BAB 35

Romance Series 128902

Do vote and comment ??

?

AYDEN??AISYH

AKU pandang ke sekeliling bilik perkongsian hidup aku dan Ayden. Bilik yang agak banyak menyimpan kenangan aku dan Ayden. Aku hela nafas, walaupun dekat nak tiga bulan aku tinggalkan bilik ini, tapi apabila kaki melangkah masuk sahaja, terasa baru semalam aku bersama-sama Ayden tersenyum bahagia. Serta-merta akalku memutarkan saat-saat dan detik indah kami bersama.

Walaupun sekadar detik palsu sahaja.

Gambar polaroid yang berada di dalam genggamanku, aku usap. Gambar yang akan aku lekatkan pada dinding bilik di bahagian atas katil kami. Beberapa polaroid telah aku gantungkan pada pokok plastik besar dan tinggi yang hanya beranting tanpa daun yang terletak di dalam bilik ini.

Kemudian, aku panjat katil untuk melekatkan gambar kami berdua pada lampu kelip-kelip yang sudah aku pasangkan tadi dengan bentuk hati yang agak besar dengan bantuan maid. Bersungguh-sungguh aku menyokong diri pada kepala katil sebab ketinggian tak sampai atas untuk aku lekatkan lampu tersebut.

Perasaan gayat aku buang jauh-jauh. Nak hias bilik punya pasal.

Selesai kesemua gambar aku lekatkan pada lampu tersebut, aku pun mula rebahkan diri di atas katil. Penat betul hias bilik yang besar gedabak ni. Nasib baik aku ambil masa dari dua hari lepas untuk hias bilik ni. Dan nasib baik juga maid sudi hulurkan bantuan untuk tolong aku. Kalau tak, aku tak tahulah apa nasib aku.

Setelah penat hilang, aku pun mematikan kesemua suis lampu di dalam bilik ini. yang terpasang hanyalah lampu kelip-kelip itu sahaja. Sangat cantik apabila setiap cahayanya menerangi gambar perkahwinan kami berdua Ayden. Tak sangka banyak juga gambar yang diambil sehingga mampu untuk aku bentukkan menjadi sebuah hati yang agak besar.

Aku tersenyum sendiri. Aku ni sebenarnya buta dalam bab menghias. Tapi, apabila dah melihat dekorasi ringkas ini, aku dapat rasakan yang ini adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa. Adalah beberapa perubahan yang aku telah buat dalam bilik ini. Semuanya bermotifkan supaya dapat mengembalikan separuh memori Ayden yang hilang.

Sedang aku melayan perasaan, tiba-tiba telefon di tangan terasa bergetar. Terpapar nama Abang Raehan di situ.

"Assalamualaikum". Sapaku.

"Waalaikumussalam. Aisyh dekat rumah Ayden ke sekarang?"

"Ha'ah. Kenapa, Abang Raehan?"

"Takdelah. Kami on the way pergi sana. Ayden dah discharge baru tadi. Sekarang tengah tunggu dia keluar dari bilik".

Tiba-tiba aku rasa berdebar. Bukannya aku tak tahu tentang kepulangan Ayden ke rumah ini, aku tahu sebab ini adalah permintaan papa supaya masanya kalau boleh lebih banyak diluangkan bersamaku. Lagipun masa umur dia 22 tahun dulu pun, dia lebih banyak meluangkan masa sendiri di rumah ini. Jadi, nampaklah yang Ayden tak kisah untuk tinggal di rumah ini.

"Oh, okay. Aisyh dan maid semua dah masakkan makanan nanti. Nanti singgah makan dekat sini," pelawaku. Sempat kami memasak beberapa hidangan sebelum aku kembali menghias bilik tidur kami berdua.

"Boleh jugak. Abang pun dah lapar ni. Okay Aisyh, see you there. Bye, assalamualaikum".

"Waalaikumussalam," aku matikan panggilan. Cepat-cepat aku bangkit dari katil dan menuju ke wardrobe untuk mencapai tudung.

Setelah tudung dicapai dan dililitkan di atas kepala, entah kenapa kakiku boleh melencong ke bahagian almari Ayden. Tersengih-sengih seorang diri aku apabila teringatkan tentang ruangan ini. Ruangan di mana aku kantoi skodeng boxer Ayden dan ruangan di mana aku pancing nafsu dia. Cis, ingatkan balik peristiwa itu, tiba-tiba aku rasa malu.

Hidup bersama dengan Ayden sedikit demi sedikit mampu mengubahku. Daripada seorang gadis yang tak tahu langsung nak lindungi diri sendiri kepada seorang Aisyh yang tidak gentar kalaupun ada yang cuba buat benda tak elok dekat aku.

Aku buka laci boxer Ayden. Begitu banyak koleksi boxer dia ni, padahal jenis dan warna yang sama. Kelabu, putih, hitam. Warna cerah pun beberapa helai sahaja.

Sangat kemas. Pandai dia simpan boxer dia, tak berselerak pun. Berbeza denganku yang main tarik saja. Kalau berkemas dulu pun, sebab Ayden yang tolong kemaskan. Dah berkali-kali aku cakap dekat dia jangan kacau barangan peribadi aku, masih juga dia berdegil. Aku selerakkan hari ini, esok paginya akan tersusun dengan rapi.

Hmm, kalau dulu, walaupun dia tipu aku, sekurang-kurangnya dia layan aku dengan baik. Tak pernah dia abaikan aku, apatah lagi perasaan aku. Dia sentiasa utamakan aku dalam semua perkara. Baik penat dia, dia tetap akan berusaha penuhi kemahuanku.

Tapi Ayden yang sekarang, jangankan nak utamakan aku, jaga perasaan aku pun tidak. Haila, sabar jelah. Dah namapun 'budak' lagi.

Dalam bilangan boxer yang banyak tersebut, aku perasan macam ada sesuatu yang menyelit. Seperti buku? Dahsyat mamat ni, dia simpan buku dalam laci boxer! Ke, dia simpan majalah-majalah dewasa dalam laci ni?

"Apa benda tu?" soalku sendiri sambil membuka lebih luas laci tersebut. Baru sahaja tanganku ingin mencapai benda tersebut, tiba-tiba loceng pintu bilik kedengaran berbunyi membuatkan aku batalkan niat untuk mencapainya.

Buatnya majalah tu adalah majalah dewasa lepastu maid semua ternampak aku pegang majalah begitu, mana nak sorok muka?

"Letak sini dululah," ujarku seorang diri lalu menutup semula laci tersebut. Takkan lari buku tu kalau dalam laci boxer tersebut.

Pintu dibuka dan terjengul wajah maid menunduk separuh badannya setelah melihatku. "Tuan Besar ada call tadi yang mereka semua nak singgah sini sekejap untuk makan. Jadi, saya nak maklumkan pada puan yang semua makanan dah saya hidangkan".

Aku angguk sambil lemparkan senyuman pada wanita 30-an yang berpakaian seragam maid tersebut. "Oh, okay. Terima kasih. Jomlah, kita turun sekali".

×××

"Kami balik dulu, Aisyh," kata papa sambil aku mencium tangannya. Kemudian, aku bersalaman dan berlaga pipi dengan dik beradik perempuan Ayden dan iparnya. Leo juga mencium tanganku dan aku mencium kedua-dua belah pipi budak itu.

"Sedap Kakak Aisyh masak," puji Leo membuatkan aku tersenyum. Tak habis-habis dia gelarkan aku kakak.

"Kakak, kakak. Auntylah," tegur Kak Ruhaila membuatkan Leo menggeleng dan kemudiannya berlari meninggalkan yang lain. Kami semua hanya tergelak sahaja melihat telatah budak kecil itu.

Mereka melangkah sambil melambaikan tangan kepadaku. Setelah kereta yang dinaiki mereka mulai hilang dari pandangan, aku pun menutup pintu tersebut. Ayden yang beriak kosong itu aku pandang, kemudian tangannya aku capai.

"Jom masuk bilik. Awak rehat," arahku.

Belum pun sebarang langkah diatur, Ayden tarik tangannya daripada genggaman tanganku. "Tak payah sentuh. Ni rumah I, I tahu mana bilik I," jawabnya tanpa perasaan lalu melangkah meninggalkan aku.

Aku hela nafas sambil urut dada. 'Sabar Aisyh, dia tu hilang ingatan. Kalau tak, memang aku humban dalam loji kumbahan jugak kau ni karang. Sabar'.

Beg pakaiannya aku angkat sambil mengejar langkah besar itu. Ayden pandang aku sekilas dan tiba-tiba berhenti. "Siapa suruh you angkat beg ni? Give me, I sendiri boleh angkat. Ni beg I, bukan you".

Pulak, beg pun dia nak berkira? Seriuslah Ayden tak matang macam ni lima tahun lepas? Entah macam mana Hazel boleh tahan dengan perangai kebudak-budakan dia ni? Siskenotbren!

Beg di tangan aku bertukar tangan dan apabila kami berdua sudah berada di hadapan lif, dia pun menekan butang lif dan apabila terbuka, cepat-cepat aku melangkah masuk. Buatnya dia suruh aku keluar sebab tak nak tengok aku. Ayden bukan boleh dijangka.

Pintu lif tertutup. Suasana senyap, yang kedengaran hanya deruan nafas kami berdua. Aku pandang sisi wajah kacak tak berperasaan itu, membuatkan aku rasa rindu yang amat. Aku rindu untuk melihat wajah itu tersenyum semula. Aku rindu untuk melihat kemanisan di sebalik wajah beku miliknya. Aku rindu segalanya tentang dia.

Tanpa aku sedar, tangan aku naik menyentuh pipi Ayden. Tetapi disebabkan Ayden menepis sambil menjauhkan wajahnya membuatkan aku tersentak, baru tersedar yang aku terlanjur melayani perasaan rindu. "You nak buat apa? I dah cakap, jangan sentuh I," ujarnya dingin dan cepat-cepat melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"S-sorry," ucapku dengan wajah yang berbahang. Aku semacam terdesak sangat, padahal Ayden sudah berdiri di depan mata.

Ya, memang dia ada di depan mata. Tapi Ayden ini lain. Ayden ini adalah Ayden zaman budak, setiap percakapannya langsung tidak mempedulikan perasaan orang yang mendengar. Sangat persis masa dia layan Melissa. Dingin dan penuh benci.

Sebaik sahaja jasadnya masuk ke dalam bilik, aku dapat dengar Ayden jerit nama aku. Jeritan geram, mungkin?

"Aisyh!" entah kenapa walaupun dengan nada begitu, aku rasa sudah bahagia sangat. Sekurang-kurangnya dia sebut nama aku.

Aku tersengih, mesti dia nak marahkan aku pasal dekorasi bilik. Ah, lantak. Dia sendiri pernah beritahu aku dulu, kalau nak tukar dekorasi bilik, tukar je. Tak payah minta izin.

Aku melangkah masuk sambil sandarkan bahuku pada dinding. "Apa?" aku tetap menyoal walaupun aku tahu apa yang akan keluar daripada mulutnya selepas ini.

"Apa yang you dah buat dekat bilik I? Kenapa bilik I boleh jadi feminine macam ni sangat? Dah macam bilik perempuan you tahu tak?" matanya tajam memandang aku, tapi sikitpun aku tak takut malah aku berjalan mengelilinginya sambil hujung jari aku menyentuh tubuh sasa itu.

"Bukan bilik I, tapi bilik kita. Kalau dah kita, maksudnya bilik ni dikongsi. Jadi, saya boleh buat apa je yang saya nak dekat bilik ni. Termasuk tambah apa yang patut. Lagipun, dalam bilik ni saya tambah gambar kita je. Bukannya saya sampai alihkan katil ke apa ke, kan?" aku berhenti melangkah dan kini berdiri bertentangan dengannya.

Rahangnya kelihatan bergerak-gerak dan urat pada dahi sudah timbul. "Tapi hakikatnya, ni tetap bilik I. You takde hak nak tukar suka hati you je". Dia menjawab. Eee budak kecik ni, ada je dia nak jawab kan?

Aku hela nafas, malas nak bergaduh dengan budak tak cukup akal ni. "Dah, daripada awak nak marah-marah, lagi elok kalau awak bersihkan diri sana. Lepastu rehat. Nanti saya kejutkan kalau dah masuk waktu asar," memandangkan sekarang aku ni 'kakak' dia, jadi, terpaksalah layan dia macam dia betul-betul muda daripada aku. Walaupun hakikatnya akulah yang lebih muda daripada dia.

"Tak nak," balasnya dengan wajah yang seakan-akan mencabar aku. Ya Allah, apa masalah dia ni? Degil nak mampuh!

"Jangan degil sangat boleh tak? Saya bukan suruh awak makan racun ke apa ke. Saya suruh mandi je. Dah, pergi mandi," tanganku sudah mencapai bajunya, tinggal mahu lepaskan sahaja baju t-shirt itu daripada tubuh sasa tersebut.

Tapi, dia tepis tangan aku dan tahan baju aku. "Pervert old lady. I boleh bukak sendiri," marahnya.

"Pervert apa pervert? Kita dah buat lebih daripada nilah!" jawabku geram sehingga tak sedar dengan ayat yang tersasul daripada mulutku sebentar tadi. Sesuka tekak dia saja panggil aku old lady. Dia ingat dia tu muda sangat ke? Tiga tahun lagi dah nak masuk tiga series dah!

Kelihatan dia tersenyum sinis. "Kita dah buat lebih dari ni? Wow, maksudnya you dah tak virgin lagilah?"

Mendengar sahaja kata balas daripada Ayden, terus wajahku terasa panas dan kulit muka terasa tebal. Ya Allah, aku dah cemarkan minda budak bawah umur! Dek terlalu malu, aku pukul lengannya kuat-kuat. "Awak pergi mandi sekarang! Kecik-kecik lagi dah pandai-pandai nak cakap benda kotor macam ni," marahku lagi. Argh, aku dah terlayan dia macam dia betul-betul budak daripada aku!

Ayden hanya lemparkan senyuman sinisnya. Dan tanpa membalas kata-kataku, dia pun mengatur langkah menuju ke bilik air.

Sebaik pintu bilik air tertutup, aku pun terduduk di atas katil. Perubahan ketara sangat, aku susah nak terima. Sampai-sampai aku rasa aku kahwin dengan orang lain dah. Kahwin dengan lelaki yang lebih muda daripada aku.

Sudahlah dia gelarkan aku old lady membuatkan aku terasa macam betul-betul aku lebih tua daripada dia. Hmm, padahal aku nak bermanja dengan dia. Ni, sekali dia pula jadi budak-budak. Sakit kepala aku dibuatnya!

Puas aku merungut seorang diri, aku pun mencapai beg pakaiannya. Satu persatu aku keluarkan. Belum basuh semua rupanya, tapi, bau badan Ayden membuatkan aku rasa sayang nak basuh. Bau badan yang sukar aku lupakan sampai ke detik ini.

Sedang aku mengeluarkan pakaian Ayden, kedengaran pintu bilik air dibuka. Tumben, cepat pula dia mandi.

"Mana tuala I?" mendengar suara itu, terus kepala aku menoleh ke arahnya. Baru sesaat aku memandang dia, terus aku menutup mata dan menjerit.

"Awak ni dah kenapa hah?! Kenapa tak reti nak bawak tuala?!" jeritku dengan mata ditutup dengan tangan.

"Apa masalah you? Sebab tu I tanya mana tuala. Takkan you nak biarkan I naked keluar," balasnya lagi. Ya, memang dia tidak berbogel. Tapi, dengan boxer putih dia tu, dan tubuh yang sudah kebasahan, macam takde beza dia bogel ke tidak! Sudahlah wajahnya selamba sahaja keluar dengan berpakaian begitu!

"Ada dekat sini. Ambil sendiri," ujarku masih dengan mata tertutup.

Terasa tuala di sebelahku ditarik, menandakan yang dia sudah mencapai tuala tersebut. "Baru tadi cakap dah buat lebih, kenapa takut tengok I macam sekarang? Belum lagi kalau I bogel betul-betul," tawa sinis dia berikan.

"Diamlah!" Kalau macam ni pun dah buat aku semput, kalau dia bogel memang aku tak bernafas lagilah agaknya! Bongok punya Ayden!

Tiba-tiba, sebelah tangan aku yang menutup mata dia tarik. Kemudian, dia tarik kepala aku supaya pandang dia. "Bukak mata tu". Arahnya.

Gila, jangan haraplah aku akan buka mata!

Mungkin dia melihat aku yang ketakutan, terus dia hamburkan tawa besar. "Old lady memang suka menipu eh? Tadi cakap lain, tapi yang jadi sekarang macam lain je?" ejeknya lagi.

Perlahan-lahan aku buka mata dan sebaik pandangan agak jelas, aku hela nafas lega. Nasib baik tuala sudah terlilit kemas pada pinggangnya.

"Pakai baju sekarang!" wajahnya aku pandang dengan geram.

Dia boleh pulak jelirkan lidahnya pada aku. "Tak nak".

Terjegil mataku mendengar jawapan balas daripada bibir nipis itu. Wajah aku raup sambil beristighfar banyak-banyak. Sabar Aisyh, dia suami kau. Dia adalah Ayden, Aisyh. Bukannya budak-budak lagi.

"Suka hati awaklah," aku pasrah sambil mencapai kesemua pakaian terpakai dia. Jenis degil begini jangan dipaksa, lagi dipaksa, semakin dia berdegil.

Buktinya, tengoklah sekarang. Dia sendiri masuk ke bilik air dan kemudian keluar semula dan menuju ke wardrobe. Tak payah suruh, lagi disuruh, lagi dia ego.

Setelah pakaiannya aku letakkan di dalam bakul, aku pun mula masuk ke bilik air. Legalah sedikit apabila pakaian tersebut dia sudah letakkan kemas-kemas di dalam baldi. Good boy!

×××

Makan malam hanya ditemani bunyi cengkerik sahaja. Biasanya, pasti meja makan ini rancak dengan suara kami berdua yang berkongsi cerita. Tak kurang Ayden yang suka menyakat walaupun di meja makan. Kadang-kadang, kami hanya menggunakan satu pinggan sahaja sebab Ayden lebih suka berkongsi. Dapat eratkan hubungan suami isteri katanya.

Tapi sekarang, jangankan nak berkongsi pinggan, nak bercakap pun dia susah. Nasib baik dia mahu imamkan solat tadi. Dan nasib baik dia izinkan aku mencium tangannya dan cium dahi aku walaupun kelihatan dia sangat terpaksa.

Baru sehari aku bersama Ayden versi baharu, aku dah boleh agak yang dia ni memang jenis yang sangat setia dekat Hazel. Mesti layanan dia pada Hazel sangat baik sebab dekat perempuan lain dia tersangatlah dingin. Macam sekarang.

Dia akan buat perkara ikut kepala dia. Sampai-sampai aku rasa pening nak layan. Baru sehari dah macam-macam benda dia buat. Bila aku suruh rehat, dia nak main. Siap dia ambil telefon aku sesuka hati dia semata-mata nak main game.

Dia buka telefon aku masa aku tidur. Sebabkan telefon aku jenis fingerprint, jadi dia senyap-senyap lekapkan jari aku dan apabila aku tersedar, dia dah berlari jauh masuk ke dalam wardrobe. Aku tak faham, Ayden sebenarnya 22 ataupun 2 tahun?

Nak marah lebih-lebih, bukan ada apa-apapun dalam telefon tu. Nasib baik dia tak access galeri dan media sosial sebab aku dah letak password siap-siap. Kalau tak, aku yakin gambar kami berdua dia delete sebab aku perasan tadi dia dah tukar gambar latar telefon bimbit aku. Gila tak sedih! Sampai tahap begitu sekali dia bencikan aku!

Aku tak letakkan password pada game sebab dulu dia selalu merungut setiap kali dia tertekan butang keluar, mesti nak letak password walaupun masa tu dia dah tahu password.

Selesai makan, dia mula mencapai pinggannya. "Tak payahlah, letak je situ. Nanti saya basuhkan". Halangku.

Tapi dia jeling saja aku. "I dah biasa, I tak perlukan bantuan orang lain untuk buat kerja mudah macam ni". See? Dia punya berlagak tu memang dah sebati rasanya.

Aku masukkan makanan ke dalam mulut. "Suka hati awaklah".

"Oh, by the way. Kalau boleh jangan bagi I makanan berkabohidrat dan berlemak banyak sangat. I tak suka sebab sekarang I dah dapatkan bentuk badan yang I idamkan". Jari telunjuknya diangkat, lagaknya seperti seorang ahli politik yang sedang berkempen.

Dahi aku berkerut. "Memangnya dulu awak macam mana? Gemuk?"

Dia gelengkan kepala sambil dia menilik tubuhnya yang hanya bersarung boxer. Six pack disentuh dengan wajah bangga. "Sepatutnya I kurus dan hitam legam sebab I kan dalam kem tentera. Tapi entah apalah yang I buat sampai-sampai I dapat body macam ni. Luscious body, I like!"

Aku tongkatkan pipi sambil memandang sahaja dia yang menilik tubuhnya. Comel sahaja dia yang sedang banggakan tubuh badannya.

"Apa tengok-tengok? Tak payah nak stim sangatlah tengok I macam ni," cetttt, mulut itu memang rasa aku nak lempang puas-puas! Baru sahaja aku memuji, dia dah jadi Ayden si mulut puaka!

Aku mencebik. "Takde maknanya. Dah, daripada awak membebel banyak dekat sini, awak pergilah masuk bilik. Pesakit amnesia jangan nak tidur lewat sangat".

Kali ini, giliran dia pula mencebik. "Nasihat tu untuk you sendiri je. Old lady yang sepatutnya jangan tidur lewat". Balasnya sambil menapak menuju ke sinki. Haila, sabar jelah dengan mulut puaka yang dulunya pernah manis.

Setelah selesai pinggan dibasuh, dia pun meninggalkan aku. Terasa kecillah jugak hati aku sebab kalau dulu, dia akan temankan aku sampai aku habis makan. Tapi sekarang, dia tinggalkan aku begitu sahaja. Semuanya kerana cinta matinya pada Hazel.

Kalau Hazel, mesti dia akan layan baik-baik kan?

Beberapa minit kemudian, giliran aku pula habis makan. Setelah urusan dapur aku selesaikan, aku pun menuju ke bilik.

Setibanya di dalam bilik, kelihatan Ayden sudahpun berselubung di dalam selimut. Perlahan-lahan aku tutupkan pintu bagi mengelakkan dia terjaga. Kemudian, aku pun menapak menuju ke arah katil dan memanjatnya.

Mungkin terasa katil terhenyak, cepat-cepat Ayden lepaskan selimut yang menyelubungi tubuhnya. Dia pandang aku dengan mata kuyunya. "Apa you buat dekat sini? You tak nampak ke I dah letakkan bantal dan selimut dekat sana?" ujarnya sambil jari menunjuk ke arah sofa panjang.

Aku pandang dia dengan wajah tak percaya. Rasa ingin menangis, aku tahankan. Aku tak nak nampak lemah di hadapan Ayden. "Sampai hati awak suruh saya tidur dekat sofa. Kalau awak nak pisahkan tempat tidur pun, awak sendirilah pergi tidur dekat sana".

Dia menongkat kepalanya sambil mata kuyu itu memandangku. "Suka hati I lah, ni bilik I. I biarkan you tidur dekat bilik ni pun dah cukup tahu tak? Dah, you pergi sana. I tak suka kongsi katil dengan orang lain. Pergi sana...." Dia tolak perlahan tubuhku.

Walaupun perlahan, aku rasa sangat terhina! Sudahlah diusir, ditolak pulak tu! Ayden sangat melampau!

Rasa sedih dan geram aku pendamkan. Tanpa banyak bersuara, aku pun meninggalkan katil ini. Hati aku sakit sangat sekarang.

Sebaik aku sudah berada di atas sofa, aku pun terus berselubung di dalamnya. Perlahan-lahan air mata mulai jatuh. Hina sangat ke penumpang cinta macam aku ni sampai-sampai Ayden layan aku macam ni sekali?

Aku tak kuat, tapi kenapa aku yang kena hadap semua ni? Kenapa aku yang didera perasaan sampai macam ni sekali?

"It's okay, Hazel. Abang setia dengan Hazel," sempat telinga aku menangkap kata-kata ringkas Ayden. Ringkas dan cukup menyakitkan hati!

Sekali lagi, air mataku mencurah. Bantal aku peluk kuat-kuat sambil aku menahan diri aku agar tangisan tidak kedengaran begitu ketara walaupun sekarang aku sudah mulai teresak-esak.

Sampai hati kau buat aku macam ni, Ayden.....

#Sabar, jangan mengamuk. Watlekwatpis je??

Smoga trhibur. Chapter pungpang. Suka untuk diingatkan, mungkin cerita ini hanya mencapai 50 bab sahaja. Jadi, tak lama lagi, okaylah tu kot. Kot. Hahaha.

Babai. Selamat berjumpa di chapter seterusnya. Adios. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience