Do vote and comment. Dialog sikit. ?? Credit to : sofiyyahas untuk pemilihan lagu. Saja letak lirik lagu banyak2. Mana tahu korang boleh feel. Sis try baca dengan lagu2 sedih, sayangnya x feel. Siap menguap. Jadi, korang2 yang bosan tu, sis fahamlah ?? ??
?
AYDEN??AISYH
BUKA sahaja mataku, Rheo terus pandang aku sebelum dia kembali memandang ke depan. Patutlah aku rasa kereta tak bergerak, rupa-rupanya sekarang kami sedang menunggu lampu isyarat bertukar warna. Tak sangka aku penat sangat sampai-sampai tertidur sepanjang perjalanan.
"Dah okay dah pening?" soal Rheo sambil sabar menanti lampu isyarat tersebut.
Aku angguk kepala walaupun mata dah terasa bengkak dan hidung tersumbat teruk dah sekarang.
Rheo melepaskan keluhan melihat aku sekarang. "Aisyh, apa dah jadi sebenarnya ni? You yakin ke apa yang you buat ni betul? You dah fikir masak-masak?" Rheo dengan risaunya memang tidak boleh dipisahkan. Sampai-sampai tadi dia sempat marah lepas dengar aku bagitau dia yang aku nak keluar daripada kampung. Yang tu dia okay lagi. Yang buatkan dia agak angin adalah apabila dia tahu yang aku pergi sekarang tanpa pengetahuan Ayden.
Aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. "Entahlah, Rheo. Saya pun tak tahu sama ada keputusan saya ni tepat ataupun tak. Tapi, buat masa sekarang, saya memang nak tenangkan diri. Saya nak pergi jauh daripada semua orang dan saya harap awak rahsiakan tentang ni daripada pengetahuan sesiapapun".
Aku pandang sekilas ke sebelah dan kelihatan wajah Rheo sudah berkerut, tapi aku gelakkan saja. Gelak dalam sakit. Terbayang-bayang dalam minda tiba-tiba adegan Ayden dengan Kak Ana tadi. Mereka saling mengenali bahkan mereka pernah punya hubungan suatu masa lalu.
Dan aku kena terima hakikat yang mereka masih saling mencintai buat masa sekarang. Siapa yang tak sakit? Dan, siapa yang tahan dengan rasa sakit tu?
"You tak tahu, tapi you buat keputusan macam tu je?" suara Rheo kedengaran agak terkilan membuatkan aku picit pelipis.
"Dahlah Rheo, saya pergi ni nak tenangkan diri. Boleh tak kalau awak jangan tanya lagi benda-benda ni lagi? Saya serabutlah," aku tahu aku tak sepatutnya berkata begini dengan Rheo sebab dia yang tolong aku sekarang.
Tapi, emosi aku tak stabil sekarang. Aku tak nak ditambah lagi dengan amarah-amarah yang sememangnya akan menambahkan kekusutan otak aku buat masa sekarang.
"Okay, sorry. Tapi, you belum jawab soalan I. Apa dah jadi antara you dengan Ayden sampai-sampai you nekad nak larikan diri ni?" Rheo kali ini kedengaran sedikit tenang daripada tadi dengan matanya yang masih fokus pada pemanduan.
Mendengar soalan Rheo, air mata yang aku tahan sedari tadi, perlahan-lahan mencurah keluar dari kolamnya. Segera aku seka dengan hujung jari sambil aku pandang keluar.
Sedu-sedan yang aku cuba untuk tidak kedengaran, akhirnya terlepas juga membuatkan Rheo kelihatan cemas. "Hey, kenapa ni?"
Aku nak keluarkan suara, tapi, air mata malah semakin lebat dan sedu-sedan semakin bergema di dalam kereta Rheo. Wajah Ayden bermain kembali di kotak minda. Belum apa-apa aku dah rindukan dia.
"Aisyh, are you okay?"
"Fu*k, aku tak patut tanya macam tu". Mendengar rungutannya itu, aku tergelak sendiri. Tahu pun, dah tengok aku beria-ia menangis macam sekarang, ada hati nak tanya aku okay ke tak.
Rheo pandang pelik ke arah aku sekilas. "Gelak pulak? You buat I seramlah, Aisyh".
Semakin galak aku tergelak dalam tangis dengar ayat Rheo. "Saya betul-betul Aisyhlah. Apa? Awak ingat saya ni hantu?"
Rheo tersengih, menampakkan lesung pipit yang agak dalam pada pipi kirinya. "Habis, you tiba-tiba menangis, lepas tu gelak".
Baru saja aku nak buat drama air mata, dia boleh pula buat kelakar. Aku tahu dia tak berniat pun nak buat kelakar, bahkan tindakan spontannya itu tak kelakar pun. Tapi, kalau hati dah sedih, tengok benda macam tu pun aku akan jadi mudah terhibur. Tapi sekejap saja sebab sekarang aku kembali sakit hati.
"Mind to share with me?" Rheo masih belum mengalah membuatkan mood aku kembali kepada asal.
Aku tarik nafas dan lepaskan, ingin mengusir sebentar rasa sedih. Kasihan juga melihat Rheo yang tertanya-tanya daripada tadi. Dahlah masa dia membebel tadi, aku tidur sebab pening sangat. Sempat aku termuntah di tepi jalan membuatkan Rheo ambil keputusan untuk diam buat seketika.
Bila aku dah bangun ni, dia tanya lagi.
"Hazel masih hidup". Tiga perkataan, singkat tetapi padat. Dan semestinya Rheo kelihatan terkejut. Nasib baik kami masih terhenti di sini, kalau tidak, mesti Rheo terbrek mengejut agaknya.
"W-wait. Apa maksud you Hazel masih hidup?" bergetar suara Rheo menyoal dengan badannya yang sudah menyenget menghadap aku.
Aku jeling dia. Memang benar dia seperti Ayden bahkan, dialah yang paling ikhlas tolong aku selama ini. Tapi entah kenapa hati aku tiada rasa apapun terhadap Rheo, sebaliknya rasa sayangku semakin menebal untuk Ayden. Macam sekarang, aku sudah mula rindukan dia sangat-sangat.
"Takde maksud tersirat, Rheo. Memang dia masih hidup".
Kelihatan halkum Rheo bergerak dengan wajahnya yang agak terkejut. Tetapi, segera dia pandang ke hadapan sebaik sahaja lampu bertukar warna dan mulakan pemanduannya.
"Nonsense! Hazel dah meninggal".
"Awak yakin? Awak pernah ke tengok mayat dia? Awak ke yang uruskan jenazah dia?"
Diam. Rheo diam. Tiada ayat yang keluar daripada mulutnya buat seketika, yang pasti, dari sisi wajahnya aku dah boleh agak yang dia sedang keliru sekarang.
"Hazel adalah Kak Ana dan Kak Ana adalah Hazel".
"What?" suara Rheo semakin meninggi dan terkejut aku apabila dia meningkatkan kelajuannya namun tidak lama sebelum kelajuan dinormalkan semula. Lain macam mamat ni terkejut. Haha.
"Hari tu, Ayden bagitau saya yang dia dah jumpa Hazel dan saya expect orang yang dia cakap Hazel tu sebenarnya Kak Ana. Lepastu, saya terdengar yang dia dah jumpa orang yang dia nak. Siap dia mintak orang suruhan dia untuk dapatkan maklumat lengkap pasal orang tu. Jadi, memang saya yakin yang dia cakapkan tu sebenarnya Kak Ana. Tapi, Kak Ana pernah ceritakan dulu yang dia ada adik dan adik dia meninggal sebab accident. So, saya ada dua kesimpulan iaitu sama ada Kak Ana dan Hazel tu orang yang sama ataupun Hazel dan Kak Ana adalah adik-beradik.
Tadi, saya jumpa Ayden pergi rumah Kak Ana. Berdua-duaan. Saya nampak Ayden keluar dari rumah Kak Ana. Entah apa yang diorang buat, saya tak tahu. Saya sakit hati, Rheo. Jadi, saya ambil keputusan call awak, bawak saya jauh dari kampung dan kalau boleh, saya nak keluar dari KL ni. Dan, masa saya tunggu awak dekat bus stop hujung kampung, ada orang-orang tua cakap yang..".
"Kesian Ana tu. Dahlah nenek meninggal, mak ayah pulak tak tahu pergi mana. Kalau ada beradik, rasanya elok sikit hidup dia sekarang. Ini, dahlah anak tunggal, belum berlaki pulak tu. Harapkan diri sendiri je."
Seperti reaksi aku tadi, Rheo pun ternyata terkejut. Ya, Kak Ana anak tunggal dan dia takde adik-beradik lain pun. Apa tujuan dia tipu aku dulu pun aku tak tahu.
"Tapi, dia pernah bagitau you kan yang dia ada adik?"
Aku angguk lemah dan terus Rheo raupkan wajahnya dan mendengus. Kalaulah Ayden yang bereaksi begini kan bagus.
"Apa Ayden buat dekat situ? Kenapa dia boleh jadi bodoh sangat ni?!" marah Rheo sambil menghentakkan stereng keretanya. Rheo antara yang sangat caring. Bukan aku je, semua orang. Semua orang dia akan ambil berat.
"Who the fuck is that Hazel actually? Kalau betul Ana tu Hazel, kenapa dia nak pura-pura mati? Kenapa nak datang sekarang, masa Ayden dah kahwin?"
Aku tahu Rheo sebenarnya meluah apa yang terbuku di dalam hatinya dan dia tahu yang aku sendiri juga tiada jawapan untuk itu.
"I akan jumpa Ayden nanti". Dengar sahaja ayat yang terpacul dari bibir Rheo, terus aku pandang dia sambil geleng-gelengkan kepala.
"Jangan Rheo! Nanti dia tahu yang awak tolong saya larikan diri. Please, saya tak nak dia tahu saya kat mana buat masa sekarang. Saya nak tenangkan diri".
"Then? You nak lari daripada dia buat selamanya? Aisyh, lambat-laun Ayden akan jumpa you jugak. Takkan you nak lari macam ni. You kena settlekan masalah ni".
Aku gelengkan lagi kepala. "Saya tahu, cepat atau lambat, saya kena hadap dia jugak. Tapi, bukan sekarang. Bagi saya masa untuk tenangkan diri, saya janji saya akan hadap dia jugak".
Berat keluhan yang Rheo lepaskan. "Habis, you nak buat apa sekarang?"
"Saya nak awak bawak saya pergi tempat yang tenang sikit. Boleh?"
"Boleh memang boleh. Tapi, you nak pergi mana?"
"Mana-mana je. Asalkan jauh daripada sini".
Rheo senyap, riak sisi wajahnya seperti dia sedang berfikir. "Kalau awak busy takpe. Saya faham. Nanti saya pergi sendiri". Aku tak merajuk, sebaliknya aku faham yang Rheo serba-salah nak tunaikan permintaan aku sekarang memandangkan aku ni masih lagi isteri Ayden yang sah.
Tak pasal-pasal aku nusyuz sekarang. Tapi, Ayden peduli ke dekat aku? Entah-entah sekarang dia tengah bersorak dekat kampung sebab aku dah undur diri. Adalah peluang dia dengan Kak Ana sambung kisah yang terputus dulu. Kan?
"No, I takkan biar you pergi sorang. Bahaya, Aisyh. You pun macam tak sihat sekarang. Okay macam ni, I ada resort I sendiri. Tapi dekat Selangor jelah. Tapi boleh tahan jauh jugak, mungkin sesuai untuk you tenangkan diri. Nak?" Rheo mengalah akhirnya, aku yang mendengar terus terasa gembira.
Tanpa fikir panjang, aku angguk berkali-kali. "Nak".
Rheo hela nafas sebelum bibirnya mengukir senyuman tipis. "Kalau macam tu, kita berangkat esok. Hari ni, you rehat dulu. You nak pergi rumah you dengan Ayden tak?"
Segera aku menggeleng. Pergi ke sana akan membuatkan memori aku bersama Ayden terus menari di akal sekaligus memberi luka di hati. "Tak nak. Saya nak sewa hotel murah jelah malam ni".
"Don't be stupid, Aisyh. I takkan biar you tidur dekat hotel murah. Bukan apa, keselamatan dia longgar. Bahaya. Nanti I bawak you pergi hotel family. Kalau tak nak, kita pergi hotel yang selamat sikit".
"Okay, fine!"
Persis Ayden masa aku belum tahu yang dia tipu aku dulu. Bezanya, Rheo ikhlas dan tak selindung apa-apa daripada aku sedangkan Ayden, dia buat semua tu sebab nak pastikan yang klon Hazel sentiasa selamat. Dia tak nak kehilangan 'Hazel' buat kesekian kalinya.
Pedih. Terimalah hakikat, Aisyh yang kau hanyalah penumpang hati Ayden dan sekarang, dia dah jumpa semula pemilik yang sebenar.
"Rheo". Panggilku dan Rheo pandang aku sekilas.
"Yes?"
"Sorry sebab susahkan awak berkali-kali. Tapi, boleh tak kalau awak belikan saya satay kambing? Tiba-tiba tekak saya macam nak makanlah. Boleh?"
Rheo tergelak kecil. "Are you pregnant?"
Cepat-cepat aku gelengkan kepala. "Takdelah. Saya cuma rasa nak makan je. Tadi kan muntah, jadi perut saya rasa kosong".
"Okay, okay. Yang lain? Toblerone ke, tak nak?"
Terus aku buat muka macam nak muntah, sebab aku memang rasa nak muntah. "Tak naklah. Loya makan manis je. Saya nak makan satay kambing".
Berkerut muka Rheo dengar permintaan aku. Tak perlu aku tanya mana dia tahu kesukaan aku Toblerone sebab memang Ayden yang bagitau dia. Malah dia sendiri pun pernah tengok Ayden merungut dekat aku sebab suka makan manis-manis tapi aku buat derk je.
Ah, Ayden lagi.
Agak pelik kenapa aku nak makan satay kambing ni. Padahal aku sangatlah tak suka daging kambing sebab aku selalu termakan kari kambing yang masih rasa hanyir dia. Rasa macam telan kambing hidup-hidup pula.
Tapi hari ini, tekak aku nak ubah selera. Aku nak makan daging kambing. Tertekan sangat dah aku ni sampai-sampai makanan yang aku tak suka, aku rasa nak makan sekarang.
×××
Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu
Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka
Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu cinta ini
Hanya pelarian bagimu...
Aku duduk di birai katil. Rheo memang sama sekali tak nak aku tidur dekat hotel murah dan sekarang, aku dekat salah sebuah hotel lima bintang di bandaraya Kuala Lumpur ni. Yang pasti, bukan hotel keluarga mereka.
Tadi pun, aku siap pakai hoodie oversize apabila masuk ke lobi hotel sampai-sampai orang pandang aku pelik. Berhoodie dekat tempat berbumbung. Dahlah berhoodie, wajah pula aku tunduk. Jangan mereka fikir aku ni pembunuh sudah.
Hoodie yang Rheo berikan tadi aku capai dan kubawa ke bibir. Bukan, ini bukan hoodie milik Rheo. Tapi, milik Ayden. Hoodie yang Ayden lupa ambil masa dia tumpang kereta Rheo dulu dan Rheo sendiri pun lupa nak bagi dekat Ayden.
Bauan Ayden semestinya membuatkan aku rindu dekat dia. Tapi, aku tahu, perasaanku ini hanyalah bertepuk sebelah tangan.
"Penjahat takkan mengaku yang mereka ni jahat. Lagipun, kalau betullah you ni jahat, nak samun kereta I, I tak kisah. Kereta I berlambak lagi dekat rumah sana. So, miss takde alasan untuk tolak tawaran ni".
"I tak terfikir pulak yang bibik ni semuanya muka hodoh. And, adakah ini mindset orang kita? Asal bibik, muka tak cukup makan, tak cantik, badan gempal dan tak layak untuk jadi skandal boss? Nureen Raisyha?"
"Kalau I nak dapatkan you pun, I akan buat dengan cara yang betul."
. You belikan I bunga orkid dan I nak you simpan bunga tu untuk I. okay?"
"Hye, you look so beautiful tonight."
"Dekat sini, hanya I je yang akan ketuk pintu you. I akan inform you kalau I nak datang. So, be careful and I wish you goodnight and sweetdream."
"I promise you, I'll try to be the best husband for you. Thanks sebab sudi terima lamaran I."
"Kalau nak pandang, pandang jelah. Tak payah curi-curi tengok. Kalau nak tangkap gambar pun takpe. Boleh buat bantal peluk malam nanti".
"Aku terima nikahnya Nureen Raisyha Binti Dahlan dengan mas kahwin sebanyak RM 400 dibayar tunai".
"Tapi I setia dekat you".
"Good boy? Are you sure? Anytime I boleh jadi bad boy tau".
Rasa kelakar apabila teringat balik akan kata-kata manis Ayden dulu. Kata-kata manis yang akhirnya menjerat aku di dalam lautan sengsara. Kerana termakan kata-kata bergula itulah aku sakit macam sekarang.
Hebatnya kuasa mulut Ayden buatkan aku terpedaya dengannya. Malah, aku disakiti berkali-kali pun aku boleh bertahan. Aku undur diri ni pun sebab aku nak dia bahagia. Wow Aisyh, betul orang cakap. Cinta ni buatkan kita jadi bodoh.
Dan, kebodohan aku terserlah sekarang. Dari awal aku terima dia sampailah aku sendiri yang undur diri.
Sudah terbukti dari awal Ayden mencurigakan sebab tak nak bagitau apa sebab dia kahwin dengan aku, aku masih juga terima dia. Malah sepanjang pernikahan kami, aku seakan-akan biarkan sahaja persoalan tentang sebab dia nak aku kahwin dengan dia. Semuanya kerana terpengaruh dengan kata-katanya. Sikapnya yang ambil berat membuatkan aku semakin lemas dalam lautan cinta yang penuh tipu helah.
Aku bodoh, tunggu dan jaga dia masa koma. Bila sedar, dia sebut nama orang lain. Aku bodoh, tunggu dia ingat balik sedangkan tiada beza kalau dia ingat ataupun lupa sebab memang dia kahwin dengan aku kerana Hazel. Aku bodoh sebab tahan dengan perangainya dengan harapan Ayden akan terima aku akhirnya.
Dan aku bodoh, sebab masih cintakan dia walaupun aku tahu aku ni cuma tumpang nama Hazel di dalam hati Ayden. Bodohnya seorang Aisyh. Aku harap aku seorang sahaja makhluk bodoh yang tinggal dalam muka bumi ini.
Aku baringkan diri. Aku kenyang sangat hari ini sebab Rheo layankan sahaja kehendak tekak aku malah tadi lepas isyak pun aku terpaksa susahkan dia sebab aku rasa nak makan sushi pula. Nasib baiklah hotel ni memang dekat dengan mana-mana kedai makan.
Kenyang-kenyang pun, ada juga beberapa makanan yang aku tak lalu nak makan. Punyalah beria susahkan Rheo belikan itu dan ini, bila dah dapat, tak nak pula aku nak makan. Jangankan makan, nak rasa pun aku tiba-tiba rasa loya.
Kasihanlah juga tengok Rheo, tapi dia sabar saja layan stress aku. Kalaulah Ayden macam ni kan elok? Ni, entah macam apa dah aku susahkan lelaki yang bukan siapa-siapa denganku. Aku tahu apa yang aku buat sekarang salah. Aku keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami, malah aku banyakkan masa dengan lelaki yang bukan suamiku sedangkan aku sekarang berstatus seorang isteri.
Tapi entahlah, masa aku buat semua ni, aku tak fikir panjang. Aku anggap Rheo saja yang mampu tolong aku. Dan aku tak terfikir pun nak minta tolong dekat Aira mahupun Salwa walaupun aku tahu mereka berdua memang dipercayai.
Sekali lagi aku bodoh.
Aku buka telefon. Ada 9 missed call daripada Rheo. Ini nombor baru, nombor yang lama aku simpan dalam handbag, entah kenapa aku rasa sayang nak buang. Mungkin sebab aku masih berharap yang Ayden akan call aku?
Telefon bergetar menandakan panggilan masuk dan tertera nama Rheo di situ dan aku pun angkat.
"Assalamualaikum". Sapaku dengan suara yang tersumbat.
"Waalaikumussalam. Aisyh, kenapa tak angkat call? You buat I risau!" suara Rheo jelas kedengaran kesal dengan perangaiku sekarang.
Aku gelak kecil. "Sorry, saya mengelamun tadi. Tak sedar awak call. Ha, kenapa awak call saya ni?"
"Ayden call I, tanya you kat mana".
Tiba-tiba aku rasa berdebar mendengar berita itu. Entah kenapa aku rasa gembira bila dapat tahu dia mencari aku?
"Dia cakap, mak dan abah cari you daripada tadi. Dan dia syak I tahu you kat mana".
Okay, mak dan abah yang cari. "Habis, awak bagitau apa dekat dia?"
Kedengaran Rheo lepaskan keluhan. "I bagitau dia yang I tak tahu you dekat mana sebab hari ni I sibuk dengan client. Nasib baik lepas I hantar makanan dekat you, memang I ada meeting sekejap dengan client".
"Sorry Rheo sebab libatkan awak dalam hal rumahtangga saya dengan Ayden".
"No, it's okay Aisyh. I bagitau ni sebab I nak you ready je kalau nanti Ayden datang jumpa you".
Ya, aku tahu memang itu tujuannya. Tapi tulah, kalaupun Ayden cari aku, mesti sebabnya tak lain tak bukan.
Mak dan abah.
"Okay. Anything else?"
"No. Cuma I nak pesan, kalau nak apa-apa, call dan jangan keluar suka hati".
"Ya, ya". Jawabku malas.
"Okay, that's all. Bye, assalamualaikum".
"Waalaikumussalam". Panggilan dimatikan dan kemudiannya aku lepaskan keluhan yang agak berat.
Data aku buka dan semestinya aplikasi pertama yang aku pilih adalah Instagram. Whatsapp aku dah block semua nombor keluarga Ayden dan keluarga aku sendiri. Sekarang adalah masa untuk aku bersendiri, aku tak nak balik buat masa sekarang.
Awalnya aku terfikir nak keluar negara. Tapi, apabila fikir tak lama lagi sekolah nak buka, jadi aku batalkan niat. Buatnya nanti ada masalah cuaca masa aku nak balik, tak pasal-pasal aku ambil cuti sendiri. Jadi, batalkan saja niat nak pergi ke luar negara.
Ada banyak mesej dari Instagram masuk. Aku tak pernah bukak sebab dulu majoritinya mesej daripada wartawan. Aku malas nak bersoal jawab dengan mereka. Tapi satu benda yang aku perasan sekarang, semua gossip pasal aku hilang kesemuanya.
Tak kira berita tempatan mahupun luar negara, kesemuanya tiada. Pelik juga kenapa, tapi mungkin tak mencapai rating yang ditarget agaknya.
Tiba-tiba, tekak rasa loya. Kali ini tiada rasa sakit kepala, sebaliknya aku terus rasa nak termuntah. Biasanya kalau aku nak muntah, pasti aku akan pening kepala terlebih dahulu. Tapi kali ini, aku terus loya jadi dengan cepatnya aku berlari ke bilik air dan memuntahkan segala yang aku makan tadi.
Kenapa ni?!
Dan tiba-tiba, aku rasa nak peluk Ayden pula sekarang. Ah, aku semakin gila! Baru berjauhan beberapa jam, aku dah gila macam sekarang. Entah macam mana aku akan hadapi hari-hari akan datang tanpa Ayden? Dahlah tadi aku sempat terfikir nak failkan perceraian.
Persoalannya, aku mampu ke hadapi Ayden nanti? Lagi-lagi bila terfikir yang Ayden akan gantikan aku dengan Kak Ana nanti? Argh, serabut!
×××
Ikhlasku mencintaimu
Ikhlasku kehilanganmu
Semoga kau bahagia
Dengan pilihanmu itu
Kau bersama dia
Aku bersama doa...
Terasa lenaku diganggu apabila ada jemari yang mengelus-elus pipiku. Perlahan-lahan mataku terbuka dan sebaik wajah itu menyapa deria penglihatanku, aku rasa tak percaya. Bibirku terasa bergetar dengan mata kuyu tadi terbuka luas.
"A-Ayden?"
Wajah itu tenang tersenyum sambil jemarinya terus mengusap pipiku. "Kenapa lari daripada abang? Hmm?" bisiknya dengan matanya memandang tepat ke dalam mataku.
Mata coklat itu aku pandang tak berkelip. Kenapa dia boleh ada kat sini?
"Aw-awak buat apa dekat sini?" liur aku telan berkali-kali. Kenapa Rheo bagitau dia?
"Macam ni ke cara Aisyh sambut suami?"
Suami otak dia! Lepas dia jumpa Hazel dia tu, dia datang sekarang buat macam tiada apa yang jadi!
Aku tolak dada dia dan terus aku duduk bersandar pada kepala katil. Dan baru sekarang aku perasan yang sekarang aku sudah tidak berada di dalam bilik hotel, sebaliknya aku berada di dalam bilik kami berdua. Jadi, aku pengsan ke lepas aku muntah teruk semalam?
Baru sahaja aku ingin bersuara, tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar dan Ayden mempersilakan dia masuk sambil dia memeluk kakiku yang berada di dalam selimut.
Sekali lagi aku diserang rasa terkejut apabila orang yang masuk sekarang adalah Kak Ana. Kelihatan dia agak terkejut melihat Ayden yang masih setia memeluk kakiku. Jadi, aku pun terus tolak tangannya.
"Kenapa dia ada dekat sini?" suara aku bergetar menahan geram.
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dengan riak serba salah. Ayden kemudiannya memandang aku sambil mengurut belakang tengkuknya.
"Aisyh, abang dah ingat balik semuanya. Abang minta maaf sebab nafikan hak Aisyh sebagai isteri. Abang..."
"Dahlah Ayden. Awak tak perlu minta maaf. Baik awak jelaskan, kenapa dia boleh ada dekat sini?" Tiada niat untuk aku menengking Ayden. Tapi, apabila wajah sayu Kak Ana memandangku, automatik aku rasa aku benci kedua-duanya.
Ayden capai tangan aku, tapi segera aku tepis. Firasat aku katakan, ada benda menyakitkan akan jadi lepas ni. Ayden kemudiannya duduk, wajah aku dipandang dalam-dalam dengan keningnya melengkung, menandakan dia agak rasa serba salah.
"Aisyh, Aisyh janji Aisyh takkan benci abang kalau abang bagitau ni?"
Aku diam. Tak payah berjanji, sebab aku tahu aku memang takkan dapat tunaikan. Sekarang pun aku dah rasa marah meluap-luap dekat kedua-duanya. Termasuk Rheo!
"Aisyh, abang dan Hazel... Minta izin Aisyh, untuk kahwin".
#Banyak komen dekat chapter sebelumnya. Sorry sebab belum mampu reply. Terkejut banyak komen marahkan Ayden dan Kak Ana. Sabar guys sabar ??
Semoga terhibur?? dan harap berpuas hati dengan chapter ni. Sis x baca balik, so, sorrylah kalau kali ni sikit dialog dan agak membosankan.
Xlama lagi akan settle kesemuanya. Sedia kesabaran banyak2 ??
Bye. Assalamualaikum. Next update belum tahu bila. Kalau mood rajin datang, insya Allah cepat. Kalau malas, korang terpaksalah tunggu ye. Dan thanks kepada yang sudi baca. Babai. Selamat malam. ??
Share this novel