Sorry lambat update. And now, sis bagi double update. Semoga trhibur. Do vote n comment ya??
?
AYDEN??AISYH
"ALAHAI, comelnya Aisyh pakai baju chef".
"Orang dah cantik, pakai baju chef besar pun nampak comel".
"Baju dengan kulit dah hampir sama kaler dah. Sejak dua menjak ni Aisyh nampak makin putih. Pergi buat injection ke?"
"Ni kalau sekali tengok, macam Aisyh. Tengok kali kedua, macam jodoh pulak!"
Dan banyak lagi komen mereka berkenaan pakaian aku hari ni. Tiba-tiba rasa bersayap pula hari ini mendengar pujian daripada mereka. Hidung pun aku tahan supaya tidak nampak begitu ketara mengembang.
Berkenaan baju ini pula, aku dan Ayden boleh bergaduh. Bukannya apa, aku malaslah nak pakai baju chef yang betul-betul macam yang aku pakai sekarang sebab lepas ni kena ganti baju jugak sebab ada sukan untuk para guru.
Kalaulah aku pakai baju sukan dan pakai apron, rasanya tak adalah aku kena berganti dua tiga kali. Ini tak, bersungguh jugak dia nak beli. Aih aaaa, dia pulak yang lebih-lebih nak bagi aku ikut tema. Nasib baik sayang, sebab tu aku pakai baju ni walaupun masuk sekolah muka cemberut gila walaupun banyak pujian aku yang dapat.
"Nasib baik hari ni takde pertandingan model muslimah. Kalau ada, mesti Aisyh yang menang". suara sumbang itu sudah mulai kedengaran. Aku jeling Ammar Faiz dan tayang senyum palsu.
Pengerusi projek kata kena duduk dalam kumpulan. Ceh, dia ingat kami ni budak sekolah ke apa sampai-sampai kena susun macam ni? Nanti, pandai-pandailah susun masa dekat pentas nanti. Tak pasal-pasal kena skodeng dua ekor ulat bulu dari meja depan.
"Amboi, Faiz. Ada hati dekat Cikgu Aisyh ke?" tegur Cikgu Siti, satu-satunya kawan perempuan aku dalam kumpulan chef ini. Cikgu awet muda, masih cantik lagi walaupun sudah mempunyai anak seramai 5 orang dan kini sudah berusia 39 tahun.
Dia tersengih sambil melirikkan mata ke arah aku. Aku hanya tayang senyum palsu yang memang ketara palsunya.
"Cikgu Aisyh, daripada hari tu perasan cikgu pakai cincin. Dah ada yang punya ke?"
Aku pandang cincin di jari. "Dah cikgu. Pengiran brunei 10 tu, suami sayalah tu," gurau aku membuatkan Cikgu Siti di sebelah sudah tergelak.
"Amboi, high taste ya? Bukan alang-alang, anak sultan Brunei jugak Cikgu Aisyh nak rembat. Kalau macam nilah punya tinggi selera dia, memang takde chancelah anak-anak saya meminang cikgu," Cikgu Siti menyambut gurauan aku. Amyr dan Ammar Faiz yang sedari tadi duduk di meja hadapan, tidak aku hiraukan walaupun ketara perbezaan riak wajah mereka.
"Anak cikgu? Bukan anak cikgu yang paling sulung tu perempuan ke?" mendengar soalan dungu aku, terus terletus tawa Cikgu Siti membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arah meja kami.
"Alahai, takkanlah saya nak jodohkan cikgu dengan anak perempuan saya. Kiamat dunia kalau bagi cikgu kahwin dengan anak perempuan saya. Ni haaa, anak saya yang saya maksudkan," ujar Cikgu Siti sambil menunjuk Amyr dan Ammar Faiz yang masing-masing tengah melayan telefon bimbit.
Aku pandang mereka berdua sekilas. Ha ha. Kelakar sangat. "Nampaknya macam tulah. Lepasni saya quit jadi cikgu, jadi suri rumah separuh masa". Kami masih lagi berbual benda bongok macam ni. Sedangkan ada beberapa orang guru sedang berbual tentang masa depan pelajar.
Cikgu Leh dan Cikgu Jali pula asyik dengan kisah memancing mereka. Macam-macamlah yang dibualkan sementara menunggu majlis bermula.
"Separuh masa? Kenapa tak sepenuh masa?"
"Sebab separuh masa lagi saya guna nak kikis harta dia. Dah cukup harta saya kikis, saya bawak balik Malaysia," hmm, nasib Cikgu Sitilah berbual dengan orang senget macam aku. Tapi tulah, semakin galak cikgu itu ketawa membuatkan aku tergelak sama.
"Aduhai, kalau macam nilah perangai cikgu, jangankan Pengiran Brunei-10 tu je tolak cikgu, silap-silap Tuan Neil Ayden Raeqal kita pun takut nak jadikan cikgu isteri," mendengar sahaja kata-kata itu, terus aku tersedak air liur.
Berair mata aku sebab terbatuk kuat membuatkan mereka sedikit cemas menghulurkan aku minuman yang aku bawa. Amyr bukakan penutup manakala Ammar Faiz hulurkan bekas air berisi Dutch Lady susu sejuk kepada aku.
"Thanks," ucapku dengan sisa batuk yang masih kedengaran. Terkejut beruk aku dengar gurauan itu. Rasanya beruk pun tak terkejut macam aku.
"Amboi, sampai terbatuk-batuk bila sebut pasal tuan kaya tu. Kena istikharahlah lepasni, nak pilih Malaysian ataupun Bruneian".
Aku kawal pengaliran keluar masuk liur bagi mengelakkan kes tersedak air liur sendiri berlaku untuk kali kedua. Berkenaan dengan kata-kata Cikgu Siti, mahu sahaja aku gelak puas-puas. HAHAHA CIKGU SITI. MALAYSIAN OF COURSE. DAH SARUNG CINCIN PULA TU!
Tapi aku suarakan dalam hati jelah.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara ketua pengawas di muka pintu bilik guru. Ya, lupa cakap yang kami sekarang sedang menunggu di bilik guru sebelum melangkah ke tapak perhimpunan.
"Okay, semua cikgu boleh bergerak ke tapak perhimpunan sekarang".
"Penaja kita dah sampai ke?" tanya pengerusi.
"Belum lagi. Tapi, pengetua suruh teruskan majlis kita sebab mereka mungkin lambat datang".
Pengerusi mengangguk dan meminta kami untuk berarak ke tapak perhimpunan dengan diiringi para pelajar yang turut berpakaian cantik pada hari ini. Ohmagad, inikah keistimiewaan jadi cikgu? Bila di dalam kelas, pelajar hormat. Bila ada hari guru macam ni, pelajar raikan.
×××
Kalau dah sekepala, duduk tempat sama, guru tak guru, memang menjadi jugalah perangai. Aku dan Salwa tak habis-habis bersorak sebaik persembahan tamat membuatkan kami berdua asyik menjadi perhatian para guru yang lain.
"Wa, kau tengok tu Wa. Kalau dah besar, mesti handsome budak tu," aku menunjukkan ke arah kumpulan pelajar yang sedang mempersembahkan persembahan koir. Di situ, pelajar lelaki bermuka jambu sedang memberi arahan kepada ahli kumpulannya.
Salwa tergelak di sebelah. "Gilalah kau. Kau tu cikgu, jangan jadi pedofil please".
Aku tampar bahu Salwa. "Bongoklah. Aku puji je kot. Mana tahu dia jodoh anak aku ke satu hari nanti," Salwa semakin galak tertawa. Sebenarnya Salwa duduk di hadapan, tapi lepas ternampak aku, dia duduklah di belakang supaya senang kami berdua membawang.
Ada juga cikgu yang agak over sedikit pakaian hari ni. Kumpulan model lah katakan. Tapi, walaupun model, kenalah ikut piawaian berpakaian! Kang jadi ikutan budak sekolah, tak ke naya. Pun jadi topik perbincangan kami berdua sampai-sampai ustaz yang sekumpulan dengan Salwa tak habis-habis berdehem daripada tadi. Kami berdua hanya mampu tersengih memandang ustaz muda itu.
"Wa, ustaz pun tak kurang handsome. Muka pun suci je. Kau tak nak ke try, mana tahu jadi imam masjid korang berdua?" aku berbisik dekat Salwa dengan suara yang seminimum mungkin. Yelah, dah ustaz tu duduk depan Salwa je.
Kali ini, Salwa ketuk kepala aku dengan buku limanya. Sakit woi, dahlah tangan minah tu besar. Ketuk pula kepala comel aku ni, boleh amnesia tau! "Bodohlah kau. Dia tu duda anak sorang. Kalau dia cari bini pun, dia akan cari yang solehah. Kalau setakat aku yang selalu terpengaruh dengan syaitan macam kau, tak ada maknanya dia nak buat aku jadi bini," Salwa pun berbisik. Hanya kami berdua sahaja yang mendengar sebab cikgu lain sedang fokus dengan persembahan tersebut.
"Mulut kau kuajak eh! Sukahati je cakap aku syaitan. Siapa suruh iman kau senipis kulit limau!" kali ini aku tidak berbisik, sebaliknya hanya perlahankan suara.
"Limau apanya! Kulit bawanglah, bawang!" ejek Salwa
"Takkan geng sendiri pun tak tahu," tak, ini bukan suara Salwa. Jauh sekali suara ahli kumpulan aku.
Mata aku dan Salwa pandang ke arah suara tersebut. "Amboi ustaz, curi dengar eh?" tegur aku tanpa berselindung.
Dia jeling sekilas ke belakang, ke arah kami berdua. "Bukan curi dengar, dah suara kamu macam pakai speaker," cettt, boleh tahan menyindir ustaz ni. Terkesan hati aku. Nada dia memanglah selamba sahaja, tapi, boleh tahan pedas ayat dia. Lagi-lagi apabila melihat bibir cikgu lain tersenyum simpul, rasa macam terbakar kulit muka aku sebab malu.
Terus kami berdua diam. Fokus kepada persembahan koir, tapi dah tamat.
"Okay, selesai persembahan keempat kita. Tinggal satu lagi persembahan yang akan dipersembahkan pada hari ini. Persembahan terakhir kita pada hari ini ialah......" belum habis pun ayat yang dituturkan oleh pengacara majlis, tiba-tiba ada sekumpulan pelajar bergaduh. Semua guru berdiri, termasuk Salwa.
Aku pulak duduk sambil bersilang kaki. "Lek aa, mesti gimik je tu. Belum gimik lagi kan?" aku beritahu Salwa, tapi perempuan tu tarik tangan aku supaya melangkah ke bawah bersama pengetua dan beberapa guru lain.
"Kau ni, nak cakap bengap, jadi cikgu Sejarah. Kau tengok tu, bertumbuk betul-betul. Gimik apanya," nilah susah kalau berkawan dengan cikgu yang pegang jawatan dalam bahagian disiplin. Dengan aku sekali didisiplinkan.
Aku tengok mereka bergaduh pun nampak sangat gimik. Bergaduh pasal payung, pelajar lelaki pulak tu. Amendenya nak bergaduh pasal payung, padahal duduk bawah bumbung. Haa, tapak perhimpunan ni berbumbung. Kalau malas nak pergi sekolah lagi, tak tahulah.
Aku ikutkan jelah. Mana tahu betul-betul bergaduh. Sigh.
"Kau tu yang kurang ajar! Payung aku kau curi, kau pehal?" pelajar 1 mendabik dada manakala pelajar 2 menolak bahunya. Yang lain cuba untuk meleraikan pergaduhan mereka.
"Hei, kamu semua ni kenapa? Lepas ni ada orang luar masuk, tak malu ke bergaduh macam ni?" suara pengetua mulai kedengaran. Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Pentadbiran mula menahan dua orang budak tersebut. Masing-masing tayang muka ketat.
Aku sorang je ke yang cool dekat sini?
"Ek eleh. Berlakon pun, bagilah nampak real. Lain kali, kalau nak berlakon bergaduh, skrip tu kena cek elok-elok. Ni entah apa entah berebut pasal payung," aku tak terniat sebenarnya nak suarakan, tapi entah kenapa mulut aku ni derhaka,masa-masa tegang macam nilah mulut buat perangai.
Semua guru yang berada di sini pandang aku pelik, termasuk para pelajar. Aku hanya mampu tersengih, baru tersedar dengan keterlanjuran kata-kata aku.
"Cikgu ni spoil lah!" marah pelajar 2.
"Tulah!" marah pelajar 1 pula. Eh, apa dosa aku?
"Kejap, apa semua ni?" tanya pengetua. Cikgu lain pun mula kebingungan.
Pelajar 1 dan pelajar 2 lepaskan diri daripada pegangan guru berjawatan tinggi itu. "Ni gimiklah, pengetua. Niat tadi nak jerit Selamat Hari Guru, tup-tup plan kena musnah Cikgu Aisyh," terang pelajar 2 dengan nada merajuk.
"Laaaa, gimik. Gimik apa sampai bertumbuk ni?" soal Penolong Kanan HEM pula.
"Kami dapat idea daripada Cikgu Aisyh," jawab pelajar 1. Sekali lagi aku dipandang oleh mereka.
"Ehh, bila masa cikgu bagi idea dekat korang?" ni mesti kes nak selamatkan diri, lepastu jual nama aku. Apeni?
"Kan hari tu saya dan Wan tanya dekat cikgu pasal plan nak surprisekan orang. Lepas tu cikgu cakap, buat-buat gaduh," jawab pelajar 2 pulak.
Terasa ingatanku seperti diberikan semula. Baru aku teringat yang mereka berdua tahan aku keluar daripada kelas sebab nak tanya pasal plan nak surprisekan orang dan masa tu aku tengah hang, aku bagilah jawapan merapu macam tu.
Aku tak terfikir pula surprise yang mereka maksudkan adalah gimik Hari Guru! "Tapi cikgu mana tahu yang kamu nak buat gimik".
"Surprise," ucap mereka serentak. Surprise headbrain korang. Janganlah lepas ni pengetua bebelkan aku pulak!
Aku terdiam manakala Salwa jeling aku di sebelah. Apa? Nak salahkan aku ke?
Pengetua hela nafas. "Kut ye pun nak buat gimik, janganlah bergaduh betul-betul. Rasa nak tercabut jantung saya bila tengok kamu bertumbuk. Kamu semua adalah anak saya, saya tak nak jadi yang bukan-bukan dekat kamu. Faham?"
"Faham, pengetua," jawab mereka.
Kemudian, pengetua pandang aku. "Cikgu Aisyh," dia memanggil aku dengan nada amaran. Eh, aku pulak?
"Sorry," itu jelah aku mampu buat, terpaksa minta maaf di atas kesalahan yang bukan aku buat. Budak-budak ni pun satu, cuba terus terang je dekat aku apa yang mereka rancang nak buat, tak adalah aku bagi cadangan merapu macam tu. Sudahlah bertumbuk betul-betul. Adehhhh, nasiblah dapat pelajar jenis begitu.
Kami bergerak semula ke pentas dan duduk di kerusi. Nasib baik penolong-penolong kanan puji, bagitau aku bahawa inilah sambutan Hari Guru yang paling rare yang pernah mereka buat. Sebelum ni gimik biasa saja. Jatuh kek, lepastu pelajar jerit Selamat Hari Guru sama-sama.
Tapi hari ini, pelajar bertumbuk betul-betul. Aku tak tahu nak bangga ke nak sedih. Bahaya kot apa yang mereka buat.
"Kami wakil daripada pelajar Tingkatan 5 ingin memaklumkan bahawa pergaduhan sebentar tadi adalah gimik semata-mata. Jadi, dengan ini, marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu. Selamat Hari Guru, cikgu!"
Sebaik pelajar 1 mengetuai ucapan tersebut, semua pelajar pun jerit Selamat Hari Guru sama-sama. Hmm, sweet jugak korang semua ni.
Acara seterusnya adalah nyanyian lagu Kami Guru Malaysia yang diketuai oleh Cikgu Amyr. Guru hitam manis itu memang mempunyai suara yang sedap didengar.
Selesai menyanyi, kedengaran suara pengerusi majlis berkumandang di kawasan perhimpunan ini.
"Mengumumkan ketibaan penaja Majlis Sambutan Hari Guru, Neil A Family bersama Cik Melissa Rose. Semua guru dan pelajar diminta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh".
Sebaik mendengar barisan nama itu, suasana menjadi meriah sekali. Aku pula ternganga mendengarnya, apatah lagi apabila aku ternampak Ayden, papa, nenda, Rheo dan Melissa tengah keluar daripada kereta Alphard berwarna hitam tersebut. Abdul Haq pula sudah berdiri di tepi pintu. Pertama kali aku melihat dia berbaju T-shirt hari ini.
Salwa pandang aku, aku pun pandang dia.
"Aku tak salah tengok, kan?"
Salwa menggeleng. Cikgu-cikgu perempuan yang lain sudah mula panjang leher, kalau tengok ke mana arah mata mereka, mesti mereka sedang memandang ke arah Ayden walaupun Rheo dan Haq pun tak kurang kacaknya.
Patutlah pagi tadi pakai baju sukan! Baju t-shirt kosong berwarna biru yang dipadankan dengan seluar sukan Adidas berwarna kelabu. Tak pernah-pernah dia pergi kerja dengan berpakaian sukan macam hari ini. Bila aku tanya, dia jawab yang dia ada perlawanan bola tampar hari ni.
Tak, dia tak tipu sebab hari ni memang ada sukan tersebut. Tapi kenapa aku tak terfikir bahawa aktiviti hari ini pun ada permainan bola tampar kategori guru lelaki?!
Mereka mula bersalaman dengan guru berjawatan tinggi. Ayden menanggalkan kaca mata hitamnya lantas digantungkan pada leher baju. Mata itu kelihatan seperti mencari seseorang, kalaulah dia ternampak aku, mahu sahaja aku tayangkan penumbuk depan dia. Eee, dia tak bagitau aku pun tentang kehadiran dia hari ni!
Lagi-lagi melihat Melissa yang terkepit-kepit dengan Ayden, rasa semakin menyirap aku. Kalaulah aku ni Luffy One Piece tu, nak sahaja aku panjangkan tangan, tarik rambut yang tak diikat itu. Geram!
Kami pun diminta duduk sebaik sahaja tetamu-tetamu kehormat itu duduk. Cikgu-cikgu pun nampaknya tak habis-habis keluarkan telefon bimbit mereka dan ambil gambar Ayden. Ah, sabarlah Aisyh!
"Habislah kau hari ni. Ramai madu," bisik Salwa lalu tergelak membuatkan aku jeling dia sekilas.
×××
Aku mengipas-ngipas diri, rasa panas sahaja aku melihat Melissa yang asyik minta Ayden kipaskan dia. Eh kurang ajar punya minah, dia tak tahu ke yang sekarang dia berada di dalam kawasan sekolah dan dipandang kelakuannya oleh pelajar-pelajar? Ikutkan hati, mahu sahaja aku baling guna batu yang aku kumpul daripada tadi. Sudahlah mereka berbeza kumpulan, lepastu, dia sanggup pergi ke kumpulan Ayden semata-mata minta lelaki itu kipaskan!
Ayden pun satu, nak sahaja dikuli perempuan macam tu! Mana tak berlemaknya model pinggang kerengga tu. Inilah yang orang cakap, kalau tuan rumah tak bagi masuk, tak adanya babi sondol tu boleh masuk. Hah, kesian kau babi. Sorry, tak sengaja nak jadikan kau sebagai contoh.
Tapi sesuai sangatlah tu dengan Melissa. Dengan baju sukan berwarna merah hati dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih, memang bagi semua mata keranjang pandang dia. Langsung tak menjaga etika berada di sekolah.
Wartawan pun tak lepaskan peluang untuk adakan sesi rakaman terhadap Sambutan Hari Guru di sekolah ini memandangkan majlis ini ditaja oleh syarikat terbesar di Malaysia. Aeh, mahu sahaja aku hantukkan kepala dekat kamera supaya hilang ingatan hari ni jugak. Tak adanya aku akan sakit hati kalau Ayden bermesraan dengan Melissa tu. Wahai hati, bertabahlah dikau sayangku!
Selesai waktu berehat bagi kumpulan yang berjaya mara ke pusingan akhir untuk perlawanan bola tampar iaitu kumpulan Ayden dan kumpulan Rheo kerana buat masa ini, yang bermain adalah kumpulan aku dan kumpulan Lawyer untuk penentuan tempat ketiga yang sekarang keputusannya adalah 9-8. 9 Kumpulan Lawyer, dan 8 untuk kumpulan kami. Hanya 11 mata sahaja diperlukan bagi menjimatkan masa sebab lepas ni akan diadakan pertandingan bola jaring. Kumpulan aku akan digabungkan dengan kumpulan Melissa sebab kumpulan aku satu-satunya kumpulan yang paling sedikit ahli kumpulan dan paling sedikit guru perempuan.
Manakala kumpulan lain semuanya seimbang. Kami digabungkan dengan kumpulan Melissa pun sebab mereka terlebih guru lelaki dan kekurangan 2 orang guru perempuan. Okay, nampaknya aku akan bergabung dengan musuh sendiri.
Kalah mati. Itulah peraturannya sebab ada tiga permainan yang akan berlangsung hari ini iaitu bola tampar, bola jaring dan permainan kampung iaitu permainan kaki tiga. Takut tak cukup masa sebab tengah hari lepas zohor nanti akan diadakan Lunch para guru bersama penaja.
"Haq! Jangan bagi chance! Sia-sia lengan besar kalau tak dapat tampar!" jeritku dan disambut oleh Cikgu Siti.
"Hoooreyyyy!!!!!" aku sudah melompat di dalam khemah yang disediakan apabila dua kali berturut-turut Haq berjaya tampar bola tersebut sehingga tak bersambut oleh kumpulan lawan.
Bercerita tentang Haq, semasa warming up setelah pembahagian kumpulan tadi, boleh pulak dia tegur aku. "Hye Puan," dengan senyuman nipis dan nada selamba membuatkan guru-guru yang mendengar mula pandang aku pelik.
Aku pun coverline, "Cik, cik," membuatkan lelaki itu tersengih, aku syak mungkin rohnya baru sampai ke dunia.
Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung di kerusi, tamparan padu untuk ke sekian kalinya membuatkan aku melonjak tinggi. Lagaknya macam kumpulan aku yang juara. Cikgu-cikgu lain hanya tersengih pandang aku. Cikgu Siti pun tak kurang hebatnya menjerit. Aku syak, zaman dia anak dara macam aku dulu, mesti dia punya lompat lebih tinggi agaknya. Agresif dia lagi teruk!
Selesai perlawanan, ahli kumpulan aku pun kembali ke khemah. Berpeluh sakan sehingga membuatkan ruangan ini berbau peluh sahaja. Nasib baik wangian Haq membuatkan udara di ruangan ini sedikit lega untuk dihirup.
"Tahniah semua," ucap aku dan Cikgu Siti serentak.
"Thanks. Bukan main semangat Cikgu Aisyh melompat. Saya ingatkan anak Cikgu Siti yang melompat kat sebelah," ujar Cikgu Leh, membuatkan mereka tertawa terbahak-bahak sehingga hilang fokus pada perlawanan terakhir.
Aku hanya garu kepala sambil tersengih. Dah namapun Aisyh, kalau bab menyokong memang aku semangat. Mengutuk pun boleh tahan. Haha.
Semua orang meminta diri untuk pergi ke bilik air, kecuali Haq. Cikgu Siti pula meminta diri untuk membeli minuman untuk ahli kumpulan katanya. Tinggallah aku dan Haq di bawah khemah yang berada sedikit jauh daripada khemah yang lain.
Kami duduk di kerusi sambil memerhatikan perlawanan antara kumpulan Ayden dan Rheo. Dua-dua kumpulan sangat hebat, apatah lagi yang mendominasi keadaan adalah Ayden dan Rheo tetapi yang lain juga memberi kerjasama yang padu.
Setiap kali Ayden melompat, mulalah mereka terjerit. Sempat aku tengok Si Melissa tu siap ambil gambar Ayden masa baju lelaki itu terselak ke atas. Eh, kurang ajar betul! Ikutkan hati, aku nak singsing lengan baju dan pergi tarik rambut perempuan itu.
Nenda dan papa tak main, hanya duduk dengan pengetua di khemah khas untuk mereka yang berjawatan tinggi. Cameraman pun tak lepaskan peluang untuk merakamkan aksi hebat laki aku yang serba boleh itu. Semua benda dia boleh buat, kagum aku. Cuma satu jelah dia tak pandai lagi, iaitu tak pandai jaga dia punya aurat tu. Hmm, seronoknya pakai seluar pendek warna putih tu ye.
Takpe, pakailah dulu ye abangku sayang. *Sambil asah parang*.
"Puan, puan marah ke tengok Cik Melissa dengan Tuan Ayden tu?" Haq bersuara setelah beberapa minit kami diamkan diri.
Aku hela nafas. "Isteri mana yang tak panas tengok suami dia layan perempuan lain," bebelku.
"Tapi, saja saya nak bagitau. Sebenarnya tadi, dalam kereta, Tuan Ayden marahkan Cik Melissa sebab terkepit-kepit dengan dia. Dia tak marah sangat dekat luar ni pun sebab nak jaga air muka Cik Melissa sebab nenda yang suruh," terang Haq.
Aku tayang muka menyampah. "Eh? Sampai dia biarkan perempuan tu sentuh-sentuh dia? Tadi masa Ammar Faiz pakaikan saya topi, tahu pulak dia nak jeling. Belum lagi kami bersentuhan macam dia tu". Omelku sambil mula mengipaskan kembali diri sendiri. Bukan panas luaran, aku rasa aku panas bahagian dalaman!
Haq gelakkan aku, biarkan sahaja aku sakit hati seorang diri. Nampak aneh pulak dia tergelak macam ni. Dah macam bukan Haq dah aku tengok.
"Betullah kata Tuan Ayden". Ujarnya tiba-tiba, senyuman nipis tersungging di bibir.
Aku jongket kening. "Apa dia cakap?" amboi, suara aku dah macam orang nak cari gaduh.
"Tuan cakap, puan comel kalau marah-marah," dia jeling aku dan kemudian pandang semula ke gelanggang perlawanan.
Terkebil-kebil mata aku sambil menoleh kiri kanan. Alhamdulillah orang lain tidak berada di kawasan ini kerana masih fokus dengan Aydenku.
Aku petik jari. "Awak nak cakap saya comel lah ni, kan? Alah, ke awak pun suka dekat saya jugak?" bab angkat bakul sendiri, aku rasa aku dah master dah.
Haq tergelak kecil dan menoleh ke arah aku.
"If I say yes?" dia jongketkan keningnya dengan senyuman nipis yang masih setia melekat dekat bibirnya.
Aku terkebil-kebil. Dia nak bergurau ke ni? Weh, tak pernah aku nampak Haq bergurau. Mungkin hari ni harinya kot. Tapi, macam serius pun ada bunyinya.
Takkan Haq pun sama spesies dengan Ammar Faiz dan Amyr? Tak, dia bukan setaraf itu! Tapi lebih rendah lagi sebab dia dari awal dah tahu yang Ayden suami aku!
Tak, mesti aku khayal kan? Aku tampar pipi, rasa macam sakit. Aku cubit lengan, sakit jugak. Haq bergurau, kan?
Senoga trhibur ??
By the way, umur korang berapa sebenarnya ni? ??
Share this novel