Hi. It's me ??
Do vote and comment ??
?
AYDEN??AISYH
"PON!!"
Bunyi hon begitu bingit sekali, menandakan ada kemalangan berlaku. Apatah lagi setelah kedengaran sebuah kereta seolah-olah bertembung dengan sesuatu telah menghasilkan bunyi letupan yang agak kuat.
Aku nampak banyak orang kelam-kabut berlari menuju ke arah kereta tersebut. Aku ingin melangkah, tapi kaki aku terpaku. Sedikitpun aku tidak mampu bergerak dari tempat aku berdiri sekarang.
Dari tempat aku berdiri ini, aku boleh nampak ada seorang lelaki di dalam sebuah kereta yang letaknya agak jauh daripada kawasan yang dikerumuni puluhan manusia. Dia tidak keluar pun daripada kereta tersebut, sebaliknya hanya melihat sahaja kemalangan yang berlaku. Adakah dia juga sama macam aku? Ingin ke sana, tetapi tidak mampu?
Hati aku tiba-tiba berdebar. Apa semua ni? Kenapa aku kaku berdiri? Kenapa aku rasa lelaki di dalam kereta itu ada kaitan dengan kemalangan ini? Dan.... Kenapa aku takut melihat kemalangan ini?
Tiba-tiba, nama Ayden menjelma di ingatan. Jangan cakap yang menjadi mangsa kemalangan itu adalah dia!
"Ayden!" jeritku, tetapi seorang pun tidak menghiraukan jeritanku.
"Siapa yang accident tu?" tanyaku lagi, tetapi semua orang hanya fokus menuju ke arah kawasan kemalangan, dibuatnya aku seolah-olah seperti halimunan, langsung tidak dipedulikan.
"Ayden!" nama itu sekali lagi aku jerit. Peluh terasa merenik di dahi, hatiku berdebar-debar kuat. Risau andai tekaanku benar.
"Ayden!"
Jeritanku kali ini kurasa cukup kuat membuatkan posisi daripada terbaring, berubah kepada duduk dalam sekelip mata. Aku raba wajahku dan pandang sekeliling tempatku sekarang.
Nafas kuhela. "A-aku mimpi ke?". Aku urut dada yang masih terasa bergetarnya. Terasa ada di depan mata kemalangan tersebut. Bermula daripada kereta itu terlanggar sesuatu sehinggalah bunyi dentuman yang sangat kuat betul-betul membuatkan aku rasa semua itu bukan mimpi.
"Kenapa aku tiba-tiba mimpi benda ni?" soalku sendiri. Serta-merta aku memandang jasad Ayden yang masih lena diulit mimpi. Bilik yang hanya diterangi lampu tidur membuatkan aku dapat lihat dia dengan jelas.
Dalam debar, aku mengatur langkah menuju ke arah katil Ayden dan apabila aku sudah berada di hadapannya, aku labuhkan punggung di sebelah Ayden. Mukanya kelihatan macam penat, mungkin letih hadapi semua ini.
Melihatkan dadanya berombak lembut, aku lepaskan nafas lega. Aku ke sini sebenarnya risau kalau-kalau jadi apa-apa semasa dia tidur. Tapi, melihatkan dia yang tenang dalam lenanya, sedikit sebanyak aku rasa lega dan kerisauan tadi sedikit demi sedikit dilepaskan, memberi semula ruang peparuku untuk bernafas.
Automatik tanganku naik menyentuh pipinya. Dia sekarang sedang mengiring ke arah aku, jadi agak mudah bagiku menilik seluruh wajahnya. Satu benda aku tak paham pasal dia ni. Dah tahu sejuk, tapi masih jugak tidur tak berbaju.
"Tolong, Ayden. Tolong ingat balik semua memori kita. Dan, tolong lupakan Hazel demi rumahtangga kita. Saya sayang awak, saya cinta awak. Aisyh sayangkan abang.. sangat-sangat," baru saja aku terfikir nak panggil dia abang apabila dia sedar, eh, tup-tup dia hilang ingatan dan larang aku panggil dia dengan panggilan tersebut.
Sudahlah sekarang dia asyik gelarkan aku old lady, membuatkan aku rasa macam aku betul-betul tua daripada dia.
Sekarang memang nampak sisi comel Ayden. Walaupun mulutnya puaka, tapi entahlah, setiap ulahnya aku rasa macam comel. Cepat merajuk, cepat memberontak, jenis memaksa dan cakap ikut sedap mulut dia saja.
Berbeza dengan dulu. Dia sangat caring, mudah mengalah, memaksa tapi kalau benda tersebut sangat penting demi keselamatan aku dan gentleman. Sekarang jangan haraplah dapat lihat sisi gentleman itu sebab sekarang dia jenis yang pentingkan dirinya sendiri.
Dengkuran halus yang meniti di bibir itu membuatkan aku tersentuh bibirnya tanpa sedar. Aku usap lembut kissable lips itu. "Ada kaitan dengan kemalangan awak ke mimpi saya tu, Ayden? Kenapa saya rasa tak sedap hati?"
Aku berbisik sendirian. Mimpi tadi benar-benar menakutkan aku. Memanglah mimpi itu permainan tidur, tapi, takkan semua permainan tidur, kan? Boleh jadi mimpi ini adalah petunjuk kepada dalang kemalangan Ayden?
Aku nampak muka semua orang, tapi seorang pun aku tak cam. Tapi, lelaki yang mencurigakan tu pulak aku langsung tak nampak muka. Samar-samar menyapa pandangan. Hela nafas, haraplah itu cuma permainan tidur ataupun petunjuk kepada dalang kemalangan ini. Jangan ini adalah petunjuk untuk kemalangan seterusnya sudah.
Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi.
Mungkin disebabkan rasa terganggu dengan sentuhan jariku pada bibirnya, terus Ayden terpisat-pisat bangun sambil menggosok matanya. Apabila menyedari jariku berada di bibirnya, terus dia tepis dan jauhkan diri.
"You buat apa dekat sini? I cakap jangan dekat-dekat dengan I. Dan I pernah cakap yang I tak suka orang lain duduk atas katil I. Takkan tak faham lagi?" dengan suara seraknya dia memarahi aku. Matanya kuyu dengan pipi kiri disembamkan pada bantal.
Aku telan liur, aku sedar aku terlanjur sentuh dia sehingga menyebabkan Ayden terjaga. Tapi nak buat macam mana, aku tak sengaja. Ya Allah, apa alasan aku ni?
"Err... S-saya...." belum sempat ayatku habis, kedengaran azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh.
Aku petik jari. "Saya nak kejutkan awak, dah masuk waktu". Alhamdulillah, nasib baik azan berkumandang tepat pada masanya.
Dia jongket kening memandang aku dengan mata kuyunya. "Eh?"
Aku cepat-cepat bangun. "Tak payah nak curiga, benda kecik je. Dah, bangun cepat".
Dia angkat lima jari kanannya. "Five minutes". Eh, boleh pulak dia nak tangguhkan waktu solat. Yang ni aku tak boleh kompromi.
Jadi, aku tarik selimut yang menutupi tubuh sasa itu. Apabila selimut itu terlerai, dia duduk dan capai semula selimut serta kembali berselubung di dalamnya. Ya Allah, apa ni Ayden?
"Bangun cepat saya cakap! Ayden!" aku pukul Ayden yang sedang berlapik selimut tebal itu.
"Emmmm..." jawabnya. Suara ada, tapi masih belum ada tanda untuk bangun. Sabar Aisyh, sabar.
"Ayden!"
"Ya, ya". Kali ini dia lepaskan selimut tersebut dan kemudiannya duduk dengan mata kuyunya. Sesekali dia terangguk-angguk sebab menahan kantuk.
Aku lepaskan keluhan kecil. "Cepatlah. Jangan tangguhkan waktu solat".
"Sekejap lagi".
"Apa benda awak ni? Awak ingat kalau mati tu boleh tangguh-tangguh ke? Buatnya awak meninggal sebelum solat, awak nak?" setelah aku sedar akan keterlanjuran kata-kataku, terus aku beristighfar panjang sambil urut dada.
Ayden jeling aku. "You nak doakan I meninggal, eh? Eloklah tu, kalau boleh solat hajat sekali. Bolehlah I jumpa Hazel lepas ni".
Kali ini laju kepalaku ditoleh ke arahnya. Tak habis-habis dengan Hazel dia. Dek geram melampau, aku pun bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air. Sebelum aku masuk, sempat aku lemparkan kata-kata buatnya.
"Awak ingat, kalau mati tu terus jumpa Hazel awak tu ke? Buatnya Hazel dah dekat syurga, awak pulak pergi neraka sebab tangguhkan solat. Nak?"
Tanpa menunggu balasan daripada Ayden, terus aku menutup pintu bilik air lalu tersandar di situ. Aisyh, apa benda kau cakap ni? Macam mana kalau mulut kau masin hah, gila? Ayden amnesia, kenapa kau susah sangat nak kawal emosi kau, bongok!
Tiba-tiba mimpi tadi muncul semula di kotak minda membuatkan dada berdebar tiba-tiba. Janganlah jadi apa-apa dekat Ayden, ya Allah! Kalau jadi apa-apa dekat dia, sumpah, aku takkan maafkan diri aku sendiri!
***
"Saya tak kira, awak nak ke tak, awak mesti nak jugak!"
"No!"
Bertekak dengan Ayden 22 adalah benda yang paling menyakitkan kepala otak. Aku picit pelipis yang terasa berdenyut, nak pujuk dia ni perlukan kesabaran setinggi Everest. Sudahlah tahap kesabaran aku memang nipis, dia pergi cabar pulak.
"Ayden please..." nada merayu kali ini aku guna.
"Nope," dia menggeleng sambil menyarungkan t-shirt kelabu pada tubuhnya. Dia nak keluar jumpa Rheo, kebiasaan dia setiap pagi sebab nak pergi gym. Dia takut kalau otot-otot dia hilang katanya!
"Malam ni je. Bolehlah. Saya teringinlah nak pergi rumah hantu tu". Pujukku lagi. Susah betullah nak pujuk budak bertuah ni. Kalau dia ni Air, memang dah lama aku kepit leher dia dengan lengan, biar dia lemas. Mana tahu lepastu otak dia berfungsi!
"I dah cakap tak nak, kan? Part mana yang you tak faham?" suaranya naik sedikit membuatkan aku terus mencebik. Tiba-tiba aku rasa nak menangis apabila diherdik begitu. Bukan nak, memang dah mula menangis dah.
Ayden pandang aku dengan dahinya berkerut sambil dia mengeluh. "Ish, inilah masalah perempuan. Menangis, menangis, menangis. Takde kerja lain ke?" bebelnya dengan nada kurang senang sambil berjalan menuju ke meja solek.
"Saya tak paksa awak layan saya sebagai isteri. Saya cuma mintak awak temankan saya malam ni pergi rumah hantu tu je," aku menunduk sambil menyeka sedikit air mata di tubir mata.
Kedengaran Ayden lepaskan keluhan yang sangat berat. "Nak buat apa pergi sana? Bukan ada apa pun. Setakat masuk, lepastu tengok orang pakai kostum hantu, jerit sana, jerit sini. Lepastu, balik. Takde faedah". Suaranya kali ini mengendur membuatkan aku tiba-tiba merasakan ada aura Ayden 27 tengah bercakap sekarang.
Uwaaaa! Rindu!
"Ada, saya nak release tension sikit".
"Hmm, pagi tadi seronok doakan I mati, tiba-tiba sekarang suruh I temankan pulak," nada suaranya kedengaran sinis mengungkit kisah pagi tadi membuatkan aku tertelan air liur.
"Err, pasal tu, saya minta maaflah. Habis, awak tu tangguhkan waktu solat. Saya tak suka," ujarku kepadanya.
"Hmm." Balasnya sambil membaling sekotak tisu kepadaku. Eh, eh. Suka hati dia saja baling-baling barang macam ni.
"Awak ni dah kenapa?"
"Guna tisu, lap air mata tu. Jangan nampak sangat cengeng tu. Yelah, malam ni I temankan. Tapi dengan syarat, make sure semua pakaian I, you yang sediakan. Malam nanti I tinggal pakai je. Takde masa nak cari," kali ini, aku memandangnya dengan wajah teruja. Tak salah ke apa aku dengar ni?
"Betul ke ni?" aku sudah berdiri dan mula membuntuti langkahnya.
Dia berhenti melangkah dan memandang aku. Kemudian, dia jentik dahi aku. Nasib baik tak sakit, kalau sakit, memang aku balas balik!
"Yelah. Tak payah tanya berkali-kali kalau tak nak I tarik balik kata-kata I tadi," dia memberi amaran. Wajahnya kelihatan selamba dan agak.... tenang?
Aku ukirkan senyuman lebar. Yeay! "Thank you, awak". Ucapku dengan nada manja dan hanya dibalas dengan 'hmm' sahaja.
Kemudian, dia hulurkan tangan kanannya. Aku yang melihat tangan itu mula tayang muka pelik. "Kenapa?"
Tanpa menjawab soalan aku, dia pun mencapai tangan kananku dan suakan belakang tangan kanannya pada hujung hidungku. "Baru beberapa hari cuti dan tak pergi kerja dah lupa nak salam suami," tangan aku dilepaskan dan kelihatan telinganya memerah.
Aku tahan senyum mendengar dia bahasakan dirinya sebagai suami dan suruh aku salam dengannya. Nampak comel apabila dengan sikap egonya, dia masih meminta aku untuk bersalaman dengannya. "Okay, take care". Pesanku dan dia hanya balas dengan jelingan.
"Petang nanti tak payah masak, kita makan dekat luar".
"Awak okay ke orang tengok kita?" kalau dulu, aku yang paling risau pasal ini. Tapi memandangkan sekarang orang lain dah tahu tentang hubungan aku dan Ayden, jadi untuk apa lagi aku rahsiakan?
"Kenapa pulak tak okay? Lagipun malam nanti kita still keluar sama. Walaupun I dipaksa," tergelak aku mendengar rungutannya pada ayat terakhir tersebut.
"Hmm, okaylah kalau macam tu".
"Dahlah, I nak keluar. You ni banyak cakaplah. Typical old lady," kutuknya. Baru sahaja aku berbunga-bunga sikit dengan layanannya yang agak okay tadi, boleh pula dia kutuk aku balik. Spesies tak sayangkan mulut memang macam nilah agaknya.
Tanpa menunggu kata balas daripadaku, dia pun keluar daripada bilik ini. Automatik bibirku mengukir sedikit senyuman. Dia punya ego memang tak boleh bawa bincang!
***
"Jangan risaulah, aku ada kawan kat dalam tu. Aku dah bagitau, tak payah gajikan aku. Aku sendiri yang sukarela nak buat benda ni. Yang kau kena buat, kau cuma perlu ajak Ayden pergi sana je."
Inilah kata-kata Salwa hari tu membuatkan aku rasa seperti digeletek perutku. Dia punya plan tahap gila lebih gila daripada orang yang betul-betul gila! Dan aku sendiri pun tahu yang rancangan ni takkan membawa apa-apa hasil pun. Aku setuju ikut rancangan dia pun sebab aku kesian tengok dia yang beria-ia suruh aku pergi rumah hantu ni.
Lagipun, bila lagi masa aku dan Ayden akan keluar berdua-duaan seperti ini walaupun.... Ada bodyguard datang sekali. Semuanya sebab masuk sahaja ke taman tema Sunway Lagoon ini tadi, Ayden diserbu ramai orang. Nasib baik ada bodyguard semua, jadi, agak terkawallah sedikit keadaan.
Dekat rumah hantu ni pun boleh tahan juga peminat Ayden. Dari jauh mereka sudah berlari dengan telefon bimbit di tangan. Nasib baik yang jual tiket tak macam-macam. Sebab masing-masing lelaki. Haha.
Petang tadi kami cancel makan luar sebab papa ajak makan sekali dengan mereka. Dekat meja makan pun Ayden layan aku acuh tak acuh sampai-sampai aku dapat tengok hujung bibir mama tersenyum sinis. Nasib baik nenda dan Melissa tak ikut sekali, kalau tak, memang aku rasa mereka akan buat trio senyum sinis agaknya!
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Ayden dekatkan wajahnya di telingaku. Kelihatan dia tidak senang dengan keadaan sekarang.
Aku balas pandangannya sambil tersenyum. "Inilah awak sekarang, dikejar ribuan manusia. Sebab tu saya suruh bawak bodyguard tadi," jawabku sambil mengusap pipinya. Dia tidak menolak, sebaliknya memerhati keadaan sekeliling.
Tanpa memikirkan pandangan orang lain, dia pun mula rangkul pinggangku dengan wajah selamba membuatkan aku rasa terkejut. "Jangan perasan I suka dekat you. I buat macam ni supaya diorang tak datang dekat dengan I. Rimas". Bisiknya membuatkan aku angguk faham.
Terdapat lapan buah rumah hantu kesemuanya. Ayden cakap, alang-alang dah masuk, dia nak rasa tahap keseraman kelapan-lapan rumah hantu tersebut. Sebab itulah tiket express lane dipilih. Empat orang lagi adalah bodyguard dia sendiri dan kesemua tiket kami, Ayden yang belanja.
Heh, tadi bukan main tak nak ikut. Sekarang macam dia pula yang terlebih teruja daripada aku!
Rumah yang pertama yang kami masuki ialah rumah hantu Phobia. Rumah ini adalah rumah hantu khas untuk hantu-hantu bertopeng seperti patung, Annabelle dan badut. Masuk sahaja ke rumah hantu itu, terus aku tahan lengan Ayden. Serius aku benci melihat muka-muka hantu tersebut terutama si Clown tu sebab aku memang bencikan badut.
"Ayden...." Kuat pelukan aku pada lengan Ayden membuatkan lelaki itu menoleh sedikit ke belakang memandang aku di belakangnya.
Lorong yang dilalui boleh memuatkan dua orang sebenarnya. Tapi, bila dah takut begitu, otak aku jadi lembab. Jadinya, aku lepaskan pelukan pada lengan Ayden dan mula memeluk tubuh Ayden dari belakang.
Wajah pula aku sembamkan pada belakang Ayden. Sumpah aku takut sangat-sangat melihat beberapa ekor hantu. Dan nasib baik Ayden biarkan sahaja.
Langkah demi langkah diatur. Ada muzik-muzik seram yang mengiringi perjalanan kami. Sesekali kedengaran Annabelle lah kot yang tergelak-gelak dan berkata, "Come play with me". Palehotak dia nak suruh main dengan dia. Dahlah muka buruk nak mampuh!
"Hmm, tadi beria-ia nak pergi sini. Apa dah jadi sekarang ni?"
"I hate clown!" jeritku di belakang Ayden. Kedengaran Ayden hanya tergelak sahaja sambil memegang tanganku yang memeluk dadanya.
Baru sekejap aku lepaskan muka di belakang Ayden, tiba-tiba...
"WARGHHHHHH!!!!!" kuat sergahan badut tersebut membuatkan aku menjerit sama.
"MAAAAAAAKKKK! HODOHNYA!!!!" Aku rasa suaraku dua kali ganda lebih kuat daripada suara badut itu. Aku cuba berlari, tapi Ayden tahan tangan aku dan rupa-rupanya, masa dia pegang tangan aku tadi, dia pimpin aku supaya menuju ke arah badut! Kurang hajar!
"Ayden lepaslah!" marahku dengan geram. Terasa mataku mula basah. Bukan setakat berpeluh, bahkan aku sudah mula menangis ketakutan.
"Why are you crying, baby girl?" dengan nada seram, badut hodoh itu mula tersengih sambil berjalan mengelilingi aku dan Ayden. Dia tertawa seram sambil mencuit lenganku.
Tangisanku semakin lebat sambil aku menepis jari itu daripada terus mencuitku. "Don't touch me, ugly clown! Not mahramlah, stupid! I hate you!" aku tak tahu aku merepek apa, yang pasti bodyguard Ayden tergelak bersama-sama dengan Ayden sebaik aku meluahkan kata-kata itu sambil menjerit.
Belum habis rasa takutku di rumah hantu Phobia, rumah kedua pula yang menjadi sasaran iaitu Slaughter-13 House. Dengan bunyi tetakan itu, aku dah boleh agak ada adegan sembelih-sembelih. Sekali lagi aku peluk Ayden kuat-kuat dengan bajunya yang dicengkam olehku.
"Come on! Why did you close your eyes? Come and join us eating fresh meat!" kata-kata itu berserta gelak tawa dan jeritan sakit itu membuatkan aku menjerit sama. Belum tengok dah boleh buat aku terjerit kuat, belum lagi kalau aku dah mula tengok apa yang sedang berlaku.
Ayden acah-acah ingin melepaskan pelukanku pada tubuhnya, tapi semakin galak aku menangis. Hampeh, kalau aku tahu begini jadinya, memang aku takkan ikut plan gila Si Salwa! Sudahlah perempuan tu dekat lokasi terakhir kami. Kalau aku lari sekarang, memang habislah rancangan Si Salwa.
Selesai di rumah itu, rumah ketiga pula iaitu Scarytales Theater. Yang ni okay sikit sebab ada tayangan pada skrin sahaja. Hantu-hantu? Macam tak nampak je.
Aku duduk di sebelah Ayden. Dia menoleh ke arah aku sambil tersengih. "Pagi tadi menangis sebab nak datang sini, sekarang menangis lagi? Padahal dah sampai kat sini kan? Such a liar old lady," ejeknya sambil memeluk tubuhnya.
Aku mencebik sambil mengesat air mata. Rasa terhina mendengar sindiran itu.
"Dah hilang dah stress? Rasanya bukan setakat stress je yang hilang, I yakin suara you pun mesti hilang jugak lepas ni," sambung dia lagi membuatkan aku memukul lengannya kuat.
Dia hanya tergelak, tapi biasalah, gelak sinis sahaja dia berikan padaku. "Mana ada orang takut! Orang terkejut jelah," walaupun beria aku menangis sambil tadi aku tak habis-habis cakap yang aku takut, masih juga aku cuba berlagak berani di depannya.
"Eh?" dia jongket kening sambil senyum senget.
"Are you sure?" kali ini, bulu romaku sekali lagi berdiri. Aku tahu ini bukan suara Ayden sebab Ayden sudah tergelak kuat. Apatah lagi, suara ini bukan dari sebelah kananku, sebaliknya di sebelah kiriku.
Tanpa memandang ke tepi, terus aku memaut lengan Ayden dengan erat. Lengannya itu aku goncang sambil aku meminta untuk balik sekarang. Air mata yang baru reda, kini kembali mencurah. Aku yakin lengan Ayden habis lencun dengan air mataku.
"Tak bestlah kalau balik sekarang. I dah bayar kot tiket tadi," dia menolak. Aku tahu sebenarnya dia tak kisah pun pasal duit dia. Aku tahu sekarang yang dia sengaja nak kenakan aku!
"Ayden, baliklah!" jeritku dengan menggoncang lebih kuat lengan Ayden sebaik terasa rambut kusut itu diuraikan di atas pehaku.
"Nope. Kalau nak balik, balik seorang," dia menolak. Sumpah aku rasa geram gila dengan mamat ni. Dia memang sengaja nak bagi aku takut, menangis, terlolong tak sedar diri. Tekakku pun dah rasa perit sebab banyak menjerit daripada tadi.
Sudahlah ini baru rumah ketiga. Ada lima lagi rumah yang belum dimasuki. Lepastu, di luar rumah hantu ni pun boleh tahan banyak hantu-hantu Eropah yang bergabung dengan hantu Asia. Bongok, serius aku menyesal sangat jejakkan kaki ke sini.
Aku duduk diam dengan wajah tersembam pada lengan Ayden. Bunyi-bunyi seram pun mampu membuatkan aku tak senang duduk. Tangan sudah terasa sangat sejuk dan berpeluh.
Mungkin sudah selesai tayangan, Ayden pun mengajak masuk ke rumah yang seterusnya. Dah macam Ayden pula yang suruh aku ikut dia ke sini, padahal pagi tadi aku yang beria-ia ajak dia ke sini. Dan untuk tayangan tu, memang aku tak tengok langsung pun sebab sepanjang tayangan dibuat, aku hanya tutup mata dengan lengan Ayden.
Untuk rumah-rumah seterusnya iaitu Ghost Face, Wendigo – the Legend in the Mist, Ghostbusters Halloween in New York dan Hororword Studios, memang boleh dikira berapa kali saja aku buka mata. Selebihnya, aku menjerit, menangis sampai-sampai seekor hantu tu aku sepak tanpa sedar. Dia menjerit sebab sakit manakala aku menjerit sebab aku tersepak hantu.
Kedengaran Ayden meminta maaf dan cepat-cepat heret aku keluar dari rumah kedua akhir tersebut. Sempat dia bebel dekat aku, buat malu je katanya. Ceh, aku bukan sengaja pun! Kalau Ayden 27, takdenya dia nak marahkan aku macam tu. Paling-paling dia marah dan tegur supaya aku jangan ulang balik perbuatan aku.
Bukannya sampai cakap, "Buat malu je". Hmmph!
Dan sekarang, kami berada di rumah yang terakhir iaitu Zombie Zoo. Yang ni, baru masuk, aku keluar balik. Bukan aku seorang, bahkan dua orang bodyguard Ayden pun berlari sama sebab masuk-masuk sahaja beberapa ekor zombie kejar kami.
Aku tak tahu Ayden ni jenis yang macam mana, tapi dia cool gila masa zombie tu kacau dia. Siap dia jeling saja zombie itu. Ayden yang melihat kami bertiga keluar, dia panggil masuk. Bodyguard berdua dah masuk, tinggal aku seorang sahaja yang belum.
"Aisyh!" panggilnya dengan nada tegas. Aku tetap gelengkan kepala. Sekarang, zombie tu lebih menakutkan daripada Ayden.
Ayden lepaskan keluhan sambil berjalan dengan zombie di sebelah. Aku syak zombie tu perempuan sebab masa Ayden melangkah menuju ke arah aku, sempat mereka sentuh lengan Ayden. Haih, nasib baiklah muka korang tu hodoh, kalau tak, memang aku tarik rambut sampai tercabut kulit kepala dengan kelemumur sekali!
"Come!" dia menggamit aku sambil hulurkan tangannya.
"Tak nak," aku geleng sambil menempel pada pintu masuk. Dari sini aku dengar ada orang yang dah gelakkan aku sambil cakap, "Eh, tu bukan Puan Aisyh isteri Tuan Ayden ke?"
Hampeh! Macam mana mereka boleh kenal aku walaupun dengan lampu malap-malap begini?
Tapi aku tebalkan kulit muka, rasa takut pada zombie yang memegang parang lebih tinggi daripada rasa maluku sekarang.
"Kalau you tak nak masuk, I akan angkat you sekarang dan baling dekat zombie-zombie tu semua. Nak?" Ayden mula mengugut manakala salah seekor zombie tiba-tiba bersuara.
"Aww... So sweet of him," membuatkan mataku dan Ayden memandang ke arahnya serentak. Segera dia berdehem dan kemudiannya kembali dengan suara yang macam nak keluarkan kahak dari tekak itu.
Melihatkan aku yang sedang leka, terus Ayden tarik tangan aku dan heret aku tanpa belas. Kurang ajar punya suami! Baru sahaja aku mahu redakan sakit tekak, sekarang aku sekali lagi teriak bagai nak rak.
Masuk ke satu lorong yang agak sunyi. Kalau tadi ada banyak zombie di dalam bilik, di sini pula sunyi. Yang kedengaran hanyalah muzik seram sahaja. Melilau mataku memandang ke kiri dan ke kanan. Di lorong ini ada ruangan kosong yang berjaring. Sukar sedikit aku nak nampak sebab lampu lip lap, sakit mata.
Jemari aku dan Ayden sedari tadi bertaut. Dia hanya diam saja sambil sesekali terasa ibu jarinya mengusap belakang tanganku. Aku tak salah rasa, kan? Dia memang usap tangan aku, kan?
Tapi sebab terlampau takut, aku abaikan semua itu. Aku hanya fokus memandang ke sekeliling. Bodyguard dekat belakang, jadinya, aku rasa sedikit selam......
"HEY YOU! WHAT ARE YOU DOING HERE?! YOU CAN'T BE HERE, HOOMAN!" okay, aku tarik balik!
Sergahan mengejut daripada zombie yang mengelupas kulit muka itu membuatkan aku berteriak kuat.
"What you, you? Why? Why I can't be here?! I'm Malaysian, you're Barzakhian! I'm the one who should ask you that kind of question!" dalam takut, sempat juga aku menjawab kata-katanya. Tetapi tulah, aku sendiri tak tahu apa benda yang aku ucapkan.
"Grrrrr!" kiri dan kanan zombie kelihatan ingin melepaskan diri. Serta-merta bayangan cerita Train to Busan bermain di kotak mindaku membuatkan rasa takut melambung tinggi. Macam mana kalau salah seekor daripada mereka itu benar-benar zombie? Lepastu dia gigit aku atau Ayden atau bodyguard? Mesti satu Malaysia akan terkena jangkitan zombie dan semua rakyat Malaysia akan jadi zombie!
Okay Aisyh, kau memang kuat terpengaruh dengan cerita.
Terlepas daripada lorong tadi, dari sini aku dah nampak ada pintu keluar. Aku ingin berlari ke sana, tapi terpaksa batalkan niat sebaik sahaja ada seekor lagi hantu tiba-tiba berdiri di pintu keluar. Agak pelik pemakaiannya. Nak cakap Valak, tapi selendangnya terlilit elok. Nak cakap hodoh, susah sebab dia pakai topeng.
"You need to stay here. Forever...." Serentak itu, ruangan ini penuh dengan bunyi hilai tawa yang membingitkan. Kot ya pun nak bagi seram, adjustlah sedikit volume dia supaya jangan terlalu kuat.
Dan, macam pernah dengarlah suara tu. Jangan cakap yang dia tu.....
Di tangannya ada penukul yang agak besar. Walaupun sudah dicat supaya nampak seperti besi, aku boleh nampak yang penukul itu sebenarnya lembut di bahagian yang besar tersebut.
Tiba-tiba dia membongkok dan berlari menuju ke arah kami dengan pantas. Belum sempat aku berlari menyelamatkan diri, tiba-tiba hantu itu hilang dari radar.
Hantu betul ke tu tadi?
"Aduh!" dia mengaduh kesakitan. Automatik mata kami berenam pandang ke bawah, melihat 'hantu' yang sedang jatuh meniarap itu.
Aku dan yang lain tahan senyum manakala Ayden pula mengatur langkah menuju ke arah hantu itu. Dia melutut dan kemudiannya membuka topeng tersebut.
"Ni bukan kawan you ke?" soalnya sebaik sahaja topeng tersebut dibuka terus.
Pffft, Salwa ke tu? Habislah kalau Ayden tahu rancangan kami berdua!
#Semoga terhibur DAians semua ??
and special thanks kepada yang dh bagi reward dekat sis. 600 coins. Sis hargai sangat2 and thanks kepada korang yg sudi baca cerita sis.
Next update belum tahu bila. Tapi sis takkan tangguh lama2. Sis nak siapkan trus cerita ni supaya kita boleh proceed kepada the next story. Thanks kepada yang follow sis, yang komen. Korang sporting dan rasa sis seperti dihargai gituh hehe. babai
Share this novel