AYDEN??AISYH
āOH. MY. GOD! Aisyh! Kau buat maksiat apa ni? Kau duduk dengan lelaki yang bukan mahram dalam satu rumah? Mak Uda tak marah ke?!ā bergema ruang tamu ini dengan suara Sepia.
Belum sempat aku jawab, Sepia bersuara lagi. Dan ayatnya kali ini lebih menakutkan daripada tadi. āEh kejap! Aku rasa aku pernah tengok dia nilah. Kejap!ā dia tanggalkan alas kaki dan masuk ke dalam rumah aku tanpa izin.
Dia mendekati Ayden dan mula berjalan mengelilingi lelaki itu. Aku dan Ayden berpandangan antara satu sama lain. Walaupun aku pakai tudung, aku dapat rasa Ayden boleh nampak anak tekak aku turun naik sebab telan air liur daripada tadi.
Tapi laki tu, sedikitpun wajahnya tidak tergugat dengan tindakan Sepia yang berjalan mengelilinginya. Dan akhirnya Sepia pun mula berhenti melangkah, kini dia berdiri bertentangan menghadap Ayden.
Dan, dia tepuk tangan tiba-tiba. āOh my God!!!!! Tuan Neil Ayden Raeqal kan?! Aisyh! Betul tak?!ā sekali lagi suara itu bergema di ruangan tamu ini. Matanya kelihatan teruja memandang Ayden yang hanya tersenyum nipis.
Ya Allah, apa aku nak buat ni?
āAisyh, macam mana kau boleh kenal dia? Dan paling penting, apa dia buat dekat sini?!ā again and again and again. Aku dah kelu lidah nak jawab apa. Serius aku mati akal. Tak habis-habis aku pandang Ayden, meminta supaya dia bantu aku.
āSorry, I bukan orang yang you sebut tadi. I Amir, kawan Aisyh. I buat research pasal kampung ni,ā tenang suara Ayden bersuara, mematahkan semangat Sepia untuk terus melonjak kegedikan.
Dia perhatikan wajah Ayden, seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang Ayden cakap. Terus Sepia pandang aku. āBiar betul apa yang dia cakap tu Aisyh? Takkanlah dia bukan tuan kaya tuā.
āDan, takkanlah dia tuan kaya tu. Kalau dia tuan kaya, buat apa dia pergi sini? Kau ingat tuan kaya tu nak ke dekat aku? Ni kawan akulah. Kalau kau tak percaya, kau tengok instagram tuan kaya tu. Tengok dia ada kat mana sekarangā. Aku buat muka yang seakan-akan mencabar Sepia.
Aku berani cakap macam tu sebab baru tadi aku stalk instagram Ayden. Dia ada muatnaik gambar dia bercuti dekat Jepun. Memandangkan aku ni stalker terhebat, aku tahu gambar tu adalah gambar tahun lepas. Sebab Ayden pakai baju yang sama dan di tempat yang sama. Bezanya hanyalah cara bergambar dan sudut foto yang diambil.
Lambat-lambat Sepia mengangguk mengiakan kata-kata aku. āBetul jugak kan? Takkanlah tuan kaya tu teringin dekat kau. Muka buruk, selekeh, perangai tak semenggah. Lainlah kalau aku. Dahlah cantik, walaupun tiruan, tapi lagi cantik daripada kau. Dan ā¦. ā belum habis pun ayat dia, aku terus cekak leher baju kurungnya itu.
āHey, mulut kau! Jangan sampai aku simbah muka kau dengan air, biar semua makeup kau tertanggal. Masa tu baru kau tahu, muka kau tu sama spesies dengan jantina-jantina yang kau minat selama ni!ā geram betul aku dengan makhluk ni. Ikutkan hati, memang mahu saja aku humban dia pergi bawah. Tapi apakan daya, dia ni lelaki. Ketinggian pun hampir sama dengan Ayden. Silap haribulan, bukan dia yang dihumban, tapi aku yang berada dekat bawah.
Ayden cepat tarik tangan aku apabila sebelah tangan aku sudah diangkat tinggi, bersedia untuk dilayangkan pada wajah Sepia. Mata Sepia pulak mencerlung tajam pandang aku, seakan-akan mahu menerkam aku hidup-hidup.
āDah, jangan gaduh. Aisyhā¦.ā Meleret nama aku dipanggil oleh Ayden membuatkan aku cepat-cepat ingatkan diri bahawa orang yang aku sentuh sekarang adalah lelaki, bukan wanita.
āKau berambus dari sini sebelum aku terajang kau!ā sambung aku lagi. Mata aku dan Sepia bertembung, seakan-akan ayam bersabung. Kalau tak ada Ayden, rasanya ada salah seorang daripada kami berdua akan dikejarkan ke hospital.
Sepia membetulkan baju kurungnya yang berkedut akibat cengkaman kuatku pada leher bajunya. Dia menghentakkan kakinya sebaik sahaja melihat bajunya kotor disentuh aku. Aku lupa yang aku belum basuh tangan. Tapi eloklah tu. Siapa suruh cari pasal dengan Aisyh.
āHei, aku pun tak teringinlah nak duduk sini lama-lama. Dan Amir, kalau boleh jangan tinggal dekat sini. Amir tengok kan macam mana dia layan Sepia. Sepia tak melawan pun dia masih nak mengganas dengan insan lemah macam Sepia,ā akhir katanya itu dia buat-buat nada sedih. Puiiii! Geli do aku dengar!
āSepia, Sepia. Sepia palabana anda. Nama kau tu Saipul. Cek IC, muka jantan habis!ā Sepia yang baru sahaja berada di beranda rumah, segera melangkah masuk sambil mengangkat tinggi-tinggi dengan niat untuk pukul aku.
āMulut kau ni kan!ā
Belum sempat dia berhadapan dengan aku, cepat-cepat Ayden menghalang. āAisyh, enough. Sepia, please. Balik cepat and please, jangan buat cerita buruk pasal Aisyh. I datang sini cuma buat research pasal kampung, bukan buat maksiat macam yang you fikirā. Walaupun tidak kedengaran kasar, namun ketegasan nada Ayden tetap terserlah.
āJangan risau, handsome. Sepia takkan buat cerita pasal Amir. Oi Aisyh, kalau bukan sebab Amir ni, memang buruk nama kau aku kerjakan. Nasib baik Amir adaā.
Sepia, dah Ayden tahan tangan dia, mulalah buat muka miang. Cis, saingan aku berjantina sama dengan laki aku. Apa benda ni wei! Memandangkan aku nak dia berambus cepat-cepat dari sini, aku pendamkan rasa marahku.
Sambil dia melangkah ke bawah, sambil itu dia merungut. āPerangai tak macam perempuan. Ganas! Habis renyuk baju aku. Kurang ajar punya perempuan. Si Amir pun satu, kenapa tak tidur je dekat rumah aku.Ā At least, nyawa dia selamatā. Bebelnya seorang diri, tapi aku tahu, dia saja buat suara kuat, nak bagi aku sakit hati.
Mungkin Ayden melihat mulut aku yang hendak terbukak untuk balas kata-kata Sepia, terus Ayden jeling aku.
āSayangā¦.ā Ayden bagi amaran.
āOkay fine!ā
ĆĆĆ
Riuh keadaan kebun ini dengan gelak tawa mereka semua. Aku pulak dah rasa geram memuncak, lebih tinggi rasa geram aku kalau nak dibandingkan dengan Gunung Kinabalu, Sabah.
āSepia tu siapa?ā tanya mama Ayden dan kemudiannya sambung gelak.
āAnak buah saya, lembut sikit,ā jawab mak sambil mengelap air mata dengan hujung lengan baju. Sakan sangat gelak dengar cerita aku tadi gamaknya.
Aku pulak hanya mampu ketap bibir. Menyesal aku cerita, ingatkan nak meluah, sekali kena gelak ramai-ramai. Oh ya, lupa cakap, sebenarnya keluarga Ayden yang tinggal hanya mama papa dia, Leo, Rheo dan Abdul Haq. Adik-beradiknya balik masa aku kena culik masuk bilik dan terima tayangan percuma dari Ayden. Ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan.
Jadi, yang ada di sini adalahh mak, abah, Air, Salwa, Aira, dan keluarga Ayden yang aku sebutkan tadi, termasuk aku sendiri dan Ayden.
āLembut apanya, dia tu maknyahā. Suara aku kedengaran jelas geramnya. Hmm, nak buat macam mana. Aku kalau berkaitan dengan Sepia tu, memang pantang sikit. Nasib baik aku ni tak hidup dalam novel. Kalau tak, rasanya aku boleh jadi heroin. Tajuknya, Suamiku Encik Sotong. Hmm, tahu sangat. Mesti rakyat Malaysia ni pantang tengok watak laki dan watak perempuan bergaduh sikit, mesti mintak supaya diorang berkapel. Walaupun! Wataknya macam Si Sepia tu. Huh!
Ayden cuit bibir aku. āMulutā.
Tegurnya, membuatkan aku ketap bibir. Aku tahu yang Ayden tak berapa suka dengar aku cakap macam tu. Tapi, tu bahasa paling sopan yang aku pernah bagi dekat Sepia. Sebelum ni, berlambak lagi carutan indah aku bagi dekat dia. Sama macam carutan yang dia bagi dekat aku. So, kiranya fair and square gittew.
āDia memang macam tu Ayden. Suka sangat cakap buruk pasal orang. Takpe, kalau kamu nak ketuk kepala dia pun takpe. Abah dah tak tahu nak ajar dia macam mana. Dia bercakap tu macamlah mak dan abah ajar dia cakap macam tu,ā bebel abah.
āApani, bah. Suka hati abah je kan burukkan Aisyh. Merajuk dekat abah, lima saat!ā aku palingkan muka daripada pandang abah, membuatkan yang lain mula tergelak semula.
āMerajuklah. Ingat abah nak pujuk ke? Baguslah kalau merajuk, bolehlah kami minum air kelapa ni sampai habis. Orang merajuk tak boleh minumā. Cett, abah gunakan kelemahan aku membuatkan aku cepat-cepat pandang dia.
āAbah tak aci kan?ā abah hanya tersenyum.
āKata tak nak cakap dengan abahā.
āAisyh cakap lima saat je tadi kan. 12345, dah, lima saat. Abah, boleh tak kalau Aisyh nak minum air kelapa jugak?ā aku lagakan jari telunjukku sambil pandang muka abah. Aku yakin mesti muka aku comel buat macam ni.
Abah jongket kening dan kemudiannya angguk. Baru sahaja aku hendak melonjak kegembiraan, tiba-tiba abah cakap, āBoleh, tapi panjat sendiri. Abah dah tua, tak larat panjat pokok berkali-kaliā.
āBah, abah tahu kan Aisyh tak pandai panjat pokokā.
Kemudian, Leo datang bersama gelas di tangan. Dia suakan pada aku. āKakak nak jugak?ā mata bulat berwarna kelabu gelap itu memandang aku sambil tersenyum. Aih, rasa nak gomol budak ni. Lagi-lagi lepas dia panggil aku kakak, rasa macam terlampau muda!
āEh, apa pulak kakak. Dia auntylah,ā tegur mama Ayden membuatkan Leo mencebik sambil menggelengkan kepala.
āNo, dia bukan aunty! Dia kakak. Kakak Aisyh. Sama macam Kakak Aira dan Kakak Salwa,ā ujar budak kecil itu sambil menunjuk ke arah Salwa dan Aira yang duduk di sebelah kanan aku. Manakala sebelah kiri aku pulak Ayden. Rheo dan Abdul Haq pula duduk di atas pokok tumbang.
Kami hanya tergelak melihat keletah Leo. Haih, tengok Leo ni rasa macam nak ada anak sendiri pulak. Eh?
Setelah agak lama kami berada di kebun belakang rumah, akhirnya mereka pun naik semula ke rumah memandangkan cuaca terasa semakin panas. Leo pula sudah meragam sebab panas. Petang nanti mereka akan balik bandar, jadi, mereka mengambil keputusan untuk berehat sekejap.
Manakala kami bertiga iaitu aku, Aira dan Salwa masih berada di sini. Di kebun ni. Rupanya mereka berdua nak minum lagi air kelapa, tapi malu nak cakap dekat abah. Alamatnya, kami bertiga tunggu sini sekejap dengan alasan nak lepaskan rasa rindu. Tak menipu okay. Lepaskan rasa rindu antara sebabnya. Tapi, nak minum kelapa sebab utama.
āTak, masalahnya sekarang, sorang pun antara kita dekat sini tak pandai panjat pokokā. Rungut Aira. Walaupun terdapat lekuk pada pokok itu, tapi, ketiga-tiga kami tidak berani untuk panjat. Ini kerana, kami ada kenangan pahit panjat pokok masa muda remaja dulu.
Punyalah berlagak dapat panjat pokok, sekali tak dapat turun. Dahlah masa tu kami panjat pokok yang agak jauh daripada penglihatan orang kampung. Alamatnya, sekampung buat rondaan cari kami bertiga sebab hari dah senja, kami masih belum balik.
Lepas je jumpa, terus bernanah telinga kami bertiga kena marah. Jadi, kesimpulannya, sebenarnya kami pandai panjat, tapi tak pandai turun dan yang paling penting, masih trauma.
āDah, gerak jauh sikit. Nanti kena,ā tiba-tiba kedengaran satu suara garau. Kami bertiga menoleh ke arah suara itu. Ternyata suara itu milik Rheo.
Seperti yang disuruh, kami pun melangkah ke belakang beberapa langkah. Aku ni punya khusyuk melangkah ke belakang, sekali aku terlanggar seseorang daa. Segera aku minta maaf dan toleh ke belakang.
Laaa⦠Ayden rupanya.
Seperti Rheo, Ayden pun meminta kami berada sedikit jauh. Rupa-rupanya mereka berdua jadi beruk tak berbayar, panjat pokok dan petik buah kelapa. Tak, bukan beruk. Tapi lebih kepada gorilla sebab lengan masing-masing menimbulkan urat dan terserlah kesadoan mereka.
āWah, hebatlah Rheo. Boleh tahan jugak kan dia punya sado tu. Dahlah muka dia tu macam Jack Wilder ,ā bisik Salwa di sebelah. Aku sekarang berada di antara dia dan Aira.
Jack Wilder? Hmm, adalah sikit iras tu. Cuma Rheo lebih nampak berkarisma dan cool sikit. Kalau dibandingkan dengan Ayden, dia ni taklah sado sangat. Fit. Haa, tu sesuai kot.
Ya, aku tak nafikan kehebatan mereka berdua. Ingatkan orang kaya tahu pergi gym saja. Rupa-rupanya aktiviti kampung macam ni pun mereka berdua hebat. Perghhh! Semakin tabik aku dekat suami aku.
āNasib baik yang sorang tu laki kau,ā sambungnya lagi.
Aku berdehem, memberi amaran membuatkan mereka berdua tertawa.
āAisyh, aku perasan jari kau takde inai eh?ā Salwa angkat jari-jemari kanan aku.
āHaahlah. Kau tak teringin ke buat inai?ā giliran Aira pula bersuara membuatkan aku pandang jari aku yang terhias cincin, tapi tiada inai.
āKalau aku buat inai nanti kang, orang tahu aku dah kahwinā. Ya, inaikan simbolik perkahwinan. Nasib baik tau aku tak pakai inai, kalau tak, aku tak tahulah nasib aku lepas jumpa Sepia tadi.
āAlaa, kau cakap jelah yang kau nak bagi cantik kuku ke apa ke. Cari dalam internet apa kebaikan pakai inai. Dan, jangan kau pakai inai yang berlukis tu. Kau pakai jelah inai daun tu. Cantik pun cantik warna dia,ā cadang Aira dan Salwa angguk setuju.
Aku tilik lagi jemari aku. kali terakhir aku pakai inai masa sekolah menengah dulu sampai-sampai aku kena tangkap cikgu dan kena suruh kikis kuku atas simen sampai hilang inai. Haha. Masa tu terkinja-kinja tengok orang kahwin, nak jugak. Tak pasal-pasal sampai sekolah, kuku aku tercalar. Cett.
āMana nak cari inai?ā akhirnya aku bersetuju jugak dengan cadangan mereka berdua. Entah kenapa aku nak tengok jari aku bukan sahaja dihiasi cincin mahal ni, bahkan jugak diwarnai inai yang semestinya cantik kalau berada pada jari aku.
āAku tak tahulah Aisyh ni jenis apa agaknya. Baru tinggal tak lama dekat KL, dah tak tahu apa yang ada dekat kebun dia. Tu haa, tu bukan pokok inai? Apa kau ni? Kau ada tolong family kau pergi kebun ke? Ke tak pernah?ā bebel Salwa membuatkan Aira tergelak manakala aku pulak mencebik.
āTolonglah jangan membebel banyak sangat. Dari tadi dah aku dengar Si Sepia tu membebel, jangan kau tambah lagi pleaseā. Aku meninggalkan mereka berdua sambil menuju ke arah pokok inai tersebut.
Beberapa ranting inai kami patahkan. Dan, jemur sekejap daun-daun yang melekat pada ranting tersebut.Ā Kelihatan Ayden dan Rheo selesai dengan aktiviti memetik buah kelapa muda itu. Mereka kemudiannya mengutip buah kelapa dan dimasukkan ke dalam guni dengan bantuan Abdul Haq.
Selesai mengutip kelapa, mereka bertiga pun membawa guni tersebut naik ke atas.
āTak naik lagi?ā soal Ayden apabila melintasi kami bertiga.
Aku geleng. āKejap lagiā.
Anggukan yang Ayden balas dan kemudiannya menyambung semula perjalanannya naik ke atas.
āFuh, beruntung betul kau dapat laki macam Ayden tu Aisyh. Berpeluh macam tu pun nampak handsome!ā siapa lagi kalau bukan Salwa. Dia ni kan, tak habis-habis puji suami aku. Jangan dia sailang sudah.
āTapi, Abdul Haq dan Rheo pun apa kurangnya. Mendapat dekat aku sorang, sumpah aku tak curangā. Sambungnya lagi.
Aira menampar lengan Salwa. āJadi maksudnya, kalau kau tak dapat diorang berdua dan andaikata kau berjodoh dengan orang lain, maksudnya kau akan curanglah. Macam tu?ā
Salwa tergelak. āKemungkinan tu tinggiā.
Dengar sahaja jawapan Salwa, terus aku tergelak. āBongok!ā
ĆĆĆ
Sunyi mengejut rumah ni selepas kelurga Ayden balik. Yang tinggal hanya aku, Ayden, Air, mak dan abah. Keluarga Ayden dah balik petang tadi. Memang agak pelik buah tangan kali ini, seguni buah kelapa muda. Aku ingatkan aku seorang sahaja yang hantu kelapa, rupa-rupanya keluarga Ayden pun sama. Seguni lagi, Abdul Haq dan Rheo bawak. Pun tak nak mengalah.
Leo apatah lagi, dua biji kelapa muda dia boleh sapu sorang-sorang. Kalau orang dewasa aku tak hairan sangat. Ni, dia masih budak-budak kot. Dahlah petang tadi jenuh nak pujuk dia balik. Katanya dia nak ikut pak cik-pak cik dia panjat pokok katanya. Dan, malam ni sebenarnya dia nak tidur sekali dengan Kakak Aisyh dia cakap. Haha.
Meronta-ronta budak tu bila Ayden angkat dia masuk kereta. Tak habis-habis nama aku dan Air dia sebut. Nak main dengan Airlah, nak minum kelapalah. Mana taknya, walaupun baru sehari dia kenal Air, Air memang layan macam dia sebaya dengan Leo.
Tambah-tambah Leo anak tunggal, dengan perangai Air yang gitu, mana taknya meragam nak balik budak tu dibuatnya. Sebenarnya mereka mahu sahaja tinggal di sini lama-lama. Tapi faham-fahamlah nenda tu macam mana. Kejap-kejap tanya kenapa tak balik lagi. Yang tak boleh blahnya dia cakap, jangan duduk lama-lama dekat kampung. Nanti berpenyakit. Pfffft.
Mak dan abah sudah maklum akan perkara tu. Macam aku, mereka berdua juga tenang dan percaya yang nenda akan terbuka hati suatu masa nanti untuk terima aku.
āMacam mana sepanjang kenal Aisyh, okay ke dia? Abah ni minta maaflah kalau anak abah ada tersakitkan hati kamu. Dia ni memang cakap main ikut suka mulut dia saja, tapi hati dia baikā. Dari dapur aku dengar suara abah memuji. Alolo abah, sweetnya.
Mak jeling aku dengan pandangan jengkel. āAbah terpaksa je puji kamu tu. Sebab dia risau kamu kena tinggal dengan Ayden kalau Ayden tahu perangai buruk kamu tuā. ejek mak membuatkan aku tak dapat dengar ayat balas daripada Ayden.
āEee, apani mak? Sekurang-kurangnya Aisyh jadi diri sendiri tau. Cuba bayangkan kalau Aisyh pura-pura baik, lepastu, bila dah kahwin macam ni tiba-tiba Aisyh tunjuk perangai sebenar Aisyh. Haaaa, kan lagi teruk tu,ā bantah aku sambil menutup jag yang berisi air kopi itu.
Mak mencapai beberapa biji gelas. Setelah itu, roti gardenia, kaya, biskut kacang dan beberapa jenis makanan ringan, mak letakkan dalam pinggan kecil. Kami sudah makan malam, tapi kebiasaannya kami akan makan makanan ringan begini sebelum tidur. Terutama akulah, untuk elakkan terbangun lewat malam sebab lapar.
āTapi, jadi diri sendiri, jangan sampai derhaka dengan suami. Itu je pesan mak untuk kamu. Dah, pergi bawak semua ni pergi ruang tamu,ā arah mak buatkan aku sedikit tersentap. Selalu jugak aku cakap kasar dengan Ayden. Harap dia ampunkan bini comel dia ni jelah.
Setibanya di ruang tamu, segala makanan dan minuman yang dibawa, disusun di atas meja kopi. Nak tergelak aku tengok muka cuak Ayden. Yelah, aku tahu dia ni jenis jaga pemakanan. Sekali makanan yang dihidang, makanan-makanan manis yang memang bukan selera tekaknya. Dahlah tadi dia terpaksa makan makanan bergoreng. Dia tak bagitau, tapi cara dia makan tu aku dah boleh agak.
āMakanlah Ayden. Nanti sampai bandar, kamu exercise balik. Mana lagi kamu nak makan kenyang-kenyang kalau bukan dekat kampung ni,ā aku tergelak dengar cakap mak. Rupa-rupanya mak pun tahu jugak. Tapi kalau tengok cara Ayden makan, siapa yang tidak tahu bahawa lelaki itu risau dengn tubuh badan dia. Aku je ke yang makan ikut suka tekak aku je?
Ayden garu kepala dengan wajahnya yang tiba-tiba memerah. Awwww, nampak comel pula dia blushing macam sekarang. Biasa tengok muka dia merah sebab marah je. Tak sangka ini kali pertama aku tengok dia bermerah muka sebab malu macam sekarang.
Aku tuangkan minuman ke dalam cawan dan aku suakan dekat mereka semua.
Mereka makan sambil berbual. Boleh tahan banyak cakap jugak Ayden ni. Giliran aku diam sebab nak bagi ruang untuk mereka saling mengenali. Air taknak lepaskan peluang untuk kenal Ayden. Macam-macam soalan yang budak tu tanya. Ada yang macam aku nak hempuk je kepala Air lepas dengar soalan yang dia ajukan. Tapi aku tengok Ayden cuma gelak dan layankan sahaja.
āInsya-Allah minggu depan nak bawak dia pergi honeymoon. Tapi, tak tahu lagi dekat manaā. Jawab Ayden tenang. Mak dan abah angguk.
āMana-mana je kamu berdua pergi, jaga diri sendiri. Aisyh, kamu tu. Jangan keluar ikut suka kamu je. Kamu tahu tak Ayden, masa kami bercuti mana tah, dah lupa. Aisyh tiba-tiba hilang lepas jumpa badut. Dia lari dalam mall sampai-sampai kami tak boleh nak kenalpasti mana tempat dia lari. Nasib baik mak guna naluri seorang ibu, akhirnya jumpa. Itu pun dekat nak sejam baru jumpaā.
Pfffft, mak ingatkan balik kisah aku masa sambut hari bahagia aku lepas habis SPM. āEeee, masa tu Aisyh budak lagilahā.
āBudak lagi kamu cakap. 17 tahun dah. Orang dulu-dulu umur 17 tahun dah boleh kahwinā.
āOrang dulu kot,ā bisik aku seorang diri.
āHah, tengok tu. Melawan. Entah macam manalah Ayden boleh tahan dengan perangai kamu,ā bebel mak lagi. Ayden dah tergelak dekat sebelah.
Aku diamkan diri. Kalau aku bercakap, memang akan kena smash buat kesekian kalinya punya. Jadi, elok aku tutup mulut.
Setelah berbual lama, akhirnya mak dan abah minta diri masuk bilik. Fuh, tenang rasanya. Sepanjang perbualan, mesti ada nama aku yang akan terpalit sama. Kalau cakap benda baik tak apalah jugak, ni kutuk-kutuk aku. Rasa macam nak terjun je dari beranda rumah.
Yang tinggal hanya aku, Air dan Ayden. Setelah selesai basuh pinggan mangkuk, aku kembali ke ruang tamu. Kelihatan Ayden sedang mengajar Air subjek Matematik.
Aku perhatikan sahaja mereka berdua yang sedang menelaah latihan Matematik tersebut. Dulu aku ada mintak nak jadi guru Math, sekali yang aku dapat guru Sejarah. Nasib baik aku ni jenis yang minat fakta, jadi, tak berapa susah untuk aku belajar dan mengajar subjek ini.
āFind the answer for jarak AB firstā.
ā42 dan 15ā.
āOkay, then, jawapan tu nanti Ash darabkan dengan sixtyā.
Air kelihatan khusyuk menekan kalkulatornya. ā3420 batu nautikaā.
āGood. Buat benda sama untuk BCā.
Tekan kalkulator lagi. ā1680 batu nautikaā. Ujarnya sambil menulis jawapan tersebut dalam buku tulisnya.
āOkay. Hitung laju purata. Ash tahu rumus laju purata macam mana?ā
āJumlah jarak yang dilalui bahagi masa yang diambil. Oh, maksudnya jarak AB tambah dengan jarak BC. Lepastu bahagi dengan 8 jam setengah tu?ā Ash mintak kepastian. Ayden mengangguk sambil tersenyum nipis. Perghh, nampak handsome pulak laki aku jadi pengajar ni.
āLaaaa, macam tu je rupanya. Ash je ingatkan susahā. Balas budak tu lalu proceed kepada soalan yang lain. Nampaklah yang dia sudah mula faham dengan tunjuk ajar Ayden. Tanpa bantuan Ayden untuk enam soalan seterusnya, dia pun akhirnya berjaya siapkan latihan itu sendiri.
āThank you abang!ā ujarnya teruja.
āMost welcome,ā jawab Ayden dengan senyuman tenang terukir di bibirnya.
Kemudian, Air pun masuk bilik sambil menyanyi riang. Macam tak pernah siap kerja rumah je lagaknya?
āPandai jugak awak Matematik eh?ā tegur aku sambil menutup televisyen.
āNot really. Apa yang I ingat, tu yang I boleh tolongā.
Aku angguk kepala dan ajak dia masuk bilik. Setibanya di dalam bilik, terus aku melabuhkan punggung di atas katil. Ayden pula, erkk, dia mula buka bajunya. Nasib baiklah baju sahaja. Kalau macam siang tadi, memang asma aku dibuatnya.
āAwak ni kan, tak reti pakai baju ke? Semalam elok aje!ā tegurku.
Ayden tergelak kecil. āI tak boleh tidur sebenarnya pakai baju macam semalam. Kulit I perlukan kebebasanā. Cis, kebebasan apa bendanya. Aku yang sengsara tahu tak asyik tengok dia jadi model tak berbayar.
Kejap! Kalau semalam dia tak boleh tidur. Tu maknanyaā¦..! āAwak dengar tak apa yang saya cakap dekat awak semalam?!ā segera aku berpaling memandang Ayden yang sedang meletakkan pakaiannya pada sofa.
Ayden kerutkan kening. āCakap apa?ā
Fuh, lega. Maksudnya dia tak dengar. āTakde apa-apalah. Awak, kita main game nak?ā
Ayden yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah aku, pandang aku pelik. āMain apa malam-malam macam ni?ā soalnya pelik.
āMain blok kayu. Siapa runtuhkan blok kayu, yang menang akan letakkan penyepit dekat mana-mana yang dia nak dekat yang runtuhkan blok tu. Nak?ā aku pandang wajahnya. Pandang bawah bahaya sikit.
Dia buat-buat fikir. āHmm, why not? Jomlah. Nak main dekat mana?ā
Aku tunjukkan meja kecil dan rendah yang disediakan di dalam bilik aku. Ayden pun terus duduk di situ sementara menunggu aku mengambil blok kayu dan penyepit yang diletakkan pada penggantung baju.
Sebaik sahaja dah jumpa, aku pun duduk bertentangan dengan Ayden. Blok kayu tu aku keluarkan.
āMacam tak mencabar sangat. Cuba kalau kita tukar sikit cara main niā. Ayden tiba-tiba bersuara. Aku pandang dia, meminta supaya dia teruskan ayatnya.
āKita bagi soalan. Salah betul jawapan, kena tarik kayu ni. Bezanya, kalau salah, sebelum tarik blok ni, kena kepitlah dengan penyepit. Dan kalau jatuh, ada hukuman tambahan. Setuju?ā dia angkat kening sambil menghulurkan tangannya kepada aku.
Aku tak fikir banyak, sambut huluran itu.
āDealā.
Apabila aku hendak tarik tanganku daripada genggamannya, tiba-tiba dia tahan. āCantik inai. I love it,ā pujinya sambil usap tanganku. Aku pulak tiba-tiba rasa gelabah bila dia usap macam tu.
āSejuk dah tangan? Takut kalah atau ā¦.ā Sengaja dia gantungkan ayatnya dan dia lepaskan tanganku. Bibirnya tersenyum senget manakala mukaku aku yakin terasa panas dan memerah, sama macam muka Ayden tadi.
āEeee, dahlah. Kita start. Gunting batu kertasā.
Okay, dalam gunting batu kertas, memang aku lemah sikit. So, giliran pertama yang beri soalan adalah Ayden. Haraplah soalan tak susah mana. Sekali dia tanya berapa kerugian syarikat dia tahun lepas, memang aku angkat bendera putih awal-awal.
Ayden pandang wajahku, lama membuatkan aku rasa segan. āBagilah soalan, yang awak tenung saya macam tu kenapa?ā malu aku apabila mata itu memandang tepat ke wajahku dengan pandangan yang sangat dalam.
āOkay, first question. Simple. Bila tarikh lahir I?ā dia peluk tubuh sambil siku kanannya menyentuh paha.
Ek eleh, senang sangat! āHuh, soalan budak sekolah pun boleh jawablah. Jawapan dia, 8 Ogos. Betul tak?ā
Dia mencebik sambil angguk membuatkan aku rasa bangga. Alah, simple sangat! āMemang fans tegar I lah niā. Ejek Ayden kemudiannya, membantutkan rasa berlagak dalam diri aku sekaligus menggantikan rasa berlagak itu kepada malu.
āMemanglahā. Jawabku masih dengan nada angkuh walaupun rasa malu dah menebal dekat muka. Kemudian, aku mula tolak blok kayu yang aku pilih dan letakkan di bahagian paling atas. Okay, tangan aku ketara menggeletar.
āOkay. Giliran saya pulak. Berapa tarikh lahir saya?ā muehehe. Ni mesti dia takkan tahu punya sebab sepanjang kami berkenalan, aku tak pernah bagitau dia bila tarikh lahir aku.
Lama dia diam, sebelum dia menjawab. ā12 Jun?ā soalnya dengan nada was-was.
See? Aku dah cakap, dia memang tak tahu tarikh lahir aku bila. āSalah. Bulan dah betul, tapi tarikh tu salah. Saya lahir 9 Jun okay. Bak sini mukaā. Aku berdiri dan menuju ke arah Ayden dengan penyepit baju di tangan. Kemudian, aku kepitkan penyepit itu pada telinga kanannya.
Sekelip mata telinga kanannya kelihatan merah buatkan aku tergelak besar tengok muka Ayden sekarang. Tanpa pedulikan aku, dia pun mula keluarkan blok kayu tersebut. Dan sekali lagi, nasib dia malang apabila sekali tolak, kesemua blok kayu jatuh menyembah lantai. Aku yang tengok nasib malang Ayden, mula melompat keriangan.
āAwak ni lagi teruk daripada Airlah bab main benda niā. Ujarku sambil tergelak lagi.
āKejap eh, saya ambik hukuman sekejapā. Aku berjalan menuju ke arah meja solek. Laci dibuka, kesemua barang makeup yang aku beli tapi tak pernah pakai, aku ambil.
āAisyh? Jangan cakap yang you nakā¦ā
āHukuman okay. Awak sendiri yang cipta peraturan tadi kan?ā ujarku sambil menahan gelak. Pensil lukis aku berwarna hitam aku keluarkan.
āOkay....ā redha jelah awak. Siapa suruh tadi buat peraturan yang bukan-bukan? Aku gelak jahat dalam hati.
Dengan penuh teliti aku lukis kening Ayden. Nasib baik kening dia memang kemas. Cumanya yang agak kelakar, kening dia dahlah tebal. Lepastu aku pergi lukis dengan warna hitam, dah serupa Shin Chan dah dia aku tengok.
Lepas aku puas hati, aku kembali susunkan blok tersebut.
āTypical woman,ā rungutnya seorang diri. Aku hanya tergelak mendengar rungutan Ayden.
āOkay, next round. Giliran awak pulak bagi soalanā.
āWait, berapa round semua?ā
Aku tilik jam pada telefon bimbit. Jam dah pukul 10.45 malam. āHmm, 4 jelah. Setiap kali blok jatuh, dikira satu round dah settleā.
Dia angguk faham dan kemudiannya mula fikirkan soalan yang sesuai untuk diajukan pada aku. āSoalan kali ni, susah sikit. Dengar betul-betul.ā
Aku pasang telinga. āSatu tolak 3x equal to x tolak empat per dua. Satu tolak 3x sama dengan x tolak empat per dua. I give you 30 seconds to answer this question. Your thirty seconds start nowā. Ayden tersengih, seolah-olah tahu apa kelemahan aku. Eh, kurang asam betul! Tahulah aku dah lama tak belajar Matematik.
Cepat-cepat aku capai pensel lukis kening dan mula conteng tapak tangan. Tapi susah sebab hujung pensel tu lembut. Sampai terpatah-patah bila aku mula menulis.
ā20 seconds leftā. Ayden memberi peringatan tentang masa yang sudah berlalu. Pffft, tak sangka dah 10 saat berlalu. Tapi aku masih terkial-kial mengasah hujung pensel. Kuajo nau!
ā10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, and 1. Stop. Whatās your answer?ā aku pandang dia dengan muka geram. Satu habuk pun aku tak dapat kira. Padahal soalan tu soalan fav aku masa sekolah dulu.
Walaupun aku tiada jawapan, tapi aku tetap nak jawab juga. āEx tu tak bernilai kot. Sebab tu sampai sekarang tak dapat jumpaā. Jawabku selamba membuatkan Ayden tergelak kuat mendengar jawapan aku. Sampai merah muka dia sebab tergelak. Ceh, entah apalah yang kelakar sangat, aku pun tak tahu.
Sambil dia tergelak, dia mengesot ke arah aku dengan penyepit di tangan. Dia sepitkan hujung hidung aku. Pergh, ni nak bunuh aku supaya bagi aku tak bernafas ke macam mana ni?
Giliran aku untuk tarik blok. Dan, nasib aku sentiasa baik, blok tu tak terjatuh pun. Haa, tepuk-tepuk!
āOkay, giliran saya. Soalan saya senang je. Dengar baik-baik tau. Pak Husin ada lima orang anak. Tiga lelaki, dua perempuan. Dia ada dua bini. Daripada lima tadi, empat orang anak adalah hasil perkahwinan dia dengan isteri pertama, dan seorang lagi adalah hasil perkahwinan dia dengan isteri kedua.
Jadi, soalan saya, berapa umur Pak Husin?ā aku tahan gelak, lagi-lagi tengok muka tak puas hati Ayden.
āAisyh, what kind of question is that? Tak logik langsung. Pembayang soalan dengan soalan langsung takde kaitan,ā suara Ayden kedengaran tak puas hati.
āEh, suka hati sayalah. Saya yang bagi soalan. Macam soalan awak tadilah, adakah patut tanya soalan pasal ex orang lainā. Aku pun tak puas hati soalan aku dipertikaikan.
āTapi at least, soalan I ada dalam buku rujukan Ash. Soalan you ni?ā
āEleh, tipuā.
āTak percaya? Suruh Ash bukak buku rujukan dia, Focus SPM Tingkatan 4 dan 5 muka surat 466, soalan 22. I jamin soalan tu wujudā. Pffft, apa benda yang aku tengah dengar ni. Aku telan liur. Laki aku ni spesies rebus dan makan buku ke?
āErr, macam mana awak tahu?ā kecik je suara aku tanya.
āTadi kan I ajar Ash, tak sengaja belek-belek buku dia. Dah, ganti soalan,ā eh, belek-belek pun dia boleh ingat. Dia ni manusia ke apa?
Aku berdegil. āMana boleh main tarik balik soalan. Jawab jelah, jenuh otak saya fikir tadi tau takā.
Ayden mengeluh. āDah, sepitkan je I. I lebih rela kena sepit penyepit ni daripada jawab soalan youā. Dan aku dengan senang hati, sepitkan sebelah lagi telinganya.
Giliran yang dinantikan, Ayden tarik blok kayu tersebut. Kalau tadi dia tolak, sekarang dia mula tarik pula. Perlahan-lahan dia tarik dan.. pap! Jatuh lagi. Dia raup mukanya dan terbaring sambil menjerit tak puas hati.
āBenda ni saja nak sabotaj I. Dah, lepas ni last round. Berkali-kali I main, boleh gila tahu tak?ā aku yang dengar dia merungut hanya mampu tergelak.
āHukuman, hukuman,ā aku mengingatkannya membuatkan Ayden kembali tayang muka tak puas hati. Nampak comel pulak dia buat muka macam tu.
Kali ini, aku ambil lipstik pulak. Aku pilih warna coklat yang tak terlampau gelap. Ayden semestinya sudah redha walaupun kedengaran dia merungut seorang diri. Aku dengar, tapi malas nak layan. Salah sendiri buat peraturan yang bukan-bukan.
Selesai mencalit lipstik pada bibir nipis Ayden, aku lapkan bahagian yang comot dan sekali lagi aku tergelak bila tengok muka Ayden sekarang. Dengan penyepit pada kedua-dua belah telinga, kening yang tebal dan bibir yang berwarna membuatkan Ayden dah macam nyah-nyah dah aku tengok. Mungkin tak puas hati, dia pergi cubit pipi aku kuat-kuat menyebabkan gelak aku hilang, digantikan dengan jeritan sakit.
āEeeee, sakitlah. Patutlah awak selalu jatuhkan blok, tangan keras sangatā. Bebelku sambil mengusap pipi aku yang terasa kebas akibat dicubit Ayden.
āSorry,ā ucapnya lembut dan kemudiannya dia usap pipiku. Ceh, tiba-tiba hilang pulak rasa sakit ni!
āDah, sambung main. Last round betul-betul eh?ā aku meminta kepastian, dan dia anggukkan kepalanya.
Dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari idea untuk soalannya. āOkay, soalan I. Who's my favourite actor?ā tenang dia menyoal sambil menongkat pipinya. Okay, soalan kali ni agak susah sebab dia tak pernah lagi kongsikan pasal benda ni dalam mana-mana media dan majalah.
Aku diam seketika. Tiba-tiba bagaikan ada mentol atas kepala, aku pun terus menjawab. āRemy Ishak? Zul Ariffin? Aeril Zafrel? Shaheizy Sam?ā aku sebut empat nama itu dan Ayden hanya balas dengan gelengan.
āBanyak sangat nama yang you sebut. Tapi semua salah. Jawapannya, Johny Depp,ā tanpa belas, dia sepitkan penyepit tu pada pipi aku. Dahlah sebelah kena cubit, sebelah lagi kena sepit. Haih, redha jelah. Siapa suruh main game macam ni malam-malam.
āLah, peminat Johny Depp rupanya,ā rungut aku.
Jadi, aku pun mula mengambil satu blok kayu yang sedari tadi hanya dua blok sahaja yang diambil sebab lepas sahaja blok kedua, mesti kesemua blok lain akan jatuh. Dan, peruntuh blok itu adalah Ayden.
Dan semestinya kalau seorang Nureen Raisyha yang tarik, jadi tiada masalahlah dan kami pun proceed kepada soalan yang seterusnya. Banyak juga soalan kali ini sebab Ayden nampaknya mula mahir untuk tarik blok sampai tak jatuh. Banyak jugak penyepit pada muka kami berdua sebab semakin lama semakin merapu soalan. Ayden pun taknak kalah bagi soalan merapu. Antara soalan yang famous yang mungkin korang boleh jawab :
1. Kenapa cucur dipanggil cucur. Kenapa bukan Adabi?
2. Kenapa otak burung unta lebih kecil daripada matanya?
3. Kenapa otak manusia ada yang kadang-kadang dekat lutut?
4. Banyak-banyak hari, hari apa yang ada hari?
5. Kenapa sabun jatuh jangan kutip?
6. Antara pinggan dan gelas, yang mana satu sudu?
Ini adalah kompilasi soalan aku dan Ayden. Soalan terakhir tu soalan daripada Ayden dan semestinya jawapan aku salah. Blok kayu semakin tak stabil, silap sikit aku tarik, habis semuanya akan terjatuh.
Dup dap. Okay, setakat ni tak jatuh lagi. Mungkin sebab aku rasa selesa sangat, masa aku letak blok tu dekat atas, jadi kesemuanya terjatuh tanpa belas. Aku speechless manakala Ayden melonjak gembira. Ceh, mentang-mentang baru menang!
Tapi macam tak percaya. Juara bertahan tewas di set ketiga. Aku terbaring, meratapi kekalahan diri manakala Ayden sudah mula mengingatkan aku tentang hukuman membuatkan aku bangun dan menuju ke arahnya yang kini sudah duduk bersila di hadapan katil. Tak habis-habis dia tersengih. Eleh, baru sekali menang kot.
āKejap, saya nak simpan blok kejapā. Aku kemaskan blok kayu dan simpan semula di dalam almari. Tak sangka pengakhiran aku sesadis begini. Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku kalah bermaruah. Tak macam Ayden. Muehehe. Aku kembali berlagak.
Kemudian, aku labuhkan punggung di hadapan dia. Terkebil-kebil mata aku tengok ada gitar dekat sebelah dia. Lupa yang dia ada bawa sekali gitar semalam sebab kesibukan seharian.
āDah ready untuk hukuman?ā Aku angguk yakin. Eleh, setakat Ayden, paling-paling dia hukum aku push up je. Takkanlah dia nak bagi hukuman yang berat untuk isterinya yang comel yini. Adiii manis.
āOkay, hukuman pertamaā. Hukuman pertama?
āJap, berapa hukuman ni? Tak acilah saya bagi satu je hukuman tadi untuk setiap pusingan!ā
āSiapa suruh tak mintak?ā
āAwak tak cakapā.
āYou tak tanyaā.
āOkay fine!ā Ayden tergelak kecil dan kemudiannya menyambung ayatnya sebentar tadi.
āOkay, hukuman pertama. You kena kiss Iā. Arahan itu membuatkan mata aku membulat pandang dia.
āMana boleh! Lain-lain!ā
āApa pulak tak boleh? Ni hukuman. You kena cium bibir I sampai hilang lipstik niā. Sekali lagi aku rasa macam kena serangan jantung. Palehotak dia nak suruh aku cium sampai hilang lipstik.
āMatte kot!ā
āSiapa suruh calit? Dah, cepatā. Ayden tunjukkan bibirnya yang bercalit lipstik itu. Walaupun nampak kelakar, tapi, rasa geram aku lebih menguasai.
āBoleh tak kurangkan hukuman? Macam cium tangan ke?ā aku cuba nasib. Ayden pula kelihatan berfikir.
āBoleh, tapi, bukan dekat tanganlah. Dekat sini,ā dia tunjuk pula pipinya. Cett, hukuman apakah? Kenapa mengarut sangat ni wei!
Aku pandang dia lagi. āTangan tak boleh?ā cuba lagi dan Ayden menggeleng serta terus menunjuk pipinya.
Lama masa yang aku ambil dan akhirnya aku tutup mata dan terus cium pipi dia. Kalau semalam okaylah sebab dia tidur, ini, dengan muka miang dia tu, segan tahu tak? Lepas saja aku lepaskan ciuman, kelihatan Ayden tersenyum lebar. Cis!
āOkay, kita proceed kepada hukuman kedua. Sebelum tu, I nak basuh muka kejap".
Ya, memang patut pun kau basuh muka. Dah macam Sepia dah aku tengok.
Setelah muka dibasuh, dia pun kembali duduk di tempat tadi. Aku hanya duduk sahaja daripada tadi tunggu dia basuh muka. Lepas basuh muka ni, fuh, kembali semula muka kacak dia.
"Hukuman kedua ni simple, you cuma perlu duduk depan I sambil dengar I nyanyi lagu. Boleh?ā aku angguk jelah. Lagipun, dah nama pun hukuman. Setuju atau tidak, kena setuju. Tadi pun atas kuasa budi bicara gituh.
Gitar dicapai. Setelah kedudukan gitar dirasakan selesa, Ayden pun mula petik benda alah tu. Fuh, pandai jugak dia main gitar. Kalau nyanyi, agak-agak sedap ke tak suara dia ni?
I still hear your voice, when you sleep next to me.
I still feel your touch in my dream.
Forgive me my weakness, but I don't know why
Without you it's hard to survive.
Dia jedakan petikan gitar dan mula tarik tangan aku mendekati dadanya. Aku sedikit terkejut, tapi aku turutkan saja.
Kemudian, dia sambung menyanyi dengan tapak tangan aku yang masih melekat pada dada kirinya. Aku was-was sebenarnya, aku kena letak situ atau aku tarik. Yelah, dahlah mamat ni tak berbaju. Naik segan aku pegang dada bidang dia. Tapi, sekali-sekala ambil kesempatan, okay kot? Kahkah.
'Cause every time we touch, I get this feeling.
And every time we kiss, I swear I could fly.
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last.
Need you by my side.
Dia pandang aku dengan pandangan dalam. Tertelan liur aku tengok pandangan serius itu. Dahlah bait lirik tu macam ceritakan pasal diri dia. Dengan degupan jantung dia yang terasa macam tak normal, dia hayati lirik ni ke?
'Cause every time we touch, I feel the static.
And every time we kiss, I reach for the sky.
Can't you hear my heart beat so...
I can't let you go.
Want you in my life.
?
Dia tamatkan lagu dan petikan gitar. GitarĀ di tepi dan kemudiannya dia pegang tangan aku yang masih setia melekap pada dada bidang itu.
Setelah itu, dia lepaskan tangan aku dari situ dan mula genggam tangan aku. Kemudian, dibawanya ke bibir dan mula dicium lembut. Terasa syahdu pulak apabila tengok bibirnya mula melekap pada belakang tangan aku.
"Aisyh...." Panggilnya perlahan. Perghh, dia ni menyanyi dahlah sedap. Pastu panggil aku dengan suara dalam macam tu, aduhai, cair makkk oiiiiiii.
"A-apa?" Ahhh, aku mula gagap!
"I love you.... Too," ucapnya. Pada awalnya aku rasa terharu. Tapi, apabila aku perasan ada perkataan too membuatkan aku hairan. Bila masa aku cakap I love you dekat dia?
"Sorry, semalam I dengar apa yang you luah dan I rasa pipi I yang you kiss semalam". Pengakuan yang semestinya membuatkan muka aku malu berganda-ganda! Eeeeeee! Dia dengar! Dan paling bahananya, dia tahu yang aku cium dia!!!! Mana aku nak letak muka.
Melihat aku yang ingin tarik tanganku daripada genggaman tangannya, terus Ayden tahan tangan aku dan suruh aku balas pandangan dia. Mulanya aku tak nak, tapi, dia paksa dan akhirnya aku pasrah. Aku tahu dan sedar yang muka aku sangat merah sekarang! Argh, malunya!
"Merahnya muka. Kenapa nak malu? Bukan you luah dekat orang lain pun. Dekat suami sendiri. I lepas you cium tu, terus mimpi indah," dia tergelak. Aku tetap diam sebab rasa malu menebal sehingga aku tak mampu nak bercakap apa lagi.
"Dah. Jangan malu sangat. Lambat-laun, you kena biasakan jugak. Tidur jom?" Dia usap kepala aku sambil pimpin aku untuk berdiri. Sebab malu sangat, aku hanya ikut sahaja.
"Tak nak kiss lagi ke?" Usiknya membuatkan rasa malu aku berganda-ganda! Dasar! Suwer deh, semalam adalah kali terakhir aku cium dia masa tidur. Serius aku malu sangat!!!
#Okaylah. Kebetulan idea datang dan paksa sis nak hapdet. Next week adalah minggu terakhir exam. Doakan idea melimpah ruah supaya dapat marathonkan. Hehe.
Sorrylah sebab perangai sewel Aisyh, diorang tak dapat sweet-sweet macam orang lain. Boleh pulak dia bawak main game malam-malam. Siapa sini perangai serupa Aisyh?????
Agak-agak, boleh tak diorang jadi macam pasangan suami isteri lain? Kee, lepas ni main ketingting pulak? Haha. Stay tuned and thanks for reading. ??
Share this novel