BAB 4

Romance Series 128902

For the next chapter, sis nak uolls bagi komen dan pendapat tentang story ni. Kalau x, sis xkan update untuk the next chap ya. Haha. Sis nak tau jugak apa kelemahan novel ni. Nanti, sis syok sendiri je tulis, tapi, ceritanya merapu meraban. So, silakan memberi komen untuk tiket ke bab seterusnya. By the way, selamat membaca Dia.... Aydenku Bab 4. Semoga terhibur. ;)

_________________________________________________

“LAA.. Aku ingatkan korang berdua bercinta,” rungut Aira sambil terjenguk-jenguk kepala ke luar. Hari ni dah seminggu dah peristiwa pertemuan aku dan Ayden berlalu. Hmm, dah agak dah yang dia buat semua ni sebab nak tolong je. Aku je yang perasan lebih.
“Aku dah cakap, korang tak percaya”. Bebelku sambil melahap mee goreng basah ini. Aku memang jarang sempat nak sarapan sebab selalu terlajak tidur. Mana taknya, lepas subuh, aku tidur balik. Nasib baik sempat pergi kerja. Setakat ni, rekod aku bersih daripada lambat datang ke tempat kerja.
“Macam mana nak percaya. Cara dia layan kau tu lain macam. Takkanlah tolong sampai sanggup hantar jemput pergi kerja,” Kak Ana masih tak puas hati. Seminggu inilah ayat itu je yang berulang daripada mulut dia sampai-sampai aku terhafal tanpa sengaja.
“Tapi, dia buat untuk hari tu je kan? Entah-entah, dia buat benda yang sama dekat orang lain,” aku pun bagi alasan yang sama setiap kali Kak Ana cakap benda yang sama.
Sebenarnya, mereka berdua ni dah buat hipotesis sendiri. Kalau dia datang esok, maknanya, Ayden suka kat aku. Dan, masalah permainan dua beradik ni, daripada hari Ayden tak datang, sampailah ke hari ni, mereka asyik cakap perkara yang sama. Cuma, semalam mereka tukar sedikit ayat.
“Okay, last untuk esok. Kalau dia datang esok, maknanya, dia memang betul sukakan Aisyh”. Itu sebab mereka dah letih dengan game mereka sendiri. Last-last, hari ni merupakan hari terakhir penilaian.
Macam biasa, aku dengar je apa yang budak berdua ni cakap. Asyik-asyik benda tahayul tu jugak dilayan mereka berdua ni. Nanti bosan, diamlah budak berdua ni. Macam semalam.
“Dia takde chat kau ke, Aisyh? Mana tahu kot-kotlah dia ada cgat kat kau,” Kak Ana masih tak puas hati. Selagi hipotesis dia tak diterima, selagi itulah dia akan berusaha mengorek benda yang mustahil akan ada.
Aku geleng kepala. Kemudian, aku sambung makan. Kadang-kadang nak tergelak pun ada tengok perangai dua orang ni. Macam apa-apa entah nak buktikan hipotesis mereka tu betul dan tepat.

×××

Aku buat kerja seperti biasa. Rindulah sikit dekat Ayden, tapi, bukanlah sebab cinta. Cuma lebih kepada rindu seorang peminat dekat orang yang dia minat. Ini Aisyhlah weh, sekali dia cakap tak mungkin, mesti akan jadi tak mungkin melainkan Allah yang gerakkan hati aku untuk berpaling daripada pendirian.
Hari ni agak ramailah jugak orang datang sini, hampir tak cukup tangan kami bertiga buat kerja. Aira cakap, dia tak ambil banyak pekerja pun sebab kedai ni baru lagi. Lagipun, ni kedai bunga, bukannya kedai makanan sampai-sampai perlukan banyak pekerja. Nanti, tak pasal-pasal gaji rendah, kena kecam pulak kedai dia. Ini apa yang Aira bagitau akulah.
Sebenarnya, mereka pun perlukan pekerja baru sebabnya, aku akan mula bekerja sebagai guru bulan depan. Aira pun dah nak sambung pelajaran dalam bahagian perubatan dah sebab dia ni nak jadi doktor pakar bedah, jadinya, dia pun kena sambung belajar. Dia kerja ni pun sebab nak tolong Kak Ana sementara dia masih cuti. Lepas ni, nak tak nak, Kak Ana mesti cari pekerja baru sebab aku dan Aira akan mula buat haluan masing-masing.
Sedang elok aku buat kerja, tiba-tiba aku dengar ada riuh sedikit di bahagian depan. Aku pulak, masih ada urusan kat belakang ni, nak tak nak kenalah tahan keinginan nak menyibuk kat depan. Riuh sangat, entah apalah yang jadi.
“Sabar, Aisyh. Kau buat je kerja kau. Jangan nak menyibuk hal orang”. Aku bagi amaran untuk diri sendiri. Aku ni kalau dah menyibuk, memang lama sikit sampai-sampai terabai kerja. Itu pasallah aku jarang nak menyibuk hal orang walaupun aku ni jenis yang suka nak ambil tahu.
Punyalah aku khusyuk buat kerja, tiba-tiba ada satu suara pembeli datang tegur aku. “Cik, I nak beli bunga,” katanya. Aku ni pelik, punyalah banyak bunga berlambak kat depan, kat belakang ni jugak dia serang. Padahal, dekat belakang ni adalah tempat untuk susun bunga yang akan dipamerkan kat depan.
“Maaf encik, ta….” Aku angkat muka dan serta-merta ayatku tergantung kat situ.
“Ayden?” aku inginkan kepastian. Yelah, mana tahu ada jembalang yang menyamar jadi Ayden sebab aku asyik fikirkan dia dari tadi. Kan orang cakap, benda tu akan menyamar jadi benda yang kita fikir. Lagipun, bila masa dia ada kat sini? Tak perasan pun ada bunyi derapan langkah orang ke sini.
Dia senyum. Aku pulak gosok kedua-dua belah mata, risau betul kalau aku salah pandang ni.
“I lah ni. Khusyuk sangat you kerja sampai-sampai tak sedar I dah sampai sini”. Jawab Ayden akhirnya, mungkin tengok aku macam tak percaya tengok dia ada kat sini.
Aku angguk kepala. Senyuman aku cuba tahan sebaik mungkin walaupun sel-sel kat muka macam tak bagi kerjasama. Teruja punya pasal, mana taknya.
“Awak, buat apa kat sini?” cis, nampak betul gatal. Sampai terketar suara aku tanya kat dia.
“I kat kedai bunga, mestilah nak beli bunga. Takkan nak beli kopi pulak”. Amboi, dah pandai berloya buruk eh kau dekat aku. Hmm, layankan jelah. Mana tahu dia pun sebenarnya rindu kat aku. Kahkah. Ala Melissa, Aisyh gurau je.
“Tapi, dekat sini takde bunga. Kalau nak bunga, kat depan sana. Kat belakang ni takde apa-apa,” jawabku sambil meneruskan kembali kerja yang tergendala. Sebenarnya, aku tak mampu lagi nak bertentangan mata dengan dia ni. Dalam sangat kalau dah tenung orang. Naik segan aku dibuatnya.
“Kalau macam tu, I nak petik bunga jenis Aisyh, boleh tak?” dengar sahaja ayat dia tu, terus aku berpaling ke sebelah kanan muka aku, menyembunyikan senyuman yang dah serupa joker dah sekarang.
Setelah aku puas senyum, aku kembali pandang dia dengan muka selamba. Ceh, padahal tadi, telinga bertemu telinga senyuman aku gariskan kat muka. "Nope. Takde bunga jenis tu kat sini”.
Dia tergelak dengar ayat aku. Entah mana tah lawaknya, aku pun tak tahu. Atau, lepas seminggu tak jumpa ni, dia dah belajar seni tertawa kot.
“Sebenarnya, I nak ajak you keluar. Tapi, orang ramai sangat kat depan, so, terpaksalah I lepak dengan you kat sini”. Aku pandang Ayden yang kini mulai melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dia ni tak risau seluar kotor ke apa? Dahlah kat sini banyak debunya.
“Awak, kotorlah kat sini. Saya belum sapu lagi, kalau awak nak lepak, lepak kat depan dengan Aira dan Kak Ana”. Bukan niat aku nak halau dia ni, tapi, kat belakang ni memang tak sesuai dengan dia yang pakai suit kerja.
Dia mencebik. “Apa salahnya I duduk sini. You pun duduk atas debu, kenapa I tak boleh? Lagipun, kat depan sana, kawan you tengah tutup kedai ni,” balasannya membuatkan aku memandang dia dengan riak pelik.
“Kenapa tutup kedai? Kan masih awal lagi ni?” aku tilik jam. Nah, masih pukul 11 pagi. Tapi, dah kenapa budak berdua tu tutup awal?
Ayden tak terus menjawab, sebaliknya turut sama mengemaskan bunga-bunga plastik ini mengikut jenisnya. Lamalah jugak aku tunggu dia ni bukak mulut.

“Diorang nampak I pergi kedai ni tadi, so, diorang nak ambik gambar sekali. Padahal, I pergi sini nak jumpa you,” tanpa pandang aku, dia menjawab sambil tangan dia meneruskan aktivitinya. Macamlah aku suruh dia buat kerja ni.
Aku yakin, dahiku dah berkerut seribu dah. Kalau semut lalu, memang mati tersepit agaknya. “Sejak bila pulak awak pandai lari dari peminat ni? Biasanya, awak layankan je”. Peliklah dia ni. Biasa, kalau terserempak, mesti dia akan layan peminat-peminat dia yang nak ambil gambar sama.
“The first reason is, I tak bawak bodyguard. Biasanya, kalau I bawak bodyguard, terkawal sikit keadaan. I serik lepas kes yang lepas masa I tak bawak bodyguard, ada yang bergaduh nak ambik gambar sekali. Sebab tu, I akan take the photos dengan diorang pun masa ada bodyguard ikut sekali,” ceritanya ringkas. Aku yang mendengar, terus tertawa. Entah kenapa aku rasa kelakar pulak bila dengar mereka bergaduh hanya disebabkan nak bergambar dengan Ayden. Aku pun takdelah obses sampai macam tu sekali.
“Siapa suruh famous sangat. Lagi?”
Dia jongket kening sambil pandang aku. “Lagi? Lagi apa?”
Dengar sahaja soalan dia, rasa macam aku ni tak percaya yang kat depan adalah Ayden. Biasanya, seorang Neil Ayden Raeqal, sentiasa ingat dengan apa yang dia kata. Dah kenapa kali ni pulak boleh lupa dengan kata-kata dia tadi?
“Betul ke ni Ayden? Hei, awak sendiri yang cakap tadi kan, the first reason is bla bla bla. Maksudnya, awak ada lebih daripada satu sebab kenapa awak tak layan peminat awak yang berlambak kat luar tu”. Jelasku dengan nada yang penuh dramatik, kononnya sikap dia kali ini boleh dikategorikan sebagai kategori perkara yang paling aneh di dunia.
Dia hamburkan tawa kecilnya. Comel dalam macho. “Oh. Sorry, I lupa. Seminggu tak jumpa you, I jadi serba tak kena”. Dia tergelak lagi. Aku hanya mampu menahan rasa debar di hati. Walaupun aku jenis yang perasan sikit, tetapi, kalau Ayden cakap macam ni, hati aku serta-merta tapis supaya tak terlalu hanyut dalam kata-kata manisnya yang aku yakini hanya gurauan semata-mata.
“Yelah tu. Hah, apa dia sebab kedua awak?”
“Sebab yang kedua adalah, I nak jumpa youlah. Apalagi?”
Aku jeling dia dengan geram. Masa ni jugaklah dia nak main-main. “Awak, saya ni mudah cair tau. Jangan sampai saya tergoda dengar ayat awak tu. Nanti, tak pasal-pasal saya dan Cik Melissa tu buat acara WWE depan orang ramai,” aku memberi amaran. Sesungguhnya amaran aku ni betul-betul tau. Aku betul-betul memaksudkan.
Tetapi sayangnya, Ayden tergelak lagi dan lagi. Kali ini lebih kuat. Apeni? Dia ingat aku main-main ke?
Aku capai jambangan bunga ros plastik dan aku pukul sebelah lengannya. “Awak, saya tak main-main tau. Saya ni mudah cair, nanti, saya jatuh cinta dekat awak, naya tau awak dan Cik Melissa tu main kejar-kejar dekat KL ni”.
Sekali lagi, amaran aku disambut oleh Ayden dengan tawa. Aku yang tengok dia gelak macam ni, mula rasa sebal. Aku serius tau, tak main-main. Apa yang kelakarnya dengan ayat aku tu sampai-sampai Ice Prince ni tergelak tak ingat dunia? Ke, cuaca kat KL yang panas ni membuatkan ais beku itu mencair?
Akhirnya, aku pilih untuk berdiam diri. Geram pun ada sebab amaran aku dipandang sebelah mata. Kau jangan, Ayden. Aku kalau dah jatuh cinta, memang macam orang gila tau!
“Aisyh, Aisyh. Tak sia-sia I datang sini. Hilanglah sikit stress I,” kali ini, dia dah berhenti ketawa. Yang tinggal hanya senyuman gembira dia tu. Hmm, Ayden ni betul-betul buat aku tak faham.
Aku bangun untuk mengangkut jambangan bunga ini ke rak. “Hmm, awak pandang jelah saya ni lama-lama. Mana tahu awak takkan kenal lagi dah maksud stress lepas ni”. Aku buat-buat senyum lalu melangkah menuju ke bahagian depan kedai.
Kedengaran Ayden mengikut langkah aku di belakang. Dah macam ekor pulak dia ni.
Sebaik tiba di bahagian mempamerkan bunga-bungaan, kelihatan begitu ramai wanita berkumpul di hadapan kedai. Masing-masing ada telefon bimbit di tangan. Aku pandang Ayden di belakang dan dia hanya jongket bahu sambil tersengih. “I told you”.
“Macam mana awak nak balik ni?” aku pura-pura menunjuk bunga-bunga yang terdapat di kedai ini manakala Ayden yang seperti faham dengan lakonan aku, turut sama-sama ikut serta.
“Kejap lagilah I call bodyguard datang,” jawabnya sambil berpura-pura memilih bunga. Suara kami perlahan, takkan adanya mereka di luar dengar apa yang kami berdua bincangkan kat sini.
“Kenapa tak call terus?” kali ini, aku menghadap dia. Mendongak kepala aku tengok dia ni. Tingginya boleh tahan. Aku ni, setakat bawah dagu dia sahaja.
Hari ini entahlah, aku nampak dia kacak semacam. Kalau diperhatikan, gayanya masih macam minggu lepas. Rambut digayakan dengan Preppy Hairstyle, suit yang sentiasa kemas terpakai, hidung, mata dan semuanya masih terletak di tempat asal. Apa yang berbeza eh?
“Oh! Awak dah tak berjambang lagi dah!” jeritku tiba-tiba sambil jari telunjuk menunjuk tepat ke arah lelaki itu. Ayden pandang aku pelik semacam sebelum bibirnya menggariskan sebaris senyuman.
Aku tekup mulut, sedar akan keterlanjuran lidahku yang meluahkan apa yang mindaku katakan. Cepat-cepat tangan aku mengemaskan bunga yang sedia ada kemas terletaknya.
“Sampai jambang I you perhatikan,” usiknya yang semestinya mampu membuatkan wajahku memanas. Dia ni taklah berjambang mana, jambang nipis je. Kemas, cuma muka dia tak sesuai ada jambang macam tu. Dan hari ini, jambang tu dah bersih. Yang ada pun kumis nipisnya dan janggut sejemput, sekadar syarat nak membezakan jantina dia dengan aku.
“Eee, takdelah. Saya cuma perasan muka awak lain macam je hari ni,” aku jawab jujur. Aku nak menipu, memang takde idea sekarang ni.
Bilalah dia ni nak balik? Aku dah segan dah dengan dia ni. Perempuan kat luar pun dah pandang semacam je ke arah kami. Yelah, dah aku dan dia je kat dalam kedai, mana taknya mereka pandang pelik. Aira dan Kak Ana pula kat luar, tengah tahan para gadis yang cuba menceroboh masuk ke dalam kedai ini.
Dan akhirnya, Ayden pun mencapai telefon bimbit di poket seluarnya dan menelefon seseorang. “Haq, kau datang ke kedai bunga hari tu. Aku tak boleh nak keluar ni”.
Haq? Aku syak dia ni ketua bodyguard yang selalu ada sama-sama dengan Ayden dalam gambar. Boleh tahan kacak dia tu. Aku ni memang kalau minat, dengan keluarga dia sekali aku perhati. Cumanya, aku belum jumpa lagi gambar bekas kekasih Ayden tu sejak dari awal aku mula kenal Si Ayden ni. Ada pun, dia hanya tunjuk gambar seorang perempuan bertudung, tapi muka tak nampak sebab dia pandang lain. Tambah-tambah lagi, dia tak tag pun Instagram perempuan tu.

Mulanya, aku ingat dia tu keluarga Ayden. Manalah tahu dia ni ada sepupu istimewa ke. Adik angkat ke. Tapi, lepas dia cakap dia ada seseorang yang istimewa sebelum Melissa, jadi, aku rasa memang perempuan dalam gambar tulah yang dia maksudkan.
“Ehem, Aisyh?” panggil Ayden membuatkan aku sikit tersentak. Pfft, tak sangka aku sempat jugak mengelamun sedangkan orang kat luar dah riuh rendah sebab nak masuk ke dalam ni.
“Err, ya?” aku balas pandangan Ayden yang kini sedang mengangkat kedua-dua belah keningnya memandang aku.
“I cakap, bunga mana yang cantik? Tolong pilih sebab I tak tahu sangat kalau pasal bunga ni”. Aku rasa dia mengulang soalan dan aku pun angguk-angguk faham dalam malu.
“Awak nak bunga macam mana? Bunga plastik atau bunga hidup? Kalau bunga hidup, saya cadangkan bunga rose sebab rose ni memang sinonim dengan percintaan. Macam dalam kedai ni, kami jual ada tiga warna bunga rose.
First, warna merah. Bagi wanita, bunga warna merah ni melambangkan cinta, keberanian, romantic dan kehangatan cinta kita untuk someone.
Second, warna putih. Macam yang kita tahu, kalau warna putih ni semestinya melambangkan kesucian. Tapi, kalau dalam cinta, rose putih ni melambangkan kelembutan dan ketulusan hati yang paling dalam.
Dan yang ketiga, warna peach. Kalau tak silap saya, warna peach ni agak special. Contoh kalau awak jenis yang malu nak luahkan perasaan awak, awak cuma perlukan bunga ni dan letak cincin kat dalam kelopak ni. Kenapa? Sebab rose warna peach ni adalah simbol cinta dan seolah-olah nak mengajak girlfriend awak ke pelamin,.” panjang penerangan aku mengenai bunga ni padahal aku rasa sama je aku dengan Ayden ni, dua kali lima pasal bunga. Rasa macam kelakar pulak aku kaitkan bunga ni dengan cinta. Padahal, boleh je aku cakap bunga rose ni istimewa sebab ada duri yang jaga dia. Dia cantik dan dilindungi. Gituh.

Ni, entah penerangan apa entah aku bagi kat mamat ni. Haila Ayden, dengar jelah ye cikgu Sejarahmu ini memberi penerangan tentang bunga dalam versi jiwang. Huhu.
Aku jedakan seketika penerangan aku. Rasa berdebar mengejut hati aku apabila melihat Ayden yang ralit merenung ke arah aku. Tiba-tiba rasa menggeletar pulak aku lepas bagi penerangan sesat ni. Rasa macam tengah buat presentation depan pensyarah pulak tengok mata helang dia yang tajam tenung aku. Entah-entah Ayden tahu sebenarnya tentang bunga, jadi, dia hanya menguji aku sama ada aku ikhlas ataupun tak menjelaskan tentang bunga yang ada dalam kedai ni.
Tapi nasib baik sikitlah aku sempat terbaca artikel tentang bunga semalam. Jadi, kalau tersesat pun, tersesat sikit je,
“Dan, sebab yang paling penting kenapa awak patut beli bunga ni adalah, nama bunga ni sama dengan nama tunang awak, Melissa Rose,” yang ni aku memang yakin takkan salah teorilah.
Punyalah aku teruja bercakap, boleh pulak dia tayang muka selamba dia tu. Hmm, memang ada perubahan iklim pada wajah Ayden ni.
“Kalau you, you suka bunga rose warna apa?” pelik, buat apa tanya pasal aku? Ah, jawab jelah! Mana tahu dia nak belikan bunga ni untuk Melissa, cuma tak tahu nak pilih warna apa.
“Kalau saya jadi Melissa Rose, saya rasa nakkan rose warna merah. Romantic dan hot gituh. Tapi, sebenarnya, saya tak suka bunga rose. Saya lebih suka bunga tulip dan bunga orkid”. Eh kau Aisyh, melebih pulak. Dia tanya tu untuk belikan buat Melissa Rose, bukan untuk kau.
Tapi kali ni, aku dapat rasa yang Ayden kelihatan berminat untuk ambil tahu. Ke, perasaan aku je? “Kenapa bunga tulip dan orkid?”
“Orkid sebab mak pun suka orkid. Lagipun, bunga orkid ni mempunyai bentuk yang exotic dan bersifat ‘represent rare and delicate beauty’. Kalau awak perasan, awak akan selalu jumpa bunga orkid ni dalam majlis perkahwinan dan suasana dalam majlis perkahwinan tu rasa klasik dengan adanya hiasan bunga-bunga orkid.
Kalau bunga tulip, well, dari segi bentuk fizikal dia pun kita dah tahu yang bunga ni sangat cantik dan nampak elegant. Selalu saya baca yang bunga tulip ni bermaksud ‘being perfect love’. Bunga tulip ni menceritakan tentang cinta dalam gubahannya tersendiri. Yelah, kalau sekali tengok pun nampak bunga ni macam mewah-mewah dan kalau dihias dalam majlis perkahwinan, aura kemewahan tu dapat dirasa. Tapi, itu kalau sayalah. Kalau Cik Melissa, saya yakin dia suka bunga rose,” di akhir bicara, aku senyum bangga buatnya. Tak sangka bacaan aku semalam pasal bunga, yang niatnya hanya suka-suka, membantu aku untuk menjawab soalan Ayden pada hari ni.
Dia angguk-angguk kepala sambil ketuk-ketuk dagunya. “Thanks untuk info ni. By the way, bodyguard I dah sampai. You belikan I bunga orkid dan I nak you simpan bunga tu untuk I. Okay?” sempat dia kenyitkan mata sambil menghulurkan not ringgit kepada aku.
“Keep the change,” sambungnya lalu bergegas keluar apabila beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam mula datang dan menuju ke arah pintu.
Aku hanya memerhati langkah Ayden yang dilindungi oleh bodyguardnya. Sempat juga dia ambil gambar bersama peminat-peminat dia yang berlambak tu dan di hadapan kedai inilah diserbu ramai gadis hanya disebabkan kehadiran Neil Ayden Raeqal.
Aku pandang wang ringgit di dalam tanganku. Biar betul dia ni suruh aku jaga bunga orkid dia? Kang, tak sempat membesar orkid tu dah mati aku kerjakan. Aku ni manalah pandai jaga bunga. Hmm, takpelah kot. Aku balik kampung nanti, aku bawaklah sekali bunga ni. Nanti mak tolong jaga.
Biarlah dia cari. Siapa suruh arahkan aku untuk jaga. Daripada bunga dia mati macam tu je, baik suruh mak yang jaga. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia hidup aman dengan kecantikan yang ada pada bunga ni.
Sebelum aku kembali ke belakang, sempat aku tengok Aira dan Kak Ana yang sudah buat muka miang tahap telan ulat bulu seratus ekor. Faham sangat yang mereka cuba nak cakap yang hipotesis mereka tu benar belaka. Heh, Ayden ni pun satu. Kenapalah datang hari ni? Kenapa tak datang esok je? Kan dah kena kait dengan fahaman tahyul dua beradik tu?
Aku cebikkan bibir dan cepat-cepat berlalu dari situ. Tahu sangat yang lepas ni aku akan jadi bahan Aira dan kakak dia.
Sampai saja kat kawasan belakang, aku sambung balik kerja aku. Tak lama lepastu, telefon aku bergetar tiba-tiba tanda ada mesej dari Whatsapp masuk. Aku pun buka.

Ayden
Flowers don’t tell, they show – Stephan Skeem

Berkerut dahi aku baca chat daripada Ayden. Apa maksud dia ni? Aku pun kembali ke depan semula dan pandang dia yang sedang asyik bergambar dengan peminatnya. Mungkin dia dapat rasakan ada orang tengah perhati dia, dia pun balas pandangan aku dari jauh.
Dan, masih jelas bibir itu menggariskan senyuman. Ah, dia senyum tu sebab bergambarlah tu.

Jangan perasan ya, Cik Nureen Raisyha!

Share this novel

Liza Norazmin
2020-08-03 12:51:54 

best...sweet


NovelPlus Premium

The best ads free experience