BISING betul! Menyesal aku tak silentkan telefon semalam. Kan dah kena ganggu dek panggilan. Aduh, siapa yang sangat rajin main telefon pagi-pagi buta ni?
"Hello?" Dengan suara serak seksiku, aku sambut panggilan telefon tersebut dalam keadaan mamai. Separuh rohku dalam dunia nyata, separuh lagi di alam mimpi.
"Aisyh?" Panggil orang di sebelah sana.
"Hmm. Siapa ni? Kenapa call pagi-pagi buta ni?" Soalku malas. Kemudian, aku menguap sekuat hati aku. Nak menunjukkan dekat dia betapa aku mengantuk sekarang ni dan betapa dia mengganggu aku di masa yang sangat tidak tepat.
"Pagi-pagi buta? Hey, dah pukul 9 dah ni, Aisyh. Actually, I nak ajak you pergi rumah I pukul 9.30, tapi, I yakin yang you masih belum bangun pun daripada katil, so, I akan jemput you pukul 10.30 nanti". Pemilik suara itu memberi arahan. Dia ni siapa nak kacau mimpi aku ni? Ada yang aku sembelih ni kang.
"Awak ni siapa nak arah-arah saya? Dahlah awak ni salah nombor. Ish, kacau je orang nak tidur. Tut tuttttt," aku matikan telefon tersebut. Dahlah salah nombor, lepas tu nak ajak aku keluar. Ada yang aku suruh dia belanja aku makan nanti, baru padan muka.
Aku sambung tidur. Kalau dekat kampung, letih tak letih, kena bangun awal. Jadinya, memandangkan aku ada kat sini sorang-sorang, dapatlah aku menikmati syurga dunia ini.
Ini semua disebabkan oleh Ayden semalam, kalaulah dia tak takut-takutkan aku cakap pasal benda tu, tak adanya aku melilau mata pandang sekeliling bilik sampai pukul 2 pagi. Macam-macam aku fikir sampai-sampai hampir tak dapat tidur.
Tiba-tiba, telefon berdering lagi. Mata aku dah macam digam gajah, susah betul nak bukak, masa ni jugaklah orang rajin nak call aku. Dia ni tak faham bahasa ke? Dah tahu salah nombor, masih jugak nak kacau aku!
Seperti biasa, tanpa tengok nama yang tertera, aku pun angkat panggilan tersebut. "Eee, awak ni salah nombor tahu tak? Kacau betul orang nak tidur. Nak tidur pun tak senang!" Hah, rasakan. Macam takde masa lain nak buat panggilan prank macam ni!
Kedengaran orang di sebelah sana mendengus. Huh, puas hati aku. Kalau kau buat aku marah, kenapa aku tak boleh buat kau marah?
"Hah, belum bangun lagi? Amboi, mentang-mentang aku tak ada kat sana, kamu boleh bangun suka hati kamu? Nureen Raisyha, lebih baik kamu bangun sekarang!" Panggilan kali ini membuatkan mata yang mengantuk jadi segar bugar. Terus aku terduduk dan melihat kembali nama yang tertera pada skrin telefon bimbitku.
'Mak'.
Omaigad! Aku yakin muka aku pucat macam orang hilang kesemua darah dalam badan. Oh zombie, gigitlah aku. Aku rela jadi zombie sekarang ni.
"Erk, mak. Alahai, sorrylah. Aisyh ingatkan siapa tadi. Salah tengok nama. Aisyh ingat ada orang salah nombor," aku garu kepala yang tak gatal. Dengar suara mak ni boleh buatkan hati aku yang awalnya setenang air di sungai tiba-tiba berubah jadi air laut yang bergelora.
"Salah nombor apanya? Yang call kamu tadi tu Tuan Neil Ayden tahu tak? Oh, kalaulah mak tak call kamu, entah-entah bersambung esok kamu tidur. Bangun cepat! Kamu kan nak pergi rumah Tuan Neil Ayden kejap lagi". Kali ini, nada mak mengendur, tapi masih tegas macam tadi.
Ayden? Dia call mak sebab nak mengadu yang aku belum bangun lagi ke? Siap dia lepas ni. Benda kecik gitu pun nak mengadu dekat mak aku. Tak boleh ke nak bagi aku ketenangan jiwa yang hakiki? Hari ni je kot cuti. Ishh!
"Yelah, yelah. Aisyh bangunlah ni," jawabku malas. Aku bagilah seribu alasan sekalipun, memang takkan adanya mak nak berkompromi. Katanya, anak dara tak elok bangun lewat. Hmm, boleh tak aku jadi orang tua terus? Rasanya kalau jadi orang tua bolehlah tidur lama sikit.
Baik kau mati terus. Lagi lama kau tidur.
Pergh, sisi lain hati aku berkata. Dia ni nak bagi aku tarbiyah sentap ke apa? Kalau ya, wajib dia letak, hashtag done dakwah.
Panggilan dimatikan. Cepat-cepat aku periksa di bahagian call log.
'Ayden'.
Sah! Rupanya dia yang call aku tadi, yang aku cakap salah nombor tu tadi. Pfffft, macam mana aku boleh tak perasan nama dia tertera pada skrin dan paling tak boleh blah, aku tak perasan tu suara dia?
Ayden ni kadang-kadang buatkan aku geram sangat dekat dia. Ya, tahulah dia tu bakal bos lepas ni, tapi, tak payahlah arah-arah aku macam aku ni staf dia. Ini, semua benda mesti ikut cakap dia. Apa? Dia ingat aku ni lahir-lahir dah jadi babu ke apa?
"Balik-balik ikut dia jalan. Kaki aku ada dua je. Kalau ada lapan kaki, memang aku tak kisah dia nak ajak aku tiap masa tiap saat. Ini? Baru hari ni nak cuti tau! Ishh! Dia tu lainlah. Kaki je dah berapa meter. Jalan jauh-jauh pun takkan rasa letih. Aku ni? Eeee!" Aku yakin bebelanku didengar oleh orang sebelah. Aku peduli apa. Ayden yang cari pasal!
×××
"Aisyh?" Kening Ayden terjongket pandang aku. Aku pulak balas pandangannya dengan muka selamba.
Daripada riak wajah Ayden aku dah tahu yang dia nak cakap, 'What the hell happened to you?'
Aku peduli apa. Hari ni aku nak protes. Siapa suruh ajak aku jalan-jalan tak kena masa. Hah, baru kau tahu Nureen Raisyha ni manusia jenis apa. Kulit muka dia lebih tebal tau daripada kulit gajah. Bersyukur? Memang aku bersyukur.
"You yakin nak pakai baju macam ni?"
Aku angguk yakin dan dia sekali lagi pandang aku dari atas sampai bawah. Kalau dia cakap aku cantik ni, memang sah mata dia terbukak hijab sekarang.
Mana tidaknya, pakaian aku dari atas sampai bawah semuanya renyuk. Dari tudung sampailah seluar. Nasib baik aku ada stokin hitam je. Kalau stokin warna kulit, memang aku celup dalam lumpur, lepastu keringkan dan pakai hari ini.
Mesti dia nak cakap, "Takpelah Aisyh. Tak jadilah I ajak you hari ni. Malu I tengok baju you". Tahu sangat yang seorang Ayden memang pentingkan kesempurnaan terutama dari segi penampilan. Dan disebabkan itulah aku tebalkan kulit muka aku untuk pakai macam ni depan dia, agar plan hari ni cancel serta-merta. Kalaupun dia suruh aku tukar, aku cakaplah yang semua baju aku basah sebab aku bawak sikit je baju dari kampung. Senang kan? Ha ha ha.
"Aisyh, I nak tanya you sekali lagi. You yakin nak datang rumah I pakai baju macam ni? Kalau family I memanglah tak kisah, tapi, mesti diorang pelik tengok you. Semalam bukan main cantik lagi you, tapi pagi ni, erkkk, you selekeh macam ni. Jangan sampai maid I lagi kemas daripada you". Mendengar sahaja kata-kata Ayden, terus mata aku yang tak berapa nak bulat ni, terus membulat tengok dia.
"Hah? Pergi rumah family awak? Kenapa awak tak bagitau awal-awal?" Dia ni kan, kenapa tak bagi arahan dengan jelas. Kan dah susah aku sekarang. Ada yang aku pancung ni kang dan jangan hairan kalau esok ada nama dia yang terpampang di muka surat pertama surat khabar.
Dahi Ayden berkerut pandang aku. "Tulah you, lain kali, dengar elok-elok. Pagi tadi dah I cakap dengan you yang I nak ajak you pergi rumah family I. Apa yang kurang jelas dengan kata-kata I?"
Kali ini, bukan mata aku yang membulat, tetapi mulut aku dah melopong macam nak sedut semua udara masuk ke dalam paru-paru. "Kejap, bila masa awak cakap?"
Aku cuba mengimbau balik apa yang sudah dua orang manusia bualkan kepada aku pagi tadi dan akhirnya aku teringat akan kata-kata dia dan mak.
"I nak ajak you pergi rumah family I".
"Kamu kan nak pergi rumah keluarga Tuan Neil Ayden kejap lagi".
Rasa darah dari kaki bergerak laju menuju ke muka. Aku yakin muka aku memerah sekarang walaupun aku sedar kulit aku taklah secerah cuaca hari ni. Cukuplah sekadar orang dapat bezakan kulit aku dengan warna hitam, aku dah bersyukur.
Terkial-kial aku nak jawab. Malunya nak pandang muka Ayden masa ni. Rasa macam nak jadi burung unta, korek tanah dan sembunyikan muka di dalam tanah. Lepas Ayden balik, barulah aku angkat balik muka aku. Uwaa, malunya! Aisyh, apa kau dah buat ni?
Aku tilik bajuku. Dah macam budak darjah satu yang mak tak tolong ironkan baju dah aku ni. Aku pandang muka Ayden, dia sudah jongket kening pandang aku. Dan, orang tua dalam kereta mewah Ayden pun dari tadi asyik-asyik pandang aku dengan muka pelik dia tu.
Aku telan liur, rasa payau pulak liur aku ni. Dah macam telan pasir rasanya.
"Dah ingat?" Ayden kelihatannya seperti menahan senyum. Aku serius menyampah tengok muka dia tu. Rasa malu aku dah meninggi mengalahkan Gunung Everest. Hah, rasakan! Tadi, bukan main kau berlagak cakap yang kulit muka kau lagi tebal daripada kulit gajah. Nah, mana tebalnya Aisyh?
Aku yakin muka aku sekarang memang nampak macam pesalah yang bakal dijatuhkan hukuman gantung mandatori akibat curi spender yang dijemur. Dan aku yakin, kalau monyet lalu dan dengar cakap aku, mesti binatang tu pandai tergelak berguling-guling depan aku sekarang. Arghhhh, malunya!
Perlahan-lahan aku angguk kepala sambil gigit bibir. Tak berani aku bertentangan mata lagi dengan lelaki mata seksi ni. Aku tahu aku salah, aku tahu apa yang aku buat ni memalukan, dan aku sedar, kulit muka aku tak setebal kulit gajah.
"Then, tukar baju you. I give you fifteen minutes". Mendengar sahaja perkataan fifteen minutes itu, terus aku berlari masuk ke dalam rumah. Berbakul-bakul sumpah-seranah aku hamburkan kepada diri sendiri. Tulah, lain kali, dengar betul-betul cakap orang!
Tapi, salah Ayden jugak. Siapa suruh call aku pada masa yang salah? Jadi, bukan salah aku seorang dalam hal ni kan?
Well, this is Aisyh. Mana mungkin aku nak letakkan semua salah itu di bahuku seorang. Mestilah ada watak sampingan yang mendorong kepada permasalahan ini berlaku dan orangnya adalah Ayden.
×××
Aku terbaring di atas katil empuk ini. Terasa berbunyi semua tulang-belulang aku. Penat wei! Gila tak penat kalau dari pagi sampai ke tengahari asyik bershopping sahaja. Aku ni dahlah jenis paling malas nak beli-beli pakaian, apatah lagi nak tunggu orang pilih baju.
Waktu petang sahaja aku free, itu pun Ayden asyik ganggu masa rehat aku. Tak habis-habis dia nak kacau aku melalui WhatsApp. Kalau aku tak balas mesej dia, mesti dia akan buat panggilan. Kalau bukan panggilan, dia akan ketuk pintu bilik ni sampai aku buka.
Makan pulak, kalau tengahari tadi, dia tak kacau sangat sebab kami makan di luar, sekali dengan keluarga dia. Itupun, ada bodyguard jaga sekali. Dan, dengan adanya bodyguard itu, semua orang tidak dapat mendekati ke arah kawasan kami. Kekok? Memang aku kekok. Rasa macam hari ni hari pertama aku makan di luar.
Tapi, azabnya apabila makan petang. Kek yang eloknya dimakan, dia calit di pipi aku. Lepas tu, dia paksa aku makan hasil suapan dia dan dia pun paksa aku suap dia makan. Tak ke buang tabiat, seorang Ayden, kalau dalam TV, seriusnya bukan main, tapi, bila dengan aku, dia jadi manusia yang hilang semua sifatnya sampai-sampai dia buatkan aku tak faham, adakah dia ni benar-benar Ayden ataupun dia dah hilang ingatan lepas tengok aku pakai baju renyuk pagi tadi?
Sebab tu, keluarga dia asyik pandang kami semacam. Sengih-sengih mengalahkan kerang busuk. Aku cuba kawal perangai aku, kalau ikutkan hati, mahunya aku bagi penampar sebiji dekat kepala dia. Mana tahu dia ingat balik. Tapi apakan daya, sekarang aku bersama keluarga Ayden. Nak tak nak, aku kena jaga nama baik keluargaku dan nak tak nak aku jaga sikap aku depan mereka.
Huh, nasib baik dah malam. Tadi pun, masa dekat meja makan, sempat lagi dia kacau aku. Selamba badak sahaja dia letakkan makanan banyak-banyak dalam pinggan aku dan lepas tu dia cakap, "Aisyh. Kita share jelah. Tak larat nak ambik pinggan lebih". Mulut aku masa dengar dia cakap macam tu, rasa nak bagi carutan percuma. Dahlah bila aku cakap aku boleh ambik sendiri, boleh pulak dia halang. Makanan kongsi lebih sedap, like what? Serius aku cakap, dia ni memang sengaja nak aku dan Melissa buka gelanggang gusti agaknya. Aku The Rock dan Melissa, aku tak pasti siapa.
Sedang aku asyik terfikirkan apa yang jadi hari ini, tiba-tiba pintu bilik air terbuka. Jangan risau, aku tak tidur sebilik dengan Ayden. Aku belum gila lagi nak tidur sebilik dengan lelaki yang tidak halal untuk aku. Malam ini, aku tidur sebilik dengan Rafeeqah. Budak tu yang nak sangat tidur dengan aku.
Sebenarnya aku risau tidur dalam bilik orang ni. Aku sedar keadaan aku tidur macam mana. Macam mana kalau aku buat peta dunia di atas bantal budak ni, nak sembunyi kat mana muka aku yang cantik ni? Kalau peta dunia je takpe, kalau bantal ni jadi globe? Tak ke naya bantal ni kena hantar pergi NASA semata-mata nak tunjuk tentang penemuan bentuk bumi baharu. Uhuk, by the way, bukan aku yang cakap muka aku ni cantik, tapi, keluarga Ayden okay. Aku tolong iakan je.
Rafeeqah perasan aku masih belum tidur. Jadi, dia pun terus tegur aku.
"Kak Aisyh tak tidur lagi?" Soalan ni sebenarnya antara soalan yang paling aku pantang orang tanya. Kalau zaman universiti dulu, apabila kawan-kawan rumah sewa aku tanya, mesti aku akan jawab, "Dah tidur, cuma mata aku yang belum tertutup". Fuh, nasib baik dia ni adik Ayden, jadi, aku tak berani nak bergurau begitu. Mahu tiba-tiba dia mengamuk dan baling aku dari beranda, tak pasal-pasal jadi arwah aku. Dahlah aku tak kahwin lagi.
"Belum lagi. Kak Aisyh biasa tidur lewat". Aku jawab dengan nada lembutku. Nak pikat adik ipar kononnya. Eh?
Rafeeqah berbaring di sebelah aku dan menghadap ke arah aku. Aku tengok muka dia ni memang sangat cantiklah. Kebanyakan mereka beradik, hampir kesemuanya ikut acuan muka Tuan Besar Neil Khalil. Hanya minoriti bahagian wajah mereka yang berbeza.
"Kak Aisyh, I should tell you that you're truly beautiful inside and out. And, I think, my brother is falling in love again". Mendengar sahaja kata-kata Rafeeqah, kentut yang kutahan hampir terlepas. Nasib baik aku cepat-cepat sedut balik, kalau tak, penuh ruangan bilik ini dengan aroma yang kurang menyenangkan.
Aku tergelak. Namun, wajah Rafeeqah kelihatan sangat serius membuatkan aku telan balik tawaku sebentar tadi.
"Feeqah serius, kak. Feeqah yakin, Abang Ayden jatuh cinta lagi". Jatuh cinta lagi? Dia nak cakap apa sebenarnya?
"Jatuh cinta lagi?" Sebenarnya aku hanya suarakan benda tu supaya telinga aku seorang yang dengar, tapi, kau tahulah suara Aisyh ni macam mana. Berbisik pun sekampung boleh dengar. Jadinya, aku cepat-cepat tekup mulut, menyedari keterlanjuran kata-kata aku.
Rafeeqah menggangguk. "Actually, Abang Ayden ada girlfriend sebelum ni, tapi dia dah meninggal. That girl adalah cinta pertama abang, so, memang susah dia nak terima hakikat yang girlfriend di dah tak ada. Tapi, bila Feeqah tengok cara layanan abang dekat Kak Aisyh, tiba-tiba Feeqah teringat dekat perempuan tu. Lebih kurang macam nilah dia layan kakak tu, cuma abang tak adalah gurau lebih dekat dia. Kalau dekat Kak Aisyh, Feeqah tengok dia macam lebih happy dari dulu. Malah, kalau fikir-fikir balik, Kak Aisyh dan abang baru jumpa berapa kali, tapi, dia bercerita macam dia dah kenal Kak Aisyh lama.
Bila tengok Kak Aisyh depan mata, barulah Feeqah faham kenapa dia cakap macam tu. Rupanya, sebab Kak Aisyh memang jenis yang senang didekati. Dan, jujurlah Feeqah cakap, bukan Feeqah nak bandingkan, tapi, Feeqah lebih selesa dengan Kak Aisyh. Tak tahu kenapa.
Kalau ikutkan, perempuan tu pun baik jugak. Macam Kak Aisyh. Bertudung pun ya, macam Kak Aisyh. Sopan pun ya, macam Kak Aisyh. Cantik pun ya, macam Kak Aisyh. Tapi entahlah, Feeqah dapat rasa, ada sesuatu dalam diri Kak Aisyh,yang perempuan tu tak ada. Dan, sejujurnya, kalau nak diikutkan, Feeqah nak Kak Aisyh kahwin dengan abang". Rafeeqah mengakhiri ceritanya.
Terlalu banyak benda yang aku nak tanya dekat adik Ayden ni sebenarnya. Tapi, semuanya lesap begitu saja lepas dia cakap dia nak aku kahwin dengan abang dia. Perghh, dia cakap macam tu macam benda tu benda yang paling senang dibuat dalam dunia ni.
Aku hanya mendengar. Kalau nak soal, macam yang aku cakap tadi, permintaan Rafeeqah membuatkan aku lupa apa yang aku nak tanya. Jadinya, aku hanya menjadi seorang pendengar yang baik. Kononnya.
"Kak Aisyh". Panggil Rafeeqah, mungkin kerana aku tak bagi respon dekat cerita dia tadi. Macam mana aku nak respon, sedangkan ini berkaitan hati dan perasaan. Lagi-lagi orang itu adalah Ayden, yang aku baru jumpa.
"Ya?"
"Kak Aisyh nak ke kahwin dengan abang?" Kalau tadi, dia buat ayat tanpa tanda soal. Kali ini, walaupun tanpa kata tanya seperti 'Apa', 'Bila', 'Bagaimana' dan sebagainya, dengan nada di hujung ayat Rafeeqah, aku tahu bahawa dia sedang menyoal aku. Atau lebih tepat, meminta aku untuk menerima abangnya.
Aku pandang wajah Rafeeqah. Walaupun baru berusia enam belas tahun, tetapi, raut wajahnya kelihatan matang. Namun, matangnya dia masih kelihatan sangat cantik. Aduh, tercabar pulak aku yang dah dua puluh lima tahun ni.
"Kenapa Feeqah tanya macam tu? Bukan ke Abang Ayden dah nak kahwin?" Pelik aku, kenapa budak ni beria-ia betul nak aku kahwin dengan Ayden. Padahal, dia sendiri tahu yang Ayden dah pun bertunang. Beribu kali ganda cantik daripada aku ni.
Rafeeqah tayang muka kosong sambil pandang aku. Dia pandang aku, tapi aku yakin, fikiran dia melayang ke tempat lain.
"Kak Aisyh, Feeqah tidur dulu. Feeqah tutup lampu eh. Goodnight," tanpa menjawab soalan aku, Rafeeqah terus menutup beberapa suis kecil di sebelah katilnya, membuatkan bilik ini hampir tertutup kesemua lampunya. Kecuali lampu tidur.
Aku hanya angguk kepala sambil mula mencapai balik telefon bimbit aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak boleh tidur ni? Padahal, penat badan aku dah macam lepas cabut pokok berlian. Sangat penat.
×××
Aku pusing ke kanan, kemudian ke kiri. Serius, aku tak boleh nak tidur. Mata aku dah macam kelip-kelip dalam gelap dah pandang keseluruhan bilik ini. Dahlah esok kerja, tapi, dah pukul 12 tengah malam, aku masih lagi berjaga. Masa-masa macam nilah aku nak haus bagai. Ish!
Penat aku hitung kambing biri-biri, masih jugak aku tak boleh nak tidur. Masa hitung siput, tak jumpa pulak siput tu sebab lambat sangat. Ah, kalaulah aku bawak buku rujukan Sejarah, aku yakin masa ni jugak aku tidur. Tapi apakan daya, aku tak terfikir yang aku boleh berjaga sampai macam ni sekali.
Nak pergi bawah, aku risau nanti aku tersesat. Rumah ni gila besar. Kang, tak sempat tidur, tiba-tiba je terbit matahari pagi esok pun aku masih tak jumpa jalan keluar.
Akhirnya, aku buat keputusan. Nak tak nak, aku kena mintak tolong Ayden. Bukan aku nak menggatal, cumanya, aku lebih selesa dengan dia daripada yang lain, termasuk Rafeeqah ni. Aku tidur sini pun sebab Rafeeqah yang nak aku tidur dengan dia. Ikutkan hati, aku lebih selesa tidur seorang diri di dalam bilik. Segan sangat aku dengan dia ni.
Laju jari aku gesek skrin telefon bimbit aku untuk mencari nama Ayden. Apabila sudah jumpa, aku sentuh namanya dan kemudian mula berfikir untuk merangka ayat supaya dia tidak rasa aku mengganggunya.
Me
Assalamualaikum, awak dah tidur ke?
Aku berharap sangat yang dia masih belum tidur. Tekak aku dah rasa macam digaru sahaja daripada tadi. Gatal semacam. Nak batuk ada, haus pun ada. Tak boleh jadi ni, kang kalau aku biarkan, tak pasal-pasal Rafeeqah terkejut dengar aku batuk nanti.
Tidak lama kemudian, balasan daripada Ayden sedikit sebanyak mampu membuatkan aku hela nafas lega.
Ayden
Wslm. Not yet. Why?
Aku berfikir. Macam mana eh nak cakap rangka ayat ni?
Me
Saya nk awak temankan saya minum air kat bawah.
Aku belum hantar lagi mesej itu. Entah kenapa aku rasa macam pelik ayatnya?
'Macam nak mengarah dia pulak. Baik aku tukar balik ayat'. Aku pun mula padam huruf demi huruf yang tertera pada skrin sentuh telefon bimbitku.
Namun, Aisyh dengan nasib malang adalah sahabat baik. Jadi, belum habis ayat itu aku padam, tiba-tiba telefon jatuh daripada tangan dan terlanggar hidung. Dahlah hidung aku ni tak mancung sangat, kena hempap dek telefon pulak. Jangan sampai esok hidung aku sama lurus dengan bibir sudah. Nanti, tak pasal-pasal aku masuk berita sebab menjadi wanita cantik tanpa hidung. Kahkah, bagi peluanglah aku nak perasan. Korang ni!
Aku gosok-gosok hidung aku sambil memegang kembali telefon bimbit. Kali ini, mesej yang belum habis aku padam sudah selamat bersemadi di WhatsApp Ayden dan siap ada dua tanda betul biru di hujung mesej aku! Hidung yang tadinya kena telefon, langsung tak rasa sakit sebab yang lebih menyakitkan hati adalah mesej yang aku hantar sendiri!
Me
Saya nak awak t
Eh, kurang ajar betul! Mesti Ayden fikir yang bukan-bukan dengan mesej aku tu! Mana nak sorok muka ni? Patutkah aku terjun dari tingkat tiga ni untuk tutup malu? Uwaaaaa! Aisyhh! Apa kau dah buat ni?
Belum sempat aku perbetulkan mesej aku, Ayden lebih cepat menaip membuatkan muka yang tadinya sama panas dengan takat didih air, kini mengalahkan kepanasan suhu di matahari!
Ayden
Aisyh? What's wrong with you? Kita belum kahwin lg. Haha.
See? Korang tengok apa yang dia balas? Sangat jauh fikiran dia mengalahkan jarak bumi dengan pluto! Malunya!
Me
No! Sy silap hantar. Sy nk cakap yg saya nk mintak tolong awk temankan saya pergi dapur. Saya haus.
Aku haraplah Ayden faham. Dahlah hari ni perangai dia pelik-pelik.
Ting!
Mesej masuk lagi. Aku intai mesej Ayden di celah-celah jariku. Rasa malu menusuk tepat di setiap rongga kulit wajah aku.
Ayden
Kalau betul pun, apa salahnya. Nnti I hntar rombongan mminang. Haha.
Dah, jom. Pakai tudung. I tunggu kat luar bilik u
Terasa macam menyesal pulak aku hantar mesej tadi. Kalau tak, tak adanya aku rasa malu macam ni. Biarlah aku haus sampai ke esok, asalkan aku tak rasa malu sebegini. Tsk..tsk.
Setelah tudung terpakai, aku pun melangkah keluar. Kelihatan Ayden sedang bersandar pada dinding sambil memegang telefon bimbitnya. Menyedari kehadiran aku, cepat-cepat dia meletakkan kembali telefon itu di kocek seluar tidurnya.
Kami mula melangkah. Menuju ke tingkat bawah, kami gunakan lif. Jauh kot kat bawah tu kalau nak guna tangga biasa. Kaki aku masih lembik lagi nak jalan-jalan dalam rumah besar ni.
Suasana kami senyap sahaja. Tiada suara yang keluar daripada mulut aku mahupun Ayden. Aku pelik jugak sebenarnya, kenapa aku boleh percayakan Ayden untuk temankan aku? Padahal ini rumah dia, dia boleh buat apa-apa saja ke atasku.
Eh Aisyh, cakap macamlah kau cantik sangat. Tak terliurnya Ayden tu tengok kau.
Sisi lain hati aku mula berkata. Ada betulnya kata dia, tapi entahlah kenapa aku rasa terhinalah pulak. Tahulah aku tak berapa nak cantik, tak payahlah nak kutuk lebih-lebih! Eee.
Setibanya di kawasan dapur, terus Ayden bukakan peti ais untukku setelah dia mencapai dua biji gelas. "You pilihlah air apa yang you nak. Nah, gelas you". Dia hulurkan sebiji gelas buatku dan aku pun menerimanya.
"Thanks".
"Welcome".
Aku capai air mineral dan tuangkan ke dalam gelas. Kemudian, aku teguk rakus. Fuhh, tercapai juga hasrat aku nak minum air. Lepas ni, tak adalah aku kempunan nak minum air. Tekak ni pun satu, dekat tempat oranglah dia nak mengada bagai aihh.
"Dah hilang dah haus?" Tegur Ayden apabila melihat aku melangkah ke arah sinki.
"Dah". Jawab aku ringkas.
Kemudian, aku berpaling. "Awak dah minum? Kalau dah, saya nak basuh gelas awak tu".
Dia pandang aku pelik. "Takpelah, biar I sendiri yang basuh".
Dia bergerak ke arah aku. Kemudian, dia semacam sengaja lagakan bahu aku dengan lengan dia. Well, ketinggian aku ni hanya di paras bahu dia sahaja. Yang aku cakap hari tu sampai dagu, itu sebab selipar aku tebal.
Aku pandang dia. Cepat-cepat aku bersihkan gelas dan kemudian bergerak ke arah peti ais.
"Jangan risau Aisyh. I takkan buat yang bukan-bukan dekat you". Cis, macam tahu-tahu sahaja apa yang aku fikirkan. Rasa menyesal lah jugak sebab tak ajak Rafeeqah. Sekurang-kurangnya, walaupun kekok, aku tetap rasa selamat. Bukan tak percaya Ayden, tapi, dia lelaki, aku perempuan. Jantina kami berlawanan, dan semestinya nafsu terhadap jantina bermagnet ni adalah sangat tinggi.
Setelah selesai urusan di dapur, dia pun kembali menghantar aku ke bilik. Sepanjang di dalam lif, kami hanya diam. Ayden bersandar di dinding lif sebelah kanan, aku pula bersandar di dinding sebelah kiri. Seolah-olah antara kami bagai ada penghalang lutsinar.
Setibanya di hadapan bilik, aku pun pandang wajah Ayden. Lelaki itu sentiasa kacak walau apapun yang dia pakai. Sedangkan aku ni, berhias lama-lama pun belum tentu dapat kalahkan Sajat. Hmm.
"Thanks. Sorry ganggu awak malam-malam". Ucapku segan. Lagi-lagi apabila mata seksinya itu memandang tepat ke dalam anak mata aku, rasa hilang ingatan sekejap aku dibuatnya.
"My pleasure". Dia senyum, biasalah, nipis sahaja.
Baru sahaja aku nak buka pintu, tiba-tiba Ayden bersuara. "Aisyh!"
Aku pandang dia, menanti kata-katanya. Namun, seminit, dua minit, tiga minit setengah, dia masih tidak berkata apa. Yang dia buat hanyalah pandang muka aku dengan pandangan redupnya. Aku ni pulak, dah tengok Ayden macam tu, mulalah resah macam cacing kepanasan.
"Ke.. Kenapa awak tengok saya macam tu?" Eh mulut ni, masa ni jugaklah kau nak gagap bagai. Siapa tak gagap direnung seorang Ayden oi? Lagi-lagi aku ni minat tahap gila dengan dia. Eh? Terbocor rahsia pulak.
Dia masih tak menjawab, sebaliknya pandang aku sambil menyandarkan sebelah tubuhnya di dinding. Dia ni kan, memang suka buat aku fikir yang bukan-bukan dekat dia. Mulalah aku pandang tudungku, okay, melepasi dada. Baju aku pulak, baju tidur Doraemon berlengan panjang yang ada poket di tengah. Seluar, semestinya panjang menyapu lantai. Stokin, semestinya ada. Aku bukannya alim, cuma, aku lebih selesa berstokin dari zaman sekolah rendah lagi. Kalau tak pakai stokin, macam berbogel pula rasanya.
Setelah aku menganalisis pakaian aku hari ini, aku yakin yang pakaian aku tidak menjolok mata. Jadi, tidak ada alasan Ayden nak cakap yang aku cuba nak goda dia sebab sekarang pun pakaian aku dah macam apa entah.
"Awak!" Kali ini, suaraku lebih keras. Tidak selesa aku dia asyik pandang begitu.
Akhirnya, Ayden tersenyum nipis. "Sorry buat you tak selesa. Tapi, bagilah I chance nak tatap muka you sebelum tidur. Mana tahu muka you yang I nampak dalam mimpi lepas I buat solat istikharah".
Dia berkata selamba, seselamba dia mengenyitkan matanya kepada aku.
Aku yang mendengar, dah rasa macam nak melekat terus dekat dinding. Malu, segan, happy, semuanya bercampur menjadi satu. Terketar-ketar bibir aku menahan senyum walaupun aku tahu, senyuman aku dah mulai terukir. Bukan senyuman manis, tapi senyuman miang!
"Tidurlah. Mana tahu kita mimpi sama malam ni. Good night sweetheart". Dia tersenyum lagi. Kali ini, lebih lebar dan lebih manis. Kalau macam nilah gayanya, memang kena pergi hospital aku esok. Buatnya aku diabetes tahap kritikal disebabkan dia, siapa susah?
"Good night". Ceh, malu-malu miang pulak aku jawab. Cepat-cepat aku masuk bilik dan tutup pintu. Di sebalik pintu, aku dah tersandar sambil senyum lebar-lebar.
Hello Joker, sekarang akulah pemilik senyuman paling lebar di dunia! Dan hello doktor, sayalah penghidap kencing manis tahap potong kaki disebabkan oleh virus bernama Ayden!
Disebabkan Ayden, aku lupa yang semalam aku cakap aku nak mogok dekat dia. Ish!
#Do comment something if you wanna read the next chap ??
#Semoga Terhibur
#Selamat Tahun Baru
#Sorry cerita membosankan
#Sorry banyak melalut
#Walaupun membosankan dan melalut, sis harap uolls suka
#AydenXAisyh
Share this novel
bersemuttt....hahahaha....