BAB 32

Romance Series 128902

Do vote and comment ?

?

AYDEN??AISYH

SEKARANG aku dan yang lain berada di dalam bilik mesyuarat keluarga dan sekarang diri aku diperdebatkan oleh yang lain.

"Entah-entah dia yang suruh Pak Man singgah dekat stesen minyak, dapatlah dia jumpa bekas dia tu," suara sumbang Melissa bergema di dalam bilik ini.

Terus rasa marah aku meluap-luap.

"Diamlah Melissa. Kamu tu bukan keluarga ni, jangan nak masuk campur," satu panahan kata daripada papa membuatkan wajah Melissa terus berubah kelat dan kulit wajahnya bertukar merah. Sengaja aku balas pandangan geram itu dengan senyuman sinis. Rasakan!

"Kau jangan nak seronok sangat eh Aisyh. Kau tu pun bukan siapa-siapa kat sini". Pulak, papa yang marahkan dia, aku pulak yang kena?

"Dia isteri Ayden," bela Abang Raehan pula, membuatkan sekali lagi aku rasa kemenangan milikku. Wajah Melissa semakin kelat, dah boleh kot buat pertandingan riak wajah terkelat dan aku yakin Melissa pemenangnya.

"Kalau isteri Ayden pun buat apa kalau latar belakang keluarga pun setakat orang biasa-biasa. Tak setaraf," giliran nenda masuk campur membuatkan perbincangan ini semakin meleret ke arah yang lain pula. Aku sebenarnya dah lali, asyik-asyik latar belakang keluarga yang menjadi bahan. Agaknya dah habis stok bahan kot.

Aku hela nafas. "Nenda pun setakat PA tok besar je pun. Kalau tok besar tak ambil nenda jadi isteri, tak adanya nenda duduk dalam keluarga Neil ni. Kita ni sama-sama orang biasa-biasa je nenda. Tak payah nak berlagak sangatlah," ujarku selamba membuatkan semuanya terkejut pandang aku.

Siapa suruh seru kemarahan aku? Jangan sebab aku selama ini diam sahaja apabila mereka asyik kutuk keluarga aku, bukan bermakna aku ni lemah. Mulut aku ni boleh jadi semanis-manis mulut kepada yang bermanis kata dengan aku dan boleh jadi sepedas-pedasnya bagi yang suka cari pasal.

Macam nenda, mama dan Melissa khususnya. Aku malas nak melawan, tapi bila dah asyik ketuk-ketuk pintu kemarahan, aku bukaklah dan bagi sedas. Itupun ayat tersebut aku dah bagi sesopan yang mungkin.

"Kau kurang ajar eh? Kau sedar ke kau bercakap dengan siapa? Kalau aku bukan isteri Adam pun, aku memang orang kayalah!" suara nenda naik seoktaf. Wajah mereka bertiga kelihatan memerah. Kalau dizoom agaknya mesti keluar asap.

"Eh? Jarang anak orang kaya jadi PA je," jawabku sinis membuatkan nenda mula bangun dari kerusinya dengan wajah yang sangat bengis. Aku perhatikan sahaja langkahnya dari seberang meja yang kini mula menuju ke kawasan aku.

"Mommy, apeni? Buat malu je. Terima jelah hakikat apa yang Aisyh cakap tu betul," terpempan terus nenda mendengar kata-kata papa.

"Macam ni perangai kamu, Khalil! Kamu menangkan menantu kamu dan kamu malukan mommy depan family kita? Anak jenis apa kamu ni?" suara nenda kedengaran sangat terkilan membuatkan aku rasa sedikit serba salah.

"Apa you buat ni? You sakitkan hati mommy semata-mata nak menangkan perempuan ni?" giliran mama pula memarahi Tuan Besar Khalil membuatkan nenda menghentikan langkahnya.

Luruh hati aku dengar mama panggil aku sebagai 'perempuan ni', seolah-olah aku tiada nama. Sumpah sampai sekarang aku masih tak percaya yang mama inilah mama yang sama melayan aku sebelum ini.

Kelihatan Tuan Besar Khalil hela nafas dan raup wajahnya. "Tadi kan I dah cakap, you bertiga tak payah masuk sini. You degil, nak jugak menyampuk. Lepastu, mula nak kutuk-kutuk Aisyh. Bila Aisyh bela diri, you cakap Aisyh menghina dan bila I backup siapa yang betul, you cakap I melawan. Salah siapa sekarang? I yang dah larang you datang sini ataupun you yang sengaja pergi sini semata-mata nak cari pasal dengan Aisyh?"

Kelihatan mama dan nenda ingin membuka mulut, tetapi, Rheo tiba-tiba mencelah. "Uncle, mulai minggu depan, Rheo yang akan hantar dan jemput Aisyh. Aisyh, kita pergi jenguk Ayden sekarang. Feeqah, come and join us," tanpa mendengar sebarang persetujuan daripada aku mahupun Rafeeqah, Rheo lantas berdiri dan memberi isyarat mata kepada aku dan Feeqah.

"Good then. So Aisyh, minggu depan Rheo akan hantar kamu. Okay?"

Aku anggukkan kepala. Nak cakap tak okay,memangnya Rheo akan dengar cakap ke? Makhluk spesies Ayden ni, kalau A dia cakap, maka A lah jadinya. Jadi, kalau aku cakap tak okay pun, memang minggu depan dia tetap akan hantar aku. Jadi apa bezanya kalau aku cakap tidak?

Masing-masing sudah berdiri manakala Rheo pula berjalan di sisi. Apabila kelihatan nenda dan Melissa mendekati, dia cepat-cepat memintas langkah kedua-duanya. Kejap-kejap aku pandang sisi wajah beku itu. Wajah beku, tetapi di dalam diri penuh dengan sikap melindungi. Sama seperti Ayden.

Rheo buatkan aku semakin rindukan Ayden!

×××

Aku masuk ke dalam bilik Ayden. Kelihatan dia masih tenang terbaring, tiada tanda pun untuk bangun. Bunyi bising mesin di sekelilingnya seolah-olah menjadi bed time songnya.

Aku lepaskan keluhan berat, sesekali Rheo lemparkan senyuman nipisnya, memberi aku semangat melalui senyuman itu. Aku labuhkan punggung di atas kerusi, kerusi biasa yang menjadi tempat dudukku.

"Abang, Aisyh datang ni," suaraku separa berbisik.

Tangan Rafeeqah sudah mula mengurut belakangku, macam tahu-tahu saja dia bahawa selepas ini aku akan menangis. Kemudian, Rheo pula hulurkan Yaasiin kepada aku dan Rafeeqah dan kami berdua pun sambut huluran tersebut.

Bacaan Yaasiin sudah mulai berkumandang di dalam ruangan ini, diselikan sekali dengan bunyi tangisan aku. Walaupun seminggu sudah berlalu, tapi perasaan rindu dan sayang terhadap Ayden tidak pernah kurang, sebaliknya semakin mendalam.

Tiga puluh minit masa yang kami ambil untuk habiskan bacaan Yaasiin yang diketuai oleh Rheo. Sedap bacaan dia walaupun terdapat sedikit kesilapannya tadi iaitu dalam membunyikan huruf sod, sin dan tha. Dia bunyikan ketiga-tiga huruf itu dengan bunyi yang sama.

Tetapi bacaannya sedap didengar. Aku akui itu.

Yaasiin aku dan Rafeeqah berikan semula kepada Rheo seraya aku mencapai tangan Ayden. Sehari aku tidak menyentuh kulit lelaki ini, aku akan rasa sakit yang berganda-ganda. Hanya dengan menyentuhnya sahaja aku mampu untuk hilangkan rasa rindu yang mendalam.

"Abang, ex saya kacau hari ni. Nasib baik saya ingat apa yang abang ajar selama ni. Abang nak tahu tak, masa dia tahan saya, saya dengar suara abang bagi arahan apa yang nak dibuat. Mesti abang ada dekat situ kan? Mesti abang yang tolong saya, kan? Thanks tau sebab selalu ada dengan saya," aku sudah mula berbicara seorang diri, membayangkan Ayden duduk dan mendengar ceritaku.

Tangannya aku usap sebelum aku menyentuhkan belakang tangannya dengan pipiku. "Aisyh ada banyak cerita nak share dengan abang. Abang nak dengar tak? Kalau abang nak dengar, abang mesti bangun. Sihat macam biasa. Abang tengok sekarang, Rheo dan Feeqah ada sekali jenguk abang. Diorang pun tunggu abang sihat macam biasa. Bangun please?" suara aku jelas-jelas kedengaran nada merayunya. Air mata yang perlahan jatuh di belakang tangan Ayden, aku biarkan sahaja.

Dengan harapan dia rasa tentang kesedihan aku sekarang.

"Abang Ayden akan sembuh. Percayalah, Kak Aisyh,"tiba-tiba Rafeeqah bersuara di sebelahku.

Aku anggukkan kepala, mengiakan kata-katanya. Walaupun masih belum ada apa-apa perkembangan tentang kesihatan Ayden, tapi, naluri wanitaku kuat mengatakan yang Ayden akan sedar. Cuma masa sahaja yang tentukan.

"Aisyh, bila sepupu you datang jenguk?" tanya Rheo tiba-tiba.

Aku angkat wajah, membalas pandangan Rheo yang duduk berdiri bertentangan dengan aku dan Rafeeqah. "Sepupu?" aku macam lost sekejap.

Dia jongketkan kening. "Yang you cakap hari tu?"

Aku diam sekejap, cuba mencerna apa yang aku pernah beritahu kepada dia. Dan apabila nama Kak Ana muncul, cepat-cepat aku anggukkan kepala. "Aaa. Ingat-ingat. Kak Ana. Dia cakap lusa dia nak datang. Sebenarnya dia datang KL nak jenguk Aisyh je, tapi dia cakap, alang-alang dah sampai KL, dia nak jenguk Ayden sekali".

Ceritaku sambil ketuk-ketuk dahi. Entah macam mana aku hampir lupa tentang kedatangan Kak Ana lusa.

Rheo pamerkan senyuman lucu manakala Feeqah di sebelah sudah tergelak kecil. "You nak I jemput?"

"Hari tu saya ada cakap kat dia, dia nak ke kalau saya jemput. Tapi dia cakap tak payah, dia datang sekejap je sebab ada hal". Rheo angguk dan kemudian lemparkan semula pandangannya pada Ayden.

Keadaan senyap seketika, yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi mesin yang sedang menjalankan fungsi masing-masing. Alhamdulillah, degupan jantung Ayden ada menunjukkan sedikit perubahan positif. Kalau hari tu degupan kejap laju kejap lambat, sejak dua tiga hari ini kelihatan agak normal walaupun ada kadang-kalanya tidak menentu.

Berkenaan tentang Kak Ana, semenjak kes perkahwinan aku terkantoi, dia pun mula hubungi aku. Dia dapat nombor aku daripada mak dan yang menyuruh aku panggil dia 'Kak' pun adalah mak sebab Kak Ana tua dua tahun daripada aku katanya. Kalau ikutkan aku sendiri, aku panggil je Ana.

Semenjak itu, bermacam-macam kata nasihat yang dia bagi dekat aku supaya tenang walaupun kecaman demi kecaman yang aku terima kiri dan kanan.

Dan semenjak itu, kami berdua mula rapat walaupun sekadar melalui aplikasi WhatsApp. Dia selalu bertanyakan tentang khabar aku dan keadaan semasa Ayden. Dan dialah satu-satunya sepupu yang tak kecam aku walaupun baru tahu tentang perkahwinan aku. Boleh tahan jugak dia ni mencarut apabila mendengar ada yang cakap buruk pasal aku.

Setiap malam, pasti ada sahaja dia screenshotkan komen orang-orang dan hantarkan kepada aku. Dan ayat lazimnya ialah, "Rileks Aisyh. Diorang cemburu sebab tak dapat kahwin dengan Ayden. Akak harap Aisyh sentiasa kuat sebab orang-orang cantik macam kita ni memang ramai haters".

Aku yang mendengarnya tergelak dalam tangis. Tapi aku memang abaikan kata-kata netizen sebab mereka bukannya kenal aku sangat pun. Cuma yang buatkan emosi aku sedikit tersungkur adalah mereka-mereka yang pernah rapat dengan aku, tapi sedikit demi sedikit mula jauhkan diri hanya semata-mata cemburu denganku.

Biasalah, manusia.

×××

Cepat-cepat aku kemaskan meja. Hari ini Kak Ana nak datang. Dia ada WhatsApp aku kata dia dalam perjalanan menuju ke hospital. Kelam kabut aku dibuatnya sebab sekarang aku masih berada di sekolah.

Beg tangan Gucci aku sambar lalu mula melangkah menuju ke pintu. Hampir aku dan Ammar Faiz terlanggar antara satu sama lain, nasib baik aku dapat kawal kelajuan. Ammar Faiz sejak daripada hari tu, dia kurang tegur aku. Apa yang dia buat pun hanya jeling aku.

Tulah, siapa suruh kacau aku. Kau ingat badan aku kecik, kekuatan aku kecik juga? Dia tak tahu badan je kecik, tapi kekuatan aku sama dengan Ayden.

Apabila aku sudah nampak kereta Rheo, aku pun mengatur langkah ke sana. Kalaulah Haq masih hidup, mesti dia yang sedang menunggu aku sekarang. Tiba-tiba aku rindu pula dekat Haq. Salwa belum masuk kerja, dengar kata minggu depan dia akan masuk. Alhamdulillah keadaannya juga sudah semakin sihat dan aku dah boleh dengar suara dia masa aku buat panggilan dengannya. Adalah sedikit gelak tawanya yang kedengaran, walaupun tidak seceria dulu.

"Lama dah tunggu?" soalku sambil menutup pintu kereta. Wajah Rheo di sebelah aku pandang sekilas.

"Not really". Jawabnya ringkas lalu mula menghidupkan enjin kereta. Sepatutnya minggu depan dia jemput aku, tapi katanya dia risau kalau-kalau Ammar Faiz tiba-tiba buat onar, jadi, dia pun mulakan tugasnya jadi pemandu tak bergaji aku.

"Sepupu you dah sampai?" soal Rheo, memecahkan kesunyian antara kami.

Aku alihkan pandangan daripada telefon bimbit ke wajah Rheo yang tenang memandu. Uwaaa, kenapalah aura dia sama dengan Ayden? Dia buatkan aku rindu sangat-sangat dekat Ayden!

"Belum lagi. Masih on the way. Sepuluh minit lagi sampai kot".

Rheo anggukkan kepalanya tanda faham. Satu perkara yang sedikit berbeza antaranya dengan Ayden. Kalau Ayden, dia pemakai jam tangan sebelah kanan manakala Rheo pula pemakai jam tangan sebelah kiri. Wajah mereka sama beku, tapi Rheo lebih beku daripada Ayden. Ayden dalam beku, ada manisnya.

Tapi mungkin manis itu sebab dia bersamaku. Kalau dengan orang lain, wajahnya biasa sahaja dan kadang-kadang wajahnya kelihatan bengis dalam kacak.

Setibanya di hospital, aku dan Rheo pun mengatur langkah menuju ke ward Ayden. Adalah beberapa pasang mata pandang kami pelik. Yelah, dah muka aku terpampang dalam media sosial sebagai isteri Ayden, sekali hari ini aku keluar dengan Rheo, mana taknya mereka pelik.

Sebenarnya aku sendiri pun tidak mahu Rheo selalu bersama aku sebab aku masih sedar tentang status aku. Tapi, sejak kes cubaan merogol daripada Ammar Faiz tempoh hari, aku terpaksa bersama-sama dengan Rheo.

Kelihatan dari jauh adik-beradik Ayden sedang berbincangkan sesuatu. Nampak sedikit riuh tapi sebaik sahaja kedudukan aku semakin dekat, mereka mula pandang aku dan lemparkan senyuman.

Dan, baru aku perasan yang Kak Ana sudah tercegat di situ dengan wajah tenangnya. "Eh, Kak Ana! Bila sampai?" soalku seraya bersalaman dengannya.

"Baru je. Misi yang tolong akak carikan ward Ayden. Lepastu terserempak dengan adik-beradik dia," jawabnya seraya tersenyum manis. Macam pelik pula telinga aku mendengar orang yang kurang rapat dengan Ayden, panggil Ayden sebagai Ayden. Biasanya mereka akan menggunakan perkataan 'Tuan' di hadapan. Mungkin dia terikut-ikut mak kot.

"Oh, ni ke sepupu Aisyh?" tanya Kak Ruhaila dengan nada bergetar. Wajahnya jelas terkejut membuatkan aku tergelak kecil. Mesti Kak Ruhaila dan beradik Ayden yang lain terkejut tengok muka kami berdua sama.

"Ya, nama dia Ana. Aisyh panggil dia Kak Ana," mendengarkan kata-kataku, mereka pun berpandangan antara satu sama lain manakala Rheo pula tiba-tiba terbatuk.

"Kak Ana, macam pernah dengar nama tu. Bukan tu nama kakak Aira kawan Aisyh ke? Aisyh dengan Aira sepupu ke?" persoalan Kak Ruhaila mengundang tawa kecilku.

Aku gelengkan kepala. "Bukanlah. Kak Ana tu nama dia Anastasia. Kak Ana ni, Ryana". Jawabku membuatkan mereka mengangguk faham.

Kemudian, aku pun meminta diri untuk masuk ke dalam. Apabila Kak Ana sudah pun masuk, tangan aku ditahan oleh Rafeeqah membuatkan aku tayang riak aneh.

Aku pandang dia, manakala dia pula pandang yang lainnya dengan riak bersalah. Dah kenapa mereka ni? Pelik semacam saja?

"Kenapa Feeqah?"

Rafeeqah dan Raeef pandang aku dengan wajah yang sukar aku tafsirkan. Yang lain pula kelihatan takut-takut. Ada apa-apa ke yang jadi dekat Ayden?

"Takde apa-apa," jawabnya lemah seraya lepaskan tangan aku.

"Pastikan Kak Aisyh setia dengan abang," Raeef berdiri dan bercakap denganku. Belum sempat aku balas kata-katanya, dia sudahpun berjalan meninggalkan kami.

"Kenapa ni?" soalku lagi.

"Takde apa-apa. Aisyh masuklah".

"O-oh, okay". Aku angkat bahu dan kemudiannya mencebik. Pelik mereka ni.

×××

Selesai menjenguk Ayden, aku bawa Kak Ana makan. Bertemankan Rheo. Apa yang aku perasan, aku gemar ajak orang makan. Semenjak Ayden koma, selera makan aku kurang membuatkan berat badanku agak menyusut. Tapi, dengan bantuan Rheo yang banyak membantu aku dari segi emosi, sedikit demi sedikit aku sudah mulai kuat walaupun tidak seperti dulu.

Apabila makanan sampai, kami pun mula makan. Keadaan masih lagi canggung seperti tadi. Mungkin Kak Ana tak selesa dengan kehadiran Rheo di sebelah.

"Keadaan Ayden memang tak berubah dari hari tu ke?" soal Kak Ana, memecahkan bunyi cengkerik antara kami.

Kak Ana daripada tadi memang khawatirkan keadaan Ayden. Malah, dia yang bersamaku menangis bila melihat keadaan Ayden yang terbaring kaku di atas katil. Aku syak sebab dia masih lagi terasa dengan kepergian arwah Neksu. Lepastu, tengok orang koma depan mata, mesti bayangan lepas muncul kembali.

Aku anggukkan kepala mengiakan. "Ya, dia masih macam tu. Cuma belakangan ni, nafas dia adalah sedikit normal. Bukan macam hari tu. Nafas dia tiba-tiba hilang sekejap".

"Hilang sekejap?" jelas cemas kedengaran suara Kak Ana sebelum dia berdehem.

Senyuman nipis aku ukirkan. "Haah. Tapi Alhamdulillah sekejap je. Lepastu nafas dia laju tiba-tiba. Entahlah kenapa". Sayu suaraku sambil kacau air di dalam gelas. Apabila teringatkan tentang peristiwa itu, dengan nafas aku sendiri rasa ingin terhenti.

Kak Ana capai tanganku, dia usap dengan penuh kasih sayang. Air matanya tiba-tiba sahaja jatuh dan dia cepat-cepat mengesatnya dengan sebelah tangan sebab sebelah tangan dia masih lagi mengusap tanganku.

"Ayden seorang yang kuat. Kak Ana tahu. Mesti sekarang dia sedang berjuang demi Aisyh. Kak Ana doakan supaya Aisyh sentiasa sabar, doa banyak-banyak supaya Ayden cepat sembuh. Buat masa ni, abaikan apa netizen cakap. Diorang tak berada dekat tempat Aisyh. Ingat Aisyh, ni semua ujian Allah. Apabila Ayden sedar nanti, Aisyh mesti jaga dia baik-baik. Buktikan dekat semua orang yang Aisyh bukan seperti yang diorang cakapkan. Aisyh bukan pembawa malang kepada Ayden, tapi Aisyhlah yang menjadikan Ayden semakin hebat sehingga ke hari ni". Panjang nasihat Kak Ana, mengundang rasa sebak dalam hatiku.

Serta-merta dengan aku sekali yang keluarkan air mata. Sebenarnya aku tak nak dah menangis. Aku nak buktikan yang aku kuat.

Tapi, isteri mana yang kuat dengan keadaan suami yang kini seperti mayat hidup. Dia bernafas, tapi tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Aku menangis, meraung, meratap pun dia takkan tahu.

Sumpah aku rindu.

×××

Sudah menjadi rutin sejak dua bulan Ayden terlantar di atas katil hospital, selepas habis waktu mengajar, aku akan terus pergi ke hospital untuk menjenguk suami yang dicintai. Suami yang kukasih sepenuh hati. Suami yang sentiasa menjadi tulang nadiku untuk terus bertahan sehingga kini.

"Saja nak bagitau Aisyh, kami semua dah sampai kampung. Pak Man kamu tu pula katanya nak singgah sini malam ni. Dah lama tak merasa suasana kampung katanya," cerita abah semasa aku dalam perjalanan menuju ke sini membuatkan aku tersenyum sendiri.

Abah, mak dan Air baru pulang ke kampung sejak dua minggu mereka tinggal di sini. Budak Air ni memang tak serik kena bagi 'surat cinta' daripada pihak sekolah sebab sesuka hati dia sahaja ponteng kelas. Sudahlah dia SPM tahun ini, sesuka hati mak datuk dia saja ambil cuti sendiri. Dua minggu pula tu.

Mak dan abah dah halang hari tu, dia yang degil. Abah cakap siap Air panjat pokok rambutan belakang rumah semata-mata merajuk mak dan abah tak bawak dia pergi KL. Dasar anak manja tua!

"Okay bah. Eloklah kalau dah sampai kampung. Ni bah, Aisyh nak minta tolong sikit".

"Apa dia?"

"Hurmmm... Mintak tolong Pak Man bawakkan sekali air kelapa tua bila dia balik sini, boleh tak?" aku buat-buat nada manja sampai-sampai aku sendiri rasa geli mendengarnya manakala Rheo jeling aku pelik.

"Dah kenapa nak minum air kelapa tua? Kelapa muda kan banyak kat sini. Kamu mengidam ke? Kamu dah mengandung?" mendengar soalan bertubi-tubi daripada abah, hampir aku tersedak liur.

"Apa abah merepek ni? Mana ada Aisyh mengandunglah. Tekak Aisyh rindu nak minum kelapa tua. Bolehlah, bah. Eh?" aku memujuk lagi. Mengarut, memang taklah aku mengandung sebab baru hari tu aku cek, keputusannya negatif.

Gila tak sedih! Aku beria-ia paksa Rheo pergi kedai bertemankan Rafeeqah dan Raeef semata-mata nak belikan aku pregnancy test. Malah mereka bertiga yang paling teruja nak tahu keputusannya apa.

Dan sedihnya, keputusan adalah negatif. Malah petang tu terus aku period. Hambek! Semuanya sebab aku termakan dengan teguran Abang Raehan yang mengatakan bahawa selera makan aku kelihatan agak bertambah belakangan ini sehingga aku sendiri lupa yang aku memang manusia berselera tinggi.

Kedengaran pintu terbuka dari luar membuatkan kepala aku menoleh sekilas, melenyapkan lamunan tentang perbualan ringkas antara aku dan abah masa dalam perjalanan tadi. Rheo masuk dengan wajah tenangnya. Dua bulan sudah dia menjadi pemandu tak bergaji. Dalam kesibukan dia, sempat juga dia temankan aku ke sana ke mari bersama-sama Kak Ruhaila dan Leo. Dia sekarang dah ambil alih tugas Haq dan Ayden dalam satu masa.

"Aisyh, kita balik okay? You belum rehat daripada tadi," tegurnya.

Aku hela nafas. Memang selalulah aku akan disuruh balik begini. Memang aku rasa berat hati sebab kalau di rumah, aku akan berasa rindu dengan Ayden walaupun semua adik-beradiknya ada sekali, termasuk Rafeeqah dan Raeef. Mereka sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah yang jaraknya agak jauh semata-mata nak temankan aku.

Mama dan nenda pula buat hal sendiri. Disindir itu perkara biasa. Jadi, buat masa sekarang Alhamdulillah aku rasa aku cukup kebal.

Kalau tidur, aku akan tidur bersama-sama baju Ayden. Hanya dengan bauan tubuh itu sahaja mampu melelapkan mata aku. Sampai-sampai aku terfikir, aku ni masih normal atau tidak sebenarnya? Bila bersendiri, mesti aku akan menangis dan berbual-bual dengan baju Ayden, membayangkan lelaki itu mendengar setiap tutur bicaraku.

Aku bangun. "Okay," jawabku ringkas, meskipun berat hati aku untuk meninggalkan Ayden di sini.

"Abang, Aisyh balik dulu tau. Semoga abang bangun esok. Aisyh sentiasa tunggu abang," aku capai tangannya dan kukucup perlahan. Kali ini tiada lagi air mata yang mengiringi. Aku sudah cukup kuat, aku yakin ada sinar bahagia bersamaku kelak.

Baru sahaja aku meletakkan semula tangan Ayden ke bawah, tiba-tiba kelihatan jemari Ayden bergerak. Aku gosok mataku, memastikan yang aku tak salah tengok.

Sifar, kembali tiada pergerakan. Aku dah agak, ini semua fatamorgana semata-mata. Ini bukan kali pertama aku melihat tangan Ayden bergerak-gerak. Berkali-kali dah sampai-sampai doktor bagitau aku yang ini semua sekadar khayalan sebab aku terlampau mengharapkan perkara ini terjadi.

Aku usapkan sahaja tangan itu. Dan, aku pun mula ingin meninggalkannya.

"Hmmm....," sekali lagi langkahku terhenti. Aku yakin kali ini aku tak salah dengar sebab Rheo pun kelihatan terkejut dan cepat-cepat berlari semula menuju ke katil Ayden. Begitu juga denganku.

"A-abang okay?" soalku gagap. Tanganku menggeletar dan sejuk. Aku teruja dalam takut. Teruja sebab naluri aku kata yang Ayden akan sedar. Takut kalau sebenarnya ini adalah permulaan kepada sebuah kehilangan.

"Ayden!" Panggil Rheo pula.

"Hmmm...." Ayden bersuara lagi. Kali ini jarinya kelihatan bergerak-gerak dengan wajah yang berkerut.

"You tunggu sini, I nak panggil doctor," tegas Rheo lalu cepat-cepat meninggalkan bilik ini.

Aku angguk seraya pegang kedua-dua belah pipi Ayden. "Abang okay ke ni?" soalku risau, apatah lagi apabila melihat Ayden yang kelihatan gusar dan resah.

Ayden tarik nafas dalam-dalam dan kelihatan matanya perlahan-lahan terbuka. Mungkin dia dapat melihat suasana dengan jelas, dia terus memegang kepalanya. "Abang okay ke?" entah berapa kali aku tanya soalan yang sama daripada tadi, yang pasti aku sangat risaukannya sekarang.

Dia nampaknya sedang mengatur nafas. "Kepala sakit.. sangat," ujarnya lemah.

Aku usap kepalanya sambil aku menangis. Aku tak pasti sama ada aku gembira ataupun risau. Sesekali aku menoleh ke arah pintu, mengharapkan doktor datang dengan kadar yang lebih segera.

Kemudian, dia mula kalihkan pandangan ke arah aku membuatkan kami berpandangan buat beberapa saat. Ya Allah, akhirnya aku dapat bertatapan mata dengan orang yang sangat aku rindu.

"Abang dah sedar," ucapku terharu sambil mencium dahinya bertalu-talu. Tangan dia kucapai sebelum melabuhkan bibirku di situ.

Kelihatan Ayden sedaya-upaya lemparkan senyuman nipis.

"Kenapa saya ada dekat sini, Hazel?"

#??
Semoga terhibur. Ingatkan nak dabel update, tapi idea hilang tiba-tiba. Doakanlah semoga ia kembali menjelma. Haha.

Next update insya Allah pada 17/1.

Selamat malam. Bertabahlah anak muda sebab sis update tak kira jam ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience