AYDEN??AISYH
AKU tilik jam, sudah berganjak ke pukul 9.30 malam. Ayden masih belum balik lagi dari pusat latihannya. Dia ada bagitau yang dia balik sedikit lewat hari ni sebab nak melatih budak-budak memandangkan Rheo ada sedikit urusan.
Tapi, aku tak terfikir pulak yang dia akan balik lewat macam ni sekali. Kalau aku tahu, baik aku makan terlebih dahulu. Nak makan sekarang memang taklah. Aku takut nak turun bawah sebab sekarang, dalam rumah tiga tingkat ni hanya ada aku seorang sahaja. Buatnya aku terserempak dengan hantu Jepun masa tengah cari makanan, kang tak pasal-pasal aku pengsan.
Tengah periksa jawapan pelajar, tapi otak aku menerawang ke tempat lain. Televisyen aku biarkan terpasang, lepas tu lampu-lampu terang benderang dari tingkat bawah sampailah ke koridor tingkat ini. Lama-lama Ayden tinggalkan aku sorang-sorang, memang melambung bil agaknya.
Perut pula tak henti-henti berbunyi minta diisi. Tapi aku terpaksa tahan sebab takut sangat. Sudahlah aku datang haid, buatnya hantu tu tiba-tiba cium bau manis dan rasuk aku, apa aku nak buat? Aku sudah semakin risau dengan andaian-andaian bodoh yang aku buat sendiri.
Patutlah aku mengamuk sakan minggu lepas masa Ayden tegur aku pasal aku merempit nak pergi sekolah tu, rupa-rupanya keesokan harinya aku datang haid. Naik kelam-kabut jugak aku sebab pad yang tinggal hanya beberapa keeping sahaja.
Ayden pula perasan yang aku sedang kehabisan stok pad, malam tu terus dia hulurkan kepada aku beberapa bungkusan pad jenama Kotex. Merah padam muka aku apabila menerima huluran tersebut. Aku tak dapat bayangkan entah macam mana dia mampu beli pad itu. Dahlah kalau dekat luar, muka beku namatey. Kalau aku jadi pekerja dekat kedai tu, memang aku gelak kaw-kaw dekat dia sebab muka beku, tapi beli pad. Haha.
Selesai latihan mereka aku semak, aku beralih pula kepada buku rujukan Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Memang lumrah seorang Aisyh akan buat sedikit bacaan berkenaan benda yang aku akan ajar esok. Lepastu, aku akan buat beberapa research supaya aku sentiasa bersedia dengan soalan yang bakal diutarakan. Memang perangai ni aku bawa dari zaman bangku sekolah lagi. Sebab tu aku tak takut untuk tidur dalam kelas sebab apabila soalan diajukan, sekurang-kurangnya aku sudah bersedia dan dapat berlagak pandai depan cikgu. Muahaha.
Sedang aku menelaah buku rujukan tersebut, kedengaran pintu terbuka. Aku sekarang tengah duduk di atas meja kecil yang terletak di dalam bilik ini. Sesekali aku menyandarkan kepalaku pada tempat duduk sofa bagi menghilangkan rasa mengantuk sebab aku duduk di atas lantai.
Aku telan liur. Dalam hati berharap, janganlah Ju On main pintu malam-malam macam ni. Tak kelakar okay? Kalau bukan Ju On, Mae Nak pun aku tak nak. Hantu Kak Limah pun aku tak teringin nak tengok.
"Sayang, tak tidur lagi?" aku hela nafas lega apabila orang tersebut adalah Ayden. Kelihatan wajahnya sedikit kepenatan.
Aku geleng. "Tengah semak kertas pelajar," jawabku sambil mencium tangannya.
Ayden duduk di sebelah aku sambil bersandar. "Dah makan?"
Aku geleng lagi. "Tunggu awak". Okay, jawapan kelentong aku bagi. Padahal....
"Eh? Ke, takut makan sorang-sorang?" cetttt, dia tahu pulak. Aku pun lambat-lambat angguk.
Dia tergelak kecil. "Mengaku takut pun susah. Sayang, sayang. Okaylah, lepas I mandi dan solat, kita makan sekali". Ujarnya sambil membuka baju t-shirt biru yang disarungkan pada badan ketul-ketul tersebut.
"Sayang...." Panggilnya lagi.
Aku jeling. Haa, mesti ada apa-apa kalau dia dah jadi ulat bulu ni. "Hmmmm.." jawabku malas.
"I penatlah, hilang tenaga".
"Jadi?" apa kaitannya aku dengan tenaga dia yang hilang tu? Aku bukannya sumber tenaga yang boleh bagi dia tenaga.
"So, kiss and hug me please? Untuk kembalikan tenaga I," dia tergelak kecil, aku pula buat muka menyampah.
"Mengada! Baik awak pergi mandi sana. Busuk!" ejekku. Sudahlah masih berpeluh, ada hati nak suruh aku cium dan peluk dia.
"Busuk, busuk nilah yang you peluk malam-malam," dia menjawab sambil melabuhkan bibirnya pada bahu aku.
"Eh, excuse me. Masa tu awak dah mandi okay". Kebiasaan aku sekarang, mesti peluk Ayden kalau nak tidur. Kalau kecik-kecik dulu orang selalu cakap aku ni tidur bawah ketiak mak, dah besar ni pulak aku tidur bawah ketiak suami. Deodorant yang dia pakai tu boleh buatkan aku ada perangai tak semenggah yang baru, suka hidu bau badan Ayden. Kalau tak, aku akan susah lelapkan mata.
Ayden tergelak lagi sambil menepuk paha aku. "Cepatlah, I nak mandi ni".
Aku tak layan.
"Aisyh". Panggilnya sambil mengusap paha aku.
"Aisyhhhh....." panggilnya lagi. Aku tahu sangat dia ni memang sengaja nak kenakan aku, jadi aku teruskan tidak melayan.
"Hmm, kalau macam tu, taknaklah temankan makan," okay, dia mula mengugut.
Dengan rasa sakit hati sebab masa aku semak kertas nilah dia nak buat hal bagai. Jadi, aku pun menoleh ke sebelah dengan niat untuk marahkan dia.
Sekali apabila aku dah toleh sebelah, pantas sahaja dia dekatkan jarak wajah kami dan mula cium bibir aku sekilas. Aku terkedu, dia pula tersengih dan mula bangun. "Kan bagus bagi macam ni je dari tadi. Tak adalah I tertunggu-tunggu," jawabnya sambil meletakkan bajunya yang masih basah dengan peluh itu di mukaku. Ehhh, kurang asam betul!
Aku cepat-cepat lepaskan baju itu dari muka. Sakit hati betul aku sekarang. Tak tipu!
"Apa awak ni! Dahlah baju busuk, lepastu letak kat muka kita pulak!" bebel aku sambil gulung-gulungkan baju dia. Ikutkan hati, mahu sahaja aku baling balik baju ni dekat dia. Tapi tulah, dia sudah berada di muka pintu bilik air.
Tapi, yang ajaibnya, dia punya perfume tu meneggelamkan bau peluh. Kiranya baju ini masih lagi wangi walaupun ada peluh. Macam jijik, tapi kalau berkaitan dengan Ayden, mana ada benda yang nak dijijikkan bagi aku. Uhuks.
"Sayang, ambikkan tuala I kejap. Lupa nak ambik tadi". Laungnya dari dalam bilik air.
Tercengang aku buat seketika. "Dah kenapa boleh lupa bawak tuala? Eeee, saya tengah sibuk ni. Ambiklah sendiri".
"Boleh je I ambikkan sendiri. Tapi you mesti tengok I bogel depan you lepas ni".
Cesyh, dia punya ugutan tu memang tak boleh bawak bincang! "Okay, eee".
Dia tergelak dari dalam bilik air. Haih, nasiblah dapat suami yang ada macam-macam perangai ni.
×××
"Awak dari kelas mana?" tanya pengawas tersebut sambil menghulurkan pen hitam kepada pelajar tingkatan lima itu.
"5 Bestari". Jawab pelajar itu pula. Pengawas yang bernama Kumar itu pun mula membelek kertas pendaftaran itu sambil sesekali dia melihat ke arah tanda nama pelajar perempuan itu.
Setelah dia menjumpainya, dia pun hulurkan kertas pula kepada pelajar tersebut. "Awak dan mak awak boleh tandatangan di sini," Kumar menunjukkan petak kosong itu. Apabila selesai, mereka pun diminta untuk mendapatkan tempat duduk di dalam dewan.
Begitulah aktiviti kami di sini. Aku dan Ammar Faiz sekadar memantau manakala pengawas yang melakukan segalanya.
Ammar Faiz tak kacau ke? Hah, potong kepala kalau dia tak kacau. Dia tak kacau secara depan-depan, sebaliknya dia kacau aku melalui aplikasi WhatsApp. Sejak dia tahu nombor telefon aku, setiap hari dia akan hantar mesej dan setiap hari jugak aku seenkan sahaja. Ingat aku nak gila sama dengan dia? Memang taklah.
"Cikgu, nak buat apa lepas ni? Semua ibu bapa dah datang," ujar salah seorang daripada empat orang pengawas yang ditugaskan di bahagian pendaftaran tersebut.
"Rasanya takde lagi dah nak buat. Tapi dah cek semua ? Memang dah complete ke?" soalku sambil mencapai helaian kertas. Mereka anggukkan kepala.
Terasa Ammar Faiz berdiri di sebelah, tapi aku fokuskan sahaja pandangan pada helaian kertas itu.
"Kalau dah settle semua, kita pergi makan". Tiba-tiba Ammar Faiz bersuara. Aku menjeling sekilas sebelum buat mimik muka.
"Betul ke cikgu?" soal mereka serentak dengan nada teruja. Pengawas yang bertugas adalah pengawas Tingkatan 4, sebab itulah mereka boleh keluar selepas selesai tugasan.
Ammar Faiz mengangguk. "Cikgu Aisyh mesti ikut sekali. Saya belanja," nama aku disebut. Terasa jijik dan terlampau jijik telinga aku mendengarnya. Rasa nak jolok mulut dan muntahkan segala isi perut setiap kali mendengar Ammar Faiz bercakap.
Aku senyum nipis. "Tak apalah, cikgu. Saya dah kenyang". Kenyang sebab sarapan tadi puas tengok muka suami. Sambung aku dalam hati.
Ammar Faiz diam seketika. "Kalau tak makan pun, temankan diorang. Diorang kan pelajar kelas cikgu, mesti diorang lagi selesa dengan cikgu". Ammar Faiz cuba memujuk.
Aku hela nafas. Mamat ni keras kepala. Ikutkan perasaan aku, memang aku nak mencarut sahaja dekat dia. Ingat aku tak tahukah niat sebenar dia ajak makan? Kalau aku mencarut, risau sampai ke tujuh keturunan dia takkan tegur aku. Sabarlah Aisyh, selaku pendidik yang baik dan menjadi contoh kepada pelajar, nak tak nak kau kena bersabar dan pendam sahaja segala carutan di dalam hati.
"Bukan saya tak nak temankan. Saya cuma risau kalau diorang tak selesa tengok saya tak makan. Jadi, lain kali jelah cikgu eh? Terima kasih. Saya pun ada kelas lepas ni," aku lemparkan senyuman kepada mereka. Ohmagad, sangat professional kau Aisyh! Aku puji diri sendiri.
"Awak semua okay kan kalau cikgu tak ikut?" soalan tersebut aku ajukan pula kepada pelajar tersebut.
Mereka mengangguk. "Tak apalah cikgu. Kami pun tak nak rasa serba salah makan depan cikgu," gurau Kumar lalu tergelak diikuti rakan-rakannya. Mereka sudah tahu peraturan aku dalam kelas, aku selalu cakap dekat mereka, kalau nak makan, makan sembunyi-sembunyi. Jangan bagi aku nampak sebab aku tak dapat tahan nafsu makan yang membuak.
"Good. Kalau macam tu, cikgu minta diri dulu," aku sengih. Wajah Ammar Faiz sedikit berubah menjadi kelat, tapi aku abaikan. Bukan niatku untuk sakitkan hati dia, jauh sekali nak balas dendam. Tapi, sekarang aku sudah memegang status isteri. Nak keluar makan dengan dia, mesti minta izin daripada Ayden. Ingat senang ke nak dapatkan izin daripada suami aku tu? Lagi-lagilah lelaki yang berurusan dengan aku sekarang ini adalah bekas teman lelaki aku, memang mimpilah Ayden akan lepaskan.
Sudahlah setelah dia tahu aku dan Ammar Faiz satu tempat kerja,macam-macam benda dia ingatkan aku. Jaga mata, jaga hati, jaga sikap. Memang aku rasa nak tergelak, tapi tak berani sebab masa dia ingatkan tu, muka dia serius sangat. Kecut perut sis.
Dan berkenaan dia ikut aku dari rumah ke tempat kerja, memang dia tunaikan betul-betul. Ayden memang spesies, kalau dia cakap, dia akan buat. Nasiblah Aisyh.
Lepas tu, dia akan pinjam telefon bimbit aku. Bila nampak Ammar Faiz mesej aku, mesti jari dia akan cuba untuk menaip sesuatu. Tapi aku halang sebab risau kalau lagi dilayan, lagilah Ammar Faiz menggila. Lagipula sampai sekarang Ammar Faiz masih tak percaya bahawa aku sudah berkahwin.
Aku pernah block WhatsApp Ammar Faiz, tetapi esoknya aku ketinggalan banyak benda berkenaan dengan majlis sambutan Hari Guru. Teruk aku kena marah dengan ketua projek dan ditegur oleh pengetua sebab bersikap tidak professional. Semua ini kerana lelaki itu hantar mesej personal kepada aku dan salah ketua projek tidak memaklumkan dalam group. Apa yang pengerusi buat? Dia hanya bagi maklumat dekat ketua kumpulan, padahal maklumat yang nak disampaikan adalah sama untuk setiap kumpulan. Memang aku mengamuk sakan hari tu dengan pakej aku soundkan terus tindakan pengerusi yang letakkan seratus peratus kesalahan ke atas aku, padahal dia pun boleh dikira bersalah juga.
Tapi, sejak kes itu, aku terpaksa unblock Ammar Faiz sebab ada maklumat berbeza akan disampaikan buat setiap kumpulan yang mesti disampaikan oleh ketua kepada anak buah dia. Nasib baik aku boleh kawal perasaan dan masih ingat kedudukan aku sebagai seorang guru. Kalau tak, dengan pengerusi tu sekali aku tibai guna kerusi bilik meeting. Biar dia ingat sedikit dengan siapa dia berurusan.
Oh ya, sambutan Hari Guru peringkat sekolah kami diadakan 3 bulan lewat daripada tarikh sebenar Hari Guru. Jadi maksudnya, majlis itu akan diadakan pada bulan 8. Tak lama lagi hari jadi Ayden rupanya. Harap-haraplah aku teringat tentang hari ulang tahunnya.
Aku tahu yang Ayden makan hati tentang Ammar Faiz tu, tapi nak buat macam mana, aku terpaksa buat macam ni. Tapi sumpah, aku tak pernah layan pun mesej tak penting daripada Ammar Faiz. Sebab itulah kot Ayden masih boleh tahan.
Dalam perjalanan aku ke kelas, tiba-tiba ada seseorang berjalan di sebelah aku.
Aku toleh ke sebelah, Cikgu Amyr yang manis berbaju kemeja berwarna biru. "Hai Aisyh. Nak pergi mana?"
Nak pergi melancong, jawabku dalam hati. Dah tengok kaki aku mula melangkah ke kawasan blok kelas, takkan aku nak pergi kantin pulak. Memang kalau dah gatal tiba-tiba jadi bodoh ke macam mana?
"Nak masuk kelas. Cikgu bukan kena jaga PA system ke?" soalku sambil cuba menjauhkan jarak antara kami. Tak selesa aku bila dia mula dekatkan jarak antara kami, nasib baik tiada pelajar mahupun guru yang terserempak dengan kami di sini. Sudahlah gosip-gosip liar sudah mulai kedengaran mengenai kisah cinta tiga segi antara aku, Amyr dan Ammar Faiz. Sungguh aku tidak suka keadaan begini sebab kami adalah pendidik, bukannya pendorong pelajar untuk bercinta.
Amyr masukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar. Guru lelaki yang berkulit hitam manis itu tersenyum, memang nampak manis, tapi tidak mampu menggugat kedudukan Ayden dalam hati aku. Lelaki paling sempurna pada pandangan aku. Muehehe.
"Tadi nak pergi tandas, tapi terserempak pulak dengan awak. Jadi, alang-alang dah jumpa ni, saya nak pastikan awak selamat masuk kelas lah," jawabnya dengan nada gembira di sebelah. Aku sengih-sengih terpaksa. Geli telinga aku dengar. Rasa nak tercabut rasa telinga aku dengar ayat dia macam ni. Rasa kasihan pun ada sebab dia bukannya tahu aku sudah bersuami. Hmm.
"Saya rasa saya lagi selamat kalau cikgu takde kat sini. Saya risau kalau-kalau ada orang lain nampak dan fikir yang bukan-bukan. Cikgu pun tahu pasal khabar angin sekarang kan?" tegur aku terus terang. Sudah menjadi lumrah aku untuk berkata terus sebab aku tahu yang lelaki ni memang tak reti bahasa kiasan.
Amyr terdiam seketika. Aku tak faham sebenarnya kenapa aku dikelilingi lelaki yang bermula dengan huruf A. Lepastu, nama panggilan aku sendiri pun bermula dengan huruf A. Memang jodoh ke cane? Hmm, pening aa.
"Tapi saya happy dengan gosip tu," jawabnya sambil kami mula memanjat anak tangga. Terus aku tersedak liur mendengar kata-kata selamba itu. Dia ingin menyentuh aku bagi melegakan batuk, tapi aku cepat-cepat halang.
"Behave cikgu. Kita dekat kawasan sekolah. Saya harap cikgu bersikap lebih matang lepas ni," aku lajukan langkah. Meninggalkan Amyr di belakang.
Kalau aku dah rimas tahap semesta sebab kena kejar dua orang lelaki macam ini, entah apalah perasaan Ayden kena kejar dek perempuan yang berjuta itu? Bukan tidak tahu, asalkan mereka terserempak dengan Ayden yang berjalan-jalan seorang diri, mesti mereka akan berebut-rebut nak ambil gambar. Tapi, lepas kahwin ni, Ayden selalu bawa bodyguard kalau nak pergi mana-mana. Nak jaga hati isteri katanya. Olooooo!
×××
Aku di sini, di dalam restoran layan diri, KFC bersama Salwa. Duduk di bahagian yang jauh daripada manusia lain sebab kami perlukan ruangan privasi untuk bercerita tentang kisah masing-masing.
Aku sudah maklumkan kepada Ayden bahawa aku pulang sedikit lewat hari ini sebab nak lepak dengan Salwa. Kalau dekat rumah pun, mesti aku bosan sangat. Selalu lepak dengan kucing-kucing Ayden tu jelah. Ada masanya aku pergi rumah mama dan papa Ayden, tapi mereka tiada di rumah sebab masing-masing sibuk dengan urusan mereka.
Waktu petang bukan waktu untuk aku periksa latihan budak-budak. Kalau nak periksa, waktu malam sahaja. Sebab tu sejak dua menjak ini aku selalu tidur lewat sebab aku nak pastikan latihan mereka diperiksa sebelum aku masuk kelas mereka. Apa? Ingat pelajar saja yang buat kerja last minute? Cikgu pun bolehlah. Ingat sikit, cikgu pun pernah jadi pelajar, hokay!
Nak berbual dengan maid, mereka pula sibuk dengan kerja. Memanglah mereka layan sahaja aku bercakap, tapi, aku yakin mesti mereka pun nak fokus buat kerja sebab sebelum ini Ayden jarang kacau mereka bekerja. Tiba-tiba aku datang, hah, hambek kau, dari pukul 3.30 petang sampai pukul 6.00 aku bawak mereka bersembang.
Sebab tu, aku bawa Salwa hari ini sebab aku tahu Salwa sama spesies dengan aku kalau bab berbual. Kalau nak dihiperbolakan tahap kami berdua bersembang, boleh habis dua kali solat sunat terawih orang dekat surau.
"Macam mana kau dengan Ayden? Okay?"
Aku jongket kening. "Okay je. Kenapa?"
"Kalau okay, kenapa kau tak bagi je Ayden buat sidang media khas untuk maklumkan tentang rumahtangga korang? Kau tak nak ke orang tau tentang kau yang dah jadi bini kepada cucu billionaire terkenal di dunia?" Salwa membulatkan mata sambil memandang ke atas. Drama sangat!
Aku tayang mimik muka menyampah. "Tak ada maknanya aku nak buat macam tu".
"Tapi kenapa Aisyh? Kau tahu tak, dalam Islam, kita mesti hebohkan tentang perkahwinan kita. Buatnya nanti ramai yang jadi babi, lepastu sondol laki kau, padan muka," dia ni memang mulut spesies macam ni, tapi sebenarnya dia risaukan aku.
Aku hela nafas. "Kau tak rasa pelik ke bila Ayden lamar aku, mintak aku jadi bini dia? Entah kenapa aku rasa tak yakinlah dengan dia," jauh di sudut hati aku, sampai sekarang aku masih was-was terhadap niat suci Ayden. Salah ke kalau aku simpan rasa was-was dekat suami sendiri?
Panjang sahaja tangan Salwa di hadapan mengetuk kepala aku menggunakan telefon bimbitnya, membuatkan aku jegilkan mata dan cubit lengan dia. "Kalau aku amnesia macam mana?" ceh, banyak sangat terpengaruh dengan cerita aku ni.
"Dah kahwin pun masih curiga dengan suami sendiri. Bukan masalah kau tak yakin dengan Ayden, tapi, kau tak yakin dengan diri kau sendiri kan? Kau rasa kau tak cantik, kau tak kaya, sebab tu kau rasa kau tak layak untuk dia, kan?" bingo! Dalam lembapnya si Salwa ni, ada pandainya juga rupanya.
Aku petik jari. "Betul, tu antara sebabnya. Yelah, takkan Ayden yang orang kenal dengan sikap dia yang pentingkan kesempurnaan tu, dia nak pilih aku. Kan? Nak cakap cantik, kalau nak dibandingkan dengan Melissa, minah tu seribu kali ganda lebih cantik daripada aku. Tinggi pun tinggi, sedangkan aku dengan Melissa tu macam ni je," aku angkat jari telunjuk dan jari kelingking, ingin menunjukkan perbezaan tinggi aku dan Melissa.
Salwa tergelak. "Aku tak tahulah macam mana seorang Aisyh yang aku kenal dengan sikap perasan dia, boleh jadi insecure sangat macam ni? Lek aa, kau tu pun cantik jugak. Jujurlah aku puji ni, memang kau cantik. Cuma kau kurang tinggi je," aku tak tahu sama ada dia ni ikhlas ataupun tak puji, tapi bolehlah buatkan aku rasa kembang hidung sekejap.
"Tapi, kalau nak dibandingkan dengan Melissa, aku takde apa weh. Atauuuu, jangan-jangan....." aku tayang muka seriau membuatkan Salwa jongket kening pandang aku.
"Ada apa lagi yang kau tak puas hati? Kau kena bersyukur tau aku puji. Jarang kau dengar aku puji makhluk sama jantina dengan aku. Biasa aku puji lelaki je".
Aku hela nafas. Entah kenapa aku rasa tak tenteram pulak ni. "Macam mana kalau Ayden kahwin dengan aku sebab muka aku sama dengan ex awek dia?" hah, rasa lemah segala lutut aku lepas cakap macam tu.
Salwa diam sekejap dan tergelak kuat tiba-tiba, tapi cepat-cepat dikawal sebelum mata-mata orang memandang ke arah kami berdua. "Aku dah cakap, jangan tengok kartun banyak sangat. Tengok apa dah jadi dekat otak kau sekarang? Aku tak tahulah kenapa Aira kutip kau jadi kawan dulu. Aku dah bagitau dia, jangan kutip sebarang, dia degil. Tengok apa dah jadi sekarang?" dia sambung gelak. Kurang asam punya member. Ingatkan dialog tu wujud dalam ahli keluarga je. Rupanya member-member pun ada.
"Cett, kurang ajar punya mulut! Eh, macam mana kalau tekaan aku betul? Macam mana kalau Ayden kahwin dengan aku sebab muka aku sama dengan muka bekas dia dulu?"
Semakin galak Salwa tergelak. Aku pula yang sakit hati dengar dia gelak macam tu. "Kalau macam tu... Memang Ayden ... Takde taste dari dulu lagilah maksudnya," tersekat-sekat sahaja ayat itu diluahkan sebab dia bercakap sambil tergelak. Makanan di atas meja baru sedikit sahaja kami cicipi.
"Waaaaa, aku serius ni! Tadi cakap aku cantik, lepastu cakap Ayden takde taste. Apeni?! Tak naklah kawan dengan kau!" aku buat-buat merajuk lalu aku suapkan makanan ke dalam mulut. Serius aku sakit hati dengar ayat perempuan cantik depan aku ni. Dia dan Aira ni sama spesies, tinggi dan cantik. Cumanya, Salwa ni lagi sewel daripada Aira. Tapi dalam kumpulan kami bertiga, mereka berdua cop aku yang paling gila. Padahal aku rasa sama tahap je sebenarnya.
Salwa cuba hentikan gelaknya walau masih kedengaran gelak sumbangnya walaupun sedikit. "Okay, okay. Jangan putus kawan lagi, kalau nak putus kawan, lepas kau hantar aku balik rumah. Kalau aku dah sampai rumah, haa, masa tu kau nak putus, putuslah".
Terus aku cubit lengan dia membuatkan dia mengaduh kesakitan. Orang tengah serius, dia main-main pulak. Geram aku!
"Eeeee, okay, okay. Kau nak dengar jawapan bernas daripada aku, kan? Bagi akulah Aisyh, kalau kau rasa Ayden kahwin dengan kau sebab muka kau ni macam muka ex dia, aku tak rasalah tekaan kau betul. Kalau dia kahwin dengan kau sebab tu, kenapa dia tak kahwin je dengan ex dia, kan? Kenapa nak lepas gian dengan ex, dia kahwin dengan kau? Kalau akulah, memang taklah aku akan kahwin dengan mana-mana manusia yang sama dengan muka ex aku. Aku tak nak sakit hati dan teringat balik dekat dia," okay, finally, barulah telinga aku lega dengar jawapan dia yang agak bernas ni.
Aku hela nafas, masih berdebar, cuma sedikit lega daripada tadi. "Macam mana kalau family dia tak restu? Yelah, sebelum ni Ayden bukannya pengurus syarikat. Mana tahu sebelum ni family dia tak bagi dia kahwin dengan perempuan tu sebab syarikat? Lepastu putus dan perempuan tu bawak diri? Bila jumpa aku yang kononnya sama dengan muka ex dia, jadi, dia kahwinlah dengan aku untuk hilangkan rasa rindu dia dengan ex dia dulu. Lagipun, dia kahwin dengan aku masa dia dah sah jadi pengurus syarikat," okay, aku dah semakin melalut. Tapi sejujurnya itulah yang aku risaukan. Banyak novel-novel yang aku baca dan cerita yang aku tengok, ini antara punca mereka bercinta. Sakit hati woo bila tahu orang yang kita cinta, kahwin dengan kita sebab dia cinta orang lain.
Eh, cinta?
Salwa mengeluh. "Aisyh, cerita kau ni melalut tahu tak? Tapi, kalau kau risau sangat, kau ingat pesan aku. Jodoh di tangan Allah. Allah dah susun elok-elok jodoh kita. Kalau betul pun apa cerita dongeng yang kau buat ni, kau kena pertahankan rumahtangga kau. Sebab yang jadi bini Ayden adalah kau, bukan ex dia. Dan, kau bukan setakat kahwin dengan jasad Ayden, tapi kau sekarang tengah kahwin dengan hati dia. Bagi dia rasa yang kahwin dengan dia tu adalah Nureen Raisyha, bukannya ex-ex dia. Ada faham?"
Aku senyum kelat mendengar tazkirah ringkas daripada Salwa sambil sesekali aku garu kepala. "Betul jugak apa yang kau cakap, kan? Hmm, aku haraplah apa yang aku fikir ni tak jadi kenyataan".
"Aamiin. Kalau kau rasa kau nak share masalah ke apa satu hari nanti, aku dan Aira sentiasa ada untuk kau. Kau cerita je, asalkan kau tak aibkan laki kau sudah".
Aku senyum. Ya, inilah dia sahabat. Sentiasa ada dalam suka duka kita. Prinsip kami bertiga, masalah yang dihadapi oleh salah seorang daripada kami adalah masalah kami semua. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Begitulah umpamanya.
"Thanks tau".
"No problem. Tulah gunanya kawan. Lagipun kau masih macam dulu walaupun kau dah kahwin. Kau tak lupakan aku dan Aira. So, aku tak nampak sebarang jalan untuk aku tak tolong kau," oloooo, co cuwiiiit.
Kami mendiamkan diri buat seketika sambil menikmati makanan yang dipesan. Boleh tahan juga makanan yang kami berdua makan. Nasi dan ayam goreng sepinggan per orang. Lepas tu kami order kentang goreng dua bekas dan dua biji burger setiap seorang. Kalau Ayden tengok ni, mesti dia geleng kepala sebab dia cemburu tengok orang yang makan banyak, tapi berat tak naik-naik.
Itulah kelebihan kami bertiga. Makanlah banyak mana pun, mesti berat cenggitu je. Bak kata Ayden, "Untunglah metabolisme tinggi". Haha.
"Wa, kau tengok ni. Comel kan?" aku memecahkan kesunyian antara kami berdua sambil aku menunjukkan telefon bimbitku kepada Salwa.
Salwa mengambil telefon bimbitku sambil mula menayangkan riak teruja dengan mulut yang masih mengunyah makanan. "Comelnya! Kucing kau ke ni?"
Aku tersengih. "Bukanlah, tu kucing Ayden. Oggy nama dia. Kau tahu tak, Oggy nilah yang aku cakap dekat kau kucing yang Ayden sayang sangat tu. Hari tu, dia cakar aku masa aku pegang tangan Ayden. Bayangkan dia masa tu tengah tidur atas badan Ayden, dia boleh bangun sebab perasan aku pegang tangan laki aku," teruja aku cerita dekat Salwa.
Berkenaan dengan Oggy tu, dia memang begitu. Suka berebutkan kasih sayang Ayden dengan aku. Dasar makhluk berbulu! Asal nak bermesra sedikit dengan Ayden, mesti panjang sahaja kuku itu mencakar aku. Wei, sapa bini Ayden sekarang ni hah?
Tapi, Oggy ialah kucing yang istimewa sikitlah daripada kucing-kucing lain. Sebabnya, kucing-kucing Ayden yang lain, mata mereka kesemuanya berwarna hijau, biru, kuning dan coklat. Manakala Oggy pula satu-satunya kucing yang matanya berwarna hazel. Betul-betul hazel. Sangat cantik. Sebab tu aku suka main dengan Oggy walaupun hakikatnya dia tak sukakan aku. Aku peduli apa, siapa suruh berebutkan Ayden dengan aku!
Pernah aku tanya dekat Ayden, kenapa bagi nama dia Oggy? Ayden cakap sebab Oggy lahir bulan Ogos. Ceh. Haha. Lepastu aku tanya lagi, kenapa tak bagi nama Hazel? Kan sesuai dengan mata dia yang cantik tu? Kan? Ayden pulak hampeh, dia tak jawab pun soalan aku. Sebaliknya hanya membelai dan mencium Oggy. Langsung tak layan soalan aku! Terasa macam aku thirdwheeler yang tengah temankan kawan bercinta pulak.
"Tak sangka eh, kau bukan setakat berebutkan Ayden dengan Melissa, Sepia dan peminat-peminat dia yang lain tu. Tapi kau berebut jugak dengan Oggy. Kesian kawan aku," dia tergelak. Aku pula menyepak kakinya dari bawah meja sebab kami duduk bertentangan membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan dan mula menyepak aku balik.
Alaa, bukan biadab pun. Gurau kawan-kawan. Dengan Ayden pun aku selalu bergurau kasar dan dia pun boleh tahan kasar bergurau. Hari tu dia starlightkan dahi aku tanpa belas sebab kalah main UNO. Berbintang sekejap pandangan aku lepas tu. Apa reaksi dia? Dia gelakkan saja, bukan nak kasihan. "Selalu sangat kena cium, sekali-sekala starlightkan dahi, takpelah kan?" Itulah jawapan dia buatkan aku rasa nak humban dia ke dalam loji kumbahan.
Salah aku jugak sebab tetapkan syarat macam tu. Aku ingat aku akan menang bergaya sebab sebelum ni aku selalu menang dalam permainan UNO ni, tapi entah kenapa nasib aku malang malam tu. Hah, sekali aku kalah tak bermaruah. Hampeh! Haa, korang jangan ingat Ayden tu sweet je memanjang. Kalau masuk mood gila dia, kalau bergusti hukuman yang ditetapkan, bergusti tulah agaknya dia akan buat dekat aku.
Tapi, gurauan kasar begini tidak digalakkan sangat untuk mereka yang sudah berumahtangga. Kalau jenis hati kental macam aku, bolehlah bergurau begitu. Tapi, kalau jenis hati tisu, kena jentik sikit pun dah merajuk sembunyi dalam siling, lebih baik jangan cuba. Ikutlah kesesuaian jenis gurauan yang masuk dengan anda. Okay? Sekian selingan tentang tazkirah rumahtangga.
Salwa masih menggesek gambar Oggy di dalam telefon bimbitku, dan tiba-tiba dia pandang aku dengan pandangan serius. "Aisyh". Panggilnya membuatkan aku berhenti menghirup air Pepsi.
Aku angkat kening, meminta dia untuk meneruskan kata-katanya. Tetapi Salwa tidak meluahkan sebarang kata, sebaliknya dia menunjukkan telefon bimbit kepada aku.
Terpampang nombor yang aku tak simpan di situ dengan mesej-mesej yang diikuti dengan emoji hati. "Sorrylah, aku tak sengaja tengok. Habis, dia chat kau masa aku tengah tengok gambar Oggy," kelihatan Salwa serba salah. Tak perlu bagitau pun, Salwa memang dah tahu empunya nombor tersebut. Bukan sebab dia hebat, tapi sebab gambar profil tu, Ammar Faiz guna gambar sendiri.
Aku senyum. "Takda hal lah. Ayden pun selalu sangat tengok mamat tu chat aku," jawabku selamba sambil memasukkan kentang goreng ke dalam mulut.
Salwa pula yang kelihatan sangat terkejut. Membulat mata dia pandang aku. "Kau biar betul? Dia tak marah ke? Kalau aku jadi Ayden, rasanya dengan kau-kau sekali aku baling dari menara KLCC!" suara Salwa sedikit meninggi membuatkan beberapa pasang mata memandang kami berdua.
Terus aku tepuk lengan dia, memberi amaran supaya dia kecilkan volume suaranya. Salwa pun cepat-cepat toleh belakang dan mula minta maaf. "Kau ni tertelan speaker ke sebelum pergi sini?" marahku dekat dia.
Salwa garu kepala di sebalik tudung bawalnya itu. "Sorrylah, aku terkejut kot". Minah ni memang gila sikit, kalau dia terkejut memang tak pandai nak kawal.
Macam hari tu, semua guru memandang kami berdua selepas mendengar dia menjerit teruja. Masa tu dia nak pinjam aku punya liptint manakala masa tu pulak aku tengah bincang dengan Cikgu Ramona berkenaan dengan peperiksaan Sejarah Tingkatan 5 di meja cikgu itu.
Jadi, aku bagitau Salwa untuk cari sendiri dalam handbag aku. Sekali dia terjumpa rantai emas putih yang bertulis huruf A di dalam beg aku. Mungkin sebab dia tahu berapa harga dan siapa pemberinya, disebabkan itulah dia terjerit macam orang gila membuatkan aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan tepuk lengan Salwa. Dah macam tersampuk pun ada keadaan dia masa tu.
"Lah sangat. Jangan sakit jantung sudah!" aku jegilkan mata dan dia hanya tersengih.
"Kau belum jawab lagi soalan aku". Dia membuka semula topik.
Aku hirup air sehingga tinggal satu per empat daripada gelas plastik itu. "Tipulah kalau aku cakap Ayden tak marah. Memang dia marah giler. Tapi dia tak pernah lepas dekat aku. Selalunya dia akan keluar pergi pusat MMA dia dan lepaskan marah dekat sana," ceritaku ringkas.
Salwa jongket kening. "Dia pergi tumbuk orang dekat sana ke?" soalnya dungu membuatkan air yang aku minum tersembur, tepat mengena muka dia. Aku tak tahu apa yang lawak sangat, tapi, bila terbayang Ayden yang sanggup drive dari rumah ke pusat MMA semata-mata nak tumbuk Rheo dan budak-budak yang tak bersalah tu, rasa macam geli hati aku.
Dan ya, memang Ayden tak pernah lepaskan marah dekat aku. Asal dia tengok sahaja mesej kiriman Ammar Faiz, mesti dia akan mendiamkan diri dengan dada berombak, telinga memerah dan dahi berurat. Lepas tu, dia akan minta diri untuk pergi ke pusat latihan MMAnya.
Dan apabila pulang sahaja dari sana, mesti buku lima itu akan luka dan tercalar. Tapi aku tak berani nak tegur sebab risau dia marahkan aku pulak. Ayden ni jenis kalau marah, dia sendiri yang akan sejukkan diri. Kadang-kadang tu, memang aku berani redakan kemarahan dia. Tapi, kalau penyebab dia marah itu adalah aku, aku kurang berani sikit.
"Aisyh! Pengotorlah dia ni! Eeeeee!" marahnya sambil lap muka dengan tisu yang aku hulurkan.
"Kau tu yang gila. Kalau nak buat kelakar pun, janganlah masa aku minum air, bongok! Lepas tu nak salahkan aku pulak," aku membela diri sambil menghabiskan tawa yang tersisa.
Salwa masih mengelap wajahnya dengan tisu. "Bila masa entah orang buat kelakar," omelnya lalu bangun menuju ke arah sinki.
Aku gelengkan kepala memandang Salwa, kelakar. Dahlah rasa nak tergelak dengar soalan bodoh dia belum hilang, dia pergi buat muka mintak kaki tu menambahkan lagi rasa nak tergelak aku. Tapi aku tahankan, risau kalau-kalau orang lain cop aku pulak yang gila.
×××
Sampai sahaja di rumah, aku terus menuju ke dapur. Sunyi sebab para maid sudah balik. Mereka hanya bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Itupun mereka bekerja secara berganti-ganti. Tapi gaji agak lumayanlah, mungkin sebab Ayden tahu bahawa rumah yang perlu mereka jaga ini adalah sangat besar.
Aku buka peti ais jenama LG ini dan mula memasukkan coklat-coklat dan aiskrim yang aku beli. Sebenarnya Ayden tak galakkan aku makan makanan manis banyak sangat, siap dia selalu sampaikan tazkirah kesihatan dekat aku. Tapi aku ni jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Kadang-kadang coklat yang aku beli hari ni mesti akan hilang keesokan harinya. Bila ditanya mana coklat aku, dia cakap dia sedekah dekat para staf dia. Kuajak! Dahlah aku beli guna duit aku. Sob, sob.
Sambil aku memasukkan potongan coklat Toblerone ke dalam mulut, sambil itu juga aku memanjat tangga. Pakaian yang tersarung pada tubuh adalah pakaian pagi tadi sebab petang tadi aku ada kelas tambahan dengan pelajar Tingkatan 5, lepas tu aku lepak dengan Salwa. Memang tak sempat singgah rumah. Apatah lagi tadi aku perasan yang Ammar Faiz ikut aku dari belakang.
Seriau, sebab tulah aku ambil keputusan untuk singgah di KFC. Nasib baiklah dia tidak ikut sampai ke dalam KFC.
Aku pulas tombol pintu bilik dan mula melangkah masuk. Naik terkejut sekejap aku sebab tiba-tiba bilik ini gelap gelita. Sudahlah jam menunjukkan 6.19 petang. Memang gelap sangatlah bilik ni. Sebab aku tak masuk bilik dari pagi, sebab itulah aku sedikit kekok dengan suasana bilik yang gelap seperti sekarang.
Sedang aku ingin memasang lampu suluh melalui telefon bimbit, tiba-tiba bulu roma aku terasa meremang. Aku cuba hiraukan dan mula mencari suis.
Sebaik aku berpusing ke belakang, tiba-tiba terasa mulut aku dicekup dari belakang dan badan aku diangkat dan dihempas ke atas katil. Nasib baik katil empuk, kalau tak memang patah seribu tulang aku.
Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Hati aku berdebar kencang sekarang. Rasa takut menguasai diri. Siapa yang tengah tahan aku ni? Sedikit demi sedikit air mata mula membasahi pipi aku. Aku ingin menolak tubuh manusia yang sedang menindih aku sekarang, tapi tak boleh sebab tanganku ditekan di atas kepala aku hanya dengan sebelah tangannya.
Sebelah tangannya lagi dia membuka tudungku. Aku semakin galak menangis dan menjerit, berharap Ayden datang sekarang. Tapi malangnya, sekarang bukan masa Ayden untuk datang sebab selalunya Ayden balik pukul 7 nanti.
"Lepaslah! Tolong!" jeritku sambil cuba meronta. Tangisanku sudah semakin menjadi. Apatah lagi sekarang leherku menjadi sasaran ciuman itu.
Aku sudah tidak berdaya melawan. Kudrat wanitaku tiada apa kalau nak dibandingkan dengan kekuatan lelaki yang sedang berada di atas badanku.
Aku cuba melihat wajah itu, namun gagal sebab bilik terlampau gelap manakala pintu sudahpun ditutup oleh lelaki ini sebelum dia mengangkat aku ke sini tadi.
"Shhhh, just enjoy this moment, baby. Aku dah lama perhatikan kau, tak sangka hari ni kau akan jadi milik aku," dia kembali mencium aku.
Tangisanku semakin kuat. Apatah lagi apabila aku ingin cam suara dia. Suara itu bukan milik Ayden! Dan aku tak tahu siapa pemilik suara tersebut!
"Jangan apa-apakan aku! Kalau kau nak duit aku, kau ambik! Tapi jangan maruah aku! Aku untuk suami aku. Bukannya untuk kau, bodoh! Sial!" haa, dalam keadaan macam tu pun aku masih boleh mencarut.
"No, aku taknak duit kau. Aku.... nak.... Kau, Nureen Raisyha".
#Semoga terhibur semua. ??
Share this novel