Warning, chapter ini sangat membosankan. Masih terperangkap dalam mood cuti dan mood geram sebab banyak-banyak sis taip, tiba-tiba hilang gitu je. Jadi, ini adalah hasil perasaan yang geram campur redha dan tawakal. Selamat membaca ??
AYDEN??AISYH
KEADAAN agak sunyi di meja makan ini. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu, garfu, pisau dan pinggan kaca yang berlaga. Walaupun sunyi, namun aura yang tidak menyenangkan dapat aku rasa. Mana tidaknya, jelingan tidak puas hati Melissa dan pandangan bengis nenda buat aku rasa nak terjun gaung. Ganas siot!
Tapi aku buat lek buat pis saja. Orang kata, benda-benda halus macam ni jangan tegur. Kalau ditegur, nanti mereka mengganas. Jadi, aku pun diamkan diri sahaja.
"Sayang nak tambah lagi?" soal Ayden apabila melihat makanan aku sudah mula habis. Aku gelengkan kepala. Gila nak tambah lagi, tadi dia sendukkan nasi penuh satu pinggan aku dibuatnya. Lepas tu, dia pergi tambah lauk-lauk yang mula habis sedangkan nasi aku belum lagi menemui penamatnya. Mana tidaknya Si Melissa dan nenda pandang aku tajam. Mama dan papa pula mula menjeling dan senyum sesama sendiri.
"Betul ni?" soalnya sambil menyentuh perut aku. Aku tolak tangannya, tidak selesa aku dia layan begitu di hadapan keluarganya.
"Ehem, tak guna bilik besar, kalau dekat sini jugak you berdua nak tunjuk benda-benda macam ni," sindir Melissa sambil menjeling kami berdua.
"Tak suruh pun you datang sini," perli Ayden pula sambil menayang muka selambanya. Melissa yang mendengar, terus jeling Ayden. Tak puas hati.
Aku segera bangkit dengan pinggan di tangan. Tak boleh lama-lama dekat sini, risau nanti ada adegan lagak ngeri yang akan dipertontonkan oleh Melissa mahupun nenda nanti.
"Aisyh, nak pergi mana?" tanya mama.
"Nak basuh pinggan kejap ma. Lepasni Aisyh duduk sini balik".
"Tak payahlah, duduk dulu. Nanti maid basuhkan," ujar papa pulak.
Nenda tiba-tiba mencelah. "Apa pulak tak payah? Biarlah dia basuh. Jangan pandai makan saja. Sekali-sekala buat kerja yang selaras dengan darjat dia dalam keluarga ni". Cet, orang tua ni, kalau aku lupa yang kau ni orang tua, memang dia akan makan nasi berlaukkan pinggan kaca. Fuh, nasib baik mak dan abah didik aku dengan baik.
"Mommy," meleret suara papa menyebut sebaris nama itu.
"Nenda, jangan sampai Ayden hilang hormat dekat nenda," nada suara yang biasa, tapi terasa aura menakutkan apabila suara itu mulai kedengaran.
Aku sudah mula gelisah. Lagi lama aku di sini, lagi teruk aku jadi penyebab pergaduhan mereka. "Err, takpelah. Aisyh dah biasa basuh pinggan lepas makan. Nanti kalau dah habis, bagi je dekat Aisyh. Aisyh kat belakang je. Aisyh minta diri dulu eh," cepat-cepat aku berlalu dari ruangan makan ini.
Sebelum kaki aku melangkah lebih jauh, Ayden bersuara lagi. "Sayang, lepas cuci pinggan, masuk bilik".
"Err, tapi...." Rasa seronok tu ya, tapi, nanti apa kata yang lain apabila melihat aku sengaja mengasingkan diri?
"Tak payah tapi. Masuk je," itu sahaja ayatnya. Tanpa melihat wajah Ayden pun aku tahu lelaki itu sedang menahan marah. Lagi-lagi apabila melihat wajah kelat nenda. Mesti Ayden sedang merenung nenda dengan mata helangnya. Aku dah cakap, jangan bagi Ayden jeling mahupun tenung tajam kalau taknak mimpi buruk.
Aku garu kepala yang tidak gatal. "O-okay".
Setibanya aku di sinki, terus aku basuh pinggan sehingga maid 12 tegur aku. "La, kenapa puan basuh pinggan ni? Biar saya je yang basuh," dia cuba mencapai pinggan daripada tangan aku, tapi aku gelengkan kepala.
"Tak payahlah awak. Lagipun saya bukannya orang kaya awak nak layan macam ni. Taik saya masih melekat dekat kampung sana tu haaaa," nah, aku meniru ayat mak kalau setiap kali ada orang kampung mula lupa diri sebaik tinggal di bandar.
Maid 12 mengeluh. Namanya Laila, muda 2 tahun daripada aku. Apa yang aku dengar tempoh hari, dia sebenarnya pelajar cemerlang semasa sekolah dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, tetapi mengambil keputusan untuk tunda sebab ayah dia sakit, perlukan wang menyara kos perawatan. Keluarga Ayden ada juga tawarkan kepada dia untuk merawat bapanya dan dia boleh melanjutkan pelajaran, tetapi dia menolak sebab dia kata, selagi bapanya belum sembuh, dia pasti akan rasa tidak tenteram untuk belajar.
Aku tabik dengan dia ni. Dalam usia muda, dia mencari sebuah kehidupan. Sedangkan aku masa sebaya dia, aku pergi main-main saja di unversiti. Siap bila sampai kampung, aku mandi sungai dengan Air sampai-sampai mak abah marahkan aku. Umur sudah 20 lebih, tapi perangai masih macam budak-budak. Haha. Dan Alhamdulillah, Allah bagi aku rezeki, aku lulus cemerlang zaman univeristi dulu. Sebab tu bila kerja, aku kerja betul-betul sebab aku nak hargai rezeki yang Allah beri masa aku sekolah dulu.
"Puan ni ada-ada saja benda nak jawab. Tapi puan baik sangat. Sesuai sangat dengan Tuan Ayden," pujinya lagi sambil berdiri di sebelah aku. Aku pandang dia sambil meletakkan pinggan yang aku sudah basuh ke tempatnya.
"Baik tu takdelah baik sangat, Laila. Cumanya saya dah biasa hidup cara kampung. Jadi, nak ubah pun susah sebab dah biasa," aku senyum sambil mengelap tangan yang basah pada baju.
"Laaa, kenapa lap tangan dekat baju? Kan ada tempat lap tangan di situ. Puan, puan," tegur Laila lagi. Aku tersengih sambil garu kepala yang berlapik shawl warna krim yang sesuai dengan baju aku malam ini.
Selesai berbual dengan Laila, aku pun mula meminta diri untuk kembali ke ruangan makan. Baru beberapa langkah aku melangkah, tiba-tiba Melissa Rose masuk ke dalam ruangan ini. Hampir kami terlanggar sebab langkah perempuan itu agak besar berkat kaki panjangnya. Dan berkat kaki pendek aku jugak menyebabkan kami berdua tidak terlanggar antara satu sama lain.
Apabila aku mahu melangkah pergi, Melissa pula bersuara. "Kesian Ayden dapat bini macam you. Dahlah tak cantik, tak ada apa-apa pulak tu. Nak bergaya, tapi kena pakai duit suami. Kalaulah Ayden kahwin dengan I, dia tak payah dah habiskan duit macam tu je," ujarnya sinis.
Aku tarik nafas dan hela perlahan. Sabar Aisyh, bercakap dengan jin yang tersesat dalam badan manusia ni memang kena banyak bersabar. "Tapi Alhamdulillah lah, suami saya masih tahu tanggungjawab dia sebagai suami. Walaupun saya mampu beli apa yang saya nak dengan gaji saya sebagai guru ni, tapi dia tetap bagi nafkah sebab dia tahu yang saya ni tanggungjawab dia. Untuk jadi isteri Ayden tak susah mana sebab dia tak banyak kerenah. Mungkin betul Ayden kesian sebab dapat bini macam saya, tapi, saya tak pernah menyesal jadi isteri dia. Mungkin kalau kami ada baby nanti boleh buatkan Ayden sikit bangga sebab jadikan saya sebagai isteri dia?" nah, hambek ko. Nasib baik lagi aku masih boleh menggunakan kata-kata yang baik untuk berbual dengan kau. Ikutkan hati aku, carutan yang Melissa itu terima.
Kedengaran Melissa merengus sebelum dia kembali menjawab kata-kata aku. "Kalaulah you tahu apa sebab dia kahwin dengan you, I yakin yang you takkan jadi bahagia macam hari ni. Masa tu, I akan tepuk tangan tengok you bersedih dengan nasib diri," Melissa semakin mengasak emosi aku. Macam tahu-tahu saja dia kelemahan aku. Tapi, aku taknak bagi dia rasa yang aku ni lemah dan mudah dipengaruhi. Ini adalah Aisyh, dan Ayden adalah milik aku. Sesiapa nak rampas, boleh tempeh nisan terlebih dahulu.
"Bersedih? Saya akan sedih ke? Kalau saya sedih, saya akan nyanyi untuk diri sendiri. Saya akan bagitau dekat diri saya sendiri, 'Nureen Raisyha, jangan bersedih sistur. Saya ada lagu untuk sistur. Aaaaaaa, aaaaaaa," kemudian, aku cepat-cepat keluar daripada situ. Sempat aku terdengar kata-kata Melissa yang sebal dengan perangai aku.
?
"Entah macam mana Ayden boleh buatkan perempuan senget tu jadi bini". Bebelnya sendirian.
Aku tergelak kecil, puas hati aku apabila berjaya buatkan Melissa sakit hati. Tapi berkenaan sebab Ayden kahwin dengan aku, betul ke apa yang Melissa cakap? Betul ke aku akan bersedih bila dapat tahu apa sebab lelaki itu kahwin dengan aku sebab sampai sekarang Ayden tidak buka mulut mengenai perkara tersebut.
Tapi, apabila teringatkan tentang fitnah masa aku dan Ayden bertunang dulu, aku dapat rasa yang dia ni memang watak antagonis sejati. Sengaja cari kelemahan kami berdua semata-mata untuk runtuhkan rumahtangga kami. Aku takkan biarkan rumahtangga aku dan Ayden runtuh macam tu saja hanya disebabkan oleh fitnah yang belum ada kesahihannya.
×××
Aku terbaring keletihan. Walaupun rumah ini tidak setanding dengan vila nenda dan banglo mama papa Ayden, tapi, rekaan yang moden ini membuatkan mata aku daripada tadi hampir terkeluar dari soket. Dah namapun pengurus syarikat perhotelan dan pelancongan, memang rumah ini sudah hampir seperti hotel aku tengok.
Punyalah aku teruja sampai-sampai aku lupa hendak merehatkan diri tadi. Sampai sahaja ke sini lepas Zohor tadi , terus aku jelajah bahagian rumah ini setakat yang aku mampu. Bermula dengan garaj bawah tanah yang sangat canggih. Rekaan seakan-akan lobi hotel lima bintang, tapi ruangan ini dikhaskan untuk kereta dan saiznya mampu memuatkan 10 buah kereta kesayangan Ayden. Katanya, kereta masih banyak lagi, cuma diletakkan di Neil A's Villa sebab banyak sangat.
Aku dengar pun sudah tercengang, inikan pula apabila melihat kereta-kereta import yang tersadai mewah di dalam ruangan garaj berjubin corak dan berdinding kaca itu. Dan nampaknya, Ayden seorang peminat Ferrari sebab 4 daripada 11 buah kereta di dalam garaj ini adalah kereta Ferrari yang berbeza model yang aku sudah lupa apa yang dia sebutkan tadi. Yang paling aku ingat dia sebut adalah Ferrari LaFerrari (F150) dan Ferrari F12 TRS. Selebihnya adalah Porsche, Bugatti dan Lamborghini yang masing-masingnya terdapat dua model di garaj bawah tanah ini.
Dan fakta menarik yang aku dapat tahu juga ialah dia tidak mempunyai kereta jenama BMW sebab tak minat katanya. Tapi, di dalam garaj ini juga terdapat BMW 8 Series Coupé yang Haq gunakan untuk hantar kami berdua. Kereta yang sering Ayden gunakan kalau kami selalu keluar jika bersama bodyguard. Kalau kami sendiri-sendiri, biasanya menggunakan kereta-kereta Ayden yang lain.
Dan hampeh, rupa-rupanya kereta ini adalah milik Neil Ayden Raeef. Mentang-mentang Neil Raeef hanya dibenarkan untuk memandu di dalam kawasan vila sahaja memandangkan dia masih belum ada lesen, jadi dia rembat kereta adiknya sesuka hati.
Tapi keluarga ini memang keluarga yang sangat patuh dengan undang-undang. Aku, kalau aku kaya, aku bawak saja kereta keliling bandar. Jumpa polis, bayar sajalah saman tu. Bukan banyak mana pun. Haha, itu kalau aku kaya. Mungkin sebab tu Allah tak bagi aku kaya. Cepat lupa nikmat. Haha.
Selepas itu, terdapat lif yang menghubungkan garaj dengan ruang tamu yang letaknya di tingkat pertama. Di tingkat pertama juga letaknya ruangan makan, memasak dan beberapa ruangan khas seperti ruangan muzik, ruangan koleksi jam tangan, ruangan untuk kucing-kucing kesayangan Ayden dan beberapa ruangan lagi yang belum aku tengok sepenuhnya. Di tingkat kedua pula letaknya tiga buah bilik tidur dan beberapa ruang lagi seperti ruang menonton movie. Berbeza dengan ruang tamu, televisyen di dalam ruangan ini lebih besar dan kawasannya tertutup. Dah macam tengok wayang!
Di tingkat tiga pula hanya ada bilik tidur sahaja, tiada bilik lain kerana saiz tiga buah bilik di tingkat tiga ini boleh tahan besarnya terutamanya master bedroom. Dalam master bedroom yakni bilik tidur kami berdua, sangatlah luas dan besar sehingga mampu memuatkan walk in wardrobe dan katil saiz king. Ada televisyen jugak, cuma saiz agak kecil daripada ruang tengok movie dan ruang tamu. Di bilik ini juga terdapat balkoni yang sudah serupa bilik sudah keluasannya dan siap ada swimming pool berdinding lut sinar di sebelah kiri balkoni. Sumpah aku takkan mandi dekat situ sebab aku memang gayat teruks. Tengok bawah, memang rasa nak mati je.
Naik ke rooftop, di atas ini lebih kepada kebun bunga dan ruangan makan kalau nak buat makan-makan romantik. Pun ada swimming pool, cuma tidak berdinding lutsinar seperti tadi dan letaknya di tengah-tengah kawasan ini. Tapi, boleh tahan besar juga. Cuma tulah, kalau nak suruh aku berenang, berangan sahajalah. Aku mandi sungai yang cetek dulu pun pakai tayar sebagai pelampung. Inikan pula nak berenang dalam kolam yang aku sangat yakin dalamnya lebih beberapa meter daripada ketinggian aku.
Sebenarnya ada sahaja lif yang menghubungkan tingkat-tingkat ini dengan ruang tamu, tapi Ayden tak galakkan aku pakai sebab katanya, aku ni macam budak-budak. Buatnya aku seronok main dalam lif lepas tu tersangkut kat dalam, jadi satu hal pulak. Tadi dia izinkan pakai pun sebab dia ada sekali. Ceh.
"Penat dah?" soal Ayden sambil meletakkan beg yang terakhir. Punyalah seronok dia layan kerenah aku sampai-sampai kami lupa untuk membawa beg yang sudah diletakkan oleh Haq di hadapan lif. Sebenarnya beg aku sahaja yang dibawa sebab barang Ayden sudah tersedia di sini.
"Haah, besar sangat. Kenapa eh orang kaya suka beli rumah besar-besar? Tak bosan ke? Bukan ramai pun orang dekat rumah. Yang ada pun maid, tukang kebun. Tu pun cukup masa, balik rumah," rumah untuk pekerja-pekerja Ayden letaknya di bahagian belakang rumah Ayden. Ada satu kawasan perumahan kayu yang memang dikhaskan untuk pekerja-pekerja Ayden. Kalau nak disamakan kawasan rumah Ayden ni, besarnya sama tahap dengan satu kampung aku.
"Sebab orang kaya pun manusia jugak, sayang. Lumrah manusia, bernafsu. Cukup masa, dapat ramai anak, rumah besar takkan jadi sunyi, sebaliknya jadi meriah. So, sayang kena ready awal-awal nak lahirkan junior-junior kita," jawabnya selamba sambil tersengih.
Aku mencebik dengan rasa malu mula bersarang pada muka. Berbahang kulit muka aku dengar ayat dia. Padahal aku bercakap tadi tidak ada langsung kaitan dengan anak. Otak Ayden kalau bab macam ni memang jauh sikit. "Gatal, kan?"
"Normal". K Ayden, K. Kau jelah yang menang.
"Actually I nak beli penthouse dekat Binjai sebab dari The Binjai boleh nampak KLCC and syarikat kita. Tapi nenda tak bagi sebab dia kata, tanah masih luas dan banyak. Rugi kalau tak buat rumah atas tanah sendiri. So, here we go. I buat rumah ala-ala The Binjai Penthouse. Nak lepas gian duduk situ".
The Binjai? Setahu aku, itu adalah penthouse mewah yang letaknya beberapa meter berhadapan dengan menara KLCC. Dari pejabat Ayden boleh nampak bangunan 45 tingkat itu. Aku tahulah sebab dulu kan aku pernah serang Ayden.
Aku angguk faham sambil meletakkan bantal atas kepala. Patutlah Ayden buat rumah ni ala-ala kondominium mewah, rupanya dia ada sasaran tak tercapai dia sendiri.
"Masih larat lagi tak? Kalau masih, I nak tunjukkan you punya wardrobe," ujar Ayden sambil dia mengangkat kening memandang ke arah aku.
Aku sengih sambil depakan tangan. "Tolong tarik," aku kerlipkan mata berkali-kali sambil senyum semanis yang mungkin. Penat, tapi aku nak tahu juga tentang wardrobe yang Ayden sudah sediakan untuk aku.
Ayden tergelak kecil sambil mula melangkah ke arah aku. Tangan aku yang didepakan dia genggam dan mula menarik aku sehingga berdiri. Sebaik aku berdiri, terus dia cium dahi aku sekilas. "Nampaknya kena tunggu lagilah nak dapat baby sebab perangai mak bakal baby masih manja lagi ni". Ejeknya sambil usap kepala aku.
"Bukan selalu mak bakal baby bermanja dengan bapak bakal baby, kan? Biasanya bapak bakal baby je selalu mengada nak itulah, inilah," mendengar sahaja kata-kata aku, terus Ayden tergelak.
Kemudian, kami pun mula melangkah ke dalam walk-in wardrobe yang berpintu kaca automatik ini. Sekali lagi mulut aku ternganga sebab sebaik masuk ke dalam bilik ini, terasa seperti masuk ke bilik lain. Luas dan mewah dengan lampu kuning yang menerangi segenap bilik ini dengan sofa bulat dan besar di tengah-tengah ruangan ini. Lantainya pula berkarpet besar dan lembut. Rasa macam tengah shopping dekat butik mahal.
Aku dah macam jakun sangat dah bila mulut tak henti-henti ternganga daripada tadi. Tak sangka rumah macam ni wujud dekat bandar KL! Dan rumah itu adalah rumah yang aku duduki sekarang! Selalu tengok rumah macam ni dalam TV mahupun google sahaja. Tak sangka hari ni aku dapat jejakkan kaki ke sini.
Di dalam bilik ini terdapat almari yang bersambung terus dengan dinding dan berkaca lutsinar. Di sebelah kanan bilik ini terdapat pakaian lelaki manakala sebelah kiri pula masih kosong. Yang ada pun hanya beberapa helai baju sahaja. Dan, aku dekati bahagian perempuan dan tiba-tiba mukaku rasa berbahang apabila melihat pakaian yang sedang tergantung di situ.
"Awak buat apa letak kat sini baju macam ni?" soalku sambil menunjuk ke arah lingerie jarang berwarna putih, merah, pink dan oren tersebut. Adalah dalam 8 helai baju itu di situ.
"Untuk you pakailah. Kalau sedia nanti pakai je". Dia mula tersenyum nakal dan aku pula mula menayang memek muka menyampah. Padahal aku malu sangat, lagi-lagi apabila tengok baju yang dah serupa plastik yang kena koyak saja rupanya.
"Awak beli ke baju ni?" okay Aisyh, kau dengan soalan bodoh kau memang tak boleh dipisahkan kan? Buatnya Ayden jawab, 'Taklah, I curi,' jangan kau mengamuk pulak kang.
"Haah. Hari tu I kena kejar reporter masa tengah pilih pakaian dalam untuk you masa dekat La Senza. Nasib baik ada bodyguards, jadi, I boleh shopping lagi dekat Xixili lepas tu". Okay, nampak sedikit terpesong skema jawapan aku tadi dengan jawapan yang keluar daripada mulut Ayden.
Kemudian, dia sambung semula bercerita. Aku dengar sahaja kronologi kisah dia beli pakaian dalaman wanita ni. Sesekali aku nak tergelak juga. "Pekerja dekat sana pun terkejut tengok I pilih baju yang I ambik. Diorang tak tanya, tapi I tolong jawabkan dekat diorang. You nak tahu apa yang I bagitau diorang?"
"Apa?" rasa seronok pula dengar cerita Ayden.
"I cakap, mama I suruh I belikan untuk dia sebab nak bagi adik baru dekat I," dia tergelak, dengan aku sekali gelak dengar lawak bodoh dia. Cis, walaupun kedengaran macam bodoh, sakan juga kami berdua tergelak. Bongok punya Ayden, dah takde idea lain lagi ke nak bagi jawapan? Ini, nama mama jugak yang dia rembat. Padahal dia ada kakak. Bongok, haha.
"Jahat tau jual nama mama," aku sambung tergelak.
"I belajar daripada you. Siapa suruh ajar I yang bukan-bukan?" cet, dia salahkan aku pulak.
"Ceh, awak tu yang mudah terpengaruh". Aku tidak mahu mengalah. Ayden kemudiannya hanya membalas dengan gelak tawa yang tersisa.
Kemudian, dia mula buka zip beg aku. Terlopong mulut aku apabila dia mula keluarkan pakaian aku dari dalam beg. Cepat-cepat aku tunduk dan halang dia, tapi dia cengkam beg aku dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi dia tahan tangan aku.
"Takpe, biar I yang kemaskan semua ni. You pergi rehat," arahnya tenang.
Aku yakin muka aku sudah mula memerah. Aku gelengkan kepala. "Beg yang tu barang peribadi saya," aku tentang pandangan redup Ayden.
Lelaki itu menahan senyum sambil tarik tangan aku supaya berdiri. Kemudian, satu laci besar dia tarik keluar. Kalau tadi muka aku merah, kali ini aku yakin muka aku maroon pulak! Mana tidaknya, berderet pakaian dalam wanita tersusun kemas dalam laci ini dengan warna yang sangat menyala.
"Aw-awak!" aku sudah hilang kata, hanya mampu dengar sahaja Ayden tergelak jahat.
"Jadi, tak payah rasa malu. Kita dah jadi suami isteri dah. Takkanlah masih nak berahsia lagi, kan?" aku ketap bibir kuat-kuat. Maroon kini aku yakini sudah bertukar pula jadi biru. Kuaja betul, ada saja perlakuan Ayden yang buatkan aku asyik-asyik kalah!
"Eeeee, suka hati awaklah!" aku terus berlalu dari situ sebab muka aku dah macam kena bakar dengan larva sudah rasanya!
"Kan bagus mengalah macam ni daripada tadi," suara sumbang Ayden mengejek lagi. Aku terus melangkah tanpa menoleh. Ish, nasib akulah dapat laki miang macam tu! Ingatkan lingerie sahaja dia bedal, sekali anak buah lingerie sekali dia beli. Siap dengan ukuran saiz aku yang tepat! Cettttt!
×××
Aku tilik jam, sekejap lagi maghrib. Tapi Ayden masih belum keluar daripada bilik air. Sudah dekat 40 minit dia menyanyi melalak dalam bilik air, batang hidung pun belum nampak. Bagi aku, perkara ni perkara biasa sebab Ayden memang jenis mandi lama. Entah apalah dia berangankan dalam bilik air, aku pun tak pasti.
Yang ni masih okay lagi, pernah hari tu, lepas dia ikut papa main golf, dia balik rumah, hilangkan peluh sekejap dan lepastu mandi dekat nak sejam sisssss. Aku yang perempuan ni pun mandi 5 ke 10 minit saja. Ayden, selagi tak habis lima buah lagu, memang takkan dia keluar dari sana. Jadi, mana hakak-hakak yang dah kahwin tu, lepastu dapat laki yang mandi lagi lama daripada kita yang gegurl ni, kita senasib sis. Sudahlah kalau bersiap, lama gila. Sikat rambut satu hal, cari baju satu hal. Entah apalah nasib dia esok agaknya sebab esok adalah hari pertama kami masuk kerja semula. Jangan-jangan selama ini dia bangun 3 jam lebih awal daripada masa kerja?
Sementara menunggu Ayden untuk berjemaah sekali untuk solat maghrib, aku pun mula berjalan menuju ke wardrobe. Niat aku memang tak lain tak bukan, nak tengok susunan pakaian aku yang Ayden buat tadi. Tapi, niat aku boleh pulak terbatas apabila melihat bahagian pakaian Ayden.
Dari awal almari sudah tersusun semua pakaiannya. Kemeja berlengan panjang satu tempat, kot satu tempat, tie satu tempat, seluar slack hitam satu tempat, baju T-shirt satu tempat dan seluar sukan satu tempat. Baju tidur? Ayden tak spesifikkan pakaiannya yang itu sebab faham-faham sajalah yang dia ni model tak berbayar masa tidur. Kalau dia pakai baju dan seluar pun masa solat sahaja. Selebihnya, mencemarkan pandangan aku.
Dan, tiba-tiba tangan aku gatal pergi bukak laci yang sama dengan laci aku tadi. Dan mulut aku ternganga lagi apabila melihat Calvin Klein tersusun rapi di dalamnya. Ada yang empat segi, ada yang tiga segi. Warna yang paling banyak ialah hitam, putih dan kelabu. Warna-warna lain yang menyusul ialah seperti warna biru, hijau, merah dan kuning. Dah macam traffic light. Haha. Bodohlah Aisyh.
Aku tarik salah satu daripada kawan-kawan Calvin Klein itu. "Perghhhh, ni manusia ke gajah yang pakai ni? Besar betul! Bontot Ayden besar macam ni ke?" otak aku sudah mula memikirkan tentang tubuh badan Ayden. Betul ke badan dia sebesar ini?
"Ni kalau aku pakai ni, boleh muat sorang lagi Aisyh dekat sebelah. Father aaah!" aku macam tak percaya sahaja melihat Calvin Klein berwarna kelabu yang sedang berada di dalam genggaman aku sekarang.
"Ehem!" sedang aku membelek seluar empat segi tersebut, tiba-tiba kedengaran suara seseorang berdehem. "Oh menantu mak pakai spender besar!" latahku tidak sengaja.
Apabila melihat sengihan Ayden yang kini sedang menyandarkan bahu kanannya di muka pintu, dengan kelam-kabutnya aku gulungkan boxer itu dan sumbat dalam laci. Muka aku tak payah cakap, memang terasa panas walaupun dengan adanya pendingin hawa di dalam bilik ini.
Ayden yang sedang bertuala itu mula melangkah menuju ke arah aku. Jantung aku rasa nak tercabut sebab malu sangat.
"Ha, buat apa?" Ayden sudah mula berdiri di hadapan aku. Cishhhh, dia dah nampak tadi kan aku belek seluar gajah dia tu, sekarang boleh pulak dia tanya aku buat apa.
Aku mula kelam kabut, fikir ayat nak kelentong Ayden walaupun hakikatnya tiada guna dah aku nak kelentong dia. Dah memang jelas lagi nyata aku ternganga belek boxer dia tadi.
"Erk, saya tak sengaja terbukak. Lepas tu terambik. Lepas tu terbelek. Besar woooo," okay, kenapa aku rasa ayat aku macam lain?
"Eh, maksud saya, saya silap bukak laci. Ingatkan ni laci saya". Okay Aisyh, kedengaran semakin tidak logik.
Ayden pula sudah angkat kening. "Eh? Tapi you boleh tengok kan, dekat sini ada baju-baju I je?" Ish, dia ni. Dah tahu aku sengaja pergi sini, buat apa nak tanya lagi. Dahlah kalau aku kelam-kabut macam ni, macam-macam jawapan merapu aku bagi.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Rambut yang sudah disikat, kini serabut semula. Terkena aku dengan Ayden kali ni. Hampeh tol! "Eeee, sumpah saya tak sengaja bukak dan belek boxer awak. Saya curious, apa yang ada dalam laci awak". Okay, nampaklah normal sikit jawapan aku di situ.
"Lepastu, you jumpa apa?" Nampak sangat Ayden tahan senyum lepas dia tanya macam tu. Aku yang tengok muka dia sekarang, rasa nak smackdown cukup-cukup. Nasib baik aku dah berwudhuk, kalau tak, memang aku tarik bibir seksi yang selalu cakap benda pelik tu.
"Eeee, dahlah. Baik awak pakai baju cepat-cepat. Dah nak masuk waktu dah ni," ujarku sambil menilik pula ke arah pergelangan tangan kanan Ayden.
Dia ni memang pengumpul jam tangan. Semalam dia pakai Rolex, hari ni dia pakai Phatek Phillippe pula. Dua utas jam tangan ini adalah jam kegemarannya. Banyak juga koleksi jam tangan dia di bawah, tapi yang di selalu pakai adalah Rolex dan Phatek Phillipe.
Baru sahaja aku hendak berlalu dari situ, Ayden tiba-tiba tarik tangan aku dan tolak perlahan badan aku supaya tersandar pada kaca lutsinar yang menutup bahagian seluar slacknya. Kemudian, tangannya mula mengepung aku, membuatkan aku tidak mampu ke mana-mana. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang, kalau tak, dah batal wudhuk aku dibuatnya.
"Ini semua salah you, goda I masa nak masuk waktu macam ni," bisiknya dengan mata yang tajam menusuk ke dalam mata aku. Aku telan liur. Janganlah dia nak buat apa-apa, dahlah waktu maghrib ni singkat sahaja.
Dia mula dekatkan jarak wajah kami, sangat lambat pergerakannya, seolah-olah sedang menayangkan cerita yang dislowmotionkan. Aku sudah tidak keruan, dalam hati aku dah kutuk Ayden kaw-kaw sebab suka hati mak datuk dia sahaja nak batalkan wudhuk aku.
Apabila jarak wajah kami semakin dekat, tiba-tiba kedengaran azan maghrib daripada telefon kami berdua berkumandang.
"Allahuakhbar, Allahuakhbar. Wahai suamiku, sudah masuknya waktu solat. Marilah kita menunaikan solat bersama-sama ya habibi. Cepat sedikit pakai bajunya, isterimu yang cantik ini menanti di tikar sejadah ya," cepat-cepat aku tolak dadanya yang bidang itu dan, secara rasminya wudhuk aku pun terbatal.
Ayden tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun cantik itu. "Baiklah zaujah, zaujmu akan bersiap dengan kadar segera," Ayden sambut gurauan aku membuatkan aku tergelak sendiri menuju ke bilik air.
Tapi sweet kan kalau dengar panggilan mesra dalam bahasa Arab? Macam Rasulullah menggelarkan isterinya, Aisyah Humairah sebab kulitnya putih kemerahan. Aku pula Raisyha, tapi, kalau melalui ejaan, nama aku tidak ada makna. Kalau melalui sebutan, nama aku bermaksud pemimpin dan puteri.
Gelaran untuk aku? Kalau kulit, takdelah putih melepak. Sunburn je. Tapi, bahagian yang tak sunburn, bolehlah putih sikit. Muka cantik? Aku rasa biasa saja, tapi orang sekeliling boleh pandang dua tiga kali kalau lalu sebelah aku. Ya Jamiilah? Boleh kot Ayden panggil aku, Raisyha Jamiilah lepas ni sebab maksud jamiilah adalah cantik. Atau, dia boleh mula panggil aku, Beautiful Zaujah. HAHAHA. BERANGAN KAU NYAH!
×××
Pelajar 1
Cikgu, apa beza sertu dengan samak sebenarnya? Saya nak tanya ustaz, ustaz dah tak online. Sblm sy lupa, baik tanya dkat cikgu
Pelajar 2
Ya cikgu. Kami konfiusla. Sertu dan sama' tu benda yang sama ke? Ke berbeza?
Aku baca mesej yang mula masuk dalam aplikasi WhatsApp aku. Sekarang aku tengah duduk santai di ruang tamu sementara menunggu Ayden yang sedang mengambil minuman di dapur. Hari ini, kami berdua hanya akan menjamah dua kotak Pizza Hut bersaiz sederhana dan sekotak ayam KFC Gochujang. Punyalah dia menolak nak order makanan bergoreng tadi, tapi lepas aku pujuk, buat muncung sedepa, akhirnya berjaya juga. Haha.
Dia ni kaki gym kot. Lepas tu, selalu pergi MMA dia tu. Takkan tak puas lagi jaga badan, kan? Sepatutnya aku yang risau. Semenjak kahwin ni, semakin banyak makanan yang aku baham. Nasib baik lepas makan, mesti aku akan melabur walaupun sikit.
Me
Samak ni biasanya kalau kamu nak asingkn daging dengan kulit yg kamu nk guna. Cnth nk buat kompang, kamu samakkan daging tu.
Beza dengan sertu, sertu ni proses kamu nk buang najis mughallazah. Yg kamu guna air campur tanah tu dan 7 air bersih tu, yg tulah proses sertu
Aku tak hairan sangat bila budak-budak ni tanya pasal perbezaan sertu dan samak sebab orang kita pun selalu salah faham. Bila terpegang najis berat, katanya nak samak. Padahal, samak itu proses bersihkan kulit binatang menggunakan benda tajam.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:
“Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.” -Riwayat Muslim.
Contohnya macam kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau keperluan lain.
Kalau sertu pula ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.
Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.
Jadi, jelas ya anak-anak?
Pelajar 1
Laa, faham cikgu
Me
Kenapa tiba2 tanya?
Pelajar 1
Sbb td baca komen dkat ig, diorang ckp kalau trsntuh khinzir, kena samak. Padahal yg kami ajar hari tu macam yg ustaz ajar dlm klas. Jd, utk elakkan slh fhm, jd sy tnya la dkat ustaz.
Tp ustaz x reply sbb x online. So, kbtuln cikgu genius jgk dlm bab ni, sbb tu tanya cikgu
Me
Pnjangnya. Lukis boleh? Haha. Gurau. Eloklah tu, kena rjin brtanya
Pelajar 2
Kbtulan cikgu dh online n kbtulan xnk sesat jalan, boleh x sy tanya satu soalan dkat cikgu?
Me
Tu dh tnya.
Pelajar 2
Eee, bukanlah cikgu
Me
Haa. Apedia?
Pelajar 2
Cikgu prgi mana seminggu x msuk klas? Cikgu khwin sorok2 ea?
Nasib baik aku tak minum air, kalau tak, memang tersembur habis air itu dibuatnya. Terkejut beruk aku dengar soalan budak tingkatan empat ni. Dia punya tekaan tu, memang tepat dowh!
Me
Ceh. Ksitu pulak. Cikgu prgi mjlis spupu kwen.
Baiklah anak-anak, ibu guru terpaksa menipu demi kebahagiaan ibu guru dan anak-anak yang crush sama ibu guru ya. Haha.
Pelajar 3
Cikgu masuk klas ke esok?
Me
Dukacita dimaklumkn, hri ni last korang tidur masa klas cikgu. Yes, esok cikgu msuk klas. Cikgu nk krja yg cikgu suruh tu dh siap. Kalau x, ready jelah jalan itik esok
Pelajar 3
Dh siap. Kami dh hantar atas meja cikgu dh~
Me
Good then. Dh, pergi blajar sana. Jangan nk mengorat cikgu. Shoooh shoooh-
Pelajar 1
Kena halau plak dah -_-
Pelajar 2
First time cikgu halau student dr grup ws
Pelajar 3
Nsibla dapat cikgu prangai gini
Me
Hahahahaa. Well, u know me
Mesej aku yang terakhir tidak menerima apa-apa balasan. Terasa lettew kena halau. Haha. Tapi, memang ini cara aku untuk dekatkan diri dengan mereka. Aku nak mereka rasa aku ni kawan supaya apa yang aku ajar, mereka cepat faham. Lagipun subjek sejarah kot. Silap haribulan, subjek wajib lulus itu akan gagal kalau aku ajar dengan kaedah yang salah.
"Lebarnya senyum?" Tegur Ayden dengan sebiji gelas di tangan kanan dan sebiji cawan di tangan kirinya.
Gelas yang berisi susu itu dihulurkan kepadaku sambil dia melabuhkan punggung di atas sofa di belakangku. Aku berada di atas lantai sebab jarak sofa dengan meja kopi ni agak jauh bagi aku yang hmmm ini.
"Takdelah. Student tanya soalan pelik-pelik. Adakah patut diorang tanya saya lama tak masuk kelas sebab dah kahwin ke?" Aku tergelak lagi mendengar soalan tersebut. Macam tahu-tahu sahaja.
Terasa tangan Ayden mula bermain di atas bahu aku. Diusap dan dipicitnya lembut. "Lepastu, you jawab apa?"
"Saya jawab je yang saya pergi kenduri kahwin sepupu". Jawabku dan kemudiannya menikmati air susu pemberian Ayden. Kemudian, aku mula menjamah KFC dengan lahapnya.
Aku kemudian mencapai kotak pizza dan dibawa bersama sambil aku melabuhkan punggung di sebelah Ayden. Ayden tengah pasang cerita apa entah, aku malas nak ambil tahu. Sebab kalau aku tertarik, memang sah aku akan tidur lambat nanti.
"Tak nak makan ke?" Soalku sambil duduk bersimpuh di atas sofa. Kaki kananku sengaja aku tindihkan di atas paha Ayden. Rasa selesa pula paha Ayden ini berbanding di atas sofa.
Ayden tepuk paha aku yang sedang landing di atas pahanya. "Makanlah. I belikan untuk you". Ayden sengih.
"Ceh, padahal taknak makan makanan macam ni, kan? Dahlah, banyak ni. Kita makanlah sekali. Esok-esok boleh diet," aku cuba pujuk. Ayden kalau bab makan, memang dia agak memilih. Susah betul tekaknya nak terima makanan yang tidak sihat begini.
Asyik-asyik jawapan yang dia bagi, "Kalau I boroi, nanti you tinggalkan I". Haaaa, first time dalam hidup aku, lelaki lebih insecure tentang penampilan diri mereka berbanding perempuan!
"Makanlahhhhhh~" pujukku lagi. Ayden jeling pasrah sambil mengusap kepala aku. Aku dah kata, dia ni memang layan aku macam budak kecik. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam kucing-kucing peliharaan dia sebab Ayden memang suka usap kepala kucing dia. Patutkah aku meowkan sekali?
"Okay, tapi sikit je," katanya sambil cuba mencubit potongan pizza. Tapi, aku jauhkan kotak tersebut sambil aku mencapai potongan pizza yang masih sempurna sifatnya.
"Banyak sangat ni sayang!" Mukanya kelihatan berkerut, tapi aku abaikan sahaja. Aku mula suapkan pizza itu ke mulutnya.
"Bukak mulut. Aaaaaaaaa," aku pula yang beria-ia buka mulut selebar yang mungkin. Ayden pula masih tayangkan wajah berkerutnya sambil menjauhkan sedikit wajahnya daripada pizza tersebut.
Punyalah besar pizza ini, hujung pizza sahaja dia gigit. "Awak ni agaknya tak reti makan pizza. Makan pizzanya begini pak," aku gigit pizza Ayden dengan gigitan yang lebih besar.
Ayden hanya tersengih sambil garu kening cantiknya. "Indirect kiss?" Soalnya tiba-tiba. Cetttt, macam mana otak dia boleh terfikir sampai ke situ?
Aku tepuk lengan dia. "Kalau tak fikir lain memang tak sah, kan? Dah, makan sekarang," aku sudah mula membebel. Agaknya inilah sebab mak sampai sekarang kuat benor membebelnya.
Ayden mencapai pizza di tangaku dan mula dimakan. "Nasib baik, sayang. Kenalah kerja kuat lepas ni nak bagi kurus balik," rungutnya seorang diri sambil mengusap pahaku yang masih setia menindih pahanya.
Aku dekatkan diri dengan Ayden sambil melentokkan kepala di situ. Pizza diambil dan dikunyah. Sekotak pizza tadi sudah aku habiskan. Yang tinggal hanya beberapa ketul ayam goreng dan potongan pizza dan ya, aku yang habiskan semua. Ayden hanya makan satu potongan paksa tadi.
"Badan dah elok macam ni, cakap gemuk," ejek aku sambil terus mengunyah. Tak faham aku kenapa nak seksa perut semata-mata nak jaga badan?
Tangan yang tadinya bermain dekat paha kini dilingkar pada pinggang aku. Ayden is soooo touchy, buatkan aku tidak selesa pada awal perkahwinan dan akhirnya aku mula sesuaikan diri. "Hari tu berat I bertambah 2kg, sayang. I kena sentiasa fit, nanti takdelah tercungap nak buat baby," selamba bin badak saja dia bercakap macam tu. Nasib baik hanya kami berdua di sini.
Aku tepuk pahanya yang terdedah. Tak payah tanya, memang dia pakai boxer sahaja. Mata aku dah lali dah tengok benda-benda macam ni. "Bercakap tak reti nak berlapik," tegurku dan dia hanya balas dengan gelak tawa.
"Kejap! Motor saya mana?" Aku leraikan pelukan pada pinggang dan letakkan kotak pizza yang sudah kosong di atas meja.
"Taknak Haq tolong hantarkan?"
Aku geleng. Gila nak suruh Haq hantarkan. Sudahlah keretanya di bawah, tidak ada satu pun kereta biasa. Tak ke pelik Cikgu Nureen kesayangan ramai, seminggu cuti tiba-tiba datang sekolah kena hantar dengan kereta mewah. Gila namanya!
"Ada. Petang tadi dah suruh budak-budak bawak dari kampung," aku hela nafas lega.
"Sorry susahkan. Seminggu cuti hampir lupa dekat motor. By the way, thanks awak," secara refleks aku memeluk leher Ayden dari tepi.
Terasa badan Ayden dipusing dan tangannya mula mengangkat aku dan didudukkan di atas ribanya. Memandangkan aku duduk bertentangan dengan dia, cepat-cepat aku lingkarkan kaki di pinggangnya dan tangan di lehernya. Telinga Ayden kelihatan memerah. Malu? Ceh, sepatutnya aku yang malu sebab duduk atas riba manusia 2/3 bogel ini.
"Thanks and hug je?" Eleyyyyy, mengada nak suruh kita cium lettew.
"Okay," aku mula lekapkan bibirku pada dahinya, kemudian kening, mata, hidung, pipi dan dagu. Bibir, aku biarkan sebab semalam dia sudah rampas kesucian bibir aku.
Setelah aku mencium hampir keseluruhan wajahnya, Ayden pun menayang senyum. Pelukannya pada badan aku dieratkan dan perlahan-lahan dia mula melekapkan bibir kami.
Agak terkejut pada awalnya, tapi, aku sudah bersedia dari awal. Tengok pandangan redup Ayden pun aku sudah faham apa yang dia mahukan tadi.
Lama bibir kami bercantum sehingga akhirnya bibir seksi itu beralih pula pada leher aku. Terasa geli membuatkan aku menolak dadanya. "Dah, times up. Esok dah kerja kan? Jom tidur".
"Pandai nak larikan diri eh? By the way, rasa pizza dekat sini sedap," Ayden senyum segaris sambil menunjuk ke arah bibir aku.
Aku kemam bibir dan terasa muka berbahang tiba-tiba membuatkan aku menekup wajah yang kepanasan. Ayden hanya tergelak melihat keletah aku.
"Ayam tak habis lagi. Habiskan terus, lepas tu kita masuk bilik," arahnya. Cepat-cepat aku turun dari ribanya dan mula melahap ketulan ayam KFC yang tinggal.
Ayden tak pelik pun tengok aku makan banyak sebab dia dah biasa tengok aku makan lagi banyak daripada ini. Sebab tu dia selalu tanya berat badan aku pernah naik atau tidak dan aku jawab naik sekilo ataupun kurang. Terus dia mencebik tak puas hati. Haha.
Setelah itu, kami pun kemaskan ruang tamu dan masuk bilik. Esok mula masuk kerja balik. Wekapppp Aisyh. Jangan malas-malas!
Seperti yang dimaklumkan, chapter ini sangat membosankan memandangkan sis sudah terperangkap dalam mood cuti. Haha. Nak haplod semalam, sekali ada final bolaa daaa. Jadi, terimalah chapter yang mengarut meraban ini ya anak-anak. Babai.
#Do comment if you wanna read the next chapt ??
#Thanks for reading ma story??
#Semoga terhibur dan maafkan segala kekurangan.
Share this novel
kelakar