no Ayden. Sekarang, kalau aku belasah kau, there’s no Ayden yang akan backup kau! Perempuan perampas!” ah sudah, minah gila ni rupanya. Ayat dia tu, macam nak cakap aku ni hidup bergantung dekat Ayden je. Kau jangan lupa, aku ni kalau marah, dengan senjata Thor tu aku pecahkan!
“Sorry cik, rasanya cik salah orang ni,” okay, bersyukurlah sebab aku masih boleh bersabar. Kalau tak kenangkan yang perkahwinan aku dan Ayden yang dirahsiakan, memang habis perempuan ni aku kerjakan. Punyalah aku sanjungi dia selama ini, eh, tup-tup, perangai dia beribu kali ganda menyimpang daripada apa yang aku fikirkan selama ni.
Aku yakin, beberapa pasang mata sudah mulai difokuskan ke arah kami berdua. Dan sudah pasti ramai yang akan buat andaian sendiri. Mesti ramai yang sudah setkan minda mereka dengan mengatakan aku sekarang dah jadi perampas laki orang walaupun hakikatnya Melissa dan Ayden tidak ada apa-apa hubungan. Mesti aku jugak yang akan jadi mangsa keadaan sebab ganggu hubungan orang. Oh come on, yang berdiri di depan aku sekarang adalah Melissa Rose, anak dato’ yang tidak kurang terkenalnya dengan keluarga Ayden. Hubungan dia dan Ayden bukanlah satu benda yang asing lagi bagi manusia-manusia di seluruh dunia.
Dan sekarang, kalau aku keluarkan kenyataan yang Ayden pilih aku, memang tidak akan ada orang yang percaya. Sebabnya, aku ni guru biasa, datang dari keluarga yang juga biasa-biasa. Kalau yang kenal aku pun, rakan sekerja, pelajar dan orang kampung. Itu saja. Aku tak kenal orang-orang besar yang akan tolong sebarkan cerita benar dekat orang. Alih-alih, aku juga yang akan tampak salah di mata mereka.
Dia tersenyum sinis. Cis, sinis-sinis macam tu pun masih nampak cantik. Aku kalau senyum macam tu, memang nampak betul macam watak antagonis. Untunglah ada muka yang cantik.
“Attention guys! This woman, dia ni adalah perampas. Dia rosakkan hubungan I dengan Ayden. This poor girl, ada hati nak hancurkan hubungan I dengan Ayden. Yahh, memang now Ayden pilih dia sebab dia dah guna-gunakan Ayden sampai-sampai Ayden melutut dekat dia. And, kepada sesiapa yang tahu macam mana nak ubatkan mereka yang terkena sihir, please dm me dekat Instagram. I nak ubatkan Ayden,” berderau darah aku dengar ayat yang keluar daripada mulut perempuan ni.
Langsung tak bertauliah cara dia nak malukan aku. Kalau aku jadi dia pun, aku takkan cakap depan orang. Baik aku pergi jumpa reporter untuk majalah-majalah terkenal, bagitau dekat situ. Ini tidak, nak jugak buat pengumuman macam orang meroyan dekat publik.
Tanpa sengaja, aku menarik tangan Melissa supaya jauh daripada situ. sempat aku bagi amaran yang akan menampakkan aku betul-betul sebagai seorang pesalah.
“Siapa yang cuba selamatkan dia, saya akan belasah. And, saya tak perlu pun nak guna-gunakan Ayden kalau saya nakkan dia. Saya akan jumpa dia sendiri dan luahkan. Tapi sayang, saya memang tak tahu siapa lelaki yang perempuan ni maksudkan,” ujarku sambil mengheret Melissa keluar daripada kedai buku ini.
Meronta-ronta dia minta dilepaskan. Mana tidaknya, kedua-dua belah tangan dia aku genggam dengan satu tangan kecil aku ni. Aku kalau dah marah, benda nampak mustahil tak akan jadi mustahil. Siapa suruh cari pasal dengan Aisyh.
Setelah tiba di kawasan yang sedikit lengang, terus aku tolak tubuh tinggi lampai Melissa ke dinding. Terkejut jugak dia apabila aku buat sedemikian rupa. Hah, siapa suruh cari pasal dengan Aisyh.
“Saya taknak cari pasal dengan cik, tapi, cik buatkan saya macam saya takde maruah depan orang ramai!” suara aku separuh menjerit. Aku tak nak ada orang yang sedar kami di sini. Aku heret dia ke sini tadi pun guna kelajuan cahaya. Nasib baik minah ni pakai heels, lancarlah sikit perjalanan sebab geseran kurang.
Dia betulkan kedudukannya. Wajahnya memang marah dan pantas sahaja tangannya menampar pipiku. Mahu tak berdesing rasa telinga aku dibuatnya, tetapi cepat-cepat aku gelengkan kepala untuk hilangkan denyutan di kepala.
Amarah aku yang semestinya belum reda, semakin bertambah-tambah apabila tangan jijik itu menyentuh pipi aku. Belum sempat dia berkata apa, giliran aku menunduk dan tarik heels di kedua-dua belah kakinya dengan pantas. Disebabkan dia belum sedia dengan apa yang aku buat, terus dia terjatuh terjelepuk di depan mata aku.
Kuat dia menjerit akibat hentakan kuat punggungnya pada jubin lantai. Cacat? Lantak dialah, nak sangat kan bergaduh dengan aku. Apabila jeritan dia semakin nyaring, terus aku sumbatkan heelsnya ke dalam mulut yang berlipstik matte berwarna merah menyala itu. Tangannya pula sempat aku tangkap dan pusingkan ke belakang. Ala, macam yang polis selalu buat masa tangkap penjahat tu.
Dengan kekuatan amarah seorang Aisyh, aku tahan kedua-dua belah tangannya hanya menggunakan sebelah tanganku manakala sebelah lagi aku gunakan untuk tarik rambut panjang yang tak diikat itu. Meronta-ronta dia minta aku lepaskan tapi aku peduli apa? Siapa suruh kejutkan harimau yang sedang tidur. Dia ingat aku ni macam heroin sinetron tu ke tak pandai nak membalas? Huh, silap besar kalau dia fikir aku jenis mudah mengalah macam tu.
“Ini amaran pertama dan terakhir. Kalau Cik Melissa berani-berani buat saya macam tadi, saya takkan teragak-agak buat benda yang lebih daripada ni. Ini baru sikit, Cik Melissa. Saya bukan setakat boleh tahan badan Cik Melissa macam sekarang, bahkan saya boleh buat Cik Melissa makan minum berak guna tiub. Jangan cakap saya tak warning,” sebelum aku lepaskan tangannya, sempat aku tarik beberapa helai rambut dia secara mengejut. Baru puas hati aku dapat balas apa yang dia buat.
Setelah puas hati, aku pun tinggalkan Melissa yang semestinya sudah lemah. Apabila aku berada sedikit jauh daripadanya, dapat aku dengar dia menjerit cakap, “Perempuan bodoh!” bodoh tak bodoh, janji aku puas.
×××
Petang ni tiada kelas. Lepas je aku bergaduh dengan Melissa, terus aku hilang mood hendak membeli buku rujukan. Nak tak nak, aku kena buka internet untuk persiapan mengajar esok. Arghh, kalaulah ada buku rujukan, tak adanya aku akan bukak benda lain selain daripada persiapan untuk esok. Ini, kalau aku dah pegang telefon, paling awal aku cari bahan untuk esok adalah ja 1.00 pagi nanti.
Mana tidaknya, masa inilah jari rajin nak gesek segala jenis aplikasi di dalam telefon ini. Yang tak pernah menarik sebelum ini, boleh jadi sangat menarik sekarang. Ah sudah, macam mana ni?
Sedang aku seronok stalk instagram milik calon encik somi, tiba-tiba nama calon encik somi terpampang di skrin telefon bimbit. Aku tanpa berfkir panjang terus angkat panggilan daripada Ayden.
“Assalamualaikum,” jawabku sambil tersenyum lebar. Tak apa, Ayden bukan nampak pun.
“Waalaikumussalam. Aisyh, bersiap. Nenda nak jumpa. I ambik you dalam 30 minit dari sekarang,” kedengaran serius suara Ayden. Belum sempat aku jawab apa-apa, Ayden terlebih dahulu meletakkan panggilan.
Pelik. Kenapa pulak laki ni dingin semacam? Ke dia ada penyakit sindrom nenda? Sebab lepas sebut nama nenda, terus dia dingin. Hmm. Lantaklah, yang pasti aku kena bersiap sebelum mamat tu main terjah masuk je rumah aku. Nasib baik muka handsome, kalau tak, adalah yang makan kaki aku kelak sebab suka hati je buat keputusan sendiri.
×××
Di dalam kereta, hanya kesunyian yang melanda kami. Aku nak berbual dengan Ayden, takut pulak aku nak bertegur dengan urat timbul di dahi. Sikitpun dia tak pandang aku. Aku ada buat salah ke apa?
Semasa aku terpandang cermin pandang belakang, mataku dan Abdul Haq bertentangan buat seketika. Terus aku bagi isyarat mata buatnya, menyoal dalam diam tentang orang kat sebelah. Risau aku kalau-kalau aku kena gusti dek Ayden. Tak dapat aku bayangkan muka aku kemek sebelah.
Abdul Haq hanya angkat kening dan membuatkan aku rasa nak flip kereta ni dan baling ke dalam gaung. Aku tak faham isyarat dia! Aku kerutkan wajahku sebagai tanda aku tak faham dengan isyarat dia. Tapi apa yang dia balas buatkan aku berasa sangat menyesal bagi isyarat dekat dia.
Adakah patut dia cuma julingkan matanya ke atas sahaja? Dia ni dah puas hidup ke macam mana? Jangan sampai aku cucuk mata dia. Aeh, kalau aku cucuk kang, dengan aku sekali yang pergi ke alam barzakh. Jangan Aisyh jangan. Jangan buat kerja gila.
Perjalanan yang bertemankan kebisuan akhirnya sampai ke destinasi. Ayden tak seperti selalu. Langsung dia tak pandang muka aku. Apa salah aku ek? Ke muka aku macam zombie? Ke, ada cili celah gigi? Ataupun, makeup aku serupa lelaki? Ahh, serabutlah! Sesungguhnya lelaki sukar difahami! Pening aa macam ni.
Sebelum Abdul Haq keluar, sempat aku genggam kot hitamnya pada bahagian bahu. “Kenapa dengan Ayden?” soalku separuh berbisik.
“Cik masuk dalam dulu, baru cik tahu apa sebabnya,” jawabnya dengan suara beku sebeku mukanya. Cis, tak menjawab soalan aku langsung!
Aku lepaskan bajunya cepat-cepat sebaik terpandang mata helang Ayden menjeling aku dari luar. Eee, bukan aku raba pun badan sasa pekerja dia ni. Tu pun nak cemburu! Cemburu? Oh please Aisyh, jangan perasan sangat okay.
Aku pun cepat-cepat melangkah keluar dan apabila sudah berada di luar, aku terpaksa pula kejar langkah Ayden yang terus sahaja menuju ke pintu utama rumah agam tersebut. Mamat ni dah kenapa sebenarnya? Ada yang aku sembelih hidup-hidup ni kang!
Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah agam, terus aku diserang Nenda Marissa. Nasib baik Ayden ada untuk tahan tangan orang tua itu daripada terus berlaga dengan pipi aku. Apa hal orang tua ni? Biasanya orang akan berlaga pipi, dia pula melaga tangan dia dengan pipi. Memang dulu tak belajar adab eh?
“Buat apa Ayden nak pertahankan perempuan pembunuh ni?!” jerit Nenda Marissa. Pembunuh? Dia panggil aku pembunuh? Terus mata aku tangkap susuk tubuh Melissa yang sedang duduk menangis di sofa di ruang tamu tersebut. Heh, ni mesti kes tadi.
“Kita dengar penjelasan Aisyh dulu,” tegas Ayden. Aku pandang sisi wajah Ayden yang sedang kemerahan, menahan marah mungkin? Ni mesti kes dia pun dah termakan dengan kata-kata penipuan Melissa tu. Entah perisa apa yang minah tu tambah, aku tak pasti. Yang pasti, lelaki di sebelah aku sekarang dah nampak marah tahap gunung berapi.
“Nak dengar apa lagi? Dah sah-sah muka Melissa biru dia kerjakan! Ni calon isteri yang kamu nak? Ni? Rosaklah syarikat besar kita kalau orang tahu isteri kepada pengerusi syarikat adalah perempuan pembunuh!” jerit Nenda Marissa lagi. Aeh, dia ni belum pernah kena penumbuk eh? Ni kalau aku tumbuk, memang keluar semua gigi palsu dia ni.
Aku genggam penumbuk. Bimbang kalau aku tak dapat tahan kemarahan aku. “Setakat ni, tangan saya bersih daripada sentuh kes pembunuhan,” suara aku kedengaran bergetar. Aku tahu sekarang emosiku dalam keadaan tak stabil. Aku nak marah dan menangis sekaligus. Aku tak tahulah apa yang Melissa tu cakap dekat keluarga ni sampai-sampai aku dicop pembunuh.
“Aisyh, betul ke you.. nak bunuh.. Melissa?” mata Ayden mencerlung tajam pandang aku. Dan, apabila aku dengar soalan itu keluar daripada mulutnya, entah kenapa rasa sakitnya lebih sakit daripada semua rasa cacian yang selama ini aku terima?
“Jadi, awak suruh saya datang sini nak mengaku satu benda yang saya tak buat? Macam tu?” aku tentang pandangan tajam Ayden. Aku berani sebab aku benar. Biarlah dia nak tumbuk aku ke apa, takkan aku berganjak daripada kebenaran.
“Habis tu, kenapa badan Melissa lebam-lebam?” soal Si Nenda pulak. Haih, ni kalau kaki aku panjang, dah lama hinggap pada muka orang tua tu. Fuh, nasib baik Allah tak kurniakan aku keistimewaan macam Luffy, kalau tak, tak pasal-pasal hari ni aku jadi makhluk paling kurang ajar sekali dekat dunia.
“Dia lebam sebab saya belasah dia. Dia bukak mulut dekat public pasal saya rampas Ayden daripada dia. Dah tu, dia hina saya depan semua orang. Jadi rasanya, tak salah kalau saya belasah dia untuk pertahankan diri. Kalau awak semua tak percaya, terserah. Lepas ni, tengoklah TV. Saya yakin ada disiarkan dalam tu. Tak pun, bukak je Instagram gosip-gosip. Mesti banyak muka saya terpampang dekat sana atas sebab rampas boyfriend orang”.
Sebab aku tahu kemarahanku ini akan disertakan dengan tangisan, jadi, aku pun cepat-cepat berlalu dari situ. Sempat aku pandang wajah bengis nenda dan Melissa. Rasa nak hempuk sorang-sorang je tengok muka tu. Dasar antagonis cerita Melayu!
Setelah agak jauh aku berjalan, tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti di sebelah. Kawasan ni masih lagi kawasan rumah nenek sihir milik Si Ayden ni, jadi dah tentu-tentu ni kereta Ayden. Aku pandang sekilas dan kemudian aku berjalan lagi.
Dalam pada aku berjalan, aku merungut sebab jauhnya rumah nenda ni nak pergi ke gate utama, dah macam pusing satu pusingan padang. Jauh siot!
“Aisyh, wait!” suara Ayden. Aku jeling tajam pandang dia dan aku tarik lenganku daripada genggaman tangan dia.
Kemudian, dia tiba-tiba sahaja sudah berdiri di hadapanku. Ni kalau aku gunakan kelajuan cahaya, memang sah-sah aku akan terjatuh atas badan dia.
“Tepilah!” marahku sambil menolak tubuhnya menggunakan beg tanganku. Namun, dia tahan kedua-dua belah tanganku sambil memaksa aku untuk pandang dia. Dah kenapa nak cari pasal? Aku korek biji mata kau kang! Bebel aku dalam hati.
Wajah serius itu sedikit sebanyak membuatkan aku kecut perut. Tapi, dalam hal ni, aku tak bersalah pun! Dia yang bersalah sebab tuduh aku bukan-bukan. Kenapa dia pulak nak marah? Apeni? Jalan cerita apakah ini? Tolonglah jangan buat jalan cerita jadi macam ni.
“Masuk kereta”. Aku masih berdiri dengan wajah yang aku yakin masam lebih daripada cuka.
“Now”. Ringkas dan nada biasa, tapi ada ketegasan membuatkan aku cepat-cepat lepaskan tanganku daripada genggaman tangan dia. Aku hentak-hentak kaki sambil menuju ke arah keretanya.
Kau nak sangat kan mainkan aku. Siap kau!
Aku bukak pintu kereta mewah tu dan apabila aku dah masuk, aku hempas kuat-kuat. Nampaklah yang wajah Ayden agak terkejut, tapi cepat-cepat dia cool kan balik. Hah, puas hati aku. Kau ingat senang ke nak mainkan Aisyh.
Ayden masuk kemudiannya. Tanpa pandang wajah aku, dia pun mula hidupkan enjin kereta dan tak sampai lima minit pun, kami berdua sudah berada di luar kawasan rumah puaka ni.
Tak lama lepas tu, Ayden berhentikan kereta di tepi jalan. Dia longgarkan seat belt dia dan badannya dipusing menghadap aku.
Aku dapat rasa dia pandang aku lama, tapi aku tetap dengan telefon bibit di tangan. Macam-macam aku scroll sebab nak hilangkan rasa gemuruh. Entah tiba-tiba rasa marah tadi boleh hilang macam tu je dan sekarang aku rasa macam nak melompat keluar daripada kereta ni. Tapi tulah, badan macam kena paku terus kat tempat duduk.
“Aisyh..” ah sudah. Dia guna suara serak macho dia pulak. Aku masih tak layan, rasa sakit hati masih tersisa walapupun sekarang rasa itu semakin menipis dek disebabkan rasa berdebar yang mengambil alih hati aku sekarang.
“Aisyh, I bercakap dengan you ni”. Tegas dalam lembut. Aku masih tak layan, sebaliknya terus fokus dengan telefon bimbit aku.
“Kalau you tak pandang I, jangan salahkan I kalau I cium pipi you,” ugutannya kali ini berjaya memancing aku untuk pandang dia cepat-cepat. Dasar! Belum kahwin pun dah berani!
“Awak nak apa ni? Cakap jelah, tak payahlah nak ugut macam tu. Cakap macam dah kahwin,” marahku sambil pandang dia dengan wajah tak puas hati.
Dia tersenyum. Macho dan handsome berkolaborasi menjadi satu. Hmm, mamat ni satu hal. Kalau dah pandang muka dia, dah macam terkena nikotin aku. Ketagih!
“I’m sorry,” ucapnya dengan wajah mintak simpati. Aku pulak malas nak layan, jadi aku julingkan saja mataku ke atas. Aku nak tengok sebenarnya, sejauh mana dia akan pujuk aku.
“Aisyh, sorry. Habis, you tu cakap yang bukan-bukan dekat Melissa. Mana taknya I marah”. Hah, kali ni aku tertarik nak dengar. Entah apa minah sewel tu bagitau dekat calon somiku ni, aku nak tahu. Yelah, dah segala urat saraf Ayden timbul dan muka dia macam nak terkam aku, mustahil minah tu tak tokok tambah cerita.
“Dia cakap apa?”
“She said that you nak kahwin dengan I sebab terpaksa. You kahwin pun sebab nakkan harta I. Yang tu I tak kisah sebab memang tugas I sebagai suami bagi you nafkah. Tapi, I tak boleh terima bila Melissa cakap, you kahwin dengan I sebab you nakkan ex you suruh you kahwin untuk dapatkan harta I. Bila dah dapat, you akan tinggalkan I and..” belum habis kata-kata Ayden, terus aku potong. Sakit hati jugak aku dengar Si Melissa ni cakap, macam tahu-tahu je hal peribadu aku. Siap dengan ex aku sekali dia bawak masuk dalam topik ni.
“Dan awak percaya macam tu je? Tak tanya lagi bagi pihak saya?” serius aku terkilan dengar penjelasan Ayden. Sampai hati dia lebih percayakan kata-kata Melissa dan tak tanya pun dekat aku samada benda tu sahih ataupun tak. Memang orang kaya memang macam ni ke? Suka dengar cerita daripada sebelah pihak saja?
Dia diam buat seketika manakala aku malas nak pandang dah muka dia, jadi aku pandang balik skrin telefon bimbit aku. Lebih elok aku pandang wajah Seunghoon Oppa aku ni daripada pandang muka dia. Buat sakit hati je.
“I tak nak percaya, tapi, I takut kalau benda tu betul,” lama baru dia bercakap semula.
Aku hela nafas, berat. “Kalau macam nilah perangai awak, tak tanya lagi dah buat kesimpulan sendiri, awak agak-agak, mana halatuju rumahtangga kita nanti?” nah, aku bagi kata-kata deep yang selalu para guru kaunseling bagi masa program motivasi untuk pelajar PT3 dan SPM.
Dia menunduk, pertama kali aku melihat Ayden yang angkuh, menunduk depan mata aku macam sekarang. “Kalau kita dah halal, I nak pegang tangan you untuk minta maaf. I betul-betul minta maaf. I takut sebab I sayangkan you. Cintakan you. Can you please forgive me?” dia angkat wajah, tentang pandanganku. Pertama kali kening yang sebelum ini aku selalu nampak angkuh, hari ini melengkung semata-mata meminta satu kemaafan daripada aku.
Lama aku diam dan lama tulah dia tenung wajah aku. Sebab aku rasa tak selesa, akhirnya aku pun angguk dengan wajah tak puas hati. “Eee, yelah-yelah. Saya maafkan. Dah, tak payah buat muka mintak kaki macam tu. Jalan cepat, saya dah lapar ni”. Padahal, hati aku dah macam ombak tak rindu dah sebab bergelora sangat. Dia punya renungan tu, boleh tembus dari mata sampai ke hati. Tadi nak marah boleh jadi gementar. Ish!
Dia tersenyum, manis sangat. Haih, kalau lama-lama dia bagi aku senyuman macam ni, entah diabetes tahap kronik aku dibuatnya.
“Thanks sayang. Eh, Aisyh,” dia tergelak kecil manakala aku rasa punggungku dah macam nak berasap dah. I believe I can fly!
Aku berlagak cool walaupun aku tahu sel muka aku tak bagi kerjasama sekarang. Susah betul nak paksa supaya jangan bagi apa-apa reaksi. Tapi, bibirku dah mula mengukir sedikit senyuman. Aisyh, gatal nau!
Aku tarik dan hembus nafas, nak bagi diri sendiri bertenang. Lama kami mendiamkan diri setelah kereta ini mulai bergerak meninggalkan kawasan tadi.
“Aisyh, cincin you mana?” soal Ayden tiba-tiba. Eh, dia perasanlah! Good then.
“Saya buang”. Jawabku selamba.
Nampaklah wajah dia berkerut dari tepi. “You marah sangat ke tadi sampai-sampai buang cincin kita?” agak terkilan nada suaranya.
“Yes. Tadi, saya berniat nak putus tunang. Saya menyesal buat keputusan nak kahwin dengan orang yang tak percaya dekat saya,” aku terus mengasak emosinya walaupun sekarang aku rasa nak tergelak guling-guling tengok muka Ayden yang semakin berkerut. Masa nilah nak kenakan dia puas-puas. Lepas kahwin nanti, kena jadi isteri solehah supaya tak jadi isteri durhaka.
Aku nampak dadanya mula naik turun dengan kadar tak teratur walaupun wajahnya tampak cool. Hah, ambek kau. Aku nak bagi pengajaran sikit supaya lepas ni tanya dulu, jangan main sembur je.
“Sampai macam tu sekali?”
Aku angguk.
“Sorry. Tapi, you campak dekat mana cincin tu?”
“Dalam longkang. Kenapa? Nak ambik balik?” ujiku lagi. Tengok reaksi kecewa yang menghiasi wajah macho itu membuatkan perut aku keras tahan gelak.
Dia diam dan tiba-tiba nak buat U-turn. Tapi, cepat-cepat aku halang. “Eh, awak nak buat apa ni?”
“Nak balik rumah kejap, nak cari cincin tu. Sakit hati I tengok cincin tu takde dekat jari you”. Melopong terus mulut aku dengar dia cakap macam tu. Aduh, serba salah pulak mainkan mamat ni.
“Tak payah, tak payah. Awak bawak je saya makan dulu. Perut saya dah berbunyi ni nak makan”.
Dia jeling aku. “No makan-makan sampai cincin tu jumpa. Siapa suruh buang? Belum putus tunang dah buang,” marahnya dengan rahang ditahan agar tidak diketap dengan kuat. Aku telan liur tengok Ayden macam tu.
“Dah, dah. Tak payah. Ni, ada ni. Saya saja nak usik awak,” cepat-cepat aku ambik balik cincin dalam beg tanganku. Ish, nak main-main pun susah.
“Aisyh!” dia jegilkan matanya pandang aku. Lepas tu, dia tarik dan hembus nafas. Wajahnya yang ketat segera diraup dan kemudian sambung semula fokusnya memandu.
“Jangan salahkan saya. Awak yang buat saya macam ni. Tapi, takkanlah saya nak buang cincin ni. Kalaupun saya nak putus tunang dengan awak, baik saya jual cincin ni. Dapat duit daripada buang”. Usikku lagi membuatkan dia jeling aku di sebelah.
“Aisyh, I takkan lepaskan you walau apapun yang jadi. Itu janji I. Jangan gurau macam ni, tak kelakar tahu tak? Cincin tu lebih berharga daripada harga dia sebab you yang pakai,” fuh, mamat beku bagi ayat cair dia.
Aku sarungkan cincin tu semula pada jari manisku sambil tersengih. Macam kelakar je rasanya. Punyalah tadi kami berdua sakan bergaduh, tiba-tiba baik pulak. Akulah puncanya, cepat sangat memaafkan.
“Aisyh, I minta maaf pasal tadi. I tahu I tak patut buat you macam tu. Tapi, I risau sangat kalau apa yang Melissa cakap tu betul. Maafkan I?” tanpa pandang wajah aku, dia terus bercakap.
“Ya, saya maafkan. Dah, lupakan pasal tadi. Sekarang, saya nak makan. Lapar!”
Aku nampak dia tersenyum nipis dari tepi. Dari tepi pun handsome, aduh!
“Thanks, Aisyh. Tak lama lagi akan kahwin. Tak sabar nak praktis apa yang kita belajar dalam kursus kahwin hari tu”.
Cettt, gatal! Walaupun aku tertidur masa kursus kahwin tu, tapi aku faham apa yang dia cuba sampaikan sebab tiba-tiba time tu jugak aku terbangun. Ceh, telinga aku yang gatal tiba-tiba!
“Awak ingat kita kahwin untuk tu je ke?” lelaki, memang tak lain tak bukan. Fikiran kotor sangat!
Dia tergelak lagi. “Banyak lagi sebenarnya. Tapi, tu salah satu”.
Aku jeling mamat ni kat sebelah.
“Eee, kuning! Kita belum kahwin lagi okay. Jangan nak cakap benda-benda macam tu. Geli!” seriuslah aku memang geli cakap benda-benda gini, apatah lagi dengan keadaan yang masih berstatus bujang ni. Lagilah geli.
“You tu yang kuning. Macam tahu je apa yang I fikir”.
Cehhh, apeni? Aku pulak yang kena?
“Dah, dah. Tutup mulut. Senyap. Zip. Nanti-nanti cakap pasal ni,” tak boleh dibiarkan sangat makhluk ni bercakap. Nanti makin ke lain pulak.
Dia tertawa sahaja. “Nanti-nanti tu, bukan cakap je tau. Praktis. Practice makes perfect”. Semakin galak dia ketawa. Aku pulak dah naik 100 darjah celcius suhu wajah. Malu betul aku dengar ayat dia tu.
“Ayden please”. Rasa nak sembunyikan wajah dalam seat kereta je. Sangat-sangat malu aku dengar. Dia ni belum kena hempuk lagi agaknya.
“Thanks sebab maafkan I”. Ucapnya lagi dan lagi.
“I janji I akan jaga hati you macam mana mak dan abah jaga you selama ni. Walaupun tak sehebat mereka, tapi, I akan cuba sedaya upaya jaga hati seorang Aisyh sebab hati Aisyh adalah hati Ayden”. God! Ayden please! Aku dah tak sanggup dengar, sel muka aku dah nak senyum-senyum je ni!
“Okay”. Ceh, padahal aku nak bagi satu karangan 350 patah perkataan dekat dia. Tapi, sebab terlalu gembira, tu je ayat yang keluar daripada bibir aku.
Aku curi-curi pandang Ayden di sebelah dan pffft, kantoi sebab dia pun tengah pandang aku! Mana nak sembunyikan wajah ni.
“Kalau nak pandang, pandang jelah. Tak payah curi-curi tengok. Kalau nak tangkap gambar pun takpe. Boleh buat bantal peluk malam nanti”.
“Ceh, perasan”. Padahal, memang tu pun kerja aku setiap malam. Tapi takdelah sampai jadi bantal peluk. Cukup syarat je, aku pandang gambar dia sampai terlelap supaya dapat masuk mimpi. HAHA!
#Do comment to read the next chap
#Sorry for taking masa yg lama
#Sis bru hbis exam seminggu yg lpas
#Sorry again.
#Sorry chap yg diambil masa yg lama, x seindah yg disangka
#Semoga terhibur
Share this novel
pfft tu ape? hahaha
xde ig ke