Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengguna Novelplus.
Kepada peminat Ayden, alhamdulillah syukur sebab ramai yang menerima novel ni dengan baik. Dan ada jugak yang berharap yang novel ini akan disambung. Hahaha. Maaf kepada semua, setakat ni, sis takde idea untuk sambung dan sis rasa, setakat itu saja kisah Ayden dan Aisyh.
Tapi jangan risau. Kita ada hero baru kepada yang mungkin nak move on. Kalau Ayden, lelaki kaya, caring, dan perfect. Dan hero terbaru, lelaki biasa, tapi tak kurang sempurnanya. Sempurnanya seorang lelaki ini, punyai ciri dia sendiri.
Okay. Kita perkenalkan hero tersebut. Hero tersebut adalah Hilman Uwais. Sis jamin, korang akan angau dekat dia. Sama macam sesetengah orang angau dekat Ayden hahahaa.
Kalau nak kenal hero baru, boleh search novel Lelaki Teragung. Kalau korang takut tak best, korang boleh baca sinopsisnya terlebih dahulu. Nanti, nilailah sendiri yee.
'Dendam. Siapa sangka, gadis cantik dan kaya, Dhiandra Sofeeya, sanggup menggadaikan masa depannya dengan menikahi lelaki yang langsung tak dipandang waima sebelah mata hanya kerana dendamnya terhadap emak lelaki itu.
“Aku akan pastikan, kau bukan setakat hilang suami. Tapi, anak sulung kau. Tulang belakang keluarga ni. Aku akan pastikan, Hilman akan jatuh cinta dekat aku, sampai dia tak mampu untuk kehilangan aku.. dan tinggalkan kau”. – Dhiandra Sofeeya
Namun hari demi hari melayari alam perkahwinan, layanan Hilman membuatkan hati Dhia mulai goyah. Manis wajah dan tutur kata, sopan, sabar dan semestinya lelaki itu terlampau romantis. Pendek kata, Hilman terlalu baik dan sempurna sehingga dia rasa tak sampai hati mahu terus menipu lelaki itu.
Suatu hari, semasa perang mulut antara Dhia dan Mak Ros berlaku, Hilman tanpa sengaja terdengar pertengkaran membuatkan jiwa lelakinya mula terluka.
“Dhia. Betul ke apa yang abang dengar ni?” – Hilman Uwais
“Ya! Betul! Aku memang tak pernah cintakan kau dan aku kahwin dengan kau, sebab aku nak balas dendam dengan apa yang mak kau dah buat dekat keluarga aku!” – Dhiandra Sofeeya
Luluh hati Hilman. Isteri yang ditatang bagai minyak yang penuh, dicintai sepenuh hati, rupanya hanya mempergunakan dirinya untuk membalas dendam. Ya Allah, apa dosanya sehingga perasaannya dihukum sebegini rupa? Dia sungguh mencintai gadis itu, tetapi siapalah dia hendak memaksa Dhia berkongsi rasa yang sama dengannya?
Kerana satu peristiwa, Dhiandra bagaikan terkena tamparan kuat sehingga perasaannya terhadap Hilman Uwais yang selama ini tersembunyi, timbul serta-merta. Namun dia sedar, kembalinya dia ke pangkuan Hilman Uwais hanya akan meninggalkan luka di hatinya sendiri. Cinta Hilman Uwais untuknya sudah mati. Dia sudah kehilangan lelaki teragungnya.
“Abang, Dhia cintakan abang. Abang adalah lelaki teragung Dhia. Tolong bang, terima Dhia semula. Takkan sedikitpun tak terdetik dalam hati abang cintakan Dhia? Takkan abang boleh berubah sedrastik ni?” – Dhiandra Sofeeya
“Saya masih Hilman yang sama. Menanti kasih yang bukan milik saya. Tapi saya sentiasa berharap yang waktu akan lupuskan perasaan saya untuk awak. Dan masa tu nanti, jangan risau, saya akan bebaskan awak”. – Hilman Uwais
Kerana abang lelaki paling sempurna untuk Dhia.'
Tak nak cakap banyak. Korang nak jumpa hero baru? Atau mungkin nak jumpa heroin baru yang mungkin lagi ganas dari Aisyh? Jangan terlepas untuk dating dengan Lelaki Teragung. See you there guyssss!
Share this novel