Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama sudah tak bersua~??
Tak lama lagi akan betul-betul tamat cerita Dia.... Aydenku. Insya Allah sis akan update special chapter, tapi bukan dalam masa yang terdekat ini.
Terima kasih kepada semua yang membaca, mem'vote', me'rate' dan memberi komen dekat cerita ini. Terima kasih kepada yang ikuti cerita ini sampai ke penghujungnya. Jasa korang takkan sis lupa sampai bila-bila.
Sejujurnya sis agak sedih menamatkan cerita ni. Tapi dalam masa yang sama, sis rasa seronok sebab dah bagi penamat dekat pasangan #AydenAisyh. Dan kepada yang tanya kenapa sis matikan watak Haq, sebenarnya sis nak buat sequel cerita untuk Aira dan Rheo. Sis takut sis pancit, jadi terpaksa pilih untuk matikan Haq dan pilih untuk teruskan kisah Rheo.
Tapi! Ha, ada tapinya. Jangan terlalu berharap sebab sis ni sangatlah pemalas orangnya. ?? Jadi, kisah Aira dan Rheo ni hanya dalam perancangan. Belum pasti lagi. Tapi, kalau jadi nanti, sis akan bagitau korang. Buat masa ni, sis dah ada tajuk untuk kisah diorang iaitu AIRHEO. Hahaha. Tahu, tajuk dia sangatlah pemalas bunyinya tapi nak buat macam mana, itu je yang terlintas.
Dan seperti yang korang agak, ya, memang sis nak buat kisah Zharif dan Evelyne. Dekat sana nanti sis nak ceritakan sedikit fakta tentang cerita tu. Tajuknya ialah Pemandu Cik Evelyne. Hahaha. Jangan kecam tajuknya. Sis memang pelajar sastera, tapi, bab tajuk ni I have no idea nak letak ayat bunga2. Dalam novel sis pun korang susah nak jumpa ayat bunga2 sebab sis jenis, "Janji korang faham". Hahaha. ??
Nak baca sinopsis? Tengok dekat sana nanti.
Bila nak publish cerita ni? Insya Allah malam ni. Tapi untuk prolog sahaja sebab sis masih nak ambil masa untuk rehat selepas setahun lebih siapkan DA. Bab sikit je, tapi masa bukan main lama lagi nak siapkan. ??
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang sudi baca karya caprinash. Terima kasih kepada yang sentiasa memberi komen dan terima kasih kepada semua yang menyokong. Terima kasih semua.
Jumpa dekat novel terbaru ~ ??
Share this novel