Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
TIBA-TIBA aku rasa sangat pening. Perlahan-lahan aku ingin memegang kepala, tapi...
"Kenapa aku kena ikat ni?" soalku dalam hati dan serta-merta mataku dibuka luas untuk memandang sekeliling.
Aku kat mana ni? Ada beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali berdiri mundar-mandir di sini. Hati aku berdebar kencang lalu cuba untuk merungkai tali yang mengikat tangan, tubuh dan kakiku.
Mulutku pula ditutup dengan cloth tape membuatkan aku tak mampu bersuara. Sial, rupanya aku kena suntikan ubat tidur tadi!
"Hello, Puan Nureen Raisyha". Tegur lelaki berhoodie tersebut sambil membuka hoodienya. Bibir tersenyum sinis sambil menyeluk poket seluarnya.
Membuntang mataku melihat lelaki yang merupakan salah seorang suspek yang Ayden beritahu tempoh hari berdiri di hadapanku.
"Kau nak apa, hah?" sumpah aku sangat takut, malah aku mula melangkah ke belakang apabila dia sudah menapak ke hadapan.
"Dendam?"
Dendam? Dendam apa? Aku kenal dia pun gitu-gitu je, nak dendam apanya?
"Aku baru jumpa kau tahun ni, kenapa nak dendam pulak?" jelas suaraku bergetar, apatah lagi apabila melihat tiada ruang pun untukku keluar dari sini. Nak hubungi Ayden, aku risau kalau aku ditembak sebab tangannya dari tadi menyeluk poket hoodienya. Risau kalau apa-apa tindakanku sekarang akan membawa padah buat nyawaku.
Kalau nyawa aku sahaja yang terkorban aku tak kisah. Tapi, aku sangat risau akan janin di dalam perutku sekarang. Kandunganku ini adalah amanah yang perlu aku jaga. Kalau aku pergi, pasti aku akan membawanya bersama meskipun sekarang rohnya masih belum ditiupkan lagi.
"Memang aku takde dendam dengan kau. Tapi kau kena tahu, suami kau banyak musuh. Dan akulah salah seorang antara dia. Kalau aku tak dapat balas dekat dia, apa gunanya kau? Aku tahu, satu-satunya kelemahan dia adalah kau. Hazel Ryanna". Dia tertawa sinis membuatkan rasa takutku semakin meninggi.
"M-macam mana kau tahu?" sedang aku terus melangkah, belakangku sudah mula menyentuh dinding menandakan aku sudah menemui jalan buntu. Aku rasa nak menangis, tapi dalam masa yang sama aku nak praktiskan apa yang Ayden dah ajar.
Tapi malangnya tak dapat! Agak lama aku sudah aku tak belajar, jadi aku dah hampir lupa!
"No time for that, ma'am". Laju dia melangkah menuju ke arahku dengan senyuman seram di bibirnya sambil dia mengeluarkan sesuatu daripada poket hoodie. Aku tak dapat nak lawan, apatah lagi apabila terasa leherku disuntik sesuatu yang membuatkan aku serta-merta lemah dan akhirnya pengsan.
Dan sekarang, bangun sahaja, aku melihat sekarang aku berada di dalam sebuah kawasan yang sangat berselerak. Mungkin bangunan lama. Aku tak nampak sesiapun yang aku kenali, termasuk lelaki berhoodie tadi. Yang ada hanyalah kuncu-kuncu sahaja.
Tiba-tiba, pintu terbuka. Serta-merta aku tutup mata sebab rasa silau. Dari tadi kawasan ini agak malap. Cahaya yang masuk pun hanya cahaya dari tingkap.
"Dah bangun, Nureen Raisyha?" itu suara perempuan. Dari sini aku dah boleh nampak tiga orang suspek yang Ayden maksudkan. Sumpah aku sangat tak sangka lepas tengok lelaki berhoodie itu. Kalau dua orang tu aku memang syak dari awal. Tapi yang berhoodie itu sedikit memeranjatkan aku.
Setelah aku didekati, terus cloth tape yang menutup mulutku ditarik kuat membuatkan aku terjerit sakit.
"Kau nak buat apa dekat aku? Nak bunuh?" aku menunduk, badanku sedikit lemah selepas bangun dari pengsan tadi.
Dia ketawa. "Kalau boleh, memang aku nak bunuh kau. Tapi, macam senang sangat nak biarkan kau mati macam tu je. Jadi, elok kalau Ayden tengok kau tersiksa dulu. Barulah seronok sikit nak biarkan kau mati". Jawabnya sinis sambil cengkam pipi aku.
Tajam mata aku membalas pandangan matanya. "Kalau kau nak bunuh aku, bunuh. Tapi jangan ganggu Ayden!" aku ni dahlah mengandung, dia cari pasal pulak. Sayang sahaja tiada bayam. Kalau ada, memang aku nak bertukar jadi Popeye dan tumbuk dia puas-puas!
Sayangnya kekuatan aku memang dah hilang.
Mendengar bicaraku, semakin kuat dia tergelak diikuti oleh dua orang penolongnya. Sumpah aku benci melihat gabungan mereka bertiga.
"Wow, korang dengar tu? Dia backup suami. Tapi, suami dia tak cari dia pun". Hilai tawa mereka bergabung lagi.
"Lagi kesian dekat korang bertiga, buat kerja jahat sebab takde orang yang sudi nak kahwin dengan korang. Gunakan duit untuk buat kerja bodoh. Dan aku tak hairan kalau korang sengsara dunia akhirat". Bisikku lemah, tapi aku yakin suaraku cukup jelas untuk didengari oleh mereka.
Sekelip mata pipiku ditampar kuat oleh wanita tersebut. Berdesing telingaku dibuatnya dan serta merta airmataku automatik jatuh sebab rasa sakit yang amat pada pipi kiriku.
Tudungku pula dicabut sehingga menampakkan rambutku pada penglihatan lelaki-lelaki durjana itu. Aku tak boleh berbuat apa-apa sebab segala anggota badanku diikat. Dan apabila tudung sudah tercabut, rambut yang diikat kemas kini dicengkam dan sekali lagi aku terjerit sakit.
"Lepas!"
"Ha? Lepas? Tadi kau cakap bunuh je, janji jangan ganggu Ayden. Tapi sekarang, baru kena tarik rambut sikit dah meronta minta lepas. No, memang taklah aku akan lepaskan kau. Aku tunggu lama dah untuk masa ni. Takkan aku nak biarkan terlepas macam tu je". Rambutku ditarik semula membuatkan leherku rasa sangat sakit sebab kepalaku turut tertarik ke belakang.
Aku ketap gigi menahan rasa sakit yang amat. Tak pernah aku dibuat begini, semestinya aku rasa sangat takut.
Ayden, tolong saya.
"Dasar pengecut! Sebab korang takut dengan Aydenlah korang tangkap aku kan? Sebab bagi korang aku lemah. Kalau tangkap Ayden, sah-sah korang tinggal mayat," provokku sambil aku ludah muka wanita tersebut.
Kali ini dia semakin mengamuk. Kerusi tempat aku duduk dia tolak dan dia sepak-sepak kakiku. "Kurang ajar kau kan! Berani kau ludah aku!" kakinya hampir-hampir sahaja ingin menendangku, tapi lelaki berjaket hitam it uterus menghalang.
"Wait, ada panggilan". Ujarnya lalu menghulurkan telefon bimbit kepada wanita itu. Heh, kesian. Niat nak jadi gangster, tup-tup jadi operator sahaja. Kelakarnya. Why very the funny?
Terus wanita berambut perang paras pinggang itu mencapai telefon tersebut dan apabila dia jawab, serta-merta wajahnya berubah pucat. Aku pandang sahaja riak wajahnya dan kemudiannya pandang wajah kedua-dua orang lelaki yang menjadi kuli kepada perempuan itu.
"What? Kau nak ugut aku? Kalau kau rasa kau mampu, ugutlah. Tapi jangan menyesal, yang kau terima nanti hanya mayat bini kau". Sesekali dia jeling aku dan wajahku disepak kuat membuatkan aku terjerit lagi.
Sumpah sakit membuatkan aku menangis terus di situ. Abang, tolong Aisyh!
"Kau boleh dengar kan? Oh, ke kau nak bini kau dengar suara kau untuk kali yang terakhir? Boleh jugak". Skrin telefon disentuh sebelum suara Ayden aku dapat dengar dengan jelas.
Mataku rasa kabur selepas sepakan padu terkena betul-betul di wajahku. "Kau buat apa dekat bini aku, Ana?! Kalau aku dapat kau, siap kau dengan bodyguard kau sekali!" jeritan amarah Ayden membuatkan aku rasa semakin pasrah.
"A-abang..." itu sahaja yang keluar daripada mulutku sebab aku rasa sangat lemah sekarang.
"Aisyh!" suara itu tercungap-cungap, seolah-olah seperti berlari.
"Kalau kau nak bini kau selamat, kau mesti datang sini. Dengan syarat, kau sediakan lafaz talak tiga untuk bini kau. Dengan itu, aku akan jamin bini kau keluar dengan selamat".
Ayden senyap buat beberapa saat. Yang kedengaran hanya dengusan nafasnya sahaja. "Aku takkan biarkan kau ambik nyawa orang yang aku sayang. Cukup kau dah bunuh Haq, kali ini aku takkan biarkan lagi kau bunuh Aisyh. Itu janji aku".
"Wow, nampaknya siasatan kau dah berjaya selama ni. Boleh tolong cerita sikit apa yang kau dah tahu?" suara Ryana kedengaran mengejek. Ya, dialah suspek utama yang Ayden beritahu. Dan kuncu-kuncunya ialah...
"Kau adalah stalker aku dan Aisyh dari zaman kitorang bercinta lagi. Kau sentiasa stalk aktiviti kitorang dari dulu sebab kau nak dapatkan aku. Kau bukak butik sebab nak dapat duit untuk buat pembedahan plastik dan bayar orang-orang terlatih untuk jadi kuncu kau.
Kau psiko Ana! Kau sanggup habiskan duit untuk orang yang takde perasaan apapun dekat kau.
Masa aku pergi lawatan dekat Jakarta, kau ikut aku. Kau jumpa aku dan tak habis-habis mintak aku lepaskan Aisyh dan terima kau. Tapi, sebab aku tolak, kau nekad untuk bunuh aku. Tapi plan kau tak menjadi bila aku tak mati pun. Dan kau pun dekatkan diri dengan Aisyh untuk dapatkan maklumat semasa tentang aku. Dan kau lega bila dapat tahu aku amnesia, walaupun sebenarnya tak". Ayden jedakan ayatnya sambil kedengaran dia mengatur nafas.
Ana hanya tersenyum sinis sambil fokus dengan penjelasan Ayden. Sedikitpun tidak ada riak bersalah pada wajahnya, termasuk lelaki dua orang tu. Malah mereka saling tergelak mendengar bicara Ayden.
"Sepanjang tempoh aku berlakon amnesia, aku cari dan siasat semua pasal kemalangan tu. Dan, aku jumpa dua orang lagi yang terlibat dalam rancangan nak bunuh aku. Yang seorang langgar dan yang lagi seorang potong brek kereta aku.
Dua orang tu adalah Ammar Faiz dan Akil. Ammar Faiz adalah orang yang langgar aku, korang dah bersekongkol lama dah. Malah, hubungan Ammar Faiz dengan Aisyh dulu pun adalah rancangan korang berdua. Korang tahu Aisyh masih hidup dan amnesia, sebab tu Ana hantar Ammar Faiz untuk bercinta dengan Aisyh dengan harapan Aisyh kahwin dengan Faiz dan mudahkan kau sendiri untuk datang menyamar jadi aku.
Tapi, Ammar Faiz kecundang sebab dia suka dekat kawan Aisyh dan diorang putus macam tu je. Lepastu, korang sambung plan bila dengar Aisyh dah ada dekat KL. Jadi, kau takut yang Aisyh akan jumpa aku, so kau suruh Ammar Faiz goda Aisyh balik. Tapi kali ini tak berjaya sebab aku dah dapatkan Aisyh terlebih dahulu.
Tapi aku kagum dengan usaha korang. Tak putus asa nak pisahkan aku dan Aisyh walaupun kesemua usaha korang gagal. Dan, yang paling last, korang pun berniat nak bunuh aku. Dan sekali lagi gagal sebab Haq dah selamatkan aku. Sebelum kau rancang nak bunuh aku, kau jumpa Akil, salah seorang pelatih dan bodyguard aku. Kau hasut dia sampai-sampai dia khianat dekat aku.
Aku tahu Akil pun terlibat lepas aku cek CCTV. Masa hari aku balik, kesemua CCTV tak tunjuk ke kawasan kereta. Tapi terarah dekat tempat lain, jadi, aku pun dah boleh agak yang memang ada orang dalam yang khianat aku. Aku tak pasti sama ada Akil sengaja ataupun tak reveal diri dia sendiri, tapi yang pasti, aku nak bagitau, ingatan aku kuat.
Aku ingat semua yang bertugas pada hari tu. Walaupun bukan aku yang siapkan jadual, tapi jangan lupa. Aku boss. Aku takkan semak sepintas lalu, tapi aku akan hafalkan siapa yang bertugas dan bila masa dia bertugas. Dan bila aku refresh balik, memang Akil yang bertugas jaga parking aku hari tu". jeda lagi sebab Ayden masih tercungap-cungap.
Kali ini, pandangan kaburku dilarikan pada wajah Akil. Bodyguard Ayden yang agak muda. Wajahnya jelas terkejut mendengar bicara Ayden.
"Akil, boleh kau bagitau aku, apa motif kau khianat aku?" keras suara Ayden menyambung bicaranya.
Akil tertunduk sambil tergelak sinis. Lama masa yang dia ambil untuk menjawab soalan Ayden manakala Ammar Faiz turut terkejut. Mungkin tak sangka bahawa penjelasan Ayden adalah sangat tepat.
"Dendam of course. Dulu, kau dah lingkupkan syarikat daddy aku hanya sebab sebarkan berita pasal keluarga kau sampai-sampai daddy mati bunuh diri sebab tak dapat terima syarikat yang dia bina selama ni, musnah sekelip mata sebab kau! Jadi, aku ambil keputusan untuk berlatih dengan kau dan dengan ilmu kau jugak aku gunakan untuk hapuskan kau sendiri dengan tangan aku". Dia pandang tangannya dengan riak amarah.
Aku rasa macam dalam cerita penyiasatan dah sekarang. Tapi aku bukanlah penonton, sebaliknya adalah tebusan yang akan diselamatkan oleh heronya. Tapi, selamatkah aku lepas ni?
Kedengaran giliran Ayden pula tertawa sinis. "Bodoh. Aku dah berkali-kali cakap masa berlatih, jangan jadi bodoh. Tapi kau pilih untuk jadi bodoh. First, kau bodoh sebab pertahankan bapak kau. Aku dah warning tiga kali, tapi dia tak dengar. Jadi, salah aku lingkupkan syarikat dia? Kedua, kau bodoh sebab termakan hasutan Ana. Kau nak tahu, lepas settle semua apa yang dia nak, dia akan bunuh kau dan Ammar Faiz. Dan Ammar Faizlah yang paling bodoh. Kena sogok dengan duit sikit dah sanggup jadi kuli tanpa sedar, pengorbanan bertahun-tahun ini akan diakhiri dengan kematian.
Korang ingat Ana nak sangat kerja dengan korang? Kalau bukan sebab dia tahu yang Aisyh pernah minat dekat Ammar Faiz, tak adanya dia akan cari kau, Faiz. Dan kalau bukan sebab dia tahu tentang sejarah kau Akil, dia takkan cari kau.
Butik dia dah semakin rugi. Silap hari bulan, akan gulung tikar. Jadi, lepas je dia dapat apa yang dia nak, dia akan bunuh korang berdua. Dia ada ramai lagilah nak kena bayar," nada selamba Ayden gunakan.
Ryana memang sah terkejut sangat, apatah lagi apabila melihat Ammar Faiz dan Akil memandangnya serentak. "Betul ke ni?" soal Ammar Faiz dengan nada terkilan.
"Kau nak percayakan dia? Hei, Faiz! Kita kerja lagi lamalah. Takkan kau nak percaya cakap dia, yang kau baru jumpa?"
"Jangan lupa, aku ada data butik kau, Ana. Bulan ni, kau takde untungpun. Malah hutang kau pulak dah semakin meningkat. Bayaran pembedahan plastik kau pun masih tertunggak. Dengan hutang keliling pinggang macam ni, kau yakin ke boleh bayar diorang?"
"Kau jangan nak hasut dioranglah, Ayden! Kau jangan lupa, bini kau ada dekat sini!" terus dia sepak aku tiba-tiba membuatkan aku menjerit kesakitan.
"Aisyh! Kalau jadi apa-apa dekat bini aku, siap kau Ana! Baik kau lepaskan dia, kalau tak, kau akan menyesal!" Ayden memberi amaran namun hanya dibalas dengan hilai tawa oleh Ryana.
Akil dan Faiz semestinya masih kaku di tempat mereka berdiri. Mungkin masih cuba menghadam kata-kata Ayden.
Dan tiba-tiba, mereka berdua keluarkan sepucuk pistol daripada belakang seluar masing-masing dan diacukan kepada Ryana. "Kau pergunakan kitorang, kan?"
Ah sudah, nak bertembak sesama sendiri pulak. Tapi syabaslah Ayden sebab berjaya buatkan mereka ragu antara satu sama lain. Aku hanya tersenyum nipis melihat adegan di depan mata.
"Cubalah tembak aku kalau berani. Sekali korang lepaskan tembakan, aku akan tekan alat kawalan ni dan seluruh kawasan ni akan meletup," giliran Ryana pula mengugut malah dia keluarkan satu alat kawalan kecil yang berbutang merah daripada kocek jeans ketatnya.
Kelihatan Ammar Faiz dan Akil mengalah. Wajah mereka pucat bercampur geram. Mungkin baru perasan bahawa orang yang berhadapan dengan mereka ini adalah sangat licik.
"Kenapa? Takut? Tapi, aku iakan semua yang Tuan Ayden kita cakap. Semuanya betul dan tepat. Ya, aku stalk korang dari dulu lagi dah. Malah, aku nak terima kasih dekat orang yang langgar Aisyh Bodoh ni. Sebenarnya aku harap dia mati, tapi, amnesia pulak. Tapi takpe, amnesia pun amnesialah. Janji aku berjaya pisahkan korang berdua untuk tempoh yang lama.
Dan mestilah terima kasih dekat Faiz sebab sanggup bercinta dengan perempuan hodoh ni demi duit. Walaupun dia rosakkan plan aku sebab suka dekat Aira tu, tapi takpe. Janji dia tebus balik kesalahan dia tu dengan langgar Ayden. Tapi tulah, driver tu pulak yang mati awal. But it's okay, janji Aisyh dah ada dekat sini, nyawa dia berada dalam tangan aku. Sekali aku tarik picu pistol aku sekarang, mesti berkecai otak dia kan? Tak sabar nak tengok otak dia berkecai tanpa sempat pulih dari amnesia.
Dan semestinya aku bangga sangat dekat kau, Neil Ayden. Sangat bijak dan teliti, nilah buatkan saya makin sayangkan awak," dia buat nada manja lalu tertawa gatal. Sumpah rasa bernanah telinga aku dengar manusia psiko ini.
"Amaran terakhir daripada aku, Ryana. Lepaskan isteri aku kalau kau tak nak sengsara seumur hidup!" Ayden memberi amaran namun hanya dibalas dengan tawa besar oleh Ryana.
"Sebelum kau buatkan aku sengsara, aku akan pastikan kau yang sengsara terlebih dahulu Ayden sebab lepas aku bunuh isteri kau, aku akan letakkan dia dalam frame dan gantungkan dalam rumah sebagai satu kejayaan terbesar bagi aku. Tapi sebelum itu, aku akan bagi gambar untuk tatapan kau setiap malam sebelum kau bersama aku". Semakin galak dia tertawa membuatkan aku rasa semakin takut.
Dia memang psiko. Malah Ayden pernah berikan rekod kesihatan Ryana pada aku. Dia memang ada masalah otak. Cuma dulu dia dilepaskan sebab dia pandai berlakon sihat. Semuanya sebab dia tiada keluarga. Dia perlukan perhatian. Dia membesar seorang diri dekat Kuala Lumpur. Nak balik kampung, dia selalu kena marah dengan arwah Neksu sebab arwah kata, disebabkan dialah ahli keluarganya meninggal dalam kemalangan dahsyat.
Ayden tahu semua itu sebab dia sendiri pergi ke hospital tempat Ryana pernah dirawat dan itu apa yang selalu perempuan itu ceritakan kepada psikiatri. Bahkan, Neksu meninggal pun sebab dia berikan racun kepada orang tua itu. Benda ni dia sendiri ceritakan dekat Ayden masa Ayden pergi rumah dia hari tu. Dengan bangga dia cakap dia bunuh orang yang banyak sakitkan hati dia. Dan dengan bangga juga dia cakap, kalau Neksu tak mati, nanti tidak ada alasan untuk dia balik kampung jumpa aku.
Sangat gila, kan? Aku yang dengar pun rasa macam tak sangka manusia begini benar-benar wujud. Dan lagi tak sangka dia tahu kesemua sejarah aku dan Ayden. Dia memang stalker yang sangat seram.
Malah dia manfaatkan kelemahan Faiz dan Akil untuk jayakan rancangannya. Aku sangat tak percaya Akil lah sebab dia antara orang yang dipercayai Ayden. Kalau tak percaya, masakan Ayden akan suruh dia jaga keretanya. Masakan Ayden ambil dia sebagai bodyguard walaupun usianya masih muda.
Tapi tulah, manusia apabila dihasut, disogok dengan wang, automatik akan jadi hilang akal tiba-tiba.
"Ana, aku beri amaran terakhir".
Ryana tersenyum sinis. "Kau nak buat apa, Ayden? Kau takkan jumpa kitorang. Kalau kau jumpa pun, bau hanyir darah bini kau je". Jawabnya angkuh.
Aku pejam mata. Aku pasrah kalau aku dibunuh di sini. Lagi-lagi apabila Ryana tak habis-habis pandang aku sambil gentel butang alat kawalan jauh tersebut.
Ammar Faiz dan Akil hanya berdiri kaku manakala bodyguard yang lain diarah keluar oleh Ryana. Mungkin bersedia untuk letupkan bom agaknya.
"360 meter.Tiga".
Ryana masih tidak mahu mendengar. Malah dia labuhkan punggungnya di atas kepalaku. Badanku mengiring selepas ditolak tadi, jadinya sebelah kepalaku rasa sangat sakit selepas dijadikan sebagai kerusi oleh perempuan gila ini.
"Dua".
"Satu".
Percikan darah mengena pada wajahku dan jeritan sakit kedengaran. Terlepas butang kawalan itu dari tangan dan menghempas lantai.
Dalam dia menahan sakit pada bahu kanannya, dia pun mencapai butang kawalan itu dan butang ditekan. Walkie talkie dikeluarkan dan amaran dia berikan.
Darah mengalir semakin laju selepas peluru terkena pada bahunya. Semua orang terkejut termasuk Ryana sendiri sebab tiada bunyi tembakan pun dilepaskan. Yang ada hanyalah kesan tembakan itu sahaja.
"Kunci pintu dari luar dan lari". Arahnya membuatkan Ammar Faiz dan Akil semakin resah.
"Kau gila ke hah? Kalau nak mati, mati sorang-sorang!" marah Faiz sambil berlari bagai orang gila menuju ke arah pintu. Apabila sampai di pintu, ternyata sudah dikunci dan dia menyepak-nyepak pintu itu dengan harapan akan terbuka. Tapi sayangnya usahanya sia-sia sahaja.
Akil pula menembak ke arah tingkap, tapi tidak satu pun peluru yang tembus sebab tingkap itu ternyata kalis peluru.
"Shit!" kedengaran Ayden dah mencarut dan mula keluarkan arahan, tapi tak tahu dekat siapa.
"Abang. Maafkan Aisyh..." disebabkan telefon itu jatuh tepat di hadapanku, aku hanya mampu ucap itu. Aku dah dapat rasa, ajalku semakin dekat.
"Aisyh tunggu abang! Abang janji akan selamatkan Aisyh!"
Maafkan Aisyh, abang sebab tak dapat selamatkan baby kita. Ucapku di dalam hati dengan airmata yang sudah mengalir. Tak sangka bahawa begini pengakhiran hidupku.
Aku pejam mata, bersedia untuk mendengar letupan bom yang akan terjadi bila-bila masa sahaja lagi.
"Sia-sia usaha k-kau, Ayden. Sebab, kau h-hanya ada masa lima minit je untuk d-datang sini". Ryana yang turut jatuh terkulai di hadapanku, tiba-tiba bersuara.
Ammar Faiz dan Akil masih kelam kabut mencari jalan keluar. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Ryana yang kami semua ada masa lima minit sahaja lagi tinggal untuk bernafas sebelum kami semua pergi ke alam seterusnya.
Andai ini penamat hidupku, aku mohon semoga Ayden jumpa orang yang lebih baik daripadaku. Dan kumohon, dia tak lupakan aku.
Dan mungkin, pemergianku kini rasa berbaloi sebab aku tahu segalanya yang terjadi. Aku tahu siapa yang terlibat dalam kemalanganku, dan aku tahu siapa yang terlibat dalam kemalangan Ayden. Kalau pergi pun takpelah, janji aku dah tahu hal sebenar.
#Ya, chapter kali ni pendek.
Sorry kalau x memuaskan hati korang ???? dan semoga terjawablah segala persoalan.
Apa2pun, semoga terhibur. Next chapter belum tahu bila. Tp sis agk busy dua tiga hari ni. ?? Dan sekali lagi kalau korang rasa cerita ni semakin mengarut sebab otak penulis dia pun dah mereng dah sekarang. Hahaa. Festaem buat cerita macam ni, so, terpaksalah terima risikonya. Hehe.
C u at next chapter. Assalamualaikum n selamat malam ??
Share this novel