BAB 27

Romance Series 128902

?

AYDEN??AISYH

AKU terbaring keletihan. Rasa aneh pulang kampung tanpa Ayden. Sejak hari tu, Alhamdulillah hubungan kami semakin baik. Ayden pun asyik berkepit saja sebelum dia berangkat ke Jakarta. Aku nak bermanja pun tiada peluang sebab dia manja lebih lagi daripada aku.

Tapi puas hati jugaklah lepas tengok muka tak puas hati Oggy intai dari bilik kucing tu. Nak marah pun susah sebab pengasuh tak bagi keluar. Wakaka, rasakan.

"Kalau nak makan, makanan ada atas meja nanti tau Aisyh. Mak nak pergi rumah arwah Neksu kamu kejap".

Kedengaran mak bersuara membuatkan aku lepaskan bantal dari muka dan terus duduk. "Mak nak pergi sana ke? Kalau macam tu, tunggu Aisyhlah. Aisyh nak tolong sekali".

"Tak payahlah. Aisyh dari KL tadi terus pergi mandikan Neksu, belum rehat lagi kan? Rehatlah dulu. Kalau nak tolong, malam nanti." Pujuk mak membuatkan aku angguk patuh. Sejak dah bergelar isteri ni, rajin aku lain macam. Biasanya akulah yang paling malas turun padang tolong orang masa kenduri. Kalau tolong pun sebab mak yang paksa.

Sejak hidup menjadi isteri, sedikit sebanyak aku sudah boleh berdikari. Harus aku bangga dan catatkan perkara ini sebagai kejayaan terbesar aku. Kehkeh.

Kemudian, mak pun menutup semula pintu bilik. Bosanlah dalam bilik sorang-sorang. Nak tidur, tapi mata tak mahu terlelap walaupun aku belum rehat dari tadi.

Melihatkan jenazah Neksu tadi, terubatlah sedikit rindu aku dekat arwah opah sebab Neksu adalah kembar ketiga opah. Meninggal sebab sakit tua. Aku jarang jenguk dia sebab tak berapa rapat dengannya. Aku hanya tahu arwah Neksu sebagai kembar arwah opah manakala kembar yang seorang lagi sudah meninggal sebulan selepas opah pergi. Namanya Tok Uda, kembar lelaki arwah opah.

Sejujurnya aku tak pernah kenal anak cucu mereka sebab kesemuanya tidak tinggal di sini, nun jauh di bandar sana. Kalau kenal pun, mereka yang tinggal di kampung ini sahaja dan kalau suatu hari nanti terserempak pun, memang kami takkan mengenali sesama sendiri agaknya.

Aku belek telefon bimbit, gesek gambar aku dan Ayden. Sangat susah nak ambil gambar dia senyum. Semuanya muka serius memanjang.

Ada satu video aku tergelak dalam rindu. "Video ke tu?" Soal Ayden.

Muka aku nampak sangat tahan gelak, akhirnya terletus tawa yang agak kuat. Terus Ayden cium pipi aku membuatkan aku cepat-cepat hentikan video tersebut sambil menjerit minta tolong. Hampeh, malu pulak aku tengok video tu.

Dek sebab aku tak nak menahan rindu yang meluap-luap walaupun baru lima hari Ayden tinggalkan aku ke Jakarta , mulalah aku install game sebab bosan sangat.

Sedang aku melayan permainan yang aku sudah muat turun, tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada panggilan video masuk. Melihat sahaja nama Ayden tertera pada skrin, terus aku capai earphone dan angkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum!" teruja sangat ni Aisyh.

Ayden tergelak, walaupun kabur-kabur disebabkan masalah rangkaian, tapi, dengar suara dia pun dah buat aku gembira tak tentu fasal.

"Waalaikumussalam. Dah sampai kampung?" tersekat-sekat suara Ayden. Aduh, tak boleh ke masa ni line laju sikit? Masa ni je, masa aku nak dating dengan suami aku. Tak boleh ke?

"Dah. Awak buat apa sekarang?" okay, dah tengok Ayden call, takkanlah dia tengah mandi. Apeni Aisyh? Aku rasa Ayden tak boleh tinggalkan aku lama-lama. Lagi lama lagi lain macam aku dibuatnya.

Kelihatan Ayden tongkat dagunya, ya Allah, comel! Terserlah jawline dia masa dia buat macam tu. Aku rasa aku dah obsess dengan suami sendiri. "Baru balik meeting, sayang," jawabnya ringkas. Aku angguk kepala tanda faham. Tadi dalam Instagram Ayden, dia ada muatnaik gambar dia bersama beberapa orang jutawan daripada negara seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Thailand.

Majoritinya muda-muda dan kacak. Mungkin mereka juga pewaris seperti Ayden. Tapi Ayden pernah beritahu dulu yang jutawan dari Singapura adalah jutawan termuda sebab syarikat dia setanding dengan syarikat-syarikat terbesar lain, syarikat perhotelan yang dia sendiri bangunkan beberapa tahun lepas. Bukan syarikat warisan.

Ceritanya lagi, sebelum ini jutawan Singapura itu pernah bekerja di bawah syarikat keluarga Neil A. Corporation sebagai budak ofis sahaja. Tapi dia selalu belajar bisnes daripada Ayden sehingga akhirnya dia quit kerja dan berbekalkan simpanannya, dia mula buka resort murah di Singapura sebelum menjadi semakin maju seperti hari ini. Perghh.

Patutlah dalam Islam mengajar umat dia untuk berniaga sebab banyak manfaat yang diperoleh dengan berniaga.

"Ayden..." panggilku sambil terbaring.

"Yes?"

"Lama lagi ke dua minggu ni?" aku tahu soalan aku kedengaran bodoh, tapi perlu difahami yang aku rindu dia sangat. Bak kata Salwa, angau aku mengalahkan orang baru bercinta. Haha.

Padahal dia pun selalu saja on call dengan Haq tu. Sebab aku tinggal dekat rumah dia sementara Ayden di luar, sebab tulah aku tahu.

Ayden kedengaran tertawa, menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik. Aduh, aku dah cakap yang dia ni kacak kuasa empat dah! "Dari hari tu dah sayang tanya. Bila abang suruh ikut, tak nak. Lepas tu, rindu. By the way, bila nak panggil I abang?"

Aku telan liur. Sejak kami bergaduh dan baik semula tu, terus dia buat permintaan supaya aku panggil dia abang. Semuanya berlaku selepas keesokan pagi kami bersama, aku terpanggil dia abang sebab masih mamai. Akibatnya, sampai ke hari ini aku dipaksa untuk panggil dia abang.

Aku garu kening yang tak gatal sambil tersengih. "Alaa, saya masih sesuaikan diri. Ingat senang ke panggil awak abang tiba-tiba? Dahlah saya anggap kita ni sebaya". Jawabku jujur.

"Kalau macam tu, panggil honey ke? Sayang ke? Handsome husband ke? Pilihlah, kecuali darling. Geli abang dengar," terus gelak tawa kami bergabung apabila mendengar kata-kata Ayden. Dia memang pantang dengar perkataan darling. Tak tahu kenapa.

Tapi memang sekarang dia sudah mula bahasakan dirinya sebagai abang. Aku suka dengar, tapi untuk memanggilnya dengan panggilan itu, kenapalah aku boleh rasa malu dan kekok.

"Eee, tak naklah yang lain tu. Nantilah saya cuba panggil awak abang".

"Nanti tu bila? Lepas kita dapat baby?" usiknya sambil kini dia berbaring pada pemegang sofa. Dari sini sudah aku dapat lihat sofa tu mahal. Ayden tinggal dekat rumah dia sendiri di Indonesia. Lumrah jutawan seluruh dunia, mereka akan beli sekurang-kurangnya sebuah rumah di setiap negara tempat mereka berurusan.

"Eeeee, ke situ pulak. Nantilah, nanti eh?" pujukku.

Ayden mencebik sekejap. "Entah-entah nanti sayang tu lepas abang berjambang, uban-uban pun belum tentu sayang panggil I abang".

"Kekoklah".

"Kena biasakan diri. Try panggil I abang. Once. Cepat, abang nak keluar kejap lagi," dia tersengih.

Aku masih berkira-kira, berguling ke kanan, berguling ke kiri aku sebab malu sangat nak panggil dia abang. Lidah aku keras tiba-tiba.

Aku meniarap sambil tongkat dagu dengan sebelah tangan sebab sebelah lagi masih memegang telefon.

"Sayang memang nak dera abang dari jauh kan?" mendengar kata-kata dia, terus aku jongket kening. Takkanlah tak panggil dia abang buatkan dia merajuk macam ni.

"Apa dia?"

Kelihatan Ayden muncungkan bibir menunjukkan sesuatu. "Aisyh memang sengaja nak tunjuk dekat abang ke tu?" soalnya sambil tepuk dada dia sendiri.

Automatik mataku memandang ke bahagian bajuku. Terus aku cengkam leher baju aku yang sedikit terdedah sehingga menampakkan garisan khatulistiwa. "Sex harassment! Awak tengok benda lain, eeee!" marahku membuatkan aku cepat-cepat mencapai bantal bagi menutup kawasan tersebut. Dasar lelaki, memang matanya ke lain!

Kuat ketawa Ayden membuatkan aku menjauhkan sedikit earphone daripada telinga, takut gegendang telinga aku pecah sebab dengar gelak tawa dia yang macho dan besar itu.

"Dia yang tunjuk, kita pulak yang kena marah. Kenapalah abang tegur tadi? Kalau tak, lepaslah rindu sikit dengan Aisyh," semakin sumbang suara itu aku dengar. Tak habis-habis nak bercakap benda-benda geli macam ni!

"Ayden! Apeni? Cakap pasal benda lainlah, stop cakap pasal benda tak senonoh macam ni". Mukaku tiba-tiba terasa panas.

Ayden hentikan gelak dan hanya menayangkan sebaris senyuman. "Okaylah. Sayang nak abang belikan apa? Sebab mungkin lepas ni abang nak shopping kejap".

Dek mendengar persoalan itu, terus mataku bersinar bagaikan baru mendapat semula kehidupan. Gituh! "Beli coklat banyak-banyak!"

Terus Ayden tayang muka tak puas hati. "Dekat Malaysia pun ada, sayang. Lagipun abang tak nak sayang makan coklat banyak sangat, tak takut sakit ke? Kalau gemuk je I don't care. Tapi abang tak nak Aisyh sakit. Lain," ceh, kalau macam tu, biarlah dia sendiri yang tetapkan apa nak dibeli. Eee, watdis?

"Tapi saya nak makan coklat. Bukan banyak pun, sikit je". Ayden gelengkan kepala, tidak bersetuju dengan permintaan aku.

Aku mengeluh. "Awak sendirilah yang belikan. Tapi tak nak patung tau".

Ayden anggukkan kepalanya, dia maklum sangat yang aku memang tak sukakan patung. Pernah dia tanya aku nak beli teddy bear ke sementara dia di Jakarta, cepat-cepat aku cakap tak nak. Risau kalau-kalau patung tu bergerak malam-malam. Hmm.

"Kalau macam tu, abang bawak balik awek Jakarta. Banyak yang cantik kat sini. Kacukan mat salleh," mendengar sahaja kata-kata itu, terus aku jegilkan mata. Tiba-tiba angin cemburu ditiup ke dalam hati aku.

"Kalau berani, bawaklah balik, tapi sebelum tu awak kena ceraikan saya," aku serius tau, entah kenapa aku sangat sensitif pasal lelaki skandal-skandal ni.

Gelak tawa Ayden kedengaran walaupun dia menutup mukanya. "Apa gelak-gelak? Saya serius tau".

Semakin galak Ayden ketawakan aku. Sumpah aku sakit hati dengar tawa sumbang itu!

"Sayang, jangan buat Haq ingat yang abang gila gelak sorang-sorang. Takdelah, takkanlah abang nak buat Aisyh macam tu. Nanti takde yang nak manja-manja dengan abang, takde yang abang nak tegur-tegur umur dah besar, tapi perangai macam budak-budak. Sebab Aisyh one in a million, takkan abang nak lepaskan macam tu je. Tapi sayang comel sangat bila marah-marah macam ni. You make me miss you more, my beautiful witch," dia sambung gelak selepas sesuka usus dia saja witchkan aku.

"Sampai hati cakap saya witch. Kalau saya witch, awak tu apa? Giant, roarrrrr!!" aku tiru suara gorilla yang selalu aku dengar membuatkan tawa Ayden semakin kuat terletus. Mendengar dia tergelak begini, aku pun akhirnya terikut sekali.

Apabila tawanya sedikit reda, barulah dia mula bersuara kembali. "Sayang, I off call. Malam nanti abang call balik. Ada awek Indo tengah bersihkan bilik".

"Awak!"

×××

Perut terasa berkeroncong. Bertekak dengan Ayden buatkan aku rasa lapar dan memaksa aku untuk turun ke dapur cari makanan. Rumah sunyi sebab mak dan abah tengah tolong keluarga arwah Neksu untuk siapkan makanan bagi kenduri malam nanti.

Buka tudung saji, kesemuanya makanan kegemaran aku. Mak memang rindukan aku ni sampai-sampai dia masak semua ini awal sebelum aku sampai tadi.

Aku capai beberapa lauk dan aku panaskan. Makan panas-panas rasanya sedap ni.

Setelah kesemuanya dipanaskan, aku pun mula menghidangkan sendiri makanan tersebut. Ada sambal petai, ulam-ulaman, ikan goreng, sayur kangkung, ikan sardine panggang dan tofu cheese segera. Yummy.

Setelah membaca doa makan, aku pun mula memasukkan makanan ke dalam mulut. Uwaaa, sedapnya. Lama dah tak makan macam ni. Biasa dekat rumah Ayden makan makanan barat yang tasteless tu. Tekak aku mana boleh terima sangat sebab aku terbiasa makan makanan kampung macam ni.

Sedang aku khusyuk makan untuk kali yang kedua, tiba-tiba makhluk pendengki mula mendekati aku. Ah, aku memang malas betul nak tengok muka dia ni.

"Akak, bila sampai?" hmm, tiba-tiba baik intonasi ni, mesti ada apa-apa.

"Pagi tadi. Air baru balik dari sekolah ke?" jam aku tilik, sudah mencecah pukul 4 petang.

Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah aku. "Haah. Wei, banyaknya Kak Ais makan! Kak Ais mengandung ke ni?"

Mendengar sahaja soalan itu, terus aku cepuk kepala adik aku ni. Mulut tak reti nak jaga. Baru sahaja berlalu beberapa malam, takkan hari ni terus mengandung. Mengarut!

"Kotor rambut Ash!" rajuknya sambil menuju ke bilik air untuk membersihkan rambutnya yang melekat nasi dan sayur aku kerjakan. Mesti ada pakej belacan sekali. Wakaka.

"Sebab tu jangan kacau orang tengah makan. Macamlah tak biasa tengok akak makan banyak macam ni," laung aku dari meja makan.

"Orang tanya je!" marahnya dari dalam bilik air. Terus aku tergelak kecil. Adik pungut memang macam tu, sensitif!

Setelah rambutnya dibersihkan, dia pun mengelap dengan tuala. Macam-macam benda dia merungut, aku biarkan sahaja. Sebaliknya hanya fokus makan. Orang marah, jangan layan sangat. Lagi-lagi kalau makhluk tu bernama Nuwair Rashdan.

"Kak, lepak Warung Pak Tam jom. Diorang ada menu baru hari ni. ABC Banjir. Sedaaappp," haa, kan aku dah kata, dia baik-baik ni mesti ada apa-apa.

"Nanti Ash belanja," ujarnya lagi. Aku sudah selesai makan dan mula melangkah menuju ke sinki untuk membasuh pinggan.

"Ash belanja konon. Tapi guna duit akak, kan?"

Dia petik jari. "Pandai! Lagipun, bukan Ash tak nak belanja. Akak pun tahu kan yang duit belanja Ash, Ash kena beli barang sekolah".

Aku letakkan pinggan dan gelas yang sudah dibasuh ke tempatnya sendiri. Aku berpusing ke belakang sambil bersandar pada sinki. "Eh? Ke, Air belanja awek dekat sekolah tu?"

Dia buat muka. "Tak baik tau fitnah-fitnah orang. Mana ada, Ash beli barang sekolah lah. Ash takde masa nak bagi duit dekat orang yang bukan tanggungjawab Ash".

"Ek eleh, sejak bila pandai cakap pasal tanggungjawab? Gelilah akak dengar".

"Eee. Kak, jomlah. Kawan-kawan semua dah rasa air kat sana. Ash sorang je belum," dia lagakan jari telunjuknya sambil buat muka acah-acah comel.

Aku julingkan mata ke atas. "Kak, jomlah. Jooooommmm, nanti kalau Ash kempunan, Ash masuk batu belah kang. Haa, mesti Kak Ais rindu dekat Ash nanti," dia masih berusaha. Sebenarnya aku memang nak ke sana pun sebab hari tu mak ada bagitau pasal ABC Banjir Pak Tam tu. Saja mengusik budak bertuah ni.

"Lagi elok. Takdelah mak abah was-was nak ikut akak balik KL lepas ni," aku memanaskan hatinya. Suka betul aku tengok muka tak puas hati budak ni. Macam Onyet belaan Pak Tam. Persis!

"Akak! Betul-betullah". Marahnya.

"Ish, yelah, yelah. Kejap lagi kita pergi sana. Akak nak mandi kejap," aku mula melangkah untuk meninggalkan ruangan makan ini. Tapi Air tarik lengan baju aku.

"Tak payahlah. Lepas lepak nanti mandi. Bukannya tak tahu Kak Ais makan macam mana". Dia tarik aku menuju ke muka pintu.

Dia ni kalau teringin, memang dia nak sampai dapat. Memang lumrah anak bongsu ke? Ke dia seorang saja begini?

Dek kerana geram sangat perangai dia yang memaksa-maksa begini, aku pun tarik tangan aku dengan tangan dia sekali. Apabila dia menghadap aku, terus aku hembus nafas dari mulut kuat-kuat, betul-betul depan dia.

Terus Air lari ke beranda dan termuntah teruk. Aku yang melihat keadaan dia begitu, tergelak tak ingat dunia. "Kak Ais makan apa? Mulut bau bangkai!" kutuknya lalu sambung muntah.

"Kan akak dah cakap akak nak mandi kejap. Air tak nampak ke yang akak makan sambal petai tadi? Tulah, lain kali dengar cakap orang. Jangan ikut nafsu makan je," ejek aku sambil menyanyi menuju ke bilik.

Sempat aku dengar dia merungut. "Entah macam manalah Abang Ayden boleh terfikir nak kahwin dengan orang senget macam Kak Ais". Aku tergelak, tapi malas nak layan.

×××

Benar kata Pak Tam, hanya sedikit sahaja ahli keluarga arwah Neksu yang ada di kampung ini. Menurut sumber yang aku dapat semasa aku dan Air lepak dekat warung Pak Tam tadi, majoriti mereka memberi alasan sibuk.

Yang ada anak pun macam tak ada anak. Macam mana aku nanti kalau aku tiada anak? Ah, aku risau tiba-tiba!

"Lama dah tak tengok Aisyh. Makin cantik dah sekarang," puji salah seorang mak cik yang bertugas sama dengan aku, iaitu membasuh pinggan. Sebenarnya aku nak elakkan basuh pinggan, sekali kena seru, nak tak nak, kena buat jugaklah.

Aku tersengih, rasa banggalah sikit kena puji. Biasa sebelum ni aku selalu disamakan dengan punggung kuali. Sadis kan?

"Tak adalah, biasa je," ceh, padahal aku rasa nak terbang. Wakaka.

"Eh kejap. Bila dah putih macam ni, akak baru perasan yang muka Aisyh macam pernah akak tengok," seorang wanita bahagian menyabun pula bersuara. Aku pandang dia pelik, lagi pelik apabila yang lain pun mengiakan.

"Manusia mana yang bertuah sama muka dengan Aisyh, kak?" mendengar soalan aku, terus kepala aku kena ketuk dengan pinggan plastik oleh mak cik sebelah aku.

"Ni je yang tak berubah, dari dulu suka angkat punggung sendiri," kutuk mak cik tersebut

Aku mengaduh kesakitan sambil usap kepala yang terkena pukulan padu daripada mak cik ni. "Alaa, Aisyh gurau je. By the way, acik, bukan angkat punggung, angkat bakullah". Sempat aku perbetulkan penyalahgunaan perkataan yang digunakan.

"Suka hati aciklah, peribahasa acik," balasnya. Ceh, padahal memang salah sebut. Aku kutuk dalam hati jelah. Tak berani luah sebab sekarang dia tengah basuh pisau. Nanti tak pasal-pasal aku mati katak di sini.

Mereka masih rancak berbual, manakala aku hanya diam. Sesekali aku menguap sebab mengantuk yang amat. Telefon aku tinggalkan di rumah takut nanti kalau tengok Ayden call, tak pasal-pasal aku terus balik rumah tanpa bantu orang kampung.

"Err, mana bakul yang dah penuh? Boleh tolong bagi dekat saya tak?" kedengaran suara seorang perempuan dari arah pintu meminta tolong kepada kami.

Terus salah seorang daripada kami bangun dan hulurkan kepada yang meminta pertolongan itu. Aku masih lagi fokus dengan kerjaku. Tinggal sedikit sahaja lagi, sumpah balik rumah nanti aku nak tidur terus.

"Haa! Baru akak ingat! Perempuan tulah yang akak cakap macam muka kamu, Aisyh!" kakak tadi kembali membuka topik yang aku ingat sudah ditutup tadi.

Aku terpinga-pinga pandang dia. "Perempuan mana?"

"Yang minta tolong tadi tulah. Sumpah persis macam muka kamu. Sikit pun takde beza," bersungguh-sungguh dia meyakinkan aku dan yang lain pun mula menyokong.

"Haah, yelah. Baru perasan".

"Yaaaa! Dia tulah yang sama dengan muka Aisyh. Untung kau Aisyh jumpa kembar tak sama mak bapak".

"Lepas nilah Aisyh tengok sama ke tak," ujarku malas. Ini bukan sekali dua muka aku disamakan dengan orang. Selalu sangat. Paling menyampah bila aku kecik-kecik dulu, mak ayah budak-budak lain cakap, 'Jangan degil-degil. Nanti macam muka Aisyh'.

Kuaja, dia ingat aku tak boleh cantik ke? Dan sekarang, anak dialah yang tergila-gilakan aku. Siap mintak nombor telefon pulak tu.

Aku bab siapa yang aniaya aku, memang aku ingat sampai tahap ke anak cucu.

"Eh, tu bukan cucu Maksu ke?"

"Haah, cucu Maksulah tu. Ana nama dia kalau tak silap". Mereka masih lagi dengan topik yang sama. Aku malas nak dengar sebab aku tak sabar nak balik rumah.

Lagipun, kalau sama pun, logiklah sebab dengar kata dia tu cucu Neksu. Kalau cucu Neksu, maksudnya kembar opah. Jadi, tak mustahil cucu mereka ada yang sama wajah.

Tapi kalau persis macam yang mereka cakap ni memang mustahil.

Sesekali aku jenguk kepala ke pintu, nak tengoklah siapa yang bertuah sangat tu sama dengan muka aku. Tapi hanya yang lain sahaja yang keluar masuk ke ruangan membasuh pinggan ini.

Ana? Tak pernah dengar nama itu. Esoklah tanya mak, kot-kot mak kenal. Hm, mustahil mak tak kenal. Mak macam abah, semua orang mereka kenal.

×××

Seperti yang aku azamkan semalam, jadi aku pun tanya dekat mak pasal Ana tu. Sekarang kami berada di ruang makan, menikmati sarapan pagi yang mak siapkan. Aku tolong bancuh air je tadi sebab terlewat bangun. Semuanya sebab Ayden ajak berbual sampai lewat malam sampai-sampai Air kata aku ni macam orang baru bercinta. Ceh, dia yang menyelinap masuk bilik aku semalam, lepas tu nak salahkan aku berbual lama-lama dengan Ayden.

"Mak, siapa yang orang kampung cakap macam muka Aisyh tu?" soalku sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

Mak duduk sambil menuangkan air ke dalam gelasnya. "Laaa, Ana tu ke? Mak pun perasan muka dia macam kamu. Semalam mak hampir marahkan dia sebab masuk bilik arwah Maksu suka hati. Lepas tengok dia tinggi dan cantik daripada kamu, baru mak perasan tu bukan kamu".

Cettt, cantik daripada kamu katanya! Ayat mak tak boleh bawak bincang! "Aisyh pun cantik apa? Sama sangat-sangat ke mak? Yelah, semalam orang kampung asyik cakap pasal Ana tu sama sangat dengan Aisyh. Nak tahu jugak sejauh mana kesamaan kitorang".

"Nak kata sama sangat tu, entahlah. Bagi mak, kalau sekali imbas tu boleh buat mak tersalah jugaklah. Eh, dah kenapa nak bercakap pasal Ana pulak ni?"

"Kesian Ana tu sebab muka sama dengan Kak Ais". Suara sumbang Air merosakkan mood awal pagi aku. Aku jeling dia dengan jelingan yang aku rasakan agak tajam.

"Kau apa hal? Eh, sepatutnya Ana tu bersyukur tau dapat muka serupa macam akak! Semua yang sama muka dengan akak sepatutnya bersyukur sebab belum jadi artis dah cantik," aku kibaskan rambut aku.

"Kamu bela ladang getah ke dekat rambut? Busuknya!" giliran abah kenakan aku.

Cepat-cepat aku cium bau rambut aku, ceh, abah tipu! Masih lagi wangi dengan bau shampoo Sunsilk. "Apeni bah! Mana ada busuk pun. Aisyh baru lepas mandi. Nah, cium ni," omelku sambil dekatkan rambut aku pada hidung abah.

Abah jauhkan wajahnya. "Eh, jangan cemarkan udara abah awal pagi boleh tak? Shuh, shuh".

Membulat mataku apabila abah usirku begitu saja manakala mak dan Air sudah berdekah gelak.

Baru sahaja aku ingin membalas kata-kata abah, tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam dari luar rumah.

Cepat-cepat aku dan Air berlari menuju ke arah pintu sambil serentak berkata, "Siapa bukak dia yang menang!"

"Kan abang dah cakap dulu, kalau mengandung, jangan mengidam makan monyet. Tengok apa dah jadi dekat anak-anak tu," sempat kami berdua mendengar kata-kata abah dan gelak tawa mak. Ceh, sampai hati samakan anak sendiri dengan monyet!

Tapi nak menang punya pasal, aku dan Air abaikan.

Langkah Air yang terlampau besar meninggalkan aku di belakang. Cepat-cepat dia buka pintu sambil menjawab salam. "Waalaikumussalam!" sambil tercungap-cungap keletihan.

Seperti Air, aku sendiri pun terkejut melihat wanita di hadapanku sekarang. Berkali-kali kami berdua gosok mata bagi memastikan apa yang dilihat adalah tidak salah.

"Siapa tu Ash, Aisyh?" laung mak dari dapur.

"Ni rumah Mak Ngah ke?" lembut suara wanita itu menyoal.

"Errr, ya. Awak ni siapa?" tanyaku pula, mengundang senyum di wajah manis itu.

"Ryana. Panggil Ana je".

"Anaje?" soalku dungu, tidak berniat untuk berloyar buruk, cuma terlampau terkejut dengan makhluk yang ada di depan mata.

Anaje menggeleng sambil tertawa kecil, sangat sopan. Ini ke yang orang cakap ciri sempurna seorang wanita? "Bukan. Nama saya Ryana. Awak boleh panggil saya Ana". Terangnya ringkas sambil tayangkan senyum.

"Apalah akak ni, buat malu je!" marah Air di sebelah.

"Manalah akak tahu!" bisik aku lagi.

"Emm, Mak Ngah ada dekat rumah?"

Baru sahaja soalan itu terpacul daripada bibir mungil wanita itu, terus muncul muka mak. "Laa, Ana. Masuklah. Budak bertuah berdua ni, kenapa tak ajak masuk? Biarkan je tetamu tercegat dekat luar dah kenapa?" Bebel mak.

"Eh, takpe Mak Ngah. Ana singgah kejap je. Nak hantar kuih yang Mak Ngah pesan semalam," alahai, lembutnya wanita ini bersuara. Sangat berbeza daripada aku.

"La, ye ke? Buat susah-susah je. Baru tadi Mak Ngah terfikir nak pergi sana. Berapa ni?".

Aku dan Air tengok sahaja wajah mereka berdua yang sedang berbual. 

"Tak susah pun. Tak payah bayar, memang Ana terfikir nak bagi je sebab Mak Ngah dah tolong Ana semalam".

Mak angguk faham. "Terima kasihlah, Ana. Masuklah, Mak Ngah hidangkan makanan untuk kamu," pelawa mak.

Gadis itu menggeleng. "Takpelah Mak Ngah, terima kasih. Lain kali insya-Allah sebab Ana nak pergi rumah Mak Rosnah pulak nak hantar kuih".

"Oh, takpelah kalau gitu. Nanti lapang-lapang, singgah sini".

Ana mengangguk yakin. "Boleh je. By the way, ni ke Aisyh?" Jari telunjuknya menunjuk ke arah aku.

Aku yang sedikit terkejut, terus angguk dan tersenyum kekok. "Macam mana kenal?" Soalku ramah.

"Ramai yang cakap muka kita sama. Mula tu ingatkan diorang gurau. Tapi bila dah tengok depan-depan macam ni, memang sama".

Kami tergelak, cepat betul dia sesuaikan diri. Aku pula yang segan.

Selepas sembang ringkas, dia pun meminta diri. Sumpah, kali ini aku mengiakan kata-kata orang. Memang sama sangat-sangat muka kami berdua!

"Mak, mak kutip Aisyh ke?" Soalku tiba-tiba apabila kami lepak di ruang tamu. Kuih koci pemberian Ana tadi aku masukkan ke dalam mulut.

"Baru sedar ke anak pungut?" Kutuk mak selamba.

"Eee, betul-betul lah".

"Habis, kamu tu yang soal benda pelik."

"Takdelah. Aisyh macam pelik, kenapa muka dia sama sangat dengan Aisyh? Sampai-sampai Aisyh ingat tadi pantulan Aisyh keluar dari cermin. Nasib baik dia tinggi, kalau tak, memang Aisyh claim yang dia tu klon Aisyh". Sungguh aku kagum dengan ciptaan Allah. DIA memang hebat mencipta umat manusia yang bukan beradik, tetapi memiliki rupa paras yang sama!

"Logiklah muka kamu berdua sama. Nenek pun kembar. Mak dan mak Ana tu sepupu, pun orang pernah cakap sama. Sampai-sampai abah kamu dulu hampir pikat orang yang salah," mak jeling abah yang selamba memasukkan kuih koci ke dalam mulut.

"Lagi-lagi," pinta aku dan Air serentak. Kami berdua sebenarnya teruja. Kalau bab percintaan mak abah, memang kami berdua semangat nak tahu.

"Takde apa sangat nak cerita. Abah kamu salah orang, tu je".

Abah tiba-tiba tergelak di sebelah mak. "Je konon. Nak tahu tak, mak kamu pernah merajuk sembunyi hujung kampung semata-mata abah salah pikat orang. Dah muka dia dengan mak budak tadi tu sama, memang patut pun abah silap. Abah nak explain macam orang putih cakap tu, dia tak nak. Banyak benda syarat nak minta maaf dekat dia. Mengalahkan Puteri Gunung Ledang," selamba abah perli membuatkan mak mencubit abah.

Mengaduh kesakitan orang tua tu mak kerjakan.

"Haa, tu balasan dia. Cerita lama jangan ungkit," ujar mak dengan suara bangga.

"Aisyh dan Ash yang salah bukak cerita pasal tu, abang pulak yang kena," rungut abah sambil usap paha dia. Aku dan Air hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Comel!

"Apa pulak salah kitorang. Abah tu yang tiba-tiba cerita pasal mak merajuk," aku membela diri dan Air mengiakan.

"Eee, dah, dah. Mak nak basuh pinggan dekat dapur. Layan kamu bertiga buatkan mak pening!" Mak bangun manakala aku, abah dan Air hanya tergelak saja melihat perangai mak.

Tapi jauh di sudut hati aku, entah kenapa aku rasa tak sedap hati?

Tiba-tiba telefon aku bergetar. Cepat-cepat aku buka.

Ingatkan Ayden, rupa-rupanya makhluk perosak tu!

Aish, aish dekat mana?

Replylah

Aish dengan tuan neil ke tu?

Aish, walaupun aish dh jd isteri org, ingat, saya ttp cintakan aish

Aish, sy jnji sy akn dptkan aish smula

Aishh, jngn buat sy mcm ni

Patutlah bergetar sekaligus telefon bimbit aku, rupa-rupanya rangkaian aku tadi sempat hilang dan kesemua mesej Ammar Faiz masuk serentak.

Aku tidak membalas, sebaliknya hanya seenkan chat itu. Kalau tak nak block, jangan layan, itu yang Ayden selalu pesan.

Okay. Takkan layan. Tekan lama-lama mesej itu dan delete. Settle. Babai kenangan lama lagikan hitam, diriku sekarang sudah bahagia dengan yang baru.

#Semoga terhibur. Maafkn segala kkurangan. ??

Next update insya Allah 9 Januari. Sis agak busy dengan urusan rumah. Jd, sedikit kehilangan idea. Tapi untuk korang, sis cuba kerahkan idea walaupun lambat update. Sorry utk itu. Tp brbaloilah, stiap chapter sis buat 2000-6000 pp tau ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience