AYDEN ?? AISYH
SAYA TAK KENAL DIA. Hela nafas lega aku baca tajuk berita tu yang telah tular beberapa hari ni disebabkan kes dekat kedai buku hari tu. Punyalah payah aku pujuk Si Ayden untuk keluarkan kenyataan rasmi tentang hubungan kami, akhirnya, dia pun setuju untuk buat sidang media untuk perkara tersebut.
Ayat dia paling buatkan aku rasa nak tergelak adalah, “Saya dan Melissa pun takde hubungan apa-apa. Saya cuma anggap dia sebagai adik sahaja. Jadi rasanya dah boleh hapuskan gossip saya dengan dia”. Tapi tulah, aku dah boleh agak yang mesti makin banyak para wanita kat luar sana semakin berharap dekat Ayden.
Risiko. Ya, itulah risiko yang aku kena ambik. Nak tak nak, aku kena jugak buat benda ni demi masa depan aku sendiri. Gila tak sedih kalau baca dekat tajuk tu dengan ayat saya tak kenal dia.
“Aisyh, kau betul okay ke ni?” kedengaran suara Salwa dari belakang sambil labuhkan tangannya di atas bahu aku. Aira pun ada sekali. Inilah kawan aku yang paling gila. Padahal hari ni dia ada kelas, boleh pulak dia pujuk lecturer dia untuk minta cuti selama seminggu semata-mata nak tengok aku akad nikah malam ni.
Ya, hari ni adalah hari yang akan menambahkan koleksi tarikh yang aku kena ingat. Hari yang bakal membesarkan lagi keluarga aku. Dan hari ini jugak adalah hari yang akan menyatukan aku dan Ayden.
Majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di rumahku. Ada jiran, tapi, yang untungnya sebab rumah aku ni sedikit jauh daripada rumah lain. Jadi, yang tahu pun jiran sebelah rumah je. Tambah-tambah lagi jiran aku memang orang dipercayai, lagilah membuatkan aku rasa rahsia aku ni selamat.
Nenda dan Melissa? Mereka berdua memang tahu, tapi aku tak tahu apa yang Ayden ugut sampai-sampai mereka berdua senyap. Tapi tulah, aku yakin mereka takkan datang. Takpelah, insya-Allah esok lusa Allah akan bukakan pintu hati mereka untuk terima aku.
Setakat ini, yang tahu tentang perkahwinan aku hanya keluarga Ayden, keluarga Aira, keluarga Salwa, keluarga aku dan jiran sebelah rumah. Itu sahaja. Adik-beradik mak dan abah yang lain, ada jugak yang tak tahu sebab ada sepupu aku yang gilakan Ayden. Nanti kalau mereka tahu, tak pasal-pasal perkahwinan aku ada dialog, “Hentikan pernikahan ini! Aku hamil sama anaknya Kang Ayden”. Hmm.
“Insya-Allah keputusan aku betul. Doakanlah rumahtangga aku baik-baik je”. aku genggam tangan yang sudah sejuk. Walaupun suhu pendingin hawa tak terlalu rendah, tapi dah cukup buatkan aku rasa nak beku. Hmm, macam manalah rasanya bertukar status? Daripada hidup sedia ada bujang, tak lama lagi akan jadi bini orang.
Aku pandang wajahku pada cermin. Cantik hasil tangan Aira pada wajahku. Ringan, tapi sekali tengok macam mekap ala-ala Korea. Ke muka aku memang ada gene Korea? Hahaha.
Manakala tudung yang tersarung pula adalah hasil gaya Salwa. Pun cantik, tak perlu nak pakai tudung pendek nampak dada dan sanggul belakang macam unta, aku dah kelihatan macam betul-betul seperti Raja Sehari. Apatah lagi pakaian aku ni adalah hasil sponsor keluarga Ayden, hmm, aku yang sedia ada cantik ni makin cantiklah. HAHA. Dengki main jauh-jauh.
“Kitorang sentiasa doakan kau, Aisyh. Kau kena ingat, kalau kau nak mintak tolong, kau mintak tolong je dekat kitorang. Kitorang akan cuba tolong kau. Dan kau, janganlah lupa kat kitorang. Mentang-mentang dapat mamat handsome,” ujar Aira pula sambil melangkah menuju ke belakang aku.
Aku rasa nak menangis sebab terharu, tapi aku risau makeup cair. Jadi, aku tahankan jelah.
“Selfie jom. Selfie kali terakhir kau jadi bujang”. Ujar Salwa sambil tergelak. Telefon dikeluarkan daripada beg tangannya.
Dan, mulalah sesi selfie tahap tak sedar dunia. Macam-macam gaya yang kami buat. Aku pulak tergelak dalam rasa sedih. Mana tak sedih, entah sama ke tidak perasaan lepas ni? Entah dapat ke tidak nak bahagia dengan kawan-kawan macam hari-hari sebelumnya?
Ceh, aku pun satu. Cakap macamlah Ayden kurung aku dalam kurungan bawah tanah. Tak drama tak sah ke Aisyh?
Sedang kami bertiga seronok bergambar sama-sama, tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Jam ditilik, dah pukul 9.30 malam. Mungkin pengantin lelaki dah sampai. Uhhh, makin dup dap aih.
“Aisyh, pengantin lelaki dah sampai kat bawah”. Suara mak sudah memanggil. Aku pandang mak dengan rasa yang aku sendiri tak tahu nak ungkapkan macam mana.
“Kenapa pandang mak macam tu? Nak lari?” cett, jauh betul sasaran mak kali ni. Tak patut tuduh aku macam tu walaupun adalah sikit rasa nak lari tu.
“Eee, takdelah sampai macam tu. Aisyh risau je kot-kot mak yang rindukan Aisyh lepas ni,” usikku sambil bangun. Rasa berdebar semakin terasa. Rasa nak pitam, nak berak, perut meragam, nak terkencing, semua sekali aku rasa. Aduh, kenapa aku gementar sangat ni?
Aira tepuk bahu aku manakala Salwa urut belakang aku. Aku yakin muka nampak sangat gementar ni. Hmm.
“Aisyh, mak serahkan tanggungjawab mak dekat Ayden untuk jaga kamu dan mak serahkan ilmu mak selama ni untuk kamu berjasa dekat suami kamu. Jadi isteri yang baik, yang taat dan kalau ada masalah, selesaikan kamu suami isteri. Kalau dah tak tahan sangat, mak sedia dengar masalah kamu. Ya, mak akan rindu kamu sebab lepas ni, anak mak ni dah jadi milik orang lain. Tapi jangan lupa, darah dalam diri kamu tu masih darah mak dan abah. Jaga darah tu baik-baik”. Pesan mak dengan mata berkaca. Alahai, makin sayu pulak aku nak kahwin. Boleh tak aku batalkan majlis ni dan habiskan sisa hidup aku untuk berjasa pada keluarga?
Aku angguk dan kucapai tangan kasar tersebut. Kasar, tapi penuh jasa yang tersimpan di situ. Kemudian, aku tunduk dan mencium tangan itu. Kedengaran mak macam tengah sedut hingus. Ala, nilah tak tahan ni. Seganas-ganas aku, segarang-garang manusia bernama Nureen Raisyha ni, kalau dah dengar mak macam ni, luluh jugak hati. Sensitif juga sekeping organ yang menyimpan beribu rasa ni.
“Dah, kita keluar. Nanti orang tertunggu-tunggu,” ujar mak lalu kami pun mula meninggalkan bilikku yang selama ini macam kapal pecah, tapi malam ni dihias macam bilik Tuan Puteri. Aku tak pernah dapat bayangkan, bilik kampung aku selama ni boleh jadi bilik yang dihias cantik ala-ala bilik Eropah sana. Dengan lampu biliknya, warna katilnya, warna biliknya. Fuh, nampak mewah. Belum lagi kalau aku sebut segala perabot kat dalam tu ditukar dengan perabot yang buatkan aku penat telan liur. Paling murah, RM 5000. Pfftt, membazir je.
Dan, rumah ni pun sempat direnovate daripada rumah kampung, jadi rumah gabungan kampung dan moden. Aku pun tak tahu macam mana mereka buat kerja cepat sangat.
Aku melangkah perlahan-lahan dengan dikelilingi mak, Aira dan Salwa. Dan apabila aku sudah tiba di ruang tamu, semua mata mula tertumpu pada aku dan mata Ayden tulah yang paling ketara. Tak lepas pandang aku walaupun orang lain dah mula alihkan pandangan mereka. Ceh, aku pun pandang dia tak lepas. Haha.
Nampak segak betul suami aku. Eh, belum suami lagi. Baru bakal. Kejap je lagi akan jadi suami. Baju Melayu putih tu boleh pulak nampak macam baju sukan pada badan dia yang berketul tu.
“Ehem, lepas ni tengok isteri ya”. Usik abah membuatkan tetamu tergelak. Aku rasa macam nak sembunyi muka je dengar ayat abah. Si Ayden tu, boleh pulak tersenyum bahagia.
Sebelum majlis akad nikah, bacaan khutbah nikah terlebih dahulu diadakan. Kalau sebelum ni, aku dengar sepintas lalu je sebab tak sabar nak makan, tapi hari ni, aku dengar dan dalami. Dan masa nilah baru aku faham khutbah nikah ni pasal apa. Tulah kau, sebelum ni sebok je nak makan.
Agak lama masa diambil untuk bacaan khutbah. Tapi, aku dengar dengan penuh khusyuk dan fokus. Pertama kali k pertama kali.
Selesai khutbah nikah, saat dinantikan pun telah tiba. Lafaz akad nikah. Penyerahan tanggungjawab abah dan mak kepada suami aku akan datang beberapa minit sahaja lagi.
Sebelum lafaz akad yang sebenar dilafazkan, abah meminta Ayden untuk berlatih terlebih dahulu. Fuh, latihan dia tu macam tiap-tiap hari dia berlatih. Lancar dan takde dengar gugup pun. Aku yang dengar ni pulak rasa kagum sebab dengar calon somi lafazkan akad dengan penuh yakin. Walaupun aku tak dapat pandang muka dia sebab dia duduk membelakangi aku, tapi aku dapat tengok keyakinan dia yang sangat tinggi dengan cara duduknya yang sangat tegap. Hmm, macam orang puteh cakap, Alpha Male.
“Neil Ayden Raeqal bin Neil Ayden Khalil”. Abah sudah memulakan majlis yang sebenar. Aku yang dengar sebaris nama itu diucapkan membuatkan rasa debar semakin terasa. Apatah lagi nama itu meniti tegas di bibir abah, menandakan dia sangat berharap tanggungjawabnya selama ini dapat dipikul oleh Ayden.
“Saya..”
“Aku nikahkan kamu dengan anak perempuanku, Nureen Raisyha Binti Dahlan, yang berwalikan aku dengan mas kahwin sebanyak RM 400 dibayar tunai”. Jabat tangan mereka semakin erat dan mereka saling bertentang mata dengan serius.
“Aku terima nikahnya Nureen Raisyha Binti Dahlan dengan mas kahwin sebanyak RM 400 dibayar tunai”. Seperti yang dijangka, Ayden melafazkan lafaz tersebut dengan satu nafas dan penuh yakin.
“Sah?”
“Sah”.
“Alhamdulillah”. Abah pun memulakan bacaan doa dan kemudian lafaz taklik pula dibaca. Selesai kesemua itu, aku dan Ayden pun melakukan solat sunat nikah.
Seusai solat sunat, acara pembatalan air sembahyang pula dilakukan. Inilah detik yang mendebarkan. Aku tak pernah terfikir akan bersentuhan dengan lelaki ajnabi sebelum ni dan malam ini menjadi saksi bahawa inilah kali pertamanya aku akan bersentuhan dengan lelaki yang langsung tiada talian darah denganku.
Ayden tersenyum sambil berlutut di hadapanku. Aku pandang sekeliling, semua melihat ke arah kami berdua. Apa aku nak buat ni?
“Cium tangan suami, Aisyh,” ujar mak dari jauh. Aku angguk faham dan aku pandang wajah Ayden yang tenang sahaja wajah itu. Hari ni, dia nampak sangat lain. Berganda-ganda lebih kacak daripada sebelum ini. Adakah ini yang dikatakan aura lelaki yang menjadi suami?
Aku capai tangannya. Pfft, lebih kurang jugak suhu tangan kami berdua rupanya. Sama-sama sejuk. Rasa nak tergelak, tapi masa dah nervous tu, mana aku tahu maksud gelak apa semua.
Aku elus tangan yang berurat itu dan aku sarungkan cincin pada jari manisnya. Perlahan-lahan aku bawa tangan itu ke bibir. Perghhh, lain macam perasaan wei! Aku rasa macam jantung aku nak meletup dah sebab terlampau gementar.
Aku lepaskan tangannya dan giliran dia pula menyarungkan cincin pada jari manis aku. Lampu-lampu pada kamera sudah tidak menggangguku lagi dek kerana dalam fikiran aku, aku nak cepat-cepat tamat majlis ni.
Dalam pada aku mengelamun, tiba-tiba jari telunjuk Ayden berada di daguku dan wajahku diangkat sedikit agar aku membalas pandangannya. Sayu pandangan itu, aku tak dapat nak tafsirkan apa perasaan Ayden ketika itu. Sebab air muka dia memang jenis sukar dijangka.
Dup dap, perasaan semakin gementar apabila bibir itu semakin mendekati dan chup! Kali ini betul-betul. Bukan lagi mimpi macam tempoh hari. Kali ini, memang terasa betul-betul wujud rasa panas hasil ciuman bibir merah jambu milik Ayden dengan sebelah tangannya pula berada di atas bahuku. Dielus lembut bahuku, tetapi ciumannya pada dahiku lebih lembut lagi.
Kemudian, dia lepaskan ciuman tersebut. Kedua-dua belah pipiku dipegang lembut dengan senyuman bahagia terukir pada wajah kacak tahap infiniti itu. “Welcome to my heart, sayang”. Bisiknya dengan suara yang penuh romantis. Aku sentuh dadaku yang berdegup kencang. Terasa macam jantung nak melompat keluar lepas dengar ayat Ayden tu.
Dia kemudiannya bangun dan tangannya dihulurkan kepada aku. Lambat-lambat aku terima huluran itu dan kemudiannya sama-sama berdiri dengan Ayden. Kami kemudiannya melangkah menuju ke arah keluarga Ayden terlebih dahulu. Bersalaman dengan mama dan papa Ayden. Pipiku dicium dengan penuh kasih oleh Puan Besar Ratna. Kemudian, pipiku terus menjadi sasaran ciuman oleh Suzanne iaitu kakak ipar Ayden, Neila Ayda Ruhaila, dan Neila Ayda Rafeeqah. Aku terharu kerana keluarga Ayden datang kesemuanya. Termasuk Neil Aryan Rheo dan Abdul Haq. Keluarga Neil Aryan Rheo tak datang sebab ada urusan tak dapat dielakkan. Tapi, beberapa jam tadi, mereka sempat membuat video call bersama aku untuk ucapkan tahniah.
Seterusnya, ahli keluarga aku sendiri. Kelihatan wajah mak dan abah sedih campur gembira. Sedih mungkin nak lepaskan aku, gembira mungkin sebab aku dah berumahtangga. Air pun nampak sedih. Ceh, rindu akulah tu nanti sebab takde teman gaduh.
“Kak Ais, kahwin-kahwin jugak. Jangan lupa jenguk sini nanti”.
“Eleh, cakap jelah rindu kat akak. Kan, kan?” aku angkat kening berkali-kali. Niat nak usik, sekali budak tu menangis dan peluk aku.
“Eee, takde masa Ash nak rindu kat akak,” ujarnya dalam tangisan. Ceh, dah menangis macam tu pun masih nak nafikan. Tapi, aku sendiri pun rasa berat hati nak tinggalkan dia sebenarnya. Yelah, selain Aira dan Salwa, Air adalah salah seorang yang tahan maki dan siap maki aku balik kalau bergaduh. Mana boleh aku nak tinggalkan macam tu je.
“Dah-dahlah tu menangis. Habis tudung akak sebab hingus kau,” aku tepuk-tepuk belakang dia. Bukan nak reda, semakin menjadi adalah tangisan dia tu. Aku yang dengar dia menangis macam tu, terpaksa mengeluarkan airmata jugak. Terpaksa okay.
“Ayden, mak dan abah serahkan tanggungjawab kami dekat kamu. Abah harap kamu jaga betul-betul Aisyh tu. Abah minta maaf bagi wakil Aisyh kalau dia tu ada terlukakan hati kamu. Al maklumlah, mulut dia tu sejenis sumpit sikit. Ikut perasaan dia je. Kalau abah nak ibaratkan anak abah tu, dia tu macam api. Jadi, abah harap, Aydenlah yang akan jadi air dia nanti”. Abah tepuk bahu Ayden manakala lelaki tu senyum penuh yakin pada abah. Ceh abah. Aisyh masih kat sini dah dia mengata. Apeni.
Dia kemudiannya bersalaman dengan mak dan mak pun bagi nasihat yang sama dekat dia. Akhir sekali, dia ingin bersalaman dengan Air. Aku suruh dia lepaskan pelukan pada tubuh aku dan kemudian, dia pun bersalaman dengan Air.
“Abang Ayden jaga Kak Ais tau. Jangan sakitkan hati dia. Dalam dunia ni, Ash sorang je yang boleh sakitkan hati dia. Abang Ayden pulak mesti jaga hati dia betul-betul walaupun kadang-kadang, bukan kadang-kadanglah, selalu. Selalu sewel. Tapi, walaupun dia sewel dan senget, tapi dia baik”. Ceh, taik punya adik. Cakaplah aku ni baik je, tak payah nak cakap pasal sewel senget tu apa semua.
Dan tadaa. Sekarang aku bersama kawan baik aku. Ayden pula membawa sepupu dan drivernya bersama.
“Aisyh, siapa diorang berdua tu? Handsomenya!” Salwa.
“Yang pakai baju Melayu biru tu, Rheo. Sepupu Ayden. Yang pakai baju Melayu merah tu pulak, Abdul Haq. Driver handsome dia”. Selamba aku memperkenalkan mereka berdua kepada Salwa.
“Ehem”. Ayden berdehem dan aku pandang pelik muka dia.
“Kenapa?” aku angkat kedua-dua belah kening.
Tanpa menjawab, Ayden terus tarik tangan aku. Macam terkena kejutan elektrik rasanya aku apabila tangan besar itu menggenggam tangan kecilku.
“Hai, saya Salwa. Dan ini kawan saya, Aira”. Ceh, Salwa dah mula lupa dia dekat majlis siapa agaknya. Berkilau mata minah tu pandang wajah Rheo dan Abdul Haq. Manakala Aira pulak, memang jenis tak kisah, dia cuma angguk saja.
Lelaki berdua tu pun angguk apabila diperkenalkan. Memang handsome, tapi, kalau tengok sebelah, eyyyy, lagi handsome!
“Tahniah korang berdua. Aku doakan rumahtangga korang berdua sentiasa di bawah redha Allah. Ingat, pertemuan korang ni bukan sia-sia. Semoga dapat baby yang comel-comel. Wah, tak sabar nak dengar anak korang berdua panggil aku aunty”. Aira dah mula.
“Ya. Setuju. Lagi satu, kau kena jaga laki kau elok-elok Aisyh. Korang kahwin secara rahsia ni. So, banyak risiko. Lagi-lagi laki kau handsome siot”. Cis, menyempat pulak Si Salwa ni!
“Hoi hoi. Laki aku ni”.
“Eleh, tadi kau sendiri yang puji Abdul Haq depan-depan Ayden”. Salwa taknak mengalah. Hampeh betul.
Terasa genggaman tangan Ayden semakin erat mendengar kata-kata Salwa. Ceh, aku pulak yang jadi mangsa. Padahal, aku ikhlas memuji. Dah memang betul Abdul Haq handsome, takkan aku cakap hodoh pulak kan?
Abdul Haq dan Rheo hanya tersenyum pandang gelagat kami bertiga. Sedikitpun tiada kata-kata yang keluar daripada mulut mamat-mamat kutub utara ni.
“Congrats, bro”. Panjang umur. Ingatkan memang dah bisu Si Rheo ni tadi. Ayden melepaskan genggaman tangannya apabila Rheo mula memeluk tubuhnya. Dua ekor Hulk bersatu. Haha.
Kemudian, giliran Abdul Haq pula berpelukan dengan Ayden. Kalau yang ni, dua orang Badang bergabung. Kihkih.
“Congrats boss. Bertambahlah gaji lepas ni”. Usik dia lalu mereka bertiga ketawa.
Aku macam krik krik. Yelah, jarang-jarang mereka tersenyum, inikan pulak nak bergelak sakan. Memang nampak sangat pelik!
“Nak gaji lebih, kena kahwinlah”. Ayden membalas usikan tersebut. Rasa nak pitam dengar makhluk badan sasa muka kutub utara ni bergurau. Adehhh.
“Handsomenya diorang”. Salwa membisikkan kata-kata tu pada telinga aku. Aku jeling dia.
“Sorang tu suami aku”.
“Ish, orang tahulah”. Salwa jeling aku tak puas hati.
Aku gelak kecil. Memang comel tengok makhluk badang bertiga tu kalau bersembang dengan suasana yang gembira. Biasa sebelum ini serius memanjang.
Aku hela nafas. Agak lega sebab majlis akad nikah berjalan lancar mengikut rancangan dengan izin Allah.
×××
Semua tetamu dah balik kecuali keluarga Ayden. Mereka bermalam di sini untuk malam ini. Nak balik KL, lewat sangat. Sekaligus nak merapatkan silaturahim antara keluarga katanya.
Aku pulak masih duduk di meja makan ini dengan pakaian pengantin yang masih tersarung pada tubuh. Dengar sahaja mereka berbual rancak. Ayden pula sudah masuk bilik. Sebab tulah aku taknak masuk lagi.
“Aisyh, tak penat ke? Kenapa tak ganti baju?” soal mak membuatkan pusat pandangan mereka mula berpusat pada aku.
Aku yang sedikit terkejut terus pandang wajah mak. “Ha? Aaa. Aisyh belum mengantuk”. K, aku menipu. Padahal mata aku dah rasa macam kena gam gajah dah sekarang. Tapi, aku nak tunggu mereka semua masuk bilik. Senanglah aku tidur dekat luar.
Mak pandang aku dengan riak curiga. “Aisyh, mak pernah muda macam kamu. Mak faham, tapi, mak tak lari macam ni”. Pfft, deep! Semua orang mula menahan senyum, lagi-lagi lepas aku rasa muka aku macam diperah dengan limau.
“Takdelah mak. Aisyh nak minum air ni”. Aku masih berdalih walaupun aku tahu kelentong aku dah terbongkar sekarang.
Tak lama lepastu, terasa ada tangan mengusap kepala aku yang masih berbalut tudung. Aku pandang ke atas, Ayden. Pffft, dia belum tidur guys. Apa aku nak buat ni? Bagi dia ubat tidur? Hmm, aku mana simpan ubat macam tu.
“Kenapa tak tidur lagi kamu berdua ni?” tanya abah pulak apabila melihat Ayden yang masih setia berdiri di sebelah aku dengan tangannya menggatal sentuh bahu aku pulak dah.
“Tak boleh tidur, bah sebab Aisyh takde kat sebelah”.
“Ceh, maksudnya sebelum ni awak tak tidurlah sebab saya takde kat sebelah?” kut ye pun nak menipu, janganlah nampak sangat menipunya. Cakap jelah yang dia tu pun tengah cari tempat tidur macam aku. Kan senang?
“Boleh, tapi sebelum tidur tu I mesti tengok gambar you”. Jawabnya lagi. Cehhh, makin tak masuk akal.
“Tengoklah gambar saya, nanti awak boleh tidur”. Aku dah mula lupa kat mana kami berdua sekarang. Aku memang macam ni, kalau tak puas hati, aku sembur je terus. Tak pandang kiri kanan. Sebab tu mak selalu marah aku.
“Tapi I dah ada wife depan mata. Takkan nak suruh I tengok gambar lagi?” Ayden jawab dengan nada tak puas hati.
Baru sahaja kami berdua hendak mulakan sesi perang mulut, tiba-tiba papa Ayden bersuara. “Haa, kamu berdua bergaduhlah dekat sini. Kami nak masuk bilik. Jangan lewat sangat tidur. Nanti tak bangun subuh”. Ujar Tuan Besar Khalil.
Semua mereka tersengih dan mula melangkah meninggalkan aku dan Ayden berdua di ruang makan ini. Sekejap sahaja sudah sunyi, yang tinggal hanya aku dan Ayden. Si Ayden ni pulak, cepat-cepat melabuhkan punggung di kerusi sebelah aku dan memusingkan kerusi aku supaya menghadap dia. Sekali je dia pusing wei! Aku ringan sangat atau dia tu yang kuat?
“Awak nak buat apa ni? Saya nak masuk bilik,” aku dah mula tak selesa berdua-duaan dengan Ayden. Kalau sebelum ni okaylah sikit sebab kami takde ikatan yang sah. Dia tak boleh nak buat apa-apa. Tapi sekarang, dia dah jadi suami aku. Dia boleh buat macam-macam dekat aku. Oh God! Aku tak mampu nak bayangkan. Seram!
Aku sengaja pandang lain apabila mata helangnya memandang tepat pada wajah aku, macam tak nak lepas. Aku nak bangun, dia tarik kerusi aku supaya menjadi semakin dekat dengan kerusinya.
Jantung aku tak payah cakap. Mulalah nak berdegup balik. Aku pandang kedudukan kami berdua yang sangat rapat membuatkan aku dah semakin gemuruh. Macam oksigen dekat ruang makan ni tak cukup langsung untuk aku sedut sebab paru-paru pun macam dah hilang fungsi dah!
“Kenapa tak tukar baju? Tak panas ke?” Allah, dia guna bedroom voice pulak. Dahlah suara serak-serak basah gituh. Hmmmmmm.
“Tak, s-saya tengah habiskan a-air yang s-saya m-minum,” mulalah gagap aku datang. Ayden gelak macho, aku pulak dah makin tak tentu arah.
Tiba-tiba dia ambil gelas aku dan pfft, dia teguk air aku dengan sekali tegukan saja. Air aku dah bersih dalam gelas. Mencerlung tajam mata aku pandang dia yang selamba mengelap tepi bibirnya.
“Air dah habis, jom, kita masuk bilik”. Dia bangun dan tarik aku sekali. Aku yang tak bersedia dengan keadaan ni, terus terbangun sama. Belum sempat aku nak pukul dia, dia lebih pantas tangkap kedua-dua belah tangan aku dan gendong aku.
“Lepaslah! Saya nak basuh gelas-gelas tu semua”. Aku meronta minta dilepaskan, tapi, bercakap dengan Ayden ni macam bercakap dengan batu. Langsung dia tak endahkan apa yang keluar daripada mulutku.
“Biar I yang basuh. You ganti baju je. Semak mata I tengok you pakai baju pengantin panas-panas macam ni,” ujarnya sambil terus melangkah menuju ke bilik aku. Ya.. Bilik kami berdua.
Aku berhenti meronta. Aku meronta lebih pun bukannya Ayden akan layan. Baik aku baring diam-diam dalam pelukan dia sampailah sampai bilik. Lagipun, bukannya aku yang penat jalan. Kan?
Sampai bilik, Ayden terus baringkan aku atas katil. Fuh, rasa macam tuan puteri dah sekarang. Dari dapur nak pergi bilik, tak perlu jalan pun. Ada orang angkat.
“Thanks”. Ucapku sambil duduk.
Ayden toleh belakang dan kemudian tayang senyum. Dia menunduk dan kemudian usap kepala aku. “Most welcome, sayang. Dah, pergi ganti baju sebelum I datang sini,” arahnya.
Tanpa aku sedar, pantas saja bibirnya mencium pipi kananku. Dia tersengih dan kemudiannya melangkah keluar daripada bilik meninggalkan aku sendiri. Aku pulak, memegang pipi yang terasa hangat kesan daripada ciuman bibir Ayden dan tiba-tiba boleh pulak aku mengukir senyuman gatal.
“Eh, jangan gembira lagi, Aisyh! Jalankan misi kau!” aku cepat-cepat bangun menuju ke arah pintu. Aku dengar dari bilik, kaca berlaga kaca. Fuh, bersungguh betul dia cuci gelas. Inilah masanya!
Aku tutup pintu perlahan-lahan dan setelah itu aku tekan tombolnya. Yas! Ayden tak boleh masuk! Maksudnya malam ni, aku boleh tidur dengan aman.
Sebelum Ayden sampai bilik, cepat-cepat aku tukar baju. Aku nak tidur cepat-cepat. Sekurang-kurangnya esok, kalau mak dan abah tanya kenapa Ayden tidur luar, aku jawablah aku mengigau kunci pintu. Sebab penat, aku tak dengar yang Ayden ada ketuk pintu berkali-kali.
Aku petik jari. Brilliant, Aisyh! Kau memang pandai tahap genius!
Setelah aku dah pakai baju tidur dengan selesanya, aku pun baring di atas katil empuk tu. Fuh, berbunyi tulang belulang aku sebab penat sangat. Mana taknya, semalam asal aku nak tidur je, mesti aku terbangun sendiri sebab terfikir tentang malam pertama aku tidur bersama Ayden. Ee, mana pernah sebelum ni aku sebilik dengan lelaki. Dahlah sebilik, sekatil seselimut pulak tu!
Tapi, dengan idea yang datang secara tiba-tiba ni, tak sangka pula malam pertama ni tak seteruk yang aku fikirkan. Untuk malam-malam seterusnya? Ehh, nanti-nanti je aku fikir. Yang penting malam ni aku boleh tidur lena.
Sedang aku berguling-guling atas katil meraikan kemenangan, tiba-tiba kedengaran pintu dikuak dari luar. Aku yang rasa pelik, terus aku pandang ke arah pintu. Disebabkan terkejut dan kedudukan aku di hujung katil, terus aku terjatuh dari atas katil. Nasib baik lantai papan dan dilapisi pula dengan karpet. Jadinya, takdelah sakit sangat badan aku menghempas lantai.
Siapa tak terkejut wei? Laki aku yang aku kunci dari dalam, boleh pulak muncul dengan wajah bahagia!
“I dah agak yang you akan kunci pintu dari dalam. So, I buat kunci pendua. Jangan lupa sayang, pintu ni pun I tukar hari tu. Jadi, kunci pendua tu ada dekat I,” ujarnya bersama dengan kenyitan mata sambil mengunci pintu bilik.
Hampeh! Baru tadi aku berangan boleh tidur lena-lena atas katil tanpa sebarang gangguan. Boleh pulak mamat ni munculkan diri.
Dengan rasa sakit hati dan sakit badan, aku pun bangun. Wajah Ayden yang tersenyum nakal itu aku jeling tak puas hati. Mata aku pandang sahaja dia duduk di atas katil.
“Tidurlah, buat apa berdiri macam tugu negara tu?”
Ceh! Dia cakap aku tugu negara? Aku jadi tugu negara ni pun sebab dia. Kalau dia tidur kat luar, memang taklah aku nak jadi tugu negara yang pegang bendera tu!
"Saya tak selesa tidur dengan lelaki. Dahlah, kalau awak nak tidur atas katil, tidurlah. Saya nak tidur asing dengan awak," tapi, dalam hati aku berharap sangat yang dia akan sudi tukar tempat dengan aku. Simon (C'mon) Ayden, takkanlah dia tak gentleman kan?
Aku tengok dia berbaring. Pfft, langsung tak prihatin dengan nasib isterilah dia ni! Nanti, kalau aku sakit badan macam mana? Nanti aku kena gigit nyamuk macam mana? Tak sangka, laki aku ni tak berperikemanusiaan! Sedihnya hati ini.
Aku dengan rasa geram yang menebal, terus capai bantal di sebelah Ayden. Dasar suami tak berperikemanusiaan. Sampai hati dia biarkan isteri dia yang cantik ni tidur merata dalam bilik. Tahulah bilik ni dah diubahsuai, tapi, setakat ni, takde satu tempat pun yang sesuai untuk aku labuhkan lenaku.
Dalam almari? Sempit. Bawah katil, buat kerja gila. Esoknya tak pasal-pasal ada bomba datang rumah nak selamatkan aku dari bawah katil. Kang, tak pasal-pasal adalah reporter-reporter bawang yang sedapkan cerita dengan letak tajuk besar-besar depan surat khabar, SEORANG ISTERI SEMBUNYIKAN DIRI BAWAH KATIL SEBAB TAKUTKAN SUAMI.
Nah, hambek ko. Kang tak pasal-pasal aku yang tanggung malu tujuh keturunan!
Sedang aku mengutip bantal di sebelah Ayden, tiba-tiba tangan aku ditahan dan badanku ditarik. Sekelip mata, aku ada dalam pelukan Ayden. Mula dah jantung aku ni macam kena kejar dek hantu!
"Awak, awak buat apa ni? Lepaslah, lemas saya awak peluk macam ni," aku tepuk lengan Ayden yang sebesar buah kelapa. K, tipu sikit. Tapi memang besarlah. Kalau kepala aku sembunyi dekat celah lengan Ayden, rasanya tak nampak kot.
"Jangan nak lari. Tidur je sebelah I. Nanti, badan you lenguh-lenguh sebab tidur atas lantai," balasnya. Ohmai, terharu nyah. Macam tahu-tahu je apa yang terdetik dalam hati aku tadi.
Memandangkan wajah aku sekarang berada di lehernya yang sangat wangi ni, terus aku jauhkan sedikit wajah aku untuk melihat wajah Ayden walaupun hakikatnya aku masih nak hidu lagi dan lagi bau badan dia. Matanya tertutup, nampak kepenatan. Tiba-tiba kesian pulak aku tengok.
Tanganku aku bawa ke wajah kacak itu. Malam-malam pun dia masih pacakkan rambut hitam pekatnya itu. Mana taknya dia bertambah kacak!
Tanpa aku sedari, jemariku mula menari di wajah itu. Dari kening yang lebat dan tersusun cantik, turun ke mata yang masih tertutup, kemudian pada hidung mancungnya dan akhir sekali, bibir nipis dan merah jambu tersebut. Seksi sungguh laki aku ni.
Tiba-tiba, pelukan di belakang badanku semakin dieratkan sehingga tidak ada jarak sedikit pun yang memisahkan kami. "Kenapa ni sayang? Dah selesa ke dengan I?" Bibir itu bertanya dan kemudiannya tersenyum dengan mata yang masih terkatup.
"Ceh, saya nak suruh awak lepaskan pelukan ni. Semputlah. Awak ingat saya ni bantal peluk awak ke?" Berbahang muka aku apabila dia tanya macan tu. Tapi biasalah, dah nama pun Aisyh, mana aku nak mengaku.
Dia kemudiannya longgarkan sedikit pelukan. Pada awalnya, niat aku nak lari, tapi, ayat dia buatkan aku terhenti terus.
"Sayang, I tak izinkan you tidur dekat tempat lain selain kat sebelah I. You tahu tak seksa I tidur cuma bertemankan gambar you. Takkan you nak seksa I lagi sedangkan you dah jadi isteri I?" Masih dengan mata tertutup, dia mengungkapkan setiap bait kata itu. Aku yang mendengar rasa serba salah.
Ya, aku sendiri pun macam tu. Tatap gambar Ayden sampai terlelap. Tapi, takdelah jadi macam mamat ni. Langsung tak boleh nak berenggang bagai.
"Okay, okay. Tapi, janganlah peluk macam ni sekali. Kang tak pasal-pasal saya pengsan tak cukup oksigen".
Ayden tergelak kecil. "Nanti I boleh tolong CPR". Ujarnya lantas tertawa lagi. Nampak lain pulak tengok dia banyak ketawa ni. Sebelum ni, boleh hitung guna jari berapa banyak 'ha' yang keluar daripada mulut dia tu.
Namun, dia tetap lepaskan pelukannya. Aku pulak betulkan kedudukan agar aku selesa. Aku letakkan bantal pada kepala katil dan bersandar di situ. Wajah Ayden yang tertidur pulas itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Nampak comel pula dia kali ini. Lagi-lagi dengkuran halus yang mula meniti di bibir, menampakkan dia betul-betul sudah terlena. Baru sekejap tadi dia bercakap, sekarang dah berdengkur.
Aku tarik selimut dan menutupi tubuh sasa yang berbaju t-shirt putih itu dan kemudiannya labuhkan kepala atas bantal yang sama dengan Ayden. Sekarang, aku dapat tengok muka Ayden dari jarak yang sangat dekat. Memang kacak. Sangat kacak. Makin tengok dari dekat, semakin kacak. Hmm, beruntungnya aku jadi bini dia. Tapi, beruntung ke dia beristerikan aku?
Aku elus bibir yang sedang mengeluarkan bunyi dengkuran halus itu. Comel. Tapi, kalau dia berdengkur kuat sampai ganggu aku tidur, siaplah mulut dia aku sumbat guna selimut. Haha.
Kekok memang kekok. Siapa tak kekok. Berapa puluh tahun aku hidup tak sentuh lelaki, tiba-tiba malam ni je aku sentuh lelaki. Lepastu, pandang dari jarak dekat, memang suatu pembaharuan bagi aku. Tapi tak sangka, indahnya perasaan dah dapat bersentuhan apabila dah halal, tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
Sebelum aku tidur, sempat aku membisikkan kata-kata pada telinga dia. Sebab dia dah lenalah aku berani buat macam tu. Cuba kalau dia dah bangun, buat malu aku je dibahan Ayden.
"Goodnight, awak. I love you".
Cett, betul ke aku ni Aisyh? HAHA! Ceh, macam apa je aku nak berjiwang gitu. Tapi, untuk malam ini, entah kenapa ringan sahaja bibir aku untuk ungkapkan kata-kata tu. Kemudian, aku kucup pipi kanannya sebab dia mengiring ke sebelah kiri.
Fuh, nasib baik dia tak terjaga. Kalau tak, mana aku nak simpan muka aku esok. Huhu.
#Do comment something if you wanna read the next chap
#Semoga terhibur
Share this novel