Since dh nk masuk tahun baru, sis pun hapdetla sikit utk korang yee. Chapter yang pendek sahaja, jadi, xpayah sediakan popcorn dekat sebelah. ?? Kepada pembaca baru, cerita ini adalah cerita mengarut. Kalau xnak pening kepala macam author dia, amatlah dilarang utk membaca ??
?
AYDEN??AISYH
SELESAI sudah pembelian hadiah aku untuk Ayden. Sengaja aku biarkan baju jenama Polo warna hitam dan kelabu di dalam paper bag Lacoste sebab aku malas nak bungkuskan. Bagi je directly, settle. Prinsip aku kalau bagi hadiah, memang aku takkan bungkus sebab last-last, bungkusan pergi mana, hadiah kat dalam je yang tinggal.
Dekat dua jam jugak aku dan Salwa berpusing di dalam Mid Valley, cari baju untuk Ayden. Dan minit-minit terakhir baru aku ingat yang Ayden memang peminat pakaian berjenama Polo dan Adidas. Tapi hadiah yang aku bagi adalah jenama Polo style baru, memandangkan dia kan pemain polo jugak.
Dua jam untuk dua helai baju. Haha, normal! Tapi jaranglah aku nak shopping lama-lama sebab kaki lenguh. Ini pun sebab aku nak beli hadiah. Sama jelah kesnya dengan aku cari hadiah untuk mak, abah dan Air dulu. Kalau bab macam ni, memang aku ambil masa yang lama sikit.
“Wa, aku laparlah. Jom makan”. Salwa pun ikut sebab nampaknya muka dia pun nampak lapar sangat temankan aku. Tadi aku belikan dia sepasang long dress bunga-bunga dari Jakel. Aku beli bukan sebab nak bagi ganjaran je, hari tu aku ada ternampak dia belek-belek long dress tu dalam telefon. Jadi, dengan kuasa seorang kawan yang baik macam aku, jadi, aku belilah dekat dia sepasang.
Sebab tu walaupun muka nampak penat, dia tetap tayangkan muka gembiranya itu.
Setibanya di Secret Recipe, terus kami berdua dapatkan tempat duduk. Agak ramai makhluk bernama manusia di sini hari ini. Biasalah, dah nama pun mall, mana nak berkurangnya manusia.
Katalog menu dibelek, rambang mata aku tengok makanan dalam menu ini. Ini kali pertama aku ke sini, biasanya aku pergi KFC, McD, Sushi King dan Merry Brown. Secret Recipe adalah pengalaman pertama, sebab tu aku rasa jakun sangat apabila membuka menu yang tertera.
“Kau pilihlah, aku belanja,” aku bisikkan ke telinga Salwa, melebar terus senyuman dia.
Setelah mesej dibalas, aku pun mula pilih menu apa yang aku nak makan.
“Singapore Laksa, dan Pepsi,” Salwa sudah mula mengorder. Aku pula masih terkial-kial belek menu. Sumpah aku rasa nak makan semua!
“Aglio Olio, Shinjuku Nutella Bake, Shinjuku Caramel Bake, Crispy Chicken Fingers dengan Iced Plum Lime Juice dan Caramel Latte”. Aku pandang wajah pelayan sambil tersenyum, tetapi dibalasnya dengan mulut ternganga.
“Why?” tanyaku pula sambil jongket kening. Dia hanya gelengkan kepala dan tersenyum tiba-tiba.
“Tak sangka ada perempuan cantik macam cik berdua berani makan banyak. Biasanya yang datang sini, makan sikit, tapi keluar merungut berat naik,” ramah pelayan perempuan muda itu berkata. Aku dan Salwa berpandangan sesama sendiri lalu tergelak.
“Ye ke? Tapi makanan dekat sini macam sedap, berani diorang makan sikit? Tak patut,” aku rasa aku memang spesies terlebih peramah. Bercakap dengan pelayan cantik ni pun macam aku berbual dengan Aira dan Salwa.
Budak itu tertawa kecil, ayu sahaja lagaknya. Kalau aku mengandung nanti, aku nak pergi sini. Nak ambik sikit perangai budak ni sebab kalau dia ikut aku, aku risau kalau-kalau dia kena reject mak ayah mentua dia bila dah besar nanti.
Eh? Lain macam?
Setelah pelayan itu meminta diri, aku dan Salwa mula menjadi manusia introvert apabila di tangan masing-masing dikuasai oleh telefon bimbit.
Telefon aku asyik bergetar apabila pelajar-pelajar mula bertanyakan soalan tentang subjek Sejarah dekat aku. Bising-bising ini pun sebab minggu depan aku akan adakan peperiksaan mengejut, bila-bila masa dan mana-mana hari sahaja aku akan adakan peperiksaan.
Tidak memenuhi piawaian markah yang aku tetapkan, bersedialah keluarkan wang ringgit. Aku sudah maklumkan kepada ibu bapa mereka semasa hari restu ilmu bersama pelajar Tingkatan 5 berkenaan perkara ini. Dan mereka nampaknya bersetuju.
Untuk pelajar Tingkatan 4, aku adakan hukuman yang bukan berbentuk wang ringgit. Sebaliknya aku bawa mereka ke padang dan menyanyi di situ. Kalau ada pelajar yang PJ, nasib merekalah. Lagipun, aku nak bagi mereka rasa pengalaman di sekolah untuk dijadikan kenangan apabila mereka sudah menapak keluar daripada sekolah suatu hari nanti.
Jariku terus menaip dan menjawab segala persoalan mereka.
Me
Okay, apa kaitan pengangkutan n prhubungan sbg fktor imperialisme barat? Jwpn cikgu senang je, kamu pergi sekolah naik kereta. Bygkn kalau kamu ada 10 orang beradik, guna motor. Agak2 muat x?
Pelajar
Tak
Me
Ha, mcm tulah dgn kapal wap. Kapal wap org dulu pakai utk bolehkn muatan bnyak n percepatkan prjlnn. Kalau guna smpn, mmg ksudah x habis.
Brkaitan dgn trusan suez tu pulak, trusn ni brbntuk 2 hala. So, xyah nk keliling benua smata mata nk prgi sana sini. Guna jln trusan tu je. Fhm x?
Pelajar
Oh, faham cikgu. Thanks, sorry kacau cikgu. Hehe.
Me
It’s okay. blajar betul2
Ecehh, ada potensi betul-betul untuk aku jadi ibu ni.
“Rajin kau ajar budak-budak hari Sabtu macam ni. And, yang ajaibnya, pelajar rajin tanya dekat kau. Kau ajar diorang macam mana?” tegur Salwa sebaik sahaja makanan kami sudah sampai. Teruja aku tengok makanan yang sudah terhidang.
“Entahlah Wa. Sebenarnya aku tak ajar pun kalau hari Sabtu, biasanya aku borak santai je dengan diorang sebab kalau guna fakta, memang biol otak.
Jangankan diorang, aku hat cikgu ni pun boleh biol. Sebab tu aku selalu cerita je dekat diorang supaya diorang berminat nak tahu, bukan belajar bila dekat nak exam je,” jawabku sambil menyedut minuman yang dipesan.
Dia mengangguk faham.
“Kau pulak, macam mana kau ajar sampai-sampai budak kelas kau speaking woi bercakap dengan aku. Aku rasa macam nak terjun bangunan je bila diorang speaking dengan aku. Dahlah English aku agak ke laut sikit”.
Dengan lafaz bismillah, aku mula suapkan makanan ke dalam mulut. Sedap, sesedap gambar yang aku tengok. Tak rugi bayar mahal!
Salwa tergelak di sebelah. Ya, aku duduk dekat sebelah sebab lepas ni ada seorang tetamu yang aku jemput bersama dan Salwa sudah maklum yang ada orang lain yang aku jemput, cuma dia tak tahu siapa.
“Biasa je. Aku bagi latihan, paksa diorang speaking dengan aku dan kawan-kawan dia. Mula tu diorang malu, tapi dah lama-lama, elok je aku tengok. Dan kau, kau bukannya tak reti BI, masalah besar, kau suka hati rosakkan bahasa tu,” bebelnya sambil turut menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Aku tergelak sahaja mendengar omongan Salwa. Kemudian, kami pun mula diam menikmati makanan yang terhidang. Tempat aku dan Salwa agak terpinggir sikit daripada orang lain sebab lepas ni ada tetamu istimewa.
Sedang kami berdua khusyuk makan, tiba-tiba ada seseorang berdiri di sebelah meja aku. Serentak aku dan Salwa pandang ke atas, untuk melihat gerangan tersebut.
Seperti wajah lelaki itu, Salwa di sebelah pun nampak terkejut. Aku yang berada di tengah-tengah mereka hanya tersengih.
“Hah, Haq. Duduklah,” pelawa aku selamba, seolah-olah belum mengetahui tentang hubungan rahsia mereka berdua.
Haq berdehem sebelum melabuhkan punggung di hadapan aku dan Salwa. Rasa nak terbang aku sebab tahan gelak tengok muka kekok mereka berdua.
“Ada apa puan ajak saya ke sini hari ni?” tanya Haq. Aku toleh ke sebelah, Salwa tiba-tiba makan sambil menunduk. Haha. Adohai, macam mana Salwa yang ting tong boleh makan tersipu malu ni? Padahal tadi, mulut besar gila melantak.
Aku hulurkan cawan yang bersiri Caramel Latte kepada Haq dan dia pun ucapkan terima kasih. “Saya nak korang berdua ceritakan, macam mana korang boleh bercinta?”
Terus tersedak Salwa di sebelah, mana tak tersedaknya kalau bukan main laju lagi makanan masuk mulut. Cepat-cepat aku hulurkan air kepadanya dan diteguk rakus oleh Salwa. Manakala Haq pula hanya tersenyum tenang, seakan-akan mengagak tujuan aku menjemputnya ke sini hari yang berbahagia ini.
“So, tuan dah bagitaulah ni?” tenang dia menyoal sambil mencicip Caramel Latte panas itu. Manusia spesies badang ni memang jenis minum kopi eh? Bosannya hidup tak nak merasa minuman lain.
Salwa masih lagi terbatuk di sebelah. Aku mengangguk sambil menepuk belakang Salwa.
“Are you okay, Salwa?” macho terus suara dia tanya dekat Salwa.
“Haaa? Okay,” Salwa senyum nipis dan jeling aku sekilas. Aku tayang wajah tak bersalah.
“Apa kau buat ni?” bisiknya di telinga aku dan aku membalasnya dengan sengihan nakal.
“Koranglah yang buat apa? Bercinta tak bagitau aku,” aku jawab soalan Salwa dengan suara agak kuat. Tapi taklah sampai semua orang dalam café ni dengar apa yang aku katakan.
Semakin memerah wajah Salwa manakala Haq tak habis-habis berdehem, gatal sangat agaknya tekak tu. Haa, tulah lain kali, bagitau terus terang dekat aku. Takdelah aku buat surprise macam hari ni.
“Kami belum bercinta lagi, puan”. Aku jongket kening, ingin mendengar kata-kata lanjut daripada Haq.
“Haq!” perlahan suara Salwa di sebelah memberi amaran, wajahnya pucat tak berdarah. Sebelum dia menghalang Haq bercakap, terus aku tekup mulut dia.
“Teruskan”. Pintaku sambil menahan tangan aku di mulut Salwa. Habis tangan aku dicubitnya, tapi aku tahankan sahaja. Nak membawang punya pasal.
Abdul Haq tengok Salwa sekilas dan menyimpulkan senyuman. Serius aku cakap senyuman dia tu lain sangat! Kelihatan macam…… sangat manis dan ikhlas! Woiiii, first time aku tengok dia senyum macam ni! Untungnya Salwa.
Eh, apa aku merepek? Aisyh, kau dah ada Ayden kan? Dah-dahlah tu.
“Macam ni. Sehari after puan getting married dengan boss, pagi tu saya minum air dekat dapur. Terlanggar Salwa sampai tumpah air dia…”.
“Awak suka dekat dia lepas awak langgar dia?” potongku. Tangan yang menekup mulut Salwa sudah aku lepaskan sebab lenguh. Budak tu dahlah tinggi, susah sikit aku nak tekup mulut dia. Salwa di sebelah pula tak habis-habis tekup muka sendiri.
Haq jeling Salwa dan tersenyum lagi sambil dia menggeleng. “Bukan sebab tu. Lepas saya terlanggar dia, dia bagitau saya….. Salwa, Salwa nak saya bagitau ke?”
Salwa terkebil-kebil di sebelah dengan wajah yang memerah. Sangat merah sampaikan aku tergelak tengok. Wei, seriously dia ni tahu malu? Biasa kalau menggatal, mana tahu malu!
Belum sempat Salwa berkata, aku cepat-cepat bersuara. “Alaa, bagitau jelah”.
Haq berdehem lagi sambil dia pandang aku dan Salwa silih berganti.
“Aku bagitau dia, dia lagi handsome bila tengok dari jarak dekat. Aku suka dia,” jawab Salwa tiba-tiba. Terketar-ketar suaranya, kalau aku pegang tangan dia ni, memang sah sejuk!
Muka Haq pun tiba-tiba memerah, Salwa pula asyik mengipaskan wajahnya walaupun suasana di dalam ini tidak panas langsung. Dua-dua muka merah, nak makan cendol ke tu? Tapi serius comel sangat. Rasa nak tampar laju-laju je muka dua orang ni sebab comel sangat!
“Haq, awak terima dia sebab dia cakap macam tu? Biar betul awak ni spesies mudah tergoda”.
Haq minum lagi air di dalam cawannya. Agak rakus, mungkin sebab gemuruh mendengar soalan aku. Aku rasa aku dah boleh jadi wartawan ni. Ada bakat!
Kelihatan Haq tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Salwa dekat sebelah memang tak tahu nak cakap apa lagi. Memang pasrahlah kot dengar persoalan daripada aku.
“Macam yang saya cakap, kami berdua belum bercinta. Sebab masih nak kenal-kenal dulu. Sebab tu saya mintak nombor dia dan tak sangka rapat sampai sekarang dan insya-Allah tiga minggu lagi saya nak jumpa mak ayah dia”.
Kali ini aku terkejut sebab Ayden hanya ceritakan sampai bahagian minta nombor saja. Bahagian nak jumpa mak ayah, dia tak ceritakan pun.
“Baguslah kalau awak serius dengan kawan saya ni. Saya harap awak boleh tahan dengan perangai ting tong dia, lainlah kalau dia tak pernah tunjuk perangai sebenar dia dekat awak. Dan, saya nak awak jaga Salwa elok-elok. Jangan bawak dia keluar malam-malam suka hati. Awak tengok kan macam mana dia jaga aurat dia, jadi, saya harap awak kenalah jaga maruah dia jugak. Dan kau Wa, aku harap kau hargailah Haq ni sebab ramai yang nakkan dia dekat luar, last-last kau yang dapat. So, jangan nak menggatal tengok laki lain padahal Haq beribu kali ganda lagi helok daripada orang lain”.
Akhir bicara, aku lemparkan senyuman kepada mereka. Haq garu kening manakala Salwa tertunduk malu. Cis, rasa nak lempang je aku tengok Salwa macam ni.
“Salwa memang macam ni ke dengan awak? Malu-malu tahi ayam?”
Tiba-tiba Haq tergelak agak kuat membuatkan orang lain mula pandang ke arah meja kami. Aku hanya anggukkan kepala dan jegilkan mata tengok Haq. Sudahlah dia pergi sini tadi guna cermin mata hitam dan bertopi buatkan orang lain tengok dia pelik, sekarang, dia punya gelak tu sekali lagi tarik perhatian orang lain.
“Macam mana saya mula kenal dia, sama je sampai sekarang. Macam yang puan cakap, perangai dia ting tong. Takde beza pun. Cuma dia masih jaga batas antara kami”. Di akhir bicara, kelihatan Haq tersenyum bangga. Tiba-tiba aku terbayangkan muka Ayden masa ni. Persis macam Ayden, tiada beza. Cuma memang Haq lebih beku sedikit wajahnya berbanding Ayden. Mungkin sebab dia terikat dengan protokol dia selaku ketua bodyguard Ayden.
Rancak kami bersembang, nampaklah yang Salwa mula sesuaikan diri. Dia cakap nak buat surprise dekat aku dan Aira, tapi, sebabkan Haq bagi aku klu, musnah dan hancur segala plan. Sempatlah mereka berdua bertikam lidah sekejap tadi. Aih, rindu pulak dekat Ayden. Dah berapa jam tak jumpa.
Dua jam rasanya. Haha.
Sebelum balik, sempat juga kami buat video call dengan Aira yang jauh di sana. Dia pun nampak terkejut dan tak habis-habis cakap yang dia andartulah lepas ni sebab hanya tinggal dia seorang yang tidak ada pasangan.
Nak jodohkan dengan Rheo, Ayden dah bagitau siap-siap yang Rheo dah ada awek dia sendiri. Siap dia bukukan pertemuan dia dengan perempuan tu dalam buku Bahasa Inggeris yang bertajuk I’m A Lucky Man. Sempatlah sikit aku belek, dia macam novel lah. Bukan macam, memang novel pun. Cuma diinspirasikan daripada kisah sebenar dan kisah itu adalah berdasarkan kisah diri Rheo sendiri.
Dengar kata Ayden, cerita tu agak terkenal di Barat, siap difilemkan lagi. Rheo pun memang minat dalam sastera Inggeris, cumanya nasib tak sebelahi dia, lahir dalam keluarga bisnes, jadi terpaksa belajar bisnes untuk handle syarikat kecil mereka.
Kasihan Rheo, terpaksa lawan minat demi keluarga. Sudahlah dia anak tunggal, nak meluah pun dekat orang lain. Cuma yang aku perasan, mereka banyak luahkan dekat Ayden. Mungkin sebab tulah mereka terbawa-bawa dan terikut-ikut sikap beku Ayden.
Nasib baik iman aku kuat. Aku masih lagi Aisyh yang dulu. Tak berubah pun dari dulu sampai sekarang. Wink.
×××
Ayden berjalan sambil menggendong Oggy ke sana ke mari di ruang tamu ini. Hampeh, kucing tu buat hal. Buat-buat sakit, padahal sebelum Ayden sampai tadi, bukan main lagi dia berlari ke sana ke sini dalam bilik kucing.
Aku jeling sahaja mereka dan kemudiannya fokuskan kembali pandangan ke kaca televisyen.
“Oggy kan strong, get well soon, okay?” bisiknya lalu melangkah menuju ke arah aku. Punggung dilabuhkan di sebelah dengan Oggy yang diletakkan di atas perutnya. Dibelai manja, aehh, kenapalah aku kena berebutkan kasih sayang suami dengan macam-macam spesies hidupan.
“Ehem, Oggy. Ni suami saya tau. Nak manja sikit boleh, banyak-banyak, jangan”. Aku memaksudkan tau. Walaupun dia seekor kucing, tapi kena behave. Banyak lagi kot kucing jantan dalam bilik mereka di sana. Kenapa mesti rebut suami aku.
Ayden jeling aku dengan senyuman di bibir. “Dengan kucing pun jealous?” ejeknya. Sakit hati aku dengar. Dia tak tahu ke yang kucing dia tu lain sikit. Entah-entah kucing jadian macam dalam dongeng Indonesia tu.
“Bukan jealous. Awak tengok ni,” aku pegang tangan Ayden, ingin menunjukkan dekat Ayden yang kucing dia ni bukan kucing sembarangan. Dia ada crush dekat manusia.
Ayden jongket kening. “Kenapa?”
Pfffft, kucing tu tak cakar pun aku. “Sebelum ni kucing ni cakar saya tau kalau saya sentuh awak. Pelik pulak hari ni tiba-tiba tak. Keee, dia dah terima saya?” aku pun pelik dibuatnya. Sebelum ini bukan main marah lagi dia kalau aku sentuh Ayden.
“Perasaan you je kot,” ujar Ayden.
Aku berpendapat sama dengan dia. Mungkin perasaan aku je. Jadi, kucing ni dah terima akulah eh? Bolehlah aku manja-manja sikit dengan Ayden.
Tiba-tiba aku dapat idea nakal. Mungkin kucing tu saja nak bagi aku malu dekat Ayden. Jadi, kalau aku buat ni lepas ni, aku yakin dia akan tunjukkan perangai sebenar dia.
“Ayden…..” panggil aku manja tanpa memandang kucing tersebut walaupun aku tahu Oggy tengah tenung aku.
“Hmm?” jawab Ayden sambil mengusap bulu Oggy.
Aku lentokkan kepala pada bahu Ayden dan memaut lengan suami aku. Tangan sebelah Ayden aku capai dan dibawa ke bibir. Ayden pandang aku pelik dan kelihatan mulutnya ingin bertanyakan sesuatu.
Belum sempat dia bersuara, terus Oggy cakar aku dengan pakej suara marah dia. Aku rasa nak bertepuk tangan apabila eksperimen aku berjaya walaupun panjang kesan yang diberi oleh Oggy dekat aku pada lengan.
Aku lepaskan pautan tangan aku pada lengan Ayden dan tunjuk muka bangga. “See? Saya cakap kucing awak ni suka dekat awak. Awak ingat saya ni saja-saja ke nak cemburu? Awak tengok dia tu, marah bukan main lagi lepas saya cium tangan awak. Baru tangan, kalau saya kiss bibir awak, entah-entah dia tarik rambut saya,” bebelku dan mencapai telefon bimbit.
Ayden hela nafas. Dia masih tak percaya dengan apa yang beritahu ke? Tak percaya takpe. Tapi masalahnya sekarang, kucing tu memang sengaja nak rebut Ayden daripada aku. Jangan sebab dia rumahtangga kami bergolak sudah.
“Basuh luka tu. Lepas ni I sapu ubat,” arah Ayden dan meninggalkan aku di situ untuk meletakkan Oggy ke tempatnya. Sempat aku lambaikan tanganku pada kucing itu dengan wajah bangga sebab lepas ni Ayden akan layan aku pula.
Aku pun basuh luka seperti yang diarah. Takdelah sakit sangat, Ayden je yang risau lebih. Antara benda yang aku perasan dekat dia ni, dia memang cepat gelabah kalau apa-apa jadi dekat aku. Macamlah kritikal sangat kecederaan aku sampai-sampai dia gelabah lebih-lebih.
Selesai luka dibasuh, aku pun kembali duduk di sofa. Ayden sudah berada di situ dengan kapas di tangan. Tangan aku dibelek sebelum dia tekapkan kapas yang sudah basah dengan ubat itu di lenganku.
“Kenapa Oggy boleh marahkan you?” tanya Ayden dengan matanya yang masih fokus pada lengan aku.
Bahuku dijongket, “Entah kucing awak tu. Dengki sangat dekat saya. Padahal kucing lain elok je dengan saya”. Tawa kecil Ayden terletus dan usap lengan aku lembut.
Dia bangkit untuk membuang kapas terpakai dan kembali duduk di sebelah aku. “Oggy jealous dekat you kot sebab lepas kita kahwin, I jarang main dengan dia”. Dia punya soalan, dia sendiri jawab.
Aku mencebik sambil sandarkan bahuku pada lengan Ayden. Buat seketika, kami terdiam sambil menonton televisyen.
Sedang kami khusyuk menonton televisyen, telefon bimbitku bergetar menandakan ada mesej masuk. Aku menyangkakan pelajar yang mesej, jadi aku pun buka aplikasi WhatsApp tersebut.
Membulat mataku apabila mesej itu dihantar oleh nombor yang tidak asing lagi kacau hidup aku. Tak lain tak bukan, nombor Ammar Faiz. Aku tak terkejut tengok dia mesej aku, yang buatkan aku terkejut sangat ialah intipati mesej itu.
Aish, betul ke aish dah kahwin dengan neil ayden?
Terketar tangan aku menerima mesej itu. Macam mana dia tahu? Serta-merta aku pandang Ayden yang masih tenang menonton televisyen.
“Ayden”. Panggilku membuatkan dia menoleh aku.
“Awak ke bagitau Ammar Faiz yang kita dah kahwin?” entah kenapa firasat aku cakap dia, mungkin sebab dia terjumpa Ammar Faiz masa sambutan Hari Guru hari tu agaknya.
Kelihatan wajahnya keliru. Tapi Ayden memang pandai berlakon. “Kenapa tiba-tiba tanya?”
Aku tunjukkan mesej itu kepadanya. Kelihatan wajah Ayden sedikit terkejut sebelum dia coolkan semula riak itu.
Jangan cakap firasat aku betul.
#Next update pada 31/12/2018. Penutup tahun 2018?? Apa2pun, semoga terhibur.
Simple question, korang byangkan siapa Ayden siapa Aisyh? And, ada ke yg bygkan Aisyh sbg diri sndiri? ??
Btw, Ayden ke yg bocorkan rhsia tu? Stay tuned. Lepas ni akan lbih bnyak rhsia. Yg korang tahu hnya 30% drpd rhsia sbnr. Rhsia sbnr lebih kejam tauu.
Babaii ??
Share this novel