Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
Selesai bersiap, aku pun terus menuju ke bahagian dapur untuk bantu maid, Kak Suzanne, selaku isteri Abang Raehan, Feeqah dan Kak Ruhaila untuk siapkan sarapan. Aku dan Ayden langsung tak bertegur dan berpandangan antara satu sama lain lepas subuh tadi. Masing-masing malu dengan kejadian semalam.
Setibanya di dapur, kelihatan mama ada sekali turun padang. Terus aku telan liur, masa ni jugaklah mama ada di sini. Serta-merta aku berasa kekok.
"Assalamualaikum," sapaku sambil terus melangkah menuju ke arah Rafeeqah. Ketiga-tiga mereka menjawab salam.
Kak Ruhaila dan mama pandang aku pelik.
"Dah kenapa jalan macam tu?" tanya mama sambil jeling aku sekilas. Aku pandang wajah Kak Ruhaila yang tersengih-sengih, kenapa pulak dia ni?
"Err, Aisyh tergelincir dekat bilik tadi sebab stokin Aisyh licin". Jawabku jujur, sebab memang itu sebabnya aku jalan macam orang lepas bersalin sekarang.
Mama diam sambil meneruskan kerjanya.
"Ye ke? Ke, bukak kilang baby semalam?" bisik Kak Ruhaila nakal membuatkan wajahku berubah suhu. Daripada takat normal, sekarang sudah melebihi takat didih.
"M-mana ada," dalihku. Macam mana dia tahu pasal semalam ni? Ish, apa benda aku merepek. Aisyh, Kak Ruhaila tu pun isteri orang. Mestilah dia faham.
Tapi masalahnya, aku jalan macam ni sebab memang aku tergelincir dalam bilik. Tiada kaitan pun dengan kejadian semalam.
Yeke?
"Yelah tu," jawab Kak Ruhaila sambil menyambung semula kerjanya.
Selesai sarapan disiapkan, para maids pun mula diminta oleh mama untuk susunkan makanan di atas meja dan beberapa orang memanggil kaum Adam untuk turun makan. Aku pula bantu apa yang patut iaitu membasuh perkakas yang telah digunakan. Entah kenapa aku boleh rajin sangat buat kerja ni. Padahal kalau dekat kampung, membasuh benda-benda beginilah aku paling malas.
Kalau mak tak berteriak terlolong dari dapur, tak adanya aku akan sentuh benda alah ni. Aku lebih rela lipat baju berjam-jam daripada berdiri depan sinki semata-mata nak basuh benda-benda ni. Lagi-lagi kalau benda tu berminyak. Hanya Allah je tahu perasaan malasku masa tu.
Tapi, sebab dekat rumah orang, kena rajinlah. Tambah-tambah aku masih kekok dengan keluarga Ayden. Rapat pun sekadar rapat dengan Kak Ruhaila dan Rafeeqah sahaja.
"Tak payahlah, puan. Semua dah tunggu dekat meja makan. Biar saya saja yang buat," kata maid tersebut dari tadi sudah.
Aku senyum sambil membersihkan kuali terakhir. "Okay".
Maid menggeleng kepala. "Puan, puan. Rajin sangatlah, segan saya. Ini kerja saya".
"Tapi tak salah kan nak tolong? Saya minta diri dulu, okay? Bye," ujarku lalu mula melangkah meninggalkan maid tersebut.
Setibanya di meja makan, aku terus labuhkan punggung di kerusi sebelah Ayden. Aku pandang wajah semua orang yang memandang pelik ke arah aku dan Ayden. Kenapa mereka pandang kami macam tu? Ada saka yang ikut aku dari belakang tadi ke?
Selesai doa makan dibaca, kami pun mula menyantap makanan. Tapi, macam aneh rasanya sarapan pagi ini apabila aku dan Ayden menjadi perhatian mereka semua.
"Err, kenapa tengok kami macam ni?" soalku terus-terang sambil membalas pandangan pelik mereka. Terkebil-kebil mata mereka melihat aku dan Ayden silih berganti. Ada yang tak kena ke?
Papa berdehem lalu menghirup air kopinya membuatkan pandangan kami semua dipusatkan padanya. Kenapa mereka ni? Kenapa pelik-pelik sahaja perangai mereka di pagi yang berbahagia ini?
"Ayden, ada kelawar masuk bilik ke semalam? Ke, Ayden dah boleh terima hakikat yang Aisyh dah jadi isteri kamu?" tanya papa sambil kelihatan wajahnya yang seperti menahan senyum.
"Maksud papa?" apabila Ayden bersuara, automatik mataku juga terarah kepadanya. Sebaik mataku melihat 'ruam' merah pada leher Ayden, terus wajahku terasa panas dan secara refleks aku menutup lehernya dengan telapak tangan kecilku.
"You ni kenapa?" tanya Ayden sambil melepaskan tanganku daripada lehernya. Aku jadi tidak senang duduk, apatah lagi melihat wajah-wajah nakal daripada masing-masing. Mama pula macam struggle sangat tahan senyum, tapi cepat-cepat dia cover dengan buat muka sombong kembali.
Aku telan liur sambil menunduk. Malu woi! Ayden ni dia tak perasan ke benda tu melekat dekat leher dia? Kenapa tak pakai concealer ke watercolour ke nak tutup benda tu.
"Hey, kenapa semua orang ni?" nada Ayden semakin pelik.
"Kenapa leher uncle, ma? Kena gigit nyamuk ke?" soal Si Leo polos. Terus aku kipas muka dengan tangan. Serta-merta tempat ini terasa berbahang... Sangat berbahang!
Sejurus Leo menyoal, Abang Raehan pun hulurkan telefon bimbitnya kepada Ayden sambil tergelak-gelak geli hati. Kak Suzanne tak habis-habis tampar bahu suaminya, mungkin segan melihat perangai suaminya yang nakal mengusik si adik.
Ayden sambut dan dia juga terdiam serta-merta, sama seperti aku sekarang. Aku jeling dia sekilas, memerah telinganya. Ah, diorang ni macam tak pernah kahwin! Tak perlu kot nak tanya benda-benda peribadi macam ni!
"Kak Ila! You kan yang bagi pil perangsang dekat I semalam?" suara Ayden keras menyoal Kak Ruhaila. Keras, tetapi bergetar. Ish Ayden ni pun satu, tak payahlah nak sebut bulat-bulat nama pil tu. Cakap jelah 'pil' je. Kak Ruhaila pun mesti faham punya.
"What?" Kak Ruhaila menjawab. Kejap! Jangan cakap Kak Ruhaila bagi dia makan pil yang macam tu? Ayden lain macam semalam, dia tak nak tapi dia terpaksa. Tak habis-habis dia cakap badan dia rasa panas.
"Wait, wait. Kenapa ni?" papa mencelah di antara aura negatif antara Kak Ruhaila dan Ayden.
"Pa, Kak Ila bagi Ayden pil perangsang semalam! And, apa yang you semua nampak, tak sama macam yang you fikir!" Ayden membela diri. Aku sudah mati kutu, makanan dikunyah dengan kelajuan yang sangat perlahan. Terasa perit tekakku apabila makanan itu melaluinya.
Malu, malu, malu!
Sebaik Ayden berkata begitu, terus terhambur tawa mereka semua di meja makan ini. Ayden ni pun satu, tak payahlah nak canangkan yang dia makan pil perangsang. Bila dengar begini, tak tahu nak sedih ke nak geram. Sedih sebab Ayden bersama denganku sebab pil, geram dekat Kak Ruhaila yang letakkan kami berdua dekat situasi sekarang.
"Hello, sorry sikit eh? Dia yang salah, nak salahkan I pulak".
"Memang pun you. Siapa yang bagi pil dekat I semalam masa I mintak panadol? You, kan?" Ayden dah jadi budak-budak balik. Hilang perangai cool dia kalau dah bergaduh begini.
"Eh, eh budak ni! Semalam masa I keluarkan semua pil, I cakap jangan ambil dulu sebab panadol tak jumpa lagi. Tapi you tak dengar, pekak, deaf. You pergi bedal dua biji pil perangsang tu. Bila I nak tegur, you dah telan lepastu pergi masuk bilik. Hah, salah siapa sekarang?"
"Mana ada you cakap macam tu. You letak atas meja, I ambiklah".
"Tipu, pa. Ila dah bagitau dekat dia semalam jangan ambil dulu sebab Ila tengah cari panadol. Tapi dia tak dengar".
Semakin galak mereka tertawa, yang diam pun hanya aku, mama dan Ayden. Mama pun kelihatan nak senyum, tapi ditahan. Leo gelak sebab tengok orang lain gelak. Ah, hampeh family ni! Tak boleh pakai semuanya!
"Hah, Ayden". Papa angkat kening sambil memandang Ayden.
Ayden diam seketika. "Hmm. Ayden tak dengar sebab pening sangat". Jawabnya pasrah, mengalah juga akhirnya.
Aku hanya fokus makan, tak mahu terlibat dalam konflik memalukan begini walaupun hakikatnya akulah watak utama selepas Ayden dalam hal ini.
"Aisyh pun makan jugak ke?" Ah sudah papa ni, kenapa mesti dia nak kaitkan aku? Padahal aku dah berusaha nak jadi halimunan daripada tadi.
Aku angkat muka sambil kunyah roti telur. "Ha? M-makan apa pa?" bodohlah Aisyh, kau memang sengaja nak bagi papa sebut pasal pil tu kan?
"Pil yang Ayden makan semalam," jawab papa. Merah sudah wajahnya sebab terlebih ketawa.
Cepat-cepat aku gelengkan kepala dengan wajah yang kuyakini sudah pucat. Merah pada telinga Ayden sudah merebak ke wajahnya. Sekarang, wajahnya juga kelihatan merah padam sambil kunyah makanannya laju-laju.
"Apa papa ni tanya macam tu pulak," Ayden bersuara tiba-tiba.
"Yelah, takkan Ayden buat dekat leher sendiri kan? Mestilah ada yang jadi vampire, kan? Kalau bukan sebab pil, okay, papa fahamlah," papa gelak lagi, kali ini lebih kuat.
Woi, depan rejeki woi!
Aku capai gelas dan teguk air dengan rakus. Haus aku sebab malu sangat.
"Wait," Kak Ruhaila capai lenganku. Diselak sedikit lengan baju aku sambil dia tersengih.
"Dua biji pil, dengan pergelangan tangan Aisyh sekali dia bedal pa!" mendengar kata-kata Kak Ruhaila, terus aku selak lengan baju sedikit dan tengok pada nadi tanganku. Belum reda rasa malu tadi, kini bertambah semakin malu. Gila tajam mata kakak Si Ayden ni!
Cepat-cepat aku habiskan makananku. Tak boleh lama sangat di sini, teruk aku dan Ayden jadi bahan. Selalunya Kak Suzanne yang kena. Tapi hari ni, baru aku merasa penderitaan Kak Suzanne. Tapi dia nampak cool gila masa orang usik. Sedangkan aku rasa macam nak peluk roket dan terbang pergi ke planet lain sekarang juga!
Setelah yang lainnya sudah bangun untuk membasuh tangan, aku pun cepat-cepat bangun. Lepas ni aku nak cepat-cepat masuk bilik, silap hari bulan muka aku dah boleh menyamar jadi tomato sebab merah sangat.
Selesai basuh tangan, aku pun meminta izin untuk balik ke bilik tapi ditahan oleh papa. "Eh, kenapa tergesa-gesa nak masuk bilik. Rilekslah, kita berbual-bual dulu," ujar papa. Ceh, nada dia tu macamlah aku tahu dia nak bual pasal apa.
"Err, Aisyh.. Aisyh nak kemaskan baju sebab esok dah nak balik kampung," aku sengih-sengih terpaksa sambil menggentel jari. Haila, bagi jelah aku masuk bilik. Ni tak, mesti nak bahankan aku!
Papa angguk, tapi wajahnya kelihatan ingin mengusik. "Ayden, cepat habiskan makanan tu. Aisyh tunggu dalam bilik," usik papa selamba sambil tepuk bahu anak lelakinya itu. Terus Ayden tersedak air dibuatnya.
Bukan papa nak tolong, malah digelaknya sahaja. Ayden kelam-kabut minum air sebab batuknya semakin menjadi.
"You ni! Kacau orang tengah minum air. Dah Aisyh, Aisyh masuk bilik. Rehat, jalan pun dah macam apa dah mama tengok".
Cepat-cepat aku gelengkan kepala sebab aku tahu fikiran mama pergi ke tempat lain. "Eh, bukan ma! Aisyh kan cakap tadi Aisyh tergelincir".
Mama jongket kening pandang aku. "Ada ke mama cakap pasal benda lain? Aisyh yang fikir lain agaknya. Dah, pergi masuk bilik. Kamu, Ayden. Ambil minyak urut dalam cabinet. Urut kaki Aisyh nanti," mendengar sahaja ayat terakhir mama itu, terus semua pandang dia pelik, termasuk aku.
Tak salah dengar kan? Mama risaukan aku ke?
"What? Kenapa tengok mama macam tu?" soal mama angkuh tapi semuanya tayang senyum sambil gelengkan kepala. Mama dah mula nak terima aku ke?
Aku pun sekali lagi minta izin untuk masuk ke bilik dan mereka semua mengangguk sambil lemparkan senyuman. Sumpah aku tak betah dengan keluarga ni. Nampak sahaja serius, tapi, bila dah bergurau, bukan alang-alang topik yang dibincang! Topik dewasa terus mereka buka... hampeh!
ΓΓΓ
Terganggu fokusku untuk melipat pakaian sebaik saja kepalaku terasa pening-pening.
Pening aku sekarang semakin menjadi. Dah kenapa ni? Kali ini disertakan dengan rasa nak muntah, jadi, cepat-cepat berlari masuk ke dalam tandas walaupun dengan kaki yang terseliuh begini. Segala yang aku makan masa sarapan tadi, aku buang dalam sinki sebab situ saja aku sempat sampai.
Kedengaran pintu bilik ditutup, tapi aku tak dapat nak tengok siapa sebab semakin menjadi aku muntah. Pening sangat kepala aku sampai-sampai aku rasa loya.
"Aisyh, kenapa ni?" kedengaran suara Ayden di belakang aku. Aku pandang saja Ayden daripada cermin besar itu dan kembali termuntah. Buruk sangat ke muka Ayden sampai-sampai aku termuntah teruk ni?
Ayden nampak kelam kabut, lalu cepat-cepat dia meluru ke arah aku dan terus mengurut tengkukku. "Are you okay?" soalnya cemas sambil dia basahkan sebelah tangannya dan diraupkan pada wajahku.
Keadaanku sedikit reda apabila menerima urutan Ayden pada belakang tengkukku. Kedua-dua belah tanganku ditegakkan pada sinki, rasa nak muntah ada, tapi tak dapat dikeluarkan.
"Kenapa ni? Hmm?" soalnya lembut dan selitkan rambut pada telinga. Wajahnya jelas kerisauan. Tapi, boleh percaya ke dia dengan riak wajah itu? Sedangkan semalam pun dia boleh buat tanpa cinta, inikan pula menyoal tanpa rasa risau.
Aku gelengkan kepala, nak bercakap pun aku tak larat sekarang. Rasa pening ini membuatkan aku rasa loya. Kemudian, aku kembali buka paip dan sekali lagi hamburkan segala isi perut ke dalam sinki. "Awak... Kalau tak nak rasa jijik.. b-baik awak keluar". Kemudian aku sambung semula muntah.
"Kenapa pulak nak kena jijik?" Ayden menyoal sambil belakangku diusapnya. Aku dah tak boleh bercakap, lagi aku bercakap, lagi aku rasa loya. Jadi, aku biarkan soalan Ayden tergantung tanpa jawapan.
Setelah rasa loyaku sedikit reda, aku cuci muka dan berkumur. Berdenyut-denyut rasa kepalaku sekarang.
"Are you pregnant? Takkanlah, baru semalam kot," ayat yang kedua itu, dia berbisik sendiri sambil tangannya tak putus-putus mengusap belakangku.
Apabila keadaan agak terasa lega, aku pun memintanya untuk memapahku menuju ke sofa. Tapi apa yang Ayden buat adalah, dia gendong tubuh kecilku sambil kakinya melangkah menuju ke arah katilnya. "Tak payahlah," tolakku dengan suara yang perlahan sambil aku tolak dadanya lemah.
"Kenapa pulak tak payah?"
"Awak sendiri kan cakap awak tak nak kongsi katil dengan saya. Tak payahlah, lagipun saya dah biasa tidur atas sofa". Dalam lemah, sempat aku menyindir. Terus wajah Ayden berubah mendengar kata-kataku.
"Ayden, lepaslah. Saya tak nak dekat sini". Kata-kataku Ayden abaikan lalu segera dia baringkan tubuhku atas katilnya. "Wait here". Arahnya lalu keluar dari bilik.
Aku picit pelipis. Tak faham bahasa punya orang! Semua kena ikut cakap dia. Ish!
Dan pasal... Mengandung? Takkanlah, dulu aku dah periksa, takde apa-apapun. Ke, baby tu main hide and seek? Ah, makin mengarutlah kau, Aisyh. Padahal demam je kot. Lagipun, lama dah rasanya aku tak demam teruk macam ni. Malah sebelum aku kahwin pun memang aku pernah rasa macam ni. Cuma sekarang terasa semakin teruk.
Ke, aku ada kanser? Ih, nauzubillahiminzalik!
Aku kosongkan fikiran. Lagi banyak aku fikir, lagi aku pening. Lebih baik aku duduk diam dan tunggu saja Ayden.
Tidak lama kemudian, pintu kedengaran ditutup dan kemudian, kedengaran ada sesuatu diletakkan pada sebelah katil. Setelah itu, terasa tilam di sebelah pula terhenyak menandakan ada orang sudah melabuhkan punggung di sebelahku. Aku pun bukakan sedikit mata dan kembali ditutup setelah wajah risau Ayden menyapa pandanganku.
"Nak makan pil tak?" tanya Ayden sambil letakkan kepalaku di atas ribanya. Kemudian, dia mula mengurut kepalaku lembut.
"Badan you tak panas pun. Ke, you betul-betul mengandung ni?" tanya dia lagi setelah dia melekapkan belakang tangannya di dahiku dan menyambung semula urutan tersebut..
Aku gelengkan kepala bagi menjawab kedua-dua soalannya. "Tak nak makan pil dan saya tak mengandung". Jawabku perlahan.
Ayden terdiam seketika sambil jemarinya masih setia memicit lembut dahiku.
"I'm sorry". Setelah agak lama dia diamkan diri, akhirnya dia bersuara kembali. Keningku berkerut, dah kenapa mamat ni nak minta maaf tiba-tiba?
"Sorry? Untuk?"
Dia berdehem. "Sebab semalam kita tu.... Bila I bawah pengaruh pil. Sorry sebab I, you malu depan family semua. I'm sorry". Pintanya dalam nada berbisik.
Perlahan-lahan aku buka mata untuk melihat wajah tersebut. "Betul ke ni Ayden 22? Ke, awak dah sembuh dari amnesia?" gurauku sambil tertawa kecil.
Dia mencebik. "Kenapa pulak? Pelik sangat ke kalau I minta maaf? Ingat Ayden 27 je boleh rendahkan ego untuk minta maaf?"
Mendengar sahaja kata-kata itu, aku kembali ketawa. Dah macam apa entah dia ni bersaing dengan diri sendiri. "Takdelah, kalau awak imbas balik masa awak sedar dari koma sampailah semalam, awak rasa pernah ke awak minta maaf dekat saya?" sindirku lalu kembali menutup semula mata.
Tiba-tiba dia cubit perlahan bibirku. "Kalau I salah, memang I minta maaf. Selama ni I tak minta maaf sebab I tak rasa apa yang I buat tu salah".
Aku mencebik sahaja mendengar jawapan budak ni. Baru tadi nak puji dia dah rendahkan diri, dah kembali jadi dirinya yang asal. Siap dia cakap yang dia takde salah apa pun. Ceh, tak sedar diri!
"You boleh bangun tak ni? I dah siapkan bubur untuk you makan. Tadi kan muntah, mesti perut dah kosong. Makanlah," pelawanya sambil dia jentik-jentik hujung hidungku.
"Sebenarnya saya tak nak makan lagi. Tapi, dah alang-alang awak dah masakkan, makan jelah. Tapi sikit je tau sebab saya masih takde selera".
"First time I dengar you takde selera," usiknya sambil membantuku untuk bersandar pada kepala katil. Aku jeling sahaja dia sambil tampar perlahan pahanya.
Dia membalas hanya dengan senyuman tipis sambil mengacau bubur di dalam mangkuk putih tersebut. "Biar I yang suapkan sebab tangan you dah macam sotong dah I tengok".
"Apeni?" dalam pada dia caring macam ni, sempat juga dia kutuk-kutuk aku.
Senyumannya melebar sambil dia suapkan bubur ke mulutku. "Hmm, sedap. Siapa buat ni?"
"Sedap?"
Aku angguk. "I lah yang buat. Siapa lagi?" dia mula dah masuk bakul dan angkat sendiri.
Aku mencebik. "Ye ke?"
"Eh, yelah. Ingat badan sado tak pandai masak ke?" terus aku tergelak mendengarnya.
"Eee, tak malu puji diri sendiri sado. Sado ke macam ni? Dah macam Hulk dah saya tengok".
Terus wajah Ayden berubah riak. Ah sudah, ada benda salah ke aku cakap? "Err, kenapa awak ni?" Dia ni memang jenis yang mudah berubah emosi ke macam mana?
Ayden gelengkan kepala sebagi jawapan. "Nothing. Cuma rindukan Haq. Macam tak percaya yang Haq dah takde". Tuturnya lirih membuatkan bubur yang aku telan terasa perit.
Aku gerakkan sedikit badanku dan giliranku pula menepuk belakang dia perlahan. "Janganlah macam ni. Kalau awak rasa rindu, awak sedekahkan Al-Fatihah. Doakan untuk dia supaya dia berada dalam kalangan orang-orang beriman". Pujukku dengan tangan kecilku masih lagi berada di belakang sasanya.
Dia toleh aku sekilas lalu lemparkan senyuman. Bubur dia kembali suapkan padaku dan aku makan dengan berselera. Ceh, baru tadi aku cakap tiada selera! Sekarang dah tinggal ΒΌ dah bubur yang Ayden masakkan.
"Dekat Hazel pun kena buat macam tu ke?"
Baru nak rasa happy sikit, dia pergi sebut balik nama Hazel dia tu. Terus terputus selera makanku dan kembali berdenyut dahiku dengar nama orang ketiga tersebut.
Padahal dia dah takde, tapi, aku kena bersaing jugak dengan dia. Malah dia saingan terbesarku. Kalau Melissa dulu masih okay lagi sebab Ayden memang tak layan Melissa. Si Hazel ni, dia dah tak wujud pun dalam dunia ni, tapi dialah saingan aku yang paling dekat.
Argh! Kalau dulu Oggy si kucing dan Sepia si dua alam, sekarang saingan pelik aku bertambah koleksi iaitu Hazel yang aku boleh kategorikan dia sebagai pesaing alam barzakh. Memang mereka yang perlu jadi pesaing aku memang golongan-golongan pelik begini kah? Dan kenapa mesti aku yang jadi manusia bernasib malang yang mempunyai pesaing pelik macam mereka semua ni? Pening ah macam ni!
Aku tolak gelengkan kepala apabila Ayden mahu menyuapkan bubur itu lagi. "Dahlah, saya dah kenyang. Saya nak rehat".
"Nak rehat? Minum air tu," arahnya sambil dia cuba mencapai gelas jernih yang berisi air kosong tersebut.
"Tak payahlah, saya boleh ambil sendiri". Aku capai gelas tu dan selesai diteguk habis kesemua isinya, aku pun terus berbaring.
"Duduklah dulu. Kenapa terus baring macam ni?"
Aku tak jawab soalannya sambil buat-buat berdengkur. Malas nak layan, buat sakit hati sendiri sahaja!
#Sorry for being late sebab agak busy settlekan permohonan guru ganti. Wish me luck ya ??
Sorry x mmuaskan hati korang. Otak beku sekarang hahahaa, so trimalah chapter main campak daripada I hahaha.
Semoga terhibur dan selamat malam (2.08pm). Ngantuks woi siapkan satu chapter. Salah sendiri jgk sbb suka tunda. Hahaa. Babaii.
Next update belum tahu bila tapi janji ASAP. 11 bab sahaja lagi tinggal. Uwaa. Taashabar nak habiskan cerita ni.
Adios. Do vote and comment tau ??
Share this novel