Chapter yang membengongkan. ?? Sis dah warning, jadi, harap xde orang salahkan sis kalau ada yang bengong lepas ni ??
Do vote n comment btw ??
?
AYDEN??AISYH
BADANKU terasa agak lenguh dan terasa katil agak sempit. Jarang aku bangun pagi rasa macam ni. Aku tak mengiring kiri kanan ke semalam sampai-sampai aku rasa lenguh begini? Dan, kenapa wangian depan aku sekarang agak lain berbanding hari-hari sebelumnya?
Takkan Rheo tukar bauan bilik dengan bau lain? Dan, wangian ini sangat familiar dekat hidung aku.
Pinggang aku pula terasa dihempap sesuatu. Bilik ini sangat gelap, jadi aku tak dapat tengok apa-apa. Dan, takkan aku mimpi lagi kot?
Baru sahaja aku ingin mengalihkan sesuatu di pinggangku, kedengaran ada bunyi orang menggumam. Betul-betul di hadapanku. Perogol ke? Jangan-jangan semalam aku kena pukau dan dia menyamar jadi Ayden? Kalau betul, maknanya aku kena cium orang lain yang bukan suami aku!
Perlahan-lahan aku alihkan tangan manusia durjana itu dari pinggang dan apabila aku sudah berjaya, aku pun mula mengesot ke arah sisi katil untuk mencapai telefon bimbit. Apabila aku capai, aku onkan telefon dan dengan menggunakan cahaya malap itu, aku pun suluhkan ke arah wajah manusia itu.
Terus aku terkedu apabila melihat wajah itu. Aku tampar pipiku berkali-kali untuk memastikan sama ada aku mimpi, tapi ternyata tidak. Tak! Aku tak mimpi! Lelaki yang sedang lena tidur di sebelahku, dengan tangannya memeluk pinggangku itu sebenarnya Ayden!
Pantas tanganku menekan suis yang terletak di sisi katil membuatkan beberapa lampu di dalam bilik ini terpasang dan kali ini, memang sah dia adalah Ayden. Macam mana dia boleh ada dalam bilik ni? Rasa-rasanya, aku kunci rumah semalam dan satu-satunya orang yang ada kunci pendua adalah.. ya, Rheo!
"Apa awak buat dekat sini, hah?" jeritku lalu memukul badan Ayden yang sedang lena mengiring ke kanan itu dengan bantal.
Memang kuat sebab sangat jelas bunyi hempukan aku apabila bantal bertemu tubuh Ayden. Apatah lagi melihat lelaki itu bangun dengan wajah yang agak cemas dan bingung, membuatkan aku rasa nak hempuk banyak kali.
Mungkin dia sudah tersedar, jadi, dia pun cepat-cepat raup wajahnya sambil mata kuyu itu memandangku. "Kenapa ni Aisyh? Tak boleh ke bangunkan abang elok-elok?" walaupun terkilan, namun nada suaranya tetap lembut menyoal. Ah, hipokrit!
Abang? Dia bahasakan diri dia abang? Ingatan dia dah pulih ke?
"Apa awak buat dekat sini?" soalku sekali lagi. Abaikan kemungkinan yang Ayden dah pulih ingatannya. Pulih tak pulih, realitinya tetap sama. Dia tetap akan pilih Hazel berbanding aku. Itu yang pasti.
Ayden tidak menjawab, sebaliknya dia tarik dan hela nafas sambil sesekali dia menjeling ke arah aku. "Come here". Tangannya menggamit supaya aku datang dekat dengannya, tapi aku gelengkan kepala. Aku tak nak dekat dengan dia.
"Kan abang dah cakap semalam, abang akan jelaskan semua".
Berkerut keningku mendengarnya. "Semalam?" jangan cakap semalam itu bukan mimpi? Aku beria paksa dia peluk aku semalam, bukan mimpi? Biar papaya?!
Ayden angguk sambil sandarkan badannya pada kepala katil. "Dah agak dah Aisyh mesti mamai semalam. Jadi, abang nak bagitau sekali lagi, abang akan jelaskan semuanya. Tapi Aisyh kena hadap risikonya".
"Dahlah Ayden. Awak tak perlu nak jelaskan apa-apa lagilah. Semua memang dah terang lagi nyata, awak kahwin dengan saya sebab awak nak lepaskan rindu dekat Hazel. Awak ingat Hazel meninggal, so awak cari perempuan yang sama dengan Hazel dan kebetulan awak jumpa si bodoh yang sama wajah dengan Hazel. Jadi, awak buat keputusan untuk kahwin dengan dia sebab awak tahu, si bodoh tu akan terima awak dan mesti akan hanyut punya dalam kata dan janji manis awak. Jadi, awak pun dapatlah lepaskan rindu dekat Hazel awak tu tanpa awak peduli apa perasaan saya bila saya dapat tahu nanti.
Saya nak buat apa? Saya tak boleh buat apa-apa sebab kuasa talak dekat tangan awak. Kalau ikutkan hati saya, andailah perempuan tu ada kuasa talak, memang saya ceraikan awak dengan talak tiga. Tapi, nasib baik saya tak ada kuasa talak. Kang tak pasal-pasal awak jadi duda".
"Sebab tu Islam tak letakkan kuasa talak dekat isteri. Sebab nilah, suka ikut emosi". Potong Ayden membuatkan aku rasa semakin menyirap.
"Saya beremosi pu sebab awak tau. Kalaulah saya boleh berpoligami, memang saya akan kahwin lebih daripada seorang tahu tak! Supaya awak dapat rasa, apa perasaan diduakan. Apatah lagi kalau awak berada dekat tempat saya. Yang bakal diduakan dengan bekas kekasih suami sendiri!" bangun tidur, terus bergaduh. Hah, hebat sangat!
Ayden pula hanya pandang sahaja aku dengan riak tenangnya. Alah, mana tak tenangnya kalau lepas ni dia nak minta izin aku supaya kahwin dengan Hazel. Ah lantak, kalau nak kahwin, kahwinlah. Tapi aku tak nak bermadu. Aku nak dia lepaskan aku.
"Lagi? Ada yang Aisyh nak luah lagi?" dengar soalan Ayden, rasa macam aku dipermainkan saja. Aku serius dengan kata-kataku, tapi itu yang dia balas? Hah, laki nak berpoligami memang macam ni eh? Bila dah dapat yang baru, perasaan isteri lama sakit ke tak, lantak dialah.
"Dahlah pilih perempuan yang lagi tua daripada saya. Takde taste sangat". Rungutku perlahan sambil mengesat air mata sendiri.
Kali ini Ayden tergelak kecil. Hah, seronok sangatlah tu. Gatal sangat dah batin tu agaknya nak berbini dua.
"Aisyh masih kelakar macam biasa. Okay, kalau abang bagitau ni, Aisyh yakin mental Aisyh dah sedia?"
Wei! Dalam banyak-banyak benda aku cakap tadi, sikit je dia ulas dan sekarang dia dah nak tukar topik? Apa ni?
Aku diam sahaja. Memang aku dah siapkan mental lama dah. Tapi macam yang aku selalu cakap, aku takkan terima kalau dia nak duakan aku. Memandangkan aku isteri yang baik, aku pun tak nak susahkan dia dekat akhirat nanti sebab tak dapat berlaku adil, jadi seeloknya aku minta untuk dilepaskan. Aku pun dah penat jadi isteri derhaka, asyik kutuk suami sahaja. Apatah lagi kalau dapat madu Si Hazel tu, memang dua-dua aku kutuk. Jadi, untuk elakkan diri aku daripada terus bergelumang dengan dosa berat ni, baik aku minta lepas awal-awal.
Baik untuk kedua-dua pihak.
Mungkin melihat aku diam, Ayden pun bersuara. "I'll take your silence as a yes". Ayden jedakan ayatnya sambil tangannya memanjang untuk mencapai tanganku, tapi aku tepis dan serta-merta keluhan berat terlepas daripada bibir Ayden.
Sesaat, dua saat, tiga saat, empat saat... Kami diam. Aku pun tak tahu kenapa aku tercongok duduk di sini menanti kata-kata Ayden walaupun aku tahu apa yang bakal dikatakan sebentar nanti. Tapi tulah, nak juga tadah hati sendiri bagi sakit. Dengar secara langsung daripada bibir Ayden.
Ayden tarik nafas dan menghela perlahan. Wajahku dipandang dengan riak risau. Tak payah risaulah Ayden, saya dah biasa sangat patah hati. Sakit sekarang, dua tiga tahun nanti, saya kahwin lain.
"Aisyh, Hazel yang Aisyh cemburukan, Hazel yang Aisyh fikir akan kahwin dengan abang lepas ni, Hazel yang sakitkan hati Aisyh dan segala benda buruk yang Aisyh fikir tentang Hazel, dia bukan Ana. Nak tahu tak siapa Hazel tu?" Ayden kini sudah memandang aku dengan pandangan yang agak dalam dan semestinya aku memang agak terkejut mendengar kata-kata Ayden.
Hazel dan Kak Ana orang yang tak sama? Ah sudah, maksudnya aku masih belum tahulah Hazel kat mana sekarang? Atau sememangnya, Hazel betul-betul dah meninggal?
"M-maksud awak?" aku menyoal pelik dengan kening yang semestinya sudah berkerut seribu.
Perlahan-lahan Ayden mengesot mendekatiku dan kali ini, aku biarkan sahaja apabila tangannya menggenggam jemariku. Adakah sebab aku sudah mulai lega mendengar berita ini? Tapi, apa bezanya? Ayden tetap kahwin dengan aku sebab Hazel. Kenyataan yang takkan pernah bertukar sampai bila-bila.
"Sayang, Nureen Raisyha dan Hazel Ryanna adalah orang yang sama". Tiba-tiba denyutan di kepalaku terasa kuat sebaik sahaja mendengar kata-kata Ayden. Adakah ini risiko yang Ayden maksudkan tadi?
Aku lepaskan tanganku daripada genggaman Ayden lalu aku mencengkam rambutku yang terikat rapi tadi. Aku gelengkan kepala tanda aku tak faham. Tapi terasa macam ada sesuatu yang bermain di minda, tapi aku tak dapat nak hadam.
Nama Ayden terus bermain di minda dan apabila mendengar perkataan Hazel, otak aku semakin bekerja keras membuatkan aku rasa sakit kepala yang amat.
"Sayang, are you okay?" Ayden kedengaran cemas sambil bahuku dipegang kedua-dua belahnya.
"Sayang!"
"A-apa awak m-merepek ni? M-macam mana a-awak boleh katakan y-yang saya dan H-Hazel orang yang sama? A-awak nak buat ke-kelakar ke?" mataku terpejam kuat, rasa sakit ini kembali lagi. Tapi kali ini terasa lebih dahsyat. Seakan-akan seperti disumbatkan sesuatu.
Dan tiba-tiba, aku rasa aku tak sedarkan diri. Benda terakhir yang aku ingat adalah, aku rebahkan diri di atas paha Ayden sebelum segalanya lenyap dari ingatan.
×××
"Kenapa sampai sekarang awak tak nak bagitau saya nama sebenar awak?"
"Emm, tak payahlah. Awak kenal je saya dengan Hazel Ryanna".
"Tapi kenapa?"
"Sebab, saya nak awak tahu nama sebenar saya lepas kita kahwin nanti".
"Ada ke macam tu? Tak pernah dibuat orang".
"Ada. Saya".
"Tapi.. family awak terima ke saya? Saya ni dahlah tak cantik, gelap, miskin pulak tu. Sedangkan awak, kaya. Walaupun muka tak handsome sangat, rambut pun macam penyapu, tapi sekurang-kurangnya awak kaya. Mesti family awak tak bagi kita kawan kalau diorang tahu saya ni miskin, kan?"
"What the 'park', Hazel? Suka hati awak je nak hina saya? Siapa cakap awak tak cantik? Awak cantiklah. Walaupun gelap, tapi awak manis. Macam coklat. Coklat tu manis kan? Dan sepatutnya saya yang tak layak untuk awak sebab macam yang awak cakap, muka tak berapa nak handsome, rambut macam penyapu dan tambah satu lagi, saya ni kurus kering. Mesti susah nak lindungi awak".
"Dahlah Ayden. Kenapa kita tiba-tiba kutuk diri sendiri ni? Takpe, saya terima awak seadanya dan saya bersyukur awak dapat terima saya seadanya. Tapi tulah, saya risau family awak tak restu. Kalau mak dan abah memang diorang setuju".
"Don't worrylah, Hazel. Saya akan buat apa je untuk kahwin dengan awak. Lagipun saya ada ilmu sikit-sikit tentang bisnes. Jadi, saya akan gunakan ilmu tu untuk mulakan hidup baru dengan awak andai kata saya akan dibuang keluarga".
"Lah, janganlah sampai macam tu. Mana tahu awak ada jodoh yang lagi baik daripada saya?"
"Nope. Takkan ada perempuan yang ikhlas terima saya macam awak terima saya. Ingat apa yang saya cakap ni, kalau awak tak dapat saya, orang lain pun tak berhak nak dapatkan saya. Dan saya akan buat apa saja untuk sama-sama dengan awak. Ingat tau!"
"Ya, ingat. Gelilah cakap pasal ni. Sembang pasal lain nak tak?"
"Apa dia?"
"Bila awak balik kem tentera? Awak ni nakal tau, suka hati je keluar kem. Awak bagi alasan apa sampai senang-senang je keluar macam ni? Dahlah balik Malaysia".
"Takde alasan. Janji tahu jalan tikus, dapatlah keluar. Lagipun, family sedar saya balik Malaysia ni pun lepas jurulatih call papa".
"Dahsyat! Tak sia-sia muka macam banduan!"
"Hazel!"
Bunyi tawa bergema. Tawa lelaki dan perempuan. Dan, aku nampak perempuan tu macam aku zaman remaja dahulu dan lelaki tu aku tak cam sebab mukanya agak asing bagiku. Tapi, kalau dengar dialog mereka, lelaki itu dipanggil sebagai Ayden?
"Aisyh". Pipiku terasa ditepuk-tepuk perlahan, membuatkan mimpi tadi melayang pergi. Buka sahaja mata, wajah pertama yang aku nampak adalah Ayden.
Mungkin melihat aku yang kini sudah terbuka mata, terus tubuh lemahku dipeluk dan kemudian seluruh wajahku menjadi sasaran bibirnya. Wajah yang tadinya cemas, kelihatan sedikit lega sekarang.
"Sorry, abang tak bermaksud nak sakitkan Aisyh". Pinta Ayden sambil mencium jemariku bertalu-talu.
Aku diam seketika, masih cuba menghadam apa sebenarnya yang jadi. Tadi aku pengsan masa Ayden cakap aku adalah Hazel dan lepas tu, aku mimpi tentang dua orang remaja di mana seorang itu semestinya aku dan seorang lagi mungkin Ayden.
Bila aku bangun, aku berada di dalam bilik berbau ubat ini dan baru aku teringat yang aku belum solat subuh. "Ayden..." perlahan namanya aku panggil sebab tekak terasa agak kering.
"Kenapa, sayang?"
"Saya.. nak solat".
"Sayang larat bangun? Kalau tak, biar abang yang angkat Aisyh". Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Badanku tidak terasa sangat lemah, yang sakit sekarang hanyalah otak aku. Mungkin terkejut menerima maklumat baharu.
Baharu ke? Tapi, macam dah lama sangat rasanya.
Aku tertanya-tanya apa yang jadi sebenarnya dekat aku. Tapi buat masa sekarang, aku ambil keputusan untuk solat subuh terlebih dahulu. Dari tingkap pun aku masih belum melihat cahaya fajar menjelma, maksudnya sekarang masih berada dalam waktu subuh.
×××
"Apa dah jadi sebenarnya?" dengan telekung yang masih tersarung pada tubuh, aku memandang wajah Ayden yang sedari tadi matanya tidak lepas memandangku. Baru seminggu kena tinggal, dah tumbuh bulu-bulu halus di wajahnya. Rambut pun panjang dan serabut, sama macam pagi tadi.
"Aisyh rehatlah dulu. Yang pasti, Aisyh okay. Cuma, jangan paksa otak untuk fikir banyak-banyak". Senyuman manis diberikan, senyuman yang aku sangat rindui.
Tapi aku tidak membalas, hati aku masih sakit sebab aku tak tahu hal sebenar.
"Saya dekat mana ni?"
"Aisyh dekat klinik mini resort Rheo". Jawab Ayden.
Aku angguk faham sambil melepaskan tanganku daripada Ayden. Sekalipun aku adalah Hazel, tapi apabila teringatkan saat Ayden bertemu Kak Ana tempoh hari, hati aku menjadi sakit semula.
"Aisyh marahkan abang?" soalan Ayden aku biarkan dan aku ambil keputusan untuk berbaring sebab denyutan di kepala masih terasa agak sakit. Ayden pula menghela nafas sambil dia berdiri melepaskan telekung daripada tubuhku dan kemudiannya menarik selimut hingga ke paras dada.
"Abang mandi kejap. Aira dan Salwa akan masuk jaga Aisyh lepas ni. Lepas abang siap mandi, abang belikan Aisyh sarapan. Aisyh nak makan apa?"
Bisu, aku hanya membalas dengan isyarat gelengan kepala. Tiada selera. Aku memang rindu, tapi sakit di hati lebih mendominasi hati aku sekarang.
Kepalaku yang berbalut tudung sarung, Ayden usap sambil dia tayang wajah sayu. "Aisyh kena makan sebab abang dengar Rheo selalu cakap yang sayang mengidam makanan yang bukan-bukan sekarang. Lusa kita pergi hospital untuk cek Aisyh sama ada Aisyh pregnant ke tak dan.. abang harap Aisyh pregnant". Dia mengukir senyuman nipis sambil kepalanya ditundukkan ke arah perutku.
"Daddy harap anak daddy dah ada dalam perut mommy". Bisiknya dekat perutku. Automatik mataku terasa panas sebaik sahaja bibir Ayden dilabuhkan pada perutku manakala tangannya mengusap sisi pinggangku. Terus aku seka airmata, tidak mahu Ayden menangkap emosiku sekarang.
Tapi, betul ke aku dah mengandung?
"Abang keluar kejap, sayang. Assalamualaikum," kini bibirnya menuju pula ke pipiku, lama.
Tiba-tiba pintu kedengaran terbuka dari luar. "Alah, tengah bercium rupanya. Sorry, sorry. Korang ni pun, kuncilah pintu kalau buat projek suami isteri". Suara Salwa kedengaran agak terkejut lalu dia menutup semula pintu.
Wajahku kemerahan manakala Ayden sudah tersenyum lebar dan matanya kelihatan berair. Apeni, dia menangis ke? Halah-halah, aku lemah ni kalau tengok lelaki menangis. Lagi-lagi kalau lelaki itu adalah Ayden.
"Masuk". Arah Ayden sambil berdiri tegak di sisi katilku.
Teragak-agak Salwa dan Aira masuk dan apabila melihat keadaan 'bersih', mereka pun hela nafas lega. Begok. Haha.
"I keluar dulu. Tolong jagakan Aisyh. Mak, abah dan Ash mana? Dah sampai?"
"Belum lagi. On the way". Ayden angguk dengar jawapan Aira.
Setelah belakang tanganku diciumnya, terus dia bergegas keluar.
"Aisyh woi. Tembamnya kau! Patutlah laki kau tak lepas cium pipi kau!" suara Salwa kedengaran teruja sambil dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah katilku.
"Hmm, aku takde kerja lain dekat sini. Seminggu ni kerja aku melantak jelah. Ayden ke call korang datang sini?"
"Bukan, Rheo yang call sebab takde doktor yang bertugas hari ni dekat sini. Nak hantar kau pergi hospital, Rheo cakap resort ni jauh dari hospital. Tu pasal dia suruh Ayden hantar kau pergi sini dan kebetulan aku dan Salwa dah sampai sini pagi tadi".
"Kau buat apa pergi sini? Cuti?"
"Ha, tulah kau. Siapa suruh lari dari rumah? Banyak benda kau ketinggalan tahu tak!" Salwa buat-buat marah.
"Kenapa?"
Aira dah kemerahan wajah. Dah kenapa ni?
"Rheo nak sambut birthday Aira dekat sini malam nanti". Mendengar jawapan Salwa, keningku terus berkerut. Jangan cakap yang....
"Ha, apa yang kau fikir, itulah jawapan dia. Rheo dan Aira tengah dilamun cinta. Rheo tak bagitau kau ke?"
Aku gelengkan kepala. Patutlah Rheo nampak macam sibuk dua tiga hari ini dan tanya apa yang Aira suka. Patutlah dulu dia minta nombor telefon Aira. Masa tu aku tak syak apa-apa sebab dia cakap, memandangkan Aira ni doktor, jadi senang nak jadikan Aira sebagai doktor peribadi lepas dia habis belajar nanti katanya.
Tak sangka peribadi tu betul-betul peribadi.
Laju tangan aku menampar lengan Aira. "Weh! Berapa lama dah kau hah? Tak bagitau aku pun!"
"Aku memang nak bagitau. Tapi dah kau culik bakal suami aku lepastu block nombor aku, nak bagitau apanya?" berbahang pipiku mendengar kata-kata Aira. Sumpah aku tak tahu yang mereka berdua sedang menjalinkan hubungan.
Kalau aku tahu, memang taklah aku gatal-gatal suruh Rheo temankan aku. "Sorrylah. Aku mana tahu. Bila dah?"
"Masa kau selamba badak bagi dia nombor aku".
"Dia mesej dan kau terus terima?"
"Tak jugak. Aku terima dia sebulan selepas Ayden bangun koma tu. Masa kau bagi nombor aku kat dia, kitorang kawan-kawan je. Aku langsung tak terfikir akan terima dia". Perlahan-lahan Aira menyuarakannya dengan pipi yang semakin kemerahan.
"Baru lagi? Gilalah! Kenapa aku tak tahu pun?" sekarang aku dah terduduk sebab teruja sangat membuatkan Salwa terkekek ketawa melihat kami berdua.
"Ee, dahlah! Dah kenapa sembang pasal aku pulak? Ha kau, macam mana kepala? Masih rasa pusing-pusing?"
"Berita tergempar kot. Pasal kepala, ada rasa denyut-denyut sikit. Tapi okay dah, tak sakit macam pagi tadi". Jawabku sambil membetulkan dudukku.
"Kau tak bagitau pun kau pernah accident sampai amnesia. Nasib baik aku call mak kau, dia cakap lama dah kau amnesia. Sebab tak dapat bayar kos rawatan kau, terpaksa biarkan ingatan kau pulih sendiri. Aku dah cek tadi dekat otak kau, nasib baik takde darah beku. Cuma kesan retak tu masih ada. Kesihatan lain semua okay, kecuali tekanan darah kau. Aku cek tadi agak tinggi sikit. Kau stress sangat ke?" Aira dah mula berperanan jadi doktor dan semestinya kata-kata dia membuatkan aku agak terkejut. Sekali lagi aku menerima berita baharu.
Aku amnesia?
"Kau cakap aku pernah accident lepas tu amnesia?"
"Kau tak tahu?"
Aku gelengkan kepala. "Tak".
"Hmm. Kau rilekslah. Jangan paksa otak kau nak ingat sangat. Apa yang kau kena tahu sekarang, mak kau cakap kau pernah accident sampai koma. Kalau tak silap, masa tu umur kau 21 tahun sebab masa tu aku dekat Australia tengah belajar, dekat nak tiga bulan kau tak call aku. Aku ingat kau busy dengan kolej, so aku tak nak kacau. Rupa-rupanya, mak kau tak bagitau siapa-siapa pasal ni. Hanya dia, abah dan Ash je yang tahu. Bila kau sedar, kau ingat umur kau 17 nak masuk 18 tahun dan ya, kau masih ingat kau tu siapa, cuma ingatan kau terhad sampai kau habis SPM je. Untuk tahun lepas tu, kau tak ingat lagi dah.
Dalam setahun kau amnesia tu, kau dah mula ingat balik. Tapi, lepas mak kau tanya apa yang buatkan kau accident, terus kau jerit-jerit dan pengsan. Jumpa doktor, doktor cakap kau trauma. Sebab tulah, family kau tak pernah lagi sebut pasal accident tu dan hanya mampu harapkan keajaiban je untuk pulihkan balik ingatan kau.
Aku tak tahu apa yang Ayden dah buat dekat kau sampai-sampai benda dulu jadi balik. Aku tak yakin kau boleh sembuh, tapi, nasihat aku, kalau kau nak tahu hal sebenar apa yang dah jadi masa kau accident, kau mesti berusaha untuk ingat balik. Risiko dia memang agak sakit macam tadi, tapi mungkin berbaloi kalau kau dah ingat semula". Panjang lebar kata-kata Aira buatku membuatkan kepala kembali berdenyut.
Tapi tidak lama sebelum bayangan mimpi lalu kembali menjelma. Tak sakit, cuma rasa sengal-sengal sikit otak aku sekarang.
Aku raup wajahku dan hela nafas dengan kuat. "Dah Aira. Cukup input buat masa sekarang. Otak aku rasa serabut ni. Aku nak rehat kejap".
Aira angguk manakala Salwa betulkan selimut aku. Dan semestinya aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan aku kemalangan sampai-sampai aku hilang ingatan?
***
Kecoh ruangan ini dengan suara mak membebel marahkan aku sambil menangis-nangis. Aku tahankan sahaja telinga sebab memang salah aku pun.
"Dahlah tu, Aisyh tengah sakit kan? Kalau nak sambung marah, lepas keadaan dia baik sikit. Nanti abang tolong bebelkan sekali. Ash? Nak bebel jugak?"
"Siapa yang tak nak, bah?" Air tayang wajah teruja.
Cet, bukan main tadi mereka bertiga peluk aku erat-erat macam tak nak lepas. Tapi, lepas terlerainya pelukan itu, mak pun mulakan mesin bebel tanpa henti. Dekat nak sepuluh minit dia marahkan aku dari tadi.
Air tak habis-habis cakap padan muka dekat aku manakala abah perhati dan gelakkan sahaja dengar mak bebel. Sama macam Aira dan Salwa yang tak henti-henti ketawa dengar mak membebel dari tadi.
"Mana tak marahnya, bang? Kita cari macam orang bodoh je seminggu ni, alih-alih dia duk enjoy dekat sini. Dahlah tak bagitau nak pergi mana". Giliran abah yang kena marah membuatkan aku tahan senyum.
"Tak payah nak gelak sangat, Aisyh. Kamu tu dahlah pernah accident, lepastu lari pulak dari rumah. Bahaya tahu tak bahaya? Ikutkan hati mak sekarang, memang mak ketuk kepala kamu. Mana tahu apa yang kamu buat dalam perut mak masa mak mengandungkan kamu pun kamu boleh ingat". Kali ini aku tak boleh tahan, terus aku tergelak besar mendengar bebelan tahap bima sakti.
Kemudian, pintu dibuka dari luar dan wajah Ayden kelihatan agak terpinga-pinga mendengar kawasan ini riuh. Aku pula, melihat Ayden yang kini berada di muka pintu, terus terhenti ketawa dengan mata terbuntang dan mulut agak terlopong.
Kacak. Sangat kacak.
Dengan rambut hitam pekatnya yang sudah dipotong dan dipacakkan di bahagian hadapan serta hilangnya bulu halus di wajah, yang tinggal pun hanya janggut sejemput membuatkan Ayden kelihatan sangat kacak. Wajahnya tidak berjambang, tapi kesan jambang yang dicukur itu membuatkan wajahnya macho dan seksi pada pandangan aku.
Sekelip mata saahaja dia mengubah wajah kusut tadi kepada lelaki idaman wanita.
"Kenapa?" soal Ayden pelik apabila ruangan ini kedengaran riuh. Aku seorang sahaja yang sudah terdiam sebab terlampau terpukau dengan Ayden.
"Takdelah, Ayden. Mak kamu ni ha tak henti-henti marahkan Aisyh". Jawab abah.
Ayden yang sudah berdiri di sebelahku, menunduk pandang wajahku dengan sengihan nakal dia. "Kesian isteri abang kena marah. Lepas ni abang pujuk". Ayat terakhir itu, dia bisikkan dekat telinga aku membuatkan yang lain sengih-sengih pandang aku. Aku pula meremang bulu roma mendengar bisikan seram itu menerjah ke gegendang telinga.
"Mak, abah dan yang lain. Rheo cakap boleh gerak pergi café sekarang sebab sarapan dah disediakan dekat sana. Ayden nak temankan Aisyh mandi, lepastu kami pergi sana".
Mereka semua angguk dan mula minta diri untuk keluar dari sini.*
"Aira, macam mana Aisyh? Okay, kan?"
"Haah, okay. Cuma tekanan darah dia tinggi sikitlah. Jadi, bawak Aisyh pergi jalan-jalan tepi pantai ke petang-petang. Apa-apa jelah untuk kurangkan stress dia". Mendengar jawapan Aira, Ayden pun angguk faham.
Aira pun kemudiannya menyusul yang lain, membiarkan aku dan Ayden di dalam ruangan ini.
"Petang nanti kita jalan-jalanlah tepi pantai. Kasihan isteri abang, sebab abang berlakon amnesia, sayang stress. Abang minta maaf". Pinta Ayden sambil membantuku turun dari katil.
Aku mendongak pandang dia dengan perasaan tak percaya. "Awak pura-pura amnesia?"
"Mak dan abah tak bagitau lagi eh? Takpelah, petang nanti abang bagitau. Buat masa sekarang, Aisyh pergi mandi lepastu sarapan".
Aku tepis tangannya yang menyentuh pinggangku. Aku masih tertanya-tanya pasal dia jumpa Ana dan sekarang, persoalanku bertambah. Dia pura-pura amnesia? Untuk apa? Aku menangis macam orang bodoh selama ini sebab layan kerenah dia, dia hanya pura-pura?
Apa lagi yang dia akan tipu lepas ni?
"Marahkan abang lagi, ke? Aisyh kan dah tahu siapa Hazel? Takkan marah lagi?" rungut Ayden sambil berjalan di sebelahku.
Aku diam sahaja. Siapa je tak marah, lama kot dia tipu aku dengan keadaan dia yang kononnya amnesia tu. Dengan penjelasan begitu, dia nak expect aku terus terima kenyataan dan maafkan dia? Ke dia berlakon amnesia sebab nak sakitkan hati aku?
"Abang yakin Aisyh pregnant".
"Kenapa yakin sangat?"
"Abang perasan, your breasts are getting bigger than before. Lagi-lagi masa sayang peluk abang semalam. Abang terpaksa tutup lampu sebab mata fokus situ je". Panas mengejut wajahku mendengar bicara selamba Ayden.
Wajahnya biasa sahaja, malah dia dengan selamba sahaja membukakan pintu. Seolah-olah kata-katanya itu bukanlah sesuatu yang memalukan kalau ada orang lain yang mendengar.
Terus aku tepuk lengannya. "Dahlah penipu, gatal pulak tu!" marahku lalu melangkah cepat meninggalkan dia.
Sempat aku dengar dia merungut. "Apa salah abang?"
Dia boleh pulak tanya macam tu? Dasar Ayden!
#Dah warning kan? ?? Sis sendiri pun dah bengong sekarang. Tapi memang dah rancang macam ni jalan cerita dia. So, bengong x bengong, kena jadi bengonglah sama2 ??
Semoga trhibur dan konflik masih ada. Dont worry. Hahahaha.
Next update insya Allah lusa. Babai n assalamualaikum ??
Share this novel