Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
LEBIH dari seminggu sudah aku dan Ayden serumah dan sebilik. Sesekali kami pergi banglo atas permintaan papa, sesekali papa, Rheo dan adik-beradik Ayden akan bermalam di sini. Ayden dia memang jenis jujur, tak berpura-pura. Dia tunjukkan perangai yang sama saja di hadapan keluarga dia. Sebab tulah papa selalu tegur dia.
Beradik dia pun selalu mengucap tengok perangai Ayden. Kata mereka, ingatkan perangai annoying tu dah berhenti, rupa-rupanya kembali semula membuatkan aku mulai faham yang Ayden memang jenis begini semasa dia berumur 22 tahun dahulu.
Aku tak nafikan, dalam pada dia kebudak-budakan begitu, sisi matangnya tetap terserlah. Dia memang jenis yang kemas. Setiap pagi memang dia akan kemaskan katil dia sendiri, kecuali barangan tidur aku. Kalau aku terlupa nak lipat, aku balik kerja memang begitulah keadaannya. Jangan harap dia nak kemaskan.
Bab makan, dia yang akan masakkan kalau aku kerja. Sebab katanya, perempuan kalau dah penat, mereka akan ambil keputusan untuk masakkan makanan tak sihat. Jadi, untuk elakkan dia gemuk, dia sendiri yang masakkan. Itu pun makanan yang aku dapat selalunya sisa dia saja. Kalau nak makan banyak, masaklah sendiri!
Hampir tiga minggu bersama Ayden versi baru membuatkan aku lebih banyak menangis daripada tertawa bahagia. Dia asyik-asyik bandingkan aku dengan Hazel. Tak habis-habis dengan Hazel dia. Sampai-sampai dia cakap yang dia yakin bahawa Hazel tu masih hidup. Kejadahnya masih hidup kalau orang lain cakap dah meninggal!
Aku rasa aku dah tertekan sangat-sangat. Kisah hidup aku sekarang dah macam sinetron. Very the complicated!
Setelah tudung siap terpakai, aku pun mencapai beg tangan. Baru aku perasan yang Ayden bangun awal pagi ini. Biasanya lepas Subuh, dia akan tahan mata sepuluh minit dan lepastu tewas di dalam mimpi. Hari ni entah apa mimpinya sampai-sampai sudah bersiap wangi-wangi.
"Awak nak pergi mana ni?" soalku sambil mencium tangannya. Cium tangan pergi kerja pun boleh jadi bahan perang mulut hari tu uolls! Dia cakap aku old lady, sepatutnya tak payah salam macam ni. Rasa nak je aku hantukkan kepalanya pada kepala katil, mana tahu dia boleh ingat semula umur dia berapa!
"Bukan urusan you pun," jawabnya sambil menggayakan rambut dengan gaya pacak di hadapan itu.
"Siapa cakap? Awak tu masih lagi pesakit tahu tak? Kalau jadi apa-apa dekat awak, papa akan marahkan saya. Bukan awak," bebelku sambil mencekak pinggang. Kelaziman kami berdua sebelum aku berangkat kerja. Mesti ada sahaja benda yang akan kami gaduhkan.
Dia hela nafas sambil duduk pada hujung meja solek. Tangan disilangkan pada dada sambil keningnya hampir bertaut, menampakkan riak kurang senang pada wajah itu. "Boleh tak kalau sehari je you tak bising-bising? Semak tahu tak? I nak keluar, ziarah kubur Haq". Jawabnya lantas berdiri dan mula melangkah meninggalkan aku.
"Kejap. Awak dah tahu ke yang Haq dah...." Belum habis ayat yang aku ucapkan, dia potong sambil dia pasangkan Phatek Phillip di tangannya.
"Hmm, kalau tunggu you bagitau I, rasanya kalau I mati pun you tak bagitau," jawabnya sinis.
Aku ketuk kepalaku dengan rasa bersalah yang menggunung di dalam hati. Entah macam mana aku boleh lupa bagitau dia pasal Haq. "Sorry, saya lupa. Sumpah saya lupa. Siapa yang bagitau awak?"
"Rheo. I faham, you kan old lady. Memanglah pelupa. Dahlah, you pergi kerja sana. Kalau lambat, nanti you salahkan I pulak. Shuh," macam tu je dia halau aku.
Aku jeling je dia. "Saya sebaya awak dulu lagi beradablah. Tak payah nak halau, saya pun tahu nak pergi sendiri. By the way, jangan pergi seorang diri tau. Ajak Pak Man ke, mana-mana bodyguard awak. Faham tak?"
"Bla.. bla.. bla..." itu sahaja balasannya membuatkan aku cepat-cepat urut dada. Ini bukan setakat amnesia, ini biadap namanya!
"Hmm... Bye, assalamualaikum". Dengan perasaan geram melangit, aku pun meninggalkan bilik ini dengan wajah cemberut namatey.
Setibanya di hadapan kereta Rheo, terus aku membukakan pintu dan meloloskan diri masuk ke dalam. Papa ada minta Ayden hantarkan, tapi aku tolak sebab aku risau akan keselamatan dia. Dia yang kemalangan, aku yang trauma nak bagi dia keluar begitu saja.
"Kenapa you nampak badmood je?" tanya Rheo sejurus kereta mula bergerak meninggalkan kawasan rumah Ayden.
Aku tarik nafas dan hela perlahan. "Sepupu awak tulah. Saya tak faham dengan perangai dia".
Terus Rheo tergelak mendengar luahan hati aku. "Sabarlah Aisyh. Dia memang macam tu zaman remaja dia dulu. Memang dia layan perempuan macam tu. Sebab tu dulu orang tak suka dia. Tapi, lepas dia sambung belajar sekejap untuk bahagian bisnes, dia dah pandai dah nak bergaul dengan orang. Pandai nak jaga hati orang. Kalau dia jadi so mean pun, dekat orang tertentu je," terang Rheo pula.
Keluhan berat aku lepaskan. "Tapi saya tak tahanlah layan perangai dia yang macam tu. Kadang-kadang saya rasa nak je tutup mulut dia sebab mesti ada je yang dia nak jawab kalau saya suruh dia buat apa-apa. Macam hari tu, saya suruh dia makan. Dia pergi masak makanan lain, makanan yang saya masak, dia takkan jamah. Tak sihat dia cakap. Awak rasa? Saya penat-penat kot masak, dia boleh pulak pandang je apa yang saya masak," rungutku sambil memicit pelipis. Sejak akhir-akhir ni memang aku rasa pening-pening. Mungkin sebab melayan kerenah Ayden yang bukan-bukan begitu.
Rheo jeling aku sekilas. "Sabarlah. Nanti-nanti eloklah tu. Buat je apa yang you dan Ayden sebelum ni pernah buat. Mana tahu boleh kembalikan memori dia," lembut suara Rheo memujuk. Tapi sedikit pun aku tidak rasa terpujuk sebab aku tahu, kalau balik rumah, mesti lain yang jadi.
"Selalu saya buat apa yang kitorang pernah buat sebelum ni. Siap saya ceritakan lagi kisah-kisah kitorang dekat dia. You know what apa dia buat? Dia sumbat telinga dia guna earphone sambil nyanyi-nyanyi," apabila teringatkan hal itu, rasa sakit hati aku kembali lagi. Punyalah aku beria ceritakan dekat dia pasal kami berdua, boleh pulak dia baring sambil dengar lagu.
Apabila aku bercakap, dia besarkan volume suaranya. Kau rasa kau dapat tahan dengan perangai yang macam tu?
Rheo terdiam seketika. Apabila lampu bertukar hijau, kereta pun kembali menyusur membelah jalanan raya. "Speechless jugak I dengar. Tapi jangan risaulah Aisyh. You can do it. Dah, jangan stress sangat. Hari ni student SPM, kan? Takkan you nak biarkan diri you stress depan student".
Aku angguk lemah sambil menyandarkan badan pada kerusi. Pandangan aku lemparkan keluar, menikmati suasana indah awal pagi dengan hati yang gundah dan gelisah. Kembalikan Ayden yang dulu, please...
×××
Sudah tiba masanya pelajar untuk masuk ke dewan peperiksaan. Pelajar-pelajar pun mula bersalaman dengan kami warga pendidik.
Seperti mereka, aku juga sangat berdebar. Perasaan normal setiap guru yang mengharapkan kejayaan buat pelajarnya. Kalau dulu, aku ingat aku seorang saja yang nervous. Bila dah jadi cikgu ni, aku dah mula faham perasaan cikgu-cikgu aku dulu. Patutlah apabila pelajarnya berjaya, cikgu antara orang yang menangis terharu.
Aku SPM dapat A+ untuk subjek Sejarah. Subjek-subjek lain, aku cukup-cukup makan saja. Ada empat A, Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Islam. Sejarah A+ manakala subjek-subjek sedih seperti Bio, Kimia, Fizik dan Addmath masing-masing dapat D dan E. Kahkah.
"Cikgu, doakan kami," pinta salah seorang pelajar perempuan India tersebut lantas memeluk aku. Semasa bersalaman tadi, aku dapat rasakan tangannya yang kesejukan dan wajah dia pucat. Takut sangat dah ni. Haha.
"Ya, cikgu sentiasa doakan untuk murid-murid cikgu," kataku ikhlas sambil mengusap belakang pelajar yang lebih tinggi daripada aku.
Apabila pelukan dilepaskan, kelihatan pelajar itu menyeka air matanya. "Saya doakan semoga cikgu sentiasa hidup aman dan sejahtera," katanya lagi dengan pelat Indianya. Aku hanya tergelak kecil dan seka air mata itu.
"Dah, don't cry. Masuk dewan. Jangan risau, kami sebagai cikgu sentiasa halalkan ilmu untuk kamu semua," pujukku lagi. Dia membalas dengan senyuman dan anggukan seraya pergi ikut yang lain.
Setelah kesemua pelajar bergerak ke dewan, salah seorang guru Sejarah perempuan mula dekatkan diri dengan aku. "Hmm, kenapa awak masih jadi cikgu? Kalau saya jadi awak, saya rela jadi surirumah sepenuh masa tau".
Ini antara guru yang kuat mengata aku masa Ayden koma dulu. Apabila Ayden sudah dilaporkan sedar, ramai yang dulunya benci, mula dekatkan diri dengan aku semula. Mungkin mereka mahu aku jemput ke rumah sempena meraikan hari Ayden tersedar daripada koma kononnya.
Jangan harap!
Aku memang maafkan, tapi, untuk lupakan apa yang mereka pernah buat dekat aku bukanlah satu benda yang senang. Kata-kata mereka sangat pedih untuk aku terima di saat aku seperti layang-layang yang terputus talinya.
"Saya tak sampai hati nak tinggalkan pelajar macam tu je. Lagipun, kita kerja kan bukan setakat untuk duit, tapi, sebab nak tolong pelajar," jawabku tenang walaupun kalau diikutkan hati, aku rasa nak mencarut je.
Cikgu yang dikenali sebagai Eirma tu tersenyum sinis. Cikgu lain sudah bergerak ke bilik guru dan kelas masing-masing, kami berdua masih di sini. Aku malas betul sebenarnya nak layan perempuan ni.
"Yeke? Ke, sebab tak yakin dengan suami sendiri? Yelah, suami awak tu kaya. Jangankan seorang, empat orang isteri pun dia mampu. Bela perempuan simpanan pun mampu. Sebab tu kan awak ambil keputusan untuk terus menjadi cikgu? Sebab risau kena.... cerai?" sinis dia berkata walaupun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Aku hela nafas yang terasa agak sempit. Memang aku agak iakan kata-katanya sebab kita tak dapat ramal masa depan. Tapi, itu bukan sebab utama aku mengajar. Sebab utama memang sebab aku minat dalam bidang pendidikan ini sebab aku memang jenis yang suka ubah persepsi semua orang pada subjek Sejarah.
"Saya tak perlu nak risau sebab setiap malam saya doakan supaya Allah kekalkan jodoh saya dan suami. Andai kata takde jodoh, nak buat macam mana. Tapi saya yakin, semua yang Allah buat mesti ada sebab. Macam.... Hubungan tak kekal cikgu dengan suami? Mesti ada hikmah di sebaliknya, kan?" aku pulangkan paku buah keras. Jangan macam-macam dengan Aisyh. Dah elok aku hormat mereka selaku rakan pendidik, mereka pula nak lebih-lebih panaskan hati aku.
Setelah aku mengeluarkan kata itu, terus aku tinggalkan dia yang berwajah cemberut itu. Aku malas sebenarnya nak layan manusia begini, buat semak otak aku je. Aku malas nak layan kes terpencil macam ni. Cukuplah otak aku sakit dengan perangai Ayden.
×××
Aku dan Salwa makan di kantin sekolah. Alhamdulillah aku dah nampak perubahan yang sangat baik pada diri Salwa. Sedikit demi sedikit dia mulai kembali kepada Salwa yang sewel seperti dulu. Walaupun ada kalanya dia akan bersedih sendirian. Kadang-kadang dia ajak aku jenguk kubur Haq, kadang-kadang dia pergi sendiri tanpa pengetahuan kami semua sampai-sampai aku dah jadi mak-mak marahkan dia.
"Aisyh, macam mana keadaan Ayden? Okay dah ke?" soal Salwa sambil menghirup minumannya. Dalam kantin ini hanya kami berdua sahaja dan kami pun duduk agak jauh daripada para makcik kantin. Jadinya kalau berbual pasal rumahtangga, insya-Allah tak kedengaran dek sesiapa.
Aku lepaskan keluhan kecil. "Kesihatan dia okay. Tapi tulah, dia masih belum ingat apa-apa. Dia cakap dia tak nak ingat benda sekarang sebab dia tak nak memori dia dengan Hazel hilang macam tu je. Dia tak sanggup terima hakikat yang sekarang dia dah duakan Hazel".
Terus mengucap Salwa mendengar kataku. Hmm, apa yang aku bagitau baru 1% kesakitan yang aku lalui. Selebihnya hanya aku yang tahu betapa seksanya hidup aku hidup bersama orang yang dicintai, tapi cintakan orang lain.
"Boleh tahan degil jugak laki kau eh? Tak sangka aku perangai dia boleh berubah drastik macam ni," ujar Salwa dengan wajah yang tidak percaya.
Aku jongket bahu. "Kan?" balasku ringkas.
"Macam mana dengan Kak Ana kau tu?" Salwa tukar topik, mungkin dia melihat riak wajah aku agak keruh.
Aku angkat wajah, membalas pandangan Salwa. Nampaklah wajahnya sudah mula berseri-seri sedikit sekarang. "Ada, dia pergi Korea hari tu nak lepaskan rasa rindu dekat arwah Neksu katanya".
"Wow, dia kerja apa?"
"Kalau tak silap, dia ada butik sendiri dekat Cheras. Butik pengantin".
Salwa angguk kagum. "Tak sabarlah nak jumpa dia. Tak sangka aku dalam hidup aku, aku dapat jumpa orang yang bukan kembar, tapi muka sama".
Aku gelak kecil. "Macam aku dengan Hazel lah".
Salwa capai tanganku dan diusapnya lembut. "Dah, janganlah cakap benda yang sakitkan hati sendiri. Kau rilekslah. Walau sedalam manapun perasaan dia dekat Hazel, Hazel dah takde. Sekarang, rebut peluang ni bagi Ayden suka dekat kau".
"Eh? Kau tak rasa ke aku macam orang bodoh je sukakan orang yang langsung tak sukakan aku? Kau tak rasa aku ni macam terdesak sangat nak bagi Ayden suka dekat aku? Aku rasa aku macam bodohlah, Wa paksa orang sukakan aku". Rungutku perlahan.
"Aisyh, lagi bodoh kalau kau biarkan Ayden gitu je. Lagi bodoh kalau kau lepaskan Ayden yang mungkin sebenarnya dia pun cintakan kau. Dahlah, buang jauh-jauh ego kau. Yang penting sekarang, kau kena buktikan dekat Ayden yang Hazel tu bukan lawan kau. Buktikan dekat dia, tolak kau adalah satu benda yang paling bodoh dia pernah buat dalam hidup dia".
Mengeluh dan terus mengeluh. Aku tak tahulah sebanyak mana dah keluhan yang aku dah lepaskan. Aku tak nak mengeluh sebenarnya, tapi nak buat macam mana? Keadaan yang memaksa aku untuk berbuat sedemikian.
"Bukan ego, Wa. Aku cuma tak nak nampak bodoh kat mata dia. Cukuplah aku dah jadi bodoh sebab banyak menangis kena tinggal Faiz dulu. Aku dah serik kena game dengan lelaki".
"Kau jangan samakan Faiz dan Ayden. Jauh beza sangat Aisyh. Teruk-teruk Ayden pun, salah dia tipu kau je. Tapi tanggungjawab dia dekat kau, dia tak pernah abaikan. Dia tak pernah sakitkan perasaan kau masa dia sihat dulu. Dia yang lindungi kau masa kau kena serang nenda dan Melissa. Masa Hari Guru hari tu, banyak-banyak yang injured, kau sorang je yang dia risaukan. Lepastu, kau cakap yang kau pergi MMA dia semata-mata nak latih kau defend diri sendiri. Banyak, Aisyh. Banyak sangat jasa Ayden dekat kau. Jangan sebab satu sebab je, kau abaikan kebaikan dia yang lain".
"Dia buat semua tu, sebab dia bayangkan aku ni Hazel". Tipu kau je, konon. Dia tak tahu ke sebab tipu tulah perasaan aku sengsara gila?
"Kalau tu sebabnya, kenapa sekarang dia tak boleh buat benda yang sama? Kenapa dia tak bayangkan kau Hazel? Kenapa dia perlu layan kau teruk, padahal dia boleh je layan kau baik-baik dengan bayangkan kau ni Hazel? Kenapa? Takkan kau tak nampak, Aisyh? Aku yakin sebenarnya Ayden cintakan kau, bukan Hazel. Cuma dulu dia keliru sama ada perasaan dia sebenarnya untuk kau ataupun Hazel. Mungkin lepas amnesia ni dia akan nampak siapa yang dia cinta sekarang.
Aku bukan tak nak menangkan kau, Aisyh. Tapi, aku tak nak tengok kau sakit hati satu hari nanti kalau andaian kau hari ni salah. Aku tak nak kau menyesal bencikan Ayden yang mungkin sebenarnya cintakan kau. Aku nak kawan aku happy, jangan sedih-sedih. Aku harap sangat supaya kau hargai dia selagi dia masih hidup". Panjang nasihat Salwa, dan ayat yang terakhir itu kedengaran agak sayu.
Serba salah jugak aku tengok dia yang macam nak menangis. Cepat-cepat aku hulurkan tisu, tapi dia gelengkan kepala sambil ukirkan senyuman. Senyuman yang menampakkan dengan jelas yang dia sudah mulai kuat sekarang.
"Wa.... Sorry dan terima kasih sebab sudi jadi kaunselor aku".
Salwa tergelak kecil. "Bongoklah kau. Banyaklah kau punya kaunselor. Oh lupa nak bagitau, dengar cerita hari Sabtu ni ada Rumah Hantu dekat Sunway Lagoon".
Berkerut dahi aku mendengar. Dia nak suruh aku temankan dia pergi situ? Jangan harap. Tengok cerita hantu tanpa suara pun aku dah boleh terjerit terlolong seorang diri. Inikan pulak nak pergi tengok yang real punya. Silap hari bulan, dengan usus aku sekali terkeluar gamaknya sebab terlampau sangat menjerit.
"Buat apa? Nak aku kerja part time jadi hantu takutkan orang?"
Kali ini tawa Salwa meletus kuat. Sudahlah kami berdua sahaja di sini, memang bergemalah suaranya tertawa. "Bongoklah kau! Aku tak tahulah kenapa aku boleh terkutip kau ni dulu. Takdelah aku sampai suruh kau kerja dekat sana. Tahulah dah start cuti dah lusa, tak payahlah beria nak cari kerja sambilan. Aku bagitau pasal ni, sebab aku nak kau...."
×××
Jam dah dekat nak pukul 10 malam. Tapi aku dan Ayden masih leka dengan aktiviti masing-masing. Aku tengah layan WhatsApp group pelajar yang bersungguh-sungguh cakap subjek Sejarah ni senang macam kacang katanya. Hamboi!
Manakala Ayden pula fokus dengan gamenya. Wajahnya ketat. Merajuk sebab aku tak bagi dia pinjam telefon bimbit aku. Nak bagi macam mana, dah telefon aku tengah guna. Sebab tulah dia terus buat muka, dan pura-pura fokus walaupun dalam hati memang dia tengah kutuk aku.
"Merajuk lagi ke tu?" usikku sambil mencucukkan hujung earphone pada lubang telefon bimbitku.
Dia jeling sekilas dan fokus kembali pada telefon bimbitnya. Geli hati aku tengok harimau merajuk. Haha. Kelakar dan... comel?
"Nak main game tak?" aku pancing dia. Entahlah kenapa aku terlayan dia macam dia tu betul-betul budak. Padahal doktor cakap jangan layan macam tu sebab risau otak dia tak bekerja dan lebih selesa dengan situasi sekarang.
Tapi tulah, aku dah cuba. Tapi perangai dia membuatkan aku terlayan dia macam budak-budak tanpa aku sendiri sedar.
"Tak payah. Dah takde mood dah," marah-marah pun dia masih menjawab juga walaupun muka masam tak boleh bawa bincang!
"So, tak naklah ni? Eloklah tu. Jimat bateri saya".
Aku pun acah-acah nak offkan handphone, tapi cepat-cepat dia halang.
"I nak pinjam!"
Aku tersengih. Haila budak ni. Bila kita tak nak baru dia terhegeh-hegeh nak pinjam.
"Okay, tapi ada satu syarat," dia mulanya bersemangat melangkah ke arah aku kemudiannya berhenti melangkah. Wajahnya kembali cemberut.
"Syarat apa pulak?" soalnya dengan nada kurang senang. Aku pula menepuk tempat duduk di sebelah. Ya, sekarang sofa adalah katil aku sebab Ayden memang tak bagi aku tidur sekatil dengan dia. Hampeh punya mamat!
"Duduk sini, dengar satu lagu dengan saya". Pintaku sambil menayangkan earphone kepadanya.
Dia jongket kening sambil memeluk tubuh. "Dengar lagu dengan satu earphone? Tak payahlah kalau macam tu. I malas". Ujarnya sambil menentang pandanganku.
Aku senyum. "Betul ni? Saya tak mintak banyak tau. Satu lagu je, lepastu kalau awak nak pinjam handphone saya sampai jari awak lebam pun, saya tak kisah," aku sudah memulakan sesi tawar-menawar dengannya.
Kelihatan dia agak tergugat pendiriannya setelah mendengar tawaran daripadaku. Dia pengguna iphone manakala aku pula android. Jadi, game yang ada di dalam handphone aku tidak ada dalam sistem telefon dia. Sebab tu telefon aku jadi sasarannya.
Katanya masa 22 tahun sepatutnya takde game seseronok begini. Hmm, tak faham aku dengan dunia dia yang berputar lima tahun ke belakang ni. Serasa macam dengan aku sekali gunakan mesin masa balik ke 5 tahun dahulu.
"Janji satu lagu je?"
Aku angguk yakin. Jadi dia pun mula melangkah menuju ke arah aku dan melabuhkan punggungnya di sebelahku.
Terhenyaklah juga tempat duduk sebelah dengan berat dia membuatkan aku terdorong sedikit menuju ke arahnya. Cepat-cepat dia menolak aku supaya jauh sedikit daripadanya. Cis!
Aku berikan dia sebelah, dan aku pakai sebelah. Tanpa banyak bersuara, aku pun pasangkan lagu tersebut. Kedengaran muzik dimainkan.
"Lagu apa ni?" soalnya dan aku letakkan jari telunjuk di bibirku, memberi isyarat supaya dia diam.
Jujur saja ku tak mampu
Hilangkan wajahmu di hatiku
Meski malam mengganggu
Hilangkan senyummu di mataku
Kusadari aku cinta padamu
Meskiku bukan yang pertama
Di hatimu tapi
Cintaku terbaik untukmu
Meskiku bukan bintang di langit
Tapi cintaku yang terbaik
Kelihatan Ayden tiba-tiba pandang aku setelah lirik kedua dimainkan. Dia cuba untuk mencabut earphone tersebut, tapi aku tahankan tangannya sambil gelengkan kepala. Alhamdulillah, nasib baik dia akur.
Jujur saja ku tak mampu
Tuk pergi mnjauh darimu
Meski hatiku rapuh
Kau tak disampingku setiap waktu
Kusadari aku cinta padamu
Meskiku bukan yang pertama
Di hatimu tapi
Cintaku terbaik untukmu
Meskiku bukan bintang di langit
Tapi cintaku yang terbaik
Setelah lagu tersebut selesai, aku pun berikan dia segaris senyuman walaupun dia balas dengan wajah tak berperasaan.
"Untuk apa lagu ni?" soalnya dingin. Aku tahu dia tak senang dengan lirik itu, tapi, lirik itulah yang menggambarkan perasaan aku sekarang.
"Saya nak awak ingat, Hazel dah takde. Jangan ratapi pemergian dia macam ni. Jangan seksa dia hanya sebab kononnya awak cintakan dia. Kalau betul awak cintakan dia, biarlah dia bersemadi dengan aman. Macam yang Salwa buat sekarang.
Dan, saya nak awak tahu yang sekarang saya adalah isteri awak. Saya tahu kedudukan saya dalam hati awak bukan sebagai cinta pertama awak. Tapi, izinkan saya jadi cinta yang terakhir awak," bergetar ayat itu aku ucap. Tangisan aku tahan, aku tak nak nampak lemah walaupun hakikatnya hati aku sememangnya rapuh apabila teringat semula yang diri aku sekarang hanyalah pengganti Hazel.
Ayden diam, tidak membalas buat beberapa ketika.
"You pun kena faham I. Berita ni sangat mengejut untuk I terima. I dengan Hazel baru bercinta, tiba-tiba dengar dia dah takde. Macam you, apa you rasa kalau hari ni you cintakan I, tapi esok you dengar I dah meninggal? Lepastu ada lelaki yang nak gantikan I, you dapat terima?"
Membulat mataku memandangnya. Nadanya dingin, tapi ayat yang diucapkannya penuh makna.
Dia kemudiannya bangun. "Pinjam. You dah janji tadi kan?"
Telefon di tanganku dicapai dan tiba-tiba dia jentik bahagian atas dadaku. Hampir aku melatah sebab dijentik mengejut begitu.
"Perempuan memang macam ni eh? Asal nak goda lelaki, kena tunjuk lurah dendam macam ni?" ujarnya selamba lalu meninggalkan aku yang sudah seperti dibakar kulit wajah.
"Awak tu yang gatal sentuh saya!" marahku sambil mencengkam leher bajuku. Takdelah terdedah sangat, dah dia tengok dari atas, memanglah nampak. Bongok punya Ayden!
"You yang bagi free".
Aku ketap bibir, geram! Ayden buat aku semakin gila!
Tanpa banyak kata, aku terus berbaring dan sembunyi dalam selimut. Malu gila aku apabila dia tegur direct begitu dengan wajahnya yang selamba gila namateh! Haila Aisyh, sabar! Hari Sabtu ni aku nak balas dendam.
Terima kasih Salwa sebab kau bagi idea dekat aku. Muehehe....
#Sabar. Jangan mara2. Nanti dinda lekas tua. ?? Amacam Ayden sekarang? Comel ke idok?
Ke, korang nak Ayden yang dulu? ??
Selamat membaca, semoga terhibur dan selamat malam ??
Share this novel