SPECIAL CHAPTER [I]

Romance Series 128900

Okay. Kita pakai Aisyh POV buat Sp Chpt. Hanya Prolog dan Epilog je yang gunakan sis punya pov.

Bila dh baca bahagian I ni, brmksd bhw penamat sbnr semakin menghampiri. So, harap sudi vote and comment seperti slalu ??

Betulkan kalau ada mana2 silap sebab sis main hembusss je untuk chapter ni. So, baca jelah. Hahahaha.

AYDEN??AISYH

AKU letakkan tiga mangkuk kartun di atas meja bayi. Walaupun budak bertiga tu sudah berusia tiga tahun untuk tahun ini, namun mereka masih belum biasa untuk makan semeja dengan aku dan Ayden dan memilih untuk terus makan di meja masing-masing. Namun belakangan ini Ayden memang latih mereka untuk makan bersama kami berdua.

Kalau di kampung pula, sememangnya mereka lebih suka makan di lantai. Lagi-lagi kalau Air ada cuti sebab dalam ramai-ramai mak dan bapak saudara mereka belah Ayden, mereka tetap paling rapat dengan Air sebab Air memang pandai layan budak-budak.

Aku tilik jam yang sudah menginjak ke angka 9.00 pagi. Ini bermakna sudah sejam si kembar tiga itu temankan Ayden bersenam. Ayden ada ajak aku, tapi kirim salam jelah. Aku hanya bersenam dua kali seminggu dan hujung minggu begini bukanlah masa yang sangat sesuai sebab bagi aku, hari minggu adalah hari rehat yang tak boleh dikacau. Aku lebih sanggup bersenam lepas habis waktu mengajar daripada bersenam hujung minggu. I nak santai-santai sahaja di hujung minggu yang indah ini.

Sebaik sahaja sarapan pagi budak bertiga tu aku siapkan, kedengaran bunyi riuh di ruang tamu. Bunyi gelak tawa dan tapak kaki, semestinya daripada budak bertiga tersebut.

"Ibu! Lapar!" ha, kalau yang paling hyper ini tak lain tak bukan, Si Bongsu. Kakak dan abang dia selalu panggil dia Adik Iqi sampai-sampai aku dan Ayden pun terikut sama.

"Lapar lebih ni, exercise sekali dengan daddy ke?" usikku sambil menuangkan susu pada tiga mangkuk kartun yang berisi Koko Crunch itu.

"Of course!" jawabnya teruja.

Selesai kesemua mereka membasuh tangan, mereka pun mula melangkah menuju ke meja masing-masing. Rifqie semestinya yang pertama duduk dan ketuk-ketuk meja menggunakan sudu getahnya.

"Abang Ed, Kak Dee. Cepatlah duduk. Iqi dah laparlah," marahnya sambil tepuk-tepuk meja Aydeera yang Rifqie panggil sebagai Kak Dee. Kalau Ayder dipanggilnya Abang Ed dan semestinya aku dan Ayden akan terikut dengan panggilan mereka.

Awalnya Ayden latih mereka untuk panggil Along, Angah, Adik. Sekali mereka cakap mereka lebih selesa dipanggil dengan nama sendiri, nak tak nak ikutkan sahaja. Lagipun tak salah, asalkan panggilan hormat masih digunakan, aku dan Ayden luluskan sahaja.

"Ibu, ibu tahu tak, Adik Iqi tadi kacau budak perempuan. Kan abang?" adu Si Aydeera pula sambil dia juga duduk di mejanya.

"Hmm..." jawab Ayder pula yang kini sedang memanjat meja dan akhirnya labuhkan punggung di situ.

Ayder ni memang sejenis yang agak pendiam. Dengan sikap pendiam inilah menampakkan yang dia betul-betul matang dan menunjukkan bahawa dialah abang sulung kepada adik-adiknya. Dalam usia tiga tahun ini, Ayderlah yang paling senang dikawal berbanding dua adik-adik dia. Kalau manja itu normal lah, sebab dia pun masih budak lagi. Tapi aku boleh katakan yang Ayder lebih matang daripada Aydeera dan Rifqie. Ramai yang cakap bahawa dia ni kecil-kecil lagi dah cool sampai-sampai budak-budak perempuan memang segan sangat nak dekat dengannya. Dia pun tak hairan sangat dia kurang mendapat perhatian perempuan sebab baginya, asalkan dia boleh lindungi adik-adik dia, itu sudah cukup memadai. Sebijik perangai Ayden, muka pun dia memang ikut acuan muka bapak dia.

Kalau Aydeera, sesuai dengan anak perempuan, dia ni memang anak manja daddy tapi ikut acuan muka aku. Sangat manja dan rapatnya kami tak mampu tandingi betapa rapatnya dia dengan Ayden. Aydeera dan Rifqie sama spesies, suka bertanya dan banyak cakap. Bezanya ialah, Aydeera masih boleh dikawal dan dialah selalu menjadi perhatian budak lelaki setiap kali melihatnya. Biasalah, tengoklah dia ikut muka siapa.

Rifqie, sesuai dengan anak bongsu lelaki, dia memang anak manja ibu. Apa-apa, mesti ibu dan dialah yang boleh aku kategorikan sebagai troublemaker. Kalau jalan-jalan di luar, pasti ada sahaja benda yang akan dia buat. Kalau tak kacau barang, dia pasti akan kacau pekerja-pekerja perempuan dan kecik-kecik lagi dah bermulut manis.

Ayat yang dia selalu bagi ialah, "I'm not a prince. But you can be my princess". Aku tak tahu dia cedok dari mana ayat itu, yang pasti aku dan Ayden terpinga-pinga masa awal-awal kami berdua dengar ayat itu yang dia ucapkan dekat budak perempuan masa kami makan dekat warung di kampung. Bila ditanya dia dapat dari mana, dia hanya gelakkan sahaja. Dan Rifqie sememangnya jadi perhatian budak-budak sebaya sebab dia memang pandai ambil hati mereka. Tapi hati-hati, dalam manis-manis dia berkata, dia pun antara yang lancang bersuara sampai-sampai aku rasa mahu sahaja sumbat mulut tu dengan tuala kalau mula dah perangai bercakap tanpa fikir perasaan orang.

"Mana ada adik kacau budak perempuan. Kak Dee tipu! Adik tolong perempuan tu bangun je sebab dia jatuh," Rifqie bela diri dengan wajah bersungguh-sungguh.

Sedang Aydeera dan Rifqie bergaduh, tiba-tiba Ayder bacakan doa makan membuatkan masing-masing terdiam dan tadah tangan. Aku yang melihat telatah mereka hanya menahan gelak.

Aku tarik kerusi sambil temankan mereka makan. Ayden mungkin dekat bilik tengah bersihkan diri. Sejak anak-anak dia membesar, dia selalu bawak mereka jalan-jalan dan disebabkan itulah berat badannya bertambah sebab budak bertiga semestinya kuat makan.

Banyak makanan yang dipesan sehingga ada di antaranya yang tak habis dan Aydenlah yang terpaksa habiskan. Dan sebab itu dia selalu merungut berat badannya naik serta-merta dan terpaksa bersenam setiap hari. Bahkan dekat rumah, dia dah pesan untuk siapkan menu sihat sahaja untuk dia.

"Ibu, Allah marah ke kalau perempuan tak tutup aurat?" tiba-tiba Rifqie menyoal sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Marahlah. Kenapa adik tanya?" aku tongkat pipi di meja sambil mataku fokus pada dia. Rambut berpacak tu bukannya aku dan Ayden yang buat. Dia sendiri yang pacakkan sebab dia cakap dia nak ikut rambut daddy. Nak handsome macam daddy katanya.

"Tadi kan, banyak perempuan tak pakai tudung. Cantik. Dia cakap dia nak ambik gambar dengan adik tapi adik cakap tak nak sebab dia tak tutup aurat," jawabnya selamba membuatkan aku serta-merta terlopong.

"Kenapa adik cakap macam tu? Nanti dia terasa macam mana?"

"Tapi dia tak ikut apa yang Allah suruh".

Aku hela nafas. Mulut lancang Rifqie membuatkan aku mengeluh. Ini bukan kali pertama dia cakap terus-terang begitu. Dah berkali-kali dah sampai-sampai aku dan Ayden terpaksa minta maaf. Dah macam kami berdua pula yang ajar dia cakap macam tu.

"Kan ibu selalu pesan dekat adik, nak tegur boleh. Tapi kena cakap baik-baik. Allah pun tak suka tau kalau kita sakitkan hati orang lain. Lepas ni, adik tak boleh cakap macam tu. Kalau nak tegur pun, bisik dekat dia, cakap dekat dia yang dia lagi cantik kalau tutup aurat. Adik faham tak?" entah berapa kali sudah aku tegur benda yang sama, memang dia jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mata bulat itu pandang aku. Wajahnya adalah campuran wajah aku dan Ayden. Kalau bentuk muka, hidung, kening, bibir dan rambut, dia ambil daripada Ayden. Kalau mata dan pipi yang kemerahan, dia ambil daripada aku. Semestinya dia adalah campuran kami berdua. Mulut lancang dan manis dalam masa yang sama. Lancang daripada aku, manis daripada Ayden.

"Nanti adik cuba," terus aku tepuk dahi dengar jawapannya. Nanti tu daripada dua tahun lepas lagi. Dari mula dia dah fasih bercakap sampai ke hari ini, nantinya belum dipenuhi.

"Yelah tu, nanti," kutukku dan hanya dibalas dengan senyuman sahaja daripada Rifqie.

Agak lama masa yang mereka ambil untuk habiskan makanan sebab mereka bukan makan sekali saja, bahkan habis dua kotak Koko Crunch mereka habiskan pagi ini. Penat bersenam dengan daddy, kononnya!

"Kalau dah tak peluh nanti, mintak tolong daddy mandikan tau," pesanku sebelum mereka berlumba lari menuju ke ruang tamu.

"Okay ibu," jawab mereka serentak. Hujung minggu adalah hari cuti buat maid juga sebab aku memang nak gunakan masa ini untuk bersama keluarga kecil aku sahaja tanpa ada orang lain di sini. Jadi, segala urusan rumah, memang aku yang selesaikan dan Ayden yang membantu.

Meja aku alihkan ke tempat asal. Setelah meja mereka kemas dan bersih, aku pun bawa mangkuk ke sinki yang terletak di kaunter dapur.

Disebabkan kaunter dapur menghadap tangga menuju ke tingkat atas, aku boleh nampak yang Ayden sedang berjalan tenang menuju ke arahku.

"Sayang dah makan?" tegurnya sambil menuangkan air kosong ke dalam gelas dan diteguk rakus dengan pandangan matanya terarah padaku. Rambut yang kebasahan itu menunjukkan yang dia baru lepas mandi.

Aku balas pandangannya sekilas lalu anggukkan kepala sambil tangan sedang menyabun mangkuk kartun tersebut. Dia anggukkan kepala lalu habiskan air kosong tersebut dan kemudiannya melangkah ke arah aku dengan gelas kosong di tangan.

"Abang nak minum kopi tak?" soalku dengan nada bergetar. Mana tak bergetarnya kalau lelaki ini berdiri betul-betul di belakang aku, sangat rapat dan tidak meninggalkan sedikit ruang pun. Ya, walaupun perkahwinan kami berdua sudah berusia empat tahun, namun entah kenapa aku masih kekok dan geli kalau dia mula nak beromantis denganku.

"Abang dah minum dah, sayang. Abang nak basuh gelas je," ujarnya dalam nada perlahan sambil tangannya membasuh gelas dengan aku yang hanya berdiri kaku di hadapannya. Kebiasaan Ayden sekarang, dia sangat suka berbual dengan nada perlahan sampai-sampai aku rasa macam pekak saja berbual dengan dia.

Dan alasan yang dia gunakan ialah, supaya anak-anak terikut dengan nada yang dia gunakan. Memang terbuktilah keberkesanannya sebab Ayder memang soft spoken. Tapi Aydeera dan Rifqie pula tetap dengan perangai mereka. Bercakap macam semua orang dalam rumah ni pekak badak.

"Ya tahu, basuh gelas. Tapi janganlah dekat macam ni sangat. Rimaslah," luahku, masih dengan suara yang bergetar.

Ayden tergelak kecil. "Eh? Ye ke rimas? Ke segan? Sampai bila sayang nak segan dengan abang? Hmm?" soalnya sambil letakkan gelas di tempatnya. Lepastu, mulalah tangan itu merayap di pinggang dan perutku manakala sebelah lagi memegang lenganku yang terketar-ketar membasuh cawan dan sudu.

"Sampai bila-bila. Dahlah, abang pergi mandikan diorang," selesai membasuh, aku tolak tubuhnya yang melekat denganku.

"Susah betul nak manja dengan mak orang ni. Kalau dia manja-manja, takpe pulak," rungut Ayden lalu tarik rambut aku yang dilepaskan sahaja.

Membulat mata aku apabila dia sewenangnya sahaja menarik rambut aku. Dia memang macam ni sekarang. Kalau bergurau kasar sudah menjadi kebiasaannya. "Eee, suka hati je tarik rambut Aisyh! Abang jangan sampai Aisyh lastik sampai terkeluar dari bimasakti," aku balas pandangannya.

Ayden tersengih. "Yelah tu. Kalau abang terkeluar dari bimasakti, abang yakin, malam-malam Aisyh jadi angkasawan cari abang".

Aku tayang muka jengkel. "Eleh, buat apa nak cari abang? Perasan".

"Abang, Aisyh tak dapat tidurlah kalau abang tak peluk Aisyh," Ayden mengajuk ayat aku lalu tergelak dengan kaki melangkah menuju ke ruang tamu.

"Eeee!" semakin galak Ayden tertawa apabila melihat aku yang hilang kata membuatkan tiga pasang mata milik budak bertiga itu terkebil-kebil pandang kami berdua.

×××

Jam menunjukkan pukul 10 malam, dan kelibat Ayden masih belum kelihatan. Mesti anak-anak banyak soal malam ni, sebab tulah Ayden mengambil masa yang agak lama di bilik mereka.

Aku biarkan sahaja sambil mengemaskan meja setelah selesai latihan pelajar aku semak. Macam-macam jawapan yang mereka tulis sampai-sampai aku naik pelik, aku mengajar Sejarah ke, ajar subjek yang tak pernah wujud dalam silibus?

Haila anak murid, nasib baiklah guru korang ni penyabar orangnya. Kalau tak, memang cikgu menangis sambil lompat dari beranda rumah sebab alami depresi baca jawapan korang.

Selesai meja aku kemaskan, aku pun mula berdiri sambil renggangkan badan. Penat wo jadi cikgu. Siapa cakap tak penat untuk wujudkan generasi yang berguna untuk masa depan?

Kedengaran pintu bilik ditutup membuatkan aku toleh belakang. Jelas wajah Ayden yang kepenatan, melangkah malas menuju ke katil lalu merebahkan tubuh di situ. "Haih, penat sangat ke dodoikan anak?" ejekku lalu turut mengatur langkah menuju ke katil dan labuhkan punggung di sebelah Ayden.

"Gila tak penat, sayang. Anak-anak semua dah ikut perangai banyak cakap sayang, jenuh jugak abang nak layan," rungutnya sambil tukar posisi daripada meniarap kepada berbaring di atas ribaku. Eh, eh. Sedia ada je bantal dia!

"Ha, eloklah tu. Nanti diorang dah besar, kita pulak yang rindu nak dengar diorang bercakap," simple, tapi entah kenapa dengan aku sekali terkesan dengan kata-kata itu. Dan entah kenapa aku rasa aku tak nak budak bertiga tu membesar, biarlah mereka sekecil itu sampai bila-bila.

Sebab, aku tak nak masa dan waktu akan rampas mereka daripada kami berdua. Sekarang bolehlah dengar mereka berbual, tanya macam-macam. Bila dah besar nanti, mereka akan jumpa banyak orang dan masa itulah aku dan Ayden akan bersaing untuk dapatkan semula perhatian mereka.

Ayden pandang aku lalu cubit lembut pipiku. "Sorrylah. Abang tak terniat pun nak merungut dan sejujurnya abang suka berbual dengan anak-anak," jelas kedengaran nada kesal dalam ayat Ayden. Wajahnya juga turut berubah riak, mengundang rasa lucuku.

"Sejak dah jadi warga emas ni, Aisyh perasaan abang makin sensitiflah," aku mengubah topik lalu tergelak sendiri melihat wajah tak puas hati Ayden.

"Apa? Sayang panggil abang apa, tadi? Warga emas? Hmm?" dia bangun lalu cubit kedua-dua belah pipiku membuatkan aku semakin galak tertawa.

"Yelah. Jangan perasan eh abang tu muda lagi. Tahun ni abang dah masuk 30 dah. Jangan berangan nak jadi muda!" semakin menjadi aku gasak emosinya membuatkan dia semakin geram.

"Amboi, amboi. Sedapnya mulut mengata dekat abang. Ingat Aisyh, umur 30 ni masih mampu bagi zuriat tau. Sembilan bulan lagi, entah-entah kita dapat kembar empat pulak," dia jeling aku dengan jelingan nakal. Eleh, dah kalahlah tu. Sebab tu guna modal ayat gatal macam tu untuk takutkan aku.

Aku tayang wajah jengkel. "Dah tua-tua pun gatal lagi," kutukku membuatkan tawa besar Ayden terlepas.

"Mestilah gatal. Masa tua macam nilah lagi ramai saingan. Dah bini pun muda lagi. Ingat abang tak rasa tergugat ke?" balas Ayden sambil bersandar pada kepala katil. Kemudian, dia tarik kepalaku supaya berlabuh di atas dadanya.

Automatik bibirku mengukir senyuman setiap kali dengar Ayden merungut begitu. "Tak sangka, kan. Aisyh cantik sangat sampai-sampai mampu buat Ayden yang berhati beku tu rasa tak selamat. Asyik rasa insecure je. Hebatkan Aisyh?" aku puji diri sendiri lalu tergelak.

Dan televisyen asyik terpasang dari tadi, tapi satu habuk pun aku tak fokus.

Terasa kepalaku diusap oleh Ayden. "Mestilah. Abang insecure sebab abang sayang, abang cintakan sayang. Lainlah kalau abang nak kahwin leb..." belum habis pun ayat yang Ayden katakan, terus dia mengaduh kesakitan sebaik sahaja jemari comelku ini mendarat dan memulas perutnya.

"Sakitlah, sayang," rungutnya sambil mengusap perutnya yang bertanda merah itu.

Aku senyum sinis. "Ha, kahwinlah lebih dari satu. Kalau berani," ayat terakhir itu sengaja aku tekankan dan kemudiannya aku mendengus geram.

"Abang cakap, kalau. Bukan betul-betul pun," Ayden terus merungut, dan aku hanya balas dengan cebikan di bibir sahaja.

"Yelah tu. Nanti kalau jadi betul-betul, mesti abang akan jawab, 'Alaa. Dah takdir macam tu. Nak buat macam mana lagi? Terpaksalah terima.' Kan? Padahal abang memang doa macam tu".

"Bila masanya abang doa?"

"Tadi tulah. Orang kan selalu cakap, kata-kata tu satu doa. Buatnya 'kalau' abang tu jadi betul, hah? Macam mana?" emosiku tiba-tiba seperti diasak. Rasa macam nak telan Ayden hidup-hidup. Biar takkan wujud makhluk berkulit pink tu datang rampas dia.

"Kalau betul, sujud syukurlah. Nanti Aisyh dapat kawan, takdelah letih sangat buat kerja. Kalau abang ada business trip dekat luar, tak payahlah Aisyh ulang-alik pergi villa dan balik sini. Tinggal je dekat sini dengan ma...du.. Aduh!"

Aku yang sudah terduduk sambil kipas-kipas tangan, hanya jeling Ayden yang menahan kesakitan di sisi perutnya. "Nak sangat carikan Aisyh madu kan, hah. Carilah. Cari. Tapi ingat, Aisyh selalu pesan dekat abang, kalau abang nak kahwin lain, abang kena ceraikan Aisyh sebab Aisyh tak nak susahkan abang dekat sana nanti sebab tak mampu berlaku adil," perghh, tiba-tiba beremosi pulak aku malam ni.

Aku bukan nak tolak poligami, jauh sekali untuk bencikan sunnah yang satu itu. Tapi, bagi aku, kalau lelaki nak kahwin lebih dari satu sekadar nak tunjuk dekat orang lain yang mereka mampu tackle perempuan ramai-ramai, nak tunjukkan dekat yang lain yang mereka itu hebat dapat keizinan daripada isteri untuk berkahwin lebih daripada satu, baik tak payah.

Sedangkan Rasulullah pun setia dengan Khadijah, tak pernah berpoligami sampailah Khadijah yang pergi dulu, jadi atas alasan apa lelaki sanggup duakan isteri mereka, beralasankan sunnah? Sedangkan dulu, Rasulullah berpoligami ada sebab tersendiri. Dan apa pula alasan lelaki zaman sekarang?

Adakah nafsu semata? Bukan pukul rata, tapi memang itu realitinya. Mereka hanya bersembunyi di sebalik perkataan sunnah, sedang nawaitu jauh menyimpang daripada matlamat asal poligami. Lagipun banyak lagi sunnah lain yang perlu diikut, bahkan ada yang tak laksanakan yang wajib tapi sibuk nak ikut 'sunnah' yang satu itu.

Ah, aku dah semakin emosi kalau bab-bab madu ni. Daripada aku terus melayan perasaan geram, sakit hati dan cemburu, baik aku tidur.

Selimut aku tarik menutupi keseluruhan tubuhku dan kedengaran Ayden sudah merungut di sebelah. "Lahai, merajuk ke? Sayang? Abang gurau jelah. Sayang..." meleret suaranya memanggilku sambil terasa tubuhku yang berlapik comforter ini ditarik ke dalam pelukannya.

Aku hanya diam tak berkutik dan pura-pura tidur. Malaskuhhh!

Comforter dari kepala ditarik ke bawah, tapi aku tarik balik untuk tutup k+awasan kepalaku. Empat tahun kahwin bukan alasan aku tak boleh merajuk dekat dia. Siapa suruh cakap benda merepek, dah tahu bini dia sensitif tahap macam mana.

Melihat aku yang masih berdegil, Ayden pun akhirnya ambil keputusan untuk menyelinap masuk ke dalam comforter. Dagunya dilabuhkan pada bahu aku sebab aku sekarang berbaring membelakanginya.

"Abang gurau jelah. Mustahil abang nak pasang lain kalau isteri abang dah sangat sempurna untuk abang. Mana abang nak cari perempuan kecik dan pendek, tapi makan macam bela saka. Mana nak cari perempuan riak tahap langit ke tujuh macam Aisyh? Mana nak cari perempuan yang boleh bagi abang tiga orang anak sekaligus? Lepastu suka kutuk-kutuk abang tapi bila nak tidur, abang jugak yang dicari?

Mana nak cari perempuan macam Aisyh dekat dunia ni? Abang takkan jumpa tau," bisiknya betul-betul di telingaku.

Lama aku mendiamkan diri, membuatkan Ayden eratkan pelukannya di pinggangku. "Kalau ada pun perempuan macam tu dekat dunia ni, manalah nak sama dengan Nureen Raisyha milik abang. Perempuan yang tak sedar yang dia pernah amnesia, perempuan yang cemburu dengan kucing, dan yang paling penting, perempuan yang jarang ucap love you dekat abang tapi sekali je ucap, buatkan abang rasa hanya abang seorang je lelaki yang ada dalam dunia ni.

Abang cintakan Aisyh seluruh jiwa abang, selagi jantung abang masih berdegup, degupan jantung abang khas untuk Aisyh, ibu kepada anak-anak abang. Lagipun sayang, kalau abang nak kahwin lain, lama dah abang buat. Tak perlu tunggu dah tua macam ni baru nak gatal cari isteri lain. Kan?"

Dia terus berbisik membuatkan jantung aku sedari tadi berdegup tak sekata. Walaupun suhu bilik rendah, aku tetap berpeluh-peluh. Apatah lagi apabila kaki Ayden mula dililit dengan kakiku manakala jemarinya mengusap perutku.

Liur terasa perit untuk aku telan, dan aku terus terbaring kaku di dalam pelukannya. Tiba-tiba rasa amarah tadi hilang serta-merta. Ayden dengan kuasa pujukannya memang sentiasa mampu kalahkan aku!

"Eee, abang janganlah melekap dengan Aisyh macam ni. Gelilah," akhirnya aku bersuara sambil cuba lepaskan pelukan eratnya di pinggang aku.

"Pulak. Punyalah panjang lebar abang bagi ayat romatis daripada tadi, ini je yang Aisyh balas?" soal Ayden dengan nada tak puas hati.

Aku lepaskan tawa kecil lalu tarik comforter ke paras bahuku. "Hmm". Balasku malas, padahal dalam hati dah melonjak sampai ke langit dah sekarang ni dengar ayat demi ayat yang keluar daripada bibir Ayden.

Ayden pusing tubuhku supaya menghadapnya. Pandangan dalam dia berikan untukku.

"Apa?" soalku dengan nada selamba.

Terus puncak hidungku ditarik oleh Ayden dengan geram. "Kalau membebel, bukan main panjang tazkirah yang Aisyh bagi dekat abang. Tapi, bila abang dah pujuk, ayat yang keluar boleh hitung guna jari je".

"Habis? Abang nak Aisyh balas macam mana?"

"Cakaplah, thank you abang sudi pujuk Aisyh. Lepas tu kiss abang banyak-banyak. Takkan tu pun abang nak kena ajar?" omelnya sambil picingkan mata.

Aku tergelak besar dengar ayat Ayden. Dia dengan perangai budak-budak dia tu memang tak pernah hilang. "Eleh, sepatutnya abang yang kena terima kasih dekat Aisyh sebab Aisyh maafkan abang. Bersyukurlah, at least Aisyh maafkan abang. Kalau ikutkan hati, jangankan maafkan abang, nak pandang muka abang pun Aisyh tak sudi".

Kali ini giliran Ayden pula tertawa. "Abang dah cakap. Kalau membebel boleh pulak cakap panjang lebar. Nak bagi ayat romantic sikit dekat abang, kena tunggu musim durian. Nasib abanglah dapat isteri macam ni".

"Habistu? Abang nak menyesal lah sekarang ni?"

Dia jeling aku sambil tayang sengih sebelum kepalaku diusap dengan lembut. "Dah, jangan cakap benda yang buatkan sakit hati sendiri. Baik Aisyh buat benda sama macam yang perempuan dalam TV tu buat," arah Ayden sambil bibirnya dimuncungkan pada kaca televisyen.

Aku yang sedari tadi terbaring di atas lengan Ayden dan asyik menghadapnya, kini mengalihkan pandangan ke kaca televisyen. Sebaik pandangan aku menyapa adegan panas cerita tersebut, terus aku terduduk lalu pukul badan sasa itu dengan bantal. "Tak senonohlah dia ni!" Marahku, hilang kata.

Ayden hanya tergelak menerima pukulanku. "Apa pulak tak senonoh? Bukan dah biasa ke? Lagipun tadi Aisyh jugak yang tak nak berkongsi kasih kan. Jadi, Aisyh kenalah bagi semua dekat abang." Dia mengusik lagi dengan senyuman nakal yang semakin melebar di bibirnya.

Terus aku jeling dia sambil geleng kepala. "Mulut tu tak boleh behave lagi ke?"

Ayden tersenyum sambil menggeleng sebelum dia bangun dan rebahkan tubuhku. Terbuntang biji mata aku apabila dalam sekelip mata sahaja dia sudah berada di atas badanku. "Bukan mulut je abang tak dapat kawal, perasaan abang dekat Aisyh pun abang tak dapat nak kawal, sayang. Sooooooo......" Perlahan-lahan dia dekatkan wajah kami dengan dia yang sudah menindih tubuh kecilku.

Aku pula masih berlagak macam anak dara, terbuntang biji mata pandang Ayden. Jantung berdegup kencang, tapi sikitpun anggota badanku yang lain tak bagi kerjasama langsung dekat aku. Tinggal lah aku yang kaku, menanti sahaka tindakan Ayden yang seterusnya.

"Eh lupa pulak". Ujarnya sambil memanjang sahaja tangannya menuju ke suis lampu. Belum sempat suis ditekan, tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar dan beberapa suara budak sedang berbual membuatkan aku dan Ayden berpandangan antara satu sama lain.

"Daddy. Open the door please. Adik Iqi nangis," itu suara Ayder dan dalam pada dia mengadu, ada satu lagi suara budak menangis kedengaran.

"Adik manja sangat". Suara Si Aydeera pula kedengaran.

Ayden yang jelas wajahnya kebingungan, aku tepuk lengannya. Bagi dia masuk semula ke alam realiti. "Bukaklah pintu tu. Abang kaku macam tu dah kenapa?" Tegurku membuatkan Ayden kelihatan agak tersentak.

Terus dia tergelak palsu apabila nawaitunya terbatal begitu sahaja. Dan terima kasih buat anak-anak yang dah selamatkan ibu daripada dibaham rimau.

"Jangan rasa selamat, eh?" Ayden memberi amaran sebelum dia turun katil dan mula menuju ke arah pintu. Aku hanya tayang senyum bangga dan geli hati. Geli hati sebab tengok wajah Ayden yang jelas kesal dengan gangguan kecil itu.

Sebaik pintu terbuka, sepantas kilat budak Rifqie sudah berada di atas katil dengan gelak tawanya sambil lap air mata. Botol susu di mulut diketapnya lalu dengan selambanya dia berbaring di sebelahku. "Ibu, adik tidur sini boleh?"

Automatik kepalaku ditoleh pada Ayden dan sekali lagi wajah itu jelas terkejut dengan permintaan anak bongsunya.

"Kenapa adik tak tidur dekat bilik sana?" Tegur Ayden lalu turut melabuhkan punggung di tempat tidurnya. Aydeera dan Ayder juga tidak melepaskan peluang untuk bersempit di atas katil ini.

"Tak nak. Adik nak tidur dengan ibu malam ni". Serta merta Ayden lepaskan keluhan buatkan aku jegilkan mata padanya.

Ayden jeling aku pasrah. "Haa. Tidurlah. Princess nak tidur dengan daddy ke?" Ajak-ajak ayam sangat nada tu.

Aydeera pula, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pantas sahaja dia anggukkan kepalanya dan berbaring di atas lengan Ayden. Ayden tersenyum sambil gosokkan kepala puterinya itu.

"Abang Ed? Tidur sini jugak?" Soalku pada si sulung.

Lama dia diamkan diri sambil pandang adik-adik dia yang sedang membulat mata memandangnya. "Hmm. Yelah". Balasnya lalu rebahkan diri. Susu yang tinggal separuh dia habiskan terus sebelum bacaan doa tidur dia ketuai.

"Ibu. Bila kita balik kampung?" Tanya Rifqie sebaik sahaja abangnya selesai bacakan doa tidur. Ayder yang baru sahaja ingin lelapkan mata, terus memandang aku menanti jawapan.

Mereka memang sangat sukakan kampung sebab dekat kampung je mereka boleh buli ayam belaan abah. Nak buli kucing Ayden, mereka semua dah diberi tanda cakaran seorang demi seorang. Buatkan mereka serik nak kacau sangat.

"Tanya daddy".

"Nak balik kampung ke? Ibu ada cuti tak lusa?"

Aku angguk.

"Haa, lusalah kita balik kampung. Mesti nak jumpa Uncle Saiful kan?" Duga Ayden membuatkan mereka bertiga tekup mulut tahan ketawa.

"Mestilah". Jawab Aydeera.

Semenjak Sepia bertukar semula jadi Saiful, banyak perubahan yang terjadi dalam hidup lelaki tu. Antaranya, dia dah kahwin dah sekarang dengan anak penghulu kampung sebelah.

Boleh dikatakan, perempuan tu yang bukakan pintu hati Saiful untuk kembali kepada fitrah asal. Sejak pertama kali dia jumpa perempuan tu, sedikit demi sedikit dia ubah. Mula, dia ubah dari segi pemakaian. Lepastu, rambut dan mula bela janggut. Lepastu, perwatakan. Perwatakan adalah yang paling susah dia ubah sebab benda tu dah sebati dalam diri dia.

Tapi, cinta punya pasal, dia usaha betul-betul nak bagi dia nampak macam jantan asli sampailah anak penghulu kampung tu tengok dia punya effort, akhirnya mereka pun kahwin dua tahun lepas. Cuma tulah, mereka masih diuji dengan ketiadaan zuriat. Sebab tulah Saiful sangat rapat dengan anak-anak aku, nak rasa macam mana rasanya ada anak.

Dia mula rapat dengan aku pun lepas aku yang ajar dia macam mana nak jadi jantan manakala dia ajar aku macam mana nak jadi perempuan melayu terakhir. Disebabkan perkongsian ilmu tulah aku dan dia dah boleh jadi kawan baik sekarang, seolah-olah kami tak pernah ada masalah dulu.

Walaupun ada kalanya perangai nyah dia tu keluar, tapi dia cepat-cepat cover balik. Sayang bini katanya. Haha.

Dan Ayden pun tak hairan sangat kami berdua berkawan. Janji jangan lepasi batas, cukup. Walaupun Saiful pernah jadi nyah dulu, tapi sekarang dia adalah lelaki tulen. Jadi, pandai-pandai kamilah nak bawa diri masong-masing. Katanya.

"Yeay, yeay. Balik kampung!" Rifqie sudah mula berdiri dan ingin melonjak gembira, sebelum aku menegurnya.

"Adik. Jangan lompat. Abang Ed dan Kak Dee dah nak tidur tu. Nanti adik jatuh atas badan diorang macam mana?" Terus dia batalkan niat untuk melompat sambil gosok perutnya yang hanya ada satu pack sahaja.

Dia kembali duduk dengan mata kuyunya itu. "Ibu, daddy. Adik nak tidur ni. Kisskan, boleh?" Pintanya dengan nada serak.

Aku tergelak kecil melihat telatah Si Bongsu ini. Jadi, aku pun daratkan bibirku pada pipi Rifqie, kemudiannya Ayder dan akhir sekali Aydeera. Ayden pula sudah menunjukkan pipinya, tapi badannya ditolak oleh tangan kecil Aydeera.

"Daddy tak boleh". Ujarnya sambil tergelak tengok perangai daddy mereka.

"Laa, kenapa pulak tak boleh?"

"Sebab daddy dah tua," balasnya selamba membuatkan Ayden terjegil mata dengar ayat balas daripada puterinya itu.

Jawapan Aydeera pula mengundang gelak tawa adik dan abangnya membuatkan Ayden kemam pipi bulat budak bertiga itu. Terjerit-jerit mereka apabila dikemam Ayden seorang demi seorang.

"Daddy, gelilah!" Jerit mereka apabila jambang Ayden mengena pada kulit mereka.

Ayden yang sudah puas membuli anak-anaknya, terus dia suruh mereka tidur. "Dah, tidur. Tadi dah baca doa tidur kan? Kalau tak tidur, daddy hantar balik bilik. Nak?" Ceh, padahal dia yang bagi anak dia aktif balik. Aku pula hanya jadi penonton sahaja sebab mataku sudah mulai kuyu. Esok ada kelas, jadi tak dapat nak layan sangat tenaga mereka berempat sekarang.

Serta-merta mereka berselubung di dalam selimut sebaik dengar perintah Ayden. "Nak tutup lampu ke tak?" Soalnya lagi.

Mereka bertiga pun lepaskan comforter dari muka sambil mengangguk serentak. Kemudian, mereka kembali berselubung di dalam selimut dengan Rifqie yang sudah memelukku.

Lampu tertutup dan Ayden pun kembali terbaring di tempatnya. Aku pun sudah ingin melelapkan mata.

"Goodnight anak-anak daddy".

"Goodnight daddy, goodnight ibu".

"Goodnight," balasku dengan nada serak.

"Goodnight sayang. Love you," ucapan lazim daripada Ayden. Cuma malam ini ucapannya agak kuat. Biasanya dia selalu bisikkan sahaja sebelum kami tidur.

"Goodnight abang".

"Eh? Macam kurang je ayat tu?"

Tawa kecil aku lepaskan. "Love you too". Balasku sebelum terasa tapak tangan Ayden mendarat pada ubun-ubunku. Amboi, sanggup!

"Lenalah daddy tidur malam ni walaupun plan tak jadi," meleret suaranya mengeluh membuatkan aku hanya balas dengan gelak sahaja. Tak boleh layan sangat, nanti lain jadinya.

#Maafkan segala kekurangan. Lama tak menulis, bila menulis balik rasa macam kekok pulak. Segala komen dan kritikan, sis terima dengan hatu terbuka.

Satu chapter sahaja lagi tinggal. Maafkan sis atas kelewatan melampau ini. Apa-apapun, sis ucapkan salam ramadhan. Jangan berkumur tiga kali, tapi yang keluarnya dua kali sahjaa yaa. Hahaha. Bye. Assalamualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience