Chapter yang agak kebosanan ???? Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
SEMINGGU berlalu, tapi masih tiada apa-apa perubahan pada kesihatan Ayden, sebaliknya mental aku pula yang terasa semakin koyak. Mana tidaknya, dengan kesihatan Ayden yang begitu, aku tak habis-habis kena panahan kata-kata kesat manusia-manusia di sekelilingku.
Kalau di rumah, aku asyik disindir oleh mama, nenda dan Melissa. Di media sosial pula, aku teruk dikecam oleh peminat-peminat Ayden. Bahkan di sekolah ini pun aku teruk diumpat oleh guru-guru.
Yang baik dengan aku pun hanya dua tiga orang seperti pengetua, Cikgu Siti, Cikgu Leh, Cikgu Jali dan Cikgu Amyr. Ya, kesemuanya ahli kumpulan aku.
Manakala Cikgu Amyr pula, kami berdua dah dapat berkawan. Aku akui, silap aku yang tidak memberitahunya tentang status diriku. Jadi, bukan salah dia tersukakan aku bahkan dia tak habis-habis minta maaf dekat aku sebab sukakan aku.
Bak katanya, "Kalau saya tahu, saya takkan kacau Cikgu Aisyh. Rasa berdosa sangat kacau isteri orang".
Aku hanya lemparkan senyuman nipis dan aku pun minta maaf padanya sebab semua ini adalah silapku. Silapku dari awal yang terikutkan emosi sehingga sembunyikan tentang perkahwinan aku dan Ayden sedangkan dalam Islam perkahwinanlah yang perlu dihebohkan.
Dan sekarang, aku dah terima kifarah perbuatanku itu sedikit demi sedikit. Sakit? Tipu kalau aku cakap tak. Malah perasaanku sekarang umpama aku hidup di alam sendiri, alam yang menantikan sinar bahagia. Dan sinar bahagia itu adalah Ayden.
Salwa pula masih ambil cuti sebab dia masih sakit semenjak pemergian Haq hari tu. Mak dia cakap, keadaan dia semakin sihat cuma emosi dia sahaja lagi masih belum stabil. Sebab tu dia mendapatkan rawatan daripada para ustaz untuk pulihkan semangatnya yang hilang.
Salwa pun tidak terlepas diumpat, cumanya dia tidak seteruk aku sebab minat mereka terhadap Ayden lebih tinggi daripada Haq. Jadi, pasangan Aydenlah yang teruk dikecam.
"Saya sarankan cikgu ambil cuti," suara pengetua menyentakkan aku yang termenung tentang nasib diri. Hampir aku terlupa yang sekarang aku berada di dalam bilik pejabatnya.
Senyuman kelat aku ukir. "Tak boleh, pengetua. Kesian dekat pelajar saya, yang Tingkatan 5 tak lama lagi nak SPM manakala yang Tingkatan 4, bulan depan dah peperiksaan akhir tahun. Tambah-tambah lagi saya selalu ambil cuti. Jadi, saya tak nak korbankan masa depan mereka disebabkan masalah peribadi saya," ikhlas aku menuturkan segalanya.
Selain ahli kumpulanku, pelajar-pelajar aku pun antara tulang belakang untuk aku terus mengajar. Bahkan merekalah yang sentiasa memberi semangat kepadaku. Hanya pelajar yang diajar olehku sahaja yang memahami siapa aku.
Pengetua hela nafas, wajahnya kerisauan. "Saya bukannya apa, Cikgu Aisyh. Saya risau cikgu tertekan dengan keadaan sekarang. Cikgu pun tahu kan mulut-mulut cikgu lain macam mana? Saya ada jugak tegur mereka hari tu, tapi tegur orang yang berpelajaran ni lagi susah daripada tegur pelajar sekolah. Memang mereka diam masa saya ada, tapi saya yakin masa Cikgu Aisyh sorang-sorang, mesti mereka ada mengumpat, kan?"
Aku ketap bibir, tekaan pengetua memang tepat. Mereka bukan setakat mengumpat, malah menyindir aku depan-depan.
"Tak yakin dengan laki, sebab tulah sembunyikan perkahwinan".
"Nak orang cakap yang dia tu humble sampai-sampai rahsiakan perkahwinan, lepastu acah-acah jadi guru".
"Sebelum ni elok je Tuan Raeqal tu hidup, lepas kahwinlah aku nampak dia dapat bala macam ni".
"Orang kalau kahwin, mesti ikhlas. Kalau sebab harta, macam nilah jadinya".
Banyak lagi kata-kata tak enak aku dengar, tapi, disebabkan mereka buat perkara buruk ini dekat sekolah, aku hanya tahankan sahaja. Aku tak nak imej seorang guru tercalar hanya disebabkan aku yang lawan balik cakap mereka.
Walaupun hakikatnya aku rasa nak kisarkan mereka halus-halus, lepastu bagi daging mereka kepada pengumpat yang lain. Baru mereka dapat rasa ayat, 'Mengumpat umpama memakan daging saudara sendiri' secara realiti.
"Takpelah pengetua. Kalau saya rasa saya tak tahan, insya-Allah saya akan ambil cuti untuk tenangkan diri. Tapi untuk sekarang, saya mungkin tak ambil cuti sebab saya nak ajar pelajar-pelajar saya. Masalah tu, pandai-pandailah saya settle sendiri," senyuman paksa aku lemparkan kepada pengetua yang sentiasa risau akan keadaan aku.
Satu-satunya guru yang berjawatan tinggi, yang faham dengan situasi aku sekarang.
Pengetua mencapai tanganku dan ditepuk lembut. "Saya tak tahu nak balas jasa Cikgu Aisyh untuk sekolah ni macam mana. Cikgu sanggup turun mengajar pelajar walaupun hakikatnya, tak payah kerja pun cikgu dah dapat duit.
Tapi, cikgu ikhlas nak bantu pelajar sampai-sampai cikgu korbankan diri, hiraukan masalah peribadi semata-mata nak mengajar. Saya doakan semoga suami cikgu kembali sedar dan masalah semua ni selesai".
Pengetua usap air matanya. Dia pula yang menangis sedangkan aku sekarang sudah seperti manusia yang hilang perasaan. Kalau senyum pun, palsu semata-mata. Menangis pula umpama hilang air mata sebab kesemua air mata aku telah hamburkan dalam solatku, meminta kepada yang selayaknya untuk berikan aku kekuatan dalam mengharungi masalah ini.
"Aamiin".
×××
"Kita dah habis silibus, jadi, apa-apa yang awak tak faham, awak boleh tanya". Seminggu ini, suaraku kedengaran tersumbat disebabkan terlalu banyak menangis.
Mataku juga boleh tahan bengkak, sedikit sebanyak mengganggu fokusku untuk mengajar. Rasa macam tentera Jepun pula pergi sekolah dengan mata sepet.
"Cikgu, kita buat latihan jelah. Saya dah fotostat soalan-soalan daripada buku saya, soalan yang saya sent dekat cikgu semalam. Boleh tak?" ketua kelas bersuara tiba-tiba.
Aku kerutkan kening. "Soalan yang mana?"
"Alaa, soalan ramalan tu. Cikgu cakap soalan tu bagus, jadi saya fotostat terus untuk kawan-kawan sekali," ujarnya lagi.
Aku tepuk dahi. "Ya Allah, cikgu ingat. Kalau macam tu, buatlah. Kalau tak faham, tanya". Aku lemparkan senyuman kepada mereka.
Mereka pula berpandangan sesama sendiri, kelihatan riak mereka serba-salah. Dah kenapa pula budak-budak ni?
"Cikgu, kami rindulah dekat cikgu yang happy go lucky, cikgu yang semangat mengajar. Cikgu yang merapu, tapi, merapu-merapu pun, cikgu tetap tentang ilmu yang buatkan kami dapat ingat setiap peristiwa dalam buku Sejarah ni ha. Cikgu, jadi macam dulu balik, boleh? Kami rindu Cikgu Aisyh".
Kata-kata mereka membuatkan aku tergelak kecil. Liur aku telan bagi mengelakkan aku menangis di hadapan kelas ini. Sudahlah aku memang jenis hati tisu, lepas tu, mereka cakap macam ni membuatkan aku rasa semakin nak menangis.
"Cikgu okay jelah. Cikgu masih Cikgu Aisyh, cuma kurang tenaga sikit nak excited macam dulu". Ceh, padahal baru seminggu aku berkelakuan begini.
Mereka gelengkan kepala. "Tak, Cikgu Aisyh bukan macam ni. Cikgu Aisyh cikgu yang sentiasa hiburkan kitorang, ajar kitorang dengan suasana yang happy-happy. Bagi hukuman yang pelik-pelik tapi lepastu akan belanja kitorang makan. Cikgu yang lain daripada yang lain. Walaupun suami cikgu orang kaya, tapi cikgu tetap pilih nak ajar kitorang. Siap rahsiakan perkahwinan lagi semata-mata nak dianggap sebagai pengajar, bukan isteri kepada Tuan Raeqal". Giliran si penolong ketua kelas Tingakatan 5 Sains 1 pula bersuara.
Kata-katanya itu membuatkan air mata yang aku tahan, mula mengalir tanpa dipinta. Aku dah cakap yang hati aku ni tisu, mereka masih juga nak bagi ayat-ayat yang buatkan aku terharu. Nak tak nak, aku menangis di hadapan kelas sekarang.
Kelihatan mereka terkejut dan cepat-cepat kesemuanya menyerbu aku. Pelajar perempuan peluk dan tepuk belakang aku yang sekarang tengah menekup wajah di tapak tangan. Aku tak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka, tapi, kalau beginilah layanannya, memang melambung bil air mata aku.
"Koranglah ni cakap yang bukan-bukan dekat cikgu. Kenapa nak ungkit-ungkit?" marah salah seorang daripada mereka.
Yang lain pula bersuara membuatkan keadaan sedikit hingar-bingar dengan suara mereka. Aku mahu bercakap, tapi aku malah semakin tersedu-sedan kerana dilayan begini. Bayangan Ayden yang masih terbaring di katil ICU mula muncul, membuatkan aku semakin tidak keruan.
"Cikgu, janganlah nangis. Maafkan saya, saya tak berniat pun nak buat cikgu nangis," pujuk si penolong ketua kelas dengan suara cemasnya. Tangan aku yang masih menekup wajah cuba dicapai dan diusap dengan kelam kabut.
Aku cuba hentikan tangisan lalu lap air mata dengan jari. Aku pandang wajah mereka semua dan aku lemparkan senyuman. Sedu-sedan aku tahan, tak mahu aku mereka dihurung rasa serba-salah. Melihatkan wajah pucat mereka membuatkan aku tergelak kecil.
"Dah, cikgu okaylah". Aku ukirkan senyuman ikhlas buat mereka.
Namun kelihatan mereka masih tidak percaya. "Kami sepatutnya jaga perasaan cikgu sekarang, bukannya suruh cikgu jadi macam sebelum ni. Maaf, cikgu". Pinta ketua kelas.
"Takde hal lah. Normal lah kamu nak cikgu jadi macam sebelum ni sebab kamu nak suasana belajar macam biasa. Pelajar lain pun macam kamu jugak, jadi cikgu fahamlah. Jangan risau. Cikgu minta maaf sebab termenangis depan kamu. Hilang macho cikgu," mendengar gurauan ringkasku, mereka pun mula tergelak.
"Cikgu jangan risau, insya-Allah Tuan Raeqal akan pulih macam biasa. Kita doakan je sama-sama. Mulut-mulut orang lain tu tak payah risau sangatlah cikgu. Diorang tu cemburu sebab tak dapat kahwin dengan Tuan Raeqal dan tak dapat kaya macam Tuan Raeqal. Cikgu ada kami, jangan risaulah. Kami sentiasa support cikgu. Kami lebih kenal cikgu daripada yang lain tah apa-apa tu," giliran pelajar kaki tidur pula memberi semangat kepada aku.
Sebab tu kita jangan suka-suka nilai pelajar kita. Sebabnya inilah, walaupun dia kaki tidur, tapi bab tolong kawan, tolong cikgu, dia hebat. Nak kata pandai tu, takdelah sangat. Cumanya akhlak dia jauh lebih baik daripada orang-orang pandai yang mengaku diri mereka sebagai orang berpendidikan, tetapi suka mengumpat dan jaga tepi kain orang.
"Thank you, korang. Insya-Allah cikgu kuat dan cuba jadi macam biasa. Okay?"
"Tak payahlah cikgu. Cikgu jadi je mana-mana cikgu nak. Yang penting jangan terlampau sedih. Ya kami faham suami cikgu sakit, tapi, kalau cikgu sedih sangat-sangat, nanti dia makin sakit. Cikgu isteri yang baik, jadi, dengan izin Allah, mesti Allah akan kabulkan jugak doa cikgu".
Senyuman bangga terukir lagi. "Pandai dah sekarang eh?" aku gelak dan diikuti oleh mereka, sedikit terhibur aku dengan budak-budak ni. Ada-ada sahaja ayat mereka yang bisa mengubati sedikit rasa sakit dan hiba di hatiku.
Pelajar adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan baik, bukan sahaja dengan ilmu, bahkan dengan akhlak dan sahsiah supaya mereka bukan sahaja pandai, tetapi juga beradab.
"Cikgu, ada kelas tak petang ni?"
"Korang nak ke?"
Mereka berpandangan sesama sendiri. "Kalau cikgu nak rehat, cikgu rehatlah. Nanti kami join kelas sebelah".
"Kamu okay ke belajar ramai-ramai?"
"Boleh je. Takpelah cikgu, cikgu rehat petang ni. Okay?"
Aku pandang pelajar yang memberi cadangan tersebut. Rakan-rakannya yang lain pun terangguk-angguk kepala. "Okaylah kalau kamu dah cakap macam tu. Kalau ada apa-apa nanti, WhatsApp cikgu tau".
Mereka senyum dan angguk kepala. Bersyukur aku sebab dalam pada ratusan manusia yang bencikan aku, ada bilangan majoriti yang masih sayangkan aku. Tak ramai, tapi cukup untuk aku rasa masih dihargai.
×××
"Puan nak pergi mana?" soal Pak Man sebaik aku melangkah masuk ke dalam kereta Honda ini. Rheo paksa supaya aku perlu ditemani oleh mana-mana driver ataupun bodyguards kalau hendak ke mana-mana, termasuk pergi dan pulang kerja. Demi keselamatan katanya dan papa pun izinkan sebab sekarang peminat Ayden sedang mengganas.
"Kita singgah kubur Haq sekejap, boleh tak?"
Pak Man pandang aku dari cermin pandang belakang seraya anggukkan kepalanya.
"Puan dah solat dah?" soalnya lalu meninggalkan perkarangan sekolah. Beberapa pasang mata masih memandang aku dengan riak tidak puas hati. Lantak.
"Dah. Pak Man dah makan tak? Kalau belum, kita singgah restoran kejap".
"Dah, puan. Makan sekali dengan Tuan Besar tadi," jawabnya. Aku angguk faham.
Keadaan sunyi seketika. Aku hanya mampu gesek gambar Ayden di dalam telefon bimbitku. Sesekali aku tersenyum sendiri melihat foto yang entah berapa ribu kali sudah aku tengok sejak daripada hari tu sudah.
Gambar Ayden tertidur, gambar Ayden masak, gambar Ayden kemas rumah, gambar Ayden buat muka stress sebab banyak kerja, gambar dia dekat swimming pool, gambar dia masa ambil gambar aku dan banyak lagi. Gambar-gambar inilah pengubat rinduku pada dia. Rindu yang tiada berkesudahan.
Satu gambar yang paling aku suka iaitu gambar Ayden buat muka tak senonoh. Aku suka sebab kalau dalam Instagramnya, mesti dia akan muatnaik gambar yang kacak-kacak sahaja. Tapi dalam koleksi aku, ada banyak muka-muka pelik yang dia buat. Walaupun pelik, tapi tetap kacak pada pandangan aku.
Kuasa cinta.
"Macam mana keadaan puan? Dah makin okay ke?" suara Pak Man memecahkan kesunyian antara kami. Serta-merta aku tutup telefon bimbit dan mula balas pandangannya melalui cermin pandang belakang itu.
"Okay je. Cuma kadang-kadang tak tahan dengar mulut orang".
Aku guru biasa, bukan public figure seperti Ayden. Aku tiada penasihat peribadi sebab sebelum ini aku fikir aku tidak perlu semua itu. Bukannya orang tahu aku ini isteri Ayden. Tapi hari ini, barulah aku merasa sebenar-benar tekanan bergelar isteri kepada orang kaya.
Kalau sebelum ini hidup aku indah, kalau ada yang mengumpat pun dua tiga orang. Tapi kali ini, bilangannya berganda-ganda lebih ramai daripada sebelum ini. Manusia mana yang tahan? Lagi-lagi aku ini hanyalah rakyat marhaen, apabila diberi tekanan seperti ini, sumpah aku tak dapat nak lawan. Aku tak kuat dan aku rasa, aku bukan lagi seketul Nureen Raisyha yang lama.
"Abaikan jelah mulut orang, puan. Mereka bukan tahu pun apa yang puan lalui. Lagipun, Tuan Rheo kan ada bagi nasihat sikit-sikit dekat puan. Jadi, puan ikutlah apa yang dia nasihatkan," ujar Pak Man lagi.
Ya, setakat ini, Rheolah yang paling banyak tolong aku hadapi mulut-mulut manusia. Kalau adik-beradik Ayden tak tahu sangat sebab kata mereka, hanya Ayden seorang sahaja yang menjadi tumpuan orang ramai manakala yang lainnya tidak. Jadi, sebab itulah mereka kurang tahu sangat tentang cara hadapi situasi aku sekarang.
Papa pula kembali uruskan syarikat. Pernah disuruh Rheo untuk ambil alih sementara, tapi Rheo menolak sebab dia risau jadi apa-apa pada syarikat. Nenda pun tidak mahu mengambil sebarang risiko, jadinya dia bersetuju untuk berikan semula tugas kepada papa. Dan nasib baiklah papa jenis yang bukan gila kuasa, jadinya dia ajar Rheo sedikit demi sedikit urusan syarikat. Daddy dia pula uruskan syarikat di luar negara sekarang.
Jadinya dia lebih banyak masa di luar, bukan di dalam negara. Termasuk mummy Rheo sebab dia temankan suaminya. Tapi keluarga itu memang sangat baik dan humble. Antara keluarga yang menjadi pemangkin semangat aku untuk terus bertahan sampai ke hari ini. Dalam masa sehari, pasti mereka akan buat panggilan kepada aku dan berikan kata-kata semangat.
"Terima kasih, Pak Man sebab faham keadaan Aisyh. Doakan supaya Aisyh kuat lalui semua ni".
"Aamiin. Tapi puan memang kuat pun. Kalau isteri orang lain, mesti dah lari dah kalau berada dalam situasi sekarang".
Aku senyum kelat. "Tak mungkinlah. Aisyh yakin ramai lagi isteri-isteri hebat dekat luar sana, jauh lebih hebat daripada Aisyh".
Isteri yang tabah aku dah baca banyak dah dalam laman sosial. Jaga suami yang kurang upaya, masih setia kepada suami walaupun dicurangi, tahan jiwa raga walaupun tak disukai mentua, suami curang masa tengah pantang dan macam-macam lagilah yang aku baca.
Semua orang ada bahagian masing-masing, kata mak dan aku sangat setuju. Dan bahagian itulah sesuai dengan kemampuan diri sendiri.
"Dan puan antaranya," ujar Pak Man lagi, mengundang senyum nipis aku. Pak Man yang sentiasa berikan nasihat berguna setiap kali dia menjemput aku. Ada sahaja motivasi yang dia berikan kepada aku.
Tak lama kemudian, kami pun sampai di kawasan perkuburan. Setelah kereta diletak di tempatnya, aku dan Pak Man pun menuju ke pusara Haq.
"Assalamualaikum, Haq". Ucapku sebaik sahaja aku tiba di situ. Kemudian, aku pun labuhkan punggung di atas selipar. Kaki tak kotor sangat sebab aku berstokin.
"Pak Man kalau nak rehat, rehatlah. Aisyh nak baca Yaasin kejap untuk arwah Haq".
Pak Man gelengkan kepala. "Biarlah kita baca sekali. Lagipun saya kan ditugaskan untuk lindungi keselamatan puan".
Aku angguk faham. Kemudian, kami pun sama-sama bacakan Yaasiin untuk Haq dan sedekahkan beberapa potong doa buatnya. Semoga dia tenang di sana bersama-sama orang beriman.
Aamiin ya Rabb.
×××
"Puan, kita singgah Petronas kejap. Saya nak buang air".
Mendengarkan kata-kata Pak Man, terus aku tergelak. "Okay".
Setibanya di stesen minyak Petronas, terus Pak Man keluar. Aku pun keluar dan turut menuju ke tandas perempuan.
Setelah hajat ditunaikan, aku pun keluar dan baru beberapa langkah aku meninggalkan tandas perempuan, tiba-tiba aku terserempak dengan Ammar Faiz.
"Eh, Aisyh!" tegurnya dengan nada teruja. Antara manusia yang langsung tak ambil kisah dengan status aku sekarang dan tak henti-henti menyuruh aku untuk kembali kepada dia.
Aku balas hanya dengan senyuman sinis. Apabila aku ingin melangkah meninggalkannya, dia halang aku. Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan.
"Apeni Faiz? Tepilah!" tempikku geram. Memanglah tiada orang di sini, tapi, aku kena sentiasa berhati-hati sebab bawang ada di mana-mana. Sebab apabila nama aku buruk, aku akan bawa nama Ayden sekali bersamaku.
"Aisyh, dahlah. Aisyh ikut saya, kembali dekat saya. Saya janji saya akan jaga Aisyh baik-baik," inilah ayat yang menjadi rutin bibir Ammar Faiz. Ayat yang aku rasa nak lempang dia hidup-hidup. Tak faham bahasa!
"Kalau dulu awak macam ni, mungkin saya terima. Sebab masa tu saya masih cintakan awak. Tapi, nama awak sedikit demi sedikit hilang lepas awak pilih untuk tinggalkan saya dan sekarang, sikit pun nama awak tak terlintas pun dalam hati saya sebab sekarang, saya hanya cintakan suami saya," berombak ganas dadaku saat ini. Kenapa di saat aku hilang tempat bergantung begini semua orang seolah-olah mencabar kemarahan aku?
Ammar Faiz tersenyum sinis sambil dia berjalan mengelilingiku. "Aisyh, kenapa Aisyh pilih lelaki macam tu? Dia dah koma, Aisyh. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa dia. Tapi takpe, bila dia dah takde nanti, saya sentiasa buka pintu hati saya untuk terima Aisyh semula. Saya akan...."
Belum habis ayat itu dituturkan, ringan tangan aku naik menampar kuat pipinya, hampir-hampir bibir itu kena. Dan alamatnya, pipi Ammar Faiz mempunyai tanda merah sebab tamparan kuat daripadaku.
"Kau jangan nak biadab, Faiz! Mulut kau jangan nak kurang ajar sangat! Walau apapun yang jadi, aku takkan bodohkan diri sendiri untuk pilih kau. Sebab kau manusia terbodoh aku pernah kenal dalam dunia ni! Dalam hidup aku, kahwin dengan Ayden adalah keputusan yang paling tepat dan kenal dengan kau adalah kesilapan terbesar aku pernah buat," aku mula melangkah meninggalkan dia pergi.
Tapi, baru sahaja aku mengatur beberapa langkah, tiba-tiba tangan aku ditarik ke belakang. Aku yang sangat terkejut terus meronta minta tolong. Tapi, tubuhku dipeluk dari belakang dan dibawa ke bahagian belakang stesen minyak manakala mulutku ditekup dengan tangan.
"Aisyh yang paksa saya buat macam ni". Bisiknya sambil menghembus nafas dengan laju.
"First, you kena tahu kelemahan orang yang nak serang you". Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Ayden di dalam kotak mindaku.
"You pun boleh tahan kuat. I'm so proud of you," lagi dan lagi suara Ayden bergema di dalam mindaku membuatkan aku ingin praktiskan segala tunjuk ajar Ayden selama ini.
Mula-mula, aku gigit kuat-kuat tangan Ammar Faiz membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan dan melepaskan tekapan tangannya pada mulutku. Kemudian, aku pun menyiku perut Ammar Faiz membuatkan dia sekali lagi melepaskan pelukannya pada tubuh kecilku.
"Kick his balls and run away". Seperti arahan Ayden, apabila Ammar Faiz memegang perutnya, cepat-cepat kakiku menyepak di celah kangkangnya dengan kuat. Sudahlah hari ini aku pakai wedges, jadi, aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya lelaki itu saat ini.
Yang pasti, jeritan Ammar Faiz semakin kuat tetapi aku abaikan malah aku lepaskan wedges di kaki dan berlari menuju ke tempat kereta yang diparkir secepat mungkin.
Cepat-cepat aku buka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Pak Man pandang aku dengan pelik. "Kenapa Puan Aisyh tercungap-cungap ni?"
"Pak Man, gerak cepat!" tanpa menjawab soalan Pak Man, aku pun memberi arahan dan kemudiannya terbatuk-batuk sebab nafas berpusu-pusu memenuhi ruangan peparu.
Apabila kereta sudah meninggalkan kawasan tersebut, aku pun terus bersandar pada kerusi kereta sambil picit dahi yang berdenyut. Aku hampir trauma!
"Kenapa ni puan?" Pak Man mengulang kembali soalan yang tidak dijawabku tadi.
"Saya hampir kena rogol," jawabku terus-terang. Mendengar jawapanku, terasa kereta hampir dibrek mengejut tapi tak lama, mungkin sebab Pak Man masih lagi mampu berfikir dengan baik, jadinya dia cepat-cepat pandu secara normal.
"Macam mana boleh jadi macam ni, puan? Puan kenal ke orang tu? Kalau tak kenal, puan nampak muka dia ke?" tanya Pak Man bertalu-talu dengan nada cemas.
Aku hela nafas, mengatur nafas yang agak tercungap. "Kenal, bekas saya dulu. Tadi kami terserempak. Dia cakap dia nak saya kembali dekat dia. Tapi, sebab saya tolak, dia nekad nak rogol saya".
Terus mengucap Pak Man mendengar ceritaku, apatah lagi apabila mendengar suaraku yang terketar-ketar menceritakan hal tersebut kepadanya. "Maafkan saya puan sebab saya takde dekat situ masa puan minta tolong. Saya ingatkan puan ada dekat dalam beli makanan. Sepatutnya saya cari mana puan, bukannya ikut perasaan saya saja. Maaf puan".
Bersungguh-sungguh Pak Man meminta maaf daripada aku. Kasihan pula aku mendengar nadanya yang kedengaran kesal dengan apa yang terjadi. "Pak Man, bukan silap Pak Man pun. Benda dah nak jadi. Lagipun, Ayden dah ajar saya cara nak pertahankan diri, jadi, Alhamdulillah lah Aisyh taka pa-apa".
Aku tak mahu panjangkan lagi isu ini. Aku tak nak perasaan takut dan trauma menguasai diri. Aku tak nak mental aku lemah saat ini sebab tulang belakang kepada emosi aku masih lagi terlantar di hospital. Jadinya, aku kena belajar kuat luar dan dalam supaya kesihatan mental dan fizikal aku sentiasa dalam keadaan yang baik.
Pak Man hela nafas. Dari cermin pandang belakang pun aku dapat lihat wajahnya yang kerisauan. "Syukurlah kalau tuan pernah latih puan. Nampaknya tuan sentiasa jaga keselamatan puan. Walaupun jasadnya masih terbaring dekat hospital, tapi jiwa tuan sentiasa ada di sisi puan".
Aku tersenyum mendengarnya. Ya, Allah izinkan Ayden untuk jaga aku.Dan sekali lagi terima kasih kepada segala ajaran Ayden kepadaku selama ini. Kalaulah Ayden tak ajar aku tentang cara pertahankan diri, aku tak tahu apa dah jadi dekat aku sekarang. Aku yakin aku dah perlukan pakar psikologi untuk ubatkan jiwa aku.
Alhamdulillah, berkat ilmu yang Ayden kongsikan, dapatlah aku manfaatkan hari ini. Thank you Allah sebab selamatkan maruah aku hari ini dengan titipkan kekuatan yang sedikit luar biasa untuk aku daripada yang sebelumnya.
And special thanks to my lovely Abang. You're the real Knight in Shining Armor, yang sentiasa lindungi saya walau di mana pun awak berada saat ini. I miss you so much. Please wake up, I'm waiting for you.
No, we are waiting for you. Semua orang tengah tunggu Abang sihat macam dulu. Bangun please?
#Ada peluang ke Ayden sedar? Ke, dia pergi dulu masa rahsia sikit2 trbongkar?
Stay tuned ?? Thanks kepada 6K followers.
#Pray4Ayden
Next update insya Allah will be on 15/1/2018 or 17/1 2018. ??
Share this novel