Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
PERLAHAN-LAHAN aku buka mata. Apabila pandangan sudah jelas, aku dapat melihat ramai orang mengelilingiku. Ada abah, mak, Air, Salwa, papa dan beradik Ayden. Duduk di sofa pula adalah mama, nenda dan Melissa. Berdiri di sebelah sofa pula Rheo dan daddy dia.
"Aisyh, are you okay?" Papa.
"Kak Aisyh okay ke ni?" soal Rafeeqah dan Raeef serentak.
Aku ingin duduk, tetapi terasa tajam mencengkam kepalaku membuatkan aku kembali terbaring.
"Baring dulu, Aisyh". Arah Kak Ruhaila membuatkan aku batalkan niat untuk duduk.
"Macam mana Aisyh boleh ada kat sini?" tak perlu aku persoalkan aku di mana sebab dengan bau ubat dan keadaan sekeliling pun aku sudah tahu aku berada di hospital.
"Aisyh tadi pengsan dekat rumah. Nasib baik Pak Man sampai tak lama lepas tu," cerita mak pula.
Aku diam. Pak Man? Maksudnya tadi aku tak mimpilah? Ayden memang betul accident dan Haq betul-betul sudah meninggal?
"Ayden mana?" cepat-cepat aku menyoal, berharap semoga apa yang aku lalui tadi adalah mimpi semata-mata.
Mak peluk aku, yang lain menayangkan wajah sugul manakala Salwa kembali menangis di dalam dakapan kakak ipar Ayden.
"Aisyh, doa banyak-banyak semoga Ayden selamat," ujar mak sambil urut belakang aku. Mendengar sahaja kata-kata mak, tangisan yang aku cuba tahan kini kembali mengalir dengan laju.
"Tak, ni semua mimpi kan, mak? Abah? Air? Korang tipu Aisyh kan? Papa? Mama? Korang tipu kan?
Wa, Haq masih hidup, kan? Haq dan Ayden nak buat surprise kan?" dalam sedu, aku cuba tertawa. Aku cuba menganggap semuanya hanya prank semata-mata.
Tapi pelukan mak pada tubuh kecilku semakin erat. "Aisyh, banyakkan sabar. Allah nak uji kita semua," pujuk mak lagi. Abah dekati aku sambil usap kepala aku. Ya Allah, aku semakin rindukan Ayden!
"Mana Ayden mak? Abah?" soalku lagi sambil menangis teresak-esak dalam pelukan mak.
"Aisyh, Ayden.... Ayden...".
"Ayden kenapa, pa?" tiada niat untuk aku tinggikan suara pada papa, tapi, dalam lemahnya semangat aku sekarang, aku masih ingin mengetahui kondisi Ayden sekarang.
"Ayden koma. Peluang hidup dia 50-50 sebab hentakan kuat dekat kepala. Semua ni sebab Aisyh, kalau bukan sebab Aisyh kahwin dengan Ayden, semua ni takkan jadi".
Semua terpempan mendengar suara itu, termasuk aku. Pelukan pada tubuh aku dilonggarkan oleh mak sambil dia juga menoleh pada pemilik suara tersebut.
"Mama?"
"Ratna, apa yang you cuba buat ni?"
Kelihatan Puan Besar Ratna berdiri sambil menyeka air mata. Nenda dan Melissa di sebelah pun turut berdiri sambil menjeling aku dengan jelingan sinis. Tak, aku tak hairan dengan nenda dan Melissa. Yang aku hairan sekarang adalah mama?
"You, I dah bagitau dulu kan yang I tak nak Ayden kahwin dengan orang lain selain Melissa. You degil, you cakap yang kita sebagai parents ikut apa yang Ayden nak. Tengok apa dah jadi sekarang? I dah bagitau you, bagitau Ayden, perkahwinan beza darjat ni hanya bawa benda tak elok untuk family kita".
Mama jeling aku sebelum dia kembali menentang pandangan papa.
"What's wrong with you, ma? Sekarang bukan masa nak salahkan siapa-siapa. Kita dengar dulu apa pihak polis bagitau lepas ni. Lagipun ini accident, takde kaitan apa-apa dengan kita. Semua Allah dah atur, kenapa nak salahkan Aisyh?" tegur Neil Ayden Raehan dengan wajah memerah sebelum dia diurut bahunya oleh sang isteri.
Terasa kuat genggaman mak pada bahu aku. Abah kelihatan tenang manakala Air sudah menggenggam penumbuk. Wajah Air yang jarang-jarang aku lihat kemerahan, kini sudah menunjukkan perubahan warna.
Aku pandang mama dengan pandangan tidak percaya. Kalau tak restu, kenapa selama ini layan aku dengan baik?
"Walau apapun sebabnya, Aisyh adalah penyebab kepada kemalangan hari ni. Sebelum ni Ayden dan Haq tak pernah accident apatah lagi kemalangan tu melibatkan nyawa. Tapi sekarang apa dah jadi? Ayden koma, Haq dah takde. Semua ni jadi lepas Ayden dan Aisyh kahwin". Tegas mama membuatkan hati aku luluh mendengarnya.
"Ma, kalau mama tak restu, kenapa mama ikut permintaan Ayden untuk pinang saya? Kenapa mama tak ikut nenda dan Melissa bantah perkahwinan ni? Kalau mama bantah dulu, mungkin Aisyh takkan teragak-agak tolak pinangan Ayden". Aku bersuara tiba-tiba, membuatkan kesemua mata mereka terarah padaku.
Air mataku seka dan aku tayangkan pandangan kosong. Hati aku sakit mendengar pengakuan daripada mama, orang yang aku sudah anggap seperti ibu kandung sendiri.
Mama kelihatan tersenyum sinis. "Sebab Ayden satu-satunya anak mama. Mama tetap nak buat apa saja demi dia, termasuk izinkan dia kahwin dengan Aisyh yang takde apa-apa kalau nak dibanding dengan keluarga ni".
"Ratna!" suara Tuan Besar Neil Khalil naik membuatkan kesemua bahu kami terhinjut akibat terkejut. Dahinya mula mengeluarkan urat dengan telinga yang memerah, persis Ayden ketika marah. Suara dia menjerit pun kedengaran seperti Ayden, tegas dan menakutkan.
"Dahlah Khalil, terima hakikat yang menantu kesayangan kamu tu pembawa malang dalam keluarga ni. Dahlah Ratna, kita balik. Buang masa kita dekat sini. Dan kau Aisyh, aku tak izinkan kau jenguk Ayden. Dia kritikal sekarang, aku risau kalau lepas kau jenguk, keadaan dia semakin parah," nenda arahkan jari telunjuk yang berhiaskan cincin itu pada aku.
Aku lemparkan pandangan tajam kepada orang tua itu. "Takde sesiapa pun yang berhak halang saya jumpa suami saya. Saya isteri dia dan saya akan jaga dia sampai dia sembuh".
Nadaku mendatar, membuktikan yang aku sekarang berpegang pada kata-kata aku. Kalau dari awal lagi mereka halang perkahwinan aku dan Ayden, mungkin sekarang aku takkan berada di sini, menangis sampai pengsan kerana Ayden.
Tapi, sebab sekarang aku adalah isteri Ayden, orang yang aku cintai sepenuh hati, aku akan jaga dia. Bukan sekadar sebagai isteri, tetapi sebagai pemilik hati Ayden. Aku cintakan dia, aku akan buat apa sahaja asalkan Ayden sembuh.
"Kalau berani, cubalah. Aku akan suruh bodyguard semua jaga pintu bilik Ayden". Ugut nenda lagi. Kelihatan papa ingin membalas kata-kata nenda, tapi aku lebih cepat bersuara.
Senyuman sinis aku tayangkan. "Yakin? Bodyguard tu milik Ayden, takde kena mengena dengan nenda. Ayden pernah cakap, nak apa-apa, minta tolong bodyguard sebab bodyguard tu semua adalah di bawah jagaan peribadi Ayden dan Rheo. Bukan bawah Neil A's family. Betul tak, Rheo?"
Aku jeling Rheo yang masih menayangkan wajah bekunya.
"Yes, she's right. Anything happen to Ayden atau I, yang lain tak berhak mengarah bodyguard melainkan dah dapat keizinan daripada Ayden ataupun I sendiri. Dan Ayden dah beri kuasa kepada Aisyh untuk control bodyguard di bawah nasihat I," jawab Rheo tenang membuatkan wajah nenda berubah kelat.
"Dahlah mommy, kita keluar dari sini," ujar Puan Besar Ratna sambil menarik tangan nenda. Melissa pula tak habis-habis jeling aku tak puas hati.
Apabila mereka bertiga sudah keluar daripada bilik ini, terus aku tersandar pada kepala katil. Baru sahaja aku menerima berita tentang kemalangan Ayden dan Haq, sekarang aku baru tahu yang mama tak pernah berkenan dengan aku sedangkan perkahwinan aku dan Ayden sudah berusia beberapa minggu sudah. Kenapa dia tidak berterus-terang saja dari dulu?
"Kenapa mama tak jujur je dengan Aisyh yang dia tak sukakan Aisyh, pa? Kenapa perlu pura-pura baik, pura-pura suka bermenantukan Aisyh? Sakit hati Aisyh dekat nenda dan Melissa tak sama dengan rasa sakit Aisyh sekarang dekat mama," luahku jujur. Wajah serba-salah papa dan beradik Ayden aku pandang.
"Sebab dia sayangkan Ayden, Aisyh. Dia sanggup buat apa saja untuk Ayden asalkan Ayden gembira. Walaupun benda tu dia sendiri tak suka".
"Jadi, mama pura-pura terima Aisyh sebab Ayden?" soal aku, rasa pilu hati aku apabila teringatkan segala kebaikan mama rupanya plastik semata.
Lambat-lambat papa angguk. "Tapi jangan risau, kami terima Aisyh dengan ikhlas". Cepat-cepat papa meluahkan kata-kata itu, mengundang senyum kelat daripada aku.
Kak Ruhaila mendekati aku sambil capai tangan aku manakala Rafeeqah kini sedang memeluk bahu Salwa. Mata Salwa pun sudah membengkak akibat terlampau banyak menangis. Semasa aku bergaduh mulut dengan mama dan nenda tadi pun dia masih lagi menangis.
Wa, ini bahagian kita.
"Aisyh, kami terima Aisyh sama macam kami terima ipar yang lain. Sebab bagi kami, pilihan kami tak pernah salah. Apatah lagi pilihan Ayden. Dari kecik lagi dia dah pandai buat keputusan yang tepat. Dia tak buat sesuatu secara melulu. Setiap apa yang dia buat, mesti ada sebab. Dan kehadiran Aisyh dalam keluarga ni tak pernah salah. Ayden made the best choice. Kalau nak bercakap pasal darjat, nenda pun bukan orang kaya. Dia kaya sebab dia kahwin dengan tok besar. I yakin Ayden ada cerita dekat you kan pasal ni?"
Aku angguk mengiakan sebab memang Ayden pernah beritahu aku pasal ni.
"So, pedulikan apa yang mama dan nenda nak cakap. Lagipun sekarang syarikat di bawah pengurusan Ayden. Mereka tak boleh nak buat apa-apa. Sebab Ayden, adik I yang berpegang dengan kata-kata. Aisyh sendiri pun pernah dengar dulu kan yang dia akan masukkan syarikat dalam senarai muflis kalau ada yang halang perkahwinan you berdua.
You know what, dia memang maksudkan apa yang dia cakap. Sebab tu sepanjang Aisyh dan Ayden kahwin, nenda tak pernah kacau sangat kan? Setakat kata-kata kesat tu memang normal. Tapi lebih-lebih dia tak berani. Sebab apa? Sebab nenda tahu sejauh mana Ayden berani buat apa yang dia cakap. So don't worry, fokus je jaga Ayden. They can do nothing". Sambung Kak Ruhaila lagi dan menerima anggukan daripada yang lain.
Sama macam yang mama pernah bagitahu aku dulu. Mama, kenapa buat Aisyh macam ni?
"And you Salwa, you're such a great woman yang kakak pernah kenal. You boleh bukak hati Haq untuk jadikan you sebagai isteri. Sebelum ni kalau dia minat pun dekat someone, dia cuma diamkan diri sampailah perempuan tu kahwin. Tapi untuk Salwa, baru kenal je, dia terus grab peluang tu. Dia pernah beritahu akak yang dia deeply in love with you.
Thanks Salwa sebab jaga hati Haq dengan baik. Thanks sebab pernah hadir dalam diri seseorang yang kakak pernah anggap sebagai adik kandung sendiri. Thanks untuk semua. Kami terima Salwa dalam keluarga ni walaupun you belum sempat jadi isteri Haq. Tapi, bagi kami, you're a part of this family," tangan Salwa ditarik sebelum Kak Ruhaila memeluk erat tubuh tinggi lampai milik Salwa.
Sebaik pelukan dieratkan, kedengaran tangisan Salwa semakin kuat dan mendayu-dayu, mengundang kami di sini turut menangis bersamanya. Aku pandang Rheo dan keluarganya, walaupun Rheo kelihatan tenang, tapi air muka dia tetap tidak dapat disembunyikan. Kelihatan halkumnya bergerak, aku syak dia menahan tangis.
Mana tidaknya, kawan baik dia dan Ayden kini sudah tiada. Meninggal di tempat kejadian manakala sepupu kesayangannya sedang bertarung nyawa di bilik ICU.
"Tapi Haq tipu saya, kak. Haq cakap dia nak jumpa keluarga saya. Haq dah sediakan baju Melayu putih untuk jumpa mak ayah saya. T-tapi, kenapa dia hanya hantar jasad tanpa roh untuk jumpa saya? Kenapa dia hantar jasad tanpa roh untuk jumpa family saya? Kenapa dia nak pakai kain kafan sedangkan dia dah siapkan baju Melayu dia, kak?" rintih Salwa lagi. Esakan tangisnya semakin kuat membuatkan air mataku juga turut mengalir laju.
"Haq tipu saya," ucapnya lagi dan lagi.
"Salwa, Haq tak tipu Salwa. Haq tunggu Salwa di syurga," Abang Raehan bersuara kemudiannya. Dia memusingkan roda kerusinya ke arah Salwa membuatkan pelukan Kak Ruhaila dan Salwa dileraikan.
Aku tidak mampu lagi bersuara. Mendengar esak tangis Salwa membuatkan aku rasa sangat terpukul. Keadaan kami sama, bezanya Haq sudah tiada manakala Ayden kini sedang bertarung nyawa.
"Wa..." panggilku lalu menarik tangannya, giliran aku pula memeluk Salwa.
Ingatkan apabila aku memeluk Salwa, aku ingin redakan tangisan kawan baik aku ni. Rupanya, aku terikut menangis sekali. "Wa, Allah dah rancang baik-baik untuk kita. Kita sayangkan Haq, tapi Allah lebih sayang dekat dia". Nasihatku kepadanya, sekaligus aku tujukan buat diri aku sendiri.
'ALLAH tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan mereka'. Berpegangkan kata-kata itu, aku meletakkan sedikit harapan supaya aku mampu meneruskan hidup.
×××
Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu...
Urusan pengebumian dilakukan pada keesokan harinya. Dan sekarang kami semua sedang berada di tanah perkuburan Islam Kuala Lumpur. Suasana sungguh hening di sini, masing-masing bersedih di atas pemergian Abdul Haq. Pemergian di usia yang sangat muda. Perginya dia tatkala niat nawaitunya ingin menghalalkan hubungan dengan seorang gadis yang dia cintai.
Tiada ahli keluarga Haq yang datang sebab dia adalah anak yatim piatu dan sebatang kara. Keluarga yang dia ada hanyalah keluarga Neil. Disebabkan itulah pusaranya ditempatkan di kawasan yang sama dengan Neil Amar dan Tengku Sakinah.
Selesai doa dibaca, kami pun mula menjiruskan air pada kuburan Haq. Begitu ramai kenalan arwah Haq yang datang. Ada yang pandang pelik ke arah aku dan Salwa sebab kami berada sebaris dengan keluarga Ayden, malah dikelilingi oleh sahabat bodyguard arwah Haq.
Giliran Salwa mula berlutut dan menjiruskan air bunga pada kuburan Haq. "Pagi semalam awak bagitau saya yang awak akan jumpa family saya. Awak dah siapkan baju Melayu putih untuk saya. Tapi, kita hanya mampu merancang sebab Allah yang mengatur semuanya. Allah gantikan baju Melayu putih awak dengan kain kafan, pakaian abadi semua umat manusia. Awak cakap nak jumpa family saya, tapi Allah lebih sayangkan awak. DIA jemput awak terlebih dahulu. Semoga awak tenang kat sana.
Haq, janji dengan saya, awak kena tunggu saya. Saya akan sentiasa sayangkan awak, doakan semoga kita berjodoh dekat sana". Ucapnya sambil mengusap nisan yang tertulis nama Abdul Haq di situ. Dia menyeka air mata sebelum mengambil sedikit masa untuk membacakan doa untuk arwah Haq.
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
"Haq, kita bukan Romeo Juliet yang mana cinta suci diorang diakhiri dengan kematian bersama. Tak, sebab awak tinggalkan saya terlebih dulu. Tapi, saya anggap cinta kita seperti Adam dan Hawa. Mereka berpisah di syurga, dan ditemukan semula di dunia. Mungkin awak dan saya macam tu. Berpisah di dunia, mungkin kita akan dipertemukan di syurga nanti dengan izin Allah. Tunggu saya tau, Haq".
Kini
Sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Air mata diusap lagi dengan tisu. Salwa adalah orang terakhir yang menjiruskan air di kuburan Haq. Apabila dia berdiri, cepat-cepat ibunya memeluk bahu Salwa sebab kelihatan wajah sahabat baik aku itu begitu lemah sekali.
Selesai urusan di situ, kami pun mula meninggalkan kawasan perkuburan itu sambil aku dan Salwa berpegangan tangan.
Aku toleh belakang, meninggalkan Haq di sini. Patutlah dua tiga minggu ini dia selalu sakat aku, rupa-rupanya, dia ingin 'ucap selamat tinggal' dan ciptakan memori indah sebelum dia pergi buat selamanya. Terasa seperti mimpi, baru semalam kami sempat bergurau. Tapi hari ini, jasadnya sudah bersemadi di tempat asal setiap khalifah yang pernah hidup di bumi Allah ini.
Sesekali aku menyeka air mata Salwa, ingin menghapuskan duka meskipun aku tahu tidak semudah itu. Sedangkan aku pun sudah terasa dengan kepergian Haq, inikan pula Salwa yang berkongsi hati dan perasaan dengan lelaki itu.
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya...
Selamat tinggal, Abdul Haq. Terima kasih Allah sebab pernah hadirkan orang terbaik seperti Haq dalam kehidupan kami. Terima kasih Allah sebab sudi pinjamkan manusia sehebat Haq untuk kami. Aku mohon, semoga KAU pertemukan jodoh mereka nanti.
#Seriously I tak pndai buat ayat sedih2. Kalau korang dapat rasa prasaan Salwa pun dah bonus untuk sis ??
Memang dalam perancangan nak 'matikan' watak Haq ?? So, kepada peminat2 Haq di luar sana, sorry. Semuanya sudah tertulis gituh. Haha
Semoga terhibur.
Nak batak sikit. Please follow ig x official sis.
Instagram : denash__
Selamat malam uolls ??
Share this novel
sedih haq mati
sedihnye