DIA adalah pengurus baharu Neil A. Corporation. Sebuah syarikat gah yang bertapak kukuh di Malaysia dan cawangannya 'membiak' di seluruh negara. Bukan satu, bukan dua. Bukan juga dalam angka puluh. Malah, beratus-ratus cawangan sudah tersebar di seluruh dunia.
Apalagi yang membuatkan keluarga mereka tidak diiktiraf sebagai billionaire Malaysia? Dari tahun 1979, sehinggalah sekarang, dapatan hasil mereka sentiasa meningkat dan terus meningkat sehingga menyaingi beratus-ratus syarikat gah negara-negara lain.
Syarikat keluarga yang tersenarai top three pada Forbes Syarikat Awam Terbesar di Dunia membuatkan keturunan Tengku Neil bukan lagi suatu yang asing di bibir masyarakat tempatan mahupun asing.
Kini, berita CEO syarikat tersebut yang telah disandang oleh cahaya mata Tuan Besar Neil Ayden Khalil pula sekali lagi mengecohkan dunia. Siapa tak kenal lelaki kacak anak kepada Tuan Neil Ayden Khalil dan Puan Besar Ratna Aminah itu?
Orangnya kacak, tinggi, berkulit sawomatang, sekali imbas, persis watak hero filem Hollywood, dengan tubuh sasanya, rambut hitam pekat yang berombaknya, dan yang paling penting, aura kekayaan dan kemewahan itu ada padanya!
Jika dia lalu, mata-mata wanita pasti akan hilang daripada soketnya. Lelaki-lelaki pula, akan tercabar egonya. Malah, tubuh tegap itu mampu untuk melunyaikan otot-otot palsu lelaki yang acah-acah pergi gym, padahal ambil ubat!
Siapa dia? DIALAH TUAN NEIL AYDEN RAEQAL BIN TUAN BESAR NEIL AYDEN KHALIL. Cucu Allahyarham Datuk Neil Adam.
Jika di laman sosial, para artis ada fansclubs masing-masing, Tuan Neil Ayden Raeqal atau lebih mesra dipanggil Tuan Ayden ini turut tidak terlepas daripada gelombang peminat keliling pinggang itu.
Bukan setakat masyarakat Malaysia sahaja yang menjadi peminatnya, bahkan, seluruh Asia dan dunia juga telah membuat berjuta-juta akaun peminat hanya untuknya.
Aku menutup majalah yang aku beli semalam. Sejak daripada kes Ayden buat hal tempoh hari, terus aku mencari majalah tentangnya, mana tahu tiba-tiba dia ada menyebut tentang perancangan kahwin kami. Nak letak mana muka aku. Padahal, sampai ke detik ini aku masih belum memberi kata putus.
Teringat aku apabila aku meminta dia menjelaskan apa yang telah dia katakan kepada keluarganya. Pada awalnya, aku cuba memberi peringatan untuk diri sendiri bahawa perkara itu adalah gurauan semata, namun, dalam masa yang sama, aku terimgat akan satu sikap Ayden. Dia semestinya sejenis manusia yang bertindak tanpa berbincang terlebih dahulu sampai-sampai aku terfikir nak cekik leher dia dari belakang.
“You owe me an explanation!”
Pada masa itu, kami sudah berada di dalam lif. Aku dapat lihat muka aku dah menyinga di dalam pantulan lif itu. Manakala Ayden, masih mampu tayang muka kutub utara dia. Mana tak mengamuknya aku.
“What explanation?” soalnya dengan nada berloyar buruk.
Aku bergerak menghadapnya. Ayden pandang sahaja aku yang kini sudah bercekak pinggang. Ikutkan rasa hati, memang wedges ni aku sumbat dalam mulut dia, biar dia faham apa maksud peribahasa kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa!
“Apa yang awak cuba cakap dengan family awak tadi?” naik turun nafas aku sekarang, geram.
Ayden mencebik sambil jongket bahu. “Apa yang you dengar, itulah yang I cakap”.
Sekali lagi mulut aku rasa macam nak melopong menyembah bumi dah. Kenapalah aku boleh kenal dengan manusia macam ni?
“Masalahnya sekarang, nenda awak tak suka!”
Ayden tenung muka aku seketika, dia bergerak perlahan-lahan ke hadapan manakala aku pula sudah mulai gentar membuatkan aku menapak beberapa langkah ke belakang. Jangan cakap dia nak buat benda tak senonoh dengan aku lepas tu mintak aku bertanggungjawab pulak. Eh, apa benda aku mengarut ni?
Apabila belakang aku menyentuh pintu lif, terus aku berhenti. Berharap bahawa pintu ini akan terbuka.
Ting! Pintu lif terbuka. Pfft, nasib baik aku tak bersandar pada pintu. Kalau tak, tak pasal-pasal aku jatuh terbaring dan terlentang di atas lantai ini di hadapan Ayden. Mana aku nak taruh muka nanti?
Walaupun aku tak jatuh, tetapi, Ayden cepat-cepat sambar lengan aku manakala aku yang terkejut seperti terkena renjatan elektrik, secara refleksnya aku terus menarik lengan aku yang berada kejap di dalam genggaman Ayden.
“Sorry”. Ucapnya lalu melangkah keluar daripada lif. Belum jauh dia pergi, dia pun menoleh aku yang masih berpeluk tubuh di hadapan lif yang sudah tertutup pintunya. Aku yakin, muka aku dah serupa menelan limau seratus biji.
Dia angkat keningnya, seperti mengajak aku untuk berjalan bersamanya. Tapi, aku berdegil. Aku masih perlukan penjelasan daripada dia.
“Saya nak awak jelaskan!” suaraku sedikit meninggi, kuhiraukan para maid yang tengah melihat drama sebabak antara kami. Aku peduli apa, dia sudah bertindak di luar pengetahuanku. Aku berhak menuntut bela. Gituh!
“Which one I need to explain?” dia berjalan tenang menuju ke arahku.
“Semua. And, kalau boleh, tolong bagitau saya yang awak bergurau tak kelakar dengan family awak”.
“Kalau yang tu, I tak bergurau. I serious. Next?” dia juga sekarang seperti aku, berpeluk tubuh sambil menghadap antara satu sama lain.
Sempat Ayden menjeling ke arah para maidnyang kelihatan setia menjadi penonton kami. Namun, apabila dia menjeling, secara autoamtik mereka semua bergerak meninggalkan kawasan ini.
“Tapi kita tak pernah bincang pun pasal hal ni!”
“Then, we’ll discuss about it”. Aku yakin aku dah jadi kereta api sekarang, tak habis-habis berasap aku dengar jawapan dia.
“No, masalahnya swkarang awak tak cintakan saya, saya tak cintakan awak dan kita tak pernah bercinta, macam mana awak terfikir nak kahwin dengan saya? Kita kenal tak lama malah awak belum betul-betul kenal saya ni siapa. Lepas tu, awak cakap dekat depan semua family awak yang kita nak kahwin. Apa semua ni Ayden?” suara aku dah semakin meninggi, namun cepat-cepat aku kendurkan kembali kerana aku masih sedar di mana aku berada sekarang.
“Kita bercinta lepas kahwin”.
Pap! Aku tampar lengan Ayden menggunakan beg tangan aku. Kalau dia ni Air, dah lama aku tarik rambut dia dan tumbuk berkali-kali. Huh, nasib baik aku masih ingat lagi tentang batasan antara kami.
Kau tahulah, lengan Ayden tu sangat besar. Mana nak terasa dengan pukulan kecilku. Digelaknya adalah, bukan nak mengaduh sakit ke apa.
“Aisyh, bercintalah lama mana sekalipun, kalau bukan jodoh, putus jugak. Dan macam tulah sebaliknya”. Dia menyambung kata-katanya, membuatkan aku terfikir tentang Ammar Faiz. Betul juga, tapi, ini Aisyh. Betul ke salah, aku tetap yang betul!
“Masalahnya sekarang jugak, nenda awak tak sukakan saya. Dia nak awak kahwin dengan Melissa. Awak tahu tak, tak berkat perkahwinan tanpa restu,” aku masih mencuba nasib. Mana mungkin seorang bekas pendebat seperti aku boleh kalah dengan billionaire ini.
Ayden hela nafas. “My dear Aisyh, setakat ni I tak pernah lagi dengar yang restu nenek tu penting. Ke, ada je sebelum ni, cuma I yang tak tahu? By the way, kalau you risau sangat pasal nenda, you cuma kena ingat satu benda. Yang nak kahwinnya I, bukan nenda. So please, jangan nak bagi alasan lagi dah sebab bila I cakap, I akan buat. Jom balik? I nampak you dah mengantuk sangat. Lebih baik you tidur sebelum you makin banyak melalut. So, shall we?”.
Terlopong mulut aku sekarang. Setiap bait kata dia betul-betul mematahkan kata-kata aku membuatkan lidah aku yang lembut, boleh jadi keras macam gigi.
“Apapun yang awak cakap, saya takkan nak kahwin dengan awak. Titik, noktah, fullstop, noktah bertindih!” aku berjalan meninggalkan dia. Sempat aku dengar dia mengeluh, tetapi aku peduli apa. Macam dia cakap tadi, yang nak kahwinnya dia, bukan nenda. So, samalah situasi kami sekarang. Yang jadi mangsa adalah aku, bukan dia!
Aku mengeluh, teringatkan peristiwa itu membuatkan aku pening kepala. Dahlah lusa dah nak masuk mengajar. Kena pulak dugaan macam ni. Silap hari bulan, aku mengajar subjek Pendidikan Islam bab Perkahwinan untuk budak-budak, bukannya Sejarah.
Tetapi, sejak itu jugak, Ayden dah tak kacau aku. Tiada lagi mesej WhatsApp, tiada lagi panggilan, dan tiada lagi dia menjemput aku untuk ke rumahnya. Aku syak, dia sibuk atau mungkin dia tarik balik kata-kata dia malam tu?
“I akan buat apa sahaja asalkan kita boleh kahwin”.
Itu ayat terakhir dia semasa dia menghantar aku ke rumah sewa. Memang sunyi sepi perjalanan kami. Dia cakap macam tu pun apabila kami sudah berada di hadapan rumah aku, sebelum aku melangkah keluar daripada kereta mewahnya.
Namun, sampai ke hari ini dia mendiamkan diri. Aku berharap betullah yang dia tarik balik kata-kata dia. Aku tak nak kahwin dengan dia. Aku ni peminat saja, dan perasaan aku tak lebih daripada itu.
Aku minat dekat dia pun sebab dia kacak dan kaya. Normallah tu. Korang pun minat dengan artis korang juga dengan ciri yang sama, kan? Haa, macam tu jugalah dengan aku. Sebab tu aku tak nak terima lamaran dia, nanti tak pasal-pasal aku minta cerai dekat dia sebab jumpa lelaki yang jauh lebih kacak daripada dia nanti, hah, macam mana? Tak ke mencari nahas namanya tu?
Mengeluh lagi. Aku tak tahulah berapa banyak keluhan yang telah aku lepaskan sejak malam tu. Aku ada juga buat solat istikharah, cuma aku yakin khusyukku hilang semasa menghadap-NYA, sebab tu sampai sekarang Allah tak bagi aku keputusan.
Aku membaringkan diri. Aku dah berhenti kerja semalam sebab nak buat persiapan untuk hari lusa dan majlis perpisahan akan dilakukan malam esok. Majlis kecil-kecilan sahaja. Cukup untuk diraikan oleh keluarga Aira dan aku seorang.
Sedang asyik aku menatap gambar Ayden yang segak bergaya dengan baju kemeja lengan panjang yang dilipat sehingga ke siku dengan bahagian dada yang terdedah di kulit pertama majalah itu, tiba-tiba telefonku menjerit minta diangkat. Cepat-cepat aku angkat panggilan apabila nama ‘Mak’ terpapar pada skrin telefon bimbit tersebut.
“Assalamualaikum mak”. Sapa aku. Setakat ini, aku masih belum memberitahu keluarga aku tentang perkara ini kerana aku masih belum bersedia. Mahunya mak gelak guling-guling dengar aku dilamar oleh Ayden, tak ke malu aku dibuatnya. Kelak tak pasal-pasal aku menyorok bawah katil sebab malu sangat.
“Waalaikumussalam. Aisyh apa khabar? Sihat?” aku yang mendengar suara mak tanya aku soalan tu, rasa nak menangis semahunya. Rasa nak luahkan segalanya dekat mak. Tak mak, Aisyh tak sihat. Lepas Ayden buat kerja gila hari tu, Aisyh rasa separuh otak Aisyh mereng, mak! Tolong Aisyh mak!
Tetapi sayang, luahan itu hanya mampu bergema di dalam hati. Sekarang aku rasa bukan masa yang sesuai untuk aku memberitahu perkara tersebut dekat mak. Apatah lagi Ayden pun dah lama menyepi. Nanti tak pasal-pasal mak cop aku perasan pula nanti apabila Ayden tarik balik lamaran tak rasminya itu.
“Sihat Alhamdulillah. Mak sihat? Abah?” Air tak payah tanya, dia aku tahu memang sihat. Kalau bukan kat dalam botol, mesti dia sedang mengalir di dalam sungai. Kehkeh. Kalau terdengar dek mak ni, mesti aku kena ketuk guna sudip sambil diberi tarbiyah sentap sedas. ‘Mak dan abah penat-penat fikir bagi nama yang baik untuk kamu berdua, kamu berdua pulak main-mainkan nama tu. Ingat kelakar ke?’. Haha., Dah biasa sangat.
“Sihat semua. Abah kamu tu sekarang tengah pergi kebun dengan Ash. Ni, mak nak cakap sikit dengan kamu, boleh?” lain macam nada suara mak ni, ada apa-apa ke yang tak kena? Ke, mak tahu aku bangun lewat lagi hari ini.
Aku pandang sekeliling bilik, manalah tahu mak letak CCTV dalam bilik ni tanpa pengetahuan aku.
“Apa dia mak?” dalam takut, aku kena kuatkan diri.
Lama mak diam, membuatkan aku asyik periksa telefon bimbit kot-kot mak dah tamatkan panggilan. Tetapi tidak, panggilan masih lagi bersambung. Ke, mak tengah tulis soalan dan cuba fikir ayat apa yang sesuai untuk menyoal anak manisnya ini.
“Aisyh terima ke lamaran keluarga Ayden?” kali ini, terjatuh telefon di tanganku. Nasib baik aku berbaring di atas katil. Kalau tak, tak pasal-pasal nasib telefon bimbit ini sama macam aiskrim aku hari tu.
Kini, giliran aku pulak diam. Aku faham perasaan mak, rupa-rupanya ini sebab dia lambat sangat nak bagitau aku tadi. Dan sekarang, giliran aku pula yang rasa macam tercekik kumbang.
“Aisyh?”
Aku rasa macam aku kembali ke dunia nyata, lalu aku pun segera melekapkan semula telefon bimbit di telinga. “Err, ya mak? Kenapa?” sengaja aku menyoal, mana tahu telinga aku tadi salah dengar sebab terlalu fikirkan perkara tersebut.
“Mak tanya. Aisyh terima ke lamaran keluarga Ayden?” Mak ulang soalan dan kali ini aku perasan yang mak ada sebut pasal keluarga Ayden. Maksud dia?
“Maksud mak? Keluarga Ayden?”
“Haah, keluarga dia. Hari tu mak ayah dia ada datang sini sekali dengan dia, cakap yang mereka nak lamar Aisyh. Mak belum bagi lagi kata putus sebab mak nak tunggu Aisyh sendiri yang cakap dekat mak. Dan, mereka dah bagi cincin dekat mak. Mereka cakap, kalau Aisyh terima lamaran mereka, Aisyh pakailah cincin tu. Kalau tak, Aisyh simpan. Tak perlu pulangkan balik, cuma perlu bagitau je yang Aisyh tak terima”. Cerita mak membuatkan aku sekali lagi terkejut.
Tapi kan, kedengaran mak macam tak paks…
“Tapi mak harap, Aisyh terimalah dia. Bukan sebab dia kaya, tapi, sebab Aisyh sampai sekarang belum ada jodoh. Mak risau, kalau Aisyh tolak dia, Aisyh tolak jodoh yang Allah tetapkan untuk Aisyh dan sampai kesudah Aisyh tak kahwin.
Tapi, mak tak paksa. Cuma mak harap, Aisyh boleh buat keputusan dengan tepat. Jangan ikut kata hati sangat”. Sambung mak lagi.
Mak, memang mak tak paksa. Tapi, mak dah buat Aisyh dalam dilemma. Buatnya Aisyh betul-betul jadi anak dara tua nanti macam mana? Arghhhh!
Ini semua salah Ayden. Kalau dia tak hantar rombongan, tak adanya benda macam ni jadi. Tak adanya aku dah macam tersepit di antara dua Tembok Besar China! Dan, minat aku terhadap dia adalah satu kesilapan yang paling besar!
Aku mesti buat perhitungan dengan dia. Biar dia tahu, bukan dia seorang sahaja yang berpegang dengan kata. Nureen Raisyha pun tersenarai daripadanya. Ayden, kau belum kenal Aisyh!
“Hmm, nantilah Aisyh fikir. Aisyh ada banyak benda lagi nak kena buat sebab lusa dah masuk mengajar. Aisyh off dulu mak, assalamualaikum”. Setelah salam berjawab, aku pun tamatkan panggilan.
Aku bangun, bersiap untuk hantar pasukan tentera untuk serang Ayden.
×××
Aku di sini, di hadapan pintu masuk Syarikat Neil A. Corporation. Ramai orang keluar masuk pintu automatik berkaca ini dan aku antara yang akan masuk ke dalam.
Sampai sahaja di dalam syarikat itu, terus aku meluru ke arah seorang perempuan di kaunter. Aku tak tahu sangat soal syarikat ni, jadi, aku tak tahu apa pangkat wanita itu. Operator mungkin? Jangan gelak, aku memang tak tahu-menahu urusan syarikat dan aku baca novel pun, kalau pasal syarikat, aku skip sebab tak faham satu habuk pun. Memang, pengetahuan am aku ni teruk sikit.
“Assalamualaikum, saya nak jumpa Tuan Neil Ayden”. Tanpa perasaan, aku bercakap dengan wanita cantik di hadapan aku ini. Pelik dia pandang aku, mungkin nampak sangat muka aku yang kekampungan. Ah, aku peduli apa! Aku mesti jumpa Ayden jugak.
“Waalaikumussalam. Cik ada buat temujanji ke dengan Tuan?” dia menyoal lembut, jauh benar dengan nada aku sebentar tadi.
Aku geleng. Aku datang tadi pun tak bagitau Ayden, kononnya nak buat surprise tahap sakit jantung. Eh, tup-tup aku kecundang di tahap pertama ini. Ah, jangan risau. Ini Aisyh. Pantang baginya untuk menyerah selagi belum dapat apa yang dia inginkan.
“Maaf cik, kalau cik takde buat appointment dengan Tuan, cik tak boleh jumpa dia sesuka hati”. Gadis itu masih lembut memujuk.
“No, saya mesti jumpa dia. Dia yang buatkan saya tak sempat untuk buat temujanji dengan dia. Jadi, sekarang ni bukan salah saya, tapi salah dia. Saya minta tolong awak call dia, bagitau yang Nureen Raisyha nak jumpa dia. Now,” sekarang, perangai aku dah serupa dengan Ayden. Bertindak tanpa persetujuan orang lain. Dan rasa macam kelakar aku sebut nama aku sendiri, macamlah aku ni berpengaruh sangat sampai-sampai Ayden kena takut dengan aku.
Pada awalnya wanita itu kelihatan sedikit keberatan, namun, setelah aku pandang dia dalam-dalam, akhirnya wanita itu pun bersetuju untuk menelefon boss mereka. Fuh, lega. Satu langkah dah selesai.
“Tak tahu, Tuan. Tapi, dia cakap nama dia Nureen Raisyha. Dia nak jumpa Tuan sekarang”. Lembut bebenor suara perempuan ni. Jauh betul dengan suara aku. Macam terasa diri aku ni Sajat pula apabila mendengar suaranya.
“Tapi, bukan Tuan ada meeting ke?”
“Baik, Tuan”.
Panggilan dimatikan. Wanita itu kelihatan serba-salah. Jangan cakap yang Ayden tak bagi aku jumpa dia dan yang paling teruk, jangan cakap yang dia tak kenal aku siapa. Kalau dia cakap macam tu, memang aku tolak tanpa berfikir lagi dah tentang pinangan dia tu.
“Err, cik boleh jumpa Tuan sekarang. Di tingkat 20”. Dia kemudiannya senyum, hampeh, pandai jugak kau bergurau dengan aku eh?
Aku balas senyumannya. “Terima kasih”.
Tanpa pamitan, aku terus menuju ke arah lif. Dalam otak aku sekarang ni memang nak serang Ayden je, tak terfikir tentang perkara lain lagi dah.
Sampai sahaja di tingkat paling atas, aku mula telan liur. Pekerja-pekerja tengah tengok aku pelik macam aku dah buat salah. Namun, tanpa mempedulikan pandangan mereka, aku pun terus menuju ke kawasan bilik Ayden.
“Saya nak jumpa Tuan Ayden”. Untuk kesekian kalinya, aku memberitahu sekali lagi tujuan aku ke sini. Seperti tadi, wanita ini juga boleh tahan cantiknya. Jangan-jangan ini yang mereka kata PA boss. Takkan Ayden tak terliur tengok PA sendiri? Ini? Aku jugak yang dia nak ajak kahwin.
Wanita itu tersenyum seraya mengangguk. Telefon dicapai lalu beberapa angka ditekan. “Boss, Cik Nureen nak jumpa boss”. Nureen? Erk, pelik telinga aku dengar.
“Okay, boss. Cik, boleh masuk. Yang tu bilik Tuan,” gadis itu berdiri sambil menunjuk ke arah sebuah bilik berpintu kayu jati.
Aku tersenyum dan tanpa buang masa terus meluru ke situ.
Sebaik aku masuk ke dalam bilik itu, rasa lembik kaki aku apabila aku hampir terlanggarnya. Tinggal beberapa inchi sahaja lagi. Nasib baik aku bijak dalam membrek diri dan nasib baik juga aku tak gunakan kelajuan kuda tadi. Kalau tak, rasanya sekarang aku dan dia….. Erk, tak mampu aku bayangkan!
Tiba-tiba aku bersyukur dapat kaki yang tak berapa nak panjang ini. sekurang-kurangnya langkah aku tak terlalu besar.
Ayden dengan senyuman nipis dia memang tak dapat dipisahkan. Seolah-olah kemungkinan kami untuk berlanggar dan tertindih antara satu sama lain merupakan perkara ringan yang tak perlu diabil berat.
“Baru beberapa hari tak jumpa, you dah rindu I”. Tenang dia berkata membuatkan aku yakin mimik muka aku dah jadi mimik muka terhodoh di dunia.
Aku bercekak pinggang. Aku tentang pandangan Ayden yang menunduk pandang aku. Ceh, aku sedarlah aku ni tak berapa nak tinggi, tapi tak payahlah pandang aku ni macam aku pendek sangat.
“Saya datang ni sekali lagi nak awak jelaskan, kenapa awak jumpa keluarga saya kat kampung?!”
Sebaik terlontarnya soalan aku, terus dia tergelak. Seksi pulak dia gelak. Aih, Aisyh, ni bukan masa nak menggatal!
“Family you cakap apa? By the way, sebelum tu baik kita duduk dulu”. Dia mengajak aku untuk melabuhkan punggung di atas sofa yang terdapat di dalam bilik pejabatnya.
Semasa aku duduk di atas sofa, sempat lagi aku memuji kain sofa yang begitu lembut sekali. Ni kalau aku baring, memang esok aku bangun sebab selesa sangat. Dahlah besar pulak tu.
“Okay, kita sambung. Family you cakap apa?” dia mengulang soalannya membuatkan aku kembali sedar daripada khayalan sekejap oleh sofa tersebut.
Aku berdehem sambil memandang Ayden yang duduk bertentangan dengan aku. “Family saya cakap yang awak pergi kampung saya dengan mak ayah awak untuk lamar saya”. Aku jawab dengan nada yang sangat geram. Ikutkan perasaan geram yang membuak-buak, memang aku buka gelanggang WWE dan aku tendang sambil melompat ke arah Ayden. Biar dia tahu bahawa aku, walaupun berbadan kecil, tetapi kekuatannya sekuat ahli gusti!
“So, buat apa you tanya apa yang I buat jumpa family you?” Ayden menjawab soalan aku dengan soalan juga. Sialan, dia mempermainkan aku!
“Tu bukan jawapan dia!”
“Tapi soalan you takde skema jawapan”.
Sekali lagi aku rasa aku dah jadi kereta api, tak habis-habis mengeluarkan asap daripada hidung dan telinga. Dia ni memang hebat juga berloyar buruk rupanya!
“Ayden, awak tak kenal saya. Saya cuma peminat awak dan saya boleh minat dekat orang lain bila-bila masa yang saya nak. Saya tak nak awak menyesal kahwin dengan saya!”
“Minat boleh dipupuk supaya menjadi suka, suka pulak boleh dipupuk supaya menjadi sayang dan sayang boleh dipupuk supaya menjadi cinta. So, I tak nampak benda tu sebagai satu masalah”. Ayden berpeluk tubuh sambil menyilangkan kaki dengan badannya yang disandar pada kepala sofa. Wajah selamba ditayang kepada aku membuatkan geram aku dah meningkat ke beberapa tahap. Silap hari bulan, boleh jadi darah tinggi aku disebabkan oleh dia ni.
“No, itu semua hanya wujud dalam cerita. Awak banyak sangat tengok cerita sebab tu otak awak dah disetkan macam tu. Saya tak kira, saya nak awak tarik balik lamaran awak. Awak bagitaulah dekat mama papa awak yang awak bergurau tak kelakar dekat diorang dan saya akan bagitau family saya yang awak saja-saja nak main kahwin-kahwin dengan saya”. aku tak tahu aku melalut apa masa tu, yang pasti, aku memang nak dia tarik balik lamaran dia walau dengan apa sebab sekalipun. Aku tak nak kahwin dengan dia!
Ayden tergelak, entah tergelak untuk apa. Ish, gelak-gelak pun nampak macho! Aku kalau gelak, dah serupa langsuir. Macam mana dia boleh perfect sangat ni? Bencilah macam ni.
“Aisyh, Aisyh. Terkadang I fikir yang you ni budak sekolah, perangai you pelik but still, you look so cute in your own way”. Dia membongkokkan sedikit tubuh dia sambil mata seksi itu menikam tepat ke dalam mata aku membuatkan aku mula rasa gelisah.
Aisyh, ini adalah taktik dia. Jangan mudah terpedaya.
“Ya, saya tahu. Tak payah nak cakap. Ayden, saya tak kira, saya nak awak tarik balik lamaran ni!”
“Nope”.
“But why? Awak tahu tak, saya ni suka korek hidung lepas tu calit dekat mana-mana. Awak jangan sampai jadi mangsa tempat saya calit taik hidung”. Walaupun aku tahu perkara itu sedikit mengaibkan, tapi aku kisah apa. Janji aku dapat buat Ayden menyesal lamar perempuan tak senonoh macam aku.
Kali ini, semakin kuat Ayden gelak membuatkan aku rasa malu dengan kata-kata aku tadi. Ish, dia ni memang jenis senget macam aku jugak ke macam mana?
“Aisyh, dahlah. You buatlah apapun, I takkan tarik balik lamaran I. Kalau you cakap yang you ada boyfriend sekalipun, I takkan percaya sebab mak you dah bagitau I yang you sekarang single and tak laku? Bukan I yang cakap, mak you yang cakap,” Ayden sambung gelak membuatkan aku rasa macam nak sedut kesemua udara di dalam bilik ini. mak cakap aku tak laku? Apeni mak!
Aku terdiam seketika. Aku yakin muka aku berbahang walaupun bilik ini sejuk dengan adanya pendingin hawa. Mak ni pun satu, suka hati je nak cop aku anak dara tak laku, padahal aku baru je 25 tahun kot.
“Ayden, listen. Saya adalah Nureen Raisyha Binti Dahlan. Bekas peserta debat semasa sekolah dan zaman universiti dulu. Seorang yang pernah mempertahankan pendirian sehingga ke detik akhir dan juga seorang yang pernah menegakkan benang yang basah. Saya takkan berganjak daripada kata-kata saya. Kalau saya cakap tak nak, jadi, saya takkan nak walau awak pujuklah apa sekalipun. Saya tetap dengan pendirian saya taknak kahwin dengan awak. Awak kena tahu yang kahwin ni melibatkan masa depan kita, yang kita kena pertahankan sampai bila-bila, bukannya untuk sehari dua. Jadi, saya harap sangat yang awak tarik balik lamaran ni kalau tak nak menduda dalam usia yang muda,” aku bangkit, bersedia untuk pergi meninggalkan Ayden. Sengaja aku pasang mode serius supaya dia dapat berfikir tentang perkara ini.
Belum pun sempat aku melangkah waima setapak, tiba-tiba giliran Ayden pula bersuara.
“And me, Neil Ayden Raeqal bin Neil Ayden Khalil takkan biarkan apa yang I nak, I tak dapat macam tu je. What is mine, must be mine. If I say yes, there must be no. And when I say I want you, you’ll be mine. Confirmed!”. Ayat yang dia tuturkan tidaklah terlalu panjang berjela macam aku. Tetapi, nada tegasnya sedikit sebanyak menggugat pendirian aku.
Aku pandang wajah Ayden, sedikitpun tiada senyuman di wajah beku itu. Seolah-olah tadi dia tak pernah ketawa. Ish, macam manalah dia boleh ubah reaksi muka dia secepat tu?
Tanpa mempedulikannya, aku terus melangkah. Memang niat aku nak keluar daripada bilik ini sebab semakin lama aku dekat sini, semakin pendirian aku goyah disebabkan Ayden.
Namun, nawaitu aku sekali lagi dihalang apabila pintu terbuka daripada luar dan wujudlah seorang wanita tinggi lampai yang berpakaian seksi menjolok mata.
Melissa Rose.
Sebaik pandangan kami bersabung, terus Melissa meluru ke arah aku. Tik tok tik tok bunyi lantai disebabkan heel yang dipakai.
“You perempuan perampas! Kenapa you tak mati je?!” jeritnya sambil mengangkat tinggi-tinggi tangan. Nasib baik ketiak putih, kalau hitam, tak ke malu tujuh keturunan pakai baju takde lengan. Hah, kan aku dah skodeng kat tempat lain dah.
Aku berdiri tegak sahaja di tempat aku. Tak adanya aku nak takut tengok perempuan desperate macam tu. Badan aku kecik, aku boleh menyelinap dekat mana-mana aku suka. Jadinya, kalau dia terfikir nak tampar aku, dia salah sama sekali.
Belum pun sempat tangan itu mendarat ke arah aku, Ayden terlebih dahulu menyedekahkan badan dia untuk menjadi sasaran tamparan minah gangster tersebut. Berbunyi jugak lengan Ayden dipukulnya. Kalau kena kat muka aku, mesti berpusing tiga ratus enam puluh darjah kepala aku dibuatnya.
“You buat apa dekat sini? Better you keluar sebelum I call security! And, I takkan biarkan you sesekali sentuh Aisyh!” keras suara Ayden memberi amaran. Mahu terhinjut juga bahu aku dibuatnya. Pertama kali aku melihat dia menjerit sebegitu.
“Dia tu yang rampas you daripada I. Dah nenda tak suka, kenapa nak terhegeh-hegeh? Dahlah miskin, tak sedar diri pulak tu." Pandangan tajam dilemparkan buat aku. Mahu tak kecut tengok, tapi, aku hanya tayang muka selamba. Taknak menampakkan kedudukan aku tergugat disebabkan oleh makhluk yang sama seperti aku.
Aku yakin Ayden nak bersuara, tapi, untuk kali ini aku mesti pertahankan diri aku sendiri. Aku tak nak Ayden tengok aku hanya hebat berkata di depan dia, tapi, bila Melissa bercakap, aku terus diam kecut perut.
“Hello, sorry sikit eh? Perampas ke kalau Ayden yang nakkan saya? And, saya tak pernah menyesal jadi miskin, sekurang-kurangnya baju saya cukup kain daripada jadi orang kaya, tapi, suka berkemban pergi mana-mana. Dan, tak sangkalah pulak, my sweetheart ni suka perempuan miskin macam saya. Oh, saya tahu. Cinta itu kan saling melengkapi. Masing-masing ada kekurangan dan masing-masing melengkapi kekurangan tersebut. Kan sayang?” aku bergerak ke sebelah Ayden dan melirik nakal ke arah lelaki itu.
Ayden kelihatan seperti menahan senyum, namun cepat-cepat dia seriuskan balik mukanya apabila bersabung pandangan dengan Melissa. Muka Melissa? Memang semestinya seperti udang terbakar di bawah sinaran matahari. Merah dan masam mencuka.
“You memang tak sedar diri kan?” sekali lagi dia cuba tampar aku dan sekali lagi Ayden selamatkan aku. Kali ini, dia tahan lengan perempuan yang sedang menggila itu dan tolak sediki tubuh Melissa agar menjauh daripada kami.
“You keluar sekarang Melissa! Sebelum I sendiri yang heret you keluar. Now!” sekali lagi bilik ini bergema dengan suara Ayden. Aku pandang dia, memang timbul urat-urat dahi dia setiap kali dia marah. Seram pulak mak dibuatnya.
Melissa Rose mendengus sebelum dia angkat kaki daripada bilik ini. Apabila dia sudah berada di luar, dia pun hempas pintu sampai macam nak tercabut bunyi pintu dibuatnya. Fuh, boleh tahan ganas jugak minah tu.
Apabila Melissa sudah melangkah keluar, giliran aku pula ingin meninggalkan tempat ini. Namun, setiap kali aku melangkah, pasti ada halangannya. Kali ini, Ayden genggam lengan aku membuatkan aku tarik lengan aku dengan geram. Suka hati dia je nak pegang orang.
Ayden angkat kedua-dua belah tangannya ke atas tanda menyerah. “Okay sorry. But, I rasa macam heaven pulak bila you panggil I sayang”. Ayden gelak jahat membuatkan muka aku mula membahang apabila aku mula teringat tentang keterlanjuran aku memanggil dia sayang tadi.
“Jangan perasan. Saya cakap macam tu sebab saya geram je dengan tunang awak tu. Dahlah, saya nak balik. Lagi lama saya kat sini, tak pasal-pasal saya sama gila macam awak dengan Melissa. Assalamualaikum”.
Aku menuju ke arah pintu dan bersedia memutar tombolnya. Tetapi aneh, kenapa pintu tak terbukak?
Aku pandang sedikit ke atas. Kelihatan ada satu tangan besar yang menghalang pintu itu daripada terbuka. Dan apabila aku memusingkan badan dengan niat nak sound si pemilik tangan raksasa itu, terus aku tersandar di pintu.
Jarak tubuh aku dan Ayden terlalu dekat sehingga wangian maskulin di tubuhnya terhidu jelas di setiap rongga hidung aku. Hampirlah aku khayal dengan bauan itu, namun cepat-cepat aku sedarkan diri sendiri.
“Awak ni dah kenapa?” aku cuba untuk marah walaupun aku sedar suara aku dah kedengaran bergetar sebab terlalu risau dengan kedudukan kami sekarang. Jangan cakap dia nak apa-apakan aku semata-mata nak aku kahwin dengan dia?
Ayden tak terus jawab, sebaliknya dia tundukkan badannya agar sama tinggi dengan aku. Dalam mata aku dia tatap sehingga membuatkan aku terpukau buat seketika.
Ayden kemudiannya dekatkan muka dia ke telinga aku. Aku nak bergerak, memang tak boleh kerana tubuh aku terperangkap di antara Ayden dan pintu. Kalau aku cuba loloskan diri di setiap celah yang ada, aku risau kalau Ayden ambil tindakan untuk sentuh tubuhku. Jadi, untuk langkah selamat, aku mesti berdiri statik seperti sekarang.
“I akan dapatkan you tak kira macam mana sekalipun. You adalah jodoh I, dan I adalah jodoh you. Sayang..”.
Ayden jauhkan mukanya dan mula jarakkan kedudukan antara kami. Bibirnya mula mengukir senyuman nipis namun tetap kelihatan seram bagi aku.
Aku pula, apabila kedudukan kami sudah berjarak begini, aku terus hela nafas lega. Macam-macam dah wujud dalam fikiran aku sampai-sampai aku rasa menyesal tak belajar ilmu mempertahankan diri masa kecik-kecik dulu. Kan dah susah sekarang. Ini pun nasib baik Ayden tak apa-apakan aku.
“Psiko!” Itu sahaja komen aku sebelum aku keluar. Masa aku mahu menutup pintu, sempat aku dengar Ayden tergelak.
Aku pegang dada aku yang dah berombak. Aku tak tahu perasaan apa yang sedang aku rasakan sekarang. Kenapa aku rasa nervous sangat setiap kali bersama Ayden? Dan, walaupun dia buat apapun, aku tak dapat benci dia? Paling-paling pun aku hanya marah dan geram. Kalau benci, jauh sekali.
Tak, aku tak boleh kahwin dengan dia. Tak boleh. Hati aku cepat berubah. Hari ini mungkin aku sukakan dia, macam mana esok lusa? Argh, Ayden pun satu, tak faham bahasa. Apalah salahnya kahwin je dengan Melissa tu. Cantik pun cantik. Kaya pun kaya.
Daripada pilih aku ni yang takda apa-apa.
Ahhhh! Stresslah macam ni!
#Do comment something if you wanna read the next chapt ;)
#Semoga terhibur
#Maaf di atas segala kehambaran
#Nanti sis cuba lagi
#Slow update sbb sis ada assignment yg brlmbk
#Terima kasih kalau suka cerita ni. ??
Share this novel